Pages

Friday, October 24, 2008

Syed Hamid: Hindraf anjur 338 demonstrasi sejak Jun 2007

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mendedahkan Hindraf telah menganjur 17 forum dan 338 demonstrasi jalanan sepanjang operasinya bermula pertengahan tahun lalu dan terpaksa dikenakan tindakan pengharaman kerana menggunakan pendekatan ekstrem untuk menyebarkan ideologi.

"Kami mengambil masa yang lama sebelum mengambil tindakan sebab kami tidak mahu mereka memikirkan bahawa oleh kerana mereka sebuah persatuan yang kelihatan bercakap bagi kaum tertentu atau agama, kami mengambil tindakan.

"Kami mengambil tindakan kerana kami menganggap bahawa mereka tidak mengambil pendekatan ekstrem untuk menyebarkan ideologi mereka.

"Dalam kes berkenaan, ia akan memudahkan kami jika kita berpandangan bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang salah untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Pertubuhan di mana mereka mempunyai hak untuk mempertahankan mereka," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini.

Dengan merujuk kepada tindakan yang sama diambil ke atas beberapa pertubuhan agama seperti Jemaah Islamiah, KMM dan Darul Islamiah, jika tindakan tidak diambil untuk mengelakkan pihak berkenaan daripada beroperasi, negara ini sudah pasti dilanda masalah.

"Jika saya membenarkan kesemua kumpulan ekstrem ini beroperasi dan menunggu sehingga tercetusnya bergolakan, sudah tentu ini negara ini dilanda masalah," katanya.

Dalam temu bual untuk mStar Online dan Star Online, Syed Hamid berkata, kerajaan tidak mengharamkan Hindraf kerana kumpulan itu memperjuangkan hak kaum Hindu ataupun India.

"Mengenai isu-isu munasabah, tiada siapa yang boleh berkelahi dengan mereka.

"Tetapi kami mengambil tindakan sebaba kami menganggap cara mereka bergerak - menyebarkan eksremism.

"Mereka mengatakan bahawa 'musuh kita ialah Melayu, orang Islam'. Ini semua ada dalam ucapan mereka," katanya.

Beliau mengakui memang ada beberapa isu yang tidak ditangani dengan menyeluruh tetapi untuk mengatakan kerajaan menekan ataupun menggunakan aparteid atau pembersihkan kaum dengan pihak polis membenarkan pembunuhan di Kampung Medan adalah tidak benar.

mSTAR

No comments:

Posting Terkini