Pages

Friday, October 24, 2008

Amanah Raya Beli Hartanah Bernilai RM266 Juta Di Cyberjaya

CYBERJAYA, 24 Okt-- Public trustee Amanah Raya Bhd (ARB) membeli tiga hartanah di Cyberjaya dengan harga RM266 juta daripada MKN Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Emkay Group.

Hartanah tersebut ialah Bangunan Mustapha Kamal dan dua blok MKN Embassy Techzone dengan kawasan lantai bersih seluas 452,635.46 kaki persegi.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Pengarah Urusan kumpulan ARB Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh berkata pembelian tiga bangunan di Cyberjaya itu merupakan pelaburan strategik oleh syarikat tersebut.

Beliau berkata ARB juga sedang mengadakan perbincangan untuk melabur lagi di Cyberjaya kerana syarikat tersebut yakin dengan pembangunan bandar pintar pertama Malaysia itu di masa depan.

Ahmad Rodzi juga berkata syarikat itu tidak merancang memasukkan tiga hartanah baharu itu ke dalam amanah pelaburan hartanahnya, AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AR-REIT), buat masa ini.

ARB dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dengan sahamnya dipegang oleh Menteri Kewangan Diperbadan.

Syarikat itu sudah beroperasi lebih 80 tahun dan merupakan peneraju pasaran dalam menyediakan perkhidmatan amanah, pengurusan warisan dan wasiat.

Sementara itu, Pengerusi Emkay Group Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar berkata syarikat itu akan menumpu membangunkan bangunan khas berikutan permintaan kukuh, terutama daripada syarikat teknologi maklumat untuk bangunan khas.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini