Pages

Tuesday, September 23, 2008

Mid Valley City Diperakui Status Pusat Siber MSC Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Mid Valley city, sebuah pembangunan bandar bersepadu, mendapat status pusat siber MSC Malaysia.

Mid Valley City menggabungkan kemudahan komersil, santai, hiburan dan hospitaliti, di kawasan seluas 18 juta kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif MidValley City Development, Antony Patrick Barragry berkata RM15 juta telah dilaburkan bagi membolehkan Mid Valley City menawarkan kadar pusat data Internet yang kompetitif dan akses jalur lebar berkelajuan tinggi.

"Bersama rakan usaha sama Macro Lynx Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan dan pengurus infrastruktur bagi Mid Valley City dan 3Com, penyedia infrastruktur, kami akan menyediakan perkhidmatan berkelas dunia untuk industri dan perniagaan," kata Barragry pada majlis bagi meraikan status pusat siber MSCnya.

Barragry berkata terdapat seluas kira-kira 300,000 kaki persegi ruang pejabat diperuntukkan secara ekselusif untuk syarikat berstatus MSC Malaysia.

"Setakat ini, kami menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini