Pages

Sunday, April 29, 2012

Urutan Skandal Pelacuran Pengawal Obama: Amerika perketat aturan jaga kelakuan pegawai


Dania 24 year 300x187 Secret Service scandal prostitute pictured for first time

The New York Daily News published photographs of a 24-year-old single mother known as Dania, who is reported to have gone back to an upmarket hotel with one of President Barack Obama’s bodyguards only to argue the following morning about price.
When the agent refused to pay the $800 she was demanding hotel staff and local police became involved, sparking one of the most serious scandals in the Service’s history.

WASHINGTON: Dalam usaha cuba mengikis malu akibat skandal pelacuran, Jabatan Perkhidmatan Sulit Amerika Syarikat, kelmarin mengetatkan undang-undang berhubung kelakuan pegawainya.

Aturan baru itu melarang mereka minum minuman keras berlebihan, mengunjungi tempat bereputasi buruk ketika mengadakan lawatan rasmi atau membawa warga asing ke bilik hotel mereka.


Dasar baru berhubung tingkah laku ejen Jabatan Perkhidmatan Sulit Amerika itu perlu dipatuhi walaupun ketika mereka tidak bertugas dalam lawatan rasmi itu.

Mereka juga dilarang minum arak dalam tempoh 10 jam bekerja.

Di bawah undang-undang baru itu, dalam situasi tertentu, seorang penjaga akan menemani ejen-ejen dalam rangka lawatan mereka.

Jabatan Perkhidmatan Sulit Amerika menyatakan ia akan mengadakan sesi latihan tentang etika minggu depan.Pengarah jabatan itu, Encik Mark Sullivan, menggesa ejen-ejen jabatan itu dan kakitangan lain 'merenungkan tindakan mereka melalui lensa kejadian sejak beberapa minggu lalu'.

Perubahan yang akan dilaksanakan di seluruh jabatan itu bertujuan menghentikan pendedahan memalukan sejak insiden 13 April apabila skandal pelacuran di Colombia terbongkar.

Insiden itu melibatkan 12 ejen jabatan tersebut, termasuk pegawai dan penyelia - selain 12 lagi anggota tentera yang berada di Colombia sebelum Presiden Amerika, Encik Barack Obama, berkunjung ke negara itu untuk menghadiri sidang puncak negara-negara benua Amerika.

Namun, undang-undang baru itu menimbulkan persoalan sama ada dakwaan kelakuan di Colombia benar-benar hanya satu insiden terpencil.

Undang-undang baru itu tidak menyebut kunjungan ke kelab pelacuran atau penari bogel tetapi melarang kakitangan membenarkan warga asing, kecuali kakitangan hotel atau kakitangan penguatkuasa undang-undang asing, masuk ke bilik mereka.

Rumah Putih, kelmarin, menyatakan bahawa Presiden Obama menyokong Encik Sullivan dan berasa yakin dengan keupayaan jabatan tersebut. -- AP.

No comments:

Posting Terkini