Pages

Thursday, December 29, 2011

Karpal desak hakim letak jawatan

KUALA LUMPUR, 28 DIS – Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Malik Ishak digesa meletak jawatan dalam tempoh tujuh hari berhubung isu plagiat beliau.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, jika Abdul Malik masih berkeras untuk memegang jawatan, beliau hanya akan menjejaskan lagi reputasi badan kehakiman Malaysia.

“Adalah paling baik kepada beliau supaya meletak jawatan. Beliau tidak sesuai, malah bukan orang yang sepatutnya untuk memegang jawatan dalam Mahkamah Rayuan.

“Jika beliau tidak meletak jawatan, saya akan ambil kira ia sebagai satu pengakuan umum bahawa beliau bersalah dalam tuduhan plagiarisme,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa jika tuduhan yang dibuatnya di Parlimen terhadap Abdul Malik tidak mempunyai asas, hakim tersebut berhak untuk menyamannya.

Lebih ramai akan didakwa berkaitan kes rasuah Iskandar Malaysia


KUALA LUMPUR: Lebih ramai orang akan didakwa selepas seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru kelmarin atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.6 juta ($656,000) dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia, lapor sebuah akhbar harian setempat.

Orang-orang itu termasuk seorang kenamaan bergelar 'Datuk' yang berpengaruh, beberapa pegawai kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) dan individu yang disyaki berperanan sebagai orang tengah, lapor Utusan Malaysia semalam.

Kesemua individu berusia 40-an tahun yang dipercayai melakukan jenayah dalam skandal itu, yang disifatkan sebagai terancang, dijangka didakwa dalam masa terdekat setelah selesai usaha mengumpul bukti dan mengambil keterangan.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah, berkata pihaknya telah juga membekukan aset, seperti hartanah, bernilai RM5 juta milik individu-individu berkenaan bagi membantu siasatan.

Wednesday, December 28, 2011

30,000 tunjuk perasaan di Syria


DAMSYIK: Sekitar 30,000 penunjuk perasaan berkumpul di Homs semalam, sedang para pemerhati Liga Arab memulakan lawatan ke bandar Syria yang bergolak itu.

Menurut sebuah kumpulan pemantau hak kemanusiaan Syria, penunjuk perasaan berkumpul di Khalidiya, salah satu daripada empat kawasan di Homs yang menjadi medan pertempuran paling dahsyat antara pemberontak dan pasukan keselamatan yang menggunakan kereta kebal.

Para pemerhati Liga Arab tiba di Homs bagi menentukan apakah Syria menunaikan janjinya akan melaksana pelan damai bagi mengakhiri pemberontakan terhadap pemerintahan Presiden Bashar al-Assad, yang telah berjalan selama sembilan bulan.

Menurut ketua kumpulan pemerhati itu, Jeneral Mohammed Ahmed Mustafa al-Dabi, seorang pegawai risikan tentera Sudan yang berpengalaman, sejauh ini pihak berkuasa Syria memberi kerjasama kepada kumpulan tersebut.

Chinese yuan still undervalued: US Treasury

WASHINGTON (AFP) - The US Treasury said on Tuesday that China's currency is still significantly undervalued, but it refrained from saying Beijing manipulates the currency, which could lead to retaliatory action by Congress.
'The real exchange rate of the renminbi (RMB) is persistently misaligned and remains substantially undervalued, though the degree of this undervaluation appears to have declined significantly,' the Treasury said in a semi-annual report to Congress.

Kim Jong Il funeral ceremony starts: ITAR-TASS

In this Tuesday, Dec 27, 2011 photo released by the Korean Central News Agency and distributed in Tokyo Wednesday, Dec 28, 2011 by the Korea News Service, North Koreans gather in front of a huge portrait of their late leader Kim Jong Il to mourn his death in Pyongyang, North Korea. -- PHOTO: AP

MOSCOW (AFP) - The funeral ceremony for the late North Korean leader Kim Jong Il started on Wednesday in Pyongyang, reported the ITAR-TASS news agency, the only Russian media with offices in the reclusive country.
The first phase of the ceremony began at 10am (9am Singapore time) in the Kumsusan Memorial Palace, where the late strongman's body is lying in state in a glass coffin, the agency said.
A funeral procession with the coffin is expected to drive through the streets of Pyongyang as part of the proceedings, for which no programme was made public.

Tuesday, December 27, 2011

Pengarah syarikat hadapi tiga tuduhan rasuah

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah sebuah syarikat swasta yang merupakan suami kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd. (IIB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung tender membina dan menyiapkan sekolah di sini, tahun lepas.
Rasuah itu kononnya sebagai upah membantu syarikat Detect Engineering Sdn. Bhd. mendapat tender membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Berasrama Penuh bernilai RM40.8 juta di atas sebahagian lot PTD 154971, Mukim Pulai, di sini, daripada IIB.
Mohd. Amin Suhaimi, 52, dituduh meminta suapan wang tunai RM816,900 daripada seorang pengarah Detect Engineering Sdn. Bhd., Mohd. Hassan Madon, 48, melalui Mohd. Iskandar Fahmi Abdullah, 52, di Cafe Para-Para, Hotel Grand Paragon, Taman Century, di sini, kira-kira 5 petang, 22 April 2010.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM500,000 daripada Mohd. Hassan melalui Mohd. Iskandar Fahmi, di tempat letak kereta Kompleks City Square, di Jalan Wong Ah Fook, di sini, kira-kira 4 petang, 4 Jun 2010.

Sunday, December 25, 2011

Kian ramai lelaki muda Melayu dikesan amal homoseksual


KOTA BAHRU: Kian ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Mohd Zaman Khan, berkata penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu pada negeri-negeri di pantai Barat sahaja malah berlaku di negerinegeri lain termasuk Kelantan.

Tambahnya, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka kian berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Perkara itu sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan Aids di Malaysia telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi kegiatan seks tidak selamat.

Thursday, December 22, 2011

No Christmas at home for detained ex-Philippine leader

MANILA (AP) - A Philippine court has rejected a request by arrested ex-President Gloria Macapagal Arroyo to celebrate Christmas at home and use her cellphone and laptop in detention.
Judge Jesus Mupas of the Pasay Regional Trial Court cited security reasons on Wednesday for denying Mrs Arroyo's request to leave a military hospital where she is detained on electoral fraud charges. She wanted to celebrate Christmas and New Year at her upscale home.

Grammys to honour late Steve Jobs for contribution to music

Jobs, a Trustees Award honoree, will be remembered as having helped 'create products and technology that transformed the way we consume music, TV, movies, and books,' a statement from the National Academy of Recording Arts and Sciences said. -- PHOTO: AP

LOS ANGELES (AFP) - The Grammys will pay special tribute to late Apple founder Steve Jobs, Brazil's Tom Jobim - of 'Girl from Ipanema' fame - and US singer Diana Ross at the upcoming awards show, the organisation announced on Wednesday.
The Apple co-founder and mind behind the wildly popular iPod, iPad and iPhone died in October after battling pancreatic cancer.

Wednesday, December 21, 2011

Kakitangan Hospital Kerajaan Cuai



SALAH UBAT: Nurqistina menunjukkan ubat telinga yang diberi bagi merawat matanya, yang diberi farmasi dari Hospital Pulau Pinang. -- 

BALIK PULAU (Pulau Pinang): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas Hospital Pulau Pinang (HPP) didakwa tersilap memberinya ubat sakit telinga untuk dititiskan di matanya.

Nurqistina Qalysha Azmi, yang mengalami radang pada kedua-dua matanya, menggelupur kesakitan selepas ubat berkenaan dititiskan ke mata kanannya, baru-baru ini.

Ibunya, Cik Noorliza Abd Razak, 34 tahun, berkata anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan lalu dan beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun penyakitnya berlanjutan.

Beliau kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan di Bayan Baru dan doktor di situ meminta mereka merujuknya kepada doktor pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Monday, December 19, 2011

Bergelar jutawan dalam tempoh 6 bulan


KUALA LUMPUR: Kaya raya dengan menipu rakyat Malaysia.

Inilah yang dilakukan seorang warga Afrika apabila dia mampu membina sebuah banglo dan hotel bertaraf lima bintang bernilai RM400 juta ($164 juta) di negaranya selepas melakukan penipuan di Malaysia.

Difahamkan, lelaki itu tiba hanya sehelai sepinggang di Malaysia pada 2008.

Dalam tempoh enam bulan sahaja, dia bergelar jutawan dan kini menjadi idola golongan muda sebuah negara di Afrika kerana kejayaannya itu.

Kes melibatkan lelaki 'Awang Hitam' itu dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Berdasarkan rekod, kegiatan penipuan warga Afrika itu semakin serius dan ia menjadi keutamaan setiap kali siasatan dijalankan pasukan itu.

112 negara iktiraf Palestin sebagai negara merdeka


PARIS: Sekurang-kurangnya 112 negara di seluruh dunia secara rasmi telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Menurut kiraan agensi berita AFP, Uruguay dan Peru muncul sebagai negara ke-11 dan ke-12 di rantau Amerika Latin yang mengiktiraf Palestin tahun ini.

Ini menjadikan Colombia, yang juga sekutu kuat Amerika Syarikat, sebagai satu-satunya negara Amerika Latin, yang belum berbuat demikian.

Di Amerika Tengah, Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka oleh Cuba, Costa Rica, Nicaragua, Honduras dan Salvador.

Palestin turut menerima pengiktirafan daripada negara-negara Arab, termasuk Syria, pada Julai lalu.

Keluar Rumah Berbogel [18SX]


Wednesday, December 14, 2011

Hukuman terhadap Anwar akan jejas reputasi Malaysia

UNITED KINGDOM 14 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran keputusan ‘bersalah’ yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan Fitnah II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.
Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.
Menurut Tidal,  “tanda-tanda tidak kelihatan baik” untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.
Ikuti perbincangan rakyat di Facebook di sini

Laporan SPRM ke atas Muhyiddin, Noh Omar

SHAH ALAM 14 Dis: NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap salahguna kuasa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis NGO itu membuat laporan berkenaan di Pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam tengahari tadi.
Laporan ke atas Muhyiddin dibuat kerana beliau menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek itu ketika memegang jawatan menteri pertanian antara 2004 hingga 2008.
Turut dinamakan Datuk Mustafa Mohamed yang juga bekas menteri yang memegang porfolio berkenaan dari 2008 hingga 2009.

Tuesday, December 13, 2011

NGO Antarabangsa desak Taib, keluarga didakwa

KUALA LUMPUR 13 Dis : Jika sebelum Ketua Menteri Sarawak dilaporkan memiliki aset sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) di 14 syarikat. Kini Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan.
Taib dan 13 ahli keluarganya didakwa terlibat di dalam salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Sunday, December 11, 2011

Singapore experiences its last lunar eclipse for a while

9.00PM -- ST PHOTOS: DESMOND FOO

Singaporeans received a celestial treat last night when the second total lunar eclipse of the year - and the final one till April 2014 - took place.
The first total eclipse of the moon this year, on June 15, was the longest and darkest eclipse of the century, lasting an hour and 40 minutes.
By comparison, the total phase of yesterday's event lasted 51 minutes. But its importance lies in the fact that there will be no total eclipse for the next 2 1/2 years.

Lima Makhluk Hidup di Bumi Yang Diciptakan Allah Tanpa Ayah dan Ibu

Allah s.w.t telah mencipta lima makhlukNya tanpa melalui proses perkawinan antara lelaki dan perempuan atau jantan dan betina. Makhluk ini adalah sebagai berikut:
1). Nabi Adam a.s kerana baginda dicipta dari tanah.

2). Saidatina Hawa yakni isteri Nabi Adam yang dicipta dari tulang rusuk sebelah kiri Nabi Adam.

3). Kibas (domba) yang menjadi ganti kepada Nabi Ismail yang didatangkan oleh Allah s.w.t daripada syurga.

4). Unta Nabi Solleh a.s yang dikeluarkan Allah s.w.t daripada batu.

5). Ular mukjizat Nabi Musa a.s yang dijadikan oleh Allah s.w.t dari tongkat baginda.

Pesawat terhempas di kawasan setinggan


MANILA: Sebuah pesawat kargo empat penumpang terhempas di kawasan setinggan Filipina semalam, menyebabkan kebakaran yang membunuh 11 orang, termasuk dua kanak-kanak dan mencederakan 20 lagi, kata para pegawai.

Para penyelamat menemui mayat-mayat sembilan orang dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi yang sudah rentung di tempat kejadian itu, dekat lapangan terbang Manila, kata Cik Gwendolyn Pang, setiausaha agung Persatuan Palang Merah Kebangsaan Filipina.

'Nahas itu menyebabkan kebakaran kepada sekurang-kurangnya 30 rumah. Ini adalah rumah setinggan yang diperbuat daripada bahan ringan,' katanya melalui panggilan telefon. Mereka yang terbunuh termasuk juruterbang pesawat dan pembantunya. -- AFP.

Monday, December 5, 2011

India Signals Readiness to Defend Rupee

(Source: Bloomberg) India signaled it’s prepared to act against excessive declines in the rupee, as Asia’s worst performing currency this year threatens to exacerbate the fastest inflation among so-called BRIC nations and hurt growth.
The recent sharp depreciation isn’t a sign of “helplessness in dealing with the kind of global turbulence we are seeing,” central bank Deputy Governor Subir Gokarn said in Mumbai on Dec. 3. “We do have the instruments to do this in the form of strategic capital controls, which can be used to enhance the supply of foreign exchange.”

Wanita, 85 tahun, dakwa dipaksa tanggal pakaian semasa pemeriksaan kastam


NEW YORK: Seorang wanita berusia 85 tahun semalam berkata beliau tercedera dan berasa terhina apabila terpaksa menanggalkan pakaian untuk menjalani pemeriksaan kastam di sebuah lapangan terbang.

Ini selepas beliau meminta hanya ditepuk bagi tujuan pemeriksaan daripada perlu menjalani imbasan tubuh.Dakwaan itu, bagaimanapun, dinafikan oleh pegawai keselamatan di lapangan terbang tersebut.

Cik Lenore Zimmerman berkata beliau dibawa ke sebuah bilik sulit dan diarahkan supaya menanggalkan seluar dan pakaian lain selepas beliau meminta agar tidak menjalani pemeriksaan imbasan itu kerana bimbang ia boleh menjejas alat defibrilatornya.

Akibatnya, beliau gagal menaiki penerbangannya dan terpaksa menaiki pesawat lain kira-kira dua setengah jam kemudian, kata wanita itu.

Peluang penjenayah kulit putih dapat keampunan lebih tinggi di AS


WASHINGTON: Satu siasatan bebas mendapati bahawa penjenayah kulit putih, yang meminta keampunan daripada presiden Amerika Syarikat sepanjang dekad lalu, mempunyai peluang kejayaan empat kali lebih tinggi mendapatkan keampunan itu berbanding dengan kaum minoriti di sana, lapor akhbar The Washington Post, awal semalam.

Akhbar itu berkata bahawa kajian tersebut telah dijalankan oleh ProPublica, sebuah bilik berita tanpa meraih keuntungan yang menjalankan kegiatan kewartawanan siasatan.

Kajian ProPublica itu menyiasat apa yang terjadi selepas mantan presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, memutuskan pada awal tempoh pertama jawatannya bahawa beliau mahu bergantung hampir sepenuhnya kepada saranan para peguam di Pejabat Peguam Negara yang menangani kes rayuan.

Saturday, December 3, 2011

Umno sedia berperang pada bila-bila masa



Kekuatan dan semangat lebih tiga juta orang UMNO kini berada dalam keadaan terbaik untuk ‘berperang’ dan memenangi peperangan pada PRU13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, semangat dan kekuatan sebenar UMNO yang sebelum ini pudar, kini kembali menyala.

Bagaimanapun beliau tetap mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli UMNO agar menyelesaikan segala masalah dalaman jika masih ada agar ‘kudis’ politik itu tidak merebak menjadi kanser.

Friday, December 2, 2011

Najib tegaskan Umno bukan parti perkauman


PRESIDEN Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan bahawa Umno bukanlah sebuah pertubuhan rasis atau bersifat perkauman.

'Terbukti dari dulu lagi, Umno bukanlah sebuah pertubuhan rasis. Umno sebenar dan sebetulnya adalah pencetus serta perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum, yang akhirnya telah mencipta kestabilan sosial, membawa kepada kemakmuran nasional,' katanya.

Datuk Seri Najib, yang juga Perdana Menteri Malaysia, berkata demikian dalam ucapan dasarnya sebagai merasmikan Perhimpunan Agung Umno ke-62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Menurut beliau, cadangan Datuk Onn Jaafar bagi membuka pintu Umno kepada orang bukan Melayu pernah tidak mendapat sokongan.

Namun, kepimpinan Umno ketika itu memahami realiti yang ada dan berfikir panjang dengan mencipta prinsip perkongsian kuasa unik melalui Parti Perikatan dengan menggabungkan Umno, Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC).

Lanun Somalia bebaskan kapal tangki Singapura


SEOUL: Lanun Somalia telah membebaskan kapal tangki Singapura tetapi masih menawan empat kru warga Korea Selatan.

Mereka berbuat demikian bagi mendapatkan pembebasan rakan lanun yang kini ditahan di Korea Selatan.

Menurut seorang pegawai Kementerian Ehwal Luar Korea Selatan, lanun itu membawa empat kru Korea Selatan ke Somalia selepas meninggalkan kapal MT Gemini dan membebaskan 21 kru lain.

Lanun itu telah menuntut agar lima lanun Somalia yang ditahan dalam operasi angkatan Laut Korea Selatan pada awal tahun ini dibebaskan.

Komando angkatan laut Korea Selatan telah menyelamatkan 21 kru kapal milik negara itu yang ditawan lanun pada Januari lalu.

Seramai lapan lanun telah dibunuh dan lima ditangkap.

Thursday, December 1, 2011

Daftar bantuan RM500, 10 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.