Pages

Wednesday, November 30, 2011

Southeast Asian growth "to slow through 2016"

Singapore port
JAKARTA: Growth in Southeast Asia's six major economies is expected to slow through 2016, the OECD said Tuesday, urging them to find new growth drivers as the key US and European export markets are in a crisis.

In its outlook for the region, the Organisation for Economic Co-operation and Development said domestic demand would become a more important element of growth as the developed world struggles to recover from the global downturn.

It said the six key economies of Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam would grow "five percent in 2011, and... 5.6 percent during 2012-2016, two percent lower than in 2010".

Sunday, November 27, 2011

PM: Umno perlu ada semangat Harimau Muda

Menggunakan analogi semangat dan perjuangan skuad Harimau Muda yang menggondol pingat emas pada Sukan Sea ke-26 di Jakarta-Palembang baru-baru ini, walaupun menghadapi cabaran sengit, perdana menteri berkata Umno juga perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi pilihan raya.

"Kalau kita ada kekuatan mental dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi," katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 semalam.
   
"Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya.

Saturday, November 26, 2011

Pemuda DAP, MCA terkejut kenyataan 'rasis' Shamsul

Kongres Keadilan l Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.

Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.

"Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR.

"Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loje dalam kenyataannya semalam.

Friday, November 25, 2011

'Hudud politik': PAS selar kenyataan TKM S'wak

bn candidates announcement pbb hq 030411 alfred jabu
PAS Sarawak menyelar kenyataan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkaitan hukum hudud yang didakwanya secara "terang-terangan menghina" dan mempermainkannya.

"Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred Jabu supaya berhenti memberi kenyataan mengenai hudud, kerana beliau tidak mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup mendalam mengenai hukum hudud ini," kata ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo.

"Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred supaya lebih sensitif terhadap isu-isu keagamaan seperti ini dan Pemuda PAS Sarawak mengingatkan rakyat Sarawak tidak mungkin dapat menerima pemimpin yang tidak sensitif seperti beliau," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohammad Arifiriazul menuntut Alfred Jabu (kiri) membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua umat Islam serta menarik balik ucapan itu.

PKR ikrar Anwar akan jadi PM ketujuh


Kongres PKR l Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menyatakan ikrar untuk terus mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat yang dihadapi ketua umum parti itu.

Azmin juga memberi peringatan keras kepada Umno bahawa PKR akan terus mara walau apa pun konspirasi dijalankan untuk memenjarakan Anwar.

Azmin dakwa PKR dihalang berceramah di Johor

Kongres PKR l Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa permit untuk siri ceramah yang dirancang untuk diadakan sepanjang tiga hari di Johor telah dibatalkan.

Malah, pihak berkuasa tempatan di negeri itu juga didakwa telah diarahkan untuk bertindak keras ke atas penganjuran ceramah berkenaan, kata Azmin lagi.

Azmin mendakwa, arahan berkenaan telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Arahan berkenaan termasuk untuk merampas semua bendera yang telah dipasang di kawasan ceramah sejak beberapa hari lalu.

"Mereka juga diarah untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk membatalkan semua permit.

Penganalisis: PKR anggota Pakatan paling lemah

KONGRESS PKR - PKR akan mengadakan kongres kebangsaan kelapannya di Johor hujung minggu ini.

Walaupun lebih 2,000 anggota perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri kongres itu, namun ramai berpendapat parti berkenaan merupakan anggota paling lemah dalam pakatan PKR-DAP-PAS berikutan pelbagai masalah yang dihadapinya.

Ini termasuk tindakan melompat parti dan peletakan jawatan oleh beberapa wakil rakyatnya serta kecelaruan yang berlaku dalam pemilihan parti itu tahun lepas.  

Beberapa penganalisis politik berpendapat PKR perlu berusaha lebih serius untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk selama ini akibat pelbagai masalah yang menimpanya.

Thursday, November 24, 2011

Dewan Rakyat lulus Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion


Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Belanjawan 2012) berjumlah RM232.8 bilion.

Belanjawan 2012 itu diluluskan kira-kira 10.33 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah menyaksikan lebih suara menyokong.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir di Dewan Rakyat. Bajet itu melebihi belanjawan tahunan ini sebanyak 9.4 peratus.

Mahkamah Itali benarkan aktor jadi saksi kes Berlusconi

MILAN 24 Nov. - Sebuah mahkamah Itali semalam membenarkan aktor Amerika Syarikat, George Clooney dan pemain bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo boleh dipanggil sebagai saksi dalam kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Silvio Berlusconi yang dituduh mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur.

Menurut seorang pegawai mahkamah, pasukan peguam bela mahu kedua-dua selebriti tersebut memberi keterangan dalam perbicaraan Berlusconi atas tuduhan membayar wang untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 17 tahun dan kemudian cuba menyembunyikan skandal itu.

Menurut seorang pegawai mahkamah, Clooney dan Ronaldo adalah antara 78 saksi termasuk beberapa bekas menteri kerajaan, penyanyi serta dua aktres dipanggil oleh pihak pembelaan mengikut senarai yang diluluskan hari ini. - AFP

Wednesday, November 23, 2011

Hanya BN benarkan kos lapangan terbang naik, tanah kerajaan dijual murah


KUALA LUMPUR, 23 Nov – Mengapa kos pembinaan lapangan terbang harga murah KLIA2 melonjak lebih sekali ganda daripada harga asal dan kenapa sebidang tanah kerajaan yang dijual kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Sungai Besi jauh lebih murah dari harga pasaran?

Setiausaha Publisti DAP Tony Pua mahu kerajaan persekutuan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menjelaskan secara terperinci mengenai skandal-skandal yang membabitkan wang rakyat itu.
Dalam isu KLIA2, beliau berkata, peningkatan kos pembinaan lapangan terbang itu  akan menjejaskan sektor pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Kalau kerajaan kata cukai lapangan terbang tidak naik, ini bermakna kerajaan perlu memberi tambahan subsidi kepada MAB (Malaysia Airports Berhad).  Bagaimana pun ini bermakna yang akan kena bayar ialah pembayar cukai, iaitu kita rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Johor, Melaka dan Terengganu mula dilanda banjir



MUJUR ADA SAMPAN: Kanak-kanak ini menaiki sampanselepas rumah mereka ditenggelami air di Kampung Merbau Menyusut, Setiu, kelmarin. -- Foto BHM


KUALA LUMPUR: Tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Terengganu mula dilanda banjir sejak awal pagi kelmarin, dan keseluruhannya seramai 545 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara , Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata bahawa tujuh pusat pemindahan banjir mula beroperasi kelmarin di tiga negeri terbabit.

Jumlah itu dijangka bertambah berikutan fenomena hujan luar biasa yang dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini.

Pelarian Perang Vietnam bertemu anak selepas 34 tahun berpisah


ROCHESTER (New York): Seorang pelarian Perang Vietnam yang terselamat daripada serangan lanun pada 1977 yang memisahkan beliau dan isteri serta anak lelakinya yang masih bayi, bertemu semula kelmarin, selepas 34 tahun terpisah.

Encik Hao Truong tercampak ke Laut China Selatan selepas bot yang dinaikinya dan keluarga menuju Thailand pada Disember 1977 diserang lanun.

Encik Hao berkata beliau terapung selama 16 jam sebelum diselamatkan oleh bot menangkap ikan.

Seminggu selepas berada di kem pelarian di Thailand, Encik Hao mendapat berita bahawa isterinya meninggal dunia dan mayatnya terlantar di pantai bersama-sama dengan mayat wanita lain.

Bagaimanapun, nalurinya mengatakan anaknya, Encik Kham, yang semasa itu berusia tujuh bulan terselamat dan dibesarkan oleh orang lain.

Bekas pengetua dijel 30 tahun kerana hasilkan bahan lucah kanak-kanak


WASHINGTON: Seorang bekas pengetua sekolah rendah di Iowa dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun semalam selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan menghasilkan bahan pornografi kanak-kanak yang membabitkan para pelajar di sekolahnya.

Robert Burke, 43 tahun, mengaku bahawa, sebagai pengetua sekolah tersebut di Dubuque, Iowa, dia telah menggunakan 'kamera-kamera tersembunyi di bilik air sekolah itu secara sulit merakam video-video yang menunjukkan bahagian sulit murid lelaki,' kata Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Burke juga mengakui bahawa dia telah menyimpan video-video itu dalam komputer di rumahnya.

Kegiatannya itu terdedah selepas seorang ejen Biro Siasatan Federal (FBI) di Washington memuat turun lapan imej pornografi kanak-kanak itu yang kemudian dikesan dari kediaman Burke, kata para pegawai dalam satu kenyataan.

Tuesday, November 22, 2011

Penyokong Indonesia meninggal dunia kerana bola malam tadi

Dua suporter yang tewas di laga Indonesia vs Malaysia (Agus Sulaeman)

VIVAnews - Helmi Gemaya, kawan dekat Reno Soeharto Alviano Arena yang berangkat menyaksikan pertandingan antara Indonesia melawan Malaysia tadi malam tidak menyangka kalau sahabatnya meninggal karena berdesak-desakan.
Menurut Helmi, selain menyaksikan pertandingan final sepakbola SEA Games, Reno mengatakan ingin membeli kaos Timnas bergambar Garuda.

Saham Harvest merundum selepas anak Najib undur

NONE
Harga saham Harvest Court Industries Bhd hari ini menjunam ke bawah tahap 30 peratus selepas anak kedua Perdana Menteri, Nazifuddin Najib mengumumkan perletakan jawatannya  sebagai pengarah semalam.

Harga saham susut hingga 98 sen apabila dagangan bersambung pada pada jam 9 pagi tadi, iaitu jatuh 42 sen daripada harga yang dicatatkan pada RM1.40 semalam.

Dalam pengumuman yang disiarkan laman web Bursa Malaysia, Nazifuddin (kiri) dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai pengarah bukan eksekutif Harvest Court.

Kedai 1Malaysia mungkin diperluas di universiti


Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka dan memperluaskan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Seramai 5,447 perwakilan hadiri AGM Umno


Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur dari 29 Nov hingga 3 Dis ini.

MCA akan beri RM100 kepada ahli warga emas

NONE
MCA akan memberi sumbangan sebanyak RM100 kepada semua anggota parti itu yang berusia 60 tahun dan ke atas serta RM200 kepada anggota parti atau pasangan mereka yang melahirkan anak mulai Januari 2012, kata presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata ang pow RM100 itu sebagai tanda penghargaan parti terhadap sumbangan mereka dan pada masa ini, terdapat kira-kira 300,000 anggota parti itu yang telah bersama MCA lebih 30 tahun.

"Ia sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih parti kepada mereka. Ini   kali pertama kami memutuskan untuk melakukannya. Kami mahu melihat reaksinya dan jika ia boleh dilaksanakan secara teratur... Jika maklum balas dari semua cawangan adalah memuaskan, mengapa tidak ia dilaksanakan setiap tahun?" katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di Kuala Lumpur, semalam.

Tempat Tidur Pramugari Dalam Pesawat

Ditempat inilah para pramugari-pramugari cantik dan seksi dari pelbagai syarikat penerbangan tidur dalam penerbangan.

PESAWAT BOING 747-400

Di Melaka... Bekas ustazah dicekup khalwat

Masihkah kau ingat
siapakah lelaki ini.
Sejarahnya di sini

MELAKA- Seorang bekas ustazah dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.
Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah, berasal dari Pahang.
Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Monday, November 21, 2011

Pandangan Dr. M cabaran UMNO

Pandangan Dr. M cabaran UMNO
KUALA LUMPUR – Pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai peranan UMNO yang dilihat masih tidak mencukupi dalam membantu orang Melayu disifatkan sebagai satu cabaran kepada kaum itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemikiran Dr. Mahathir itu dilontarkan bagi melihat sama ada orang Melayu sendiri mampu untuk menyahut apa yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu mengenai orang Melayu dan peranan UMNO.
“Bagi saya apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir berhubung budaya cantas-mencantas dan peranan UMNO tidak cukup untuk membantu orang Melayu, bagi saya ia bukan satu perkara unik yang berlaku kepada UMNO sahaja.

Saya jadi mangsa media sosial - PM

Saya jadi mangsa media sosial - PM
KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini.
Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.
Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.
''Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.
''Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,'' katanya.

Pakatan berjiwa rakyat, BN berjiwa kroni

Urus tadbir kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lebih berjiwa rakyat berbanding Barisan Nasional yang berjiwa kroni adalah satu daripada empat faktor utama sokongan terhadap Pakatan semakin meningkat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kerajaan berjiwa rakyat ialah yang menerapkan lima prinsip utama, iaitu keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan untuk rakyat, dan demokrasi dalam pendtabirannya.

Katanya faktor kedua ialah kesungguhan Pakatan menolak rasuah, iaitu bukan sahaja berkata-kata tetapi benar-benar melaksanakan dan menguatkuasakannya.

“Setelah hampir empat tahun kita perintah, kita telah buktikan kepada rakyat bahawa sebuah kerajaan yang bersih boleh buat lebih baik dari kerajaan yang kotor dan rasuah,” katanya merasmikan Konvensyen DAP Selangor ke-16 di sini semalam.

Bila wanita jumpa air memancut.. inilah jadinya...

Bila wanita jumpa air memancut.. inilah jadinya... 
Nasib baik bukan di Malaysia..


Sunday, November 20, 2011

Cara Lariskan Penjualan komputer 'DELL' di Korea

Semakin hari semakin banyak orang menggunakan teknik ini untuk mempromosikan produk mereka. Kali ini pula di Jepun yang dilakukan oleh syarikat 'DELL'

Najib: Malaysia boleh capai 6 peratus KDNK


Malaysia boleh mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak lima hingga enam peratus menjelang akhir tahun ini menerusi perancangan kerajaan yang rapi, dasar yang mantap serta pelaksanaan yang berkesan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Najib, yang juga Presiden Umno itu berkata, tiga ramuan penting kerajaan itu terbukti berkesan dalam membangunkan negara selama ini.

"Kita dapat membuktikan bahawa kita mampu membawa kejayaan kepada negara. Kejayaan itu adalah kerana Barisan Nasional (BN) adalah parti yang sudah diuji dan berjaya membuktikan kemampuan kita dalam membangunkan negara," kata beiau.

Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India

mirzan mahathir
Warta Kerajaan Rakyat l Ahli perniagaan Malaysia Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.

Mirzan, 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan.

Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.

Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu.

Media dilarang siar gambar Sultan Ismail Petra

Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melarang semua media massa menyiarkan sebarang bentuk gambar baginda berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata jawatankuasa berpendapat pada masa ini adalah tidak sesuai bagi media massa iaitu televisyen, akhbar-akhbar dan mana-mana penerbitan termasuk secara maya menyiarkan sebarang bentuk gambar-gambar baginda.

"Oleh itu, semua penyiaran sebarang bentuk gambar-gambar baginda adalah dilarang sama sekali dan arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya pada sidang media di Kota Bharu, semalam.

Friday, November 18, 2011

80,000 pekerja Indonesia bakal memasuki Malaysia

PETALING JAYA: Seramai 80,000 pekerja Indonesia bakal memasuki Malaysia sebagai pembantu pada bulan depan.
“Jumlah ini terdiri dari jumlah tenaga kerja Indonesia yang gagal ke Malaysia berikutan pembekuan pengambilan tenaga kerja,” kata ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat kepada media Indonesia pada hari ini.
Kerajaan Indonesia telah menetapkan pembekuan terhadap rakyatnya untuk memasuki sektor kerja di Malaysia sejak Jun 2009 hingga kini.

Tangkapan ISA lawak bagi 'reformasi' Najib


Amnesty International hari ini berkata penahanan 13 orang di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menjadikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak.

"Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi," kata Sam Zarifi, pengarah Amnesty International, Asia.

Sekolah diberi amaran agar bayar penuh bantuan RM100 kepada pelajar



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada semua sekolah supaya tidak membuat sebarang pemotongan terhadap bayaran bantuan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu berkata wang yang diperuntukkan dalam Bajet 2012 itu perlu disalurkan kepada pelajar atau ibu bapa pelajar dalam jumlah yang penuh tanpa sebarang pemotongan.

'Saya nak nyatakan, ia seharusnya dilakukan. Nanti akan timbul salah faham sedangkan ia bukan kami (kementerian) yang lakukan,' katanya di sini, kelmarin.

Tunjuk perasaan jika Thaksin diberi keampunan



BANGKOK: Penentang Encik Thaksin Shinawatra, semalam berkata mereka akan mengadakan bantahan jika kerajaan meluluskan perintah pengampunan diraja yang turut menyenaraikan bekas Perdana Menteri itu.

Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) berkata, pengampunan itu akan membenarkan Encik Thaksin bebas tanpa menerima sebarang hukuman.

'Kami telah pun katakan bahawa kami akan mengadakan tunjuk perasaan jika pengampunan diberikan kepada Thaksin,' kata jurucakap PAD, Encik Panthep Pongpuapan.

Jika diluluskan oleh Parlimen, perintah itu akan memberi pengampunan kepada semua pesalah yang berusia 60 tahun ke atas dan menghadapi hukuman penjara kurang daripada tiga tahun.

Tuesday, November 15, 2011

MCA hina rakyat Malaysia di luar negara


KUALA LUMPUR, 14 NOV – Tindakan MCA yang tidak mahu membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi merupakan langkah yang terkebelakang, malah menghina rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan MCA itu melambangkan mentaliti feudal parti itu yang jelas tidak melambangkan nilai demokratik.

“Mereka (MCA) memperlakukan rakyat lebih teruk dari kanak-kanak, seolah-olah rakyat tidak tahu berfikir untuk diri sendiri dan tidak tahu apa-apa.

“Orang yang tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku di Malaysia bukanlah mereka yang berada di luar negara. Yang tidak tahu apa-apa ialah mereka berada di dalam negara dan terus mengundi Barisan Nasional kerana media di Malaysia memang dikawal ketat oleh BN,” katanya.

Monday, November 14, 2011

PKR bakal berdepan PRM di Balik Pulau, PJS, Selayang

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffin
Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini mengumumkan bahawa ia akan bertanding di tiga kerusi yang sekarang ini dipegang oleh PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan media, presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor.

Ketiga-tiga kerusi itu kini dipegang oleh Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Melainkan PRM mampu menyelesaikan perkara itu dengan PKR, maka pilihan raya umum kali ini yang dijangkakan seawal tahun depan, akan menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru di antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.

Gerakan mahu semua rakyat dibenarkan mengundi


Semua rakyat Malaysia, yang berada di dalam atau luar negara, perlu dibenarkan menunaikan hak mereka sebagai pengundi, demikian satu daripada saranan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

4 sekeluarga, rakan mati ditembak akibat masalah tanah

MANILA 14 Nov. – Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati empat sekeluarga dan rakan mereka di selatan Filipina ekoran masalah pertikaian tanah, kata pegawai polis dan tentera, semalam.

Jurucakap tentera tempatan berkata, lima lelaki bersenjata itu memecah masuk sebuah rumah milik keluarga petani itu di Pulau Mindanao pada lewat semalam dan menembak mati pasangan suami isteri, kedua-dua anaknya serta rakan mereka.

“Mangsa-mangsa tersebut ditembak mati dan salah satu motif pembunuhan disebabkan oleh pertikaian tanah,” kata Kolonel Noel de la Cruz tanpa menerangkan lebih lanjut lagi. - AFP

'Ada wartawan Indonesia ambil rasuah'


JAKARTA: Demi ganjaran wang berjuta-juta rupiah, segelintir wartawan Indonesia didakwa sanggup menyiarkan laporan tidak tepat atau berat sebelah.

Bertambah parah, bagi menjaga kepentingan pihak yang menawarkan sogokan itu, wartawan- wartawan terbabit sanggup mereka cerita, termasuk isu-isu melibatkan politik, undang-undang dan ekonomi.

Amalan buruk itu didedahkan seorang wartawan yang mahu dikenali hanya sebagai Danu Pratama (bukan nama sebenar) kepada akhbar Jakarta Globe, kelmarin.

Danu, yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai wartawan, berkata dengan melakukan pekerjaan itu beliau dapat mengaut upah antara 7.5 juta rupiah ($1,071) hingga ratusan juta rupiah.

Sunday, November 13, 2011

Asia akan terus maju jika China membangun



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Asia akan terus maju dalam tempoh 10 tahun dan selepas itu dengan syarat China terus membangun dan hubungannya dengan dunia terus berkembang.

Encik Lee berkata demikian dalam sesi dialog semasa pembukaan Sidang Puncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat.

Dalam sesi selama sejam yang melibatkan pemimpin perniagaan dari seluruh dunia itu, para peserta mengemukakan pelbagai soalan mengenai kebangkitan China dan kesannya terhadap dunia.

Encik Lee berkata Singapura akan berkembang bersama rantau ini tetapi sebagai negara kecil, ia perlu turut mengambil kesempatan peluang dan perkembangan yang berlaku di peringkat global.

Friday, November 11, 2011

Parlimen belum bubar, kata Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekadar tertawa apabila ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau akan membubarkan parlimen hari ini.

Najib berkata, mesyuarat majlis tertinggi BN hari ini juga sekadar membincangkan mengenai usaha untuk mengukuhkan parti itu.

Dengan berjenaka, Najib berkata hari telah hampir berakhir tetapi parlimen masih belum dibubarkan.

Najib yang juga presiden Umno berkata, mesyuarat hari ini juga tidak membincangkan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di kalangan anggota komponen BN seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu hari ini, Najib turut menafikan bahawa mesyuarat hari ini membincangkan mengenai penetapan tarikh pilihan raya.

Pembeli rumah kos rendah kena tipu

SHAH ALAM: Hasrat para pembeli yang mahu memiliki rumah kos rendah hanya tinggal mimpi apabila didakwa dianiayai oleh mereka yang bertugas di Pejabat Menteri Besar Selangor.
Para pembeli sebelum ini dijanjikan rumah kos rendah untuk dibeli atas kuota politik yang dipercayai didalangi oleh individu tertentu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Rumah Kos Rendah, Mohamed Durrany Izam, seramai 686 pembeli rumah kos rendah menemui seorang pemimpin PKR dikenali sebagai Yatim Datuk Abu Bakar.
Katanya, Yatim memaklumkan bahawa beliau merupakan pegawai khas Menteri Besar Selangor yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Beliau (Yatim) menawarkan unit rumah kos rendah bernilai RM42,000 dengan deposit lima peratus atau RM2,100 dan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM297 sebulan tanpa faedah.

F1: Schumacher nafi sambung kontrak bersama Mercedes

ABU DHABI 11 Nov. – Michael Schumacher semalam menafikan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan Mercedes bagi melanjutkan kontraknya sehingga musim depan.

“Menurut sesetengah wartawan, ya” kata juara Formula Satu tujuh kali, yang membuat penampilan semula musim lepas pada usia 41 tahun dan selepas berehat selama tiga tahun, memberitahu wartawan pada Grand Prix Abu Dhabi.

“Kenyataannya, tidak.

“Saya memerlukan sedikit masa lagi untuk memikirkan tentang diri saya dan apa yang ada di hadapan kita serta sedikit input untuk melihat sama ada itu yang saya inginkan atau bukan.”

Mercedes sebelum ini telah mengumumkan rakan sepasukan Schumacher, Nico Rosberg telah bersetuju untuk terus bersama pasukan itu sehingga 2013. - Reuters

Thursday, November 10, 2011

Ambiga Sah Hadir Pendengaran Awam


KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga disahkan antara yang akan menghadiri sesi pertama proses pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK)Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya bermula Jumaat.
Pengerusi JPK, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, bagaimanapun bekas Presiden Majlis Peguam itu akan hadir atas kapasiti individu tanpa mewakili mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Mengikut senarai yang kita terima, dijadualkan ada sebelas pihak yang akan hadir esok termasuk Datuk Ambiga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat keempat JPK di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Gaji GM PKNS lebih besar dari MB?

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendedahkan salah urus  tadbir syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Satim (BN-Sri Serdang) mendakwa pelantikan Othman Omar sebagai Pengurus Besar (GM – General Manager) PKNS pada 2009 lalu adalah meragukan dan tidak beretika dengan gaji serta elaun yang tidak munasabah.
Menurut Satim, Othman melalui tempoh perkhidmatan dari Februari 2009 hingga 2010 menerima pendapatan (gaji dan bonus) berjumlah RM1.4 juta dan angka itu tidak termasuk faedah tambahan lain.

Pertemuan Najib-Mubarak tidak sentuh isu pilihan raya

PETALING JAYA: Tidak ada taklimat mengenai pilihan raya umum (PRU 13) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota veteran Umno, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).
Seorang AJK Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, bagaimanapun perdana menteri menyentuh mengenai kepentingan Barisan Nasional (BN) mempunyai calon terbaik.
“Beliau (Najib) tidak sebut langsung atau memberi gambaran bilakah PRU 13 akan diadakan. Soal itu (parlimen dibubarkan) dia tidak kata langsung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pesakit TB di Singapura meningkat


JUMLAH pesakit batuk kering atau tuberculosis (TB) di Singapura didapati meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Perangkaan yang didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan sebanyak 1,581 kes direkodkan pada 2006 sebelum meningkat kepada 1,608 kes pada 2007, 1,951 pada 2008, 1,966 pada 2009 dan 2,028 pada tahun lalu.

Menurut MOH, kira-kira tiga suku atau 1,478 kes TB tahun lalu melibatkan penduduk tetap (PR) dan warga Singapura sementara bakinya melibatkan warga asing tetapi tidak termasuk pengunjung jangka pendek.

Daripada jumlah yang dicatatkan tahun lalu, 296 kes melibatkan kaum Melayu.

Kes melibatkan kaum Melayu turut mencatat peningkatan sejak 2006 kecuali 2009.

Sebanyak 247 kes direkodkan pada 2006, 229 kes pada 2007, 283 kes pada 2008 dan 297 kes bagi 2009.

Sedang perangkaan menunjukkan peningkatan, Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit MOH, Dr Jeffery Cutter, bagaimanapun berkata, Singapura mencatatkan kadar TB kedua terendah di Asia tahun lalu, iaitu sebanyak 39 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Jepun mencatatkan kadar TB terendah di Asia, dengan sekitar 21 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Wednesday, November 9, 2011

Bung Mokhtar gelisah sidang hingga larut malam

bung mokhtar parliament 080708 01
Persidangan Dewan Rakyat yang berlarutan sehingga lewat malam sejak tirai dibuka pada 3 Oktober lepas akhirnya menimbulkan rasa gelisah di kalangan anggota Parlimen.
    
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata anggota Parlimen seolah-oleh dikerah bekerja lebih masa dan tidak mengikut waktu pejabat seperti orang lain.
    
"Kita masuk dewan 10 pagi, balik 10.30 malam. Orang lain ikut waktu pejabat, kita tidak ikut. Elaun tidak juga naik. Ini yang masalah," katanya selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop mengusulkan peraturan mesyuarat agar persidangan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam.

Anwar: Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan


Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.

Tuesday, November 8, 2011

Manusia terawal tersebar melalui Arab, bukan Mesir


LONDON: Satu kajian menunjukkan kelompok manusia terawal yang berasal dari Afrika tersebar ke seluruh dunia melalui Arab, dan bukan Mesir.

Pengarah Projek Genografik, Dr Spencer Wells, berkata kajian selama enam tahun melibatkan proses corak pemetaan itu mendapati manusia tiba di Eropah, Asia dan Ocenia dengan menyeberang laut ke rantau Arab kira-kira 7,000 tahun dahulu.

Menurut beliau, saintis sebelum ini berpendapat manusia berhijrah ke benua lain menggunakan laluan di wilayah Sinai, Mesir.Namun, kajian terbaru menunjukkan kumpulan tersebut mengembara jauh ke selatan, mungkin melalui Yaman.

'Bukti terbaru itu menunjukkan bahawa paras air laut mungkin rendah semasa kelompok pertama manusia dari Tanduk Afrika menyeberang ke rantau Arab melalui semenanjung Bab-el-Mandeb di Laut Merah.


Perkara 48(6) Perlembagaan tak akan dimansuh

NONE
Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kehilangan kelayakan seseorang anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata peruntukan tersebut masih relevan terutama bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga kerana perlu melakukan semula proses pilihan raya kecil di kawasan terlibat.

"Peruntukan ini diwujudkan untuk menghalang anggota Dewan Rakyat atau DUN untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun. Jika dimansuhkan, maka sistem demokrasi yang kita amalkan akan terjejas semata-mata menjayakan agenda politik seseorang dan membuktikan populariti mereka. Ia tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.