Beberapa gambar PT 91 yang digunakan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia.
Monday, October 31, 2011
Larangan bawa naskhah fahaman politik antara aturan Saudi bagi jemaah haji
RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi telah merangka enam peraturan bagi jemaah haji tahun ini, termasuk larangan membawa sebarang naskhah bercetak mengenai fahaman politik.
Antara lain, jemaah diberi amaran supaya mematuhi undang-undang dan tradisi Islam Arab Saudi, termasuk tidak membawa arak, dadah, bahan lucah atau cetakan mengandungi fahaman agama bertentangan dengan ajaran Islam di negara itu.
Kenyataan itu turut menekankan jemaah perlu segera meninggalkan Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) lain pada akhir musim haji.
Jemaah juga diminta memberi maklumat betul ketika memohon visa.
Sekiranya jemaah didapati bersalah, pihak berkuasa Arab Saudi tidak akan teragak-agak menyekat kemasukan mereka.Pada masa sama, Kementerian Keadilan Sosial dan Perpaduan Mesir telah meminta jemaah negara itu supaya menunaikan haji sahaja dan tidak menyebarkan amalan politik.
Labels:
Islam
Kahwin lepas dibebas setelah 17 tahun di jel Israel
JALURAN GAZA: Seorang bekas tahanan Palestin, Encik Daher Kabha, yang dibebaskan hasil pertukaran banduan antara Hamas dan Israel baru-baru ini, akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, selepas 17 tahun meringkuk dalam penjara Israel
Dua minggu lepas, Israel bersetuju membebaskan ratusan tahanan Palestin dalam pertukaran dengan askarnya, Encik Gilad Shalit, yang ditawan militan Palestin pada 2006.
Di bawah perjanjian pertukaran antara Hamas dan Israel itu, kira-kira 150 rakyat Palestin dari Tebing Barat akan dibebaskan di Semenanjung Gaza.
Majlis perkahwinan, Encik Daher, 44 tahun, yang berasal dari Tebing Barat, diadakan di kawasan Jaluran Gaza baru-baru ini.
Encik Daher dan tunangnya, Cik Rayeda, 35 tahun, bertunang sebelum beliau ditahan tentera Israel pada 1994.
Saturday, October 29, 2011
Salah Guna Kuasa & Rasuah Berterusan

DI SEBALIK janji-janji Perdana Menteri Dan Presiden Umno, Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya.
Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan.
Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalah gunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam.
Friday, October 28, 2011
Laporan audit: Syarikat kerajaan Johor tidak memuaskan
Warta Kerajaan Rakyat l PETALING JAYA: Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor dikesan diurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian, menurut lapuran ketua audit negara 2010.
Tiga syarikat berkenaan ialah YWJ Citra Holdings Sdn Bhd; Johor Skills Development Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd.
Prestasi kewangan YWY Citra tidak memuaskan kerana mengalami kerugian bagi tahun 2007 hingga 2009.
Kedudukan aset dan liabiliti juga tidak memuaskan kerana modal keraja pada tempoh sama semakin kurang nilainya.
Ketirisan amat parah di Kementah
Warta Kerajaan Rakyat l Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?
Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”
Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.
Thursday, October 27, 2011
Bekas isteri Zainal tuntut hutang nafkah anak
KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi Zainal Abidin memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin bahawa beliau menanggung semua perbelanjaan pendidikan dua anak mereka.
Cik Natasha Gabriel Abdullah berkata, perbelanjaan itu meliputi yuran tahunan, yuran Persatuan Ibu Bapa Guru, yuran tambahan, pengangkutan dan juga perbelanjaan tambahan bagi pendidikan khas anak sulungnya, Mikhail, 18 tahun, yang mempunyai autisme.
Selain daripada itu bekas model itu juga menanggung perbelanjaan persekolahan rendah dan persekolahan menengah anak perempuannya, Timur, 16 tahun, yang kini menuntut di sekolah menengah swasta di ibu negara yang berjumlah RM56,729.90 ($22,948.54).
'Sekiranya yuran sekolah tidak dibayar dan telah cukup tempoh, anak saya boleh diberhentikan daripada sekolah terbabit.
'Tetapi,Timur tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti itu.
Bajet 3M Pulau Pinang untuk semua kaum
GEORGETOWN, 27 OKT – Bajet berjiwa rakyat 3M Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan diperkenalkan bagi memastikan semua golongan tanpa mengira kaum dan agama mendapat hak yang sewajarnya.
Bajet kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang tersebut yang akan dilancarkan itu adalah berasaskan 3M –Martabatkan rakyat, Mesra perniagaan dan Mantapkan kedudukan kewangan negeri
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, antara lain, Bajet 3M Pakatan Rakyat bercadang untuk memberi RM100 setiap tahun kepada pelajar sekolah Darjah 1 dan 4, Tingkatan 1 dam 4 mulai tahun depan bagi membantu ibu bapa mengurangkan beban membeli pakaian dan peralatan sekolah.Pemberian Skim Pelajar Emas itu akan menelan belanja RM10 juta, dan kerajaan negeri bercadang untuk membayarnya setiap tahun dan bukannya setiap 5 tahun sekali atau menjelang musim pilihan raya sahaja.
Menurutnya, dalam usaha mengekalkan status miskin tegar sifar negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri akan menambah RM100 had pendapatan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 dan menjadikan tahap pendapatan minima sebanyak RM600 sebulan.
Labels:
DAP,
ekonomi,
Kerajaan Pakatan Rakyat,
Pakatan Rakyat
Kerajaan Pakatan Pulau Pinang berjaya kurangkan 95% hutang
GEORGETOWN, 27 OKT – Kerajaan negeri Pakatan Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan hutang negeri yang diwarisi daripada Barisan Nasional kira-kira RM630 juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta sahaja pada bulan lalu.
Ini adalah penurunan hutang yang paling cemerlang antara semua negeri lain dengan penurunan sebanyak RM600 juta atau 95 peratus, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Beliau berkata, ia juga kejayaan besar berbanding hutang Kerajaan Persekutuan yang naik sebanyak 71 peratus atau RM190 bilion dalam tempoh masa yang sama, iaitu daripada RM266 bilion pada akhir 2008 kepada RM456 bilion pada akhir tahun ini.
“Sungguh pun pada awalnya dijangka bajet Pulau Pinang akan mengalami defisit sebanyak RM107.78 juta, kami bangga kerana bajet tersebut akan menjadi surplus atau bajet lebihan.
Labels:
DAP,
ekonomi,
Kerajaan Pakatan Rakyat
Wednesday, October 26, 2011
Ahli Perkasa Penentu Kemenangan Calon PRU Ke-13 - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin mereka berupaya memainkan peranan besar dalam menentukan kemenangan mana-mana calon dan parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang berikutan keahliannya yang semakin bertambah di setiap negeri.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk meminta ahli Perkasa supaya tidak mengundi mana-mana calon yang didapati menghina Islam dan menguris hati orang Melayu.
"Walaupun kami bukan parti politik, kami mempunyai hampir 300,000 ahli di seluruh negara.
Zul Noordin dilantik naib presiden PERKASA
Perhimpunanan agung PERKASA hari ini melantik ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin sebagai naib presidennya yang baru.
Zulkifli dilantik melalui usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli dewan tertinggi PERKASA Muhammad Zahid Md Arip.
Usul berkenaan diluluskan sebulat suara.
Zulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.
Zulkifli (empat dari kanan) mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dikosongkan Datuk Mokhtar Samad.
Tuesday, October 25, 2011
Seluar Dalam Lelaki Dari Pelepah Pisang
Warta Kerajaan Rakyat l Perusahaan seluar dalam di Australia, AussieBum, membuat ciptaan baru pada produk seluar dalam untuk lelaki. Seluar dalam yang dirancang untuk ramah lingkungan tersebut terbuat dari 27 peratus serat pisang, 64 peratus cotton dan 9 peratus lycra (serat sintesis).
Serat pisang yang digunakan pada seluar dalam tersebut ditenun dari kulit batang pisang, yang tidak hanya membuat seluar dalam tersebut ringan, tapi mudah menyerap.
Monday, October 24, 2011
96 sub kontraktor Bumiputera terlibat projek jambatan 2 Pulau Pinang
Warta Kerajaan Rakyat l KUALA LUMPUR: Seramai 96 sub-kontraktor Bumiputera terlibat dalam projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan nilai kerja sebanyak RM961 juta.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata projek yang sudah 61.8 peratus siap itu melibatkan 48 peratus sub-kontraktor Bumiputera daripada jumlah keseluruhan sub-kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama.
“Daripada 96 orang itu, enam sub-kontraktor adalah kelas F dengan nilai kerja sebanyak RM1.5 juta,” katanya menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Penyenggaraan sekolah agama Sabah tidak memuaskan
PETALING JAYA: Laporan audit negara 2010 mendapati berlaku beberapa kelemahan penyenggaraan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Neger Sabah (Jheans) dan menguruskan sekolah agama di negeri itu.
Jheans menguruskan lima sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan 106 sekolah agama negeri (SAN).
Bagi tempoh 2008 hingga 2010, jabatan itu menerima peruntukan RM48.61 juta untuk penyenggaraan dan RM40.69 juta telah dibelanjakan.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober tahun lalu terhadap tiga SMAN dan 10 SAN terpilih mendapati ia tidak memuaskan.
Speaker tolak usul penggantungan Aziz Bari
(Oleh: Nabiha Hamid)
KUALA LUMPUR 24 Oktober : Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang meminta isu penggantungan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dibincangkan di parlimen.
KUALA LUMPUR 24 Oktober : Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang meminta isu penggantungan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dibincangkan di parlimen.
Speaker, Tan Sri Pandika Amin Mulia, telah menolak usul berkenaan di bawah peraturan mesyuarat 18(2), dengan alasan perkara itu tidak perlu disegerakan.
Menurut Salahuddin, beliau membawa usul berhubung penggantungan Aziz itu pada Jumaat lalu kerana menganggap ia adalah penting.
“Isu ini telah dijadikan modal politik dan akhirnya beliau (Aziz) telah menjadi mangsa sehingga digantung tugas,” kata Salahuddin.
Sunday, October 23, 2011
Dipecat Kerana Melakukan Hubungan Seks Ketika Berpayung Terjun

CALIFORNIA- Hope Howell, wanita yang merakam video seks sambil terjun payung bersama bintang filem porno, Alex Torres akhirnya ikut dipecat menjadi receptionist tempatnya bekerja.
Sebelumnnya, pihak Skydive Taft tempat dimana Alex dan Howell bekerja telah memecat Alex terlebih dahulu. Howell merupakan receptionist di Skydive Taft, sedangkan Alex merupakan instruktur payung terjun ditempat yang sama. Sebagai bintang filem porno, Alex memiliki julukan Voodoo.
Skydive awalnya masih belum terlalu yakin aksi gila itu atas kemahuan Howell juga. Namun, setelah melihat dengan saksama rakaman videonya, pihak Skydive yakin Howell benar-benar menikmati ulah gila bersama Alex.
Labels:
Sex
Saturday, October 22, 2011
Spa Ikan antara pembawa HIV

Warta Kerajaan Rakyat l Pakar perubatan di Abu Dhabi telah memberi amaran bahawa rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif dan berbahaya ke atas kesihatan.
Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ‘Dr. Fish‘, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.
Labels:
kesihatan
Friday, October 21, 2011
Liwat isteri: Ulasan Zul Noordin cetus kekecohan
(Harakah Daily) - Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas) menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Tuduhan tersebut dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.
Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.
Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.
Labels:
Liwat
Awas! Terapi ikan boleh sebarkan penyakit bahaya

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/Aids dan batuk kering serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata ikan dalam kolam itu boleh menjadi pembawa virus HIV menerusi gigitan pada kaki pelanggan dan menyebarkannya kepada kaki pelanggan lain.
Penyakit lain, seperti Hepatitis C, batuk kering dan penyakit kulit pula boleh dijangkiti menerusi bawaan air kerana bakteria berbahaya yang menjadi punca penyakit itu boleh hidup dalam air kotor dan tidak diganti dalam tempoh yang lama.
Ia boleh menyebabkan pengguna kolam dijangkiti bakteria berkenaan, terutama jika kolam itu banyak digunakan oleh penghidap penyakit itu.
Dr Hasan berkata terapi ikan itu selamat jika digunakan secara individu dan bukannya secara berkongsi seperti yang diamalkan sekarang.
Labels:
kesihatan
Pelajar Sekolah Bercium dan Berpeluk Di Tempat Awam
Di Singapura, satu pasangan pelajar sekolah menengah ditangkap bercium dan berpeluk di tempat awam sekitar East Coast. Mereka yang masih memakai baju seragam sekolah membuat pengetua sekolah berang kerana menerima begitu banyak teguran daripada ibu bapa.
Tetapi seperti biasa, orang pertama yang kena marah adalah guru dan pihak sekolah. Semua orang akan menuding jari ke arah mereka walaupun sebenarnya ibu bapa yang patut lebih tahu.
Labels:
pendidikan,
Singapore,
Sosial
Thursday, October 20, 2011
Prestasi Selangor lebih baik daripada Pusat
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai kelayakan untuk mendapat kenaikan elaun disebabkan prestasi yang ditunjukkan mereka dan negeri amat baik sekali.
Khalid menjelaskan demikian pada sesi perbahasan belanjawan 2012 di Dewan Rakyat apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mempertikaikan tindakan Pakatan Rakyat (PR) menolak kenaikan yang dicadangkan oleh kerajaan pada pembentangan Bajet tetapi menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
"Kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2011 telah menghasilkan bajet yang seimbang, hutang negeri tidak meningkat kerana tiada pinjaman dilakukan.
Labels:
Kerajaan Pakatan Rakyat
Harga COE bagi semua kategori terus meningkat
Warta Kerajaan Rakyat l Singapura - HARGA bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) meningkat semalam - dalam tender pertama selepas pemerintah mengumumkan akan mengurangkan pertumbuhan kenderaan pada masa akan datang.
Harga COE bagi kereta 1,600cc ke bawah dicatatkan pada harga $56,112 - naik daripada paras $50,289 pada dua minggu lalu.
COE untuk kereta besar iaitu 1,600cc ke atas pula berharga $75,889. Harga ini melonjak daripada harga $63,600 sebelumnya.
Kenaikan pada kedua-dua kategori ini dilihat sebagai yang tertinggi dicatatkan pada tahun ini.
Bagi kategori terbuka pula yang boleh digunakan bagi memiliki semua jenis kenderaan harganya juga meningkat kepada $73,600 berbanding dua minggu lalu sebanyak $65,058.
Wednesday, October 19, 2011
Pengikut Syiah saman Utusan dan JAIS
Warta Kerajaan Rakyat l Seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lepas, memfailkan saman terhadap sebuah akhbar, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan JAIS atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS sebagai defendan.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.
Terdahulu, Hakim Datuk V T Singham ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini, membenarkan permohonan Mohd Kamilzuhairi yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin bagi meminda tarikh artikel itu diterbitkan daripada 16 Disember 2010 kepada 17 Disember 2010.
Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz, dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan JAIS sebagai defendan.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.
Terdahulu, Hakim Datuk V T Singham ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini, membenarkan permohonan Mohd Kamilzuhairi yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin bagi meminda tarikh artikel itu diterbitkan daripada 16 Disember 2010 kepada 17 Disember 2010.
Labels:
Islam
Tuesday, October 18, 2011
Hutang Malaysia boleh cecah RM 1 trilion
Warta Kerajaan Rakyat l KUALA LUMPUR 18 OKT: Sekiranya hutang kerajaan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).
Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh “berkecai” melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.
Malaysiakini memetik laporan REFSA bahawa defisit negara sebanyak RM437 bilion adalah dua kali ganda belanjawan defisit RM217 bilion pada 2004.
Warga asing dipaksa ikrar undi BN
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.
Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.
“Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Labels:
BN,
PAS,
piliharan raya,
rasuah
Belanjawan BN tidak bela rakyat
KUALA LUMPUR 17 Okt: Berbanding Pakatan Rakyat, kerajaan tidak serius membela nasib rakyat dengan pembentangan Belanjawan 2012, kata Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim.
Katanya, majoriti rakyat terutama penduduk luar bandar dan golongan miskin masih menghadapi kesukaran akibat kenaikan harga barang yang semakin melonjak naik.
Beliau membawa contoh penduduk di kawasannya di Kuala Kedah yang baru-baru ini membuat demonstrasi membantah kenaikan barangan keperluan dengan menggelarkan diri mereka sebagai POKAI (Persatuan Orang Kedah Anti Inflasi).
Justeru, katanya, kerajaan tidak memberikan perhatian khusus untuk menjaga kepentingan rakyat yang semakin terdesak dengan beban dan kos sara hidup.
Monday, October 17, 2011
Himpunan Sejuta Umat’ diingat tidak menimbulkan ketegangan
PETALING JAYA: PAS Selangor mengingatkan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) supaya berhati-hati dengan acara tersebut dan tidak menimbulkan ketegangan antara agama di negeri itu.
Ini termasuk cubaan untuk melaga-lagakan antara penganut agama lain yang tidak terdapat sebarang bukti kesalahan seperti yang diputuskan oleh mahkamah.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, penganjur perlu lebih fokus kepada perbincangan mengenai ancaman sebenar terhadap akidah umat Islam seperti perkauman, sekularisme, dan cara untuk menghadapinya berbanding menyentuh isu sensitiviti agama lain.
Labels:
Islam
Nenek lima cucu terima PhD

BERJAYA AKHIRNYA: Cik Alimah Lob menunjukkan ijazah PhD yang diterima kepada suaminya, Encik Mohd Naim Daud. -- Foto METRO AHAD
SERDANG: Keazaman untuk menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), mendorong seorang nenek menempuh perjalanan hampir 300 kilometer dari Singapura ke Kuala Lumpur selama 10 tahun.Warga emas yang memiliki lima cucu, Cik Alimah Lob, 65 tahun, mengakui terpaksa berulang-alik dari Singapura ke ibu kota Malaysia itu dengan menggunakan pelbagai jenis pengangkutan, termasuk kereta api dan kapal terbang.
Cik Alimah yang ditemani suaminya, Encik Mohd Naim Daud, 67 tahun, berkata tempoh 10 tahun untuk mendapatkan ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD memerlukan banyak pengorbanan, apatah lagi ia tidak membabitkan sebarang pinjaman.
Labels:
pendidikan
Kediaman Gaddafi dirobohkan
TRIPOLI 17 Okt. – Dua buah jentolak yang dikawal sekumpulan lelaki bersenjata mula menjalankan operasi meroboh dinding-dinding sekitar kediaman bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di sini, semalam.
“Kami akan terus merobohkan semua yang pernah menjadi miliknya (Gaddafi).
“Kami mahu kawasan ini dibangunkan dengan organisasi keamanan atau kawasan awam,” kata seorang daripada kumpulan tersebut. – Reuters
Labels:
Dunia
Saturday, October 15, 2011
Keluarga Sarbaini mahu RCI
PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati April lalu menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk mengendalikan inkuiri berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor terbabit.
Tuntutan itu disuarakan peguam yang mewakili keluarga, N Surendran meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati kabinet dan seterusnya Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menubuhkan RCI tersebut.
Surendran menegaskan tindakan itu bukan bertujuan untuk menentang sesiapa tetapi demi menuntut keadilan di atas kematiannya.
Muhyiddin minta Majlis Agama Islam negeri bincang akta murtad

PORT DICKSON 15 Okt — Cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.
Dua Dua

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Juara Piala FA tahun ini, Terengganu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas mengikat Kelantan 2-2 di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, menjadikan agregat 5-3, manakala Selangor turut mara selepas menang 1-0 ke atas Perak (agregat 4-1).
Turut mara ke separuh akhir sebuah lagi pasukan dari Terengganu, T-Team yang mengenepikan Sabah 2-1 (agregat 4-2), diikuti juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan yang menang 3-0 (agregat 3-1) ke atas Felda United.
KEPUTUSAN
Labels:
Sukan
Friday, October 14, 2011
Tiada aduan Liong Sik menipu berhubung projek PKFZ
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Bekas Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang aduan menyatakan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik menipu berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Mohd Effendi, yang pernah menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri berhubung projek itu, turut memberitahu beliau juga tidak pernah membuat aduan polis berkenaan dakwaan Dr Liong Sik menipu.
Beliau juga tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa Dr Liong Sik menipu ketika disoal siasat pihak polis bulan lepas.
Mohd Effendi berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Liong Sik.
Ramai lagi peneroka akan saman Felda
PETALING JAYA: Lebih ramai peneroka di seluruh negara akan menyaman Felda dalam masa terdekat, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.
Beliau berkata, tuntutan saman itu bukan berlaku di tempat tertentu tetapi merebak di seluruh negara.
“Peneroka di Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu telah menyaman Felda. Sehingga tujuh atau lapan kes telah difailkan ke atas Felda.
“Dan yang terbaru ialah membabitkan para peneroka di Kertih 1 dan Kertih 2 di Terengganu menyaman Felda membabitkan 77 orang,” katanya mengulas tindakan peneroka berkenaan yang menyaman Felda semalam.
2,000 penduduk dakwa tanah diceroboh syarikat korporat
KUALA NERANG: Lebih 2,000 keluarga di Padang Sanai, Padang Terap di sini mendakwa ratusan hektar tanah yang diterokai sejak 70-an diceroboh sebuah syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia, sejak lima tahun lepas.
Sehubungan itu, penduduk terbabit yang telah menubuhkan Gabungan Generasi Hilang Tanah (Gagah) mahu kerajaan negeri Kedah mengambil tanggungjawab menyelesaikan dilema mereka.
Seorang pengasas Gagah, Che Kasa Awang, 59, berkata penduduk bercadang mengadakan perhimpunan aman di Wisma Darul Aman, di Alor Setar pada 30 Oktober ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
“Sebagai kerajaan yang mendakwa melaksanakan kebajikan rakyat, kami mahu Menteri Besar membuktikan kerajaan PAS Kedah benar-benar prihatin masalah rakyat,” katanya kepada Bernama.
Labels:
Berita,
Malaysian Politik,
Politik,
Sosial
Dr Idris Ahmad dilantik Pengerusi J/kuasa Bertindak Pembangunan Kg Baru
SHAH ALAM: Wakil Kerajaan Negeri Selangor dalam Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Idris Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampung baru (JKBPKB).
Menurut kenyataan media yang dikeluar Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar, jawatankuasa berkenaan telah mengadakan mesyuarat pertamanya, semalam.
“JKBPKB ini ditubuhkan oleh Pejabat Menteri Besar selepas menerima maklum balas berterusan dari pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang mahu kepentingan dan kesejahteraan mereka diutamakan dalam apa jua pembangunan yang dirancangkan,” kata kenyataan itu.
Labels:
Kerajaan Pakatan Rakyat,
Melayu
Thursday, October 13, 2011
PM gesa peniaga usah naikkan harga

BANTUAN SUDAH TIBA: Para penduduk berebut barangan bantuan dari sebuah helikopter di wilayah Ayutthaya, semalam. -- Foto REUTERS
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Cik Yingluck Shinawatra, semalam memberi amaran kepada peniaga supaya usah mengambil kesempatan daripada banjir yang sedang berlaku di negara itu dengan menaikkan harga barangan mereka.Ini selepas para penduduk Bangkok bergegas merebut barangan keperluan daripada rak-rak pasar raya kerana bimbang ibu kota Thailand itu akan ditenggelami banjir pada hari-hari mendatang.
Cik Yingluck, yang masih dianggap seorang ahli politik mentah selepas menjadi perdana menteri negara itu pada Ogos lalu, berkata beliau telah meminta Kementerian Perdagangannya memantau rapi harga barangan runcit.
KDN lulus 27,293 permohonan warganegara
(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2008 hingga Ogos 2011.
Demikian jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di dewan rakyat hari ini.
Namun, Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan jumlah kelulusan permohonan kewarganegaraan baru sejak 2008 mengikut kawasan Parlimen, seperti yang dituntut dalam soalan.
Jawapan berkenaan sangat mengejutkan ekoran Pakatan Rakyat sebelum ini menimbulkan isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, termasuk warganegara Indonesia dan Bangladesh bagi tujuan mengundi Umno-Barisan Nasional.
Labels:
BN
21 korban pengebom berani mati di Baghdad
BAGHDAD 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam serangan yang disasarkan kepada pasukan keselamatan di Baghdad, semalam.
Seramai 17 orang terkorban dan lebih 70 orang turut tercedera apabila dua pengebom berani mati menghidupkan bom di dalam kereta mereka di balai polis yang terletak di Hurriyah yang terletak di utara Baghdad dan Alwiyah yang terletak di tengah Baghdad.
Sementara itu, sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan 11 lagi tercedera termasuk pegawai polis apabila sebuah kereta meletup di Al-Ilam yang terletak di barat daya Baghdad. - AFP
Monday, October 10, 2011
Kerajaan Batal Kaji Kenaikan Elaun Ahli Parlimen
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin menarik balik cadangan kenaikan gaji dan elaun bagi kemudahan 222 ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan penarikan semula cadangan berkenaan dibuat berdasarkan bantahan empat pemimpin utama pembangkang.
Menurut beliau, penarikan tersebut membabitkan peruntukan kira-kira RM30 juta daripada Bajet 2012.
"Cadangan kenaikan berkenaan dibantah keras oleh pemimpin utama pembangkang, jadi saya mengambil maklum bahawa mereka bercakap bagipihak ahli Parlimen lain daripada parti masing-masing.
"Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.
10.83 Peratus Murid Sekolah Rendah, Menengah Tercicir
KUALA LUMPUR: Kira-kira 10.83 peratus keciciran murid di peringkat sekolah rendah dan menengah yang mengikuti sistem persekolahan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dicatatkan dari tahun 2006 hingga 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, bilangan keciciran pelajar sekolah menengah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 9.42 peratus berbanding sekolah rendah kira-kira 1.41 peratus.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak semua murid tersebut tercicir terus daripada mengikuti sistem persekolahan, sebaliknya sebahagian besar mereka meneruskan pelajaran di sekolah swasta, sekolah agama raktat, Sekolah Menengah Persendirian Cina, sekolah antarabangsa dan madrasah.
"Sekolah tersebut tidak berdaftar dan bukan di bawah kelolaan KPM. Pada Jun tahun lalu, kira-kira 140,000 murid di peringkat sekolah rendah dan menengah belajar di sekolah swasta.
Labels:
ekonomi,
pendidikan,
Sosial
Penyanyi Siti Nursaida Tarudin Isteri Curang

KUALA LUMPUR - Hasrat penyanyi Siti Nursaida Tarudin untuk bercerai termakbul apabila suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri bersetuju menerima RM1,000 daripada kakak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza itu sebagai bayaran tebus talak (khuluk) dengan talak satu.
Jumlah itu diterima dengan rela hati oleh Mohd. Ghazali 40, selepas penyelesaian yang dicari dalam tiga majlis hakam sebelum ini sejak setahun lalu tidak membuahkan hasil kerana Saida, 35, wanita yang dikahwini selama 15 tahun berkeras untuk berpisah.
Kecewa dengan tindakan Saida yang juga plaintif, Mohd. Ghazali selaku defendan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, sebaliknya menyerahkan kepada wakil hakam iaitu pegawai mahkamah untuk berbuat demikian.
Sunday, October 9, 2011
Najib gagal tawan hati semua lapisan rakyat
SHAH ALAM: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Bajet 2012 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘gula-gula’ untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Beliau menyifatkan Bajet 2012 itu gagal menawan hati semua lapisan rakyat sebagaimana Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentang tiga hari lebih awal.
“Ini bajet pilihan raya tetapi Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia dan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan melancarkan bajet Pakatan.
Gempa bumi 6.0 landa Tonga
WELLINGTON 9 Okt. – Satu gempa bumi sekuat 6.0 pada Skala Richter menggegarkan Tonga, hari ini.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa dasar laut tersebut melanda pada pukul 4.53 petang waktu Malaysia pada kedalaman 19 kilometer kira-kira 220 kilometer timur ibu kota Tonga, Nuku'alofa.
Gempa tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemusnahan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. – AFP
Saleh umum bakal letak jawatan
SANAA 9 Okt. – Presiden Ali Abdullah Saleh hari ini menyatakan beliau bersedia untuk melepaskan kepimpinannya yang berusia 33 tahun dalam masa terdekat namun enggan menyerahkannya kepada pihak pembangkang.
“Saya tidak mahu lagi berkuasa dan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden dalam masa beberapa hari akan datang.
“Saya menyeru kepada semua penyokong saya agar bersedia menghadapi pelbagai cabaran akan datang,” katanya ketika berucap menerusi siaran televisyen sambil menyelar pihak pembangkang. – AFP/Reuters
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)


























