Pages

Saturday, July 30, 2011

Kerajaan kaji langkah tangani kenaikan harga barang, kata TPM

PAGOH:  Kerajaan akan mengkaji langkah baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah membantu petani,  penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat selain subsidi minyak.

44 pengundi nama dan kad pengenalan sama

PETALING JAYA: PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan  mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama  sama,
Bagaimanapun,  nombor kad pengenalan baru  hanya dua digit terakhir yang berbeza.
Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.
Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

Friday, July 29, 2011

Kerajaan tidak buat tetapi paksa swasta laksana

DAP meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil menjelaskan mengapa usaha menjayakan dasar 30 peratus pernyertaan wanita tidak dimulakan dalam sektor awam terlebih dahulu.

Ketua Wanita Kebangsaan DAP Chong Eng mempersoalkan kenapa kerajaan Barisan Nasional seolah-olah mahu memaksa sektor swasta mengadakan kuota 30 peratus itu sedangkan sepatutnya sektor awam yang perlu melaksanakannya.

Menurutnya, tiga pendekatan yang diumumkan Shahrizat itu hanya indah khabar dari rupa kerana ia mencerminkan kerajaan tidak mempunyai keazaman politik untuk mengarusperdanakan wanita dalam sektor awam.

Thursday, July 28, 2011

SPR bohong


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah.
“Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang  memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan  atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws),” kata Aziz.

Kegagalan Rundingan Baling dan implikasinya


Oleh : Nazli Ibrahim | July 28, 2011 : Artikel ini adalah Bahagian Kedua dari artikel sebelum ini bertajuk “Gerakan kiri kemerdekaan: Sejarah yang dikaburkan” yang disiarkan pada 25 Julai lalu.
Persoalan mengapa Parti Komunis Malaya (PKM) masih enggan meletakkan senjata walaupun negara ini telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga kini masih kabur di mata masyarakat negara ini.
Secara tidak langsung juga, kekaburan ini memberi kelebihan politik kepada kerajaan negara ini dengan menggambarkan kepada masyarakat bahawa PKM telah beralih arah perjuangan menentang penjajah kepada menentang kerajaan negara ini yang sah pula.

Polis tempatkan anggota secukupnya di Stadium Bukit Jalil esok

KUALA LUMPUR - Polis akan menempatkan anggota yang secukupnya esok bagi mengawal keadaan di luar dan dalam Stadium Nasional di Bukit Jalil, venue perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, polis trafik pula akan mengawal lalu lintas di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil mulai tengah hari esok. 

"Jalan-jalan di sekitar Kompleks Bukit Jalil akan dikawal bermula tengah hari esok sehingga selesai perlawanan supaya keadaan lalu lintas berjalan lancar," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Lebih baik guna dakwat; Nik Aziz

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya bersetuju dengan pendirian Pas Pusat menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya.

Beliau berkata, kenyataan beliau tiga hari lalu menyokong biometrik dengan syarat, iaitu selagi ia tidak menimbulkan keraguan bagi menjamin pilihan raya bersih dan adil.

“Kenyataan saya dua hari lepas dengan syarat, saya kata benda ini kalau timbul keraguan kena tolak dan kebetulan, alhamdulillah kelmarin terdapat kes pengundi bertindih di Selangor.

“500 daripadanya sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), itu baru selangor tak termasuk Kelantan dan negeri-negeri lain, jadi menampakkan memang meragukan,” katanya.

Naib Presiden PKR disoal ‘cubaan bunuh Anwar’

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR N Surendran hari ini disoal siasat polis berhubung kenyataannya yang mengaitkan tindakan polis dengan cubaan bunuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Surendran, yang pada asalnya hadir ke Balai Polis Travers sebagai peguam mewakili pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakry untuk merakam kenyataan, secara tiba-tiba diarah pegawai polis berada dibilik berasingan untuk disoal.
Beliau disoal siasat kira-kira 45 minit dibawah Akta 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Kes TBH, keputusan RCI banyak keganjilan

Polis perlu membuka semula siasatan untuk memastikan siapa yang sebenarnya menyebabkan kematioan Teoh Beng Hock (TBH), kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Katanya, empat petunjuk terbaru dari laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TBH boleh membantu polis untuk mencari pemangsa yang bertanggungjawab.

Menurutnya, empat petunjuk yang dapat membantu polis melakukan siasatan itu ialah berkaitan ‘dalang’ penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Hishamuddin Hashim (HH), ‘siasatan keempat’, penyalahgunaan kuasa HH dan ‘kotak hitam’.

Dalam petunjuk pertama, Kit Siang menyatakan bahawa perenggan 176, 336, dan 337 laporan RCI TBH, mendedahkan pegawai SPRM Anuar Ismail yang sedia berkorban termasuk menipu bagi pihak HH.

Wednesday, July 27, 2011

Minuman 'Barbican' halal diminum


Itulah rumusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan, Barbican, yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin, berkata selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman tersebut dan beberapa jenis lain yang diproses bukan bertujuan membuat arak boleh diminum.

Menurutnya, alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan.

Bayaran letak kereta di Melbourne dan Sydney antara termahal di dunia


SYDNEY: Sydney dan Melbourne adalah antara bandar yang mempunyai kadar meletak kereta paling mahal di dunia, demikian menurut hasil satu kajian yang dikeluarkan semalam, sedang kedua-dua bandar Australia itu menggalak penduduknya supaya meninggalkan kereta masing-masing di rumah.

Tinjauan Kadar Meletak Kereta Antarabangsa Colliers mendapati bandar Oslo, di Norway, adalah lokasi paling mahal bagi meletak kereta dengan kadar bayaran setinggi AS$89.04 ($107.60) sehari.

Ini diikuti bandar Copenhagen, Denmark, dengan kadar bayaran meletak kereta sebanyak AS$73.11 sehari, kemudian Melbourne dengan bayaran AS$69.53 sehari dan Sydney pada kadar AS$67.42 sehari.

Tuesday, July 26, 2011

Rais takut ‘orang di belakang’ Rocky Bru


PETALING JAYA: Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Rocky Bru kerana takut ‘orang dibelakang’ penulis itu.
Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Attan merupakan individu terawal mendedahkan laporan NGO hak pekerja Indonesia, Migrant Care mengenai salahlaku seks melibatkan seorang Menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya, tahun ini.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman Rais ke atas penulis blog Amizuddin Ahmad atau Sharpshooter.

William Bourdon diperalatkan

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menuduh peguam Perancis, William Bourdon telah diperalatkan dan dimangsakan oleh Kua Kia Soong dan SUARAM, ketika diminta mengulas mengapa peguam tersebut diusir kerajaan Malaysia pada 22 Julai, minggu lalu.

"Tanya beliau, sama ada beliau ada hak untuk membela kes ini di sini?  Ok, beliau nak membela kes ini, buatlah di Perancis.  Bukan sini, ok?"  Zahid Hamidi (gambar kiri) meneruskan, "Beliau telah dipergunakan dan dimangsakan oleh Dr. Kua (Kia Soong) dan SUARAM.  Kamu tulis yang itu."

Monday, July 25, 2011

Siasatan perhimpunan Bersih dijangka siap minggu ini

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin siasatan berhubung perhimpunan haram 9 Julai lalu akan siap minggu ini, bagi membolehkan pendakwaan dilakukan segera.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan masih dijalankan terhadap pihak-pihak tertentu yang masih membuat kenyataan yang tidak benar tentang perhimpunan berkenaan.
“Kita masih siasat tentang isu-isu yang telah dimainkan oleh pihak-pihak tertentu kerana masih terdapat pihak-pihak yang membuat kenyataan dan menayangkan perkara yang tidak benar tentang perhimpunan tersebut.

Sekilas Dunia


China arah rombak sistem kereta api
SHUANGYU (China): Pihak berkuasa China telah mengarahkan agar sistem keselamatan kereta api negara itu melalui rombakan segera, lapor media setempat semalam.

Tindakan itu diambil selepas sekurang-kurangnya 35 penumpang maut manakala 210 lagi cedera apabila dua kereta api berkelajuan tinggi bertembung dan tergelincir sebelum dua daripada gerabaknya terjatuh daripada jambatan di timur wilayah Zhejiang lewat kelmarin. -- Agensi.

Budak didakwa memandu semasa mabukSYDNEY: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah didakwa memandu semasa mabuk.

Polis New South Wales berkata pegawainya telah mengesan sebuah kereta yang dipandu secara bahaya di bandar Kempsey.

Desak pantau kajian wujudkan 'manusia separuh beruk'



LONDON: Para saintis di Britain mendesak peraturan ketat dikenakan terhadap usaha segelintir penyelidik yang mahu mewujudkan makhluk separuh beruk dan separuh manusia seperti dalam filem Hollywood, Planet of The Apes.

Dalam satu laporan, para saintis itu memberi amaran bahawa penyelidikan yang kini sedang dilakukan hampir melanggar etika dalam percubaan menyatukan ciri manusia dengan haiwan.

Profesor Martin Bobrow, seorang pakar genetik perubatan di Universiti Cambridge dan penulis bersama laporan itu, berkata masyarakat perlu sedar bahawa penyelidikan yang mencampuradukkan gen manusia dengan haiwan harus dikawal selia dengan ketat.

Saturday, July 23, 2011

Kerjasama DAP-PAS semakin kukuh

Hubungan akrab di antara DAP dan PAS, walau pun sesekali berdepan dengan masalah remeh, bukan sahaja berkembang di peringkat pimpinan tetapi juga semakin rapat di peringkat akar umbi.

Sejak mula bekerjasama secara serius bagi menghadapi pilihan raya umum 1999, dan kemudian menyusuri masalah perbezaan ideologi pada awal 2000-an, hubungan yang agak keruh telah dipulihkan kembali menjelang PRU 2008.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong berkata walau pun ramai yang berpendapat DAP dan PAS berbeza dari sudut ideologi, kedua-dua parti sebenarnya banyak persamaan dalam memperjuangkan hak-hak utama rakyat Malaysia.

“Jika Pakatan Rakyat diberi amanah untuk memegang kuasa, DAP-PAS selesa sama satu lain dan berkongsi pandangan berkenaan agenda ‘pendemokrasian’ (democratisation) seperti menghapuskan akta-akta zalim, memberi ruang bersuara lebih luas, reformasi Parlimen, reformasi polis, reformasi media dan lain-lain.

Friday, July 22, 2011

Himpunan Bersih: Polis, media boleh disapina


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta orang awam menyerahkan bukti dan maklumat berhubung kekerasan yang melampau oleh polis, sebelum dan semasa perhimpunan Bersih pada 9 Julai.
Menurutnya kenyataan yang dikeluarkan hari ini, suruhanjaya  itu menyatakan ia mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sapina kepada saksi-saksi  berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.
Kuasa itu dinyatakan di bawah Seksyen 14 (1) (a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Ia ekoran suruhanjaya itu akan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia ketika perhimpunan aman Bersih 2.0.

Thursday, July 21, 2011

‘Melayu tak berpecah, Islam terbela’

PETALING JAYA: Sebuah badan Islam bukan kerajaan (NGO) mendakwa orang Melayu tidak berpecah tetapi telah digembar-gemburkan sedemikian rupa secara berlebihan oleh parti politik Umno.
Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga mendakwa kepentingan orang Melayu tetap terpelihara kerana dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selain peranan Majlis Raja-raja Melayu.
NGO Islam itu hairan mengapa Umno terlalu membesar-besarkan dakyah pembohongan kononnya berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu.

Islam sendiri anjur demonstrasi- Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin


                                Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan


AMPANG: Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan berkata Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum.


“Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah.

BN takut kebenaran, tapis laporan berita

Naib Pengerusi DAP M. Kula Segaran berkata bahawa hanya negara yang dikuasai polis akan bertindak sedemikian dalam era internet kerana takut rakyat Malaysia mengetahui keadaan sebenar.

Malah, katanya tindakan itu kurang cerdik dan tidak berkesan kerana laporan penuh majalah mingguan The Economist boleh diperolehi dengan mudah dari internet.

“Nampaknya kerajaan BN masih terikat dengan zaman kongkongan media dan menghidap sindrom menafikan kebenaran,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

Para penganalisis laman-laman web yang membuat perbandingan di antara versi cetak yang ditapis dengan versi penuh di internet telah mendapati bahawa bahagian-bahagian yang dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah:

Wednesday, July 20, 2011

Selangorku Slogan Baru Negeri

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memperkenalkan slogan baru, Selangorku di Stadium Malawati, di sini Ahad ini.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dan “Hasil Negeri untuk Rakyat” yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.
“Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
“Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Tekanan antarabangsa jika tidak bebaskan tahanan EO- Peguam


KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon.
“Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain.
“Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani,” kata Edmund kepada Keadilandaily.
Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan.

Tuesday, July 19, 2011

Anak Datuk antara tiga ditahan seludup PATI

JOHOR BAHRU 19 Julai – Tiga lelaki, salah seorang daripadanya anak orang kenamaan (VIP) bergelar Datuk ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam jenayah penyeludupan manusia di Kota Tinggi dekat sini baru-baru ini.

Anak VIP itu yang berusia 21 tahun ditahan bersama dua rakannya di persimpangan tiga jalan besar Sungai Rengit-Teluk Ramunia pada pukul 8 malam kelmarin.

Suspek merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan sedang bercuti semester. – Utusan

Kes hasutan Adun Sri Muda disebut semula 8 Ogos

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 8 Ogos depan untuk sebutan semula kes Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat-ayat menghasut membabitkan Sultan Selangor di laman blognya pada 30 Dis tahun lepas.
Hakim Slamat Yahya hari ini menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam V. Jeya Kumar yang mewakili Shuhaimi, 43.
Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din mewakili pihak pendakwaan sementara Amalina Abdul Rashid hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Monday, July 18, 2011

DAP sedih dan pilu atas pemergian Dr Lo’ Lo’

KUALA LUMPUR, 18 JULAI – DAP hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali atas pemergian tokoh wanita PAS itu buat selama-lamanya semalam.

Para pemimpin DAP menyifatkan ia sebagai satu kerugian besar buat Pakatan Rakyat dan PAS kerana dedikasi dan sumbangan yang diberikan Allahyarham kepada perjuangan rakyat dan wanita sangat besar.

Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata Dr Lo’ Lo’ merupakan wanita pertama dari parti PAS yang beliau kenal dan beliau berasa sedih atas pemergian awal tokoh wanita PAS itu.

“Beliau mempunyai pemikiran yang tersendiri, malah beliau adalah wanita pertama di dalam PAS yang memegang jawatan-jawatan penting.

MP PAS S’gor ambil alih tugas Dr Lo’ Lo’

PETALING JAYA: Tiga Ahli Parlimen PAS Selangor akan mengambil alih tugas untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan Titiwangsa ekoran pemergian ahli parlimennya, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmatullah malam tadi.
Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).
Perkara ini dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditanya mengenai siapakah di kalangan ahli Parlimen yang akan mengambil alih tugas Allahyarham Dr Lo’Lo’ yang meninggal dunia kira-kira jam 10.25 malam tadi akibat penyakit barah.

Obama sambut Dalai Lama, tidak hirau protes China


WASHINGTON: Sambil tidak menghirau protes China, Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menyambut lawatan Dalai Lama ke Rumah Putih sambil menggesa agar dihormati perjuangan hak asasi dan budaya tradisi di Tibet.

China dengan segera mengemukakan bantahannya dan mendakwa Encik Obama cuba merosakkan hubungan antara dua ekonomi paling besar di dunia itu dengan menemui pemimpin kerohanian Tibet itu, yang hidup dalam buangan sejak lebih setengah abad yang lalu.

Rumah Putih, bagaimanapun, tidak terlalu menonjolkan pertemuan Encik Obama dan Dalai Lama.

Ia kemudian mengeluarkan gambar Encik Obama, yang tidak memakai tali leher, mendengarkan dengan teliti penjelasan sami yang memakai jubah itu.

Husam: Terengganu jadi bukti penipuan SPR

PETALING JAYA: Keputusan pilihan raya umum (PRU) 2004 di Terengganu menjadi bukti penipuan yang meluas dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
“Statistik PRU ke-11 bagi Terengganu tidak masuk akal kerana pengundi baru bertambah sebanyak 62 peratus iaitu tertinggi di dunia,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Katanya, dalam pilihan raya tersebut, peratusan undi Umno bertambah 62 peratus tetapi undi PAS merosot lima peratus.
Menurut Husam, pertambahan pengundi muda yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004.
“Dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih.

Samad Said: Najib ‘Memang Kejamlah’


Malaysiakini
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang “memang kejam” berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

“Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah,” katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Photos and & Videos Bersih 2.0 Menangi iPad ( Klik di sini ) 

Sunday, July 17, 2011

Indikasi Kehancuran Israel

Di tengah gencarnya berita mengenai rencana ambisius militer Zionis untuk memulai perang baru terhadap Hizbullah, rezim agresor itu dilanda krisis dalam negeri yang semakin akut.
Tampaknya, ada kebijakan yang berseberangan antara sepak terjang pejabat teras Tel Aviv yang disibukkan dengan rencana menyulut perang baru dengan Lebanon, dan ketakutan warga "negara jarahan" ini atas meletusnya perang baru.

Liga Arab Seru UNESCO Abaikan Tekanan Israel

Liga Arab meminta Organisasi PBB Bidang Pendidikan, Ilmu Pengetahuan, dan Kebudayaan (UNESCO) terkait masalah al-Quds tidak tunduk terhadap tekanan ilegal Rezim Zionis Israel.
Seperti dilaporkan Kantor Berita Qatar dari Kairo, Mohammad Sabih, wakil sekjen Liga Arab untuk urusan Palestina Sabtu (16/7) menandaskan, seluruh resolusi internasional mengakui al-Quds bagian dari bumi Palestina yang dirampas tahun 1967. "UNESCO sebagai organisasi dunia yang melindungi warisan budaya manusia harus mendukung bangsa yang berjuang menjaga warisan budayanya dari ancaman penjajah," tandas Sabih.

Rumah termahal Britain mungkin diroboh



RUMAH Updown Court di tenggara England yang berharga £70 juta (RM339.6 juta).


KINGSTON, Britain - Kediaman termahal di Britain yang berharga £70 juta (RM339.6 juta), Uptown Court, mungkin dirobohkan selepas tiada pihak berminat untuk membelinya sejak enam tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam. Rumah agam tersebut yang terletak dekat sini di daerah Surrey, tenggara England, memiliki 24 bilik tidur, lima kolam mandi dan sebuah gelanggang boling.
Ia yang dibina pada 2002 adalah seluas 4645 meter persegi sekali gus lebih luas daripada Istana Buckingham di London. Kos penyelenggaraan bulanan rumah agam berkenaan yang dimiliki kerajaan Ireland, mencecah £60,000 (RM291,138) dengan menggunakan wang rakyat. Pentadbiran Ireland mungkin merobohkan kediaman tersebut dan menjual tanah sekitarnya untuk pembangunan bagi menampung kerugiannya. - Agensi

Saturday, July 16, 2011

Isu Anwar tidak jejaskan pembangkang

PETALING JAYA: Pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat di Pahang untuk pilihan raya umum ke 13 akan selesai bulan depan.
PKR, PAS dan DAP, katanya setuju mengekalkan status 2008, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Razali Alias.
“Rundingan masih berjalan dan dijangka selesai sepenuhnya sebelum raya puasa ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada pilihan raya umum lepas, PKR bertanding lapan kerusi Parlimen dan menang dua iaitu Bandar Kuantan dan Indera Mahkota.
Wirawati BERSIH 2.0 ( Klik di sini )

Friday, July 15, 2011

Ahli Parlimen Muar ditangkap lagi – kerana baju Bersih dan baju Ubah!

MUAR, 15 JULAI – Polis menangkap Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa di sini malam tadi kerana “kesalahan” memakai t-shirt Bersih 2.0, walau pun perhimpunan aman itu telah pun selesai diadakan pada Sabtu lalu.

Ketika ditangkap, beliau sebenarnya sudah menyarungkan sehelai t-shirt merah di atas t-shirt Bersih berwarna kuning yang dipakainya.

Beliau yang ditangkap pada jam 8.30 malam tadi telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk memberi keterangan.

Thursday, July 14, 2011

Pemuda PAS lancar Aduan Keganasan Polis 9/7

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) telah melancarkan Aduan Keganasan Polis 9/7.
Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, usaha ini adalah susulan daripada aduan rasmi Juham kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kelmarin.
“Juham telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas pihak polis yang menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli.
Gambar & Video Bersih 2.0 Menangi iPad dan Vios G Limited ( Klik di sini ) 

Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno

14 JULAI – Rakyat Malaysia yang turun ke jalan raya ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai telah membuktikan sesuatu iaitu tembok perkauman telah dipecahkan.

Sekian lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum dan persengketaan atas nama bangsa dan agama, akhirnya rakyat membuktikan kepada pemerintah mereka tidak lagi takut atau pun mahu bersembunyi di sebalik tembok jijik dibina oleh UMNO.

Pembohongan dan dolak-dalik media milik UMNO dan Barisan Nasional serta sikap tarik-tali Najib Razak akhirnya menempelak muka sendiri, keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya merudum jatuh.

Hanya dengan berjalan-jalan ke sekitar KL bagi meninjau keadaan selepas demonstrasi aman, imej Najib tidak mudah pulih seperti disangka.

Wednesday, July 13, 2011

Pelabur hilang keyakinan jika kerajaan rejim korup, zalim

PETALING JAYA, 13 JULAI – Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu faham bahawa keyakinan pelabur terhadap Malaysia hanya akan hilang jika negara ini diperintah oleh rejim yang korup, zalim dan ganas, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Menurutnya, pelabur-pelabur antarabangsa sudah lama faham tentang perlunya kebebasan dan demokrasi untuk menggalakkan kemajuan serta pertumbuhan ekonomi, dan mereka akan menolak pandangan Presiden MCA itu yang mendakwa perhimpunan aman boleh menjejaskan kemasukan pelaburan ke Malaysia.

Sekarang di kebanyakan negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan yang sering diadakan rapat umum serta perhimpunan aman, ia tidak pernah menjejaskan prestasi ekonomi mereka.

Dokumen RM25 juta tak lengkap

SHAH ALAM – Bekas suami jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya iaitu Bukhari Mohd. mendakwa bekas peguam N. Pathmanaban menyediakan perjanjian jual beli hartanah di Pulau Pinang bernilai RM25 juta yang tidak lengkap.
Saksi ke-24 itu memberitahu, terdapat enam perkara penting yang diusulkan kepada bekas peguam berkenaan sehingga perkara itu mencetus perdebatan antara jutawan kosmetik dengan Pathmanaban.
“Peguam Pathma bagaimanapun kata dia seorang peguam yang sudah lama dan berpengalaman menyebabkan Sosi hanya mendiamkan diri,” kata ahli perniagaan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Tuesday, July 12, 2011

Kuning setiap Sabtu

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu(gambar) berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.
"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.

"Kita nampak corak penangkapan pihak polis pun telah didoktrinkan soal perkauman. Sebab itulah pempimpin DAP tidak ditangkap walaupun depan mata polis.

Posting Terkini