Tuesday, April 26, 2011
Paderi dipenjarakan selepas mahu teruskan bantahan di masjid
DEARBORN (Amerika Syarikat): Seorang paderi kontroversial dari Florida dipenjarakan Jumaat lalu selepas mahkamah daerah Michigan memutuskan bantahan yang beliau hendak anjurkan di sebuah masjid di sini boleh mencetuskan keganasan.
Paderi Terry Jones dan penolongnya, Encik Wayne Sapp, dihantar ke penjara di Detroit selepas mereka enggan memenuhi terma perintah Hakim Mahkamah Daerah Mark Somers.
Awal dari itu, Hakim Somers telah mengarahkan masing-masing membayar bon damai simbolik bernilai AS$1 ($1.23) di bawah arahan melarang mereka daripada menghampiri Pusat Islam Amerika di sini dan harta awam di kawasan berhampiran selama tiga tahun.
Adun BN mencarut dalam sidang Dun Negeri Sembilan
SEREMBAN: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan ke 12 hari ini menjadi kecoh dan berlaku insiden bertikam lidah apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Barisan Nasional (BN) mencarut.
Kekecohan itu gara-gara tindakan Adun BN-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad mengeluarkan perkataan “p*****” ketika sesi perbahasan titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan awal pagi tadi.
Labels:
Berita,
BN,
Government,
Sex,
UMNO
Isu SNAP, diserah kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat
KEADILAN akan menyerahkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, berhubung cadangan penyertaan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) ke dalam Pakatan Rakyat mahu pun penggabungan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Pengarah Stategi dan Politik KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, sebarang keputusan tidak boleh dibuat oleh satu pihak, tetapi perlu dibincangkan dengan teliti secara bersama.
Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat
Rakyat perlu jadi pemangkin transformasi, kata Najib
Warta Kerajaan Rakyat : KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu menjadi pemangkin kepada transformasi sesebuah negara.
Perdana Menteri berkata beliau selalu menekankan nilai kesederhanaan dan konsep 1Malaysia berpaksikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Sekiranya rakyat mendokong nilai dan konsep itu, negara pasti boleh mencapai lebih banyak kemajuan dan menjadi faktor pengaruh positif kepada rakan sekeliling.
Sebutan kes Adun Sri Muda 20 Jun
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 20 Jun bagi sebutan semula kes melibatkan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa di bawah Akta Hasutan.
Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas peguambela, Nizam Bashir memohon prosiding itu ditangguhkan sementara menunggu permohonan untuk menggugurkan pertuduhan di Mahkamah Tinggi.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menetapkan 31 Mei ini bagi pengurusan kes itu dan pihak pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan pembelaan mereka.
Monday, April 25, 2011
4 individu didedah Raja Petra disiasat
Nama disebut penulis blog boleh didakwa
(Berita Harian) - Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan pengendali blog, Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.
(Berita Harian) - Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan pengendali blog, Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.
Turut disiasat pengendali blog Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.
Labels:
blog,
Raja Petra
Penyelewengan wang Zakat di Melaka
KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujud penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mengalami kerugian akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah.
Ia berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya disiapkan pada bulan Jun 2004.
Datuk Mustafa Ali bahaya kepada perpaduan Pakatan
PETALING JAYA: PKR menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berhubung isu video seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang sebagai berbahaya dan menggugat perpaduan Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa tokoh veteran PAS itu mempunyai agenda sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbahaya itu.
“Dia (Mustafa) masih berminat lagi dengan UG (kerajaan perpaduan). Dia juga masih menyimpan dendam terhadap (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali.
Labels:
Pakatan Rakyat,
PAS,
PKR
1.3 juta pekerja masih di bawah paras kemiskinan- J/kuasa 1 Mei
KUALA LUMPUR: Kira-kira 34 peratus atau bersamaan hampir 1.3 juta pekerja di Malaysia berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan, kata jurucakap jawatankuasa 1 Mei, S Arutchelvam.
Bahkan katanya, ada di antara pekerja terutama di sektor perladangan dan perkilangan yang mendapat gaji permulaan pada paras RM 450 sebulan, lebih rendah dari pendapatan di bawah kemiskinan iaitu RM720 sebulan.
Karpal mahu mahkamah bebaskan Anwar

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.
Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.
Kes Fitnah Kedua : Karpal Mulakan Hujah (TERKINI)
KUALA LUMPUR 25 APRIL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar penggulungan kes fitnah kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguambela Karpal Singh memulakan pengulungan bagi pihak tertuduh.
Peguambela Karpal Singh memulakan pengulungan bagi pihak tertuduh.
Karpal dalam hujahnya berkata, bahawa timbul keraguan oleh pihak pendakwaan apabila doktor pakar Hospital Pusrawi, Dr. Mohd Osman tidak dipanggil memberi keterangan dalam kes tersebut.
Labels:
Fitnah,
Konspirasi,
Liwat,
mahkamah
Fitnah 2: Mahkamah dijangka dengar penggulungan hujah
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka mendengar hujah penggulungan daripada pendakwa dan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes Fitnah II.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan samada pendakwa raya mempunyai kes prima facie dalam kes ini.
Jangan cepat melatah, kata Puteri Umno Sabah
KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno Sabah meminta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak cepat melatah dan terikut-ikut dengan rentak parti pembangkang dalam membincangkan mengenai keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, keputusan PRN Sarawak tidak sewajarnya dijadikan bahan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu.
Kit Siang : Cadangan Penggabungan DAP-SNAP Masih Dibincangkan
SIBU 24 APRIL : Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada perpaduan pakatan pembangkang tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.
"Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya.
Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat,
Sarawak
Selangor Larang Rumah Kos Rendah Disewakan
SUNGAI BULOH 24 APRIL : Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap individu yang membeli rumah kos rendah semata-mata untuk disewakan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan hasrat kerajaan Selangor supaya setiap keluarga di negeri ini mampu membeli dan memiliki rumah sendiri sekali gus melarang pemilik rumah itu menyewakannya.
Labels:
ekonomi,
Kerajaan Pakatan Rakyat
Tiada Paksaan Untuk Hafarizam Menghadap JKHK DUN Selangor

Warta Kerajaan Rakyat
SHAH ALAM 24 APRIL : Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memaksa Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 29 April ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai pengamal undang-undang, Mohd Hafarizam bebas untuk bercakap apa sahaja dan tahu menilai mana yang betul dalam sebarang tindakannya.
Labels:
Kerajaan Pakatan Rakyat
‘Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan’
Warta Kerajaan RakyatKetua - Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah.
Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan.
Sunday, April 24, 2011
Satelit pertama Singapura jadi sumber kebanggaan
Warta Kerajaan Rakyat : Singapura - SELEPAS bertahun tertangguh, satelit buatan Singapura yang pertama akhirnya berjaya dilancarkan ke angkasa lepas minggu ini. Ia 'menumpang' di atas roket milik India yang dilancarkan dari India juga. Satelit Singapura yang dinamakan X-Sat itu sebesar peti sejuk dan seberat sepuluh setengah kantung beras 10 kilogram. Dengan pelancarannya, Singapura menjadi antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai satelitnya sendiri berlegar di angkasa lepas.
Labels:
Singapore
Anwar, Husam dalam seminar Maqasid Syariah 30 April
![]() |
| Datuk Husam bin Musa |
Warta Kerajaan Rakyat - Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK) akan mengadakan seminar pemikiran Islam berkaitan Maqasid Syar’iyyah, 30 April ini.
Forum tersebut menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kelantan, Datuk Husam bin Musa dan Ketua Penerangan KEADILAN Dr. Muhammad Nur Manuty.
Labels:
Islam,
Pakatan Rakyat
Perhimpunan ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi’ 1 Mei
Perhimpunan membantah kenaikan harga barangan akan diadakan pada 1 Mei ini di Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur. Sambutan ke-18 perhimpunan pada tahun ini bertemakan ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi’.
Acara tahunan sambuatan 1 Mei itu diadakan untuk memperingati kejayaan perjuangan para pekerja sedunia serta untuk mengetengahkan masalah pekerja di Malaysia.
Jawatankuasa pada hari tersebut terdiri daripada kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.
Beri polis masa siasat kes video seks lebih teliti
Warta Kerajaan Rakyat - SHAH ALAM: Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video lucah melibatkan individu mirip seorang pemimpin pembangkang kerana ia memerlukan penelitian bagi melengkapkan siasatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
“Berilah masa kepada polis untuk meneruskan siasatan serta tidak perlulah polis mendedahkan apa yang mereka lakukan dalam siasatan itu dari sehari ke sehari,” katanya.
Beredar, Foto Bintang Porno Sora Aoi di Bali

Jakarta - Bintang porno asal Jepang yang baru saja membintangi film horor seksSuster Keramas 2, Sora Aoi nampaknya terpesona dengan keindahan pulau Bali.
Baru-baru ini beredar foto-foto liburan Sora Aoi ketika berada di Bali. Namun yang menarik adalah Sora tidak hanya menampilkan foto-foto dengan pose santai, melainkan sesekali ia berpose panas dan menggoda.
Permintaan Bukit Aman untuk ambil keterangan RPK di Bangkok
Warta Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah dipanggil memberi keterangan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand.
Khalid berkata keterangan itu diambil oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu RPK di negara itu.
Labels:
Polis,
Raja Petra
PM cadang lantik Zainul jadi Speaker
Singapura - PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam mendedahkan bahawa beliau bercadang melantik Encik Zainul Abidin Rasheed sebagai Speaker Parlimen yang akan datang.
'Pada fikiran saya, andainya tiada sebarang kejutan, dan sekiranya beliau dipilih semula (dalam pilihan raya umum), saya bercadang untuk melantik beliau,' kata Encik Lee.
Encik Zainul, yang kini Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), dikenal pasti sebagai calon yang sesuai dan berkebolehan untuk menggantikan Speaker sekarang, Encik Abdullah Tarmugi, yang akan bersara daripada politik.
SPR Dituntut Perjelas Undi Pos Berkurang Secara Drastik
PANGKOR 23 APRIL : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menjelaskan pengurangan mendadak pengundi pos di DUN Pangkor daripada 4097 pengundi kepada 1899 pengundi.
Pengurangan secara drastik jumlah pengundi pos itu dikesan setelah dipersoal Ketua Biro Pilihan Raya PKR Perak, Chang Ming Kai dan beberapa siri bantahan pelbagai pihak terhadap agensi itu.
Pengurangan sejumlah 2199 undi pos tanpa sebarang penjelasan dari SPR menguatkan dakwaan wujudnya pengundi hantu dalam senarai undi pos sebelum ini.
Labels:
SPR
Polis Hapus Sistem Perangkap Kelajuan, Kata Timbalan IGP
SHAH ALAM 23 APRIL : Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar.
"Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya ketika mengadakan sesi dialog dengan 1,000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini Sabtu.
Saturday, April 23, 2011
Perubahan sokongan rakyat Sarawak bukan atas dasar perkauman
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan kemenangan DAP merangkul 12 kerusi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu atas dasar perkauman.
Menyatakan pemikiran politik perkauman BN perlu dihenti segera, beliau berkata keputusan PRN Sarawak itu, sebaliknya membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.
“Jika ada perubahan dari pilihan raya Sarawak, ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.
Labels:
Sarawak
40 Mahasiswa Pro-M disingkir kolej kediaman UPM walaupun layak

KUALA LUMPUR: Lebih 40 mahasiswa, termasuk dua pemimpin Pro Mahasiswa (Pro-M) disingkir dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun memenuhi merit minimum, kata jururcakap Pro-M, Siti Zulaikha Rusmadi.
Siti Zulaikha berkata, dua pimpinan Pro-M itu termasuklah Zuhairah Hayati Hared yang mempunyai 142 merit dan Norhidayah Abdul Rahman 100 merit dengan syarat minimum menduduki kolej kediaman di UPM hanyalah 60 mata merit minimum.
Labels:
Kerajaanmalaysia,
pendidikan
Pintu rundingan Umno-PAS sentiasa terbuka
PETALING JAYA: Pintu rundingan antara UMNO dan PAS berhubung kerajaan perpaduan sentiasa terbuka kata ketua penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Menurut laporan berita Umno Online semalam, beliau berkata UMNO sememangnya sentiasa menunggu tibanya hari orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara dapat bersatu dan tidak lagi berpecah belah kerana parti.
“Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis kursus pemukiman Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong dan Rhu Rendang di Kuala Terengganu.
Friday, April 22, 2011
Suapan RM10,000: SPR didesak gantung keputusan DUN Temin
SARAWAK: Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional (BN), Joseph Mauh telah ‘ditangkap’ kerana melakukan penipuan berganda.
Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang.
Labels:
piliharan raya,
rasuah,
Sarawak,
SPRM
Yayasan Selangor lancar program usahawan baru
PETALING JAYA: Yayasan Selangor hari ini melancarkan program pembangunan pendidikan sepanjang hayat dan pembangunan ekonomi serta bekerjasama dengan pihak swasta bagi menyediakan peluang perniagaan kepada rakyat.
“Program ini membuka peluang untuk menjadi usahawan dan perunding muda,” kata Pengurus Kanan Modal Insan Yayasan Dr Kamal Kasan ketika menyampaikan taklimat kepada pegawai kanan Yayasan dan pihak media di sini pagi ini.
Labels:
Kerajaan Pakatan Rakyat
DHPP minta kekalkan gandingan Hadi-Nasha
Warta Kerajaan Rakyat - PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat hari ini meminta ahli-ahli PAS mengekalkan gandingan pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan Muktamar Tahunan parti Jun depan.
Timbalan Pengerusi DHPP Pusat Balasubramaniam berkata, kami yakin gandingan Hadi dan Nasharuddin mampu membawa perubahan tatkala parti sedang menginjak ke usia 60 tahun penubuhannya.
“Tiada pemimpin lain yang mampu dan setanding yang dapat menggantikan kepimpinan Hadi sebagai Presiden PAS buat masa ini,” katanya ketika dihubungi wartawan.
Labels:
PAS
Dalang disebalik ‘Siapa Anwar’
Warta Kerajaan Rakyat - PETALING JAYA: Ahli Biro Politik PKR Sivarasa Rasiah menggesa pihak polis menyiasat siapa dalang di sebalik video seks bertajuk ‘Siapa Anwar’ yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diedarkan beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) November 1999.
Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau menggesa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak dibelakang video seks 1999.
Kenapa PAS dikritik
TEMERLOH : Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?
“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.
“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Labels:
PAS
Mengapa Najib-Taib gusar pada Pakatan yang kalah?
| Dr Dzulkefly Ahmad |
| Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka rapuh. Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan parti-parti komponen BN akan kehilangan 2/3 majoriti. Bahkan tidak kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi kenyalang itu. |
Labels:
BN,
Najib,
Pakatan Rakyat
Malaysia Baru bakal menyinsing pada PRU 13
KUALA LUMPUR, 22 April: Negara ini bakal menyaksikan menyinsingnya sebuah Malaysia Baru yang diimpikan semua pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, ini andainya Pakatan Rakyat mampu menggerakkan seluruh segmen rakyat, termasuk golongan akademik, profesional, pelbagai NGO, gologan remaja, wanita bahkan kakitangan awam dalam agenda melakar ‘perubahan besar’ mengeluarkan negara dari pelbagai krisis ekonomi, kebejatan sosial dan pertentangan perundangan-agama serta himpitan hidup akibat dari pengurusan tempang dan bobrok Barisan Nasional.
Labels:
Politik
Thursday, April 21, 2011
Mengaku hamil: Kris Dayanti dikecam kumpulan agama

Warta Kerajaan Rakyat - JAKARTA: Pengakuan penyanyi Kris Dayanti (gambar) bahawa dirinya hamil empat bulan telah mendapat kecaman daripada kumpulan agama setempat.
Kris Dayanti baru menikah pada 20 Mac lalu dengan Encik Raul Lemos dan mengadakan resepsi perkahwinan mereka di Hotel Mulia, Jakarta Selatan, lima hari kemudian.
Kalau dah terdesak sanggup curi wang dari mayat
KAJANG: Terdesak untuk mendapatkan wang, apa saja boleh dilakukan termasuk mencuri barangan berharga dan wang tunai daripada mayat yang baru dikebumikan.
Ini yang berlaku terhadap mayat seorang lelaki yang dikebumikan lebih seminggu lalu di Tanah Perkuburan Kristian, Sungai Chua, di sini, apabila kuburnya digali semula pihak tidak bertanggungjawab, pagi kelmarin.
Mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditanam semula selepas jam tangan dan wang tunai RM50 ($20) yang dikebumikan bersama mayat itu dicuri.
Labels:
ekonomi
Ribuan bidas akaun 'e-mel 1Malaysia' sebagai satu pembaziran

Warta Kerajaan Rakyat - KUALA LUMPUR: Beribu penduduk Malaysia membidas rancangan kerajaan bernilai RM50 juta ($20 juta) untuk memberi akaun e-mel peribadi kepada setiap rakyat yang berusia 18 tahun ke atas.
E-mel itu bertujuan membolehkan 16 juta rakyat Malaysia menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam mulai Julai ini.
Labels:
Najib,
Pembaziran
Pendakwa mahu paderi AS dilarang adakan protes di masjid
DEARBORN (Amerika Syarikat): Pendakwa raya mahu mahkamah mengeluarkan perintah melarang paderi yang mengetuai kempen bakar Al-Quran mengadakan protes di masjid terbesar di Amerika esok.
Pendakwa Wayne County mendakwa rancangan Paderi Terry Jones dari Florida mengadakan demonstrasi di Pusat Islam Amerika di sempadan Dearborn/Detroit boleh mencetus 'rusuhan bersenjata'.
Beliau dijadualkan hadir di Mahkamah Daerah di Dearborn hari ini atas permintaan pendakwa raya dan bakal dikenakan 'bon damai' bagi perlindungan polis.
‘Bukan Cina sahaja, Melayu juga tak sokong kerajaan’
PETALING JAYA: Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya.
Dan gesaan ‘menghukum’ masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.
Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969.
Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.
Labels:
DAP,
Melayu,
piliharan raya,
Politik
Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik- Bekas Polis
KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan ‘video seks’ pertama yang diedar pada 1999.
Emel 1Malaysia terima reaksi negatif di Facebook, Twitter
KUALA LUMPUR: Projek emel 1Malaysia yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, rata-rata mendapat reaksi negatif daripada rakyat Malaysia.
Tinjauan KeadilanDaily.com di laman sosial Facebook dan Twitter mendapati kebanyakan rakyat Malaysia merasa ragu-ragu dengan inisiatif tersebut, malah turut menjadikan ia sebagai modal untuk gurauan.
Sehingga kini, di laman Facebook, Kumpulan membantah inisiatif tersebut, ’1M Malaysians who don’t want Najib’s 1 Malaysia email’, menjangkau 40,000 penyertaan dalam tempoh kurang 48 jam, selepas projek itu diumum Najib.
Labels:
Malaysian Politik,
Najib
China setuju tingkatkan pelaburan ke Malaysia – Muhyiddin
BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata China bersetuju meningkatkan pelaburannya di Malaysia agar setara dengan pelaburan yang dibuat Malaysia di republik itu.
Beliau berkata persetujuan tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao selepas diberitahu pelaburan republik itu di Malaysia pada tahun lepas hanya bernilai RM209 juta.
“Beliau juga memaklumkan akan melawat Malaysia minggu depan,” kata Muhyiddin kepada wartawan Malaysia selepas mengunjungi pemimpin China itu di sini pada Rabu.
Tahniah Raja Petra!
Beberapa minggu lepas Raja Petra (RPK) memulakan serangan ke atas Deepak in Malaysia-today.net. Memang menarik perhatian ramai apabila isu yg sudah 3 tahun dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa ini dibangkitkan semula. Sebagai pembaca tetap saya tertanya-tanya "apa agenda RPK kali ini? Kenapa sekarang?" Tapi saya yakin RPK ada agendanya tersendiri. Kita semua tahu siapa dia Deepak mengikut cerita RPK. Itu sahaja yang kita tahu tidak lebih daripada apa yang RPK telah bocorkan kepada sebahagian rakyat kerana sebahagian lagi rakyat tidak berminat untuk tahu dan rela hidung mereka ditarik ke hulu ke hilir sedangkan Allah anugerahkan akal (bukan otak) untuk berfikir.
Labels:
Altantuya,
Najib,
Raja Petra
Subscribe to:
Posts (Atom)


























