KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan sesuatu dakwaan terhadap seseorang individu, apatah lagi sekiranya berita itu disampaikan oleh golongan fasik, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.
“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti.” katanya




















