Pages

Monday, February 28, 2011

Malaysia juga ada Leila Trabelsi, Suzanne – Anwar


IPOH: Jika Tunisia mahupun Mesir ada Leila Trabelsi dan Suzanne yang dibenci hingga menjadi antara faktor mencetus kebangkitan rakyat, Malaysia juga memiliki persamaan kerana pentadbiran negara dikuasai isteri pemerintah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.
“Di Tunisia, rakyatnya lebih menyampah isteri Ben Ali kerana semua perkara akan terdapat nama  Leila Trabelsi. Satu Ben Ali, tiga kali Leila.

Sunday, February 27, 2011

Selangor selesai 100,000 permohonan tanah dalam tempoh terdekat


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mensasarkan untuk menyelesaikan sehingga 100,000 permohonan berkaitan tanah dalam tempoh terdekat ini, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Kakitangan Pejabat Tanah Daerah telah diminta membantu penduduk mengisi borang bagi mengelak penduduk terpaksa berulang-alik ke pejabat tanah dan secara tidak langsung dapat mengelak pembaziran masa, tenaga dan wang,” kata Khalid ketika menyerahkan surat kelulusan pemberimilikan tanah kepada 164 penduduk di Kampung Sri Kundang hari ini.
Selain itu,  kadar premium baru ditawarkan kepada penerima notis 5A terbabit iaitu serendah RM2.00 bagi sekaki persegi.

Saturday, February 26, 2011

Anwar kesal Najib bayangkan Yusuf Qaradawi sebagai pengganas


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Datuk Seri Najib Razak memusuhi Islam apabila melabel Sheikh Yusuf al-Qaradawi sebagai pengganas dan pelampau.
“Najib menyelar gerakan Ikhwan kerana terlibat dengan keganasan dan melahirkan kebimbangannya terhadap Sheikh Yusuf Qaradawi. Prasangka ini mewakili sikap musuh Islam,” kata Ketua Pembangkang itu melalui twitternya.

Friday, February 25, 2011

Gaddafi hilang kuasa di timur, seluruh Libya dicengkam keganasan


TRIPOLI: Rejim pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, mencetuskan satu 'pertumpahan darah dahsyat' terhadap rakyatnya, selepas ia kehilangan kuasa di wilayah timur negara itu di tengah-tengah satu pemberontakan menentang rejimnya, menurut Italy, yang pernah menjajah negara Arab itu, semalam.

'(Wilayah) Cyrenaica sudah tidak lagi berada di bawah kuasa pemerintah Libya dan tercetus banyak keganasan di seluruh negara,' kata Menteri Luar Italy, Encik Franco Frattini, sambil menggesa dihentikan dengan segera 'pertumpahan darah dahsyat' itu.

Malah, Perdana Menteri Italyl, Encik Silvio Berlusconi, lewat kelmarin menelefon Encik Gaddafi menggesanya menghentikan tindakan tentera ke atas pemberontakan yang telah berjalan sembilan hari itu.

Thursday, February 24, 2011

Gaddafi Perintah Pemboman Pipa Minyak


Sebuah laporan mengatakan bahwa Muammar Gaddafi telah memerintahkan pasukan keamanan untuk mengebom pipa minyak dengan tujuan mengganggu pasokan minyak mentah ke negara-negara Mediterania.
Sebuah sumber yang dekat dengan rezim Gaddafi mengatakan, penguasa Libya telah memerintahkan dinas keamanan untuk memulai sabotase fasilitas minyak. Demikian dilaporkan majalah Times.

Pakatan ada jawatankuasa parlimen, tidak perlu kabinet bayangan- Anwar


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini mengenai pembentukan Jawatankuasa Parlimen Pakatan Rakyat yang fungsinya menyamai kabinet bayangan.
Sekaligus, Anwar menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang menggesa supaya Pakatan mengemukakan barisan  kabinet bayangannya sendiri.
“Tak perlu bentuk kabinet bayangan kerana kita telah mendahului dengan membentuk jawatankuasa parlimen. Usaha Datuk Seri Najib bertanyakan kabinet bayangan kita ucap terima kasih kerana ini satu penghargaan tentang keupayaan dan persiapan Pakatan mengambil alih Putrajaya.

Tuesday, February 22, 2011

Sampel diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membicarakan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terus digemparkan dengan keterangan pakar Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong,  dalam sesi soal balas hari ini.
Dalam perbicaraan tersebut, mahkamah diberitahu bahawa dua sampel DNA diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari terlebih dahulu sebelum laporan polis dibuat.
Sampel berkenaan  bertarikh 26 Jun 2008, sedangkan Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat pada 28 Jun 2008.

RM52 bilion saham bumiputera lesap


PETALING JAYA: KEADILAN menggesa Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Datuk Mustapa Mohamad mengumumkan senarai 1.5 bilion penerima saham khas bumiputera yang diagihkan  kerajaan tahun lalu.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkaya, KEADILAN melahirkan kebimbangan terhadap pengurusan agihan saham khas bumiputera yang menyebabkan sejumlah RM52 bilion daripada RM54 bilion saham  lesap.
“Pada tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan, kononnya kepada pelabur Bumiputra.

Umno didakwa terlibat dengan Selangor Terkini.

SHAH ALAM: Umno Selangor didakwa terlibat dalam penerbitan  dan penyebaran akhbar Selangor Terkini yang menyalahi undang-undang ekoran menggunakan  logo rasmi Kerajaan Negeri tanpa kebenaran.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata bukti baru yang diperoleh apabila kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang Abdul Shukor Idrus diedarkan bersama-sama akhbar itu pada Sabtu lalu ketika sambutan Maulidur Rasul.
Selain menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran,akhbar itu juga didakwa menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan bertindak menghentam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malaysia jadi transit sindiket seludup dadah dari Asia Barat, Afrika


KOTA KINABALU: Malaysia dikesan menjadi transit sindiket penyeludupan dadah, terutama dari rantau Asia Barat dan Afrika berdasarkan jumlah tangkapan hampir setiap hari membabitkan rakyat negara itu, tahun lalu.

Malah, lebih 200 warga Asia Barat dan Afrika, majoritinya dari Iran dan Afrika, ditahan sejak tahun lalu yang turut membabitkan rampasan ratusan kilogram dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata siasatan mendapati mereka menyeludup masuk dadah untuk dijual, manakala sebahagiannya dipercayai dirancang dibawa keluar ke negara lain.

Monday, February 21, 2011

Dua wanita Iran ditahan, syabu bernilai RM1.55 juta dirampas

PULAU PINANG 21 Feb. – Polis berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai RM1.55 juta selepas menahan dua wanita warga Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di sini baru-baru ini.

Kedua-dua wanita itu yang berusia 21 dan 24 tahun baru tiba di negeri ini dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu selepas transit di Singapura pada pukul 8.10 malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob berkata, polis menemui dadah jenis syabu seberat 6.2 kilogram disimpan dalam dua bungkusan plastik lutsinar yang disembunyikan dalam dua bagasi pakaian mereka. – Utusan

Pilihan raya negeri Sarawak: Betulke ni??

KUCHING 21 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan semua pegawai pengurus pilihan raya (RO) yang telah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak kali ini merupakan mereka yang layak dan berpengalaman, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Beliau berkata, semua 71 pegawai berkenaan yang telah dilantik dengan dibantu 159 penolong RO akan dilatih sepenuhnya untuk mengendali proses pilihan raya secara seragam selain memahami peruntukan undang-undang SPR
.
"Kebanyakan RO yang kita lantik adalah mereka yang memang berpengalaman dan layak serta faham undang-undang SPR,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dan taklimat RO Zon Kuching di sini hari ini.

Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-10, Abdul Aziz berkata SPR juga akan mengadakan program yang sama untuk RO di Zon Sibu pada Rabu ini dan di Zon Miri pada Jumaat. - Bernama

Kes Sosilawati: Sarawanan dan Suresh dipenjara 20 tahun

SHAH ALAM - Dua pekerja ladang yang sebelum ini dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain terpaksa merengkok lebih lama di dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi hari ini meminda hukuman mereka kepada 20 tahun.
Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan K.Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, sangat serius pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, 15 Oktober tahun lepas.
Kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Majistret Hurmain Hussain selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Majistret itu memerintahkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh berjalan secara serentak berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 9 September tahun lepas. - Bernama

4 Mac tentukan permohonan bukan Islam jadi peguam syarie

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur menetapkan 4 Mac ini untuk memutuskan sama ada peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin boleh menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atau tidak.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu di kamar beliau pagi ini.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar permohonan bantahan awal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengikut seksyen 121 Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu bidang kuasa antara syariah dan sivil.

Namun begitu, hakim memerintahkan supaya kedua-dua pihak berhujah mengenai isu kelayakan terlebih dahulu.

Pada 19 Mei tahun lalu, Victoria memfailkan permohonan tersebut untuk membatalkan keputusan MAIWP yang menolak permohonannya bagi diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. - Utusan

STPM: Peratusan calon lulus penuh menurun

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Jumlah peratusan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat matapelajaran telah menurun iaitu dari 47.72 peratus pada tahun 2009 kepada 46.41 peratus untuk 2010.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak ketika mengumumkan keputusan STPM berkata, prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara dengan calon bandar jauh lebih baik. - Utusan

Perbicaraan kes liwat Anwar: DNA ‘Lelaki Y’ masih misteri

21/02/2011 2:13pm

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa setakat ini tidak diketahui siapa penyumbang asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilabelkan sebagai ‘Lelaki Y’.

Ahli Kimia, Dr. Seah Lay Hong memberitahu demikian kerana beliau tidak diberikan sampel rujukan bagi profil DNA tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyambung keterangan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusan

Sunday, February 20, 2011

Pertumbuhan ekonomi 7.2 %: Malaysia ditinggalkan Indonesia, Singapura – Anwar


KUALA LUMPUR: Kadar pertumbuhan  ekonomi Malaysia sebanyak 7.2 peratus pada 2010, jauh ketinggalan di belakang Singapura dan Indonesia, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pertumbuhan yang dicatat pada 2010 perlu dilihat secara perbandingan dengan Singapura dan Indonesia untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap.
“Singapura dan Indonesia mencatat pertumbuhan 14.5 peratus dan 6.1 peratus pada 2010. Kedua-duanya mengatasi pertumbuhan Malaysia.

Saturday, February 19, 2011

Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Menyundal


PUTRAJAYA: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu.

Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket itu, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Difahamkan, wali tidak perlu hadir ketika majlis pernikahan berlangsung, hanya perlu membuat pengesahan melalui telefon.

Jutaan rakyat Mesir adakan Perarakan Kemenangan

Ulama seru tentera bentuk pemerintahan baru dan bebaskan tahanan politik



KAHIRAH: Berjuta-juta rakyat Mesir yang girang mengadakan satu 'Perarakan Kemenangan' semalam bagi meraikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak setelah 30 tahun berkuasa dan seorang ulama berpengaruh menyeru kepada tentera supaya membentuk satu pemerintah baru dan membebaskan para tahanan politik.

Syeikh Yusoff al-Qardawi, seorang ulama berpangkalan di Qatar dan antara orang pertama yang menyokong revolusi itu, berkata rasa takut warga Mesir sudah dihapuskan oleh pemberontakan itu dan beliau yakin Majlis Tinggi Tentera tidak akan mengkhianati negara itu.

'Saya menyeru kepada tentera Mesir supaya membebaskan kami daripada pemerintah yang dibentuk Mubarak,' kata Syeikh Qardawi kepada jemaah solat Jumaat di Dataran Tahrir semalam, dengan disambut oleh sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Mesir.

Mantan Presiden Tunisia kini koma


TUNIS: Presiden Tunisia yang tersingkir, Encik Zine El Abidine Ben Ali, kini 'koma' di sebuah hospital di Arab Saudi berikutan angin ahmar, kata seorang kenalan keluarganya kepada AFP kelmarin.

Mantan pemimpin berusia 74 tahun itu mula koma 'sejak Selasa' ketika dirawat di sebuah hospital di Jeddah, kata kenalan itu.

Encik Ben Ali dan keluarganya melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu selepas pemberontakan menamatkan kuasanya selama 23 tahun.

Sebelum itu, seorang jurucakap pemerintah sementara enggan mengesahkan mahupun menafikan berita bekas presiden itu sedang dirawat di hospital.

Harta pusaka Michael Jackson jana pendapatan AS$310 juta


LOS ANGELES: Harta pusaka raja pop, Michael Jackson, telah menjana pendapatan sebanyak AS$310 juta ($396.2 juta) daripada penjualan album, barangan dan produk lain sejak penyanyi lagu Thriller itu meninggal dunia pada 2009, menurut dokumen-dokumen mahkamah, semalam.

Para pentadbir harta pusakanya telah menggunakan AS$159 juta bagi melunaskan hutang bintang pop itu, yang berjumlah AS$400 juta ketika Jackson meninggal dunia .

'Walaupun masih ada tuntutan kreditor yang belum diselesaikan sementara menunggu proses litigasi dan isu perniagaan, percukaian dan undang-undang tambahan yang mencabar dan kes harta pusaka itu belum lagi memenuhi syarat untuk ditutup, para pelaksana telah mencapai kemajuan dalam mengurangkan hutang harta pusaka itu,' kata dokumen-dokumen itu.

Pejabat Adun Pantai Jerjak diceroboh


BAYAN LEPAS: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerjak yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Sim Tze Tzin dipecah masuk malam tadi.
Setiausaha peribadi kepada Sim, Victor Seow Koo Tatt berkata, sebuah komputer dan dua monitor hilang dalam kejadian itu dengan kerugian dianggarkan RM3,000.
Menurut Seow, terdapat beberapa maklumat penting dalam komputer tersebut dan beliau tidak menolak pencerobohan pusat khidmat bertempat di Jalan Rumbia, Bayan Lepas itu bermotifkan politik.

PR Sarawak siap sedia hadapi pilihan raya negeri


SARAWAK: Pakatan Rakyat Sarawak sudah lama bersedia untuk mendepani cabaran pilihan raya negeri yang dijangka berlangsung bila-bila masa, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian.
“Kami bersedia ke arah pilihan raya negeri. Sejak 11 Disember tahun lalu, program Jelajah  KEADILAN Sarawak sudah lancarkan dengan fasa pertama yang berakhir pada 20 Februari ini,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.
Kebelakangan ini, ura-ura Datuk Seri Najib Razak untuk membubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hangat diperkatakan, malah Perdana Menteri itu sejak akhir-akhir ini juga kerap menemui pimpinan Sarawak.

Friday, February 18, 2011

Badrul kekal wakil rakyat Pelabuhan Klang

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah masih wakil rakyat di kawasan terbabit.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membenarkan saman pemula yang dikemukakan Badrul dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun)

Selangor Datuk Teng Chang Khim diarahkan membayar gantirugi teladan sebanyak RM40,000 kepada beliau.
Badrul diwakili oleh peguam-peguam Datuk Hafarizam Harun dan Firoz Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said mewakili Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dinamakan sebagai defendan.Sementara Teng pula diwakili Nurashikin Abdul Rahim daripada Tommy Thomas Advocates and Solicitors.

Melihat Mesir dari teori anjakan makna

oleh RAHMAN SHAARI
Memikirkan perlawanan rakyat di Mesir, apakah fikiran kita di sini? Pihak kerajaan berfikir lain, pembangkang berfikir lain pula. Pembicara politik tentulah ada pelbagai pandangan. Kerajaan berfikir, eloklah berbaik-baik dengan rakyat sendiri, pergi ke ceruk-ceruk melawat mereka. Kita dahulukan rakyat dalam erti sebenar-benarnya.

Pilihan raya hendaklah dijalankan dengan adil dan telus. Jangan ada penipuan dan lowongan yang menyebabkan orang menyangka ada penipuan dalam pilihan raya. Seterusnya rakyat jangan dibiarkan menanggung derita. Jika sesuatu akan menyusahkan rakyat, misalnya kenaikan harga minyak – andai kata itu tidak dapat dielakkan – kerajaan hendaklah awal-awal lagi menyatakannya kepada rakyat. Jangan sampai rakyat terperanjat dan marah.

Kerajaan mungkin tidak terlalu bimbang ketika ini. Tunjuk perasaan yang gah, iaitu keluarnya rakyat dalam jumlah amat besar seperti berlaku di Mesir, tidak syak lagi ia akibat rasa tertekan yang lama. Rakyat di sana menghimpun rasa tidak puas hati kepada kerajaan. Itu tidak mungkin kejadian yang tiba-tiba, sebaliknya berada lama di bahagian subconscious rakyat, secara archetypal. Jika kerajaan merasakan itu adalah tiba-tiba, bererti kerajaan tidak pernah membuat pemeriksaan tentang rasa hati rakyat, dan juga bermakna kerajaan tidak memikirkan rakyat.

Pihak pembangkang pula melihat peristiwa di Mesir sebagai satu peluang. Pembangkang yang mencintai parti politik mereka tidak gemar jika rakyat bangkit seperti berlaku di Mesir. Jutaan manusia di Mesir hanya menimbulkan chaos (keadaan kacau), membolehkan kerajaan mengisytiharkan darurat. Pilihan raya tiada. Itu tidaklah berfaedah bagi pembangkang.

Husam kesal media cuba tutup ‘keganasan’ UPP


TUMPAT: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menyelar tindakan media yang memutar belit kejadian yang menimpa Sa’aid Mat Hassan, 56, kononnya mati akibat sesak nafas.
“Media arus perdana petang semalam melaporkan UPP menumpaskan seorang penyeludup terbesar di Malaysia. Laporan itu adalah penganiayaan kerana memberi label buruk mangsa dan keluarga.
“Menjual beras dari Thailand adalah perniagaan tradisi masyarakat Kelantan sejak beratus tahun dahulu. Ia dilakukan mangsa bagi menyara anak isteri beliau,” kata Husam ketika berceramah di Kota Bharu malam tadi.

Ada saksi nampak Saa’id dibelasah UPP – adik mangsa


TUMPAT: Beberapa saksi nampak tindakan ganas Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor terhadap Sa’aid Mat Hassan, seorang warga emas berusia 56 tahun yang mati tidak lama kemudian.
Dihubungi KeadilanDaily.com, adik mangsa, Awang Mat Hassan, 51, berkata, dua anggota UPP dikatakan menendang dada abangnya yang mematuhi arahan untuk memberhentikan kereta bagi pemeriksaan.
“Mengikut saksi, abang saya mematuhi arahan anggota UPP dan memberhenti keretanya di tepi jalan. UPP menggeledah kereta dia (Sa’aid) kemudian dua daripada mereka menendang dada Sa’aid,” katanya.

Thursday, February 17, 2011

Pak Lah bangga menantunya, Khairy, berjaya

KUALA NERANG: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bangga menantunya Khairy Jamaluddin hari ini berjaya memperoleh sayap selepas menjalani latihan penerjunan bersama anggota Tentera Darat.
“Saya ucap tahniah kepada dia sebab sanggup mengikuti latihan sebenar walaupun sibuk dengan tugas sebagai anggota Parlimen Rembau, latihan ini membantu menguatkan semangat dia.
“Kejayaan Khairy seharusnya mencetuskan minat lebih tinggi golongan muda menyertai pasukan tentera,” katanya kepada pemberita selepas menyaksi upacara penutupan kursus penerjunan di di Zon Gugur, Padang Sanai, di sini, hari ini.

UNISEL ditukar kepada Universiti Selangor secara rasmi


SHAH ALAM: Universiti milik penuh kerajaan Selangor, Universiti Industri Selangor (UNISEL) secara rasmi ditukar nama kepada Universiti Selangor berkuat kuasa hari ini dengan mendapat kelulusan daripada  Kementerian Pengajian Tinggi.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penukaran nama itu selaras dengan program penjenamaan semula UNISEL yang telah mencapai  usia 11 tahun dan bagi memenuhi perkembangan semasa.
“Nama “Industri”, yang diberikan untuk memenuhi keperluan industri Selangor satu ketika dahulu, perlu ditukar selaras dengan perkembangan ekonomi. UNISEL perlu menjadi lebih komprehensif dengan menawarkan kursus-kursus bukan sahaja industri malah sains, teknologi, bahasa dan komunikasi.

Fitnah II: Borang sampel bukti tak diterima mahkamah


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II bersambung hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan pakar DNA,  Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia,Dr Seah Lay Hoong.
Dalam perbicaraan yang bermula pukul 8.54 pagi,  Dr Seah berkata beliau menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful. Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 iaitu dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
Beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis yang terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan yang ditanda pada 28 Ogos 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Justeru tandaan pada B12  terdapat perubahan.

Kes Beng Hock: S’ngor gesa Suruhanjaya Diraja panggil Dr Pornthip


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menggesa Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock supaya memanggil pakar Forensik dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai saksi utama dalam kes tersebut.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sanggup membiayai semua kos memanggil pakar berkenaan.
“Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock wajar memanggil balik Dr. Pornthip Rojanasunand sebagai saksi.
“Kerajaan negeri sanggup membiayai kos Dr. Pornthip Rojanasunand untuk kembali memberi keterangan dalam penyiasatan Suruhanjaya Diraja,” katanya pada sidang media hari ini.

Wednesday, February 16, 2011

Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian pegawai kerajaan

KOTA KINABALU:  Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.
Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.
“Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.
“Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar.

Kerusi campur: Azmin silap, kata PAS

Sepatutnya timbalan presiden PKR itu membicarakannnya dalam ruang yang betul dan tidak mengungkit perkara itu secara terbuka.
PETALING JAYA: Dakwaan bahawa PAS turut berminat dengan kerusi PKR menimbulkan rasa kurang senang kepada Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR  Azmin Ali bahawa PAS berminat dengan kerusi kawasan bercampur sebagai tidak tepat dan dibuat di tempat yang salah.
“Sepatutnya Azmin membicarakannnya dalam premis yang betul. Kita (Pakatan Rakyat) tidak membincangkan perkara ini.
“Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dalam Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsul tidak akan tanding Merlimau

Sebaliknya, PKR Melaka akan mengerahkan semua jenteranya untuk membantu PAS memenangi pilihanraya kecil tersebut.
PETALING JAYA:  Ketua AMK Pusat  Shamsul Iskandar Mohd Amin tidak akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.
Jaminan itu diberikan oleh Pengarah Pilihanraya PKR Melaka, Mohd Yusof Abdullah ketika dihubungi hari ini.
Shamsul gagal dihubungi untuk mengulas lanjut perkara tersebut.
Sebaliknya, kata beliau PKR Melaka akan mengerahkan semua jenteranya untuk membantu PAS memenangi pilihanraya kecil tersebut.

PKR Senarai Pendek Calon Menjelang PRU-13


KUALA LUMPUR 16 FEB : Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberitahu bahawa kepimpinan negeri parti berkenaan kini sedang menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP. 

“Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008,” ujar  Azmin, lapor portal The Malaysian Insider. 

Menurut Azmin, ada kemungkinan pertukaran kerusi ditandingi memandangkan PAS juga juga mahu memberi tumpuan di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi campuran. 

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

Justeru itu, parti itu memutuskan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. 

Dua Wanita Antara Enam Yang Dicadangkan Umno Untuk PRK Kerdau

TEMERLOH: Dua wanita adalah antara enam nama yang dicadangkan oleh Umno Kuala Krau untuk dipilih pucuk pimpinan parti bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Ketua Umno Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, senarai itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Pengerusi Perhubungan Umno Pahang dalam tempoh yang terdekat.
"Kita akan menemui Menteri Besar untuk membincangkan calon yang layak bertanding nanti dan kita akan akur dengan calon yang bakal dipilih itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tuesday, February 15, 2011

Pembangkang Algeria rancang bantahan besar-besaran


ALGIERS: Parti pembangkang Algeria mengumumkan akan mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran Sabtu ini.

Encik Mustepha Bouchahi, jurucakap Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam parti pembangkang, berkata keputusan itu diambil menyusuli satu mesyuarat kelmarin.CNCD baru dibentuk tiga minggu lalu, didorong oleh bantahan awam yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

Kelmarin, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan turut diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti yang berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.

Abu Bakar Bashir dikenakan tuduhan pengganasan, hadapi hukuman mati



MULA DIBICARA: Abu Bakar tersenyum setiba di mahkamah semalam. Dia menyifatkan tuduhan ke atasnya sebagai rekaan. -- Foto REUTERS


JAKARTA: Pendakwah bebas, Abu Bakar Bashir, didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan merancang menggunakan senjata bagi serangan pengganas.

Abu Bakar, 72 tahun, yang memimpin kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), telah dua kali terlepas daripada tuduhan terlibat dalam kegiatan pengganasan.

'Defendan Abu Bakar Bashir telah membuat rancangan atau menggerakkan anggota lain, secara haram....
menggunakan senjata api, peluru atau bahan letupan untuk melancarkan serangan pengganasan,' kata pendakwa raya, Encik Andi Muhammad Taufik, di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, semalam.

Aset Mubarak di Switzerland dibeku

Bekas presiden Mesir dipercayai telah pindahkan kekayaan ke akaun luar negara yang tidak dapat dikesan


KAHIRAH: Switzerland telah membekukan semua aset milik bekas presiden Mesir, Encik Hosni Mubarak, dan sekutu beliau, sedang negara-negara lain digesa turut berbuat demikian.

Namun Encik Mubarak dipercayai telah menggunakan masa sepanjang bantahan 18 hari terhadapnya untuk memindahkan kekayaannya ke akaun luar negara yang tidak dapat dikesan.

'Kami tahu anggota keluarga Mubarak berbual mengenai cara menyelamatkan aset mereka. Penasihat kewangan mereka sudah memindahkannya. Jika beliau ada wang di Zurich, ia mungkin sudah tiada sekarang,' kata sumber perisikan Barat.

Encik Mubarak dituduh memiliki kekayaan lebih £3 bilion ($6.1 bilion), tetapi ada memberi angka sehingga £70 bilion, selepas memerintah 30 tahun.