LABIS: Banjir yang melanda Johor ketika ini, bukan sahaja menengelamkan kediaman penduduk di beberapa daerah negeri ini, malah turut menghanyutkan sokongan terhadap PAS, jelas dari keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berakhir semalam.
Keputusan rasmi yang diumumkan kira-kira jam 10.15 malam tadi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional (BN) di DUN tersebut apabila menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.
Bagaimanapun BN gagal mencapai sasaran yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen sebelum ini yang mahukan majoriti sebanyak 5,000 undi.



















Noh Omar (gambar kiri) berkata bahawa walaupun ahli-ahli dewan negeri BN akan menghadiri sidang dewan khas tersebut, tetapi mereka tidak akan menyokong pindaan berkenaan kerana pindaan itu akan "mengurangkan lagi kuasa sultan dan meluaskan kuasa menteri besar".