Pages

Friday, December 31, 2010

Rancangan serang bilik berita dipatahkan


COPENHAGEN: Polis di Denmark dan Sweden berkata mereka berjaya mematahkan serangan pengganas dengan menahan lima lelaki yang merancang menyerang bilik berita akhbar yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad saw.
Agensi Perkhidmatan Perisikan Denmark (PET) berkata, empat lelaki ditahan di dua serbuan berasingan di pinggir Copenhagen, hasil operasi risikan selepas beberapa bulan.

Polis turut merampas senjata api dan bahan peledak.

Di Sweden pula, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun, berasal dari Tunisia tetapi tinggal di Stockholm dan menjadi warga negara itu.

Sekilas Dunia


Kes serangan: 13 dibicara
JAKARTA: Seramai 13 anggota kumpulan tegar Islam dibicarakan kerana menyerang penganut Kristian sewaktu mereka bersiap mengadakan upacara sembahyang di pinggir Jakarta pada 13 September. -- AP.

Petempatan tidak sah?RAMALLAH: Pemimpin Palestin akan meminta Majlis Keselamatan PBB mengisytiharkan petempatan Yahudi tidak sah dan mahu pembinaan dihentikan, kata para pegawai semalam. -- AP.

Thursday, December 30, 2010

Rogol amah: Najib, Pak Lah diminta jawab


(Harakah Daily) - Pendedahan WikiLeaks berhubung seorang menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya terus mengundang perdebatan hangat di dunia maya khusunya di kalangan penulis blog politik.
Sejak tiga siri laporan berhubung isu itu disiarkan Harakahdaily, beberapa bloger dilihat cuba menjadi 'WikiLeaks Malaysia' apabila tampil dengan beberapa perincian lanjut terhadap pendedahan awal itu.

Tersebarnya dokumen salinan bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI) yang mengalami perkosaan oleh majikannya' telah menjadi rujukan utama para bloger dalam mencari nama menteri tersebut.

PAS tak akan biarkan Umno BN rampas Kedah


(Harakah Daily) - Biarpun adanya perubahan pada pucuk kepimpinan Umno negeri di Kedah, ia tidak akan memberi apa-apa impak terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS selama ini.
Mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berikrar untuk merampas semula pemerintahan negeri dalam pilihan raya umum yang akan datang, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalu-alukan hasrat murni pemimpin Umno tersebut.
"Hasrat dan cita-cita beliau itu adalah sesuatu yang baik. Namun begitu, sekiranya pimpinan baru yang dilantik menerajui kepimpinan tidak dapat membuat reformasi yang lebih efektif dari kepimpinan terdahulu, maka adalah lebih baik teraju sebelum ini dikekalkan.

160 Pelajar Warga Ampang Campuran Terima Sumbangan


29 Disember 2010, Dewan Masyarakat Ampang Campuran - Satu majlis yang agak ringkas dianjurkan oleh JKKK Ampang Campuran bagi menyampaikan sumbangan kepada para pelajar sekolah yang bakal menduduki kelas pada januari 2011 hadapan. Sumbangan daripada kerajaan negeri Selangor itu disampaikan oleh YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz, ADN Lembah Jaya.

MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN... POLITIK BERLANDASKAN NILAI

Kenyataan Media
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh
Hebahan : 30 Disember 2010

Saya mengharapkan agar 2011 akan menjadi tahun perubahan, tahun yang akan dianugerahi keselamatan dan keadilan untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Saya percaya, rakyat Malaysia akan bersama-sama menjadikan perubahan dalam sistem pentadbiran negara suatu realiti menerusi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Perubahan sedemikian akan berupaya melahirkan kestabilan demokrasi, memastikan tadbirurus baik negara dan merealisasikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Selproa cadang sidang DUN tergempar tolak pelantikan Khusrin

Khusrin Munawi

SHAH ALAM: Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Selangor (Selproa) mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengadakan sidang tergempar bagi menolak pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.
Presiden Selproa Abdul Razak Ismail berkata tindakan itu perlu bagi menjamin kepentingan rakyat Selangor dipelihara.
“Saya cadangkan agar ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mengadakan sidang tergempar menolak pelantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin jadi duri dalam daging sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor,” katanya.

Tiada tempoh tertentu lantik Setiausaha Kerajaan Negeri

17383f9195bb44eb45a953e9a4d621df
Faekah Husin

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menyangkal kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, "kami menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

Syed Shahir tewas pemilihan presiden MTUC

syedshahrir
Syed Shahir Mohamud

Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak 2004, Syed Shahir Mohamud gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas kepada pencabar Mohd Khalid Atan dalam pemilihan presiden di sini hari ini.
Beliau memperolehi 213 undi manakala Khalid mendapat 255 undi. Seramai 479 perwakilan mengundi pagi tadi. Pengumuman keputusan itu dibuat kira-kira jam 8.15 malam.

Wednesday, December 29, 2010

SMM tidak terlibat sebagai calon pilihan raya

hilman-serius-1-200x200
Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memutuskan untuk tidak terlibat dengan sebuah gerakan bernama Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) dalam menyediakan calon daripada kalangan mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi SMM Hilman Idham, mereka sepakat dan berpendirian bahawa pertandingan tiga penjuru bakal merugikan perjuangan dalam memulihkan demokrasi, hak asasi dan menegakkan keadilan untuk membela rakyat.

MCA 1 Dan MCA 2 Milik Syarikat Dari Johor

Nombor pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang ditender pada harga RM300,100, harga tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini, dimiliki Asset Nusa Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Johor Baharu.
Syarikat yang sama juga berjaya mendapatkan nombor pendaftaran "MCA 2" yang ditender pada harga RM101,000, kata jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Melaka.

Jais diskriminasi terhadap Syiah

KUALA LUMPUR: Pemimpin mazhab Syiah tempatan hari ini memprotes terhadap tindakan diskriminasi pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap para pengikutnya ketika 200 ahli ditahan dan mendakwa mereka melanggar undang-undang Islam.
Ustaz Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz berkata mereka menghantar surat protes kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) selepas premis mereka di Taman Sri Gombak diserbu oleh Jais pada 16 Disember lalu.

RM134.5 juta projek pembangunan kediaman mewah.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sunway City Bhd, Asli Budimas Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan Bukit Lanang Development Sdn Bhd untuk membeli tanah di Plentong, Johor Bahru dengan harga RM134.5 juta.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Sunway City berkata tanah seluas 26.15 hektar itu akan memberikan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM932 juta apabila ia dimajukan sepenuhnya.   

Media Indonesia diminta menghentikan provokasi melampau

JAKARTA: Media Indonesia diminta menghentikan provokasi melampau dalam laporan mereka yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat kesukanan antara Malaysia dan Indonesia dalam keghairahan pertandingan Piala AFF Suzuki 2010.      
Jurulatih bola sepak Malaysia K. Rajagopal yang membuat gesaan itu berkata tidak ada pihak yang mendapat keuntungan daripada provokasi berkenaan.    

LANJUTAN KES MENTERI ROGOL AMAH

Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa. Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali. Gambar: Surat tanpa tarikh kes ini.

SEJAK BILA SULTAN BERKUASA LANTIK SUK?

Pakar perundangan Prof A Aziz Bari berpendapat pelantikan Pengarah Jais Datuk Khustin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru perlu dielakkan memandangkan sudah wujud konflik awal antara negeri dan pusat. “Dalam keadaan Khusrin telah sedia berkonflik dengan pentadbiran negeri, pelantikannya perlu dielakkan. Apatah lagi apabila kerajaan negeri telah pun mengemukakan nama-nama lain,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rakyat perabis duit berjuta untuk tanggung perbelanjaan raja dan sultan. Apa sebenarnya kerja sultan dan raja ni?


Malaysia adalah sebuah negara di dunia yang paling banyak sultan. Dikebanyakan negara disebelah Asia Pasifik seperti Thailand yang masih ada lagi kekal dengan Raja iaitu King Bhumibol Adulyadej termasuk Negara Brunei iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah . Tetapi hanya satu Raja bagi sesebuah negara. Di Indonesia dahulu ada sultan tetapi rakyat memberontak dan jadilah sebuah republik Indonesia.

Tuesday, December 28, 2010

Lelaki bunuh isteri sebab tidak mahu isteri menderita


TAIPEI: Seorang lelaki tua Taiwan menebuk pemutar kru pada kepala isterinya sehingga mati, kerana tidak mahu isterinya terus menderita kerana sakit.

Wang Ching-hsi, 83 tahun, memberi isterinya yang mengalami sakit Parkinson, pil tidur sebelum membunuhnya.

Dalam satu catatan blog Wang, beliau membunuh isterinya kerana beliau sudah tidak mempunyai keinginan untuk hidup. -- AFP.

Skuad bolasepak negara disambut bagai selebriti

JAKARTA: Jurulatih skuad kebangsaan K Rajagopal, kini lebih mesra dipanggil "Pak Raja" bukan sahaja menjadi selebriti di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Bekas pemain antarabangsa itu digelar "Pak Raja" oleh media Indonesia dan beliau kini dilayan seperti seorang selebriti sejak Malaysia membuat kejutan melayakkan diri dalam final Kejohanan Bolasepak Persekutuan Asean (AFF).

Anak ahli politik dirakam ketika mandi di resort


ALOR GAJAH: Anak perempuan seorang ahli politik Johor mendakwa menjadi mangsa rakaman video telefon bimbit seorang lelaki tidak dikenali ketika beliau mandi di bilik air di sebuah resort di Alor Gajah, Melaka, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata mangsa berusia 22 tahun itu berkata kejadian berlaku 12 tengah hari di sebuah banglo penginapan di resort tersebut.

Kontrak autobiografi $2j bagi pengasas WikiLeaks


LONDON: Pengasas WikiLeaks, Encik Julian Assange, berkata dalam satu wawancara yang disiarkan semalam bahawa beliau telah menandatangani satu perjanjian bagi autobiografi beliau bernilai lebih £1 juta ($2.05 juta).

Encik Assange memberitahu akhbar Sunday Times di Britain bahawa wang itu dapat membantu beliau membela diri terhadap pertuduhan melakukan pencabulan seks ke atas dua wanita di Sweden.

Mereka disebat tanpa mengetahui pertuduhan

"Hukuman hanya ditulis di atas tangan saya dengan marker.  Saya tidak memahaminya.  Saya minta rakan saya membacanya.  Apa yang saya takuti ialah tambahan sebatan terhadap saya." - Kop Thang, pendatang tanpa izin dari Burma

Hukuman rotan dikenakan atas banyak dakwaan dan kesalahan.  Di antaranya kesalahan rompakan dan pemilikan dadah.  Kesalahan tersebut tidak melibatkan sebarang tindakan keganasan.

Polis pukul saya kerana mahu duit!

Dia ditumbuk bertubi-tubi, digari, ditendang dan dipijak.  Bermuntah darahnya, terpelantingnya pada dinding.  Dia ditendang sehingga jatuh berguling-guling dari tangga.  Wang tunainya sebanyak RM13,000 hilang entah ke mana.  Dia dipaksa buat laporan bahawa kecederaan ini disebabkan kemalangan jalanraya.  Dia diugut untuk diletakkan dadah dan parang dalam keretanya.  Malah, perniagaannya, keselamatan dirinya dan keluarganya akan terancam seandainya beliau membuat laporan polis.

Umno rombak jawatan Pengerusi, Timbalan Perhubungan Negeri

KUALA LUMPUR: Tiga negeri – Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu – mendapat pengerusi perhubungan Umno baru dalam rombakan yang diumumkan hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zainal Abidin Osman dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang menggantikan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu.

Monday, December 27, 2010

Ketuanan Melayu umpama fahaman Yahudi

Oleh K Pragalath
KAJANG: Konsep "Ketuanan Melayu" yang membawa maksud orang-orang Melayu lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini seumpama fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.
Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dari segi sejarah tidak ada Ketuanan Melayu.  Malahan pada zaman kerajaan Melayu Melayu , Melayu di hina oleh orang Melayu sendiri.
"Istilah ini perlu ditukar seperti Islam Hadhari, istilah itu ‘telah memakan tuan (kerajaan) sendiri," kata beliau pada forum Polemik Ketuanan Melayu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di sini kelmarin.

Menjawab Persoalan Sumpah Dan Qazaf Dalam Kes Fitnah 2

Pembunuhan karekter peribadi adalah agenda utama para penguasa angkuh tatkala berdepan dengan suatu kuasa atau individu yang mampu menggugat kekuasaan mereka. Agenda perubahan yang dilaungkan oleh mereka yang mahukan pembaharuan sering dilabel sebagai pengkhianat sebagai jalan untuk mengalih sekaligus membunuh suara keramat tersebut dari terus didengar oleh rakyat.

Sunday, December 26, 2010

Sekilas Dunia


Mungkin uji bom atom lagi
SEOUL: Korea Utara mungkin menjalankan satu lagi ujian bom atom tahun depan.

Ujian itu bertujuan membuktikan keberanian bakal pengganti ketua negara itu, Encik Kim Jong-Un, menurut Institut Ehwal Luar dan Keselamatan Nasional.

Ia juga bertujuan mencanggihkan senjata nuklear berasas plutonium dengan menggunakan data daripada ujian kedua Mei tahun lalu. -- AFP.


Militan serang pos keselamatan KHAR(Pakistan): Seramai 150 militan menyerang lima pos keselamatan Pakistan dekat sempadan Afghanistan kelmarin.

Saturday, December 25, 2010

1Malaysia lambang hipokrasi BN

SHAH ALAM: Tekad kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membenarkan slogan 1Malaysia dilekat atau dikibarkan di premis kerajaan dan tempat awam kerana slogan palsu itu berselindung disebalik matlamat politik dan mengelirukan rakyat.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, justeru itu, kerajaan negeri juga tidak akan mengeluarkan dana bagi membiayai program yang berkaitan dengannya.

Surendran bertekad bela nasib semua kaum

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR yang baru dilantik, N Surendran bertekad untuk membela nasib semua kaum di negara ini dari kezaliman dan penganiayaan.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti di atas kepercayaan melantik beliau pada 18 Disember lalu, beliau berkata:

Friday, December 24, 2010

OMAR OSMAN KEKAL PRESIDEN CUEPACS

Omar Osman hari ini diumumkan kekal Presiden CUEPACS bagi sesi 2010/2013 pada pemilihannya hari ini apabila beliau menewaskan pencabarnya, Ramli Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan AM MARDI. Omar mempertahankan jawatan itu untuk penggal kedua selepas memenanginya tiga tahun lalu tanpa cabaran.
Omar dikatakan memperoleh 815 undi manakala pencabarnya Ramli Omar yang mencubanya untuk kali ketiga hanya mendapat 153 undi. Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin gagal mempertahankan kedudukannya apabila tewas kepada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng.

KEPUTUSAN PMR TERBAIK DALAM 4 TAHUN

PUTRAJAYA: Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A,peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini, Khamis.

PRK Tenang: Dua calon tempatan dalam senarai Umno


PETALING JAYA: Dua nama disebut akan menjadi calon BN bagi pilihanraya kecil negeri Tenang berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 17 Disember lepas.
Mereka ialah Hashim Daud yang kini ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Labis dan Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian.
Menurut AJK Tenang, Azaman Mohamad, kedua-dua nama itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Umno bahagian tidak lama lagi.

Letupan bom di kedutaan Chile dan Switzerland

ROME 24 Dis. - Letupan bom telah berlaku di kedutaan Chile dan Switzerland di sini menyebabkan dua kakitangan cedera, dipercayai didalangi kumpulan yang sama terlibat dalam beberapa letupan di Greece bulan lalu.

Menteri Luar, Franco Frattini berkata, serangan tersebut merupakan tindakan yang amat serius ke atas kedutaan asing manakala Duta Chile, Oscar Godoy mengutuk serangan tersebut sebagai tidak masuk akal dan ganas.

Polis berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas kesemua pejabat kedutaan di Rome berikutan letupan tersebut manakala datuk bandar berkata, pasukan kecemasan kini diletakkan dalam keadaan bersiap siaga.

Arsenal perlu bangkit menjelang bertemu Chelsea

LONDON 24 Dis. - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengarahkan para pemainnya menamatkan persembahan buruk menjelang pertemuan dengan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana England, minggu depan.

Anak-anak buah Wenger telah mengalami lima kekalahan berturut-turut di tangan the Blue dalam pertemuan mereka sebelum ini dan melepaskan 13 gol.

Wenger bertegas mahukan para pemainnya melupakan kekalahan mereka di tangan Manchester United di Old Trafford minggu lalu sebaliknya kini masanya untuk Gunners bangkit semula.

WikiLeaks: Abdullah gagal bertindak kejadian rogol melibatkan menterinya?

Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Pendedahan WikiLeaks berhubung kejadian rogol terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang Menteri Kabinet era mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat mampu menggugat hubungan Malaysia-Indonesia dan menjejaskan imej negara.
"Walaupun laporan WikiLeaks ini boleh diragui kesahihannya, namun sekiranya kejadian rogol ini benar-benar berlaku, ia akan memberi imej buruk kepada negara sekaligus mengugat hubungan Malaysia-Indonesia.

Thursday, December 23, 2010

SOSILAWATI: RUMAH PATHMANABAN DISITA

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, berkuatkuasa 16 Disember lepas. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.

Antara realiti Pakatan dan janji Umno-BN

Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan segelintir pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) yang membidas program 100 hari kerajaan Pakatan sebagai ‘amat terdesak’.
Zuraida yang turut membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, berkata tindakan itu membuktikan Buku Jingga Pakatan telah menakutkan pemimpin tertinggi Umno-BN.

Himpunan simbolik 1,111 mahasiswa pada 1.1.2011

Oleh Fazy Sahir
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), buat julung-julung kalinya akan menganjurkan perhimpunan terbesar mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia pada 1 Januari depan di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Simboliknya, himpunan yang bertemakan "Mahasiswa Untuk Malaysia" akan menghimpunkan 1,111 mahasiswa sebagai simbolik kepada tarikh himpunan serta ketibaan tahun baru iaitu 1 Januari 2011.

Wednesday, December 22, 2010

Kerajaan BN Gagal Bayar Elaun Penyelia

Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah pun berakhir pada Ogos lalu. Isteri saya telah terlibat sebagai seorang penyelia di kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu.

Demi mencari pengalaman baru dan bagi tujuan menampung perbelanjaan di saat mendesak (musim perayaan, musim kembali ke sekolah) beliau sanggup menghadapinya.

BAYI 9 BULAN KOMA DIBALING BAPA

MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.

Tiada pilihan kecuali terpaksa buat muka seposen…

Hati remuk redam,tapi no way out .Mungkin itu jadi penyebab sebilangan pemimpin PKR yang tak puas hati dengan segala macam cacamarba semasa pemilihan parti itu terpaksa ‘akur’ saja.

Antaranya orang macam Mustapa Kamil Ayub,calon tewas jawatan Timbalan Presiden pernah bising seketika.Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang kalah pada pemilihan Naib Presiden juga boleh masuk dalam kategori itu.

Siapa yang tak makan hati.Beliau adalah antara orang lama yang kerap terpekik terlolong tampil bagai hero bila ada hal sana sini termasuk dalam sidang Dewan Rakyat. 

PROGRAM 100 HARI PR MUFLISKAN NEGARA

Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran istimewa daripada pakatan pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau  berkata mereka boleh membuat tawaran sebegitu kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk mengetuai kerajaan di peringkat pusat.

EKONOMI JAHANAM, APCO YANG UNTUNG

Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara.

MCLM namakan seorang lagi calonnya

Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) telah menamakan peguam Sreekanth Pillai sebagai calon keduanya untuk pilihanraya umum akan datang.

Sreekanth, 37, adalah anak wartawan veteran mendiang MGG Pillai, seorang perintis berita politik online Malaysia dan bekas kolumnis Malaysiakini.

Pada masa ini, Sreekanth mewakili kerajaan Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Tuesday, December 21, 2010

Najib nafi ciplak konsep 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1Malaysia diciplak daripada negara lain.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai "pendustaan besar", Najib sebaliknya menegaskan konsep yang diperkenalkan sejak beliau mengambil-alih pentadbiran negara itu merupakan ciptaannya sendiri.

Pertarungan sengit rebut jawatan Ketua PKR Sabah

Oleh Charlie Rudai
KOTA KINABALU: PKR Sabah kembali mengingati peristiwa pertarungan sengit merebut jawatan ketua parti di negeri itu dan kini sudah tiba masanya untuk mencalonkan seseorang untuk jawatan itu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka terbang ke Sabah minggu depan untuk memainkan peranan sebagai orang tengah dalam pelantikan Ketua PKR Sabah.

Pertikai kerakyatan, satu fitnah terhadap Guan Eng

Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Tindakan akhbar Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang mendakwa kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal dan mempertikai kerakyatan mana-mana warga negara Malaysia disifatkan sebagai jahat dan berunsur fitnah.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Cheong Yin Fan, pihak terbabit didakwa memutar belit dan menggembar gembur perkara itu, malah tidak pernah timbul isu pertikaian tentang kerakyatan.

PENGURUS SIME DARBY DAKWA DISEKSA

Bekas pengurus kanan Sime Darby Engineering telah dikenakan tuduhan rasuah yang melibatkan bayaran sejumlah RM200,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau ialah Mazhazmi Jamaluddin (gambar) yang dihadapkan bagi menerima pertuduhan menerima bayaran tersebut daripada MLC Shipbuilding Sdn Bhd pada 31 Disember 2008 dengan mendakwa syarikat pembinaan perkapalan itu memperoleh kontrak bernilai AS$134.2 juta (RM421.6 juta) dari Sime Darby.

ZAID YAKIN KITA NAMPAK HEBAT NANTI

Datuk Zaid Ibrahim dengan penuh yakin memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan membawa impak signifikan dalam pilihan raya umum ke-13 meskipun ahlinya hanya sekitar 300 orang sekarang.

Tiga ketua PKR Sabah keluar parti hari ini?

pkrOleh Luke Rintod
KOTA KINABALU:  Sekurang-kurangnya tiga ketua cabang PKR Sabah dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti hari ini.
Menurut sumber dalaman, satu sidang akhbar akan dibuat oleh ketua cabang PKR Putatan Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang merupakan penyokong kuat pemimpin PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Gerak kerja "PR Tawan Perlis" dilancar

P2240553Oleh Zainal Abidin Nor
KANGAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, dengan sokongan rakan-rakan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP sudah melancarkan gerak kerja dan strategi bagi menawan negeri Indera Kayangan itu pada pilihan raya umum yang diramalkan awal tahun depan.
Ketua Cabang PKR Arau, Hashim Bakar berkata, pihaknya telah menjalankan kerja-kerja gerak saraf dan menganjurkan berbagai program bagi menghadapi jentera Umno-Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

Sekilas Dunia


Lulus draf putus hubungan diplomatik


TEHERAN: Jawatankuasa keselamatan nasional dan dasar luar Parlimen Iran kelmarin meluluskan draf usul bagi memutuskan hubungan diplomatik dengan Britain.

Anggota panel, Encik Mohammad Karamirad, berkata jika ia diluluskan oleh Parlimen, hubungan diplomatik, budaya dan ekonomi dengan London akan merosot ke 'sifar'.

Ia akan jadi pelajaran kepada Britain 'bagaimana hendak berurusan dengan rakyat Iran'. - AP.

Presiden Sudan janji pinda perlembagaan

Monday, December 20, 2010

‘Selain pluralisme, nasionalisme juga terpesong dari Islam’

jamil-august28PETALING JAYA: Jika fahaman plurlisme agama bertentangan dengan Islam kerana boleh memesongkan akidah umatnya, fahaman nasionalisme juga boleh dianggap sedemikian kerana khuatir dengan sikap terlalu mengagungkan bangsa sendiri sehingga menolak ajaran agama.
Dewan Pemuda PAS Wilaya Persekutuan (DPPWP) dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya kesal dengan sebilangan umat Islam menganggap kedudukan bangsa lebih mulia daripada agama sehingga sanggup memperjuangkan bangsa Melayu lebih daripada memperjuangkan agama Islam.

Perhimpunan Mahasiswa Negara

mahasiswa3Oleh K Pragalath
KUALA LUMPUR: Sekumpulan penuntut universiti bercadang mengadakan Perhimpunan Mahasiswa Negara pada 11 Januari tahun hadapan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Seorang ahli kumpulan pelajar tersebut, P Dinesweri berkata tujuan utama perhimpunan adalah:

Ezam: Isu rasuah tidak patut dipolitikkan

Ezam Mohd NoorOleh Fazy Sahir
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap tidak jujur dalam memperjuangkan isu rasuah malah ahli parlimen Permatang Pauh itu dikatakan bertindak dengan mempolitikkan isu tersebut.
Ezam yang ditemui ketika pelancaran bukunya yang bertajuk ‘Islam dan Persoalan Rasuah’ sebaliknya berkata isu rasuah ini merupakan isu negara dan masyarakat.

Samy akan bantu kempen BN di Tenang

samy_vellu_2ALOR GAJAH: Walaupun bukan lagi Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau akan turut berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang.
"Saya pergi sebagai penceramah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Alor Gajah di sini pada Isnin.