Pages

Tuesday, November 30, 2010

Nik Aziz: Tidak salah bukan Islam baca Al-Quran

Nik AzizOleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ kini telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Menurut Khalid, perhimpunan pada Ahad ini akan diteruskan dengan rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Monday, November 29, 2010

Pakatan perlu sedia hadapi pilihanraya

IMG_0385Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) masih melihat beberapa aspek penting  dalam  persediaan  menghadapi pilihan raya umum ke 13.
Namun,  Khalid yang ditemui enggan memberitahu  butiran lanjut berhubung strategi Pakatan, sebaliknya berkata persediaan itu perlu dilakukan dari sekarang.

Tiada peruntukan tetap kepada isteri Perdana Menteri

jibKUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak menyediakan peruntukan tetap atau peruntukan kunjungan luar negara tahunan secara khusus kepada isteri Perdana Menteri.   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isteri Perdana Menteri bagaimanapun layak menerima dan menuntut perbelanjaan yang tertentu seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas.  

Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT) halang pembinaan surau

perkasa logoJOHOR BARU: Perkasa daerah Johor Bahru kesal di atas kegagalan pihak kerajaan negeri Johor  menangani isu pembinaan surau di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru sehingga Majlis Perbandaran Johor Baru Tengah (MPJBT)  merampas bahan-bahan binaan di tapak pembinaan surau tersebut.
Naib Ketua Perkasa daerah, Rosli Othman berkata, rampasan dilakukan pada petang menjelang umat Islam menyambut kedatangan Hari Raya AidilAdha, 17 November lalu.

Sultan Selangor kecewa ada Melayu pertikai kedudukan Raja, bangsa sendiri

sultan selangor
SHAH ALAM:  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris  Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.   
Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.   

Sunday, November 28, 2010

Dewi Persik tak kisah gambar separuh bogel disebar


JAKARTA: Penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Persik, tidak kisah dengan penyebaran gambarnya dalam keadaan separuh bogel di Internet baru-baru ini.

Penyanyi lagu Diam-Diam itu, sebaliknya berkata beliau memang suka bergambar dalam keadaan berahi seperti itu iaitu dengan dadanya hanya ditutup rambut.

40 pengikut Syiah maut akibat serangan bom


SANAA: Satu letupan bom kereta semalam mengorbankan 40 orang pengikut Syiah yang mengadakan satu perarakan pengebumian di wilayah Saada, utara Yaman, lapor Xinhua.

Serangan ke atas suku kaum Houthi itu merupakan serangan yang kedua dalam masa tiga hari, kata seorang pemimpin setempat.

Seorang pengebom nekad merempuhkan kereta sarat berisi bahan letupan ke konvoi yang dalam perjalanan bagi pengebumian pemimpin suku kaum Houthi, Encik Bader al-Deen al-Houthi, kelmarin. -- Agensi.

Menyamar jadi panglima


LONDON: Pegawai risik Britain bertanggung jawab membawa seorang penyamar yang disangka panglima kanan Taleban, ke rundingan damai Afghanistan, lapor akhbar Times semalam.

Agensi risik Britain, MI6, menyangka mereka telah menghubungi bekas menteri Taleban, Mullah Akhtar Mohammad Mansour, lalu membawa beliau ke Kabul.

Pegawai Afghan memberitahu Times, satu pertemuan dibuat dengan Presiden Hamid Karzai di Kabul tetapi ini dinafikan Encik Karzai Selasa lalu.

Lelaki itu menghilang diri apabila para pegawai Afghan sedar dia seorang penyamar. -- AFP.

Friday, November 26, 2010

Anak cabar Bapak buktikan kejujuran


Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang baru ditubuhkan perlu membuktikan bahawa penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu bukan “gimik politik” semata-mata, sebaliknya menjadi pemudah cara dalam membantu menyelesaikan masalah peneroka Felda.
Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata penilaian terhadap Bapak akan dibuat dengan 20 kes pertama, yang akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, pada 29 November ini di lobi parlimen.

Thursday, November 25, 2010

Pelabur Luar Tak Yakin Sistem Kehakiman Malaysia


KUALA LUMPUR 25 Nov - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata paras keyakinan pelabur luar terhadap kerajaan di bawah Umno-BN berada pada tahap yang amat rendah menyebabkan beratus-ratus syarikat asing yang membuat pelaburan di negara ini memilih untuk membuat perjanjian perniagaan samada di Hong Kong atau Singapura.

Pengundi awam jadi pengundi pos

Oleh Muda Mohd Noor
KUALA  LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan memberi maklumat tambahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai dakwaan pengundi awam menjadi pengundi pos, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, "kita sudah mendapat maklumat mengenai perkara itu, perpindahan pengundi awam menjadi pengundi pos.

Jawatankuasa Khas Dibentuk Cari Kaedah Terbaik Penggunaan BM

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi dijangka dapat mencari kaedah terbaik bagi memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul, sekaligus menjamin kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan salah satu komitmen kerajaan untuk membetulkan masalah penyalahgunaan Bahasa Melayu, termasuk penggunaan bahasa rojak oleh penyampai radio, iklan-iklan di radio dan televisyen serta di papan-papan tanda yang semakin meluas.

Wednesday, November 24, 2010

Kes Cerai Zakiah Anas

Zakiah Anas
PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, memberikan tempoh tiga bulan kepada Jawatan Kuasa Pendamai yang dilantik dalam kes perceraian personaliti TV3, Zakiah Anas (gambar) dan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taid untuk meneruskan perbincangan.
Hakim Syarie Ghazali Ahmad memutuskan untuk memberikan tempoh masa baru itu memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan laporan pelaksanaan seperti yang telah dibuat oleh jawatan kuasa terbabit sebelum ini.

"Terus aktif sebagai kumpulan pendesak" – Chegu Bard

Badrul Hisham

Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Sebagai golongan muda dalam PKR, Badrul Hisham Shaharin dan kumpulannya akan terus bergerak dalam parti sebagai kumpulan pendesak ke arah penambahbaikan dalam parti.
"InsyaAllah, tidak akan ada beza dari segi sumbangan saya kepada parti walaupun kini saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti, malah kami akan terus bergerak sebagai kumpulan pendesak dalam parti ini.

Apa kata Dr Mahathir mengenai spekulasi pilihanraya…

"Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu,".Itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai desas desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan pilihsnraya bersama.

Menurutnya Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang berakhir.

"Tetapi di sini (Semenanjung) ada pilihan," katanya. 

Jais berhak halang Nizar beri ceramah

Datuk Seri Mohammad Nizar

IPOH: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhak menghalang Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari menyampaikan ceramah di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh kerana beliau tidak ada tauliah dari Jabatan itu.
Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain berkata, Jais berhak melarang ahli-ahli politik dan guru-guru yang tidak mendapat tauliah dari Jabatan itu untuk menyampaikan ceramah.

Tuesday, November 23, 2010

Gaji Menteri, sebelum dicampur pendapatan hasil rasuah

Nazri Abdul Aziz

Apa yang diumumkan oleh Mohamed Nazri Aziz ni adalah pendapatan pak menteri sebelum dicampur dengan hasil daripada wang rasuah, komisyen dan pelbagai alaun karut marut.
KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

ROS Belum Beri Respon Berkenaan Lambang Pakatan Rakyat

PETALING JAYA 23 NOV: Sehingga kini Pendaftar Pertubuhan Malaysia(ROS) masih belum memberi respon berhubung proses pendaftaran Pakatan Rakyat, ujar Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Kita masih lagi membincangkan perkara ini, dulu pun ROS ada minta kita supaya kita menambah nama Malaysia di belakang Pakatan Rakyat supaya jadi Pakatan Rakyat Malaysia.

“Supaya ia mencerminkan satu Malaysia tapi berbincangan ini adalah beberapa bulan lalu. Kita pun sehingga kini masih belum dapat respons daripada ROS.

Kedah pastikan tiada projek terbengkalai

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri akan memastikan tiada projek yang terbengkalai yang boleh menjejaskan imej negeri itu.
“Kita (kerajaan) telah umumkan untuk bangunkan plaza ini sejak April lalu, namun disebabkan sedikit masalah teknikal dan perundangan menyebabkab ianya lewat sedikit.

Mengulas isu Utusan menyebut Mei 13 'tarikh keramat'


Senario politik semasa memberi banyak petanda bahawa kejayaan seseorang banyak bergantung kepada hubungan rapat dengan pihak yang lebih berkuasa, tidak kiralah bangsa atau kaum apa.
Written by Azmi Anuar, CPI  
Tulisan pengarangnya Zaini Hassan di Utusan Malaysia (Nov 10) yangmencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan membawa pelbagai reaksi. Perdana Menteri Najib Razak bagi pihak kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Pada pandangannya, hari itu hanya perlu dijadikan satu peristiwa di dalam lipatan sejarah sebagai iktibar dan sempadan untuk kita supaya ia (peristiwa rusuhan kaum berdarah itu) tidak berulang.

Monday, November 22, 2010

Kongres Nasional PKR bincang mantapkan parti

Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Kongres Nasional PKR kali ke-7 bermula Jumaat ini akan membincangkan secara terperinci mengenai pertambahan ‘muka-muka baru’ dan pembabitan ketara golongan muda wanita dalam pemilihan kali ini.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam kongres memandangkan pemilihan itu telah memberi hikmah kepada parti dalam menerima golongan muda dan baru bagi menghiasi pimpinan di cabang mahupun pusat kelak.

Akta siber supaya rakyat pekak dan buta maklumat

Idris Ahmad

PETALING JAYA:  Tindakan  Kementerian Dalam Negeri  memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapatkan maklumat sebenar, kata PAS.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad  mendakwa  tindakan ini lebih kepada usaha  untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN diketahui oleh rakyat.

Bank Dunia: 71 Juta orang bakal jadi miskin

JAKARTA:  Bank Dunia menganggarkan krisis ekonomi global telah mengakibatkan sekitar 50 juta orang berada di bawah garis kemiskinan tegar dengan pendapatan di bawah 1.25 dolar AS sehari pada tahun 2009.
Siaran Bank Dunia yang diterima di Jakarta menyebutkan, jumlah tersebut diperkirakan akan membengkak hingga 64 juta orang pada akhir 2010.

Anwar: Putus Sudah Kasih Sayang

SHAH ALAM 21 Nov - Setelah 53 tahun memerintah Malaysia, Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Umno kini telah terputus ikatan dengan rakyat sehingga melaksanakan dasar yang bertentangan dengan kepentingan negara dan kehendak sebenar rakyat bawahan tetapi sebaliknya mengayakan segelintir kecil kelompok yang rapat dengan pimpinan elit.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil daripada terpisahnya Umno-BN daripada realiti penderitaan rakyat, maka timbulkan pemikiran seperti pembinaan menara 100 tingkat yang hanya mengenyangkan kroni dan kauk kerabat pemimpin mereka.
"Umno-BN dah terputus atau 'disconnected' daripada dunia kenyataan. Mereka masih tidak faham bahawa kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 2008 bermakna rakyat sudah menolak mereka. Sebab itulah mereka masih boleh berfikir untuk membina bangunan 100 tingkat tanpa memikirkan apakah ini boleh mengangkat rakyat daripada keperitan hidup dan kesengsaraan mereka.  

EMAS BUKAN MILIK LEE CHONG WEI

Lee Chong Wei

Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, sekadar meraih pingat perak acara badminton perseorangan lelaki Sukan Asia selepas tewas dalam tiga set kepada pemain China, Lin Dan. Lin Dan menang 21-13, 15-21, 21-10. Chong Wei telah berentap dengan Lin Dan dari China dalam final acara badminton lelaki di Jimnasium Tianhe di sini malam ini.
Chong Wei menjadi wira negara pertama sejak 30 tahun untuk layak ke final apabila menunjuk garang menewaskan juara dunia dari China, Chen Jin dengan 14-21, 21-15 dan 21-7 semalam.

Sunday, November 21, 2010

Sekilas Dunia


1.9 juta Al-Quran percuma untuk jemaah haji


JEDDAH: Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah menyediakan 1.9 juta kitab suci Al-Quran berserta terjemahan untuk diagihkan kepada jemaah haji pada musim ini.

Kitab itu akan diserahkan sebelum jemaah pulang ke negara masing-masing sebagai hadiah daripada Raja Abdullah.Ketua Setiausaha Kompleks berkenaan, Dr Mohammed Salem Al-Oufi, berkata setakat ini, sejumlah 30 juta kitab suci itu sudah diagihkan kepada jemaah sejak arahan supaya ia diberikan secara percuma kepada jemaah haji dikeluarkan beberapa tahun lalu. -- Agensi.

Angka korban kebakaran kini 58 jiwa

Saturday, November 20, 2010

Masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.
“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Syed Husin Ali bakal bantu kemudi PKR

Dr Syed Husin Ali

Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali bakal diletakkan dalam satu komposisi jawatan penting dalam parti itu kelak.
Pandangan itu diutarakan beliau ketika menyampaikan ucapan kepada 1,000 anggota dalam perhimpunan rapat umum anjuran PKR Selangor di Auditorium MBSA malam tadi.

Godam Zaid untuk bersih parti dari "trojan horses"

Oleh Fazy Sahir dan Jamilah Kamarudin
SHAH ALAM: Perhimpunan suaikenal anjuran PKR Selangor di sini malam tadi bertukar menjadi medan menggodam Zaid Ibrahim dalam usaha untuk membersihkan parti dari "trojan horses".
Walaupun beberapa pemimpin parti tidak menyebut nama individu berkenaan secara spesifik namun jelas mereka menghentam setiap kenyataan negatif bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu terhadap parti.

"Saya dah bersara mana ada duit nak biaya FMT" – Zaid

Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Bekas calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Zaid Ibrahim hari ini menafikan laporan beberapa akhbar kebelakangan ini yang mendakwa beliau sebagai pemilik mahupun pembiaya akhbar portal Free Malaysia Today (FMT).
"Saya sudah bersara, mana ada banyak duit untuk membiayai FMT.  Apatah lagi sebagai pemiliknya," jawab beliau sambil tertawa apabila diajukan soalan mengenainya.

Friday, November 19, 2010

KEAHLIAN TERUS BN RESAHKAN RAMAI PIHAK

Cadangan supaya keahlian terus dibenarkan bagi menganggotai BN mula menimbulkan keresahan di kalangan parti-parti komponen kerana gusar ‘rakan BN’ yang baru diwujudkan itu akan diletakkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang. Menurut sumber BN, butiran mengenai kategori baru bagi penerimaan keahlian terus ke BN itu masih belum dibincang dan dimuktamadkan.

PEMIMPIN PR SANGGAH TUN MAHATHIR

Jika Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas semula satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke-13, namun pemimpin gabungan tiga parti komponen itu mempunyai pandangan yang berbeza. Malah pemimpin PR yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP percaya gabungan tiga parti itu akan mempertahankan negeri yang dimenangi dua tahun lalu.

Zaid keluar PKR 16 Disember

PETALING JAYA: Zaid Ibrahim akan keluar PKR secara rasmi pada 16 Disember ini, mempersenda tarikh 16 September kegagalan Anwar Ibrahim mengambil alih Putrajaya.
Bekas menteri undang-undang itu mengambil keputusan untuk mengudur diri selepas berlaku perselisihan dengan pucuk pimpinan parti.
Zaid, yang suatu ketika dianggap sebagai pengganti Anwar mendakwa kepincangan dalam pemilihan parti di mana beliau bertanding untuk jawatan timbalan presiden menentang Naib Presiden Azmin Ali, yang dikatakan menjadi pilihan Anwar.

Thursday, November 18, 2010

Anwar dan labu-labunya


Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk negara dan kerajaan ‘bukan berita’ tetapi apabila beliau menghentam Perdana Menteri Australia, Julia Gillard kerana menyifatkan Malaysia adalah negara Islam moden yang bagus,ada yang melihat Ketua Pembangkang itu macam manusia hilang akal.

Anwar lupa beliau rakyat negara ini dan beliau juga beragama Islam.

Masa tidak menyebelahi Barisan Nasional

Kemenangan "berganda" Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batu Sapi, Sabah dan Galas, Kelantan, nampaknya memberi suntikan baru dan keyakinan kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13. Keyakinan ini mencetuskan beberapa siri mesyuarat yang akan di adakan sebagai persediaan.

Sebuah jawatankuasa pengurusan BN akan bermesyuarat esok, diikuti dengan mesyuarat Majlis Tertinggi BN pada Sabtu ini, demikian menurut laporan sebuah akhbar arus perdana hari ini.

Anwar umpama sembilang di lubuk keruh

Rais Yatim
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim mengumpamakan Anwar Ibrahim sebagai "ikan sembilang dalam lubuk keruh" yang hanya tahu menyengat untuk kepentingan dirinya.

Beliau berkata dengan kedudukannya sebagai ketua pembangkang, Anwar sentiasa mengkritik melulu banyak perkara termasuk mengenai Malaysia yang diiktiraf banyak pemimpin asing sebagai sebuah negara Islam moden.

‘E-mel’ ketinggalan zaman?

Pengasas laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg (gambar fail) mendakwa, teknologi e-mel bakal pupus seperti surat menyurat kerana ia terlalu perlahan dan tidak formal, lapor sebuah akhbar semalam. Eksekutif berusia 26 tahun itu membuat dakwaan tersebut kelmarin ketika melancarkan perkhidmatan mesej terbaru dan percuma bagi para pengguna Facebook di sini, Amerika Syarikat (AS).


“Ia (perkhidmatan mesej Facebook) bukan e-mel. Ia mengendalikan e-mel dan kaedah komunikasi lain termasuk laman sembang,” katanya.

Tebang pokok:Ting tuntut RM7.5 juta

Ting Phek Khiing (gambar fail), salah seorang yang terkaya di Sarawak, sekali lagi menjadi sasaran kritikan kerana mengeluarkan bil tuntutan RM7.5 juta terhadap kerajaan negeri untuk bayaran kerja-kerja menebang 300 pokok di sepanjang Jalan Tun Jugah.


Penebangan pokok-pokok itu dilakukan secara senyap-senyap untuk membina jejambat yang tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jen mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Ting.

Analisa: Zaid kini tidak berguna lagi?

Esok, Datuk Zaid Ibrahim dijadual mendedahkan dengan lanjut “peristiwa di sebalik tabir” yang membawa kepada keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semalam, Zaid berkata tindakannya keluar PKR bukan kerana beliau mudah mengalah dan suka melompat parti, sebaliknya kerana telah muak dengan masalah dalaman parti itu.


Dalam satu mesej Twitter, ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha semalam, seorang pengikut isu Zaid-PKR berkata, “bukan cubaan lagi tetapi Zaid dah betul-betul korbankan dia punya prinsip, mahu tinggalkan PKR.” Seorang lagi pengikut pula berkata: “Apakah Zaid bakal dikorbankan bagi PKR semata-mata anak emas Anwar jadi timbalan presiden.”

Wednesday, November 17, 2010

PANDANGAN ANWAR ’SUARA SUMBANG’


Datuk Seri Najib Razak berkata pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia adalah satu suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia. Perdana Menteri berkata pandangan ketua pembangkang itu merupakan “satu suara sahaja tetapi suara yang minoriti”.
“Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita… bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya.

Tuesday, November 16, 2010

Rombakan kabinet minggu depan?


Ahmad Shabery Cheek
 PETALING JAYA: Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.


Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Awas! Minyak Dunia Habis 100 Tahun Lagi

WASHINGTON: Dunia akan kehabisan bahan bakar dalam 100 tahun lagi, sebelum sumber-sumber tenaga baru pengganti diperolehi. ‘Mimpi buruk’ itu akan menjadi kenyataan jika penggunaan minyak dan perkembangan bahan bakar baru hanya seperti sekarang ini.


Demikian hasil kajian dari para pengkaji dari University of California, Davis (UC-Davis) yang diterbitkan oleh Environmental Science and Technology seperti disiar AFP, hari ini.

Pengunduran Zaid merugikan PKR-Prof Dr Agus

Muhammad Agus yusof
Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Pengunduran Dato Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan parti itu dan juga Pakatan Rakyat (PR) secara umumnya.

Demikian pendapat Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Profesor Dr Muhammad Agus yusof kepada FMT hari ini ketika diminta mengulas kemelut yang melanda PKR.

Keputusan Pemilihan PKR sudah boleh ‘ baca’

Sudah tidak ada debaran lagi untuk mengetahui keputusan pertandingan merebut jawatan utama dalam PKR walaupun proses pengundian masih berlangsung sehingga hujung minggu ini.

Keputusan awal tidak susah diduga jika diambil kira bahawa semua yang lawan ‘pasukan impian’ sudah tersingkir samada menarik diri atau tertinggal jauh hinggakan tak akan mampu mengejar saingannya.

Skandal bekas Permaisuri Agong

Sudah sekian lama kisah kehidupan bekas Permaisuri Agong Cik Puan Aishah tidak begitu diketahui umum. Namun beberapa hari kebelakangan ini kisahnya meletup dalam internet.


Ini berikutan tersiarnya gambar-gambarnya dalam laman blog uncleseekers.blogspot.com yakni Syed Abdullah Al Attas, 48, anak lelaki kepada penulis buku politik terkenal Syed Hussein Al Attas.

Ia jelas ada kaitan dengan kisah cinta terhalang antara mereka berdua.

Monday, November 15, 2010

Zaid Keluar PKR: Saifuddin Belum Terima Surat

Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA 15 NOV: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan masih belum menerima surat rasmi daripada Datuk Zaid Ibrahim.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, surat peletakan jawatan perlu diserahkan kepada parti terlebih dahulu sebelum PKR mengesahkan Zaid keluar parti.

Al-Qaeda Tak Boleh Dikalahkan, kata Panglima Tentera Inggeris


Jeneral Sir David Richards

LONDON: Panglima tentera Inggeris, Jeneral Sir David Richards, mengingatkan bahawa Barat tidak dapat mengalahkan Al-Qaeda dan kaum militan Islam. Ia mengatakan, cita-cita untuk mengalahkan kaum militan Islam merupakan sesuatu yang tidak perlu dan tidak akan pernah dicapai.

Dalam sebuah wawancara dengan The Sunday Telegraph akhir minggu lalu jenderal itu mengatakan, "Dalam perang konvensional, kekalahan dan kemenangan terpisah secara sangat jelas dan dilambangkan dengan pasukan yang berbaris menuju ibu kota bangsa lain.

Sunday, November 14, 2010

Upgrade Kualiti Ciuman Anda!


Mainkan tangan Anda untuk menambah sensasi ciuman.

Berciuman adalah aktivitas paling sensual dan menyenangkan yang bisa Anda lakukan dengan pasangan. Bahkan boleh dibilang, ciuman lebih memberikan rasa intim ketimbang hubungan seksual itu sendiri. Saat Anda sudah bersentuhan dengan tubuh seseorang, entah bibir, wajah, pikiran, dan yang lainnya, saat itulah Anda memiliki potensi untuk menciptakan momen yang lebih intens dengan pasangan.

Karena itu, hanya karena merasa tak pandai berciuman, tak berarti Anda dapat mengesampingkan aktivitas ini setelah menikahi Si Dia? Bila Anda masih merasa insecure dalam hal kemampuan "lip dancing", Anda bisa menanyakan langsung kepada Si Dia, ciuman seperti apa yang membuat nyaman atau tidak. Kemudian, ajaklah ia untuk mengikuti irama Anda.

4 Kesalahan Saat Berciuman

Kemampuan mencium dan chemistry
Apa yang paling dibutuhkan saat berciuman? Kemampuan mencium dan chemistry, tentunya. Jika keduanya tidak Anda miliki, ciuman pun akan terasa hambar. Sebelum Anda mulai melancarkan ciuman Anda, pastikan Anda mengetahui empat kesalahan yang sering terjadi saat berciuman.

1. Ciuman yang kasar
Sebuah ciuman seharusnya dilakukan dengan lembut dan penuh perasaan, atau panas dan penuh gairah. Namun, bukan seperti sedang diterkam oleh binatang buas. Untuk memulai sebuah ciuman, lakukan dengan perlahan, dan biarkan momen mencium itu terbangun secara alami. Memaksakan ciuman yang penuh gairah mungkin akan dianggap ceroboh oleh pasangan, jadi hindari "serangan" mendadak seperti perempuan yang tengah cemburu. Tahan diri Anda, dan perhatikan sinyal-sinyal dari pasangan. Bagaimanapun juga, mencium adalah kegiatan sebuah tim, dan jika pasangan tidak menghendakinya, Anda akan dianggap terlalu agresif. Anda perlu mengubah strategi, dan biarkan pasangan melakukan inisiatifnya.

Kaedah Agar Ciuman Lebih Asik


Dua dari tiga pasangan memalingkan kepala
ke kanan ketika berciuman.

Palingkan Wajah ke Kanan

Apa sih, istimewanya sebuah ciuman? Mengapa orang-orang di negara Barat sering sekali berciuman, dan sangat ekspresif dalam melakukannya? Dan, meskipun banyak yang mengatakan bahwa berciuman adalah bagian dari "budaya Barat", tetapi toh sampai sekarang orang Barat masih sering membahas soal ciuman. Bahkan, dari persoalan mendasar seperti bagaimana cara berciuman yang enak.

Anda mengira telah punya pengetahuan cukup banyak soal ciuman? Tunggu dulu, silakan baca fakta-fakta unik seputar berciuman, seperti dirangkum oleh Laura Schaefer, penulis buku Man with Farm Seeks Woman with Tractor: The Best and Worst Personal Ads of All Time.

Umno akui punca tanah Melayu terhakis di PP

JELUTONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad mengakui Umno menjadi punca tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang tergadai dan terhakis.

Beliau membuat pengakuan itu dalam satu forum bertajuk "Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah penyelesaiannya? di sini semalam.

Oleh itu Farid menyarankan supaya rakyat khususnya orang Melayu "menutup buku" kesalahan dan kelemahan kepimpinan Umno negeri itu sehingga mengakibatkan penghakisan tanah milik Melayu.

Pembatalan Pemilihan PKR Boleh Sebabkan Pengharaman Parti

KUALA LUMPUR 14 NOV : Calon ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa dengan tindakan beberapa rakan dalam PKR yang mahukan pemilihan ditangguhkan kerana ia boleh membawa kepada pengharaman parti.

Shamsul menyatakan betapa PKR tertakluk kepada perlembagaan parti dan peraturan Pendaftar pertubuhan (ROS) yang menetapkan parti perlu mengadakan pemilihan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kempen Tembak Gagak

PETALING JAYA 14 NOV : Penduduk diminta tidak cemas sekiranya terdengar bunyi tembakan, berikutan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan Kempen Tembak Gagak 2010, bermula semalam.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata kempen yang merupakan acara tahunan agensi penguatkuasaan itu merupakan kesinambungan kempen terdahulu yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan majlis daerah tempatan sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, kempen tembak gagak itu merupakan salah satu kaedah kawalan dan pemusnahan burung gagak diperkenalkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sejak empat tahun lalu.

Pemilihan PKR: Azmin 8,706, Mustaffa 2,176

Sebanyak 41 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan sembilan negeri di seluruh negara.

Di Pulau Pinang lima cabang terlibat, Terengganu (8), Perak (7), Wilayah Persekutuan (6), Sabah (5), Johor (4), Sarawak (3), Melaka (2) dan Selangor (1).

Pengundian yang masuk hari kedua dalam minggu ketiga, kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.

Saturday, November 13, 2010

PKR bakal diharamkan?

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Tidak mustahil Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima nasib seperti Umno lama yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram pada tahun 1988 sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk mengatasi kemelut dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Demikian pandangan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Che Norliah Mustafa kepada FMT hari ini berhubung kecelaruan yang berlaku dalam Pemilihan PKR.