Pages

Sunday, October 31, 2010

Raja Melayu pandang berat trend politik

Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

S'pura, China setuju perkukuh lagi kerjasama


JALINAN IKATAN YANG ERAT:
Perdana Menteri Lee Hsien Loong (kiri) bersalaman dengan
rakan sejawatannya dari China, Encik Wen Jiabao.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan rundingan di luar
Sidang Puncak Asean ke-17 di Hanoi, Vietnam, semalam.


 PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya dari China, Encik Wen Jiabao, bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara melalui pelbagai projek.

Pertemuan mereka berlangsung pagi semalam di luar Sidang Puncak Asean ke-17 dan mesyuarat berkaitan di Hanoi, Vietnam.

Clinton perhebat kempen cari sokongan bagi Parti Demokrat

PHILADELPHIA (Amerika Syarikat): Mantan Presiden Bill Clinton menuju ke Pennsylvania, Amerika Syarikat, untuk memastikan Parti Demokrat terus menguasai Dewan Senat menjelang pilihan raya bagi 37 kerusi Dewan Senat pada 2 November ini.


Beliau ke sana bagi meningkatkan sokongan terhadap calon Parti Demokrat, Encik Joe Sestak, bekas laksamana tentera laut Amerika, selepas tinjauan pendapat menunjukkan calon Parti Republikan, Encik Pat Toomey, mengatasinya dengan 4 peratusan mata.

Saturday, October 30, 2010

Pemilihan PKR: Pengundi kurang kerana final Piala Malaysia

PETALING JAYA: Kehangatan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia diantara Kelantan dan Negeri Sembilan malam ini, merencatkan proses pengundian pimpinan pusat PKR terutama di kedua-dua negeri terbabit.


Di Kelantan, rata-rata cabang yang dihubungi memaklumkan ahli yang mengundi kurang memuaskan memandangkan ramai yang ke Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut.

Di Galas Dan Batu Sapi BN Mendahului Lawan

SANDAKAN: Maklum balas orang ramai terhadap kempen-kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen di Batu Sapi ketika ini cukup baik, dan sokongan dilihat berpihakkepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Ketua Dan Naib Ketua PKR Bahagian Batu Sapi Keluar Parti

SANDAKAN: Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno.


Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini, Sabtu.

PEMILIHAN PKR: Zaid menang hari pertama majoriti lebih 100 undi

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga jam 11.00 malam tadi menunjukkan Datuk Zaid Ibrahim sedang mendahului Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub dengan lebih 100 undi.



Sembilan cabang - Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula adalah Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu – mengadakan mesyuarat semalam.

Sambutan pengundi Pemilihan Pimpinan Pusat hambar

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Hari pertama pemilihan pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semalam berjalan dengan suasana hambar apabila kurang 20 peratus dari ahli yang layak mengundi tidak berbuat demikian.

Keadaan tersebut diburukkan lagi oleh kesilapan yang tidak sewajarnya berlaku apabila kertas undi untuk beberapa tempat pengundian terlewat tiba sehingga dua jam.

Gempa Kembali Goncang Mentawai

JAKARTA: Sebuah gempa berkekuatan 5,1 skala richter kembali menggoncang Mentawai. Lokasi gempa berada di 108 Km Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai, Sumatera Barat.


Berdasarkan maklumat dari laman web Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa ini terjadi pukul 01.05 WIB, malam tadi.

Pusat gempa berada di kedalaman 27 km dan berkoordinat 3.45 LS – 99.42 BT. BMKG menulis gempa ini tidak berpotensi menimbulkan tsunami.

Sebelumnya, Mentawai dilanda gelombang tsunami pada 25/10 lalu. Tsunami ini melanda beberapa daerah hingga rata dengan tanah.

Friday, October 29, 2010

Osama ancam serang warga Perancis


Osama Bin Laden

DUBAI: Pemimpin kumpulan Al- Qaeda, Osama Bin Laden, memberi amaran kepada Perancis bahawa rancangannya mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam dan pembabitan mereka dalam peperangan di Afghanistan membolehkan tindakan ganas diambil ke atas warga Perancis.

Dalam satu rakaman audio yang disiarkan menerusi televisyen Al-Jazeera, Osama berkata penculikan tujuh warga asing, lima daripadanya warga Perancis di Sahara, utara Niger, bulan lalu adalah satu amaran.

Pegawai bantuan maut dalam nahas

JAKARTA: Lima pegawai polis Indonesia yang menyertai misi membawa bantuan kepada mangsa banjir di timur negara itu terbunuh semalam apabila pesawat yang dinaiki melanggar pokok ketika cuba membuat pendaratan cemas.


Jurucakap Polis Indonesia, Encik Wachyono, berkata pesawat terbabit terhempas di daerah Nabire, di wilayah Papua. -- AFP.

"Kontrak rahsia" PKR dan DAP?


Zulkifli Noordin
 Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas-Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin semalam mengejutkan ahli-ahli Dewan Rakyat apabila beliau mendakwa terdapat "kontrak rahsia" di antara PKR dan DAP untuk mengekal kuasa orang-orang Cina jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Ketika membahaskan Bajet 2011, Zulkifli, bekas MP PKR berkata kontrak itu, di mana PAS menyatakan "mereka tidak tahu", menjanjikan kepada para pemimpin Cina bahawa DAP akan diberi "kuasa autonomi" di Pulau Pinang.

UMNO-BN Sembunyi Laporan BNM

Kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menyembunyikan pendedahan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2009 berhubung hutang isi rumah yang meningkat secara ketara kepada 76.6% daripada 63.9% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak RM389 bilion.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad berkata berdasarkan laporan tersebut, ia telah meletakkan negara di tahap yang tertinggi di Asia dari segi tanggungan hutang isi rumah.

YB Rodziah Ismail di LayaRakyat

Pada Rabu 27 Oktober 2010 YB Rodziah Ismail berkesempatan menyertai aktiviti LayaRakyat yang diadakan di Pasar malam Saujana Utama, Sungai Buloh. Turut hadir ialah Pengarah Penerangan Selangor,Dr Badrul Amin Baharom.

Teresa Kok: Menara Warisan Yang Mendatangkan Bantahan Orang Ramai


Teresa Kok,
Ahli Parlimen Seputeh
 I was MP number 102 to deliver my speech on Budget 2011 in the Dewan Rakyat. When my turn came this afternoon, I was allowed to speak for just 12 minutes only.

Below are the paragraphs that i managed to read at “rocket speed”.

~~~~~~~~

Ucapan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat Pada 28 Oktober 2010

Menara Warisan Yang Mendatangkan Bantahan Orang Ramai

Thursday, October 28, 2010

Aminulrasyid mati akibat peluru tembusi otak – Pakar

Oleh Jamilah Kamarudin


SHAH ALAM: Saksi kes kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis hari ini memberitahu mahkamah remaja itu mati akibat kesan kecederaan tembakan di kepala.

Pakar patologi Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang Dr Khairul Azman berkata, kecederaan yang dialami Aminulrasyid disebabkan anak peluru menembusi tengkorak belakang kepala.

Dr Razali diarah bekal 3 nota klinikal HKL

Kes tuduhan liwat membabitkan Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tengahari ini kembali tegang.

Ketegangan itu ekoran Dr. Mohd Razali Ibrahim di kandang saksi mengaku bahawa beliau membuat pemeriksaan ke atas Saiful tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat sejarah perubatan dari saksi utama itu.

Mukhriz Mahathir ganti Shafie Apdal

Oleh Muda Mohd Noor


KUALA LUMPUR: Anak mantan perdana menteri, Datuk Mukhriz Mahathir disebut-sebut akan dilantik menjadi pengerusi perhubungan Umno Kedah yang baru.

Beliau akan menggantikan pengerusi sekarang, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga naib presiden Umno dalam satu rombakan tidak lama lagi.

Untung bersih bank terbesar Dubai merosot 60%

DUBAI: Bank terbesar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari segi aset, Dubai Bank, mencatatkan kejatuhan 60% keuntungan bersih kepada US$115.5 juta dalam suku pertama berakhir 30 September, dari US$285.8 juta pada tempuh yang sama 2009.


Dalam satu kenyataan, bank milik kerajaan itu memberitahu Pasaran Kewangan Dubai bahawa pihaknya telah memperuntukan hutang lapuk pada suku ketiga berjumlah US$326.7 juta, menjadikan jumlah kesemuanya US$814 juta dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

PAC siasat 9 salah urus utama

Laporan Ketua Audit Negara 2009


Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatan berhubung laporan Ketua Audit Negara 2009 selepas mengenalpasti sembilan kesalahan utama.

Ahli Parlimen PAS-Tumpat Kamaruddin Jaafar berkata, di antara lain, PAC menemui elemen "salah urus tadbir" dalam program makanan tambahan (RMT) dan pusat hemodialisis.

Laporan audit bukti Selangor Urus Kewangan dengan Telus dan Bertanggungjawab

Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak media terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai kewangan Kerajaan Selangor yang telah diedarkan kepada orang ramai, Isnin lalu.


Kami percaya laporan audit yang telah disediakan oleh pejabat Audit Negara bertujuan untuk penambahbaikan. Namun apa yang tergambar di media seolah-olah kerajaan negeri tidak mengurus dengan baik.

Agar rakyat tidak terkeliru, saya ingin membuat penjelasan seperti berikut.

Pertama: Urusniaga Penyata Penyesuaian Bank Kerajaan Selangor

Bangunan tinggi tanda kehancuran tamadun manusia


Tuan Guru Abdul Hadi Awang

MARANG: Umat Islam diingatkan bahawa Allah SWT telah memberi amaran di dalam al-Quran sikap berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi petanda kehancuran tamadun manusia.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usah menjadi manusia yang bodoh dan jahil berbangga dengan bangunan-bangunan tinggi serta pencakar langit.

Yong Teck Lee tunjuk belang habis…'perah limau' pada luka PKR


Datuk Yong Teck Lee

Sejak meninggalkan Barisan Nasional beberapa bulan selepas pilihan raya umum 2008 atas alasan tidak ‘ngam’ dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu, Parti Maju Sabah (SAPP) belum memutuskan menyertai pembangkang dalam pakatan rakyat.

Namun, dengan dua kerusi parlimen dan empat di Dewan Undangan Negeri, SAPP yang diketuai Datuk Yong Teck Lee bertindak sebagai pembangkang di negeri Bawah Bayu itu.

Wednesday, October 27, 2010

Lebih 110 maut, 500 hilang dalam tsunami di Indonesia

MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA TSUNAMI: Orang ramai cuba menghubungi saudara-mara menggunakan telefon bimbit sedang mereka melarikan diri ke kawasan lebih tinggi di Padang kelmarin selepas amaran tsunami dikeluarkan menyusuli gempa di Sumatera Barat. -- Foto AFP

Gempa sekuat 7.7 landa Sumatera, 10 pelancong hilang selepas dua bot berlanggar dipukul ombak besar

JAKARTA: Seramai 113 orang mati dan 502 hilang dalam tsunami akibat satu gempa bumi sekuat 7.7 pada Skala Richter di Sumatera Barat kelmarin, kata saksi dan pegawai semalam.

Pelaburan di Perak 2009 merosot

Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Perak yang mengalami pelbagai rombakan dalam pemerintahan sepanjang tahun 2008 dan 2009 lalu, menyaksikan perbezaan kedudukan pelaburan bagi kedua-dua tahun dan mencatatkan penurunan sehingga RM86.85 juta.

Melalui analisis perbandingan yang dipetik dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008.

Batu Sapi: SAPP lebih popular dari PKR

Oleh Luke Rintod

SANDAKAN: Parti Progresif Sabah (SAPP) kini mendahului PKR dari segi populariti ketika bermula kempen pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi.

Parti itu mendapat sokongan moral apabila bekas presiden Pasok, Cleftus Mojingol dan juga anak saudara Allahyarham Mustapha Harun, pengasas Usno, menyertai parti pembangkang dalam satu majlis di Kampung Karamunting di sini semalam.

Calon Batu Sapi yang juga Presiden SAPP Yong Teck Lee, menyambut mesra ketibaan Cleftus dan Razak Abdul Salam di majlis itu.

Pas main isu nasional, UMNO tonjol isu setempat

SHAH ALAM - Persaingan antara calon Pas dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan berlangsung pada 4 November ini dijangka sengit kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri.

Penganalisis politik, Dr Ahmad Atory Hussein berkata, PRK kali ini menyaksikan persaingan sengit dan seimbang antara kedua-dua calon kerana masing-masing berupaya untuk menarik pengundi.

“Siapa yang menang atau kalah itu kita tidak mampu ramalkan buat waktu ini kerana kedua-duanya ada kebolehan dan kekuatan tersendiri.

Terkejut jumpa puluhan bom

GEMAS – Seorang pemandu jengkaut tidak menduga tugasnya mengorek tebing Sungai Gemas bagi melebarkan dan mendalamkan sungai berkenaan berakhir dengan penemuan berpuluh-puluh bom mortar serta ribuan peluru mesi�ngan kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Difahamkan, ia dipercayai milik Tentera Bersekutu, yang juga peninggalan sejarah Perang Dunia Kedua yang berlaku di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang berkata, setakat jam 4 petang, semalam, dipercayai sebanyak 30 hingga 40 bom mortar dijumpai di tepi lokasi penemuan iaitu Sungai Gemas dan jumlah itu berkemungkinan bertambah.

Pejabat Pengerusi PKR Pahang dipecah masuk

KUANTAN - Pejabat milik Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman di Bukit Sekilau di sini, dipecah masuk mengakibatkan beliau kehilangan dua komputer yang mengandungi maklumat peribadi dan perniagaannya.

Fauzi berkata, kejadian itu disedarinya pukul 10.15 pagi ini apabila beliau ke pejabat dan mendapati pintu pejabat itu terbuka.

"Tindakan suspek yang hanya melarikan dua unit komputer dan tidak mengambil barangan berharga lain menjadi tanda tanya. Jika suspek berhasrat mencuri komputer, terdapat banyak kedai menjual peralatan itu di sini tetapi kenapa pejabat ini yang dipilihnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Tariq Aziz Dijatuhi Hukuman Eksekusi


Tariq Aziz
 Pengadilan Kriminal Irak menjatuhkan hukuman eksekusi kepada Tariq Aziz, Mantan Wakil Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Irak di masa rezim Saddam Hussein. Televisi Irak, hari Selasa (26/10) menyatakan bahwa Tariq Aziz terlibat dalam kasus pembantaian kelompok-kelompok agama termasuk Syiah.

Michael Yuhanna yang juga dikenal dengan Tariq Aziz pada tahun 1983 hingga 1991 menjabat sebagai Menteri Luar Negeri Irak, sedangkan pada tahun 1979 hingga 2003, ia menjabat sebagai Wakil Perdana Menteri Irak. Tarik Aziz juga termasuk salah satu penasehat dekat Saddam Hussein.

Kereta tempur: RM8 bilion lebih bermanfaat untuk rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Keputusan kerajaan meneruskan hasrat membeli 257 unit kereta tempur berperisai AV8 (APC) bernilai RM8 bilion wajar dipersoal, kata Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jayakumar.


Menurut beliau, sebut harga yang ditawarkan oleh DRB-Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) adalah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pasaran sebuah APC terbaik di peringkat dunia; iaitu tidak melebihi RM10 juta seunit.

"Dengan hara RM31 juta sebuah sedangkan harga sebuah APC terkemuka di dunia hanya RM10 juta, maka tiga kali gandalah," ujarnya petang tadi di Dewan Rakyat.

Hutang negara: Setiap rakyat tanggung RM14,000

KUALA LUMPUR: PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.


Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Jenayah seks libat budak naik di M'sia

KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,469 kes serangan seks melibatkan kanak-kanak dilapor berlaku di Malaysia antara 2008 dengan Ogos lalu, kata Timbalan Pengarah Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.


Menurutnya, pada 2009 sebanyak 2,700 kes rogol melibatkan kanak-kanak bawah 18 tahun dilapor. Ini meningkat berbanding 2,507 kes pada 2008, manakala sehingga Ogos lalu saja sebanyak 1,756 kes dilapor. -- BHM.

Bom meletup di makam sufi

PAKPATTAN (Pakistan): Sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal meletup di pintu pagar makam sufi terkenal di Pakpattan, di bahagian tengah Pakistan, menyebabkan lapan orang terkorban dan 13 lagi cedera, semalam.


Letupan di makam Farid Shakar Ganj di timur wilayah Punjab itu berlaku sekitar 6.30 pagi.

Mangsa termasuk seorang wanita, kata pegawai kanan Pakpattan, Encik Maher Aslam Hayat. -- AP.

Nazri bidas Anwar, isu daftar pengundi automatik

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz hari ini membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengenai isu pelaksanaan pendaftaran secara automatik bagi para pengundi berusia lebih 21 tahun.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tetap tidak akan melaksanakannya seperti mana yang didesak oleh pembangkang, beliau berkata, Anwar sepatutnya melaksanakan sistem ini semasa beliau dalam kerajaan.

Skandal PKFZ: Kes O C Phang tangguh November depan

Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Perbicaraan kes membabitkan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O C Phang yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen hari ini ditangguhkan ke 15 hingga 19 November.

Namun pengecualian diberi pada 17 November, ekoran sambutan hari raya aidiladha yang bakal jatuh pada hari tersebut.

Hakim Asmadi Hussain membuat keputusan itu, setelah pihak pembelaan mengemukakan notis permohonan penggantungan bagi kes tersebut.

ETP bermula dengan pelaburan RM30 bilion

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyasarkan nilai pelaburan sebanyak RM1.3 trilion bermula dengan baikapabila termeterainya sembilan perjanjian bernilai RM30 bilion di antara pihak kerajaan dengan sektor swasta pada hari pelancarannya semalam.

"Kejayaan awal ini akan memberi keyakinan kepada mereka yang masih ragu-ragu," kata Perdana Menteri Najib Tun Razak ketika melancarkan ETP – A Roadmap for Malaysia, yang bertujuan untuk mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Tuesday, October 26, 2010

N45 Galas: PAS Lawan BN

GUA MUSANG: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini seperti dijangka menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili Ab Aziz Yusoff, 49, manakala PAS diwakili Zulkefli Mohamed, 44.

Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Galas, Wan Mustapha Abd Hamid membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada Selasa.

Laporan langsung penamaan calon PRK N.45 Galas


Proses penyerahan borang pencalonan

Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang.

10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagitau masa dan program kat mana," katanya.
 
10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Sekilas Dunia

Nahas feri Indon: 17 mayat ditemui


MAUMERE (Indonesia): Seorang pegawai berkata pasukan penyelamat semalam menemui 17 mayat di perairan kawasan timur Indonesia, di mana sebuah feri yang sarat dengan penumpang karam tiga hari lalu.

Sekurang-kurangnya lima orang masih dilapor hilang apabila feri yang membawa lebih 66 kakitangan dan penumpang itu karam Jumaat lalu sekitar 10 kilometer ke utara pantai Flores. -- AP.

Iraq harus siasat penderaan tahanan

NEW YORK (Amerika Syarikat): Iraq seharusnya menyiasat laporan-laporan bahawa askar-askarnya mendera tahanannya secara sistematik, kata kumpulan Human Rights Watch (HRW) dalam satu kenyatannya awal semalam, selepas dokumen-dokumen yang disiarkan oleh laman web WikiLeaks membutirkan penyalahgunaan kuasa oleh tentera Iraq.

Monday, October 25, 2010

Kes Curi pasir di Selangor

`

Faekah Husin
PETALING JAYA: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini membidas tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengaitkan pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung isu kecurian pasir di negeri itu.

Menyifatkan kenyataan Khairy dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sebagai hilang punca, Faekah berkata kecurian pasir adalah isu yang diwarisi malah gagal ditangani sejak puluhan tahun lalu ketika Selangor ditadbir Barisan Nasional (BN).

Pertandingan AMK bergolak lagi

`
Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Landskap pertandingan dalam perebutan jawatan penting dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijangka bergolak lagi apabila calon Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainudin disebut-sebut bakal disingkirkan daripada kumpulan yang mengelarkan diri mereka Reformasi 3.0.

Kumpulan Reformasi 3.0 merupakan barisan kepimpinan AMK yang dipimpin oleh penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin sepanjang musim pemilihan pemimpin peringkat pusat berjalan.

Liwat: Dua pakar dari Australia hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi

Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Serin Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini akan menyaksikan semua tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur disoal-balas oleh peguam bela, Karpal Singh.

Namun, susunan di antara ketiga-tiga mereka - doktor bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim, patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan - akan dipanggil masih belum ditentukan.

Harapan Rakyat Batu Sapi

Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.

Sunday, October 24, 2010

Walaupun diberi jaminan, Melayu tetap gusar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemenang dalam perhimpunan agung Umno 2010 selama empat hari di PWTC yang berakhir semalam. Presiden Umno dan Perdana Menteri itu berjaya menguburkan sama sekali keresahan mahupun kebimbangan orang Melayu khususnya ahli parti terhadap masa depan mereka.

Baik dalam ucapan perasmian pada pagi Khamis mahupun penggulungan, Najib memberikan ucapan yang sangat bertenaga, mapan, padu, bernas dan sangat menyakinkan. Sekurang-kurangnya presiden Umno telah memberi jaminan bahawa parti itu pelindung bangsa, agama dan negara.

Melayu Pengasas Umno Manusia Progresif


A Kadir Jasin

Mengenai pidato Mohd Najib keseluruhannya, mesej saya kepada beliau mudah saja. Kotakanlah kata-kata yang panas menyala. Jangan umpama tahi ayam yang hangatnya hanya seketika. Tetapi sebagai budak kampung, saya tahu tahi ayam pun berguna. Disimpan lama ia jadi baja. Sebaliknya buaian dongeng saudagar mimpi akan membuat orang Melayu hilang jadi diri dan akhirnya bangsat di negara sendiri. Barang dijauhkan Allah.

SEMALAM, Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak, membuka Perhimpunan Agung Umno 2010 dengan memberi pidato berjudul “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran” yang puitis, emotif, menyentuh hati dan membakar emosi.

Saturday, October 23, 2010

122 Ekor Lembu bersama 20 Anjing di PWTC.

`
Lembu dan hanjing-hanjing inilah yang akan membuat kacau sepanjang tempoh berkempen di Galas nanti.


PM Lepaskan Konvoi 122 Pemuda Umno Ke Galas - mstar

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan konvoi 122 motosikal yang terdiri daripada ahli-ahli sayap Pemuda ke Galas bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Menteri Pengangkutan mesti jelaskan persoalan ini

PERTANYAAN-PERTANYAAN UNTUK JAWAB LISAN OLEH AHLI PARLIMEN PANDAN YB DATO SRI ONG TEE KEAT

(1) YB Dato’ Sri ONG TEE KEAT minta Menteri Pengangkutan menyatakan

(a) kenapa dana sukuk yang wujudkan oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd bagi membiayai projek PKFZ melalui empat (4) buah SPV itu dibenarkan agar mengenakan kadar faedah yang setinggi 7.5% setahun, berbanding dengan kadar 5% setahun yang telah dipersetujui pada peringkat awal.

(b) Apakah sukuk itu pernah diberi jaminan oleh Kerajaan? Jika ya, mengapa? Jika tidak, kenapa Lembaga Pelabuhan Kelang diarahkan oleh Menteri untuk menjelaskan bayaran faedahnya tahun ini walaupun projek PKFZ itu didapati terdapat banyak kekurangan dan kecacatan dalam pembinaannya?

Friday, October 22, 2010

Kes Aminulrasyid: 21 butir peluru 9mm. tidak dipulangkan

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin diberitahu Koperal Jenain Subi, yang didakwa menyebabkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, memulangkan senjata yang diambilnya sebelum memulakan tugas rondaan pada 25 April lalu, kecuali 21 butir peluru 9mm.

Saksi Pendakwaan ke-17, Pendaftar Keluar Masuk Senjata di Stor Senjata Api, Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam, Lans Koperal Ismail Daud, berkata ketika menyerahkan submesingan MP5 kepada Koperal Jenain pada 9.59 malam 25 April lalu, anggota peronda itu turut menerima empat kelopak peluru dengan setiap satu berisi 25 butir peluru 9mm dan satu beg peluru.

Sembilan maut dalam letupan bom di selatan Filipina

MANILA: Satu letupan bom dalam sebuah bas penumpang di pulau Mindanao, selatan Filipina, menyebabkan sembilan orang mati dan 10 cedera semalam, kata para pegawai keselamatan.

Bas membawa 50 orang itu dalam perjalanan dari Cagayan de Oro, sebuah pelabuhan dan bandar perindustrian, apabila letupan berlaku sekitar 10.30 pagi. Letupan itu begitu kuat sehingga dua mangsa putus kepala mereka, kata ketua polis, Encik Gil Meneses.

Dari Izzah Anwar untuk YAB Najib Razak

Nurul Izzah Anwar

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah membuat beberapa kenyataan sempena Perhimpunan Agong Umno 2010 hari ini.

Kenyataan beliau yang paling penting pada hemat saya adalah pengakuan bahawa hak Melayu sudah “terkunci kemas” di dalam Perlembagaan sehingga seandainya mana-mana pihak mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak mampu mengubah hak Melayu tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja.

Thursday, October 21, 2010

Hamburg bakal jadi wilayah pertama iktiraf Islam di Jerman

HAMBURG (Jerman): Hamburg tidak lama lagi mungkin menjadi wilayah pertama di Jerman yang mengiktiraf secara rasmi Islam sebagai masyarakat agama dan memberi umat Islam hak perundangan yang sama seperti penganut Kristian dan Yahudi apabila berurusan dengan pentadbiran setempat.

Rundingan secara senyap selama empat tahun mengenai pembinaan masjid, menyediakan tanah perkuburan dan mengajar agama Islam di sekolah awam itu kini hampir tamat.

Ia bertepatan dengan waktu berlakunya perdebatan di Jerman mengenai kedudukan agama Islam dan integrasi pendatang beragama Islam.

Perjanjian nampaknya mungkin dicapai tetapi perdebatan mengenai Islam dan perubahan politik setempat mungkin menjadikan kelulusannya lebih sukar daripada yang dijangka, kata tokoh politik dan pemimpin Islam.

'Adalah penting bagi kami memastikan perjanjian ini menegaskan bahawa kami adalah sebahagian daripada masyarakat di negara ini,' kata Encik Zekeriya Altug, Pengerusi DITIB cawangan Hamburg, sebuah rangkaian masjid Turkey-Jerman yang merupakan salah sebuah pertubuhan Islam terbesar di Jerman.

'Kami sudah hampir mencapai satu perjanjian,' kata Encik Norbert Mueller, seorang mualaf rakyat Jerman yang menjadi anggota Lembaga Schura, sebuah persatuan masjid terbesar di Hamburg.

Sekitar empat juta daripada 82 juta penduduk Jerman beragama Islam dengan sebahagian besar daripada mereka berketurunan Turkey.

Mereka sejak sekian lama dianggap hanya sebagai kaum pendatang, yang satu hari kelak akan kembali ke negara asal mereka.

Tetapi sekarang mereka merupakan kaum minoriti yang mahu diberi hak yang sama seperti orang Yahudi dan Kristian.

Perjanjian di Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman, akan menggariskan hak dan tanggungjawab umat Islam, seperti berbincang dengan penduduk kejiranan sebelum membina masjid atau menara.

Encik Altug berkata banyak hak sudah pun dibenarkan di bawah pelbagai undang-undang Jerman atau sebagai pengecualian setempat.

'Perjanjian ini akan menggabungkan semua itu dalam satu dokumen,' kata beliau.

Dua wilayah lain iaitu Lower Saxony dan North Rhine-Westphalia juga sedang menimbang untuk mengiktiraf agama Islam. -- Reuters.

Ribuan tunjuk perasaan di Indonesia

TIDAK PUAS HATI: Penunjuk perasaan terdiri daripada para pelajar melempar batu ke arah polis semasa satu bantahan antipemerintah di Jakarta, semalam. Rapat turut diadakan di beberapa bandar lain sebagai tanda tidak puas hati kerana Presiden Susilo Bambang Yudhoyono gagal membasmi rasuah, membaiki rekod hak asasi dan mengukuhkan ekonomi. -- Foto AP

JAKARTA: Ribuan penunjuk perasaan semalam membaling batu dan kayu ke atas polis yang membalas dengan pancutan meriam air dan tembakan gas pemedih mata.

Kejadian itu berlaku menyusuli bantahan sempena ulang tahun pertama penggal pemerintahan kedua Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Pertempuran berlaku antara polis pencegah rusuhan dengan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan yang terdiri daripada pelajar dan aktivis kesatuan sekerja di luar Istana Presiden di sini.

Pertempuran serupa turut berlaku di tempat lain di Jakarta dan beberapa bandar utama di pulau Jawa.

Di kejiranan Menteng di Jakarta, lebih 150 pelajar menyekat jalan raya dengan kayu dan tayar kereta yang dibakar.

Mereka bertempur dengan polis yang cuba mengalihkan sekatan tersebut dan membaling kayu dan batu ke arah polis.

Polis membalas dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara.

Seorang lelaki ditembak di kaki, manakala tiga yang lain diberkas.

'Mereka (polis) menolak kami selama beberapa minit sebelum tiba- tiba melepaskan tembakan. Saya dengar 10 das tembakan. Yang pertama ke udara, dan selebih ke arah kami,' kata seorang pelajar, Adi, 24 tahun.

'Seorang pelajar ditembak di kaki kanan dan dibawa ke hospital,' tambah beliau, ketika penunjuk perasaan membakar poster Dr Yudhoyono.

'Beliau (SBY) gagal membasmi rasuah,' kata seorang penunjuk perasaan bernama Rudi Daman.

Cik Yati Andriyani dari Komisi bagi Orang Hilang dan Korban Tindakan Kekerasan (Kontras) berkata Dr Yudhoyono tidak mengotakan janji pilihan raya untuk melindungi hak asasi.

'Ia cuma janji kosong,' katanya.

Jurucakap Pakatan Buruh Indonesia, Encik Hamid Istakhori, berkata: 'Kekayaaan dan kuasa kini berada di tangan segelintir kapitalis.'

Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia (GMNI) Jakarta mengkritik dasar pemerintah, terutama berhubung soal kedaulatan negara.

'Kedaulatan bangsa telah dimalukan bangsa lain, terutama kes perbatasan antara Indonesia dengan Malaysia, yang menunjukkan sikap yang tidak tegas SBY,' katanya.

Jurucakap polis Jakarta, Boy Rafli Amar, berkata: 'Kami terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang membakar poster presiden.'

'Kami akan mengambil tindakan tegas jika mereka mula membakar kereta atau bangunan,' katanya.

Ribuan penduduk menyertai rapat lain di Jakarta, Bandung, Surabaya, Bogor dan Palu, tempat para pelajar bertempur dengan polis.

Di Makassar, ibu kota Sulawesi Selatan, 1,000 penunjuk perasaan membakar kereta dan menahan buat seketika seorang pegawai polis.

Ia merupakan kekacauan hari kedua di Makassar, tempat penunjuk perasaan melempar bom api ke atas polis sewaktu Dr Yudhoyono melawat bandar itu Selasa lalu.

Dr Yudhoyono memberi amaran kepada penunjuk perasaan itu supaya menyuarakan bantahan mereka dalam batas undang-undang dan tidak cuba menjatuhkan pemerintah.

'Demokrasi yang kita inginkan bukan yang menjerumus kita ke kancah fitnah dan anarki, yang akan merosak apa yang sudah kita bina,' kata Dr Yudhoyono seperti ditukil radio Elshinta.

Jurucakap presiden, Julian Aldrin Pasha, berkata penunjuk perasaan itu 'tidak mewakili pandangan seluruh rakyat Indonesia'. -- AFP, Bernama, Bloomberg.





Sekilas Dunia

Tidak perlu hantar askar ke Karachi

KARACHI: Pemerintah Pakistan semalam berkata tidak terdapat keperluan menghantar tentera ke Karachi bagi mengawal keadaan selepas keganasan politik menyebabkan 70 orang terkorban sejak Sabtu lalu.

Keganasan bermula apabila anggota parlimen wilayah daripada Gerakan Mutahida Qaumi (MQM), Encik Raza Haider, ditembak mati di Karachi Ogos lalu. Kekacauan yang berlaku meragut 85 jiwa.

'Belum ada keputusan dibuat untuk menghantar askar ke Karachi,' kata Perdana Menteri, Encik Yousuf Raza Gilani. -- AFP.


Thatcher masuk hospital diserang flu

LONDON: Mantan Perdana Menteri Britain, Cik Margaret Thatcher, dimasukkan ke hospital kelmarin selepas diserang flu.

Beliau terpaksa menarik diri daripada majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 yang diadakan Perdana Menteri, Encik David Cameron, di 10 Downing Street, pada minggu lepas.

Anak lelakinya, Encik Mark Thatcher, berkata ibunya hanya menjalani ujian rutin. -- AP, AFP.


Setiausaha Agung PBB dijadual lawat China

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, akan melawat China selepas menghadiri sidang puncak Asean dan PBB di Vietnam pada 28 Oktober.

Beliau akan melawat Thailand, Kemboja sebelum ke Vietnam, kemudian melawat China pada 30 Oktober ini, kata jurucakap PBB, Encik Farhan Haq. -- AFP.





50 kerusi Parlimen BN dalam bahaya

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, undi orang Melayu telah berpecah dan bermakna tidak ada parti Melayu – baik Umno mahupun PAS - yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu.

"Dikebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus disatu pihak dan 50 peratus dipihak yang lain.

"Ini bermakna siapa sahaja yang mahu menang mestilah menang dengan sokongan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Kalau kita mengharapkan undi Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas.

"Inilah haikat dan realitinya," kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar perhimpunan agung Pergerakan Pemuda Umno di PWTC hari ini.

Katanya, Umno perlu belajar dari keputusan pilihanraya umum lalu di mana jelas hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu.

Khairy berkata, sekiranya Umno masih lagi berkhayal bahawa parti boleh menang tanpa sokongan mereka, 50 kerusi parlimen BN sedia ada berada dalam bahaya.

Katanya, sekiranya tidak ada usaha untuk mengamal kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihanraya akan datang.

"Sudah tentu tanggungjawab utama untuk menarik sokongan bukan Melayu terletak atas bahu parti-parti komponen tertentu.

"Segala kelemahan yang ada perlu diatasi dengan segera dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereak perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

"Tetapi dalam arena politik semasa – apatah lagi dalam gagasan 1Malaysia menjadi pegangan bersama – rakyat Malaysia mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan yang muhibah, adil dan saksama.

"Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang," kata Khairy.

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Agung UMNO: Wartawan internet dihalau

Meskipun berkali-kali pemimpin UMNO menegaskan pendekatan politik untuk membawa perubahan, dan memperlihatkan "keterbukaan", namun wartawan Malaysiakini dihalau dari pusat media, ketika membuat liputan dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2010, hari ini.

Menurut Ketua Pemberita Malaysiakini edisi bahasa Cina, Kuek Ser Kuang Keng, pekerja dari urusetia, Ahmad Kamal memaklumkan kepada mereka bahawa wartawan Malaysiakini tidak dibenarkan menggunakan kemudahan pusat media dan dewan kerana tidak memiliki lencana media.

Malah, Ahmad Kamal mendakwa bahawa arahan itu datang daripada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, ketika ditanya Malaysiakini.

Apabila Kuek Ser Kuang Keng mendakwa bahawa Setiausaha Agung UMNO pernah berjanji untuk memberi lencana media kepada Malaysiakini, Ahmad Kamal pun meninggalkan situ dan menelefon. Namun, Ahmad Kamal kembali ke pusat media kemudian untuk memberitahu bahawa permohonan Malaysiakini telah ditolak.

Maka lapan orang wartawan Malaysiakini meninggalkan pusat media pada jam 12.35 tengah hari.

Seperti biasa, UMNO enggan meluluskan permohonan media internet untuk membuat liputan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Ketiga-tiga media internet Malaysiakini, Malaysian Insider dan MerdekaReview tidak dapat memperolehi lencana media rasmi daripada UMNO untuk membuat liputan.

Oleh sebab tiada lencana media, wartawan internet hanya boleh bekerja dari pusat media dengan menonton siaran langsung dari dewan. Mereka tidak dibenarkan untuk membuat liputan dari dewan di mana perhimpunan agung berlangsung. Bagaimanapun, wartawan media internet tidak pernah diusir sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membantah malah mengkritik keputusan parti induknya untuk melarang wartawan media internet daripada membuat liputan. Beliau menyatakan pendirian ini pada tahun yang lalu, dan mengulanginya semalam.

*MerdekaReview,

UEM dan KWSP: Pampasan RM5 bilion jika tol tidak naik

"Pampasan maksima RM5 bilion" menyusul, sebaik sahaja rakyat diumumkan khabar baik bahawa "kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak dinaikkan untuk lima tahun", ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan tahun 2011, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai ketika ditanya selepas pembentangan Belanjawan 2011 oleh Najib Razak, berkata kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi, lantaran keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun. Namun demikian, Donald Lim enggan mengulas lanjut berhubung isu ini.

Bagaimanapun, kenyataan ini bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh UEM Group (yang dikuasai Khazanah Nasional) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sidang media pada hari ini. UEM Group dan KWSP mengambil-alih PLUS Expressways Berhad dengan RM 23 bilion pada 15 Oktober.

Menurut UEM Group dan KWSP, kerajaan telah berhutang dengan syarikat konsesi lebuh raya sejumlah RM2.5 bilion, setakat 30 Jun 2010. Malah, kerajaan dianggarkan perlu membayar pampasan maksima RM5 bilion seandainya tidak menaikkan kadar tol untuk lima tahun, mengikut perjanjian konsesi asal. Dengan kata lain, kerajaan mungkin perlu membayar RM7.5 bilion dalam masa lima tahun yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Izzaddin Idris (gambar kanan) berkata, UEM Group dan KWSP telah mengambil-kira risiko komersialnya ketika mencadangkan pengambil-alihan dengan nilai RM23 bilion. Jadi, penawaran RM4.60 untuk seunit saham telah mengambil kira faktor "kadar tol tidak dinaikkan untuk lima tahun".

Bagaimanapun, pihak UEM Group dan KWSP bersedia untuk berunding dengan kerajaan dalam isu perjanjian konsesi baru dan pampasan dalam tempoh beberapa bulan yang terdekat.

*MerdekaReview

Keindahan Tubuh Sarah Azhari Diperdagangkan


Sarah Azhari bisa di bilang surga dunia bagi para kaum Adam. Kecantikan dan keindahan tubuh Sarah Azhari ini memang membuat laki-laki jadi salah tingkah jika melihat lekuk tubuhnya yang sangat indah ini.



Banyak sekali orang yang mencari keindahan tubuh sexy sarah azhari ini.
Lihat photo-photo Sarah Azhari di sini
Dan satu lagi photo Sarah Azhari


Cabul doktor semasa dirawat

Singapura ~ SEORANG bekas jurutera didenda $8,000 semalam setelah didapati bersalah mencabul kehormatan seorang doktor semasa dirawat.

Pham Thai Ha, 30 tahun, seorang penduduk tetap, didadapti bersalah memegang bahu dan cuba mencium doktor berusia 26 tahun itu semasa menerima rawatan bagi sakit ruam di jarinya.

Kejadian itu berlaku di sebuah klinik di Clementi pada 8 Jun tahun lalu.

Hakim Daerah Kamala Ponnampalam turut mendapatinya bersalah menggunakan kekerasan dengan mencengkam tangan doktor itu dan cuba menarik beliau ke arahnya.

Pada perbicaraan minggu lalu itu, doktor itu memberitahu, setelah memberi preskripsi krim antibiotik untuk ruam di tangannya, Pham mengadu terdapat ruam pada punggungnya.

Ketika diperiksa, Pham dikatakan menjadi ghairah dan cuba memegang tangan doktor itu.

Selepas memakai bajunya di belakang doktor itu, Pham kemudian memegang bahu doktor tersebut dan cuba menciumnya.

Ini menyebabkan doktor itu menjerit memanggil jururawatnya.



Amerika dan Israel anggap Iran cabaran terbesar

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Israel kelmarin berkata Iran merupakan 'cabaran terbesar' bagi kemantapan di Timur Tengah.

Mereka menegaskan semula komitmen bagi mencegah Teheran daripada membangunkan senjata nuklear.

Kenyataan itu dibuat menyusuli rundingan antara Timbalan Setiausaha Negara Amerika, Encik James Steinberg, dan Timbalan Menteri Luar Israel, Encik Daniel Ayalon, di Washington mengenai strategi bersama, termasuk Iran dan proses damai Arab-Israel.

'Sementara dialog strategi hari ini merangkumi banyak perkara, jelas Iran antara cabaran terbesar yang kami hadapi di Timur Tengah,' kata mereka dalam satu kenyataan.

'Keengganan berterusan Iran mematuhi tuntutan antarabangsa berhubung program nuklearnya, di samping sokongan berterusan kepada pertubuhan pengganas, merupakan kebimbangan kedua-dua negara dan masyarakat antarabangsa.

'Usaha berterusan oleh masyarakat antarabangsa bagi menangani tindakan Iran menerusi tekanan dan dialog adalah penting bagi mengubah perhitungan strategi Iran dan mencegahnya daripada memperolehi keupayaan membangunkan senjata nuklear.'

Washington dan Tel Aviv bimbang program nuklear Iran merupakan tabir untuk membina senjata nuklear.

Dakwaan itu dinafikan Iran.

Mesyuarat kelmarin berlangsung semasa rundingan damai Israel-Palestin terbantut disebabkan keengganan Israel membekukan pembinaan petempatan tidak sah Yahudi di Tebing Barat.

'Amerika dan Israel menegaskan semula komitmen untuk mencapai perdamaian berkekalan antara Israel dengan Palestin dan antara Israel dengan semua negara jiran,' tambah kenyataan itu. -- AP, AFP.



Empat militan serang Parlimen

GROZNY (Russia): Sekumpulan empat militan menyerang bangunan Parlimen di Chechnya sekitar 8.45 pagi semalam.

Mereka menembak mati empat pengawal keselamatan dan menahan anggota parlimen sebagai tebusan sebelum pasukan keselamatan tiba dan berlaku tembak-menembak yang mengakibatkan kesemua militan itu terbunuh.

Pemimpin Chechnya, Encik Ramzan Kadyrov, berkata operasi 20 minit berjaya membebaskan anggota parlimen yang ditahan sebagai tebusan, lapor Interfax. -- AFP.


Australia komited di Afghanistan

SYDNEY: Australia akan terus terlibat dalam perang di Afghanistan sepanjang dekad mendatang, kata Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, semalam.

Menurut beliau, Afghanistan tidak boleh dibiarkan menjadi tempat persembunyian kumpulan pelampau.

Australia akan terus menyokong sekutu utama Amerika Syarikat dalam peperangan menentang Taleban di Afghanistan. -- AFP.


Aktivis kutuk usul gelar Suharto wira

JAKARTA: Aktivis hak asasi semalam mengutuk usul hendak menamakan Allahyarham Presiden Suharto sebagai wira negara.

Aktivis antirasuah, Encik Teten Masduki, daripada Transparency International, berkata Allahyarham Suharto tidak layak menerima penghormatan itu kerana mengetuai pemerintah yang rasuah.

'Beliau luar biasa rasuah sehingga Indonesia hampir muflis. Bagaimana orang serupa itu hendak dijadikan wira negara?' tanya beliau.

Sejauh ini, 10 nama sudah dicalonkan, termasuk Allahyarham Presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur. -- AFP.


Terowong kereta api runtuh di China

BEIJING: Sebuah terowong kereta api yang sedang dibina roboh menyebabkan tujuh pekerja terkorban di wilayah Pedalaman Mongolia, di China, kelmarin.

Tiga pekerja lain turut cedera dalam kemalangan itu tetapi keadaan mereka mantap di hospital, kata seorang pegawai Biro Keselamatan Pekerjaan di bandar Chifeng.

Terowong itu termasuk sebahagian landasan sepanjang 280 kilometer yang menyambungkan Chifeng ke bandar Jinzhou di wilayah Liaoning. -- AP.




Lima artis dalam 'perhatian khas' jabatan agama Selangor kerana kegiatan maksiat

PUTRAJAYA: Lima artis terkenal sedang dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan disertakan dalam 'senarai keutamaan' individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, khalwat dan judi.

Mereka - empat wanita dan seorang lelaki yang kesemuanya berusia 20-an hingga 30-an tahun - menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.

Mendedahkan itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jais, Encik Shahrom Maarof, berkata pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis itu sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, berdasarkan aduan yang diterima dan pemantauan, Jais telah mengenal pasti sarang maksiat artis-artis itu dan sedang menunggu masa sesuai bagi mencekup mereka.

'Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita itu berusia 30-an tahun dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya, yang juga suami orang, ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.

'Kegiatan sama dilakukan artis wanita lain, yang selalu membawa kekasih ke rumah, terutama selepas jam 10 malam. Tindakannya menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangganya hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,' kata Encik Shahrom.

Menurut beliau lagi, artis lelaki itu pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan yang diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam, bahkan anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya itu.

Encik Shahrom juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis melakukan kegiatan tidak bermoral, termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu markas melakukan maksiat. -- Harian Metro.



Tuesday, October 19, 2010

Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah

Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi 75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102 pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah RM21.45 juta.

Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka membuat lawatan rasmi.




“Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20,” kata Chua.

Menurut beliau, apabila Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 kos lawatan perdana menteri dan timbalannya terus meningkat kepada RM6,041,934.35 dan jumlah itu melambung kepada RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

Membanding jumlah lawatan, Chua berkata antara 2008 hingga 2009, kos perbelanjaan perjalanan adalah 7.94 peratus manakala daripada 2009 hingga 2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

“Saya percaya semasa lawatan rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar perbelanjaan boros isteri perdana menteri,” katanya.

“Rosmah Mansor (kanan) mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu,” kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada 2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.

“Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan tambahan,” kata Tian.

Pada pementangan Bajet 2011, Jumaat lalu, Najib mengumumkan peruntukkan RM18.14 bilion kepada Jabatan Perdana Menteri.



Peruntukan itu mewakili 8.55 peratus daripada jumlah peruntukan bajet yang bernilai RM212 bilion.

“Ia menerima peruntukan ketiga terbesar mengikut agihan kementerian dengan RM35.76 billion untuk Kementerian Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk Kementerian Kewangan,” kata Tian.

Sumber: Malaysiakini


Rakyat tanggung beban 'RM64 bilion'

Kerajaan mungkin berakhir membelanjakan RM64 bilion sebagai pampasan kepada Plus Highway Berhad, jika ia bercadang membekukan kenaikkan kadar tol sehingga konsesi syarikat itu berakhir pada 2038, kata setiausaha publisiti DAP, Tony Pua.

Mengambil kira anggaran RM5 bilion pampasan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, bagi memastikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan, Pua berkata tindakan itu tidak masuk akal.

Sebaliknya, kata Pua ia hanya tindakan popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi.

"Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP,” katanya.

Tambah ahli parlimen Petaling Jaya-Utara itu lebih murah bagi kerajaan membeli terus syarikat lebuh raya itu pada harga RM4.60 sesaham seperti yang ditawarkan oleh firma usahasama UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Andaiannya, jika kadar tol dibekukan selama 14 tahun, kerajaan masih boleh mendapatkan pelaburannya dan menggunakan wang berkenaan untuk menjadikannya bebas tol ataupun mengutip bayaran minimum bagi tujuan penyelengaraan, katanya.

"Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata Pua pada sidang akhbarnya di lobi parlimen.

Abhisit jadi saksi dalam kes Parti Demokrat salah guna dana kerajaan

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, tiba di Mahkamah Perlembagaan semalam dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Beliau menjadi saksi bagi pihak pembelaan dalam perbicaraan kes penyalahgunaan dana kerajaan berjumlah 29 juta baht ($1.18 juta) oleh Parti Demokrat pada 2005 semasa Encik Abhisit menjadi timbalan ketua parti itu.

Jika didapati bersalah, Parti Demokrat boleh dibubarkan, dan Encik Abhisit serta pegawai eksekutif parti dilarang melibatkan diri dalam politik selama lima tahun.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) pada April lalu menggesa Parti Demokrat dibubar berhubung dakwaan itu.

Parti Demokrat dituduh membayar 23 juta baht kepada firma pengiklanan meskipun jumlah yang dibenarkan bagi iklan cuma 19 juta baht, lapor akhbar Bangkok Post.

Encik Abhisit menolak tuduhan bahawa seorang anggota Parti Demokrat cuba mempengaruhi mahkamah berhubung kes tersebut.

Pembangkang mendakwa seorang anggota parlimen dari Parti Demokrat berjumpa dengan seorang pembantu Hakim Mahkamah Perlembagaan menjelang perbicaraan itu.

Klip video pertemuan itu disiarkan pada muka depan akhbar Thai semalam.

Buat hari kedua berturut-turut, jurucakap Parti Phuea Thai, Encik Prompong Nopparit, menonjolkan satu segmen klip video yang menunjukkan satu pertemuan antara anggota parlimen Parti Demokrat, Encik Wiruch Romyen; pembantunya Encik Worawut Nawaphokin; dengan Encik Pasit Sakdanarong, seorang pegawai mahkamah dan setiausaha kepada Presiden Mahkamah Perlembagaan.

Pertemuan itu berlaku di sebuah restoran di Prachachuen, lapor akhbar The Nation.

Encik Prompong berkata jamuan makan malam itu berkisar kepada satu strategi guaman untuk memanggil para saksi daripada EC yang akan memberi keterangan yang memihak parti Demokrat.

Encik Wiruch mengakui beliau menghadiri pertemuan itu tetapi menegaskan beliau telah diperangkap.

Beliau mengesyaki parti pembangkang utama yang mendalangi pertemuan itu supaya mahkamah mengeluarkan keputusan yang tidak memihak kepada Parti Demokrat. -- Agensi.





Sekilas Dunia

Minta cegah firma China bantu Iran

WASHINGTON: Amerika Syarikat meminta Beijing agar mencegah syarikat China daripada memberi bantuan dan kepakaran kepada Iran yang hendak membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu lebih canggih, lapor Washington Post Ahad lalu.

Pegawai Jabatan Negara Amerika, Encik Robert Einhorn, telah memberi satu senarai syarikat serupa itu kepada pegawai China bulan lalu. -- AP.


Amaran jika rundingan gagal

BAITULMAKDIS: Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, memberi amaran faham pelampau akan meningkat jika proses damai gagal.

'Kekecewaan akan mencetus faham pelampau,' kata beliau dalam wawancara dengan televisyen Israel kelmarin.

Palestin juga sedang mengkaji pilihan lain, termasuk pergi ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, jika rundingan damai gagal, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Encik Yasser Abed Rabbo. -- AP, AFP.


Seoul 'buru' 33 dari kapal China

SEOUL: Polis Korea Selatan semalam berkata mereka sedang mencari 33 penumpang sebuah kapal pesiaran China yang terjun ke laut dan cuba menetap di negara itu secara haram.

Pegawai imigresen di pulau peranginan Jeju berkata 30 penumpang lelaki dan 14 wanita menghilangkan diri daripada kapal itu, yang berlabuh kelmarin.

Sejauh ini 11 orang sudah ditangkap. -- AP, AFP.



Saudi beri amaran Al-Qaeda rancang serang Eropah

PARIS: Perkhidmatan perisikan Arab Saudi memberi amaran bahawa Al-Qaeda merancang melancarkan serangan ke atas Eropah, terutama Perancis, kata Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Brice Hortefeux, kelmarin.

'Al-Qaeda di Semenanjung Arab (Aqap) tidak syak lagi aktif atau bercadang bergiat aktif di Eropah, terutama di Perancis,' kata beliau dalam satu wawancara televisyen dan radio.

Menurutnya, amaran itu diterima 'beberapa jam atau beberapa hari lalu'.

'Ini bukan hendak membesar-besarkan ancaman atau meremehkannya. Ancaman itu benar wujud,' kata beliau kepada Radio RTL.

Aqap, salah satu sayap Al-Qaeda yang dipercayai dianggotai rakyat Yaman dan Saudi, telah meningkatkan serangan ke atas sasaran Yaman dan Barat sejak ia mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang gagal ke atas pesawat Northwest Airlines di Detroit, Amerika Syarikat, pada Disember tahun lalu.

Amaran Arab Saudi itu merupakan yang terbaru daripada sejumlah amaran yang menyebabkan pasukan keselamatan Perancis diletak dalam keadaan berjaga-jaga.

Pada 9 September lalu, Interpol membayangkan kemungkinan 'terdapat ancaman daripada kumpulan pelampau antarabangsa, terutama di benua Eropah,' kata Encik Hortefeux tanpa memberikan butir lanjut.

Ini disusuli laporan pada 16 September lalu mengenai seorang pengebom nekad wanita yang mungkin melancar serangan di Perancis, tetapi kemudian ternyata tidak benar.

Sumber perisikan di Afrika Utara, seperti juga Amerika Syarikat, telah menghubungi Perancis mengenai kemungkinan ancaman itu.

Encik Hortefeux berkata beliau telah berbincang dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika, Cik Janet Napolitano, mengenai perkara itu.

Ini kali pertama seorang pegawai Perancis memberi butir terperinci mengenai ancaman keselamatan sejak pertengahan bulan lalu apabila para pegawai mendedahkan tentang kemungkinan Perancis menjadi sasaran serangan kumpulan radikal.

Bulan lalu beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Gereja Notre Dame dan Menara Eiffel di Paris telah dikosongkan selepas menerima amaran palsu.

Sumber ancaman disyaki Al-Qaeda di wilayah Islam Maghreb (Aqim), satu lagi serpihan Al-Qaeda yang bergiat aktif di Algeria dan kawasan Sahel di Afrika, yang menculik lima rakyat Perancis pada 16 September lalu. -- AP, AFP.





Bagaimana Mas Selamat larikan diri didedah

Singapura ~ MAS Selamat Kastari telah merancang tindakannya dan 'sabar' menanti masa yang sesuai sebelum melarikan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road (WRDC) pada 27 Februari 2008.

Ini didedahkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng, di Parlimen, semalam.

Penjelasan ini dibentangkan beliau beberapa minggu selepas pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Singapura itu diserahkan kerajaan Malaysia kepada pihak berkuasa republik ini.

Kata Encik Wong, Mas Selamat, 49 tahun, yang kini ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 'tahu tentang kelemahan ketara di WRDC' dan memanfaatkan peluang itu untuk melarikan diri - menerusi tingkap yang tidak berkunci dalam tandas di sebuah blok berlainan daripada yang sering digunakan bagi kunjungan pihak keluarga.

'Mas Selamat mendedahkan kepada para penyiasat, dia perhatikan adanya kerja-kerja ubah elok sedang berjalan di WRDC.

'Sememangnya satu ubah elok besar-besaran sedang dijalankan di WRDC masa itu bagi meningkatkan kemudahan lama bagi memuatkan dan mengurus para tahanan.

'Mas Selamat juga dedahkan, apabila dia dibawa untuk menggunakan tandas di blok yang berlainan dan telah diubah elok daripada blok yang biasa digunakan untuk kunjungan keluarga, dia perasan yang tingkap di salah satu bilik air itu tidak berjeriji.

'Menyedari kelemahan keselamatan yang ketara ini, dia aktif merancang melepaskan diri,' dedah Encik Wong.

Dia berbuat helah dengan menutup pintu tandas yang digunakannya dan membuka paip air.

Mas Selamat melakukan kesemua ini bagi membuatkan para pengawal yang menjaganya, 'berasa serasi' dengan kelakuannya setiap kali keluarganya datang berkunjung.

Pada hari dia melarikan diri, Mas Selamat telah dibawa keluar daripada bilik tahanannya ke sebuah bilik menukar pakaian untuk membolehkannya menukar pakaian WRDC-nya kepada pakaian biasa.

'Dia tidak membuka pakaian WRDC-nya, sebaliknya menyarung dua helai pakaian biasa di atas pakaian seragamnya itu - mula-mula dia sarung baju kurung warna hijau gelap dan seluar biru gelap, kemudian, baju kurung hijau muda dengan seluar kelabu. Dia mendakwa mengenakan tiga lapis pakaian,' dedah Encik Wong lagi.

Ayah lima anak itu, yang sebelum ini merancang meletupkan pesawat di Lapangan Terbang Changi, kemudian dibawa dua pengawal Gurkha ke Blok Lawatan Keluarga.

Sebelum menemui keluarganya, dia dibawa ke tandas tersebut.

'Dia pergi ke bilik air yang dia tahu tingkap pengalihan udaranya tidak berkunci. Seorang pengawal masuk ke tandas itu bersamanya sedang seorang lagi tunggu di luar.

'Mas Selamat berlagak seperti biasa, menggantung sepasang seluar di atas pintu tandas dan buka paip air.

'Dia kemudian menolak keluar tingkap yang tidak berkunci itu dan memanjat keluar daripada tandas itu menerusi tingkap tersebut.'

Sebaik berada di luar tandas, dia memanjat keluar menerusi pagar di kawasan berbukit dengan mencampak keluar bungkusan tisu tandas bagi mengurangkan kesan terjun.

'Selepas lolos dari WRDC, dia terus bergegas ke kawasan belukar dan membuang baju kurung hijau muda yang dipakainya bagi mengelak daripada dikesan kerana seorang pengawal sebelum itu telah melihatnya memakai pakaian tersebut.

Menurut Encik Wong, pendedahan Mas Selamat ini serupa dapatan Jawatankuasa Penyiasatan yang menyiasat bagaimana Mas Selamat dapat melepaskan diri daripada WRDC.

'Tentang bagaimana dia berjaya melarikan diri dari Singapura ke Malaysia, ia sedang disiasat,' kata Encik Wong sambil mendedahkan sepasukan penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) membuat siasatan bagaimana Mas Selamat melarikan diri dari WRDC sementara satu lagi pasukan penyiasat dan penganalisis dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) sedang menyiasat dari sudut keselamatan dan memerangi pengganasan.

--------------------


SEKILAS KES

27 Februari 2008 - Mas Selamat melarikan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road (WRDC) menerusi tingkap tandas.

1 Mac 2008 - Mas Selamat dipercayai berenang dari Woodlands ke Stulang Laut, Johor.

1 April 2009 - Ditangkap polis Malaysia di tempat persembunyian selama 13 bulan di Kampung Tawakal, Skudai, Johor.

April 2009 - Ditahan kerajaan Malaysia selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting, Perak.

24 September 2010 - Diserahkan kepada pemerintah Singapura dan kini ditahan di bawah ISA di WRDC.



Monday, October 18, 2010

Ariel akan dibebaskan selepas 120 hari ditahan


JAKARTA: Bekas penyanyi kumpulan pop Peterpan, Nazriel Ariel Irham, akan dibebaskan minggu ini selepas 120 hari ditahan di penjara polis.

Jurucakap polis kebangsaan, Encik Marwoto Soeto, berkata penahanan Ariel secara rasminya akan tamat pada Jumaat ini.

'Penyiasat tidak lagi mempunyai hak untuk menahannya,' kata Encik Marwoto yang dipetik oleh laman berita Tempointeraktif.com.

Ariel bagaimanapun masih lagi perlu melaporkan diri secara berkala kepada polis sehingga perbicaraan.

Ariel menjadi suspek kes video lucah bersama kekasihnya Luna Maya dan artis Cut Tari.

Skandal itu buat pertama kalinya didedahkan pada Jun lalu.

Sementara itu, Encik Marwoto berkata kertas siasatan kes penyebaran klip video seks membabitkan Ariel dan dua pasangannya masih berada di pihak pendakwa.

'Begitu juga dengan kes Luna Maya dan Cut Tari,' katanya. -- Agensi.


Riau sokong projek bina jambatan Selat Melaka

PEKANBARU: Pemerintah Riau terus akan menyokong sambungan jalan raya yang menghubungkan Indonesia dengan Malaysia melalui Jambatan Selat Melaka sepanjang 54 kilometer.

Gabenor Riau, Encik Rusli Zainal, berkata Jambatan Selat Melaka ini akan menghubungkan bandar Makeruh, Pulau Rupat, dengan Teluk Gong di Melaka.

Kata Encik Rusli lagi, sudah banyak pelabur yang berminat, tetapi pemerintah pusat nampaknya belum memberi maklum balas.

Tambah beliau, rancangan jambatan ini sudah dirancangkan dengan baik.

Malah, pihak berkuasa Riau telah memaklumkannya kepada kerajaan Malaysia secara rasmi dan tidak rasmi.

'Selepas mendengar rancangan ini, mereka (Malaysia) lebih proaktif dibanding kita. Mereka sudah membentuk syarikat sendirian berhad terlibat dalam rancangan pembangunan Jambatan Selat Melaka,' kata Encik Rusli lagi.

Indonesia dalam hal ini dilihat sebagai ketinggalan dalam usaha memulakannya jika dibandingkan dengan Malaysia, tambah beliau. -- Agensi.





Sekitar 60 ahli PKR desak Anwar bertaubat

PETALING JAYA: Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa dari Pulau Pinang dan Perak mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim segera bertaubat berikutan pelbagai pembongkaran isu moral beliau selain berundur daripada kepemimpinan parti itu.

Kira-kira 60 ahli berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini kelmarin untuk menyerahkan memorandum bertajuk 'Taubat kepada Anwar yang juga Penasihat PKR'.

Wakilnya, Encik Nur Ilmi Ismail, daripada Cabang PKR Bayan Baru, Pulau Pinang, berkata PKR memerlukan seorang pemimpin yang dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan hanya sibuk mengendalikan masalah peribadi.

'Kami tidak mahu pemimpin yang menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelak daripada tindakan undang-undang,' katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata jika Datuk Seri Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan dibongkar sejak kebelakangan ini, beliau yang mendakwa mewakili sebahagian besar golongan muda mendesaknya meletak jawatan dengan segera.

Encik Nur Ilmi menyerahkan memorandum itu kepada petugas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Encik Rauo Imran, sekitar 11 pagi ketika berlangsungnya proses penerimaan pencalonan pemilihan PKR 2010.

Ditanya apa yang dimaksudkan sebagai pendedahan demi pendedahan, Encik Nur Ilmi berkata ia ada kaitan dengan isu moral seperti kes liwat yang sedang dihadapi Datuk Seri Anwar.

'Bukan itu saja, minggu lalu dua individu tampil mendakwa dirinya dipaksa oleh peguam Anwar untuk menandatangani akuan bersumpah kononnya tuduhan liwat itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

'Anwar harus tampil menjawab semua tuduhan itu kerana ia sudah mencemar imej PKR dan ramai, terutama golongan muda, kini sudah hilang keyakinan terhadap kepemimpinan Anwar.

'PKR juga semakin kucar-kacir dan amat berharap pemimpin itu akan berundur demi menyelamatkan parti,' katanya.

Encik Nur Ilmi berkata pihaknya amat berharap petugas JPP yang menerima memorandum itu akan menyerahkannya kepada Datuk Seri Anwar.

'Kami mahu menyerahkan memorandum ini sendiri kepada Anwar tetapi malangnya beliau tidak berada di Ibu Pejabat PKR ketika kami semua tiba di sini,' katanya. -- BMM.





Ulama terkenal nafi tuduhan rogol penyanyi

JAKARTA: Selepas video lucah didakwa membabitkan tiga penghibur popular mengejutkan rakyat Indonesia, seorang ulama terkenal negara itu pula menjadi tumpuan kerana didakwa merogol seorang penyanyi.

Minggu lalu, penyanyi Aida Saskia, 25 tahun, menuduh ulama, Zainuddin MZ, merogolnya.

Namun, ulama itu menafikan tuduhan tersebut, lapor laman berita tempointeraktif.

Aida mendakwa insiden merogol itu berlaku di sebuah vila di Bogor, Jawa Barat, ketika beliau berusia 16 tahun.

Peguam Aida, Encik Alamsyah Hanafiah, berkata Aida kecewa dengan ucapan Zainuddin mengenai video lucah membabitkan penyanyi Peterpan, Nazriel Ariel Irham, Cut Tari dan Luna Maya tersebar secara meluas.

'Dia memutuskan mendedahkan salah laku (dirinya dan Zainuddin) yang amat memalukan,' kata Encik Alamsyah.

Zainuddin merancang mengadakan sidang media menjawab tuduhan itu Jumaat lalu tetapi membatalkannya.

Dalam pada itu, Habib Mahdi, seorang ulama yang dekat dengan Zainuddin, ketika dihubungi menerusi telefon Jumaat lalu berkata bahawa Zainuddin, 59 tahun, mengakui dirinya tidak sakit hati dan bersedia memaafkan Aida dengan bersyarat.

'Kata Zainuddin, andainya Aida sudah tidak marah dan menarik balik tuduhan itu, dia akan maafkan Aida demi umat,' kata Habib.

Habib Mahdi juga merancang menemukan wanita yang mempunyai kerjaya sebagai penyanyi dangdut itu dengan Zainuddin.

Sebagai ulama yang menjadi orang tengah antara Aida dan Zainuddin, Habib Mahdi berasa bertanggungjawab mendamaikan mereka.

Encik Alamsyah berkata, anak guamnya pernah sekali melakukan hubungan seksual dengan Zainuddin.

'Aida bercerita kepada saya bahawa dia pernah diperkosa sekali. Hanya sekali.

'Jika dalam tempoh dua minggu tuntutan Aida tidak dijawab, perkara ini akan dibawa ke muka pengadilan,' kata Encik Alamsyah.

Sebelum ini, Aida berkata tuntutan asalnya ialah mahu Zainuddin meminta maaf dan mengaku salah atas perbuatannya meniduri artis berkenaan.

'Saya mempunyai bukti mencukupi bagi menunjukkan dia memang memperkosa saya sembilan tahun lalu,' kata Aida.

Sementara itu, artis dan pengacara, Dorce Gamalama, mengakui sangat mengenali Zainuddin dan tidak yakin ulama itu merogol Aida. -- Agensi.


Sekilas Dunia

Cuti percuma bagi pelombong

KINGSTON: Pemerintah Jamaica menawarkan percutian ke negara pulau Caribbean ini secara percuma kepada 33 pelombong yang baru saja diselamatkan selepas 69 hari terperangkap di dalam sebuah lombong di utara Chile.

Menteri Pelancongan Jamaica, Encik Edmund Bartlett, berkata pakej pelancongan percuma itu diberi juga kepada pasangan mereka serta anggota pasukan penyelamat yang bertungkus lumus menyelamat mereka.

'Ia salah satu cara untuk kami bersama-sama merai kejayaan 'keluarga' kami di Amerika Selatan itu,' katanya. -- Reuters.


PM Thai saksi kes rasuah parti

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, dijadualkan memberi keterangan di Mahkamah Perlembagaan hari ini sebagai saksi Parti Demokrat yang didakwa mengamalkan rasuah.

Parti itu didakwa membayar 23 juta Baht ($996,500) kepada firma iklan walaupun hanya dibenarkan menggunakan 19 juta baht untuk berkempen pada 2005.

Jika sabit kesalahan, Encik Abhisit boleh diharam daripada bidang politik dan partinya dibubar. -- AFP.


10 maut dek rempuhan di kuil

PATNA (India): Sekurang-kurangnya 10 orang mati dalam rempuhan di sebuah kuil di negeri Bihar, tempat ribuan penganut Hindu berkumpul semalm bagi satu festival tahunan.

Seramai 15 orang cedera dalam kejadian di luar kuil di daerah Banka, kira-kira 200 kilometer dari ibu negeri Patna, itu.

Sekitar 40,000 penganut Hindu berkumpul di situ bagi menyaksikan upacara penyembahan kambing. -- AFP.


Runding bebas askar Israel

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata semalam rundingan bagi pembebasan seorang askar Israel yang ditawan oleh Hamas di Gaza telah dimulakan.

Encik Gilad Shalit, 24 tahun, ditawan semasa serangan di sempadan pada Jun 2006.

Hamas menuntut pembebasan beratus tahanan Palestin sebagai ganti bagi pembebasan Encik Shalit. -- AFP.





Mahathir: Diktator pun boleh buat baik


Pemerintahan secara diktator boleh juga memberikan kebaikan kepada rakyat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad yang pernah dituduh memperkenalkan kepimpinan autokratik di negara ini.

Menjawab tuduhan itu, Dr Mahathir semasa berucap dalam sebuah forum antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur hari ini secara nakal berkata:

"Malaysia dikatakan pernah diperintah oleh seorang diktator selama 22 tahun. Saya menikmatinya (gelaran itu)."

"Tetapi sekurang-kurangnya kita semakin maju. Bangunan ini (PWTC) dulu tidak pernah ada di sini," katanya.

Beliau memberikan contoh negara China yang menurutnya pemerintahan autokratik lebih berjaya daripada negara demokrasi yang dipilih oleh rakyat.

"Tiada demokrasi di China tetapi sistem kerajaannya boleh memberikan banyak manfaat kepada rakyatnya," katanya sambil menambah bahawa pertukaran tampuk kepimpinan di negara itu lebih aman berbanding negara demokrasi lain.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Mahathir menyentuh tentang peranan media yang didakwanya telah menjadi hampir di luar kawalan berikutan kemajuan teknologi masih boleh ditangani dengan cara tertentu.

Pilihan raya untuk editor

"Sudah tentu, ia semakin sukar tapi ia tidaklah terlalu teruk kerana kerajaan perlu bersiap sedia bagi memastikan mereka melakukan perkara yang betul. Jika tidak, media boleh menjadi kritikal.

"Jika media membuat tuduhan palsu, kerajaan perlu menjawab," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata kerajaan perlu berhati-hati kerana ada orang lain yang mengawal media untuk kepentingan mereka bukan untuk kepentingan negara ini.

"Kerajaan boleh ditukar tetapi kita tidak boleh mengadakan pilihan raya bagi mana-mana pegawai yang mengendalikan media. Siapa yang memilih pemilik surat khabar, penyunting, editor dan wartawan? Adakah kita mengadakan pilihan raya untuk para editor?" soalnya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu mendedahkan penyalahgunaan media secara terang-terangan oleh mereka yang mempunyai agendanya yang tersendiri.

"Ada seseorang yang mengawal media, ia tidak mungkin kerajaan tetapi apabila kamu mempunyai kerajaan yang mengawal media, sekurang-kurangnya kerajaan dalam sebuah negara demokrasi, (media itu) akan dikendalikan oleh mereka yang dipilih rakyat," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.