TAIPEI: Seorang pemilik kilang pakaian di Taiwan dihukum penjara enam bulan kerana memaksa tiga pekerja warga Indonesia yang beragama Islam makan daging babi.
Chang Wen-lin dijatuhi hukuman itu kerana memaksa tiga wanita Indonesia makan babi, ketika mereka bekerja di kilangnya dari September 2008 hingga April 2009.
Bagaimanapun, memandangkan pengakuan dan keputusannya hendak membayar pampasan kepada ketiga-tiga mangsa, Chang akan dibenarkan membayar denda NT$60,000 ($2,544) sebagai ganti hukuman dua tahun penjara tertangguh, kata jurucakap Mahkamah Daerah Panchiao. -- Agensi
Monday, August 30, 2010
Friday, August 27, 2010
Ringkas Dunia
Bekas ketua 'Playboy' diburu
JAKARTA: Pihak pendakwa semalam mencari bekas ketua editor majalah Playboy Indonesia selepas mahkamah tertinggi negara itu menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atasnya kerana menerbitkan gambar-gambar wanita berpakaian terlalu mendedahkan.
Erwin Arnada dibebaskan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada April 2007.
Bagaimanapun, kes itu kemudian dirayu di Mahkamah Agung, yang memutuskan Erwin bersalah pada 2008 tetapi baru diberitahu kepada pihak pendakwaan kelmarin. -- AP.
Jong-Il mungkin lawat China
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Il, mungkin telah berangkat ke China semalam, dalam apa yang disifatkan sebagai lawatan kedua beliau ke sana tahun ini, kata pegawai Korea Selatan.
Lawatan itu menyusuli spekulasi meningkat berhubung pengganti Encik Kim dan usaha Beijing memulakan usaha antarabangsa mengenai pelucutan senjata nuklear Korea Utara. -- AFP.
Usul hasil bahan nuklear bersama
TEHERAN: Stesen televisyen milik pemerintah Iran, Press TV, berkata Teheran telah menyerahkan usul kepada Russia untuk menghasilkan bersama bahan pembakar nuklear bagi loji kuasa nuklear Bushehr di Iran dan loji-loji lain pada masa depan.
Press TV memetik ketua program nuklear Iran, Encik Ali Akbar Salehi, sebagai berkata Teheran telah 'membuat saranan kepada Russia untuk membentuk satu konsortium di bawah lesen negara itu (Russia) bagi menghasilkan sebahagian kerja itu di Russia dan sebahagiannya lagi di Iran'. -- AP.

Labels:
Dunia
Thursday, August 26, 2010
Pandangan positif warga AS mengenai Islam merosot
WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat tidak menganggap agama Islam menggalakkan pengganasan tetapi secara keseluruhan pandangan positif mereka mengenai agama itu telah merosot sepanjang lima tahun lalu.
Ini berdasarkan satu tinjauan terbaru yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pew.
Berdasarkan tinjauan itu, 38 peratus responden tidak mempunyai pandangan yang positif tentang Islam.
Ini berbanding dengan 30 peratus yang mempunyai pandangan positif.
Pada Julai 2005, 41 peratus responden mempunyai pandangan positif tentang Islam berbanding 36 peratus yang mempunyai pandangan negatif.
Tinjauan terbaru itu itu dijalankan dari 19 sehingga 22 Ogos lalu dan melibatkan 1,003 responden yang dihubungi melalui telefon.
Ia antara lain turut mendapati sekitar 42 peratus responden berpendapat Islam tidak menggalakkan pengganasan.
Sekitar 51 peratus responden berpendapat sebuah pusat Islam tidak seharusnya dibina berdekatan tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.
Ini berbanding dengan 34 peratus yang menyokong pembinaannya.
Namun, pada masa yang sama, 62 peratus berkata penduduk Islam patut diberikan hak yang sama untuk mendirikan rumah ibadat.
Hanya 25 peratus yang berkata masyarakat setempat harus dibenarkan menghalang pembinaan masjid.
Tinjauan itu dikeluarkan di tengah-tengah kontroversi pembinaan sebuah pusat Islam dan masjid baru yang terletak hanya dua blok jauhnya dari WTC.
WTC telah diserang anggota rangkaian Al-Qaeda dan mengorbankan kira-kira 3,000 orang pada 11 September 2001.
Ahad lalu, kumpulan yang menyokong dan menentang rancangan pembinaan bangunan itu telah mengadakan perhimpunan bagi mempertahankan pendirian masing-masing dengan kawalan ketat polis.
Mereka yang menentang pembinaan pusat itu mendakwa lokasi tepat itu tidak sensitif kepada persekitaran dan bimbang akan memberi teduhan kepada pelampau agama.
Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang turut mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian mangsa serangan pengganas di situ.
Pada 3 Ogos lalu, Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan itu, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut.
Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar AS$100 juta ($135 juta). -- Agensi.

antarabangsa,
Islam
Jet terhempas semasa cuba mendarat 42 maut
TERBELAH DUA DAN TERBAKAR: Bangkai pesawat penumpang Henan Airlines ERJ-190 yang terhempas di sebuah lapangan terbang baru di bandar Yichun, di wilayah Heilongjiang, di timut laut China, lewat kelmarin. -- Foto REUTERSBEIJING: Sebuah pesawat syarikat penerbangan China terhempas dan patah dua sedang ia cuba mendarat dalam cuaca kabus tebal, menyebabkan 42 orang terkorban manakala 54 lagi terselamat.
Ia adalah nahas udara pertama yang berlaku di China sejak hampir enam tahun lalu.
Pesawat penerbangan domestik syarikat penerbangan Henan Airlines itu sedang membawa 96 penumpang termasuk lima kakitangan pesawat apabila ia terhempas lewat kelmarin, dekat sebuah lapangan terbang di bandar timur laut Yichun, di wilayah terpencil Heilongjiang, lapor media pemerintah.
Sejumlah 42 orang terkorban, menurut Penguasa Penerbangan Awam China (CAAC), yang dilaporkan pernah menimbulkan masalah teknikal berhubung jenis pesawat terbabit - sebuah pesawat jet ERJ-190 buatan Embraer, sebuah syarikat dari Brazil.
Semalam, para penyelamat menggeledah bangkai pesawat yang hangus terbakar itu mencari mangsa, manakala mereka yang terselamat - sebahagian besarnya daripada bahagian kabin depan pesawat - telah dirawat di empat hospital setempat, kata laporan agensi berita Xinhua News.
Kapten pesawat itu adalah antara mereka yang terselamat tetapi beliau mengalami kecederaan teruk di mukanya dan tidak boleh bercakap, kata Xinhua.
'Pesawat benar-benar bergoncang secara menakutkan - pesawat bergoncang dengan amat kuat selama lima atau enam kali,' kata salah seorang mangsa nahas lelaki yang terselamat kepada stesen Televisyen Pusat China (CCTV) daripada katilnya di hospital, sambil menggambarkan betapa paniknya pata penumpang yang cuba menyelamatkan diri.
Seorang lagi mangsa lelaki yang diwawancara CCTV - dengan kepalanya yang berbalut dan hidungnya yang berdarah - juga berkata beliau merasakan satu 'goncangan kuat' sedang pesawat itu cuba mendarat dan terdengar 'hempasan kuat - bam, bam, bam'.
Antara mereka yang menaiki pesawat itu adalah beberapa pegawai dari Kementerian Sumber Manusia China.
Seorang penumpang dari Taiwan adalah antara mereka yang cedera, lapor Xinhua.
Di lapangan terbang Lindu di bandar Yichun, yang terletak di sebuah kawasan hutan sekitar sembilan kilometer di luar bandar itu, para penyelamat sedang memindahkan mayat-mayat ke beg-beg berwarna perak ke rumah urus mayat, kata agensi berita itu lagi.
Sementara itu, sekurang-kurangnya satu syarikat penerbangan mempersoalkan tahap keselamatan bagi pendaratan waktu malam di lapangan terbang yang agak baru di timur laut China itu, berikutan nahas pesawat Henan Airlines itu.
China Southern Airlines, Ogos tahun lalu memutuskan mengelak daripada menyediakan khidmat penerbangan malam ke Yichun atau keluar dari bandar itu dengan menukar penerbangan hariannya dari Harbin ke waktu siang.
Satu nota teknikal syarikat itu menyebut keadaan rupa bumi di sekeliling lapangan terbang berkenaan, mutu lampu pada landasan penerbangan dan angin serta cuaca sebagai faktor yang membimbangkan. -- AFP, AP.
Mengejar Keadilan
1. Semangat PerlembagaanNegara kita adalah sebuah Negara demokratik yang berteraskan kebebasan dan keadilan. Selama ini, Perlembagaan Persekutuan kita telah banyak menyumbang dengan menjamin kebebasan dan kesamarataan rakyat negara kita. Melalui perlembagaan, kita berharap dapat membina hubungan yang erat antara rakyat pelbagai kaum, serta menyeimbangkan kepentingan antara golongan-golongan yang berlainan, dan kepentingan antara individu dan masyarakat.
Malangnya, demokrasi and kedaulatan undang-undang (rule of law) tidak lagi wujud di negara ini, semangat Perlembagaan Persekutuan 1957 turut hilang begitu sahaja. Hari ini, kerajaan kita merupakan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh oligarki. Mereka menggunakan keganasan untuk mengekalkan pemerintahan negara ini. Mereka sanggup membuat apa saja demi melindungi kepentingan mereka sendiri. Oleh demikian, negara kita telah mengalami kemudaratan yang paling serius dalam sejarah negara kita. Semangat perlembagaan sudah digugat.
Apakah Semangat Perlembagaan?
Lord Denning, hakim terkenal di UK, telah menyatakan dalam buku terkenal beliau "Cerita Keluarga" bahawa, elemen pertama dalam semangat perlembagaan ialah naluri mengejar keadilan. Hak (dan bukan kuasa) barulah merupakan asas benar sesebuah masyarakat. Elemen kedua ialah naluri memperjuangkan kebebasan. Kehendak bebas, bukan pemaksaan barulah merupakan asas pemerintahan sesebuah negara.
Elemen-elemen ini walaupun merupakan konsep yang abstrak, tetapi rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang mengutamakan keadilan mesti dapat merasai kewujudannya. Elemen ketiga ialah keseimbangan antara hak dengan kewajipan, dan kuasa dengan perlindungan. Keadaan keseimbangan ini memastikan hak dan kuasa tidak disalahgunakan atau dilampaui.
Keadilan dan kebebasan telah membawa kepada kestabilan situasi, yang bebas daripada gangguan politik dan ambisi. Kuasa, kekerasan dan ketidakadilan akan memusnahkan sesebuah rejim yang dibina. Sekiranya sesebuah negara mengamalkan nilai seperti kekerasan dan ketidakadilan, negara ini pasti akan hancur suatu hari nanti.
Saya berasa sedih kerana semangat perlembagaan hanya dapat dibaca dalam buku undang-undang dan tidak dapat dirasai dalam kehidupan harian. Negara kita akan mula menuju ke arah kehancuran diri sekiranya Hakim Negara kita, dirampas peranan mereka sebagai wali perlembagaan. Peristiwa melucutkan "kuasa kehakiman" (judicial power) yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 telah memalukan hakim terhormat. Harapan rakyat kita terhadap kebebasan dan keadilan turut dihancurkan.
Semenjak itu, institusi kehakiman terus mengecewakan kita apabila isu seperti ini asyik berulang. Contohnya, terdapat hakim dalam Makamah Persekutuan yang tanpa malunya menyatakan bahawa konsep "pemisahan kuasa" (separation of powers) bukan ciri perlembagaan negara kita, Speaker Perundangan Negeri tidak berkuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) walaupun fungsi itu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri.
Dan hari ini, ada pula hakim yang memutuskan bahawa raja berperlembagaan boleh memecat Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat. Sebenarnya, perlembagaan kita jelas menyatakan bahawa raja berperlembagaan kita tidak berkuasa untuk memutuskan perlantikan atau pemecatan Menteri Besar.
Mengapakah negara kita kehilangan arah? Ini adalah akibat daripada hakisan terhadap perlembagaan negara kita yang membawa bencana kepada kita. Negara kita kini sedang dijangkiti pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan intensif. Kita kehilangan arah kerana negara kita sakit. Pada mulanya sakit dari segi semangat, dan diikuti dengan fizikal.
2. Negara fasis yang baru membangun
Inilah apa yang berlaku akibat daripada pemerintahan Mahathir selama 23 tahun, diikuti dengan pemerintahan anak didik kesayangannya Najib Razak. Kita kehilangan demokrasi. Akibatnya, kita turut kehilangan keupayaan untuk membezakan yang betul dengan yang salah. Kita membunuh pemuda berumur 14 tahun dengan senjata api; kita mempunyai beratus-ratus orang yang mati dalam tahanan polis; kita mempunyai pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil; kita mempunyai suratkhabar yang diberi lesen semata-mata untuk memburuk-burukkan nama lawan politik; kita mempunyai sebuah parlimen yang berbangga sebagai penyekat terhadap kebebasan bercakap dan bukan sebagai pembela hak istimewa ahli parlimen untuk bercakap tanpa ketakutan.
Hari ini, negara yang sakit ini telah dijangkiti sejenis penyakit politik yang merbahaya, iaitu, fasisme.
Fasisme
Apakah yang saya maksudkan sebagai "Fasisme"? Saya akan terangkan dan anda boleh menilai samada ini adalah benar atau tidak.
Negara fasis mahu rakyatnya taat kepada negara, tetapi ia merampas hak kebebasan rakyat. Ia memaksa rakyat menerima sejenis prinsip politik istimewa yang mengenakan pelbagai sekatan atas rakyat. Kumpulan yang lebih superior berhak untuk menggunakan kuasa mereka ke atas kumpulan yang lebih inferior. Maknanya konsep kesamarataan sesama manusia tidak diterima.
Anasir-anasir Fasis dari rupa luarnya nampak seperti pembaharuan dan pemulihan, tetapi hakikatnya, ia merupakan sesuatu yang paling reaksionar serta akan menjadikan rakyat terlalu bergantung kepadanya. Anasir-anasir Fasis akan menggunakan kuasa negara untuk merampas hak rakyat demi mencapai maklamat mereka. Mereka mempergunakan undang-undang dan mekanisme lain yang tidak munasabah, dan juga keganasan untuk menjana persasaan takut di kalangan rakyat. Dalam negara fasis, kepentingan semua pihak tidak akan dijaga dengan sama rata, hanya kepentingan segelintir elit pemerintah megara akan menikimati perlindungan.
Negara fasis sangat berminat untuk menyalahgunakan agama ataupun perkauman. Mereka mencipta ideologi dan budaya supremasisme perkauman dengan mendistorsi dan menghina nilai asas suci kepercayaan dan budaya tradisi kita, dan menjadikannya sebagai ubat ajaib politik. Mereka mempergunakan perasaan takut dan gelisah rakyat, memperalatkan perkauman dan agama sebagai modal untuk merampas kuasa pemerintahan.
Untuk mencapai tujuan ini, fasis akan menggunakan dasar pecah dan perintah di kalangan rakyat, di mana persamaan dan keadilan bukan untuk semua, dan hak istimewa hanya diberi kepada segologan kecil yang digemarinya. Mereka melihat golongan istimewa ini lebih cemerlang daripada golongan yang lain, dan diberi lebih hak daripada yang lain.
Sebenarnya fasisme merupakan suatu sistem diktator yang mengagung-agungkan diri sendiri, pemimpin dan isteri pemimpin, dan menyebarkan dasar reaksionar yang chauvinistic melalui penggunaan kekerasan dan rasa ketakutan. Sesiapa yang patuh akan dihargai, manakala yang berani melawan akan berhadapan dengan baton polis, meriam air, atau dibuang negeri, ditahan tanpa batas waktu.
Jalur kehidupan fasisme adalah teori supremasisme ras. Anasir-anasir fasis takut diancam oleh musuh yang bertaraf lebih rendah. Sini boleh kita lihat kontradiksi utama fasis: Sekiranya musuh bertaraf rendah, bagaimanakah ia boleh menjadi ancaman kepada kita? Kita cuba fikir: Jika tiada musuh, apa yang supremist akan buat? Apa yang fasis boleh buat? Perilaku mereka yang tidak munasabah, dari penahanan menggunakan ISA, ke "kes melempar kepala lembu", merupakan sebahagian daripada tindakan mereka untuk mencipta musuh khayalan.
Teori supremasisme ras bukan tentang dasar afirmatif atau diskriminasi positif, tetapi demi mendapatkan kuasa mutlak. Supremasisme ras selalunya kawan terbaik kepada fasis. Dalam pandangan saya, ini adalah realiti kepimpinan politik negara kita hari ini.
Malaysia hari ini memang merupakan sebuah negara fasis yang baru membangun. Slogan "Satu Malaysia" adalah satu penipuan, perlu dilawan dan dihancurkan.
Jika rakyat kita menuntut perubahan, seluruh rakyat perlulah bangun bersatu melawan fasisme. Dalam perjuangan ini, kita tidak boleh bergantung kepada golongan yang kaya-raya dan berkuasa. Walaupun masih terdapat sebahagian kecil rakyat masih menempel pada rejim lama, tidak dapat mengenali kenyataan, kita perlu menghulurkan tangan untuk menyatupadukan mereka supaya terus melawan beratus jutaan "industri" yang melibatkan rent seeking dan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi, perampasan tanah dan perumahan, peminggiran sesebuah sektor/kumpulan masyarakat, tata pemerintahan yang buruk, kesombongan pemimpin dan keluarganya.
Keteguhan kita mengejar keadilan, pada akhirnya, mesti akan menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa sekiranya sesebuah negara tidak diuruskan/diperintah dengan betul, negara tersebut akan berakhir sebagai sebuah negara gagal. Sesebuah negara yang merosakkan semangat perlembagaan akan menuju kemunduran. Negara fasis mesti gagal kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkan anasir-anasir fasis.
3. Negara Bangsa yang kian malap
Filipina merupakan salah satu contoh di mana negara kita tengah mengikut langkahnya ke arah kemerosotan. Sebelum kemerdekaan, Filipina mempunyai sistem kehakiman dan perundangan, kemudahan kesihatan dan sistem pendidikan yang baik, dan sumber tenaga manusianya jauh lebih banyak dan kuat daripada negara lain dalam rantau ini. Semasa merdeka, Filipina mempunyai sistem politik yang demokrasi, sistem kehakiman yang sihat membangun, kebebasan media, pembangunan pesat pertanian dan pendapatan per capita (GDP) yang lebih tinggi daripada negara lain (selain daripada Malaysia dan tiga lagi negara yang lain).
Namun demikian, ia kian malap sejak tahun 1960-an. Kewangannya mengalami defisit, inflasi tinggi, tidak dapat menarik pelaburan luar dan ekonomi kian merosot. Krisis ekonomi Asia 1997 menerukkan lagi ekonomi Filipina. Pendapatan per capita rakyat menurun secara mendadak, keselamatan negara tidak terkawal, birokrasi cepat mengembang (bloated bureaucracies), pembalakan besar-besaran, ramai orang professional seperti doktor, jurutera, jururawat dan lain-lain berhijrah ke negara luar.
11% rakyat terpaksa mencari rezeki di negara luar dan mengirimkan wang balik ke tanahair untuk keluarga mereka. Kini, negara ini kena bergantung kepada USD$1,600 juta wang asing untuk hidup. Mahkamah mereka lemah dan korup, semangat "rule of law" langsung tidak wujud lagi. Mereka mengambil tindakan terhadap pemimpin-peminpin parti pembangkang dan aktivis, dan juga journalis dan agamawan (clergy).
Pada tahun 1986, Presiden Marcos yang telah memerintah Negara Pilipina selama 26 tahun, melarikan diri dengan isteri dan anaknya, dan membawa bersamanya 300 peti harta berharga yang mengandungi wang tunai, perhiasan, karya seni, dokumen dan barang-barang lain. Walaupun Marcos sudah meninggal dunia, tetapi ekonomi Negara Filipina masih belum sembuh sehingga kini.
4. Kestabilan ekonomi bergantung kepada kebebasan dan keadilan
Adalah senang saja untuk sesebuah negara yang maju untuk menuju ke arah kemerosotan seperti mana yang telah berlaku di banyak negara lain, bukan sahaja Negara Filipina. Hari ini, Malaysia turut merupakan sebuah negara yang kian malap. Adakala pemimpin negara kita akan berkata, kalau negara kita terlalu demokrasi, terbuka dan bebas, ia mungkin membawa keburukan kepada negara. Nampaknya mereka berpandangan bahawa pemerintahan diktator, oligarki dan penindasan akan membawa kebaikan kepada negara kita.
Mereka cuba menunjukkan secara tidak langsung bahawa terlalu banyak kebebasan akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi. Tetapi mereka tidak pernah memberitahu kita bahawa bagaimana demokrasi telah memulihkan ekonomi di Korea Selatan. Gerakan reformasi Korea Selatan meletus di Gwangju pada 18 May 1980, dan akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintahan diktator ketenteraan di Seoul selepas perjuangan selama 7 tahun. Hari ini, ekonomi Korea Selatan menduduki tempat kedua di Asia, hanya berada di belakang Jepun sahaja, dan perhimpunan aman dan protes terbuka di jalan raya biasa dijumpai di Seoul.
Indeks Persepsi Korupsi Malaysia merosot
Pemimpin negara kita juga tidak mahu rakyat kita tahu bahawa mahupun di Indonesia, selepas gerakan reformasi yang berlangsung selama 10 tahun, ekonomi mereka kini mula lihat tanda pemulihan. Berdasarkan indeks Persepsi Korupsi tahunan Ketelusan Antarabangsa (Transparency International), indeks Indonesia telah meningkat dari 2.3 dalam tahun 2007 ke 2.6 dalam tahun 2008 dan 2.8 dalam tahun 2009 , manakala indeks Malaysia telah turun dari 5.1 dalam tahun 2007 ke 4.5 dalam tahun 2009 .
Dalam kedudukan antarabangsa, Indonesia turut mencapai peningkatan yang paling ketara antara semua Negara ASEAN. Ia telah meningkat dari tempat ke-145 dalam 2007 ke tempat ke-126 dalam 2008 dan ke-111 dalam 2009
iaitu. Tetapi Malaysia jatuh dari tempat ke-43 dalam 2007 ke tempat ke-47 dalam 2008 dan ke-56 dalam 2009 . Penurunan sebanyak 9 tempat menjadikan kita negara yang paling banyak merosot dari segi Persepsi Korupsi di rantau ASEAN ini antara tahun 2008 dan 2009.
Kemerosotan sesebuah negara selalu bermula dari langkah pertama yang sama, iaitu campur tangan pemerintah dalam perundangan dan kehakiman yang menghalang penyampaian keadilan dan kebebasan, yang seterusnya bertunduk kepada kerajaan.
Mereka (institusi perundangan dan kehakiman) apabila bertunduk kepada kuasa, mereka sanggup menggadai apa-apa sahaja termasuk wang anda, tanah anda, dan lebih teruk lagi, nyawa anda. Diktator adalah sangat jelas bahawa mereka mesti memusnahkan semangat perlembagaan, barulah dapat mencapai tujuan mereka. Apabila M-Marcos yang terkenal dengan nama buruknya mendapati bahawa Perlembagaan 1935 akan menghalangnya untuk terus menjadi Presiden pada kali ketiga, dia telah mengumumkan pemerintahan tentera (Martial Law) pada 1972, mengabaikan Perlembagaan Negara dan terus pakai perlembagaan baru. Di bawah perlembagaan baru ini, tempoh memegang jawatan Presiden ialah enam tahun setiap penggal, dan jumlah penggal untuk memegang jawatan ini tidak dihadkan.
5. Bangunlah Melawan
Kita haruslah bangun dan melawan elit dan oligarki yang menipu sendiri dan orang lain, mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan bangsa, negara dan agama mereka. Pada hakikatnya, mereka berbuat demikian semata-mata untuk menjamin kedudukan dan kekayaan mereka. Mereka membela kelemahan, ketamakan dan sikap gila kuasa mereka. Mereka kata mereka tahu apa yang rakyat mahu, tetapi sebenarnya mereka langsung tidak tahu. Rakyat Malaysia akan memutuskan apa yang baik untuk mereka.
Setiap lapisan masyarakat harus menyertai perjuangan mengejar keadilan. Ahli parlimen parti pembangkang sedang menghadapi kesulitan. Mereka yang bersemangat lemah mungkin akan melompat untuk menyokong atau menyertai BN. Ahli Parlimen lain yang memegang kuat kepada pendirian mereka dibuli oleh majoriti. Mereka tidak dapat berbahas secara serius tentang polisi dan undang-undang negara.
Peraturan Tetap Parlimen selalu digunakan untuk mencabuli hak bercakap Ahli Parlimen, menghalang mereka daripada membentangkan isu yang rakyat ingin tahu. Pihak polis tidak pernah berhenti mengganggu parti pembangkang. Sehingga kini, sudah ada 15 orang pemimpin parti pembangkang ditahan dan disiasat oleh polis di bawah Akta Hasutan. Tetapi, polis langsung tidak mengambil tindakan terhadap ketua UMNO yang saban hari mengemukakan pandangan perkauman. Ceramah parti pembangkang selalu tidak dibenarkan. Walaupun mereka mungkin mendapat permit, tetapi adakala mereka juga akan dihentikan bila program tengah dijalankan, terutamanya bergantung kepada isu yang speaker ucapkan.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh BN tidak pernah diganggu. Pihak berkuasa tidak pernah sekalipun menghalang pemimpin UMNO. Surat khabar dan TV mereka berdusta dan menjalankan serangan peribadi terhadap saya secara terbuka. Sedangkan kami hendak berbincang tentang polisi dan tata pemerintahan, mereka pula menghasilkan foto yang palsu untuk menyerang anda. Bayangkan betapa rendahnya taraf pilihanraya di negara ini. Rakyat Malaysia haruslah berani untuk menolak kerajaan zalim ini. Politik kotor yang bermula dari zaman Mahathir mesti diakhiri.
Pakatan Rakyat tidak akan membuat janji-janji yang ia tidak dapat ditunaikan sekiranya ia berkuasa. Kami akan menghormati hak asasi dan maruah rakyat, menjaga masyarakat yang dipinggirkan atau yang miskin. Kami akan menggalakkan media yang bebas dan akan mengembalikan demokrasi. Yang sama penting sekali, anda semua harus memantau kami.
Jadi untuk mereka yang atas pagar: keadilan mesti diamalkan dalam negara ini, dan dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat. Kalau tidak, semangat akan meninggalkan tubuh negara ini, dan tubuh negara ini akan reput. Keadaan seperti ini merupakan tindakan bunuh diri. Satu-satunya jalan yang kita boleh ambil ialah, terus mengubati dan memulihkan semangat Perlembagaan yang telah sakit.
*Artikel ini merupakan kandungan utama ucapan Zaid Ibrahim dalam forum "Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia" anjuran bersama Friends of Suaram (FOS) Johor dan Persahabatan Semparuthi (sebuah pertubuhan bukan kerajaan berbangsa India) pada 15hb Mei 2010 di Tropical Inn, JB. Artikel ini diedit and diterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu oleh pihak penganjur. Sila klik untuk artikel asal bertajuk "Quest for Justice" oleh Zaid Ibrahim.
Labels:
Government,
Malaysian Politik,
media,
Pakatan Rakyat,
pendidikan
Bicara Harmoni Buat Mufti Perak
Dr Mohd Asri Zainul AbidinSaya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang “dikecohkan” sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati SS Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.
Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya “malu”) dengan fatwa SS Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?” Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan SS Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.
Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh SS Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan “sejahtera” itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:
1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun SS Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh — bukan lemah seperti saya — dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.
2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia “Islam adalah agama yang rahmat”, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.
3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan “assalamualaikum” sahaja. Perkataan “assalamualaikum” itu memang bermaksud “kesejahteraan ke atas kamu”. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan “salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru “salam 1 Malaysia” juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.
4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.
5. Kata Abdullah bin Mas’ud: “Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: ‘Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu’ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).”
Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam erti kata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.
6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.
7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).
8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Sama ada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim. Firman Allah: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).
9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.
10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.
11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?
12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau “Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).
Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.
Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya SS Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
Dah ketandusan modal, Umno curi slogan DAP pula
Viktor Wong
Setelah kalah di dalam pilihanraya umum yang lalu dan kehilangan kuasa di Pulau Pinang, Umno di negeri tersebut kini telah ketandusan modal politik dan gagal memikirkan sebarang idea baru untuk menguatkan semula jentera politik mereka dengan lebih berkesan.
Oleh itu, Umno Pulau Pinang kini terpaksa bermuka tembok dan menutup malunya dengan mencuri cogankata DAP yang digunakan pada pilihanraya umum yang lalu iaitu "Jom Ubah" untuk diguna pakai sebagai slogan Umno negeri tersebut bagi meraih semula sokongan rakyat.
Nama "Jom Ubah" yang dicuri oleh Umno Pulau Pinang itu kini telah menjadi slogan rasmi parti perkauman tersebut setelah ianya diresmikan oleh ketua perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis yang lalu.
Sebagai makluman, slogan "Jom Ubah" asalnya telah dipelopori oleh DAP sebagai cogankata rasmi manifesto parti itu di dalam menghadapi pilihanraya umum yang lalu pada tahun 2008.
Slogan "Jom Ubah" DAP yang telah menjadi popular ketika itu di kalangan para pengundi juga berjaya menarik ramai penyokong-penyokong untuk mengundi bagi menumbangkan kerajaan BN di beberapa buah negeri pada pilihanraya umum yang lalu.
Agaknya Umno Pulau Pinang kini telah sedar dan insaf bahawa mereka benar-benar telah mencuri pakai slogan tersebut. Tetapi jika sebaliknya, dan enggan mengaku kesilapan mereka, tak mengapa, kita gelar mereka "pencuri" dan rakyat jelata akan tahu.
Labels:
DAP,
piliharan raya,
Politik,
UMNO
Tiada isu perkauman jika tiada Umno
KUALA LUMPUR (Harakahdaily) - Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.
Presidennya, Dr. Toh Kin Woon berkata, semua isu perkauman yang meretakkan hubungan antara kaum tidak akan berlaku jika Umno tidak memulakannya.
"Politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara.
"Tanpa semua tindakan ini, kita tidak akan dijangkiti virus perkauman," kata Kin Woon dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing.
Tambahnya, sekiranya kerajaaan terus berdiam diri dalam isu tersebut, keyakinan rakyat terhaddap slogan "1Malaysia' yang diwarwarkan Najib akan hilang.
"Lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya “Satu Malaysia”dan “Rakyat Didahulukan”yang diketengahkan Perdana Menteri," kata beliau lagi.
Beliau turut menyatakan kekesalan di atas sikap berdiam diri kerajaan Umno BN terhadap beberapa kenyataan berbau perkauman antaranya mengenai cadangan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang mahu kerajaan menahan Presiden MCA, Chua Soi Lek di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan.
"MPP menyaran kerajaan memansuhkan sekolah ibunda; Utusan Malaysia cuba mengapi-apikan isu pemansuhan kuota bumiputera dan perlembagaan baru, sebuah surau Seremban disimbah cat merah tapi pimpinan tertinggi kerajaan tidak mengkritik perkembangan kurang sihat ini.," katanya.
Labels:
Islam,
Malaysian Politik,
UMNO
Tuesday, August 24, 2010
Makan pil tangguh haid untuk berpuasa boleh jejas kesihatan
TAIF (Arab Saudi): Semakin ramai wanita muda di Arab Saudi, khususnya yang belum berkahwin, memakan pil untuk menangguhkan kedatangan haid sepanjang bulan puasa.
Pakar sakit puan bagaimanapun memberi amaran penggunaan pil boleh mendatangkan kesan sampingan dan menjejas kesihatan golongan itu.
'Kerana teruja hendak berpuasa penuh sepanjang Ramadan, ramai wanita muda, termasuk yang belum berkahwin, datang membeli pil Primolut N. Jualan pil ini meningkat sejak Ramadan bermula,' kata seorang ahli farmasi kepada akhbar Al-Watan.
'Mereka tidak langsung memikirkan tentang kesan sampingan itu. Kebanyakan mereka membelinya tanpa preskripsi daripada ahli farmasi yang mereka kenal,' tambahnya.
Primolut N mengandungi bahan aktif norethisteron, produk hormon tiruan yang sama dengan hormon progesteron asli wanita. Ia digunakan bagi menunda kedatangan haid dan merawat gangguan berkaitan dengannya.
Seorang pekerja swasta, Cik Ummu Faris, berkata beliau memakan pil itu kerana tidak mahu tertinggal puasa.
'Kerana sudah berumah tangga, saya tidak menghadapi masalah membeli pil itu,' kata beliau.
Pakar sakit puan di Hospital Al-Ameen di Taif, Dr Hanan Oyara, memberi amaran penggunaan pil itu oleh wanita muda boleh menjejaskan kesihatan, termasuk kemungkinan mandul.
Rakannya, Dr Fatimah Younis, berkata pil itu boleh menyebabkan masalah kesihatan teruk bagi wanita yang menghadapi masalah kurang hormon. Bagaimanapun, menurutnya, ada pihak tidak menjelaskan kesan sampingan itu.
Dr Dalal Namnawani dari Hospital Pakar Raja Abdul Aziz, berkata pengambilan pil itu sepatutnya dilakukan di bawah pengawasan ahli perubatan. -- Agensi.

pendidikan,
Perempuan
Thaksin tak lagi penasihat ekon
PHNOM PENH: Kerajaan Kemboja semalam berkata mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, telah meletak jawatan sebagai penasihat ekonomi Kemboja.
Beliau berbuat demikian kerana 'menghadapi kesukaran peribadi dalam memenuhi sepenuhnya tanggungjawab jawatan itu'. -- AFP.
Beliau berbuat demikian kerana 'menghadapi kesukaran peribadi dalam memenuhi sepenuhnya tanggungjawab jawatan itu'. -- AFP.
Labels:
Asian
Tolak jambatan bagi Langkawi
LANGKAWI: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak bersetuju cadangan bina jambatan di Langkawi kerana, menurutnya, ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau itu.
Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan pembinaan jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis. -- Bernama.
Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan pembinaan jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis. -- Bernama.
Labels:
Berita
Hentikan serangan terhadap Nurul Izzah
Menteri Kabinet yang kanan seperti Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn sepatutnya memberi tumpuan dan masa mengulas dasar negara yang penting seperti Model Ekonomi Baru, atau kekerapan insiden perkauman kebelakangan ini, ataupun mengapa begitu ramai peneroka FELDA membuat tuntutan Mahkamah terhadap FELDA. Boleh juga kalau mereka menerang proses perlantikan guru besar di sekolah-sekolah negara ini, sehinggakan yang mengutarakan pendapat jijik perkauman dan fasis pun boleh jadi guru besar; dan tanpa apa apa tindakan diambil terhadap mereka.Malangnya kenyataan yang kita dengar dari kedua-dua Menteri kanan ini berkisar menyerang Nurul Izzah (gambar kiri) kerana komen dan pendapat beliau mengenai ekonomi negara dan keadaan kapal selam yang kita beli dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo. Nurul sekarang sudah menjadi sasaran.
Kedua-dua Menteri itu berkata Nurul memburuk-burukkan imej dan nama negara. Malah laporan polis pun dibuat oleh orang-orang yang tak ada kerja. Dengan lain perkataan komen dan pendapat Nurul mestilah memuji Kerajaan Barisan Nasional; barulah ia dikatakan memuji negara dan menjaga nama baik negara. Apabila dia mengkritik dan menyoal Kerajaan BN dan keputusan Kerajaan maka itu bererti Nurul memburukkan nama baik negara.
Pemikiran dan logik terhad ini yang menjadi punca segala permasalahan. Mereka ini tidak tahu membezakan Negara dan Kerajaan. Sebab itu duit rakyat digunakan sebagai duit BN. Institusi awam seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Polis Diraja Malaysia juga digunakan oleh mereka seperti hak BN. Untuk pengetahuan mereka, negara ini milik rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik; tetapi Kerajaan BN ini bukan milik semua rakyat. Dasar ekonomi dan pembelian kapal selam dibuat oleh kerajaaan BN; maka sesiapa saja termasuk Nurul boleh mengulas dan mengkritik dasar itu. Apa kena mengena dengan maruah negara? Hanya maruah BN yang tercemar dengan kritikan itu.
Nurul dan sesiapa sahaja boleh dan wajar memberi pandangan mereka terhadap kepincangan dan kelemahan dasar BN, dalam negeri ataupun di luar negeri.
Zahid Hamidi (gambar kanan) dan Hishamuddin akan cuba mengelak dari isu-isu ini dengan menggunakan benteng "Negara" dan sebagainya, tetapi rakyat tahu bezanya antara Negara dan Kerajaan BN.
*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat. Zaid Ibrahim kini sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Labels:
Anwar,
Malaysian Politik,
media,
PKR,
rasuah
Monday, August 23, 2010
Bagaimana kalau doakan KM/MB bukan PR?
Sejak seminggu yang lalu isu doa khutbah Jumaat telah menjadi satu perkara hangat yang diperkatakan setelah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kekecewaan beliau selepas mempegerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor pada 19 Ogos.Pendedahan beliau yang menyatakan terdapat khatib di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong telah mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kanan) menggantikan doa yang sepatutnya dibacakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Namun begitu isu ini dengan spontan mendapat reaksi positif dari UMNO dan Barisan Nasional setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat penafian atas apa yang didakwa berlaku dalam bacaan doa khutbah tersebut.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam kenyataan beliau pada 20 Ogos di pejabatnya telah menafikan dakwaan yang dibuat berdasarkan kepada teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) memang tidak meletakkan nama Ketua Menteri sebagai doa dalam khutbah tersebut.
Manakala dalam sidang media pada 21 Ogos pula, sekali lagi Abdul Malik (gambar kiri) bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa telah memberi amaran kepada UMNO supaya tidak menjadikan isu agama sebagai meraih sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.
Mujahid: Masalahnya istilah "ganti"
Mujahid dalam kenyataannya juga meminta UMNO supaya mengenal pasti dengan bukti ada khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Dalam kenyataan media tersebut beliau juga berkata, jika doa untuk meminta kesejahteraan adalah "standard" dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain.
"Namun jika doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, saya rasa itu tidak ada masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri."
"Apa yang menjadi isu iaitu satu fitnah UMNO terhadap Kerajaan Negeri ialah perkataan 'ganti' yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan UMNO untuk menimbulkan kemarahan rakyat di Pulau Pinang," katanya lagi.
MAZA: Tidak salah untuk doakan sesiapa, tapi...
Sementara itu bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (gambar kanan, lelaki bersongkok) dalam kenyataan beliau turut menyatakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda turut mendoakan supaya Allah s.w.t.menurunkan hidayah kepada Sayyidina Umar Al Khattab supaya menerima agama Islam.
"Sebenarnya tidak salah untuk mendoakan kepada sesiapa, tetapi kita perlu melihat konteks doa itu sendiri, apakah tujuan dan matlamat doa ini. Pada asalnya di dalam mana-mana khutbah, tidak semestinya perlu menyebut nama sesiapa kerana ia bukan menjadi rukun bagi khutbah."
Beliau menyambung, "Bagaimana pun sekiranya ingin menyebut nama seseorang di dalam khutbah tidak menjadi satu kesalahan."
Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor dan Masjid Jamek Kubang Buaya (gambar kiri), Butterworth adalah antara masjid yang telah dikenal pasti berlakunya bacaan doa khutbah oleh ustaz Zakaria Ahmad selaku khatib jemputan.
Turut didakwa berlakunya bacaan doa khutbah yang melibatkan nama Ketua Menteri ialah masjid dalam kawasan Jelutong dan Permatang Pauh. Namun begitu sehingga ini belum ada nama masjid yang tepat dinyatakan.
Rentetan daripada itu dalam sidang media semalam yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Abul Kassim, Speaker Dewan Undangan Negeri, Abdul Halim Hussain, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain kesepakatan yang dicapai ialah menyarankan supaya tindakan diambil terhadap khatib yang terlibat sekiranya terbukti kebenarannya.
Mansor (gambar kanan) juga mendakwa tuduhan yang dibuat oleh UMNO terhadap Kerajaan Negeri dalam isu doa khutbah Jumaat ini adalah fitnah jahat seolah-olah arahan dari Kerajaan Negeri untuk menggunakan nama Lim Guan Eng.
Beliau juga berkata, Lim tidak pernah menerima atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama beliau dalam teks khutbah Jumaat seperti yang didakwa oleh UMNO.
Bagaimana kalau KM/MB bukan dari PR?
Dalam pada itu sepatutnya semua pihak tidak menjadikan isu agama sebegini sebagai satu modal politik walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.
Ulama dan para ilmuan agama harus bangun dan menyatakan hakikat kebenaran isu doa dalam khutbah kedua solat Jumaat ini. Apakah ianya menggugat khutbah Jumaat tersebut dari segi sah atau sebaliknya?
Sudah pasti masyarakat yang kurang mahir dalam ilmu agama dan syarat sah serta rukun khutbah yang tidak mewajibkan doa untuk dibaca kepada mana-mana pemimpin ini akan tertanya-tanya kedudukan sebenarnya.
Apa yang pasti lima rukun khutbah wajib ada. Pertamanya ialah dimulai dengan pujian bagi Allah seperti Alhamdulillah. Keduanya diikuti dengan salawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Yang ketiganya ialah mengandungi pesanan kepada jemaah agar bertaqwa kepada Allah. Yang keempatnya pula ialah membaca satu ayat Al-Quran samada pada khutbah pertama atau kedua. Yang akhirnya ialah mendoakan setiap muslim pada khutbah kedua.
Apabila polemik ini timbul maka kemungkinan besar masyarakat akan bertanya bagaimana pula sekiranya doa dibacakan untuk pemimpin seperti Menteri Besar atau Ketua Menteri yang datangnya dari parti lain selain dari Pakatan Rakyat? Persoalan juga kemungkinan timbul apakah akan wujud juga bantahan sedemikian terhadap khatib tersebut sepertimana yang berlaku kini?
Labels:
Islam,
Malaysian Politik
DAP mengutuk kejadian surau disimbah cat merah

DAP mengutuk dengan sekeras-kerasnya kejadian yang berlaku ke atas sebuah surau di Taman Pulai Impian Seremban yang disimbah cat merah pagi ini. Mengikut Pengerusi DAP Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, yang melawat surau tersebut, terdapat beberapa cebisan botol arak yang mengandungi cat merah di kawasan tersebut.
Kejadian tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan jahat tetapi juga adalah suatu perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat demokrasi berpelembagaan, bertamadun dan madani. Pihak yang bertanggungjawab mungkin rasa provokasi ini akan lebih berkesan dalam bulan Ramadan yang mulia ini
DAP harap polis boleh bertindak cepat menangkap mereka yang terbabit agar boleh dibawa ke muka pengadilan dengan segara. Saya meminta semua rakyat Malaysia berdoa untuk keamanan dan menghindar daripada budaya kebencian dan keganasan yang tentunya akan menggugat harmoni dan perpaduan negara.
*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP.
Pengkaji ramal gempa besar akan landa California
LOS ANGELES: Satu gempa bumi besar mungkin berlaku tidak lama lagi di California Selatan, kata para pengkaji dari Universiti California, Irvine (UCI), dan Universiti Wilayah Arizona, dalam satu laporan yang bakal diterbitkan dalam keluaran majalah Geology 1 September ini.
Beberapa gempa bumi telah menggegarkan sesar San Andreas yang kukuh, yang akan menjejas California lebih kerap lagi berbanding dengan jangkaan sebelumnya, menurut laporan itu.
Para pengkaji daripada UCI dan Universiti Wilayah Arizona itu yang telah mencatatkan lukisan temblor atau gelombang anjal yang terjana secara tiba-tiba pada kedalaman cetek hingga 700 kilometer, di sana sejak 700 tahun lalu, menyimpulkan bahawa ruptur besar telah berlaku pada bahagian sesar Carrizo Plain - kira-kira 160.9 kilometer ke barat laut Los Angeles - sekerap setiap 45 hingga 144 tahun.
Bagaimanapun, gempa bumi besar terakhir berlaku pada 1857, lebih 150 tahun lalu.
Para pengkaji UCI berkata, sedang ada sesar itu mungkin sedang mengalami satu tempoh reda, ada kemungkinan juga satu gempa besar akan terjadi dalam masa terdekat.
'Jika anda sedang menunggu seseorang untuk memberitahu anda bilakah kita hampir kepada gempa bumi San Andreas yang akan datang, lihatlah saja data ini,' kata ahli seismologi UCI, Profesor Madya Dr Lisa Grant Ludwig, pengkaji utama kejadian tersebut, dalam satu kenyataan akhbar, semalam. -- Agensi.

Sekilas Dunia
Kamera keselamatan muzium rosak
KAHIRAH: Kamera-kamera keselamatan dan penggera kecemasan di sebuah muzium di Kahirah, tempat dipamerkan sebuah lukisan Van Gogh bertajuk 'Poppy Flowers' dianggarkan bernilai lebih AS$50 juta ($67.7 juta) yang telah dicuri, rosak 'sejak sekian lama', kata seorang pegawai semalam.
'Kamera-kamera telah rosak sejak sekian lama dan begitu juga dengan sistem penggera,' kata seorang pegawai keselamatan kepada agensi berita AFP. Beliau mendedahkan 'kelemahan' ini dengan syarat namanya tidak didedahkan, sambil menambah bahawa ia tidak menunjukkan imej lukisan tersebut. -- AFP.
Tabung DNA tangani kes buang bayi?
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan mengkaji keberkesanan mewujudkan tabung Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi setiap bayi yang baru dilahirkan dalam menangani kejadian isu pembuangan bayi yang semakin berleluasa pada masa kini.
Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata bahawa sebarang pendekatan baru boleh diwujudkan bagi menyelesaikan sesuatu kes jenayah selain membantu kes-kes jenayah lain. -- Bernama.
Lebih 120,000 mangsa banjir dipindah
BEIJING: Lebih 120,000 penduduk dipindahkan di bahagian timur laut China berikutan banjir besar yang telah pun mengorbankan empat jiwa dan memaksa pemindahan ribuan lagi di kawasan berdekatan Korea Utara itu.
Hujan lebat musim panas telah meningkatkan paras air di Sungai Yalu, yang membentuk sempadan antara kedua-dua negara itu dan para peramal memberi amaran lebih banyak kejadian hujan lebat bakal berlaku. -- AFP.

1 Muted Malaysia di KLCC
Wong Shu Qi dan Lim Hong SiangVIDEO Puluhan orang yang berbaju hitam-putih, dengan perkataan "1 Muted Malaysia" pada topeng muka (mask) -nya bersiar-siar di Pusat Membeli Belah Suria KLCC pada petang ini, sebagai tanda protes terhadap kekangan kebebasan bersuara yang berlaku sejak kebelakangan ini.
Aktiviti "Flash-Mob"(muncul dan hilang) ini dirancangkan pada mulanya untuk berkumpul di depan pintu kedai buku Kinokuniya pada jam 2.45 petang, dan kemudian memakai topeng muka bersama-sama. Bagaimanapun, rancangan asal ini digagalkan apabila pegawai keselamatan KLCC berunding dengan penganjurnya, Josh Hong dan Wong Chin Huat sebelum mereka bertindak.
Meskipun Josh Hong menegaskan bahawa pengunjung berhak untuk berkumpul di dalam KLCC, dan memakai topeng muka jikalau tidak sihat, namun pegawai keselamatan tetap tidak membenarkan mereka berkumpul untuk tempoh yang lama.
Oleh itu, kira-kira 20 orang peserta memilih untuk bersiar-siar secara aman, malah secara senyap dari tingkat ke tingkat, sambil diambil gambar dan video oleh wartawan. Sementara itu, beberapa orang pegawai keselamatan mengiringi peserta-peserta ini, lantas menarik lebih perhatian daripada pengunjung dan pelancong yang lain di dalam pusat beli-belah tersebut.
Akhirnya, pada kira-kira jam 3.30 petang, mereka tiba di kolam air di perkarangan KLCC. Beberapa orang daripada mereka mula membaca surat khabar arus perdana secara "terbalik", sambil menjelaskan kepada orang yang lalu di situ bahawa "inilah caranya orang Malaysia membaca akhbar."
Kita menuntut hak dan kebebasan, Josh Hong
Selepas mengumumkan tamatnya aktiviti tersebut, Josh Hong berkata kepada media bahawa beliau melihat tindakan yang bersiri seperti larangan ceramah Pergerakan Mahasiswa Fahmi Reza oleh pihak berkuasa, rampasan buku berjudul Body to Body dan kartun, sehinggalah tindakan terhadap stesen radio 98.8 baru-baru ini sebagai pencabulan kebebasan bersuara.
"Tiada orang yang berkuasa untuk memberitahu kita, apa yang harus kita baca, apa yang tidak harus dibaca. Melainkan diri kita sendiri, tiada orang yang berkuasa untuk menentukan apa yang harus dan yang tidak kita dengar. Sebagai seorang warga Malaysia, kita menuntut kembali hak dan kebebasan yang harus ada pada diri kita," kata Josh Hong (gambar kanan).
Meskipun bilangan peserta tidak ramai, namun penganalisa politik ini menganggap rakyat telah berani untuk tampil ke depan dan menyatakan ketidakpuasan mereka.
Wong Chin Huat yang juga seorang pengkaji politik pula berkata, memakai topeng muka, membaca akhbar secara terbalik adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mana-mana komuniti pada bila-bila masa, sebagai reaksi kepada isu-isu tertentu.
Labels:
Berita,
Malaysian Politik
Sunday, August 22, 2010
Krisis kediaman ambil bertahun untuk diselesai

YANG TERDAYA DIBAWA: Cik Waziran duduk di sebuah trak menjaga barangan yang termampu dibawa beliau dan keluarganya semasa melarikan diri dari banjir di Shahdadkot, kira-kira 105 kilometers dari Sukkur, di Selatan Pakistan, semalam. - Foto REUTERS
KARACHI: Dengan kebanyakan kawasan bandar dan perkampungan ditenggelami air selepas dilanda banjir paling teruk di Pakistan, pakar-pakar berkata ia mungkin mengambil beberapa tahun untuk menyelesaikan krisis kediaman yang dihadapi hampir enam juta penduduk yang terpaksa tinggal di bawah langit terbuka sekarang.
Bencana banjir itu telah menenggelamkan seperlima daripada Pakistan - satu kawasan sebesar England - dan menjejas 20 juta penduduk di negara itu.
Ia juga merupakan bencana alam paling teruk yang pernah dihadapi negara berkenaan, dengan kesan ekonomi, sosial dan politik yang besar.
'Ini satu tugas besar. Ia bencana amat besar, yang memerlukan banyak wang dan masa untuk dibina semula... Senarionya agak suram dan ahli-ahli politik kami tidak menyedari betapa seriusnya suasana itu,' kata seorang pakar ekonomi bebas, Encik A.B. Shahid kepada agensi berita AFP.
'Kami memerlukan sekurang- kurangnya AS$3 bilion ($4.1 bilion) hanya untuk membina semula pondok-pondok dan rumah-rumah,' kata Encik Shahid.
'Dan, tidak kurang daripada AS$7 bilion untuk membaik pulih prasarana, membina jalan-jalan raya, jambatan-jambatan, longkang-longkang dan pejabat-pejabat pemerintah,' tegasnya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berkata ia terpaksa menaikkan anggaran jumlah penduduk tanpa tempat tinggal kepada enam juta dan ia telah menambah sasaran bantuan dalam bentuk bekalan khemah dan alas plastik sebanyak tiga kali ganda kepada enam juta kesemuanya.
Suasana kesengsaraan di negara itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
'Semuanya sudah sia-sia. Tidak ada apa lagi yang tinggal,' kata Encik Qasim Bhayyo, 45 tahun, seorang mangsa dari kampung Qayyas Bhayyo, salah satu daripada kawasan paling teruk dijejas banjir di wilayah Sindh, dekat selatan Pakistan.
'Saya melihat rumah saya yang diperbuat daripada kayu dan tanah liat hanyut dibawa air. Saya melihat biji-bijian dan tepung dihanyutkan.
'Kami telah menyimpan bekalan makanan untuk berbulan-bulan mendatang. Semuanya sudah terhapus. Kami tidak dapat menyelamatkan kambing-kambing dan kerbau-kerbau yang terdampar dan menangis,' kata Encik Bhayyo lagi.
Bank Pembangunan Asia (ADB) berkata ia akan menawarkan AS$2 bilion untuk membaiki prasarana yang musnah, manakala Bank Dunia menjanjikan AS$900 juta. -- AFP.
Ariel tidak hormati Ramadan
JAKARTA: Selepas dikaitkan dengan kes hubungan seks luar nikah, vokalis kugiran Peterpan, Ariel (gambar), yang masih ditahan dalam lokap di Jakarta, dikatakan tidak menghormati Ramadan kerana jarang berpuasa. Ketua Perhubungan Awam Polis Indonesia, Pesuruhjaya Marwoto Soeto, berkata tidak banyak dapat dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap tahanan di bawah seliaan mereka ketika ini.
'Ariel jarang berpuasa,' kata beliau sambil ketawa yang ditukil oleh satu laporan laman berita vivanews.com, semalam.
Menurut Encik Marwoto, hampir setiap hari Ariel dilihat makan siang dan setelah itu menghabiskan waktu dengan merokok.
Menurutnya, jika hari biasa tahanan diberi makan tiga kali sehari, tetapi sempena Ramadan, hanya dua kali dibekalkan - untuk bersahur dan berbuka.
'Kalau tahanan mahu puasa atau tidak itu terserah mereka, urusan masing-masing,' katanya.
Ariel sedang menunggu masa untuk didakwa di mahkamah di bawah undang-undang antipornografi Indonesia selepas dikaitkan dengan satu rakaman video lucah - digelar video Peterporn - bersama dua selebriti terkenal di negara itu, yang tersiar di Internet, baru-baru ini.
Dia dikatakan meniduri kekasihnya, Luna Maya, dan seorang lagi personaliti televisyen, Cut Tari.
Sementara itu, polis Indonesia mengesahkan tempoh tahanan ke atas Ariel telah dilanjutkan selama 30 hari lagi.
Ini bermakna penyanyi itu terpaksa meraikan Aildilfitri dalam lokap.
Berbuka puasa bersama Guan Eng
Ahmad Tajdid Bukan sesuatu yang biasa bagi DAP menganjurkan majlis berbuka puasa untuk penggiat media alternatif. Sepanjang bertugas di Harakah, inilah pertama kali majlis seumpama itu diadakan DAP apatah lagi atas jemputan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Suasana di Khatijah's Kitchen, Jalan Bukit, Petaling Jaya, restoran milik Dato' Khatijah Ibrahim itu agak meriah petang 19 Ogos lalu apabila seorang demi seorang pemimpin utama DAP muncul untuk turut sama berbuka puasa.
Selain Guan Eng, turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman (yang sajak bersongkok hitam), Ketua Pemuda Anthony Loke, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Walaupun tidak berpuasa, tiada seorang pun para pemimpin DAP yang hadir menjamah makanan sehingga azan Maghrib dilaungkan. Guan Eng sendiri mengakui tidak menjamah makanan sejak pukul 11.00 malam sebelumnya kerana ingin merasai nikmat berbuka puasa.
"Saya tak bersahur," katanya berseloroh.
Dia juga bercerita bagaimana pada awal menghadiri majlis berbuka di masjid, beliau hanya menjamah makanan kerana sudah kenyang. Oleh kerana merasakan tindakan itu tidak wajar, beliau memastikan untuk 'berpuasa' setiap kali ada jemputan berbuka. Dengan berpuasa, beliau dapat makan dengan berselera apatah lagi jika menu yang disajikan itu kari kambing!
Masa yang ada sementara menunggu masa berbuka puasa digunakan oleh Guan Eng untuk menjelaskan isu-isu berbangkit berhubung pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya.
Beliau mengakui kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerap menerima serangan daripada media massa pro-BN sejak mengambil alih pemerintahan negeri.
BN ujarnya, terpaksa meniupkan isu-isu perkauman kerana tidak dapat mencari kelemahan DAP dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu 'real' menyentuh pentadbiran negeri.
Beliau memberi contoh isu bazar Ramadan di Komtar apabila kerajaan negeri didakwa mahu menghalang para peniaga Melayu berniaga di bazar tersebut sedangkan isu sebenar adalah kegagalan syarikat penganjur menjelaskan sewa kepada pentadbiran Komtar.
Walaupun tidak menerima satu sen pun bayaran sewa daripada syarikat tersebut, pihak pengurusan Komtar membenarkan para peniaga meneruskan perniagaan kerana dimaklumkan sewa telah dibayar oleh para peniaga kepada syarikat penganjur bazar Ramadan itu.
Isu perkauman ini sengaja dimainkan untuk menutup kelemahan syarikat terbabit.
Satu lagi isu perkauman yang dijaja Umno adalah dakwaan kononnya kerajaan negeri pimpinan DAP bertindak merobohkan perkampungan Melayu di Pulau Pinang untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.
"Ini tidak benar. Sepanjang menjadi Ketua Menteri saya tidak pernah mengarahkan walaupun satu rumah Melayu pun dirobohkan," kata Guan Eng.
Apa yang berlaku sebenarnya melibatkan tanah-tanah milik persendirian yang diduduki penduduk yang kemudiannya hendak dimajukan syarikat swasta. Ini, katanya membabitkan perintah mahkamah dan kerajaan negeri pimpinannya tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.
Bagaimanapun kerajaan negeri, katanya berusaha berunding dengan syarikat pemaju. Dalam satu kes di Kampung Pokok Asam, kerajaan negeri telah meminta pemaju menangguhkan operasi merobohkan rumah penduduk selama tiga bulan bagi membolehkan langkah penyelesaian terbaik dicapai.
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri juga, tegasnya berusaha sedaya mungkin untuk membantu penduduk yang terlibat dan ini tidak pernah dilakukan kerajaan BN negeri sebelum ini.
Perbualan terhenti ketika azan Maghrib kedengaran.
"Silalah dahulu, kamu berpuasa," kata seorang aktivis DAP kepada saya ketika melangkah ke meja buffet.
Ketika pengunjung beragama Islam mengambil hidangan untuk berbuka, para pemimpin dan aktivis DAP yang hadir tidak sama-sama menyesakkan meja buffet. Jelas mereka menghormati rakan-rakan media beragama Islam untuk berbuka puasa.
Ini jauh berbeza di beberapa hotel yang pernah saya hadiri untuk buffet Ramadan apabila para pengunjung bukan Islam turut sama berebut-rebut mendapatkan makanan. Sesetengahnya pula makan dan minum sebelum waktu berbuka.
Hairan juga bila mendengar khabar dari seorang tokoh agama pro-Umno kononnya pemimpin DAP tidak menghormati Islam.
Khatijah Kitchens tidaklah seluas restoran-restoran hotel-hotel besar di Kuala Lumpur, tetapi ia tetap diuruskan dengan baik. Makanan yang pelbagai bukan sahaja mencukupi untuk pelanggan yang melimpah ruah hingga ke luar, malah layanan para pekerjanya juga mesra.
Bagi mereka yang ingin menunaikan solat Maghrib, dua khemah sementara di pasang di belakang restoran.
Di akhir majlis berbuka puasa itu, Guan Eng selaku tuan rumah dijemput berucap. Tanpa menggunakan pembesar suara, pemimpin DAP itu berucap ringkas.
Dalam ucapannya, Guan Eng melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk pemimpin Umno yang terus berbohong dan meniupkan isu agama dan perkauman bagi menyerang kerajaan negeri pimpinannya. Semua ini berlaku di bulan Ramadan yang mulia.
"Pemimpin Umno negeri juga menjadikan kehadiran saya dalam acara-acara agama sebagai isu," katanya.
Guan Eng mengakui tidak wajar hadir di majlis-majlis agama yang diadakan di masjid-masjid. Tetapi apa yang dikesali, kehadiran beliau dalam majlis penyampaian sumbangan Ihya Ramadan di luar kawasan masjid juga cuba dipolitikkan pemimpin Umno.
"Sumbangan diserahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), saya hanya mengiringi. Adakah itu juga salah?" soal beliau.
Menurutnya, sumbangan Ihya Ramadan itu pertama kali disalurkan kerajaan negeri dan tidak pernah diberikan oleh kerajaan BN negeri sebelumnya.
Pembohongan terbaru yang disebarkan Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri amat menyentuh sensitiviti agama.
Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kononnya kerajaan negeri mengarahkan nama Ketua Menteri dimasukkan dalam doa khutbah kedua Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong.
"Ini tidak masuk akal. Saya bertanya Abdul Malik (Abul Hassan, Exco Agama negeri) adakah perkara itu benar-benar berlaku. Beliau menjawab ia sesuatu yang mustahil," ujarnya.
Berdasarkan siasatan awal, tidak terdapat sebuah masjid pun di Pulau Pinang berbuat demikian, katanya.
"Saya juga cuba menghubungi Dato' Ahmad Zahid untuk mendapat penjelasan tapi gagal," katanya.
Beliau berharap pemimpin Pusat itu lebih bertanggung jawab dalam mengeluarkan tuduhan apatah lagi di bulan Ramadan.
Kerajaan negeri pimpinannya sedia bertindak jika dakwaan itu benar.
Akhirnya Guan Eng mengingatkan tentang peri pentingnya media yang bebas dalam sebuah negara demokrasi. Sistem demokrasi yang diamalkan negara, jelasnya mempunyai tiga tunggak utama iaitu eksekutif, parlimen dan kehakiman. Tetapi ada kuasa keempat yang juga penting iaitu media.
Media ujarnya bertanggung jawab mewarnakan demokrasi dan media yang bebas dari kongkongan sesungguhnya penting bagi menghidupkan demokrasi yang sihat.
Sebaik sahaja Guan Eng tamat berucap, majlis dikejutkan pula dengan sapaan Dato' Khatijah Ibrahim yang tiba-tiba muncul memberikan ucapan ringkas. Beliau berterima kasih kepada hadirin kerana memilih Khatijah's Kitchen untuk berbuka puasa.
"Datanglah lagi di lain masa," katanya ceria.
Beliau turut memohon izin untuk bergambar dengan Guan Eng sebagai kenang-kenangan. Dan permintaan itu ditunaikan Guan Eng selepas doa dibacakan wartawan Harakahdaily, Dzulfikar Mashoor.
Saturday, August 21, 2010
Karpal fail aduan terhadap ketua hakim negara
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini memfailkan aduan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi - kes pertama di bawah Akta Kod Etika Hakim 2009 dan Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009 yang mula berkuatkuasa Mac lalu.
Dalam aduan yang dihantar melalui tangan ke pejabat Ketua Hakim Negara di Putrajaya hari ini, Karpal kata kenyataan Zaki berkaitan dengan rasuah pada 11 Jun lalu, menunjukkan "kecacatan watak' yang mmbolehkan tindakan disiplin diambil mengikut akta berkenaan.
Katanya, di majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang Mahkamah Persekutuan, Zaki telah berkata: "Saya tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dalam rasuah, baik dalam bentuk keuntungan kewangan atau telefon bimbit, tiket kapal terbang, baucer hotel atau atau apapun.
"Ada yang mengatakan jika tidak ada pemberi, tidak akan ada rasuah lain tapi saya mengatakan jika tidak ada penerima, tidak akan ada pemberi."
Aduan tersebut merupakan lanjutan kepada usaha Karpal untuk memecat ketua hakim negara, yang bermula dengan satu laporan polis pada 2008, diikuti dengan pengakuan Zaki yang beliau telah menyuap pegawai mahkamah ketika dia menjadi peguam pada 1987.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Karpal menyifatkannya sebagai satu sikap hipokrit dan kecacatan watak.
Katanya, Zaki sepatutnya menjadi orang terakhir memberi amaran mengenai rasuah kerana Karpal mendakwa Zaki sendiri korup.

Bufet Ramadan 15 hotel ternama di WP diragui halal
Hasil pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.
Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.
Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bermula 1 Ramadan (11 Ogos) lalu pemeriksaan dan serbuan terhadap 34 hotel bertaraf empat dan lima bintang itu sebahagian daripada pemantauan berterusannya.
Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini Wan Mohamad berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia manakala promosi bufet Ramadan yang ditawarkan jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975.
"Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan.
"Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa.
Disenaraikan di laman web
"Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah bufet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan," katanya.
Bagaimanapun, menurut Wan Mohamad lagi kesemua premis memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pemantauan dijalankan.
"Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan jabatan agama Islam negeri."
Wan Mohamad juga berkata pihaknya menasihatkan pengguna Islam berhati-hati memilih makanan dan mengelakkan daripada perkara yang was-was.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pemegang sijil halal, orang ramai bolehlah melayari laman web halal Jakim di www.halal.gov.my, tambahnya.
Sementara itu, sepanjang 10 hari Ramadani, Wan Mohamad memberitahu JAKIM menerima 16 permohonan sijil halal daripada hotel-hotel seluruh Malaysia.
"Manakala dua hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadan ini," katanya.

Sambutan Aidilfitri pada 9/11 membimbangkan

WASHINGTON: Masyarakat Islam di Amerika Syarikat bimbang pertindihan antara tarikh berakhirnya Ramadan dan ulang tahun tragedi 11 September menyebabkan umat Islam dikritik kerana menyambut serangan pengganas yang berlaku pada 2001.
Tahun ini, sambutan Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa, jatuh pada 11 September (9/11) di Amerika.
Sesetengah kumpulan bimbang kebetulan itu akan menambah kecurigaan dan permusuhan terhadap umat Islam ketika sentimen negatif mereka sudah memuncak.
Sebelum ini, Presiden Barack Obama dikritik hebat kerana menyokong rancangan pembinaan sebuah pusat komuniti Islam berhampiran tempat kejadian serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September, 2001 atau Ground Zero.
Masyarakat Islam Amerika Utara (ICNA) mengambil keputusan menangguhkan hari keluarga yang pada awalnya dijadualkan diadakan pada 11 September kerana menghormati mangsa dan saudara-mara mereka.
Pengasasnya, Encik Tariq Amanullah, bekerja di WTC dan meninggal dunia akibat serangan itu.
Majlis Hal Ehwal Umum Islam, kumpulan penyokong berpusat di Los Angeles, dilaporkan menghubungi polis memaklumkan mengenai tarikh pertindihan itu dan menggesa masjid memperbaiki pengawasan dan keselamatan di premis mereka.
Encik Ibrahim Hooper, daripada Majlis Hubungan Islam-Amerika, berkata setiap individu dan masyarakat bebas untuk menyambut Aidilfitri.
Namun, mereka mungkin mengubah cara sambutan Aidilfitri kerana tarikhnya begitu dekat dengan tarikh 9/11.
'Saya tidak fikir mereka akan mengubah cara sambutan. Aidilfitri adalah acara bersolat dan meraikan kemenangan berpuasa. Kami sentiasa memberitahu masjid supaya memeriksa keselamatan apabila perasaan fobia Islam memuncak.
'Mereka sengaja mencari dan mencipta pelbagai alasan untuk menyelar Islam dan ini adalah satu daripadanya,' katanya.
Encik Haroon Moghul, pengarah sebuah badan Islam, berkata:
'Jika Aidilfitri jatuh pada ulang tahun hari berkenaan, ia akan menjadi satu tugas sukar kepada umat Islam di New York.
'Ramai jemaah akan tersentuh pada hari itu, mungkin secara peribadi berikutan kehilangan orang tersayang dalam kejadian terbabit.' - Agensi.
Labels:
antarabangsa,
Hari Raya,
Islam
Muslim Manhattan: Kami hanya inginkan tempat solat
NEW YORK: Penduduk Islam di Lower Manhattan, New York, berkata mereka bukan mahu berkonfrontasi dengan golongan yang menentang pembinaan sebuah masjid baru dekat tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Sebaliknya, mereka hanya memerlukan tempat ibadat yang selesa kerana selama ini mereka terpaksa bersolat di ruang bawah tanah yang sesak atau di tepi-tepi jalan.
Sebilangan penduduk New York yang masih terkesan dengan serangan 11 September 2001 menentang rancangan untuk membina sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid di tapak yang terletak dua blok daripada lokasi runtuhan WTC.
Protes berasingan oleh mereka yang menyokong dan menentang projek tersebut dirancang diadakan pada hari ulang tahun kesembilan serangan itu.
Terperangkap dalam kontroversi itu ialah penduduk Islam yang bekerja di pusat bandar Manhattan dan memerlukan ruang untuk mengerjakan solat.
'Awak tahu berapa ramai umat Islam di kawasan ini? Pada setiap Jumaat, jalan di sini penuh sesak dan kami mendapat kelulusan polis untuk mendirikan sekatan jalan,' kata seorang konsultan Encik Saad Madaha, 32 tahun.
Beliau, yang berasal dari Ghana, mengerjakan solat di Masjid Manhattan - berupa ruang bawah tanah yang sempit di bawah sebuah kelab malam.
'Saya ingin melihat sebuah masjid yang nampak seperti masjid. Saya ingin bersolat dengan penuh khusyuk tanpa muzik memekakkan telinga,' kata Encik Madaha.
Sesetengah penduduk Islam berkata, mereka faham mengapa projek masjid itu mendapat tentangan daripada golongan tertentu dan mereka menyokong usaha Gabenor New York, Encik David Paterson untuk memindahkannya ke lokasi kurang kontroversi.
Namun, yang lainnya, seperti Encik Madaha menyifatkan pemindahan sebagai satu penghinaan.
'Jika mereka memindahkannya, bagi saya langkah itu satu tamparan kepada agama,' katanya.
Pusat Islam yang bakal dibina itu tidak akan mempunyai reka bentuk seperti masjid biasa.
Sebaliknya, bangunan setinggi 13 tingkat itu akan mempunyai reka bentuk seperti bangunan biasa, tanpa simbol bulan sabit.
Selain, dewan solat, bangunan itu akan menempatkan auditorium, kolam renang dan bilik mesyuarat. -- Reuters.

Zahid Hamidi fitnah

KUALA LUMPUR (Harakahdaily) - Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.
Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.
“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.
“Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera,” ujarnya.
Mereka, katanya menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.
“Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu,” katanya lagi.
Menurutnya, hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.
Editor dilucut kerana kartun menyindir Najib sebagai Mr U-turn

Kartun kini bukan sekadar bahan jenaka yang mengukir senyuman, tetapi bakal memberi impak besar apabila menyebabkan pelucutan jawatan seorang editor majalah mingguan, dan siasatan polis terhadap seorang penjual buku di bawah Akta Hasutan 1948.
Joseph Seow, Editor Special Weekly telah dilucutkan jawatannya semalam, berikutan kandungan yang tersiar dalam majalah mingguan bahasa Cina itu tidak menyenangkan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Antaranya, kartun yang menyindir Perdana Menteri Najib Razak sebagai "Mr.U-Turn".
Hawee binti Osman pula, seorang penjual buku di Segamat, Johor, telah dipanggil polis Ibu Pejabat Daerah Segamat untuk memberi keterangan sebagai saksi, di bawah Akta Hasutan 1948. Ia berpunca daripada majalah kartun kelolaan Zunar, Sumpah Di Bumi Komisyen, yang dirampas polis pada Mei 2010, di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Hawee berkata beliau turut bertanya kepada polis mengapa beliau disiasat di bawah Akta Hasutan, sedangkan rampasan buku dijalankan di bawah Akta Mesin Cetak. Pertanyaan Hawee sekadar dibalas polis dengan "itu arahan (untuk siasat di bawah Akta Hasutan)".
"Mereka tanya dari siapa saya dapat buku ini (Sumpah Di Bumi Komisyen), rangkaiannya, dan sebagainya," kata Hawee kepada MerdekaReview.
Kartun sindir Najib sebagai Mr.U-turn
Sementara itu, menurut sumber maklumat, pihak majikan memberitahu Joseph Seow bahawa beliau telah dimasukkan ke dalam senarai hitam oleh KDN. Justeru itu, jawatan editornya terpaksa dilucutkan, dengan hanya mengekalkan jawatan sebagai staf biasa.
Sepanjang tempoh hampir dua tahun Joseph Seow menyandang jawatan Editor ini, beliau kerap menerima surat dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, mengadu kandungan yang disiarkan dalam Special Weekly. Antaranya, kolum OuYoung Wen Feng dan kartun yang dilukis dengan nama samaran "anak telefon".
Sebelum ini, kolum Ou Young menggunakan gambar poster filem "Happy Together" (bertemakan homoseksual), yang diarahkan oleh Wong Kar-Wai, lantas mengundang "malapetaka" kepada majalah tersebut. Apa yang menarik, pegawai KDN turut menyerbu ke kedai buku, Kinokuniya di KLCC baru-baru ini untuk merampas buku Body to Body.
Selain itu, sumber maklumat berkata, kartun yang dilukis "anak telefon" bakal digugurkan dari majalah tersebut mulai 10 Ogos 2010. Keadaan ini berlaku kerana aduan bahawa karyanya agak "sensitif", misalnya salah satu karya kartun pernah menyindir Perdana Menteri Najib Razak sebagai Mr.U-Turn, yang mencungkil kemarahan pihak KDN.
Bagaimanapun, sejak 13 Julai 2009, penerbitnya, Life Publishers Berhad telah melantik Ketua Pengarang New Life Post (satu lagi majalah di bawah Life Publishers) untuk merangkap jawatan Ketua Pengarang di Special Weekly. Dengan kata lain, dengan tiba-tiba Joseph Seow mempunyai seorang supervisor yang lebih tinggi pangkat daripadanya, lantas ditafsirkan sebagai "dirinya telah diturunkan pangkat". Sebagaimana yang diketahui, tugas utama Ketua Pengarang adalah menapis kandungan Special Weekly yang dianggap "sensitif".
Bagaimanapun, sumber maklumat berkata, dalang di sebalik pelucutan jawatan Joseph Seow kekal menjadi misteri. Menurut sumber, meskipun KDN tidak berpuas hati dengan Joseph, tetapi tidak memberi isyarat jelas untuk melucutkan jawatannya. Maka, ada yang mengesyaki bahawa pemilik majalah Special Weekly, Media Chinese International Limited yang cuba mengambil kesempatan ini untuk melucutkan jawatan Joseph Seow.
Click here to read more at Merdeka Review
Labels:
Berita,
Malaysian Politik,
rasuah,
Seni
Friday, August 20, 2010
Siapa penderhaka sebenar? Nurul persoal Zahid Hamidi
Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.
Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.
Menyebut tentang imej dan keselamatan Negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan Negara?
Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan Negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.
Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh Negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.
Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.
Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar Negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.
Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?
(Nurul Izzah is the PKR MP for Lembah Pantai)

Altantuya,
DERHAKA,
Pembaziran,
PKR,
UMNO
Thursday, August 19, 2010
Barua UMNO akan siasat Pencacai UMNO
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia akan menyiasat dakwaan mengenai wujudnya satu 'perlembagaan baru' yang dilakar pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kelmarin memberitahu New Straits Times bahawa polis akan menyiasat bagi memastikan sama ada dakwaan tersebut benar.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada polis akan memanggil Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang membuat dakwaan itu baru-baru ini, memberi penjelasan.
Tan Sri Harussani, dalam satu dialog di Ipoh Ahad lalu, berkata beliau tahu parti dan individu yang terlibat melakar 'perlembagaan baru' itu tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.
Menurutnya ada usaha hendak menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan satu perlembagaan baru yang akan mengetepikan hak orang Melayu dan Islam.
Tan Sri Harussani juga berkata beliau akan mendedahkan maklumat itu jika diminta oleh kerajaan.
Isnin lalu Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.
Menteri Bear Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan dakwaan itu sebagai satu perkara yang serius.
'Ini satu isu besar dan tidak boleh diambil ringan. Saya percaya akan dakwaan itu kerana seorang mufti tidak akan berbohong mengenai perkara serupa itu,' kata beliau di Pulau Pangkor.
Dr Zambry berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut sehingga melihat sendiri dokumen berkenaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, kelmarin mengesahkan beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu.
Beliau mendakwa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
'Perkara ini memang benar-benar wujud. Ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah. Demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan,' kata beliau seperti ditukil Utusan Malaysia semalam. -- NST, Utusan Malaysia.
Wednesday, August 18, 2010
Kenyataan Media: DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Kenyataan Media (17 Ogos 2010)
AWAS PEMENTASAN SEMULA PENTAS BANGSAWAN MELAYU DAN OPERA CINA 1987
Sejak 13 Mei 1969 pentas politik bangsawan Melayu dan opera bangsawan Cina menjadi daya tarikan untuk dipersembahkan dikhlayak. Peristiwa 13 Mei telah tersedia maklum akan latar belakang politik pada waktu itu. Pementasan 1987 dipentaskan diketika keadaan politik Malaysia dilanda dengan krisis kepercayaan rakyat berbilang kaum terhadap parti-parti politik perkauman yang mewakili kaum masing-masing khususnya dua parti politik Melayu dan Cina iaitu Umno dan MCA.
Masyarakat Cina hilang kepercayaan terhadap parti dan pimpinan MCA yang dilihat gagal membela dan melindungi bangsa Cina. Sebaliknya pimpinan MCA dilihat membina kekayaan denasti kepimpinan mereka. Begitu juga dengan Parti dan pemimpin Umno yang dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisma untuk memunggah dan mengumpul kekayaan suku sakat mereka. Krisis dalam kepimpinan Umno nampak jelas menjejaskan kedudukan Umno sebagai parti tulang belakang BN ketika itu
Orang melayu kususnya ahli Umno mula memperikaikan Umno dan pemimpinnya. Bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan Melayu pada Umno dan Cina pada MCA maka dipentaskanlah pentas bangsawan dan Opera politik perkauman untuk disandiwarakan diseluruh negara dengan pelakon utamanya Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Lee Kim Sai. Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberanian dia mempersoalkan hak Melayu.
Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina. Seluruh negara jadi tegang keluarlah ilmu kebal selendang merah dikalangan bangsa Melayu. Akhirnya Polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan.
Maka berlakulah operasi lalang ISA yang menahan pemimpin pembangkang dan NGO yang dikambing hitamkan dari tragedi ini. Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting. Melayu pun terpanggilah kononnya untuk terus dalam keadaan apaun mempertahankan Umno kerana dilihat Umno lah hero yang kacak dan berani dalam sandiwara bangsawan ini dan Cina terus dalam apa keadaan pun pertahankan MCA kerana dilihat MCA menjadi hero dan membawa watak yang berjaya kepada Opera Cina yang dipentaskan.
Kini selepas 23 tahun sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina dipentaskan dengan jayanya ,sekali lagi sedang dipentaskan semula dalam situasi politik yang sama. Hanya yang berbeza ialah pelakon utamanya. Kalau dulu Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai kini Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Apakah selepas ini ada operasi lalang 2? Pemimpin pembangkang yang akan dikambing hitam, Umno / BN. Akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara.
Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diharap tidak melatah untuk masuk dalam perangkap politik murahan Umno / BN yang menjijikan dan membusukkan. Kepada rakyat pelbagai kaum adalah diingatkan jangan sampai kita menjadi kuda tunggangan Umno / BN, kita dipukul untuk berlari laju untuk menang dalam perlumbaan. Bila menang yang mendapat hadiahnya jokey (Umno/BN). Kuda tidak dapat apa-apa. Jokey tinggal di hotel mewah makan yang enak-enak, kuda yang kononnya menang tinggal dikandang makan rumput kering sahaja. Jika kalah kuda ditembak mati (rakyat di tinggal pergi).
DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.
AWAS PEMENTASAN SEMULA PENTAS BANGSAWAN MELAYU DAN OPERA CINA 1987
Sejak 13 Mei 1969 pentas politik bangsawan Melayu dan opera bangsawan Cina menjadi daya tarikan untuk dipersembahkan dikhlayak. Peristiwa 13 Mei telah tersedia maklum akan latar belakang politik pada waktu itu. Pementasan 1987 dipentaskan diketika keadaan politik Malaysia dilanda dengan krisis kepercayaan rakyat berbilang kaum terhadap parti-parti politik perkauman yang mewakili kaum masing-masing khususnya dua parti politik Melayu dan Cina iaitu Umno dan MCA. Masyarakat Cina hilang kepercayaan terhadap parti dan pimpinan MCA yang dilihat gagal membela dan melindungi bangsa Cina. Sebaliknya pimpinan MCA dilihat membina kekayaan denasti kepimpinan mereka. Begitu juga dengan Parti dan pemimpin Umno yang dilihat mengamalkan kronisma dan nepotisma untuk memunggah dan mengumpul kekayaan suku sakat mereka. Krisis dalam kepimpinan Umno nampak jelas menjejaskan kedudukan Umno sebagai parti tulang belakang BN ketika itu
Orang melayu kususnya ahli Umno mula memperikaikan Umno dan pemimpinnya. Bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan Melayu pada Umno dan Cina pada MCA maka dipentaskanlah pentas bangsawan dan Opera politik perkauman untuk disandiwarakan diseluruh negara dengan pelakon utamanya Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Lee Kim Sai. Dihunuskan keris bangsawan Melayu dan pedang opera Cina bergegak gumpita seluruh negara. Datuk Lee Kim Sai lantang memperlihatkan keberanian dia mempersoalkan hak Melayu.
Umno pula berlagak seperti Hang Jebat pembela ketuanan Tuah. Umno mencadangkan himpunan umat Melayu di Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Jelajah mereka seluruh negara berpesan pada Melayu jangan lupa bawa mancis api dan senjata tajam keperhimpunan Melayu di Kuala Lumpur untuk bakar rumah Cina dan basahkan Kuala Lumpur dengan darah orang Cina. Seluruh negara jadi tegang keluarlah ilmu kebal selendang merah dikalangan bangsa Melayu. Akhirnya Polis mengumumkan perhimpunan tersebut tidak dibenarkan.
Maka berlakulah operasi lalang ISA yang menahan pemimpin pembangkang dan NGO yang dikambing hitamkan dari tragedi ini. Pelakon watak utama sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai diberi cuti ke Australia. Pemimpin pembangkang dan NGO diberi cuti rehat di Kem Kemunting. Melayu pun terpanggilah kononnya untuk terus dalam keadaan apaun mempertahankan Umno kerana dilihat Umno lah hero yang kacak dan berani dalam sandiwara bangsawan ini dan Cina terus dalam apa keadaan pun pertahankan MCA kerana dilihat MCA menjadi hero dan membawa watak yang berjaya kepada Opera Cina yang dipentaskan.
Kini selepas 23 tahun sandiwara bangsawan Melayu dan Opera Cina dipentaskan dengan jayanya ,sekali lagi sedang dipentaskan semula dalam situasi politik yang sama. Hanya yang berbeza ialah pelakon utamanya. Kalau dulu Datuk Seri Najib dan Datuk Lee Kim Sai kini Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Apakah selepas ini ada operasi lalang 2? Pemimpin pembangkang yang akan dikambing hitam, Umno / BN. Akan terus berkuasa untuk meratah rakyat dan khazanah negara.
Kepada Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diharap tidak melatah untuk masuk dalam perangkap politik murahan Umno / BN yang menjijikan dan membusukkan. Kepada rakyat pelbagai kaum adalah diingatkan jangan sampai kita menjadi kuda tunggangan Umno / BN, kita dipukul untuk berlari laju untuk menang dalam perlumbaan. Bila menang yang mendapat hadiahnya jokey (Umno/BN). Kuda tidak dapat apa-apa. Jokey tinggal di hotel mewah makan yang enak-enak, kuda yang kononnya menang tinggal dikandang makan rumput kering sahaja. Jika kalah kuda ditembak mati (rakyat di tinggal pergi).
DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)