Pages

Tuesday, June 29, 2010

Kelengkang lima wanita dirakam video

Singapura - SEORANG lelaki yang merakamkan video bahagian kelengkang lima wanita, yang diambil dari bawah skirt mereka, terlepas daripada hukuman penjara dan dikenakan probesen 24 bulan.

Mahkamah Masyarakat menetapkan Gary Huang Kunjie, 25 tahun, yang menghidap parafilia, tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai fungsi kamera.

Ibu bapa Huang perlu mengawasinya semasa dia menggunakan Internet bagi mengawalnya daripada melungsur laman-laman lucah dan menggunakan kamera dan video kamera.

Mereka juga menandatangani bon $5,000 bagi memastikan Huang berkelakuan baik dan Huang perlu menjalani rawatan psikiatrik dan psikologi.

Huang, lulusan politeknik, mengaku menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar digital seluar dalam seorang wanita berusia 29 tahun, dari bawah skirt wanita itu, di dalam lif di sebuah blok di Yishun pada 14 Januari tahun lalu.





Kapal S'pura diserang lanun

BEIJING: Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Singapura ditawan sekumpulan lanun di Teluk Aden, berdekatan Somalia, semalam.

MV Golden Blessing, kapal tangki petroleum dan bahan kimia yang membawa 19 anak kapal warga China, sedang dalam pelayaran dari Arab Saudi ke India apabila ia diserang lanun, kata satu laporan ringkas dalam bahasa Cina di laman web Kementerian Pengangkutan China, di alamat www.moc.gov.cn.

Pemilik kapal itu berkata anak kapalnya dilaporkan selamat.

Sebuah jawatankuasa bertindak Kesatuan Eropah (EU) berkata sebuah helikopter Jerman yang dihantar untuk memantau kawasan itu melaporkan ia 'melihat suspek lanun' berkenaan menaiki kapal seberat 14,445 tan itu pada kira-kira 60 batu nautika (111.12 kilometer) ke utara Somalia.

'Kapal itu di bawah kawalan lanun tetapi masih belum bergerak ketika ini,' kata tentera udara EU itu dalam satu kenyataan, sambil menambah tiada laporan mengenai kecederaan dalam kejadian itu.

Seorang kakitangan Golden Pacific International Holdings, pemilik kapal itu, memberitahu agensi berita AFP syarikat tersebut masih berhubungan dengan anak kapalnya.

'Anak kapal sejauh ini selamat,' katanya yang enggan namanya didedahkan.

Beliau menambah, tiada permintaan bagi wang tebusan dibuat setakat ini.

Usaha menyelamatkan anak kapal sudah bermula, kata Pusat Penyelamatan Marin China di laman webnya, tetapi ia belum memberikan sebarang butir lanjut mengenai usaha menyelamat itu.

Pihak berkuasa maritim Singapura berkata kapal itu telah disewakan kepada syarikat Shanghai Dingheng Shipping Co Ltd, sambil menambah bahawa mereka sedang memantau dengan rapi suasana berkenaan.

Lanun, lengkap dengan senjata dan bot laju, sering menyerang kapal-kapal yang belayar di Teluk Aden, ada kalanya menawan kapalkapal itu buat beberapa minggu sebelum melepaskannya bagi mendapatkan wang tebusan lumayan. -- Reuters, AFP.



Nisbah pengundi baru: 1 Melayu, 40 bukan Melayu

KUALA LUMPUR: Kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini ialah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

Pengerusinya, Encik Hishamudin Yahya, berkata kajian biro itu merangkumi keseluruhan aspek, termasuk umur serta jantina dan membabitkan golongan muda dan tua.

Senario itu, kata beliau, seharusnya menyedarkan orang Melayu di Malaysia bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika mereka enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau tidak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

'Jika kita tidak serius dan bersungguh- sungguh menarik orang Melayu mendaftar sebagai pengundi, kita bimbang kuasa politik Melayu akan lenyap. Ini adalah kenyataan yang harus kita hadapi dan atasi segera,' kata Encik Hishamudin.

Sehubungan dengan itu, Umno bahagian di seluruh negara perlu mempergiat usaha menambah daftar pengundi bagi memastikan kuasa politik orang Melayu di Malaysia terus kekal, kata beliau.

'Hanya dengan cara itu, BN (Barisan Nasional), khususnya Umno, dapat menjamin kemenangan, sekali gus meneruskan kesinambungan kerajaan untuk memajukan rakyat dan negara,' ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jumlah pengundi berdaftar bagi seluruh negara hingga Februari lalu ialah 11,163,409 orang, dengan 56 peratus membabitkan Bumiputera.

SPR mengesahkan hingga kini, 4.3 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftarkan diri.

Pada pilihan raya umum 2008, BN kehilangan lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - kepada pembangkang walaupun kekal memerintah negara. Bagaimanapun, Perak berjaya diambil alih semulanya selepas krisis politik di negeri itu.

Encik Hishamudin berkata Umno juga bimbang kerana mendapati 661,231 daripada 3.16 juta ahlinya belum mendaftar sebagai pengundi.

Beliau turut mengingatkan Pergerakan Pemuda Umno supaya tidak 'lena' kerana pilihan raya umum mungkin diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. -- BHM.


Sekilas Dunia

Mantan PM Australia tiada jawatan dalam Kabinet

CANBERRA: Perdana Menteri baru Australia, Cik Julia Gillard, semalam mengumumkan senarai rombakan Kabinetnya.

Mantan Perdana Menteri, Encik Kevin Rudd, bagaimanapun, tidak diberi sebarang jawatan.

Menurut Cik Gillard, beliau tidak membuat perubahan besar bagi mengekalkan kestabilan dalam kerajaan.

Antara lain, Menteri Perdagangan, Encik Simon Crean, akan mengambil alih jawatan Menteri Pendidikan dan Pekerjaan, yang sebelum ini dipegang oleh Cik Gillard. -- Agensi.




Taufan Alex korbankan empat jiwa di Mexico

BELIZE CITY: Taufan Alex kelihatan kian kuat sedang ia bergerak di seluruh Teluk Mexico awal semalam selepas membawa bersamanya hujan lebat di beberapa bahagian Amerika Tengah dan Semenanjung Yucatan Mexico hingga menyebabkan empat orang terkorban.

Alex, dengan kelajuan angin maksimum 75 kilometer sejam (kph), sedang menuju laluan ke kawasan pantai timur Mexico sekitar pertengahan minggu ini dan mampu menjadi taufan besar dalam masa 48 jam, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (USNHC). -- AP.



300 rakyat M'sia dalam penjara Selatan Thailand

SONGKHLA (Thailand): Lebih 300 rakyat Malaysia kini meringkuk dalam penjara di Selatan Thailand akibat pelbagai kesalahan ketika mengunjungi wilayah itu untuk berhibur, sejak tahun lalu.

Sebanyak 280 daripada mereka terbabit dalam kes memiliki, mengedar atau mengambil dadah, manakala selebihnya bagi kesalahan dokumen, imigresen, penipuan kewangan, seks, rompak dan curi.

Perangkaan yang dikeluarkan pejabat Konsul Jeneral Malaysia di sini menunjukkan kebanyakan kes itu disebabkan kecenderungan mereka berhibur dan mengambil dadah. -- BHM.




Monday, June 28, 2010

Khalid & Azmin gandingan ideal

SHAH ALAM, 28 Jun – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sebagai gandingan ideal yang mampu memberi impak positif kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kerajaan Selangor.

Gandingan ini dijangka memberi kelebihan kepada rakyat untuk terus menikmati pelbagai kebajikan yang dibawa kerajaan Selangor dan keseimbangan politik melalui kestabilan kepimpinan PKR.

Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor bagi memperkukuh kedudukan politik negeri manakala Tan Sri Khalid memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menyatakan keyakinannya terhadap gandingan kedua-dua pemimpin dalam menerajui perubahan di Selangor.

“Secara idealnya, Tan Sri (Khalid) dengan kelebihannya yang bersih dan tidak rasuah terus menjadi Menteri Besar – mengetuai kepimpinan Selangor.
“Pada masa yang sama, Azmin dengan kepimpinan politik yang luas, secara idealnya dapat memberi hasil yang baik kepada parti dan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya.

Khairul Anuar juga menegaskan gandingan Abdul Khalid dan Azmin pasti membawa kebaikan kepada rakyat Selangor, seluruhnya.

“Kedua-dua mereka ikhlas. Azmin sendiri masuk sebagai Pengerusi MPN, ikhlas untuk memastikan dan membantu Tan Sri (Khalid), selain memastikan PKR dan Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa di Selangor.

“Dan, yang lebih penting lagi ialah soal rakyat. Bahawa PKR dan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid dan Azmin memang ikhlas untuk membantu rakyat,” katanya.

Argentina akan bertemu Jerman di suku akhir

JOHANNESBURG – Argentina menewaskan Mexico 3-1 di Stadium Soccer City awal pagi ini untuk menempah tempat ke suku akhir menentang Jerman 3 Julai depan.

Penyerang Manchester City, Carlos Tevez menyumbat dua gol untuk Argentina pada minit ke-26 dan 52 sementara satu lagi gol disumbangkan oleh Gonzalo Higuain pada minit ke-33.

Gol sagu hati Mexico diperolehi menerusi Javier Hernandez pada minit ke-71.



Sunday, June 27, 2010

11 maut dalam kebakaran di kelab malam

API MENJILAT KETIKA PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA DITAYANGKAN: Anggota pasukan bomba Indonesia memindahkan mayat seorang mangsa menyusuli kebakaran sebuah kelab malam di Surabaya, Jawa Timur, kelmarin. - Foto AFP

SURABAYA: Sebelas orang terkorban dalam satu kebakaran yang meranapkan sebuah kelab malam di Surabaya, ibu kota wilayah Jawa Timur, kelmarin.

Seorang warga Australia dan seorang warga Jepun termasuk antara mangsa yang mati dalam kebakaran itu, kata pegawai polis, Leftenan Kolonel Bahagia Dachi.

Polis mengenal pasti ekspatriat rakyat Australia itu sebagai Encik Peter Koon Ho Lee, 35 tahun, dan warga Jepun itu sebagai Encik Yoshifumi Chiba, 36 tahun.

Seorang wanita yang dilaporkan melahirkan seorang bayi semasa tragedi berlaku turut terkorban bersama bayinya, lapor laman berita akhbar Jakarta Globe.

Beberapa saksi memberitahu polis bahawa kebakaran awal pagi Jumaat itu berpunca daripada api rokok.

Menurut laporan, Redboxx Cafe terbakar sekitar 3.30 pagi sewaktu beratus orang memenuhi kelab malam di pusat bandar Surabaya itu untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Pasukan bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengawal kebakaran.

Leftenan Kolonel Dachi berkata lima mangsa berada dalam kedaan kritikal di hospital.

Menurut beliau, angka korban mungkin meningkat kerana pekerja penyelamat masih mencari mangsa yang mungkin terperangkap di bawah bumbung kelab malam yang roboh di tingkat dua. -- AP.



Saturday, June 26, 2010

Foto: Inilah Buktinya, Freedom Flotilla Bantu Teroris


Para petinggi Rezim Zionis Israel mengaku bahwa kapal-kapal para aktivis pembela Gaza yang masuk dalam konvoi Freedom Flotilla terpaksa diserang karena mengangkut senjata. Kapal-kapal itu juga memuat barang-barang yang bisa digunakan untuk membuat senjata oleh Hamas di Gaza.
Inilah barang-barang yang dibongkar muat oleh tentara Zionis dari kapal-kapal Freedom Flotilla.




Lagi foto di sini

Ariel 'Peterpan' Meninggal Dunia?

Jakarta - Beredar kabar bahwa Ariel 'Peterpan' meninggal dunia dalam tahanan polisi karena overdosis psikotropika. Benarkah?


Pesan tersebut beredar secara berantai melalui Blackberry Messanger mulai Sabtu (26/6) ini. Bunyinya sebagai berikut:

"Innalillahi wa innalillahi rodjiun, telah berpulang kepada tuhan yang mahakuasa, NAZRIEL IRHAM (ARIEL PETERPAN) yang menagalami overdosis zat psikotropika di dalam kamar tahanan pada jam 13:08 hari ini. marilah kita doakan agar arwahnya diterima di sisi tuhan yang maha kuasa. Amien."

Namun kabar tersebut tidak benar. Pantauan inilah.com di Mabes Polri, sekitar pukul 17.20 ada empat orang anggota keluarga menjenguk Ariel dengan membawa donut.

Kedatangan anggota keluarga ini sekaligus menepis adanya kabar bahwa Ariel meninggal. Namun saat diwawancara sejumlah wartawan, ke empat orang tersebut enggan memberikan keterangan dan langsung pergi meninggalkan Bareskrim.

Belum diketahui siapa penyebar rumor tersebut yang sepertinya bermotif ingin memperkeruh suasana. [mor]


Perak negeri ke-3 termiskin

“Perak mempunyai bilangan terbanyak seramai 192,000 keluarga, atau 12.5 peratus dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. Di bawah pemerintahan BN, Perak juga merosot menjadi negeri ke-3 termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Terengganu,” kata Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak.

Nga juga membidas kerajaan yang menasihatkan rakyat berjimat-cermat dan membayangkan kemungkinan subsidi barangan asas ditarik balik atau dikurangkan tetapi pada masa yang sama boros berbelanja.

“Contohnya, kerajaan belanja RM6,700 juta untuk membeli kapal peronda TLDM walaupun Malaysia adalah anggota treati antarabangsa anti perang dan berada di luar zon perang,” katanya.

Beliau berkata pengurusan kewangan yang lemah dan tindakan boros kian serius dan menyeru rakyat berubah untuk menyelamatkan negara daripada menjadi muflis menjelang tahun 2019.




Sultan mahu jambatan baru ganti Tambak Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006.

Titah baginda, pada majlis perasmian JB Sentral dan pelancaran Kembara Mahkota Johor (KMJ) di Johor Baharu, pagi ini, projek jambatan itu penting untuk rakyat.

Menurut Sultan Johor dengan terbinanya jambatan berkenaan ia melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.

Pada 18 Jun tahun lalu, almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah Sultan Johor itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail yang sekarang ini adalah Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya.




Lesen Judi: Pakatan Rakyat demi kesejahteraan rakyat

Setelah mendapat bantahan kuat daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang disokong olih rakyat terbanyak akhirnya Kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang pada awalnya bersetuju meluluskan lesen perjudian bola Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd telah membatalkannya malam tadi.

Hidup Pakatan Rakyat demi kesejahteraan rakyat




Friday, June 25, 2010

Seludup pasir ke Singapura

JOHOR BAHRU: Pasir bernilai jutaan ringgit difahamkan dibawa keluar secara haram dari Malaysia setiap hari melalui Sungai Johor, di sini.

Malah, kegiatan itu berjalan sejak tiga tahun lalu, lapor sebuah akhbar setempat semalam.

Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star, melaporkan bahawa sepasukan wartawan penyiasatnya, yang dinamakan Starprobe, yang ditugaskan menyiasat dagangan yang amat menguntungkan itu, mendapati pasir tersebut dibawa ke Singapura.

Meskipun terdapat pengharaman mengeksport pasir yang dikuatkuasakan kerajaan Malaysia.

Kerja-kerja melombong pasir memang biasa dilihat dilakukan di sepanjang sungai itu sedang sindiket-sindiket perlombongan mengangkut jutaan tan pasir secara haram setiap hari, termasuk pada hujung minggu dan hari cuti awam, melalui Danga Bay dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Dalang-dalang itu menggunakan baj-baj dan melalui perairan antarabangsa dari Kota Tinggi dan Ulu Tiram sebelum tiba di pelabuhan-pelabuhan setempat untuk dihantar ke Singapura.

Siasatan itu mendedahkan bahawa baj-baj tersebut belayar ke arah sebatang jeti swasta di Pulau Punggol Timur di Singapura, tempat pasir itu dipunggah.

Sebuah syarikat Singapura, yang mendapatkan pasir daripada rakan kongsinya di Malaysia, membekalkan bahan binaan itu kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura bagi menangani projek-projek binaan di negara itu, kata laporan The Star itu.

Lawatan pasukan Starprobe ke tempat pendaratan itu mendedahkan bahawa pasir daripada baj-baj itu dipunggah ke dalam trak-trak sebelum dibawa ke sebuah kawasan simpanan.

Jeti di Pulau Punggol Timur itu dipercayai hanya digunakan untuk membekal pasir.

Jeti swasta itu dipenuhi dengan timbunan pasir, kebanyakannya dari Malaysia dan beberapa negara jiran, tambah laporan itu.

Bagi memintas langkah pengharaman kerajaan Malaysia terhadap eksport pasir itu, sindiketsindiket tersebut dipercayai mengeksport bahan-bahan binaan yang mempunyai permintaan tinggi itu sebagai pasir silika yang sudah diproses atau dibungkus - barangan yang dibenarkan untuk dieksport.

Dengan memperolehi pasir daripada rakan niaga Malaysianya, syarikat Singapura itu dapat meraih keuntungan besar kerana ia hanya perlu membayar $30 bagi setiap meter padu pasir berbanding dengan $40 bagi jumlah pasir yang sama dari Thailand, Vietnam dan kemboja, kata The Star.

Dianggarkan lebih tiga juta meter padu pasir diseludup melalui Sungai Johor sejak Ogos 2007.

Sindiket-sindiket itu pula dianggarkan mengaup pendapatan RM44.9 juta ($19.3 juta) daripada penjualan 652,000 meter padu pasir sejak empat bulan lalu.

Ini bermakna mereka berupaya mengaup sejumlah RM251.9 juta dalam bentuk jualan pasir secara haram ke Singapura sejak tiga tahun lalu, jelas laporan akhbar itu.





Mengintai wanita mandi.

KUANTAN: Dia sudah beristeri dan mempunyai lima orang anak, namun kerana nafsu seorang lelaki berusia 44 tahun itu, masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruknya mengintai wanita mandi.

Namun, perbuatan lelaki berkenaan akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis ketika menghendap wanita berusia 25 tahun mandi di sebuah rumah di Taman Jasmin, di sini, pada kira-kira 7.30 malam, 21 Jun lalu.

Kelmarin, lelaki itu, Eddy Che Din, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkenaan dan dia mengaku bersalah.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman denda RM100 atau dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda itu.




Akses ke laman web disekat

LAHORE: Sebuah mahkamah Pakistan mengarahkan Penguasa Telekomunikasi Pakistan menyekat akses ke sembilan laman web, termasuk Google, Yahoo dan YouTube, kerana menghina umat Islam.

Hakim Mazhar Iqbal mengeluarkan arahan itu kerana 'bahan-bahan yang menentang prinsip asas dan ajaran Islam', menurut satu salinan pengadilan itu. -- AFP.




Bapa mentua dituduh lindungi Noordin Top

JAKARTA: Bapa mentua warga Malaysia yang ditembak mati di Indonesia, Noordin Mohammed Top, dihadapkan ke mahkamah Jakarta semalam dan boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun kerana pernah membantu dia mengelak tangkapan.

Baharudin Latif, yang dikenali juga sebagai Baridin, 55 tahun, ditangkap lima bulan selepas serangan-serangan nekad ke atas Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di Jakarta pada Julai tahun lalu, yang mengorbankan tujuh orang.

'Defendan dengan sengaja menawarkan bantuan dan kemudahan kepada pelaku pengganasan dengan menyembunyikan daripada polis dalang pengganas paling dikehendaki, Noordin Mohammed Top,' kata wakil pendakwaan, Encik Firmansyah, kepada mahkamah.

Beliau berkata Baharudin anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) sejak 1995 dan memimpin sebuah cawangannya di wilayah Jawa Timur pada 2000.

'Defendan diperkenal kepada Noordin Mohammed Top pada 2005 apabila dia mengambilnya di bandar Pemalang di Jawa Tengah dan melindunginya di rumahnya di Cilacap di Jawa Tengah,' tambah Encik Firmansyah.

Noordin kemudian menikahi anak perempuan Baharudin, Arina Rahmah, pada 2006 dan mereka mempunyai dua anak, menurut kumpulan pakar International Crisis Group (ICG).

Selepas bernikah Noordin tinggal di rumah Baharudin. Rahmah turut ditahan tetapi menafikan pernah mengetahui identiti sebenar suaminya. Anak lelaki Baharudin, Ata Sabiq Alam, 24 tahun, turut dibicarakan tetapi secara berasingan atas kesalahan sama.

Noordin terbunuh dalam satu serbuan polis September lalu. Dia memimpin sebuah kumpulan yang dinamakan Al-Qaeda di Nusantara dan bertanggungjawab ke atas beberapa serangan di Indonesia, termasuk pengeboman hotel dan bom trak di kedutaan Australia di Jakarta pada 2004.

Perbicaraan Baharudin dijalankan sehari selepas seorang suspek pengganas yang setia kepada Noordin, Abdullah Sunata, ditangkap bersama dua lagi suspek dalam satu serbuan di Jawa Tengah kelmarin. Seorang lagi suspek terbunuh dalam operasi itu.

Bahan letupan dan maklumat yang menunjukkan ada komplot menyerang kedutaan Denmark di Jakarta dilaporkan ditemui dalam serbuan itu tetapi ini belum dapat disahkan. -- AFP.



Pakaian dalam milik Cut Tari yang menjadi barang bukti

WALAUPUN sudah disyaki sebagai suspek utama, Ariel Peterpan masih belum mengakui bahawa dia memiliki video porno mirip dirinya bersama-sama dua selebriti wanita iaitu Luna Maya dan Cut Tari.

Setiap kali disoal, Ariel selalu memberi jawapan yang berbelit-belit, kata Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta ketika dihubungi semalam.

Dia juga mendakwa penyanyi lagu popular Mungkin Nanti itu tidak memberikan kerjasama ketika siasatan dilakukan.

"Dia (Ariel) selalu mengelak, jawapannya juga berbelit," ujarnya.

Sementara itu, Marwoto enggan memberikan komen berhubung pakaian dalam milik Cut Tari yang menjadi barang bukti.

Menurutnya, pihak polis masih mengumpulkan bukti berkaitan kes video porno milik bekas model iklan produk pendingin udara itu.

"Kita mencari bukti lagi," katanya.




Pinjaman Penuh PTPTN Jika Pendapatan Keluarga Bawah RM4,000

KUALA LUMPUR: Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pendapatan bulanan bersih keluarga mereka RM4,000 ke bawah layak mendapat pinjaman penuh iaitu meliputi yuran dan sara hidup dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kadar pendapatan bersih bulanan keluarga pelajar yang layak mendapat pinjaman penuh sebelum ini ialah RM3,000 ke bawah.

"Sebelum ini juga keluarga pelajar berpendapatan bersih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan mendapat pinjaman yang meliputi yuran dan sebahagian sara hidup, manakala yang berpendapatan RM5,000 ke atas hanya dapat pinjaman untuk yuran.

"Langkah PTPTN untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih keluarga ini akan memperluaskan lagi peluang pelajar IPT yang layak untuk diberi pinjaman penuh berasaskan kepada kriteria yang memang telah ditetapkan seperti kursus yang diambil ada akreditasi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Pembangunan Keusahawanan IPT di sini semalam. - BERNAMA




Laporan rasuah terhadap Taib Mahmud ditarik balik

SHAH ALAM, 24 Jun – Tiga individu yang menggelarkan diri mereka ‘Rakyat Sarawak Anti Rasuah’ pergi ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor di sini hari ini. Mereka mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melakukan salah guna kuasa dan memiliki harta kemewahan di luar negara yang dianggarkan melebihi ratusan juta ringgit.

Isu salahgunakuasa Taib Mahmud ini didedahkan di laman sesawang sarawakreport.org yang menyenaraikan aset kemewahan yang tidak sesuai dengan pendapatannya sebagai Ketua Menteri.

Tiga pengadu itu ,Ahmad Nazib Johari , James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa, selepas hampir tiga jam membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di sini, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

” Dalam laporan itu, terdapat tuduhan terhadap Ketua Menteri Sarawak, jadi kami ingin SPRM menjalankan siasatan berhubung empayar yang dimiliki oleh Taib Mahmud dan keluarganya di Kanada” ujar James.

” Selepas membuat laporan kami meminta salinan berkenaan, namun SPRM menolak untuk memberikan salinan laporan itu, jadi kami mengambil keputusan untuk menarik balik” tambahnya lagi.

Menurut peguam mereka, Ahmad Nazib Johari, mereka menuntut agar salinan laporan diberikan namum SPRM gagal menunjukkan mana-mana peruntukan yang menyatakan perkara tersebut.

“Dan dia menyatakan bahawa dia, tiada provision, tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang untuk semua aduan di mana salinan diberikan kepada pengadu,tetapi dia tidak berjaya menunjukkan kepada kita ada peruntukan, ada asas untuk yang dia tidak boleh serahkan laporan kita, jadi dia kata itu prosedur kita” ujar Nazib, mengulangi apa yang dikatakan oleh pegawai SPRM bertugas.

“Kita tak sama dengan polis, kalau kamu buat laporan di Balai Polis, kamu boleh bagi salinan aduan, tetapi kalau di SPRM, kami tidak boleh bagi” sambungnya lagi.
Ditanya tentang kesahihan maklumat yang menjadi asas laporan mereka, Ahmad Nazib menuntut agar perkara yang dilaporkan dalam sarawakreport.org itu disiasat bagi membuktikan kebenarannya.

“Perkara ini adalah berita,surat khabar dan apabila ada khabar berita dan kita dengar, dan itu dalam proses untuk melihat kebenarannya kita kena buat aduan ataupun laporan,dan untuk memastikan laporan itu tadi benar ataupun tidak,hendaklah di jalankan siasatan, jadi pihak yang dipertanggungjawabkan membuat siasatan apa-apa kaitan dengan rasuah jenayah,ialah pihak-pihak yang mempunyai kuasa,SPRM , polis , pelaksanaan” tambah beliau lagi.

PKNS bincang peletakan jawatan Azmin

SHAH ALAM, 24 Jun – Pejabat Menteri Besar Selangor mengesahkan telah menerima faks peletakan jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Faks tersebut diterima tengah hari semalam, demikian menurut kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

“Kerajaan negeri menghormati keputusan YB Azmin Ali namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh membuat sebarang komen sehingga ahli lembaga pengarah PKNS menimbangkan peletakan jawatan itu,” kata kenyaaan itu.

Mesyuarat Exco meluluskan pelantikan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS pada Februari 2009

Pelantikan itu untuk tempoh dua tahun, berkuatkuasa 10 Februari 2009 dan sepatutnya tamat pada Februari 2011.

Selain beliau, turut dilantik sebagai ahli lembaga pengarah PKNS ialah Exco kerajaan negeri Teresa Kok dan Iskandar Abd Samad.

Azmin merupakan Naib Presiden PKR dan Anggota Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. – MALAYSIAKINI

Thursday, June 24, 2010

PDRM talibarut penganas

Polis Sarawak didakwa menyokong keganasan apabila membenarkan syarikat pembalakan Lee Ling Sdn Bhd, membubarkan sekatan di jalan-jalan balak di kawasan penempatan peribumi Sarawak di Limbang.

Merujuk kepada kejadian 20 Jun lalu, kumpulan pejuang hak kaum peribumi, Yayasan Bruno Manser (BMF), berkata Lee Ling menghantar tiga anggota polis yang tidak berpakaian seragam dengan kenderaan syarikat berkenaan ke kawasan sekatan di Long Sebayang.

Seorang anggota polis itu yang dilengkapi dengan sepucuk pistol dan mengarahkan penduduk sekitar supaya yang membubarkan sekatan dan memberi laluan kepada Lee Ling untuk membawa keluar balak yang ditebang.

Menurut penduduk tempatan, Lee Ling bercadang untuk menebang pokok di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai kawasan perladangan.

Sekatan berkenaan didirikan oleh penduduk Lun Bawang, Penan dan Tabun dari kampung sekitar sebagai usaha terdesak mereka sejak kebelakangan ini bagi menghalang tanah adat dan pusaka mereka daripada terus dicabuli. Walaupun banyak sekatan didirikan, sebahagian besarnya telah dirobohkan oleh polis.

Kerajaan Taib tidak mengiktiraf Hak Pusaka Orang Asli (NCR) meskipun ia termaktub dalam adat resam mereka dan juga perlembagaan negeri dan persekutuan.

Penduduk di kawasan pendalaman Limbang itu juga membuat laporan polis mendakwa dikasari oleh pekerja Lee Ling. Namun mereka mendakwa, tiada siasatan polis dijalankan berbanding sokongan yang diberikan kepada syarikat pembalakan itu.


Aking Anung, seorang penduduk Penan dari kampung Long Keneng, membuat laporan polis di Limbang, mendakwa dia diserang di sekatan jalan oleh pengurus Lee Ling yang bernama “Ah New”, pada hari polis membuat lawatan. Dakwa Aking, pengurus itu mengugutnya dengan sebilah parang.

Setelah diserang, Aking berkata dia melarikan diri kerana tidak mahu dicederakan.

Bita Pelisi, seorang lagi penduduk di sekatan jalan itu juga mendakwa “Ah New” menyerangnya di bahagian muka sehingga menyebabkan hidungnya berdarah.

Katanya, pekerja Lee Ling kemudian mengugut penduduk bahawa mereka akan membawa lebih ramai orang untuk membelasah mereka jika sekatan tidak dirobohkan.

Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah antara lembaga pengarah di firma Quality Concrete, yang merupakan syarikat induk Lee Ling.

Azmin cuba guling MB Selangor?

Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.

Surat perletakkan jawatan itu saya serahkan tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.

Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.

"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.



Skandal pasir di Selangor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat dakwaan skandal perlombongan pasir di Selangor yang membabitkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pihak SPRM perlu menjalankan siasatan secara teliti, terperinci dan menyeluruh dalam sesuatu penyiasatan kes rasuah bagi mendapatkan bukti dan keterangan yang mencukupi.

"Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Wee ingin tahu apakah tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan syarikat berkenaan.

Mohamed Nazri berkata, SPRM sebelum ini telah mengambil tindakan terhadap sindiket mencuri pasir secara haram membabitkan beberapa negeri termasuk Selangor.

"Setakat ini seramai 42 orang telah pun ditangkap dan 22 pertuduhan telah dibuat di mahkamah," katanya.

- Bernama



RM55 juta untuk 11 pilihan raya kecil

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008.

PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihan raya berkenaan.

Tahun lalu, Dewan Rakyat mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk lima pilihan raya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit dan Selambau). Itu baru lima pilihan raya kecil.

Bagi baki enam pilihan raya kecil yang lain, PAS menganggarkan PDRM belanjakan tidak kurang RM5 juta bagi setiap tempat.

Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.

Ini menunjukan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak daripada SPR yang menganjurkan pilihan raya.

PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan yang dibuat oleh PDRM kerana ini melibatkan wang rakyat. Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara ini.

Bagi PAS, jumlah lebih RM 55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas menjaga pilihan raya.

PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven. Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakan.

Penulis adalah ketua penerangan PAS

Dihukum rotan, jel kerana bergaul bebas

RIYADH: Para pegawai kehakiman berkata sebuah mahkamah Arab Saudi mendapati kelmarin sekumpulan empat wanita dan 11 lelaki bersalah bergaul secara bebas dalam sebuah pesta dan mengenakan hukuman sebat dan penjara ke atas mereka.

Lelaki-lelaki itu, yang berusia antara 30 dengan 40 tahun, dan tiga daripada wanita tersebut, yang berusia bawah 30 tahun, dikenakan hukuman sebat yang tidak didedahkan butirnya serta penjara satu atau dua tahun setiap seorang.

Wanita keempat, yang diistilahkan sebagai di bawah umur, dikenakan hukuman sebat 80 kali tetapi tidak dikenakan hukuman penjara.

Keputusan itu dibuat oleh sebuah mahkamah di Ha'il, sebuah bandar di kawasan utara Arab Saudi.

Pegawai polis ternampak kumpulan itu sedang berpesta hingga subuh bulan lalu, kata para pegawai tersebut, yang bercakap atas syarat nama mereka tidak didedahkan kerana tidak diberi kuasa menghubungi media. - AP.





Tembak mati bayi sendiri

VIENNA (New York): Seorang bapa yang mempunyai rekod jenayah menembak mati bayi lelakinya berusia tiga bulan di depan anggota polis semalam, sebelum dia ditembak para pegawai itu dan cedera parah.

Adam Theall, 21 tahun, yang berada di luar rumahnya di Oneida County, New York, menembak anaknya menggunakan senapang patah sebelum mengacukan senjatanya ke arah tiga anggota polis yang tiba selepas menyahut satu panggilan kecemasan, menurut jurucakap polis. -- AP.



Thaksin gesa pilihan raya diadakan dalam masa terdekat

TOKYO: Kerajaan Thailand harus mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat untuk membuktikan ia mempunyai mandat rakyat selepas tercetusnya protes yang menyebabkan 90 orang mati di ibu kota negara itu, kata peguam kepada bekas perdana menteri Thai yang kini diburu polis, Encik Thaksin Shinawatra, semalam.

Encik Robert Amsterdam, yang mewakili Encik Thaksin, berkata cara kerajaan Thai menangani protes kumpulan 'Baju Merah' menunjukkan ia tidak mendapat sokongan rakyat dan takut terhadap kepulangan Encik Thaksin, yang kini digelar pengganas oleh pihak berkuasa Thai atas dakwaan membangkitkan pergolakan itu.

Encik Thaksin diguling dalam satu rampasan kuasa tentera Thai pada 2006.

Pilihan raya baru tuntutan utama 'Baju Merah', yang terdiri daripada penduduk miskin kawasan bandar dan luar bandar, aktivis demokrasi dan ahli politik yang setia kepada beliau.

Encik Thaksin, yang kini hidup dalam buangan di Eropah, menghadapi tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi masih mempunyai pengikut setia kerana dasar-dasar populisnya.

Kerajaan Thai telah mengeluarkan waran tangkapan terhadap Encik Thaksin atas dakwaan pengganasan, langkah yang disifatkan Encik Amsterdam sebagai satu kesilapan taktikal.

'Saya fikir mereka telah membuat kesilapan serius dalam menggelar beliau seorang pengganas. Saya fikir mereka telah mengurangkan peluang mereka mendapat sebarang negara menyerahkan beliau kerana ada kemungkinan beliau menghadapi hukuman mati bagi dakwaan itu,' ujarnya.

'Mereka takut kepada Thaksin. Mereka takut pada orang yang dipilih rakyat,' tambah Encik Amsterdam. -- AP.


Wednesday, June 23, 2010

“pelakon” video porno mengaku

JAKARTA: Penyanyi rok Indonesia, Nazril Ariel, menyerah diri semalam kepada polis selepas dua klip video melibatkannya bersama temanita selebritinya muncul di Internet dan mencetus perdebatan hangat mengenai pornografi Internet.

Ariel, 28 tahun, vokalis terkenal kumpulan Peterpan, memainkan peranan utama dalam skandal yang digelar sebagai 'Peterporn' itu.

Klip video babak-babak 'panas' itu mula disiarkan di laman-laman web Indonesia awal bulan ini.

'Ariel menyerah diri hari ini (semalam) pada 3 pagi selepas polis menamakan dia sebagai seorang suspek yang melanggar undang-undang antipornografi.

'Jika dia tidak menyerah diri kami sememangnya mahu menangkapnya,' kata timbalan jurucakap polis Indonesia, Brigedier Jeneral Zainuri Lubis.

Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, telah menyebut tentang skandal klip video itu dalam usahanya mendapatkan sokongan bagi melaksana kawalan lebih ketat ke atas penggunaan Internet.

'Kami semakin bertambah sedar bahawa negara kita seharusnya tidak terus telanjang dan dihancurkan oleh kegilaan teknologi maklumat itu, kerana adanya ramai mangsanya,' kata beliau kepada wartawan Jumaat lalu.

Video-video itu didakwa difilemkan Ariel dan menunjukkan dia mengadakan hubungan seks dengan temanitanya, Luna Maya, 26 tahun, dan bekas temanitanya, Cut Tari, 32 tahun, pada dua masa berasingan.

Kedua-dua wanita itu personaliti televisyen terkenal di Indonesia tetapi kerjaya mereka terjejas sejak timbulnya klip video itu dan mereka telah digugurkan daripada senarai penaja korporat.

Cut, yang sudah berkahwin, boleh menghadapi hukuman penjara sehingga sembilan bulan atas kesalahan berzina, dan menghadapi satu lagi pusingan sesi soal siasat semalam, kata polis.

Para selebriti itu menafikan mereka memuat naik klip-klip video itu ke Internet, tetapi masih boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 12 tahun kerana melanggar undang-undang pornografi negara itu.

Kes itu ujian pertama besar bagi pelaksanaan undang-undang tersebut, yang mengenakan hukuman penjara berat bagi sesiapa yang menerbitkan, mengedar, mendagang atau menyediakan pornografi.

Undang-undang itu, yang mengistilahkan pornografi sebagai semua penerbitan dan 'gerak badan' yang dianggap lucah atau berupaya melanggar prinsip moral awam, telah dikritik oleh kumpulan-kumpulan hak asasi dan masyarakat sivil yang berasa ia mengancam fahaman majmuk di Indonesia.

Dr Yudhoyono minggu lalu berkata skandal 'Peterporn' itu menekankan peri perlunya lebih banyak kawalan ke atas Internet, yang menjadi sumber pornografi. -- AFP.



Sekilas Dunia

39 korban banjir di Brazil

RIO DE JANEIRO: Banjir menyusuli hujan lebat mengorbankan 39 orang di timur Brazil, sementara 1,000 lagi hilang dan 100,000 penduduk hilang tempat tinggal, menurut laporan kelmarin.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva mengadakan semalam mesyuarat tergempar kabinet dan berkata pemerintah akan mengeluarkan dana pusat bagi membantu mangsa banjir.

'Sehingga petang tadi 26 orang disahkan mati di wilayah Alagoas dan lebih 1,000 orang hilang,' kata Gabenor Alagoas, Encik Teotonio Vilela Filho.

Sungai Mundau dilapor melimpahi tebing di bandar Uniao dos Palmares, menyebabkan 500 orang hilang. -- AFP.



Rang sekat Iran disetujui

WASHINGTON: Anggota kanan Kongres Amerika Syarikat yang melakar rang sekatan ke atas Iran mencapai persetujuan kelmarin mengenai beberapa langkah bagi memaksa Teheran melupus program nuklearnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat, Encik Chris Dodd, dan Pengerusi Ehwal Luar Dewan Perwakilan, Encik Howard Berman, berkata rang itu sudah diedarkan dan Kongres dijangka meluluskan rang itu seawalnya minggu ini.

Rang itu menjadikan sasaran firma pembekal petroleum ditapis, seperti bahan bakar jet, kepada Iran.

Ia juga melarang firma yang berurusan dengan entiti Iran yang disenarai hitam beroperasi di Amerika. -- AFP.



Bekalan elektrik terputus di Saudi

RIYADH: Suhu tinggi yang mencapai 50 darjah Celsius di samping ribut pasir menyebabkan bekalan elektrik terputus di barat Arab Saudi.

Permintaan kuasa elektrik untuk alat hawa dingin yang meningkat menyebabkan janakuasa rosak, mengakibatkan banyak bandar terputus bekalan, kata Saudi Electric Company (SEC).

'Bekalan elektrik terputus kerana permintaan bertambah,' kata seorang pegawai SEC, Encik Ahmed al-Dubekhi. -- AP.



Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.

Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini hari ini.

Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas.

Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. BERNAMA




Tuesday, June 22, 2010

Tonton Video Porno Ariel

Andika 'The Titans' sudah menjalani pemeriksaan sebagai saksi atas kasus video porno Ariel. Andika mengaku, saat diperiksa polisi mempertontonkan video porno tersebut.


"Saya dari dulu nggak pernah melihat video yang aneh-aneh dari zaman dulu karena setiap manggung beres, rekaman beres. Kita masing-masing punya keluarga. Jadi langsung pisah ke rumah masing-masing. Kita nggak pernah nonton, nggak pernah tahu video itu," ungkap Andika saat ditemui di Bareskrim Mabes Polri, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, Selasa (22/6) petang.


Namun selama penyidikan terhadapnya sejak pukul 09.00 WIB, Andika mau tak mau jadi melihat video porno Ariel, Luna Maya, dan Cut Tari. Andika mengatakan, "Di dalam kurang lebih seperti itu. Kepastian saya tidak yakin, karena saya bukan pakar telematika. Suara kurang jelas, fisik juga. Intinya aku dan Indra tidak 100% yakin."


Sampai sejauh ini, selain Andika yang diperiksa sebagai saksi, Selasa (22/6) pagi tadi, Cut Tari dan Indra 'The Titans' juga diperiksa. Tanpa terkecuali Ariel yang diperiksa dengan status tersangka. [aji/mor]



Rombakan dalam kepimpinan PKR

"Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti," Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Bernama.

Saifuddin berkata parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.

Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan anggota majlis pimpinan pusat, akan diberi peranan lebih besar.

Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti.

Terdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti Jonson Chong akan diganti dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.



DAP Perak kutip tandatangan pengundi

DAP Perak akan melancarkan kempen mengutip tandatangan dari rumah ke rumah di Malim Nawar "untuk menuntut peletakan jawatan segera" ADUN Keshvinder Singh, yang keluar parti itu minggu lalu untuk menjadi Bebas yang mesra BN.

Ini akan memberikan peluang kepada pengundi di Malim Nawar untuk menentukan masa depan politik ADUN mereka, tegas naib presiden DAP yang juga timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran (kiri).

"Kita akan kembali kepada para pengundi untuk mendapatkan keputusan mereka kerana mereka yang memilihnya atas tiket DAP dan merekalah yang harus memutuskan masa depan politiknya," katanya.



Dewan Rakyat tiada hak putuskan kes Tian Chua

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Dewan Rakyat tidak berhak untuk masuk campur bagi menentukan Tian Chua masih anggota Parlimen yang sah atau tidak.

Pengerusi Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia, Edmund Bon (gambar) berkata, perlembagaan telah dipinda sebelum ini yang menetapkan Parlimen tidak berhak untuk campur tangan.

"Ia terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memilih pandangan denda RM2,000 sudah gugurkan hak Tian Chua sebagai MP Batu atau menyokong pandangan Hakim Ghazali Cha bahawa denda RM2,000 itu menyelamatkan kerusi itu dari kosong," kata Edmund kepada Harakahdaily.

Edmund mengulas pandangan Timbalan Spaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata ahli parlimen Batu itu boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ini berikutan dari pandangan umum bahawa denda RM2,000 itu sudah menghilangkan kelayakan Tian Chua sebagai MP. Pandangan ini turut dikongsi oleh Karpal Singh.

Bagaimanapun, Edmund berkata, dalam satu kes di Mahkamah Persekutuan,
PP v. Leong Ying Ming (1993), hakim Gan Chit Tuan telah membuat tafsiran yang jelas dalam kes ini.

Dalam kes itu, hakim itu mentafsirkan, hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun bermakna lebih dari lima tahun iaitu lima tahun satu hari.

"Dalam kes Tian Chua, tidak kurang dari RM2,000 bermakna lebih dari RM2,000. Ini bermakna denda RM2,000 melepaskan Tian Chua dari kehilangan kerusi ini," kata Edmund.

Pagi tadi, dua peguam Tian Chua, Ranjit Singh dan Amir Hamzah telah menemui Hakim Ghazali Cha.

Dalam pertemuan itu, kedua-duanya memaklumkan hakim itu kes 1993 itu. Ini telah menguatkan lagi keputusan hakim itu yang berkata dalam penghakimannya sebelum ini, keputusan menurunkan denda kepada RM2,000 itu untuk membolehkan tidak ada pilihan raya kecil berlaku.

Ketika ditanya, apakah yang akan berlaku selepas ini, Edmund berkata, kini bergantung kepada SPR.

"Jika SPR putuskan Tian Chua hilang kerusinya, maka saya nasihatkan Tian Chua membantah keputusan SPR itu di mahkamah menggunakan kes 1993 ini ini.

"Lagipun, jika ini yang dipakai SPR bermakna Tian mesti lawan kerana jika beliau bersetuju bermakna beliau menerima untuk tidak menyertai sebarang pilihan raya dalam tempoh lima tahun dari sekarang kerana jika ini terpakai Tian hilang hak untuk menyertai sebarang pilihan raya selama lima tahun," katanya. - Harakah




Monday, June 21, 2010

Musa Hitam Didesak Letak Jawatan Pengerusi Sime Darby

KUALA LUMPUR: Seorang Anggota Parlimen hari ini mendesak Pengerusi Sime Darby Berhad Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan dengan serta-merta kerana kerugian besar yang dialami syarikat itu.

Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) berkata, kerugian syarikat itu dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi syarikat tersebut telah menafikannya.

Ini bermakna Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang sahamnyamalah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia danSuruhanjaya Sekuriti.

"Saya juga hairan bagaimana Musa boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarahnya tidak tahu-menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukankerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Sime Darby hanya mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan yang lain yang turut terlibat dalam membuat keputusan. - BERNAMA




Lupuskan semua bahan sejarah demi memakmurkan menteri

Penjara Pudu Berusia 100 Tahun Akan Diroboh Hari Ini



TINGGALAN SEJARAH ... Pejalan kaki melintasi Tembok Penjara Pudu yang dipenuhi dengan mural yang bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu bagi memudahkan pengguna jalan raya pada masa hadapan. Pembinaan laluan bawah tanah ini merupakan alternatif yang menghubungkan Jalan Pudu menuju ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah. Mural Penjara Pudu dilukis oleh beberapa banduan yang diketuai oleh Khong Chong Yen dengan menggunakan 2,000 liter cat sepanjang 384 meter dan setinggi 4.5 meter. Ia dilukis pada tahun 1983 dan memakan masa lebih setahun untuk disiapkan dan pernah diiktiraf oleh Guinness Book of Records. Tembok itu akan mula dirobohkan pada waktu malam mulai 20 hingga 23 Jun ini. - Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Tiba detik 10 malam ini, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter (m) dan sepanjang 394m yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).

Namum begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr Radzi Jaafar dan Dr Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandaraya Kuala Lumpur. - BERNAMA




Video seks: Lagi ramai selebriti wanita Indon juga terlibat


JAKARTA: Kes bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel, bersama aktres Luna Maya dan Cut Tari (gambar) bertambah mengejutkan dengan pendedahan sekurang-kurangnya 32 lagi artis didakwa terbabit.

Sementara itu, polis mengesahkan vokalis dan dua pelakon berkenaan adalah pelaku seks membabitkan klip video lucah yang tersebar luas di Indonesia itu.

Ariel kini berhadapan dengan tuduhan merakamkan perbuatan seks bersama dua aktres berkenaan. Sebahagian besar wanita yang ditiduri Ariel itu adalah artis dan selebriti Indonesia, lapor sebuah laman yang memetik sumber.

Lebih 300 remaja Melayu terlibat dalam gejala seks

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 dengan 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa, malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga, termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya.

Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperolehi daripada kajian enam bulan bertajuk Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada menengah satu hingga menengah lima, serta remaja di bawah usia 25 tahun.

Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Profesor Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada 'dunia seksual' seawal sekolah rendah, termasuk memuat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau berkata penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka. -- BMM.




Sekilas Dunia

Bangladesh tutup universiti terkenal

DHAKA: Bangladesh menutup universiti kejuruteraan terkenalnya di ibu negara Dhaka untuk tempoh yang belum dipastikan kelmarin selepas pelajarnya yang mahu bercuti untuk menonton Piala Dunia mengamuk di kampus.

Sekurang-kurangnya empat pelajar tercedera terkena batu yang dilontar dan pecahan tingkap dari pejabat Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh (BUET) dalam keganasan itu.

Pelajar menuntut agar cuti dicepatkan tujuh hari ke minggu depan bagi membolehkan mereka menonton kejohanan bola sepak terbesar yang berlangsung di Afrika Selatan itu menerusi kaca televisyen. -- Reuters.



Tidak rasa bersalah leteri suami

LONDON: Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak berasa bersalah kerana berleter terhadap suami mereka manakala golongan suami pula secara rahsia merasakan mereka sentiasa betul.

Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit atau hampir enam hari setahun dengan berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum dan kesihatan mereka.

Satu kajian membabitkan lebih 3,000 orang menunjukkan perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka ialah tidak membantu mengemas rumah. -- Agensi.



10 jemaah umrah Pakistan terkorban

RIYADH: Seramai 10 warga Pakistan terkorban sementara lagi 25 cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak, apabila bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan Makkah, lapor media setempat semalam.

Bas yang membawa jemaah umrah itu terbalik di sebatang lebuh raya di antara Makkah dengan Madinah, berdekatan Khulais yang terletak 80 kilometer ke utara Jeddah. -- AFP.



BP bayar pampasan AS$104 juta

HOUSTON: Syarikat minyak British Petroleum (BP) telah membayar pampasan bernilai sekitar AS$104 juta ($144 juta) sejauh ini ekoran kejadian tumpahan minyak di Teluk Mexico.

Menurut syarikat itu, lebih 31,000 cek diberikan kepada penduduk yang menetap di sepanjang pesisir teluk itu dalam tempoh tujuh minggu lalu.

'Tumpuan kita ialah memberi pampasan kepada para nelayan, penangkap udang, pemilik kondominium dan golongan lain yang tidak dapat mencari nafkah ekoran tumpahan minyak ini,' kata ketua pasukan tuntutan BP, Encik Darryl Willis.

Menurutnya lagi, pihaknya sedang menangani tuntutan pampasan lebih rumit dan telah berjaya membayar pampasan kepada lebih banyak entiti komersial.

BP telah menerima sekitar 64,000 tuntutan sejauh ini.

Pasukan tuntutan seramai 1,000 pegawai itu dikatakan bekerja keras sepanjang masa untuk menguruskan tuntutan pampasan tersebut.

Sebelum ini, BP bersetuju memperuntukkan sebanyak AS$20 bilion bagi dana tuntutan pihak ketiga untuk membayar mangsa tumpahan minyak itu.

Sehingga 60,000 tong minyak sehari dikatakan melimpah keluar dari telaga bawah laut sejak pelantar BP, Deep-water Horizon, meletup dan mengorbankan 11 pekerja 20 April lalu.

Tumpahan minyak itu mengancam hidupan marin dan haiwan liar dekat pantai, industri perikanan serta pelancongan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BP, Encik Tony Hayward, dikecam hebat kelmarin kerana menghadiri pertandingan kapal layar di Isle of Wight, England, sedang masalah pencemaran tumpahan minyak itu masih belum selesai.

BP, bagaimanapun, mempertahankan tindakan Encik Hayward bercuti bersama anak lelakinya di Britain itu.

'Di mana pun beliau berada, beliau sentiasa berhubungan dan tahu apa yang berlaku dalam BP,' kata jurucakap syarikat itu, Encik John Curry.

Seorang lagi jurucakap syarikat itu, Encik Robert Wine, berkata kelmarin merupakan hari pertama Encik Hayward mengambil cuti sejak tumpahan minyak itu berlaku.

Kapal layar milik Encik Hayward mendapat tempat keempat dalam pertandingan yang diadakan.

Senator Alabama, Encik Richard Shelby, menyifatkan tindakan Encik Hayward menghadiri pertandingan kapal layar itu sebagai satu tindakan yang 'sombong'.

'Apa yang boleh saya katakan ialah kapal layar itu sepatutnya berada di sini dan membersihkan tumpahan minyak di sini,' kata Encik Shelby.

Alabama merupakan salah satu daripada empat negeri yang terjejas teruk oleh tumpahan minyak itu. -- AFP, Bloomberg.



Amah Thai ganti pembantu Indon

RIYADH: Satu kempen untuk mendapatkan pembantu rumah dari Thailand bagi menggantikan amah warga Indonesia kini giat dijalankan di Arab Saudi.

Sambil menyelar tindakan menaikkan bayaran bagi mendapatkan pembantu rumah Indonesia yang dianggap tidak berpatutan dan melampau khususnya komisen untuk ejen, beberapa agensi pekerjaan Saudi menggesa pihak berkuasa negara itu agar memulakan langkah mendapatkan pembantu rumah dari Thailand, lapor akhbar Al-Riyadh.

Dua bulan lalu, pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan syarikat pembekal tenaga kerja asing supaya berhenti mengambil amah dari Indonesia kerana peningkatan kos berkenaan.

'Ejen di Indonesia terbabit dalam satu bentuk peras ugut. Komisen yang enam bulan lalu hanya 200 Riyal ($73), kini dinaikkan kepada 800 Riyal.

'Kami menjadi mangsa sikap tamak mereka,' kata seorang ejen Arab Saudi yang tidak mahu didedahkan namanya.

Terdapat 1.5 juta warga Indonesia bekerja di negara itu.

Seorang pengusaha syarikat pembekal tenaga kerja asing di Arab Saudi, Encik Jamal Al-Mufawaz, berkata usaha mendapatkan pembantu rumah Islam Thai bukan perkara baru kerana mereka pernah diambil bekerja 20 tahun lalu.

Selain Thailand, syarikat seumpama itu juga berusaha mendapatkan pembantu rumah daripada kalangan warga Vietnam dan Kemboja. -- Agensi.



Saturday, June 19, 2010

Darjah kebesaran? Rakyat pun tak heran...!!

Kenyataan Media Datuk Chua Jui Meng berkaitan penarikan balik Darjah Kebesaran Negeri Johor

19hb Jun 2010


Umum menyedari bahawa Setiausaha Jemaah Majlis Di Raja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramly telahpun memaklumkan kepada saya bahawa dua darjah kebesaran, DPMJ dan SPMJ telahpun ditarik balik. Saya menerima surat rasmi mengesahkan perkara itu pada 15hb Jun 2010.

Walaupun tiada alasan yang diberikan berhubung penarikan darjah kebesaran itu, saya menerimanya kerana keputusan tersebut bergantung kepada budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Saya dengan berlapang dada bersedia menyerahkan kembali pingat-pingattersebut.

Saya juga memaklumkan kepada Datuk Rahim bahawa pingat ketiga dari Johor iaitu P.I.S akan dikembalikan bersama pingat-pingat lainnya.

Saya menyedari sebaik sahaja menyertai Pakatan Rakyat, pasti berhadapan dengan pelbagai onakdan duri, justeru saya bersiap sedia untuk terus mara bersama perjuangan ini.

Ramai dari rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut Perubahan sehinggaterpaksa merengkok dalam penjara. Makanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan yang besar, seperti pepatah yang berbunyi,

"Tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali"

Pendek kata, saya sebenarnya amat bertuah.

Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk mengganggu saya. Sebaik sahajapengumuman penarikan tersebut, sokongan rakyat datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.

Sokongan ini menunjukkan rakyat menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian dari kerajaan Umno-Bn. Mereka juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-Bn yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini kehadapan

Apa yang dikesalkan, mereka gagal untuk menangani isu mendasar berkaitan kemaslahatan rakyatterbanyak: kita berhadapan dengan ketirisan serta rasuah yang berleluasa, masyarakat yangterpinggir dan kebijakan ekonomi yang berat sebelah.
Sebaliknya mereka meneruskan amalan politik ugut mengugut yang lapuk dan usang.

Tindakan mereka ini hanya memperkukuh iltizam saya untuk bersama PR dan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua. Saya yakin saya berada di landasan yang tepat.

Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secarajujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008 rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-Bn.

Datuk Chua Jui Meng




Pelajar dijatuhi hukuman penjara dua tahun, denda RM8,000

MELAKA: Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara maksimum selama dua tahun dan denda RM8,000 ($3,415) terhadap seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi.

Ini selepas dia mengaku bersalah menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat bayi lelaki dilahirkan teman wanitanya di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19 tahun, yang dituduh bersama teman wanitanya seorang pelajar berusia 15 tahun, melakukan kesalahan berkenaan antara 12 dengan 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.

Teman wanitanya, yang turut mengaku bersalah atas tuduhan sama, dikenakan bon berkelakuan baik sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin selama dua tahun.

Dia turut diperintah melapor diri di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan balai polis berhampiran secara tetap selama dua tahun.

Selain itu, dia perlu berada di rumah selewat-lewatnya 6 petang setiap hari bagi tempoh dua tahun dan perlu mengikuti bengkel interaktif anjuran jabatan berkenaan.

Kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum hukuman dijatuhi, Majistret Muhamad Faizal Ismail turut meneliti laporan sosial dan laporan akhlak yang disediakan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Farah Wahida Md Nor.

Ketika ditemui selepas prosiding berkenaan, Cik Farah Wahida, berkata majistret memberitahu hukuman yang diputuskan itu berdasarkan kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Beliau berkata majistret berharap hukuman berkenaan dijadikan peringatan kepada masyarakat supaya tidak melakukan jenayah yang sama, sekali gus sebagai pengajaran kepada kedua-dua pesalah muda tersebut.

Cik Farah Wahida turut memaklumkan, ketika merayu hukuman diringankan, Muhammad Safiuddin memberitahu mahkamah, dia ingin meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah. -- BHM.





Lombong meletup: 70 dikhuatiri maut

AMAGA (Colombia): Sekitar 70 pekerja lombong dikhuatiri maut selepas sebuah lombong arang batu di bawah tanah di Medellin, meletup, sebelum terbakar ketika mereka sibuk bertukar syif kerja, kelmarin.

Berpuluh ahli keluarga mangsa berkumpul di luar kawasan kejadian untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai mangsa terbabit.

Hanya seorang pekerja lombong terbabit dijumpai selamat dengan 30 peratus anggota mangsa melecur, menurut ketua Jabatan Penyelamat, Encik Juan Carlos Posada.

Pegawai berkata, kematian 17 mangsa sudah disahkan dengan 11 mayat sudah dikenal pasti.

'Keadaan sangat sukar untuk menjumpai mereka yang masih hidup kerana letupan itu menyebabkan suhu dalam lohong lombong terlalu panas,' katanya.

Beliau berkata, kebanyakan mayat yang ditemui setakat ini terbakar teruk.

Para pekerja penyelamat berkata harapan tipis untuk menarik keluar pekerja lombong yang selamat.

Letupan dikatakan berlaku ekoran gas yang terkumpul dalam lombong itu.

Namun, para anggota keluarga pekerja lombong masih tidak berputus asa.

'Sehingga saya melihat sendiri mereka membawa keluar mayatnya, saya tidak akan pulang,' kata Cik Gladys Gallego, yang sabar menanti khabar mengenai anggota keluarganya di luar lombong itu. -- AFP, Reuters.


Tiga beradik jadi hamba seks

KOTA KINABALU: Tiga beradik bawah umur warga Filipina yang terpedaya dengan janji manis sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi mangsa kegiatan pelacuran di Malaysia.

Mangsa yang berusia 13, 15 dan 16 tahun diselamatkan hasil beberapa serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke atas premis pelacuran di Tawau, Rabu lalu.

Episod malang tiga beradik terbabit bermula apabila kedatangan mereka ke Malaysia mencari rezeki tidak kesampaian selepas terjerat dalam perangkap ibu ayam sebelum dipaksa menjadi pelacur sepenuh masa.

Dalam tiga serbuan itu, polis turut menyelamatkan 23 lagi gadis warga Filipina, yang juga dipercayai menjadi mangsa sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Serbuan diketuai Pegawai Turus Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) IPK Sabah, Timbalan Superintenden Taufik Mydin, selepas melakukan beberapa intipan membabitkan tiga lokasi berbeza, dipercayai menjadi markas pusat pelacuran beroperasi.

Encik Taufik berkata, dalam serbuan pertama sekitar 6 petang Rabu lalu di sebuah rumah kedai di Tawau itu, polis menyelamatkan seorang gadis berusia 13 tahun yang berasal dari Filipina.

'Gadis berusia 13 tahun ini dipercayai dibawa masuk dari Filipina ke daerah ini sejak dua bulan lalu selepas diperdaya sindiket pelacuran.

'Sebaik diselamatkan dan menahan seorang lelaki dipercayai bapa ayam, polis mengesan dua lagi gadis bawah umur, difahamkan kakak mangsa,' katanya.

Dua mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun itu berjaya dikesan dan diselamatkan di dua premis berasingan di sekitar bandar itu.

'Hasil maklumat daripada dua mangsa terbabit turut membawa kepada penemuan 23 lagi wanita rakyat Filipina yang dikurung dan dipaksa menjadi pekerja seks di sebuah premis berasingan.

'Seramai lapan ahli sindiket terbabit termasuk empat wanita ditahan reman sehingga 22 Jun ini untuk siasatan lanjut,' katanya.

Semua wanita yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen dan ada di kalangan mereka dipercayai dikurung serta dipaksa menjadi hamba seks sejak setahun lalu. -- Harian Metro.





Kegiatan Rasuah Jutaan RM: Jangan lupa surat ini

Berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia-Today:

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.


Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:


i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.

ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.

iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.

iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?

v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.

3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk "menjaga" kepentingan Dato" Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu "menjaga" kepentingan beliau di Selangor.

4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:

i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.

ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:

a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato' Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.

b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.

c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.

iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.

5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”. Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.

6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat. Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.

7. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.

8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI"

Kami yang menurut perintah,
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

Skandal PKFZ: Orang terlibat masih bebas

Pasukan Khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendapati bahawa wujudnya kes penipuan (fraud case) yang menelan RM 1.64 bilion dalam skandal PKFZ, dan orang yang terbabit masih bebas sehingga kini, tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Demikianlah pendedahan bekas Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat yang disingkirkan semasa kabinet dirombak pada 1 Jun 2010. Malah, Ong Tee Keat selanjutnya membongkarkan bahawa kontraktor utama PKFZ, Syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai ahli parlimen Bintulu-BN, Tiong King Sing telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek ini dimulakan.

Sebanyak tujuh laporan disediakan oleh pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan, dan kesemuanya masih belum didedahkan sehingga kini. Bagaimanapun, tiada kesimpulan dan tindakan susulan, termasuk mendakwa pihak yang terlibat dan menipu, setelah Pasukan Petugas Khas (Super Task Force) yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan PKFZ ini. Malah, tiada perbincangan dalam kabinet berhubung laporan Pasukan Petugas Khas, menurut bekas Menteri Pengangkutan ini.

Seandainya dakwaan laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan tersebut adalah benar, maka kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menuntut wang tersebut daripada pihak berkenaan, malah menghalang wang itu daripada mengalir ke dalam akaun kontraktor tersebut secara beransur-ansur, tegas Ong Tee Keat.

"Kesemua ini wang titik peluh rakyat," tekan bekas Presiden MCA ini dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 15 Jun 2010 di pejabatnya di Padan Jaya. Ini adalah kali pertama pegawai kerajaan terbabit tampil mengesahkan kandungan dalam tujuh laporan yang disediakan pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Sebelum ini, The Straits Times yang mendakwa dirinya telah meneliti kandungan terperinci laporan tersebut mendedahkan bahawa beberapa orang pegawai kerajaan disenaraikan sebagai "possible conspirator", antaranya bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tiong King Sing (yang menguasai KDSB), bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang, dan sesetengah pengarah dalam LPK. Namun demikian, antara nama yang tersenarai, hanya OC Phang (gambar kiri, wanita di kanan) yang didakwa ke mahkamah setakat ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) KDSB, Steven Abok; Pengurus projek, Law Jenn Dong dan Bernard Tan Seng Swee dari syarikat perunding BTA Architect turut didakwa atas tuduhan menipu, dengan angka yang terlibat RM122.267 juta dan RM5.41700 juta.

Namun, Ong Tee Keat mengesahkan bahawa beberapa orang disebut namanya dalam laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan, dan "orang yang terbabit" semestinya lebih daripada empat orang yang didakwa di atas.

Selok belok siasatan PKFZ

Ketika ditemuramah MerdekaReview, Ong Tee Keat mengimbas selok belok penyiasatan skandal ini ketika beliau menerajui Kementerian Pengangkutan. Ong Tee Keat melantik badan bebas, PricewaterhouseCoopers (PWC) untuk menyiasat skandal PKFZ pada Oktober 2008, yang mana laporan auditnya diumumkan pada 28 Mei 2009.

Seterusnya, Ong Tee Keat (gambar kanan) menubuhkan sebuah pasukan khas dan dua jawatankuasa yang baru pada 10 Jun 2009. Pasukan khas ditugaskan untuk melanjutkan siasatan terhadap 20 penyelewengan yang disenaraikan dalam laporan audit PWC, satu jawatankuasa pula menumpukan siasatan terhadap keputusan yang dilakukan LPK dan penyelewengan yang tertunggak selama ini. Satu lagi jawatankuasa ditugaskan untuk menyediakan rancangan bagaimana PKFZ boleh dibangunkan semula.

"Saya memberi tempoh dua bulan kepada mereka untuk menyiapkan tugas ini. Selain satu jawatankuasa, dua daripadanya berjaya menyediakan laporan lengkap pada 10 Ogos, seperti yang ditetapkan. Pasukan khas dan jawatankuasa yang dianggotai elit daripada pelbagai bidang ini telah menyediakan tujuh laporan, dan saya cuma memberi satu kenyataan bertulis pada ketika itu."

Ong Tee Keat menjelaskan, beliau tidak mendedahkan laporan ini kerana hasil siasatan ini bakal menjadi bukti penting untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Setelah mendapat nasihat daripada peguam, Ong Tee Keat memilih untuk tidak mendedahkan laporan ini pada ketika itu, atas pertimbangan unit berkenaan belum membuka fail siasatan, dan beliau tidak mahu dirinya disaman.

20 penyelewengan

Bagaimanapun, beliau mendedahkan bahawa tujuh laporan tersebut menunjukkan bahawa terdapat maklumat yang cukup untuk membuktikan penipuan berlaku dalam skandal PKFZ. Kontraktor yang bertanggungjawab telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek bermula. Siasatan ini dilakukan berdasarkan 20 penyelewengan yang tersenarai dalam laporan audit PWC, dan angka penyelewengan mungkin lebih tinggi daripada laporan PWC.

"PWC cuma menyiasat dari segi akaun. Tetapi anggota pasukan khas dan jawatankuasa terdiri daripada ahli profesional, yang masak dengan selok belok dalam bidang ini. Mereka lebih mengetahui sama ada penyelewengan berlaku dalam bidang tersebut," kata Ong Tee Keat.

Demikianlah 20 penyelewengan yang tersenarai dalam laporan siasatan PWC:

1. Cadangan pembelian tanah diluluskan oleh kabinet, tetapi cadangan pembangunan yang menyusul kemudian tidak dibentangkan dalam kabinet untuk mendapat kelulusan.

2. LPK tidak memberitahu kabinet dengan segera, bahawa LPK tidak mampu untuk menanggung kos projek pembangunan ini melalui self-funding.

3. Pengarah LPK tidak menjalankan tugas pemantauan, mengikuti perkembangan sama ada projek terlaksana sebagaimana yang dirancangkan.

4. Tiada rundingan untuk mendapatkan pandangan Peguam Negara, dan sesetengah peraturan daripada Kementerian Kewangan tidak dipatuhi.

5. Mungkin melibatkan konflik kepentingan, kerana sesetengah orang/unit yang terbabit mempunyai hubungan dengan tanah atau KDSB sebelum ini.

6. Faedah pinjaman yang dikenakan Kementerian Kewangan telah mengakibatkan kos PKFZ melonjak dari RM4.947 bilion kepada RM7.453 bilion. Kos akan melambung kepada RM12.453 bilion, melainkan pinjaman daripada Kementerian Kewangan ini dirombak semula.

7. Seandainya LPK mematuhi cadangan Kementerian Kewangan, dengan mengeluarkan bon jaminan kerajaan, dan melaksanakan pembangunan secara berperingkat, maka financing cost boleh dikurangkan.

8. Tanah ditukar tangan dengan harga istimewa yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

9. KDSB mungkin mengenakan faedah yang berlebihan daripada LPK, antara RM51 juta hingga RM390 juta.

10. DA3 (Development Agreement) bukanlah satu kontrak dengan angka tetap, maka KDSB tidak boleh mengenakan kadar bayaran profesional yang tetap.

11. RM 95.256 juta dikutip daripada LPK sebagai kos asas, tetapi tidak disenaraikan dalam DA.

12. Akaun terakhir dalam DA3 tidak menolak bahagian yang mana tiga projek pembinaan yang belum disiapkan.

13. Belumpun plan diberi kata muktamad, kontrak yang bernilai RM1 bilion telah diberikan kepada KDSB.

14. LPK terlalu bergantung kepada KDSB, menyebabkan LPK tidak memperolehi rancangan projek yang memadai nilainya.

15. Pengurusan dan kawalan perancangan yang sangat lemah.

16. Hanya sebahagian bangunan memperolehi certificate of fitness, dan defect liability period telah berlalu.

17. LPK dijangka mengalami defisit tunai pada tahun 2012, dan gagal menjelaskan hutang daripada Kementerian Kewangan.

18. Surat sokongan yang dibenarkan Kementerian Kewangan mungkin ditafsir sebagai jaminan kerajaan bahawa LPK mampu menjelaskan hutang pada masa yang ditetapkan.

19. Kadar sewa PKFZ yang sebenarnya hanya 14%, pendapatan ini gagal mengimbangi perbelanjaannya dalam operasi.

20. PKFZ Sdn Bhd telah mengalami kerugian sebermulanya, dan fund pemegang sahamnya telah menjadi nilai negatif pada akhir September tahun 2008.

Laporan harus diumumkan

KDSB sebagai anak syarikat milik sepenuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB) adalah kontraktor utama dalam projek PKFZ. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Tiong King Sing (gambar kiri) adalah pemegang saham terbesar WBHSB dengan 70% saham dalam genggamannya. KDSB ditubuhkan pada 22 April 1994, dengan tujuan utamanya--PKFZ.

Bagaimanapun, setelah Super Task Force yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan, tiada kesimpulan dibuat terhadap siasatan yang dilakukan Kementerian Pengangkutan, malah tiada tindakan susulan. Ong Tee Keat berkata, Super Task Force ini telah menyiapkan siasatan dalam masa enam bulan, tetapi laporannya tidak dibentangkan dalam mesyuarat kabinet sehingga 1 Jun 2010, dedah Ong Tee Keat yang tersingkir dari kabinet pada tarikh tersebut.

"Seandainya siasatan telah disiapkan, maka mereka (Super Task Force) harus mengumumkan hasilnya. Rakyat perlu tahu perkembangan siasatan ini. Selain itu, sekiranya hasil siasatan telah diperolehi, siapa pula yang perlu bertanggungjawab? 20 penyelewengan disenaraikan PWC, melibatkan orang kalau bukan wang. Kerajaan tidak mengambil tindakan susulan, misalnya siapa yang harus didakwa (di mahkamah)," katanya.

Perdana Menteri Najib Abdul Razak (gambar kanan) mengumumkan penubuhan Super Task Force yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohamad Sidek Hassan untuk meneliti skandal PKFZ pada 9 September 2009. Antara skop yang dikaji termasuklah, pertama, adakah skandal ini melibatkan penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran undang-undang negara; kedua, good governance dan ketiga, halatuju pembangunan PKFZ pada masa depan.

Pada ketika itu, Najib mendakwa bahawa Super Task Force ini akan mempertimbangkan laporan daripada pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan sebelum ini, namun tiada sebarang pengumuman atau tindakan susulan sehingga hari ini. - Merdeka Review


Hj Hadi dilabel sebagai pemimpin yang pro-UMNO

Hadi Awang yang mencungkil kontroversi dengan idea "kerajaan perpaduan" sebelum ini, dilabel sebagai pemimpin yang pro-UMNO, iaitu cenderung untuk membentuk kerajaan bersama UMNO-BN.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Muktamar tahunan PAS ke-56 dibubuh noktah tanpa kontroversi yang meruncing kali ini. Biarpun jaminan demi jaminan terkeluar dari mulut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk berganding bahu bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dan menuju ke Putrajaya, namun ia sedikitpun tidak menceriakan pemimpin parti yang "pro-Pakatan Rakyat".

Suasana sedemikian agak pelik, kerana kata putus Hadi Awang (gambar kanan) selaku Presiden untuk bersama PR seharusnya dilihat sebagai kemenangan sekta dalam parti yang cenderung untuk berada dalam PR.

Diselubungi kekhuatiran

Antara kemungkinannya, pemimpin pro-PR ini diselubungi kekhuatiran. Jika diimbas pemilihan tahun lalu, kelantangan pemimpin pro-PR dalam kritikan terhadap isu kerajaan perpaduan memberi persepsi bahawa golongan ini bersikap agresif untuk menentang pemimpin atasan. Ia berakhir dengan kekalahan sekta pro-PR, khususnya dalam jawatan Timbalan Presiden, apabila kedua-dua calon pro-PR, Husam Musa dan Mohamad Sabu saling memecah-belahkan undi, dan memberi laluan kepada Nasharudin Mat Isa.

Meskipun kedua-dua Mohamad Sabu dan Husam Musa dilantik ke dalam ahli jawatankuasa pusat selepas ini, dan tidak kurang juga pemimpin pro-PR yang menempah kerusi dalamnya, namun pembahagian kuasa dan sumber jelas memihak kepada sekta pro-UMNO. Misalnya, Mustafa Ali yang dilantik sebagai Setiausaha Agung menguasai sumber dalam parti, termasuk lidah parti, Harakah.

Dalam keadaan sedemikian, pemimpin pro-PR mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan berhati-hati, agar tidak kelihatan terlalu agresif, yang mungkin akan mencungkil ketidak-senangan sesetengah perwakilan. Pertimbangan sedemikian ada kewajarannya, memandangkan pemilihan parti bakal berlangsung pada tahun depan.

Malah, pertarungan rancak sebagaimana yang berlaku pada jawatan Timbalan Presiden tahun lalu dijangka akan berulang. Gandingan Hadi Awang - Nasharudin Mat Isa mungkin dicabar sekali lagi, terutamanya Nasharudin, yang mana prestasinya belum menjangkau harapan ramai.

Nasharuddin Mat Isa, pemimpin generasi baru yang ditaruh harapan tinggi pada tahun 2005, terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau berusaha untuk membina semula imej parti ketika menyandang jawatan Setiausaha Agung sejak tahun 1999. Bagaimanapun, setelah terbongkarnya isu "muzakarah", imej Nasharudin Mat Isa mula tercalar. Kini, bebannya semakin berat dengan imej yang negatif, khususnya apabila nama beliau disebut oleh Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat - sebagai pemimpin yang perlu digantikan.

Apa yang menarik, mengikut pemerhatian wartawan, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali (gambar kanan, kanan) memainkan peranan yang agak penting dalam muktamar ini. Dalam dua sidang media yang diadakan, Mustafa Ali mendominasi kenyataan yang dikeluarkan, malah sering berbisik untuk memberi peringatan kepada Hadi Awang, dan merebut untuk menjawab soalan wartawan.

Bimbang kritikan diperbesarkan

Pada masa yang sama, satu fenomena yang wujud dalam muktamar ini adalah kritikan terhadap pucuk pimpinan yang semakin "tumpul". Malah, Naib Presiden Mahfuz Omar ketika sesi penggulungan menyentuh keadaan "kurang kritikal" di kalangan perwakilan, sambil menyifatkan perwakilan sebagai cermin kepada AJK, yang akan menggambarkan masalah pimpinan.

Sebagaimana yang diketahui, ketika Allahyarham Fadzil Noor menerajui PAS, beliau secara terus mengkritik Dewan Pemuda bahawa sayap ini tidak cukup kritikal; malah, beberapa tahun pertama ketika Hadi Awang menerajui PAS, beliau juga mengundang agar perwakilan mengkritik dirinya, bahkan menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Suasana "kritikal" ini tidak wujud dalam muktamar ini, mungkin disebabkan beberapa pertimbangan.

Pertamanya, perwakilan khuatir kenyataan yang mengkritik diputar belit oleh media yang dikawal UMNO, khususnya Utusan Malaysia; kedua, mereka tidak mahu memberi persepsi bahawa PAS kini berada dalam keadaan kucar-kacir; dan ketiganya, ucapan dasar Presiden kali ini tidaklah kontroversial, dan kurang mengandungi pandangan yang memerlukan kritikan hebat.

Maka, dalam keadaan sedemikian, muktamar tahunan ini berjalan lancar. Kegelisahan yang dibangkitkan sesetengah perwakilan lebih tertumpu kepada ciri-ciri PAS yang dikhuatiri "lenyap" kerana kerjasama dengan DAP dan PKR. Antaranya, seorang perwakilan meluahkan ketakutan bahawa propaganda UMNO di kampung berbunyi "PAS pengkhianat bangsa" menyebabkan pemimpin di akar umbi sukar untuk mempertahankan pendirian PAS. Perwakilan takut undi akan hilang berikutan kegagalan untuk menangkis propaganda ini.

Akhirnya, pemimpin pro-PR seperti Naib Presiden, Salahuddin Ayub, AJK Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad perlu tampil untuk meredakan kegelisahan ini, menekankan bahawa PAS tidak pernah meraih sokongan Melayu, tetapi mendapat sokongan umat Islam.

Hadi yang prgamatik

Bagaimanapun, sepanjang muktamar ini, Presiden PAS Hadi Awang diperlihatkan mengambil satu pendekatan yang pragmatik. Beliau amat menyedari bahawa PAS kini meraih sokongan kemuncak bukan Melayu / bukan Islam pada detik saat kini. Maka, Dewan Himpunan Penyokong PAS yang ditubuhkan baru-baru ini, malah dinaikkan taraf sebagai sayap parti; pengumuman bahawa bukan Islam boleh menyarung jersi PAS dalam pilihan raya akan datang semuanya strategi untuk menampilkan PAS sebagai parti yang menghormati kaum / agama lain.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw (gambar kiri) ketika ditemuramah berkata, Kelab Penyokong PAS dari tahun 2004 hingga 2008 berjaya memperkenalkan PAS di kalangan bukan Islam, sementara meluahkan kegelisahan bukan Islam kepada pemimpin PAS. Maka, Kelab Penyokong PAS telah menerbitkan akhbar dalam bahasa Cina, mengadakan aktiviti pada hari raya Cina untuk mendampingi masyarakat Cina.

Semasa PRU ke-12, calon PAS menang di kawasan yang terdiri daripada 20%-30% pengundi bukan Islam, malah memenangi lebih daripada 50% undi di sesetengah peti undi bukan Islam. "Ini fenomena yang tidak pernah wujud sebelum ini," kata Hu Pang Chaw.

Hadi Awang dikatakan melihat senario ini, yang mana sokongan bukan Melayu/Islam mengalih kepada PR. Dalam keadaan sedemikian, isu "kerajaan perpaduan" tidak dibangkitkan dalam muktamar ini, biarpun isu ini seolah-olah sebiji tahi lalat yang menonjol di muka seseorang.

Cuma yang menarik adalah, tidak kurang perwakilan PAS yang menyatakan ketidakpuasan terhadap "rakan parti" dalam muktamar ini, berikutan fenomena lompat parti yang wujud dalam parti tersebut. Mereka mencadangkan agar PAS menuntut balik kawasan yang diberikan kepada PKR semasa PRU ke-12, agar ditanding semula calon PAS.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Posting Terkini