JOHOR BARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.
"Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.
Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sebagai kes rintis, Hishammudin berkata KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.
Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata, beliau telah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan website yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.
Ditanya mengenai laporan beberapa blog mengenai terdapatnya desakan agar Ketua Pergerakan Umno, Khairy Jamaluddin meletak jawatan, Hishammuddin berkata, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.
Hishammuddin berkata, penulis-penulis blog terbabit tidak tahu hujung pangkal perbincangan mesyuarat Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, tidak menolak laporan itu mungkin dibuat kerana kepentingan tertentu, namun katanya desakan seumpamanya tidak akan membawa kepada pengukuhan parti.
Beberapa blog baru-baru ini melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA
Sunday, January 31, 2010
Sekilas - Berita Dunia
China gantung tukaran tentera dengan AS
BEIJING: China semalam menggantung pertukaran ketenteraan dengan Amerika Syarikat selepas Washington mengumumkan penjualan senjata bernilai AS$6.4 bilion ($9 bilion) kepada Taiwan.
Naib Menteri Luar China, Encik He Yafei, memberitahu Duta Besar Amerika ke Beijing, Encik Jon Huntsman, bahawa penjualan itu akan menjejas hubungan antara kedua-dua negara, dan mahu ia dibatalkan. -- AP, Reuters.
Askar Thai maut ditembak pengganas
PATTANI: Pengganas menembak mati seorang askar Thai dan mencederakan dua yang lain dalam pertempuran di luar sebuah masjid di Pattani, selatan Thailand.
Pegawai polis, Kolonel Tanit Ramdit, berkata pertempuran berlaku Jumaat lalu selepas satu letupan bom mencederakan tiga askar yang menunggu rakan beragama Islam menunaikan solat di masjid berkenaan. -- AP.
Bunuh majikan: Hukuman diringan
MANILA: Raja Arab Saudi memberi pengampunan kepada dua amah warga Filipina kerana membunuh majikan seorang daripada mereka.
Cik Idan Tejano dan rakannya, Cik Marjanna Sakilan, didakwa membunuh dan merompak selepas menikam sampai mati majikan Cik Tejano pada 2001.
Mereka dijatuhi hukuman gantung pada 2004. Hukuman itu kemudian diringankan kepada 12 tahun penjara dan 1,200 rotan.
Kedua-dua amah tersebut diberi pengampunan selepas Presiden Filipina, Cik Gloria Arroyo mengemukakan rayuan kepada Raja Abdullah. -- AP.

Zahrain dihadap lembaga disiplin.
PETALING JAYA, Jan 31 - Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengecam kepimpinan Ketua Mentri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.
Sehubungan itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada Lim yang juga setiausaha agung DAP sambil menyifatkan Zahrain tidak wajar mengeluarkan pedas ke atas Ketua Mentri Pulau Pinang.
Keputusan dicapai pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.
Zahrain sekali gus muncul wakil rakyat kedua dirujuk kepada lembaga disiplin PKR dalam seminggu ini.
Beliau tidak hadir mesyuarat MPP hari ini.
Turut akan dirujuk kepada lembaga disiplin ialah Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaian hasil mesyuarat MPP Selasa lalu, mendakwa ia tidak serius dalam menangani kes Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.
"Kami menolak dan mengecam pandangan beliau terhadap ketua mentri Pulau Pinang," kata Anwar yang juga ketua umum Pakatan Rakyat.
Mengenai kes Zaid, Anwar menambah, "sesetengah daripada kami mahukan tindakan segera tetapi kami di PKR dan Pakatan perlu mengikut perlembagaan parti dan membenarkan proses yang sewajarnya mengambil tempat," kata beliau.
Rabu lalu Zahrain menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.
Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.
Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.
Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Mentri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Labels:
PKR
JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu.
Katanya, ini termasuk usaha menghubungi ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail melalui telefon bimbit.
Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.
"(Usaha ini) daripada Jamaludin Jarjis mewakili Umno untuk beli ahli-ahli parlimen kita.
"Ini tindakan yang korup dan rakus. Tapi kerana beliau (Azan) tidak layan, jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.
Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Majlis Gereja Kecewa Pendirian Kerajaan
PETALING JAYA: Majlis Gereja Malaysia kecewa dengan pendirian terbaru kerajaan yang tidak bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Agama yang sebelum ini dianggap platform terbaik bagi membolehkan wakil agama berbincang menangani isu-isu yang berkaitan pada masa depan.
Presidennya, Rev. Dr Thomas Phillips berkata, pihaknya keliru dengan pendirian sebenar kerajaan berhubung isu persefahaman agama di negara ini.
"Sekarang kami sudah keliru dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini kerajaan kata serius nak tubuhkan majlis berkenaan... tapi sekarang tak jadi nak tubuhkan pula," katanya.
Media hari ini melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak bercadang menubuhkan Majlis Perundingan Agama kerana dialog tertutup yang diadakan bagi menangani isu-isu sensitif termasuk penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sudah memadai.
Muhyiddin berkata proses dialog adalah yang terbaik bagi mencari satu titik pertemuan, mewujudkan sifat saling hormat-menghormati serta memastikan tidak tercetus perasaan yang boleh membawa perkara kurang baik kepada negara.
Bagaimanapun laporan sebelum ini menyatakan kerajaan serius untuk memikirkan penubuhan majlis perundingan antara agama bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan agama.
Selain itu, Dr Thomas yang juga Pengerusi Majlis Perunding Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao berkata, pihaknya tetap dengan pendirian bahawa majlis rundingan antara agama merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan isu-isu sensitif yang berkaitan.
"Majlis seperti ini adalah sangat penting kerana melaluinya semua wakil agama boleh duduk berbincang sekurang-kurangnya sebulan sekali.
"Apabila satu majlis khas dibentuk, ini bermakna setiap wakil agama mempunyai komitmen untuk disumbangkan kepada perpaduan agama di negara ini," katanya.
Jelas beliau, majlis dialog seperti yang disarankan oleh kerajaan tidak cukup untuk menangani isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama.
"Dialog sahaja tidak cukup, kita hanya berdialog kalau ada isu... kalau tak ada, kita tak akan berjumpa.
"Melalui dialog sesuatu isu sukar untuk ditangai dengan segera, ia berbeza kalau kita ada majlis perundingan yang akan sentiasa berbincang dari semasa ke semasa," katanya.

Ahli Parlimen PKR ditawar lompat parti
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.
Bercakap kepada TV Selangor selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat tengahari tadi, Azan berkata beliau komited kepada agenda PKR dan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian mengulas desas-desus beliau akan keluar parti.
Azan bagaimanapun akui ada cubaan untuk memancingnya melompat parti dengan pelbagai tawaran dan desakan diterimanya.
“Cubaan mereka berhenti setakat itu kerana mereka sudah tahu saya tidak berminat dan saya tetap bersama PKR dan PR.
“Pendirian itu saya rasa tindakan mereka terdorong apabila mereka melihat saya membuat sidang akhbar baru-baru ini,” katanya.

Orang Islam Jangan “Jahil Ugama”
Rusila, MARANG – Orang Islam mestilah beristiqamah, bertindak betul dan tidak melampau dalam menghadapi pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara masakini.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas isu-isu sensitif yang berlaku mutakhir ini seperti isu ‘kepala babi’ di perkarangan masjid, membakar surau dan membakar gereja.
”Jangan melampau, itu tak boleh, walaupun orang melampau kepada kita, kita tak boleh melampau kepada orang, kita kena tetap,
”dan kita minta supaya dibuat siasatan secara adil, scara telus, siapa dia yang buat itu, kena bertindak (keatasnya), bukan sahaja surau, termasuklah gereja, dua-dua sekali, dua-dua itu kena siasat,
”yang buat ke surau pun kena siasat, yang buat ke gereja pun kena siasat kena adil dan saksama,”tegasnya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya, disini, semalam.
Menurutnya, orang Islam tidak boleh berindak mengikut persaan namun mesti bertindak menurut petunjuk al-Quran dan hadis RasuluLlah SAW.
”Tak boleh (marah), kita ada petunjuk, al-Quran dan hadis, (mesti bertindak) dengan ilmu, jangan tidak (mengunakan) ilmu,
”yang bertindak (melampau) banyak yang jahil, orang Islam jangan jahil dengan ugamanya,”katanya lagi.
Katanya, masalah yang timbul adalah kerana ramai yang jahil ugama dan bertindak dengan cara yang tidak betul.
”Kita nak mempertahankan ugama kita, tetapi (sebaliknya) dengan cara yang tidak betul, nak mempertahankan (Islam) biar (dengan) cara yang betul.”katanya.

Sistem Pilihanraya Kampus Perlu Dirombak
Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2009/2010 di IPTA seluruh negara yang berlaku semalam, khususnya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kekecohan dan bantahan yang berlaku tidak lain berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak pengurusan universiti yang memang sejak dari dulu dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya (impartiality).
Ianya adalah akibat sikap pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu hingga menjadikan demokrasi kampus bahan lawak semata-mata.
DPPP sekian lama berpendirian bahawa soal pemilihan kepimpinan mahaasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka.
Strategi menggugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah penghinaan terhadap maruah para mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka.
Begitu juga sikap memihak yang amat ketara yang ditunjukkan oleh kebanyakan pentadbir universiti yang menyokong kumpulan pro Aspirasi di kampus-kampus hingga hanya kumpulan tersebut diberi ruang yang luas untuk berkempen dan mendekati pelajar dan pada masa yang sama menafikan hak tersebut kepada kumpulan pro Mahasiswa.
Bagaimana universiti-universiti di Malaysia ingin mencapai tahap universiti bertaraf dunia jika dalam hal menentukan pemimpin mereka pun mahasiswa diperlakukan seumpama kanak-kanak.
Mungkin seluruh dunia akan memperlecehkan Malaysia jika mereka mengetahui beginilah caranya kita membentuk dan mengajar barisan pelapis kepimpinan negara untuk menang pilihanraya dengan cara mengugut dan menekan lawan.
Oleh yang demikian DPPP mendesak supaya :
1) Semua keputusan PRK di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanrayanya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini.
2) Sekiranya jawatankuasa ini mendapati terdapat ketidak adilan dan pencabulan demokrasi di dalam PRK kampus tersebut, maka PRK hendaklah diadakan semula dikampus-kampus yang berkenaan.
3) Pengendaliaan PRK di kampus-kampus tidak diletakkan secara eksklusif pengendaliannya di bawah Unit HEP, tetapi di bawah satu Suruhanjaya Pilihanraya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti dari kalangan ahli-ahli akademik terkemuka dan kakitangan kanan universiti tersebut yang tidak dipertikaikan kewibawannya. SPRK ini hendaklah diberi kuasa untuk melantik para petugas untuk negendalikan pilihanraya dari kalangan kakitangan universiti.
4) Peraturan perjalanan Pilihanraya hendaklah diperkemaskan dan digubal selaras dengan standard universal perjalanan pilhanraya yang adil dan telus.
5) Para mahasiswa yang bertanding hendaklah diberi hak sama rata untuk berkempen serta melantik agen-agen mereka untuk memantau dan mengikuti dari dekat proses pembuangan undi dan pengiraan undi.
6) Proses pengiraan dan penjumlahan undi serta pengumuman keputusan pilihanraya hendaklah diadakan secara terbuka dengan dipantau oleh calon-calon atau agen-agen mereka bagi mengelakkan sebrang kemungkinan manipulasi dan penipuan.
7) Para pegawai universiti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo dan juga para dekan dan pensyarah dilarang sama sekali menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk memaksa para mahasiswa menyokong mana-mana calon yang bertanding.
8) Pemantau pilihanraya dari luar seperti dari SUHAKAM, MAFREL dan Majlis Peguam hendaklah dibenarkan untuk memantau seluruh perjalanan PRK.
AHMAD SABKI YUSOF
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat

PAS,
pendidikan
Saturday, January 30, 2010
Teka- teki Mengenai Pemilihan Baru MCA Berakhir
Harapan mengadakan pemilihan baru dalam MCA kini musnah setelah jawatankuasa pusat (CC) yang cukup berpengaruh memutuskan untuk tidak mengadakannya.
Dan kini berakhirlah teka-teki bagi mereka yang menaruh harapan tinggi untuk melalui jalan ini bagi menyelesaikan krisis kepimpinan dalam MCA. Walaupun dari segi teknikal pemilihan baru masih boleh diadakan jika dua pertiga daripada CC meletak jawatan, sentimen untuk cara begini juga lenyap.
Alasannya mudah bila rancangan ini terbantut: tidak ramai anggota CC berminat untuk melepaskan jawatan masing-masing yang begitu penting. Orang-orang dalaman parti percaya selama ini puak yang diketuai Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai tahu ia tidak akan mendapat banyak sokongan untuk memaksakan pemilihan baru, namun tetap meneruskan usaha untuk memberi gambaran seolah-olah ia mendapat sokongan luas akar umbi.
Orang dalaman itu mengesani bahawa tanda pertama Liow dan 12 anggota lain CC tidak mendapat sokongan yang diperlukan ialah apabila mereka memutuskan mengubah Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA yang dipanggil oleh mereka pada 28 Nov tahun lepas kepada sesi taklimat.
Puak Liow mengisytiharkan mereka mempunyai lebih 1,300 perwakilan, tetapi siasatan oleh ibu pejabat parti mendapati hanya kira-kira 600 perwakilan pusat hadir, amat kurang dari satu-pertiga perwakilan yang diperlukan untuk meluluskan sebarang usul di EGM parti, kata orang dalaman itu.
MCA mempunyai kira-kira 2,400 perwakilan pusat dan satu pertiga bererti kira-kira 800 perwakilan. Tanda kedua ialah bila puak itu bersetuju dengan pembentukan jawatankuasa pemilihan semula parti diketuai timbalan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi mengkaji kemungkinan mengadakan pemilihan baru.
"Dengan menyetujuinya, ini bererti anda sebenarnya tidak mempunyai bilangan yang cukup. Jika anda punya bilangan cukup, anda tidak akan bersetuju dengannya (jawatankuasa) dan tetap meneruskan EGM bagi membuka jalan mengadakan pemilihan baru dengan menerima beberapa usul tertentu," kata seorang daripada mereka.
Seorang daripada anggota CC yang enggan dinyatakan identitinya berkata semasa mesyuarat CC semalam, Liow terus berhujah bahawa parti itu perlu menetapkan tarikh bagi pemilihan baru.
Tetapi anggota-anggota lain CC menentang dengan mengatakan bahawa parti tidak dapat berbuat demikian kerana pencadang langkah itu tidak mendapat bilangan anggota yang cukup menyokongnya untuk berbuat begitu, dedah beliau.
"Hakikatnya ialah jawatankuasa pemilihan semula parti menyatakan tidak terdapat bilangan anggota CC yang cukup untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihin baru," kata seorang lagi anggota CC.
Anggota CC ketiga, Eng Hiap Hon, berkata desakan untuk pemilihan baru telah berkurangan dengan puak Liow sewajarnya menerima keputusan jawatankuasa pemilihan semula yang dibentangkan pada mesyuarat hari ini bahawa korum tidak mencukupi untuk mengadakan pemilihan baru.
"Ini merupakan permainan angka. Jika anda tidak mempunyai angka, anda tidak boleh mendapatnya, itu sahaja."
Pandangannya dikongsi oleh seorang lagi anggota CC, Datuk Ti Lian Ker, yang berkata bahawa pemilihan baru bukan lagi satu isu kerana para penyokong tidak berupaya untuk mendapatkan sokongan.
"Isu itu sekarang telah ditutup. Kita tidak boleh membenarkan parti untuk berdiam diri sepanjang masa sebagai pra syarat bagi pemilihan baru dipenuhi. Parti perlu terus bergerak," katanya.
Seorang lagi anggota CC, Datuk Chong Itt Chew, mendakwa bahawa beliau mendapati terdapat "perpecahan" di kalangan kumpulan 13 anggota CC itu yang pada asalnya mahukan pemilihan baru memandangkan sebahagian daripada mereka membayangkan bahawa mereka mahu menarik balik surat perletakan jawatan tanpa tarikh yang dialamatkan sebelum itu kepada setiausaha agung parti Datuk Wong.
Beliau berkata perpecahan itu timbul apabila seorang anggota CC, yang sebelum itu membuat kenyataan mendesak pemilihan baru diadakan, untuk keluar dari mesyuarat CC hari ini tidak menerima sokongan padu kerana hanya tiga daripada 13 puak itu meninggalkan mesyuarat. Anggota veteran parti Datuk Yap Pian Hon berkata beliau percaya ada kemungkinan bahawa Liow akhirnya akan kembali dan menyokong kepimpinan parti selepas usahanya gagal untuk mendesak bagi pemilihan baru.
"Saya lihat bagaimana beliau telah bergabung dengan presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) apabila parti mengadakan dialog dengan Huazong (Persekutuan Persatuan Cina Malaysia) hari ini. Kedua-dua mereka berjabat tangan," katanya. Yap berkata Ong selama ini berkata "pintunya sentiasa terbuka buat Liow".
Bagi kebanyakan pemimpin parti dan penganalisis politik, hasil yang paling signifikan daripada mesyuarat CC bukanlah semata-mata keputusan parti untuk tidak mengadakan pemilihan baru tetapi mengenai pelantikan setiausaha penganjur kebangsaan yang baru Simon Lim, yang juga setiausaha politik kepada Menteri Pengangkutan Ong dan Tee Siew Keong, bekas setiausaha politik Dr Chua sebagai timbalan setiausaha penganjur.
"Mesejnya amat jelas bahawa Ong mahu pemilihan presiden diadakan secara terus dan membuat perubahan yang perlu kepada perlembagaan parti. Beliau meletakkan orang yang boleh dipercayainya memegang jawatan-jawatan utama bagi membolehkan cadangannya dilaksanakan. Kita boleh menjangkakan bahawa pemilihan parti tahun depan akan diadakan berdasarkan sistem baru ini," katanya. - Bernama

MCA
PTPTN Perlu RM5 Bilion Setahun
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) memerlukan RM5 bilion setahun bagi memastikan mereka yang layak melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak tercicir.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keperluan itu memandangkan pertambahan peluang dan jumlah mereka yang akan melanjutkan
pengajian ke IPT.
"Sekarang peruntukan setahun untuk PTPTN adalah sebanyak RM3 bilion, kementerian menganggarkan menjelang 2013 ia tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan "Real Undergraduate" di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata keperluan itu juga memandangkan bayaran balik yang dibuat oleh peminjam adalah secara ansuran.
"Kini kementerian sedang membuat kajian bagaimana hendak menentukan kelestarian PTPTN...untuk menentukan dana itu hanya diberikan kepada mereka yang
benar-benar memerlukan," katanya.
Beliau berkata ibu bapa yang berkemampuan sepatutnya perlu mengambil tanggunggjawab untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka dan tidak meletakkan sepenuhnya di bahu kerajaan sahaja.
"Kerajaan dah sedia infrastruktur, sediakan tenaga akademik itu sudah disubsidi jadi kalau memang anak orang kaya sepatutnya boleh bayarlah tanpa bantuan kerajaan," katanya. - Bernama

Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim
Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kompleks Jalan Duta. Beliau didakwa di bawah seksyen 377B Kanun Jenayah. Pendakwaan ini sebagaimana kes tahun 1998 lalu, menerima bantahan meluas baik dari dalam mahupun luar negara kerana didasari motif politik untuk menghalang kemaraan rakyat menuntut Perubahan. Dato' Seri Anwar Ibrahim dilihat antara tokoh utama yang menggembeling hasrat rakyat, baik pada tahun 1998 mahupun pada pasca Pilihanraya Umum 2008.
Berikut adalah butiran sesi perbicaraan tersebut:
Tarikh: Hari Selasa, 2hb Feb. 2010.
Masa: 8.30am.
Tempat: Aras 5, Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Terima kasih.
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim
Berikut adalah butiran sesi perbicaraan tersebut:
Tarikh: Hari Selasa, 2hb Feb. 2010.
Masa: 8.30am.
Tempat: Aras 5, Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Terima kasih.
Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim
Friday, January 29, 2010
Rakaman ucapan Ku Li setuju jadi Pengerusi Caucus diambil
KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mendapatkan rakaman ucapan Tengku Razaleigh Hamzah, berhubung persetujuannya menjadi Pengerusi Caucus yang diterajui pembangkang sebelum sebarang tindakan diambil, kata Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi
Labels:
UMNO
Pergeseran PKR, DAP Sudah Lama Berlaku
PULAU PINANG: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melihat pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan rakyat (PKR) di negeri itu sudah lama berlaku sejak pakatan pembangkang mengambil alih terajui pentadbiran kerajaan negeri daripada BN selepas pilihan raya umum 2008.
Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata gabungan pembangkang merupakan perkahwinan yang mempunyai kepentingan untuk memenuhi hasrat pemimpinnya dan bukan untuk kebaikan parti lebih-lebih lagi rakyat.
"Mereka (pembangkang) kini telah menampakkan belang mereka yang sebenar dan sudah terdapat tanda-tanda berlaku keretakan dalam pakatan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Teng mengulas mengenai kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri yang mewakili Umno, Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau percaya Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru telah lama memendam rasa sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Saya diberitahu bahawa pemimpin PKR dan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melahirkan pandangan mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri," katanya.
Beliau sedih kerana PKR dan PAS yang mewakili orang Melayu di Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa dan pengaruh di dalam kerajaan negeri.
"Kerajaan Pulau Pinang hanya ditadbir oleh seorang pemimpin sementara yang lain tidak dibenarkan memberi sebarang pendapat terhadap kenyataan Lim," katanya.
Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon pula berkata Zahrain bertindak demikian hanya kerana mahu partinya diberi peranan lebih besar dalam kerajaan negeri dan mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa PKR membuat kerja untuk rakyat.
"Mereka (PKR) mahukan bahagian yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai DAP dan ini juga merupakan sebahagian daripada tindakan mereka untuk membuktikan kepada pengundi mereka bahawa mereka membuat kerja," kata Eng. - BERNAMA

Pakatan Rakyat
Enjin Jet : Laporan PAC Banyak Kesangsian
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya menimbulkan lebih banyak kesangsian apabila mendakwa tidak ada pihak atasan Tentera Udara Diraja Malayia (TUDM) yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang dua tahun lalu.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya mencapai rumusan itu kerana tidak ada rekod TUDM digunakan untuk membawa keluar dua enjin berkenaan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan hasil siasatan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai longgar dan perlu diperjelaskan dengan lebih teliti.
"Buat masa nie yang mengatakan tidak ada pihak atasan terlibat ini adalah satu persoalan yang besar. Adakah ia dicuri ? Kalau dicuri, soal keselamatan mereka kita pertikaikan. Tapi kalu kata dikeluarkan, bukan dicuri, bagaimana benda sebesar ini memerlukan kelulusan dari penjawat bawahan saja," kata Azan.
"PAC telah memberikan kita gambaran bahawa kaedah pengurusan pengendalian aset- aset kerajaan yang menuntut tahap keselamatan yang tinggi tidak diuruskan dengan baik setakat ini," tambahnya lagi.
Azan berkata orang awam tidak akan menerima penjelasan bahawa dua enjin jet pejuang boleh dibawa keluar dari negara ini, tanpa keperluan dokumen dan prosedur ketat.
"Benda tu perlu diangkat keluar dan melalui satu prosedur yang ketat. Ia perlukan semakan ketua komanden DEPO dan banyak lagi prosedurnya. Tapi hilang juga,"katanya.
"Mungkin benda itu dirancang dengan melibatkan individu yang mempunyai tanggungjawab yang ketat," hujahnya lagi.
Azan berkata hasil siasatan PAC perlu diperinci dan dibahas di Parlimen dan tidak boleh diterima secara bulat.
"Bila PAC kata tidak ada orang atasan yang terlibat, kita masih tidak boleh buat apa- apa tindakan sebab PAC hanya keluarkan kenyataan itu selepas bermesyuarat sesama mereka dan saya yakin perkara ini akan dibentangkan diparlimen bulan 3 ini," katanya.
"Saya akan mula mengkaji isi kandungan laporan itu dari semua sudut, prosedur, pengauditan, siasatan pengurusan kita akan tengok," katanya.
Sidang Parlimen dijangka kembali bersidang Mac ini.

rasuah
PAS Gantung Khalid Samad, Beri Amaran Kepada Hassan Ali
Jawatankuasa disiplin PAS menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada jawatan partinya selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli EXCO kerajaan Negeri Datuk Hassan Ali pula diberi amaran bertulis.
Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Hasan.
Khalid digantung daripada menjadi Yang diPertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.
Dr Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.
Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS
Mahasiswa UM Turun Berdemonstrasi
KUALA LUMPUR : Kira-kira 250 mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) berkumpul dan berarak ke pejabat Canselor hari ini untuk membantah keputusan pilihan raya kampus yang diadakan semalam.
Mereka yang terdiri dari kumpulan Pro Mahasiswa itu mendakwa berlakunya penyelewengan dalam sistem e-undi dalam pilihan raya yang keputusannya telah diumumkan pada 7 petang kelmarin.
Kumpulan mahasiswa itu juga menuntut supaya pilihan raya baru diadakan semula dan sistem pengundian secara berkomputer atau e-undi dibatalkan keputusannya.
Semalam menyaksikan 4 Universiti utama yang menjalankan pilihanraya kampus (PRK) dengan kemenangan berpihak kepada Pro Aspirasi.
Pro Mahasiswa hanya memperolehi 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi yang mendapat 21 kerusi dalam PRK. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula dimenangi Pro Aspirasi dengan 19 kerusi dan Pro Mahasiswa hanya memperolehi 15 kerusi dan 1 kerusi bagi calon Bebas.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula menyaksikan kemenangan Pro Aspirasi dengan 28 kerusi dan Pro Mahasiswa 18 kerusi dan bebas 5 kerusi.
Sistem pelaksanaan e-undi telah mendapat bantahan menyeluruh sejak awal-awal sistem ini diperkenalkan kerana ketelusannya diragui. Namun, universiti-universiti di Malaysia tetap menjalankan sistem pengundian tersebut.
E-Undi terbukti menghadapi masalah apabila semasa proses pengundian e-undi dilaporkan gagal berfungsi dengan baik dan mahasiswa juga keliru dengan proses itu.
Era Pakatan

pendidikan,
piliharan raya
Menjelang Thaipusam : Polis sabotaj acara S’gor?
KUALA LUMPUR : Tindakan polis mengarahkan kerajaan negeri Selangor merobohkan pentas yang telah siap dibina bagi menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves amat mencurigakan, kata Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar.
Tambah beliau, polis telah melampaui batas dan hal tersebut berkemungkinan besar disebabkan oleh lawatan Perdana Menteri Najib Abdul Razak esok.
Dalam perkembangan terkini, katanya, beliau bersama-sama Adun Batu Caves, Amirudin Shaari telah bergegas ke tempat kejadian bagi meninjau tindak tanduk polis ini.
Tambah Xavier, ketika mereka meminta penjelasan, polis enggan memberikan kerjasama.
"Kita telah membuat hebahan ke atas acara ini dalam laman sesawang kerajaan negeri, kami telah buat promosi besar-besaran, ribuan pengunjung tahu acara ini. Namun, selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, kenapakah pada saat-saat pula polis mahu kami hentikan semua acara ini?" soal Xavier.
Perayaan sambutan Thaipusam ini, tambah beliau, adalah sebahagian dari program pelancongan Selangor Shines yang diusahakan kerajaan negeri bersama Tourism Selangor dan syarikat telekomunikasi Digi.
Menurut Xavier, jutaan ringgit telah diperuntukkan untuk menjayakan program Selangor Shines dalam usaha menarik kehadiran pengunjung dalam dan luar negara.
Sambutan mesra rakyat kerajaan negeri sempena Thaipusam telah dirancang sejak tiga minggu lalu bersama-sama Majlis Perbandaran Selayang, penduduk dan pihak keselamatan.
Sementara itu, sebuah laman portal berita melaporkan bahawa Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa pentas konsert tersebut telah dibangunkan di atas kawasan untuk kenderaan-kenderaan polis.
Khalid dipetik sebagai berkata, polis tidak membantah sekiranya pentas ini diadakan di tempat yang berbeza.
Tambah beliau lagi, alasan ini telah pun dikemukakan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kita telah pun rancang program ini bersama-sama barisan penganjur, dan Majlis Perbandaran Selayang tiga minggu sebelum Thaipusam. Dalam masyuarat itu, pihak polis telah tunjukkan penempatan unit polis sepanjang acara Thaipusam.
"Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah meluluskan tempat ini untuk acara kerajaan negeri, dan saya bersama-sama polis telah melawat lokasi ini," kata Xavier.
Xavier menjelaskan tapak dan waktu yang dipilih untuk menganjurkan pesta Thaipusam ini tidak bercanggah dengan aturcara Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Bahkan, tambah Xavier, sekiranya Najib turut melawat pesta ini, kerajaan negeri akan mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai tetamu kehormat.
- Era Pakatan

Pakatan Rakyat,
Polis
Bekas Adun, Exco Diminta Tampil Beri Penjelasan
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Exco diminta tampil untuk menerangkan butiran perbelanjaan peruntukan untuk rakyat sepanjang tempoh mereka berkhidmat untuk membersihkan nama mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Teng Chang Khim berkata ini berikutan terdapat banyak keraguan terhadap peruntukan yang diluluskan dalam tempoh yang singkat.
"Bagaimana wang itu dibelanjakan, kita perlu panggil Adun dan mereka perlu tampil untuk membersihkan nama mereka kerana ada tanggapan negatif terhadap mereka. Kita beri peluang untuk mereka bersihkan nama."
Beliau berkata kebanyakan transaksi pengeluaran peruntukan yang diluluskan dibuat selepas pembubaran DUN dan ia tidak sewajarnya berlaku.
.
Pada sidang Selcat hari ini, beliau meminta Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad memberi penjelasan mengenai peruntukan yang dikeluarkan oleh 14 DUN dibawahnya sama ada digunakan untuk kempen pilihan raya atau pun untuk program rakyat.
Beliau turut mempersoalkan kesahihan aktiviti atau pun program yang dijalankan oleh ADUN berkenaan ekoran terdapat tiga program dijalankan dalam masa satu hari dengan setiap program memperuntukkan belanja RM10,000.
"Dalam tempoh yang begitu singkat, pihak pemantau tidak dapat mengesahkan sama ada aktiviti yang dicatatkan di dalam borang itu benar-benar dijalankan atau tidak. Bagi saya ini adalah perkara yang serius."
Beliau berkata terdapat keraguan apabila peruntukan bernilai 602 ribu ringgit untuk 59 program di bawah DUN Bukit Gasing diluluskan antara Januari hingga Mac 2008.
Dalam pada itu, beliau menegur pegawai awam perlu meletakkan teras kepercayaan kepada sistem yang diwujudkan dan bukannya meletakkan kepercayaan kepada individu semata-mata untuk menjaga hubungan baik apabila meluluskan sesuatu peruntukan.

Bakar gereja: 3 termasuk 2 beradik didakwa
KUALA LUMPUR, Jan 29 — Tiga orang termasuk dua beradik dikenakan tuduhan menyebabkan kebakaran ke atas Gereja Metro Tabernacle di sini awal bulan ini, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara 20 tahun.
Gereja itu salah satu rumah ibadat yang berhadapan dengan serangan dan kerja vandalisme ekoran isu kalimah “Allah”.
Tertuduh terdiri daripada adik-beradik Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22; serta seorang lagi berusia 23 tahun, Azuwan Shah Ahmad.
Ketiga-tiga mereka bekerja dengan syarikat khidmat penghantaran.
Mereka dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan didakwa di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu bertindak dengan niat untuk membawa kemusnahan terhadap bangunan.
Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mahkamah menetapkan 12 Mac untuk sebutan semula kes.
MENYUSUL LAGI

Pro M UM desak NC adakan pilihan raya semula
KUALA LUMPUR : Kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya (Pro M UM) mendesak supaya diadakan semula pilihan raya kampus (PRK) melalui kaedah biasa, ekoran kegagalan sistem e-undi itu beroperasi dengan baik hari ini.Pengerusi Pro M UM Mohd Shafie Hashim berkata, keputusan pilihan raya yang diumumkan sejak 7 petang tadi di kampus tersebut yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pro Aspirasi bukanlah sesuatu yang mutlak.
"Kami bantahan ke atas keputusan itu. Selepas diumumkan keputusan itu pada jam 7 petang tadi, ada ruang untuk buat bantahan. Keputusan rasmi akan berhubung bantahan itu akan diketahui pada jam 11 pagi esok," kata beliau ketika dihubungi erapakatan.com di sini, sekitar jam 1:30 pagi ini.
Ketika tempoh bantahan itu dibuka, tambah beliau, kumpulan mahasiswa itu tidak menumpukan hal keputusan PRK itu, sebaliknya ia masih tertakluk ke atas isu pelaksanaan sistem e-undi yang gagal beroperasi dengan baik sejak petang tadi.
"Dalam bantahan tadi kami tak tumpukan sangat kepada keputusan yang memihak kepada Pro Aspirasi. Kami masih membantah e-undi yang banyak meragukan sepanjang tempoh pembuangan undi sepanjang hari ini.
Berkumpul di depan pejabat Naib Canselor
"Selepas keputusan diumumkan jam 7 petang tadi, kami buat bantahan, berkumpul ramai-ramai di depan pejabat NC. Sebab, beliau mendakwa bahawa sistem e-undi ini akan berjalan dengan baik.
"Tapi, apa yang berlaku tadi ialah 'server down' di beberapa tempat. Dan ada beberapa orang mahasiswa yang terkeliru ketika buang undi tadi," kata Mohd Shafie lagi.
Selain itu, tambah beliau, peratusan mahasiswa yang turun membuang undi hari ini amat mendukacitakan.
"Jadi kami ubah pendekatan bantahan kepada meminta penjelasan Naib Canselor tentang kejadian 'server down' sejak tadi. Kalau boleh, kita desak NC supaya diadakan pilihan raya semula seperti kaedah biasa.
"Kaedah e-undi memang membawa masalah dan keraguan seperti yang berlaku sejak petang tadi," kata Mohd Shafie.
Labels:
Malaysian Politik,
pendidikan
2 beradik, rakan mengaku tidak bersalah bakar gereja
KUALA LUMPUR: Dua beradik dan seorang rakan mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan khianat dengan api dengan membakar bangunan tempat beribadat iaitu Gereja Metro Tabernacle awal bulan lalu.
Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya, Raja Muhammad Idzham, 22, serta Azuwan Shah Ahmad, 23, masing-masing berkerja sebagai penghantar surat, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 12 Mac ini untuk sebutan dan membenarkan setiap tertuduh dijamin RM20,000 tetapi hanya perlu mendepositkan RM10,0000 dengan seorang penjamin.
Raja Muhammad Faizal dilihat mengalami kesan melecur di badannya, dpercayai akibat terkena api ketika kejadian itu dan dia juga memakai tiub kencing di sebelah kanan pinggangnya, dipercayai akibat jangkitan kuman.

Keputusan Pemangku Raja Kelantan tidak boleh diadili: Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini memutuskan keputusan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, melucutkan adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra, daripada senarai pewaris takhta tidak boleh diadili.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusuf turut menolak pemohonan semakan kehakiman yang difailkan Tengku Fakhry bagi mencabar keputusan kekandanya itu.

Lans Koperal dinamakan penyebar gambar bedah siasat Nurin
KUALA LUMPUR: Jazimin Abdul Jalil, bapa kanak-kanak yang diculik dan dibunuh, Nurin Jazlin, hari ini dibenarkan untuk menamakan anggota polis Amran Arifin yang menyebarkan gambar bedah siasat Nurin sebagai defendan dalam kes saman kecuaian terhadap polis dan kerajaan.
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamed Din, membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.
Jazimin Abdul Jalil memohon untuk menamakan Amran, seorang Lans Koperal, sebagai defendan kelima selepas Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia berikutan pengakuan dalam pernyataan pembelaan mereka bahawa gambar itu diedarkan Amran.
Dengan kemasukan itu, semua defendan juga menarik balik permohonan untuk membatalkan saman itu.
Peguam Akbardin Abdul Kader yang mewakili Jazimin memberitahu media bahawa mahkamah memerintah beliau untuk menyerahkan saman itu terhadap Amran dan mahkamah akan menetapkan tarikh untuk pengurusan kes selepas kedua-dua pihak melengkapkan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes itu.
Akbardin berkata, beliau akan menyerahkan saman itu sendiri kepada Amran.
Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom mewakili defendan terbabit.
Jazimin, 35, seorang pekerja di syarikat keselamatan, mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan atas dakwaan cuai berikutan pengedaran gambar bedah siasat anak perempuannya itu dalam internet.
Beliau memohon gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, dengan mendakwa gambar berkenaan bersifat sulit serta peribadi dan bukan untuk tatapan umum tetapi hanya untuk tujuan penyiasatan kes Nurin.
Nurin, 8, hilang pada 20 Ogos 2007 selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini. Mayatnya ditemui dalam sebuah beg sukan 27 hari kemudian, di hadapan sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya.
Laporan bedah siasat mendedahkan bahawa dia didera secara seksual.
Pada 13 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Jazimin supaya kes saman itu diselesaikan dengan cepat melalui penentuan persoalan undang-undang selepas memutuskan bahawa perkara itu mesti ditentukan menerusi perbicaraan penuh. - Bernama

Seludup pasir: 2 pegawai KDRM, 1 kakitangan PTG didakwa
JOHOR BAHRU: Dua pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor dan seorang kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor Bahru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah dalam kes penyeludupan pasir ke Singapura tahun lalu.
Labels:
rasuah
43 peratus rakyat 30 tahun ke atas hidap hipertensi
KUALA LUMPUR: Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata angka itu meningkat 10 peratus berbanding 10 tahun lalu.
Beliau berkata, berdasarkan kajian kali ketiga oleh The National Health and Morbidity Survey yang dibuat 10 tahun sekali itu menunjukkan peningkatan berlaku berikutan semakin ramai mengamalkan cara hidup tidak sihat serta kurang peka dengan tahap kesihatan mereka.

Berita
Syed Husin: Polis terlibat dalam insiden kepala babi
Dr. Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya sebentar tadi tidak menolak kemungkinan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno.
Menurut kenyataan media itu lagi, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Kenyataan Media Dr. Syed Husin Ali
Thursday, January 28, 2010
Melayu berpecah: Mahathir salahkan PAS, PKR
KUALA LUMPUR, Jan 28 — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menuding jari ke arah PAS dan PKR — dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.Malah bekas perdana menteri itu juga berkata PAS dan PKR sebagai kumpulan serpihan daripada Umno yang bertanggungjawab kepada kerja-kerja menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu.
Ketika bercakap pada majlis “Bicara Perdana” di Perpustakaan Negara di sini, Dr Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.
Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.
Menurut beliau golongan ulama yang keluar dari Umno pada 1950an telah menubuhkan PAS.
Ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati apabila tidak diberikan jawatan dalam dewan perundangan negeri dan persekutuan, kata Dr Mahathir.
“PAS, sejak dari awal lagi merupakan golongan ulama dari Umno. Mereka kecewa kerana tidak dipilih menduduki dewan perundangan persekutuan dan dewan undangan negeri... ramai pemimpin Melayu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan berpendidikan dipilih dan mereka tidak gembira dengan perkembangan ini.
“Jika anda dipilih, anda akan menjdi YB, dan anda akan dibayar RM300,” kata beliau.
Jelas beliau, golongan ulama ini kemudian menubuhkan sebuah parti itu agar mereka juga boleh bertanding.
“Perpecahan di kalangan orang Melayu wujud kerana mereka mahukan jawatan. Itu masanya bila PAS ditubuhkan,” katanya.
“Kemudian perkara yang sama berlaku dengan Keadilan, dalam juga pada parti Semangat 46 yang telah dibubarkan... semua ini adalah kumpulan serpihan Umno,” katanya.
Dr Mahathir juga mempertahankan kontrak sosial, perjanjian tidak bertulis antara orang Melayu dan bukan Melayu ketika kemerdekaan, dengan menekankan bahawa tanpa perjanjian sedemikian Malaysia tidak mungkin ditubuhkan.
“Jika tiada kontrak sosial, terma dan syarat membenarkan kewarganegaraan bagi bukan Melayu kemungkinan tidak wujud. Kira-kira sejuta rakyat asing diberikan kewarganegaraan ketika itu,” katanya.
Labels:
Malaysian Politik
Pembaca beralih ke internet
PORT DICKSON, 28 Jan — Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Kewartawanan yang Bebas dan Bertanggungjawab di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Azmi Ali.
Rais berkata wartawan perlu bebas dalam melaksanakan kewajipan membekalkan maklumat kepada orang ramai dengan mematuhi beberapa peraturan mudah, seperti yang pertama kewajipan utama adalah terhadap kebenaran, kesetiaan penuh kepada rakyat, perlu berdisiplin untuk membuat pengesahan terhadap setiap laporan, dan kekal bebas daripada kongkongan pihak yang dilaporkan.
Beliau berkata di negara-negara tanpa kebebasan akhbar, majoriti wartawan yang membuat laporan berita mungkin tidak mematuhi standard kewartawanan ini.
“Media yang dikongkong sering dilarang daripada mengkritik kerajaan dan dalam banyak kes, ia dikehendaki menyebar propaganda, seolah-olah propaganda ini adalah berita. Pelbagai bentuk tapisan pula dikenakan yang mungkin menghadkan laporan berita berhubung isu-isu yang dianggap sensitif oleh kerajaan,” katanya.
Katanya para wartawan setiap hari berhadapan dengan risiko yang ditampilkan menerusi undang-undang media yang ketat, dan ancaman seperti kemungkinan lesen penerbitan tidak dibenarkan untuk diperbaharui, saman, denda atau penjara, serta gangguan dalam pelbagai bentuk campurtangan kerajaan di bilik berita.
Rais berkata selaras dengan kemunculan pelbagai isu dan cabaran ini, badan Society of Professional Journalists (SPJ) ditubuhkan pada tahun 1909 di Amerika, khusus untuk menggalakkan amalan kewartawanan yang bebas di samping menjana standard tinggi etika perlakuan.
Menurutnya SPJ menampilkan kod etika secara sukarela untuk dijunjung oleh ribuan wartawan tapa mengira tempat atau platform, dan ia diguna pakai secara meluas di bilik-bilik berita mahupun kelas-kelas latihan sebagai garis panduan bagi perlakuan beretika.
Kira-kira 60 peserta dari Malaysia dan negara-negara Selatan seperti Azerbaijan, Brunei, Kemboja , Fiji, India, Sri Lanka, Venezuela dan Vietnam mengambil bahagian dalam persidangan dua hari itu. — Bernama

Lelaki amuk bakar rumah, rosakkan lima kereta
BALING, 28 Jan — Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mengamuk lalu membakar rumah sendiri sebelum memecahkan cermin lima buah kereta milik keluarga serta jirannya di Kampung Hujung Bandar, Sik, dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 55 tahun itu turut mencekik isterinya yang berusia 56 tahun dan anak perempuannya yang berumur 21 tahun ketika mereka sedang tidur.
Isterinya berkata mereka terselamat apabila seorang anak lelakinya menyedari kejadian itu dan menghalang bapanya. “Saya dan anak kemudiannya lari keluar dan meminta tolong jiran, kami sangat terkejut kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian,” katanya.
Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh polis.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belantik, Mohd Tajuddin Abdullah yang melawat keluarga berkenaan, berkata Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) akan menyalurkan bantuan untuk membina rumah baru untuk keluarga itu. — Bernama

Polis Roboh Pentas Kerajaan Negeri Di Batu Caves
Polis bertindak mengejut petang tadi dengan merobohkan pentas yang didirikan kerajaan negeri Selangor di Batu Caves sempena sambutan Thaipusam.
Ahli EXCO Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar mengesahkan polis bertindak demikian kononnya atas sebab keselamatan.
Namun Xavier berkata tindakan merobohkan pentas yang dibina oleh kerajaan negeri lebih menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu esok dalam usaha menambat hati kaum India.
Justeru Xavier kata alasan keselamatan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak masuk akal.
"Apa masalah keselamatan yang polis maksudkan. Ini lebih soal dendam (terhadap kerajaan negeri). Tak ada apa-apa masalah keselamatan sebab kita ada pasukan keselamatan sendiri," kata Xavier.
"Ini bukan kali pertama kerajaan negeri membina pentas atau adakan program sebegini. Kenapa tahun ini polis harus bertindak seperti ini," kata Xavier.
Batu Caves adalah dalam kawasan Selangor dan perayaan Thaipusan diraikan setiap tahun dengan sokongan penuh kerajaan negeri.
Selangor adalah antara beberapa kerajaan negeri yang mengishtiarkan Thaipusan sebagai hari cuti umum.
Xavier berkata program yang diatur oleh kerajaan negeri tidak bertindih dengan aturcara Perdana Menteri esok.
"Namun mesikpun kami tidak ada masalah dengan lawatan Perdana Menteri, polis bertindak sombong merobohkan pentas kami tanpa sebarang alasan kukuh," tambah beliau.

Anwar Mohon Tangguh Perbicaraan Kes Liwat
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini.
Peguamnya S.N.Nair memberitahu pemberita bahawa beliau memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.
Nair berkata mahkamah telah menetapkan Selasa ini bagi mendengar permohonanan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan hakim.
Katanya perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Dis, 2009. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu.
Pada 1 Disember, 2009, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Jan 2010.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda kepada 2 Februari sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan.
Mahkamah Persekutuan dijadual memberikan keputusannya berhubung perkara itu esok.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. - Bernama

Hukuman sebat: Kartika masih harapkan kenyataan ‘rasmi’
KUALA LUMPUR, Jan 28 — Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih menunggu tarikh pelaksanaan hukuman sebatan yakin peluang untuk menghadap Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan memberikan “ketenangan” kepada dirinya.Saya gembira kerana Tengku Mahkota Pahang menyatakan kelapangan baginda untuk menerima saya menghadap.
“Dalam pertemuan nanti, saya akan memberitahu apa yang ada isi hati saya dan saya juga akan berpeluang untuk mendengar pandangan Tengku Mahkota Pahang dalam isu kes saya ini,” katanya.
Kartika juga menyifatkan pertemuan dengan Tengku Abdullah boleh dilihat sebagai satu bentuk “jawapan hitam putih” memandangkan dia masih tidak mengetahui status pelaksanaan hukuman sebatan sejak lebih lima bulan yang lalu.
“Setakat ini tidak ada hitam putih (kenyataan rasmi) daripada mana-mana pihak... sama ada hukuman dilaksanakan ataupun tidak.
“Tahun lalu saya dibawa untuk dilaksanakan hukuman tetapi ia ditangguhkan dan saya dihantar balik ke rumah saya.
“Kemudian walaupun saya sudah melantik peguam, tetapi tidak dimaklumkan perkembangan kecuali saya membaca dalam media,” kata beliau mengulas bahawa Tengku Abdullah mahu isunya diselesaikan dalam tempoh sebulan.
Oleh itu Kartika yakin bahawa jika berpeluang untuk menghadap Tengku Mahkota Pahang ia akan menjadi satu bentuk kenyataan rasmi tentang kedudukan kesnya, sekali gus membolehkannya mengambil tindakan-tindakan lain dalam hidupnya dengan tenang dan tenteram. Kelmarin Tengku Mahkota Pahang berkata baginda bersedia menerima menghadap Kartika berhubung isu penangguhan pelaksanaan hukuman sebatnya.
Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagaimanapun bertitah, baginda belum menerima permohonan secara rasmi daripada Kartika setakat ini.
Baginda bertitah demikian ketika mengulas mengenai pelaksanaan hukuman ke atas Kartika, 32, yang belum dilaksanakan selepas dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai tahun lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.
Tengku Abdullah bertitah, isu tersebut perlu ditangani secara bijaksana serta dengan penuh keinsafan berikutan ia satu isu yang sensitif.
Tengku Mahkota Pahang juga bertitah, keputusan untuk menentukan tarikh pelaksanaan hukuman tersebut akan diumumkan dalam tempoh sebulan lagi.
“Kita harap dapat selesaikan isu ini dengan bijaksana dan penuh keinsafan kerana mungkin ada rahmat di sebalik kelewatan pelaksanaan hukuman ini.
“Saya beri tempoh sebulan lagi untuk selesaikan segala masalah dan mencari punca kenapa ia tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin,” titah baginda.
Labels:
Islam
Sekilas - Dunia
Mantan peguam dakwa Perang Iraq tak sah
LONDON: Mantan peguam kanan British, Encik Michael Wood, memberitahu panel siasatan bebas kelmarin bahawa pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 adalah tidak sah serta menyalahi undang-undang.
Tujuan utama siasatan awam yang bermula November tahun lalu itu bagi menyiasat sama ada penglibatan Britain pimpinan mantan Perdana Menteri, Encik Tony Blair, dalam pencerobohan Iraq bersama sekutu rapatnya, Amerika Syarikat, adalah sah mengikut di sisi undang-undang.
Mereka yang menentang pencerobohan itu menggesa pihak berkuasa mengheret Encik Blair, yang akan tampil memberi keterangan Jumaat ini, ke muka pengadilan kerana telah melanggar undang-undang antarabangsa. -- AFP.
5 pegawai Taleban tidak lagi disenarai hitam
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengeluarkan nama lima pegawai tertinggi Taleban yang disyaki terbabit dalam rangkaian al-Qaeda daripada senarai sekatannya.
Tindakan itu susulan daripada pengumuman Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, yang berharap negara Barat akan menyokong usaha menawarkan wang dan pekerjaan kepada pejuang Taleban agar mereka meletakkan senjata. -- AFP.
Wanita kemuka seperlima kes cerai di Kuwait
MANAMA: Satu perlima daripada kes perceraian di Kuwait pada tahun lalu difailkan wanita.
Akhbar Awan melaporkan, 2009 mencatatkan rekod permohonan perceraian yang dikemukakan wanita paling tinggi apabila mencecah 20.3 peratus daripada 5,447 kes.
Seorang peguam berkata, kadar perceraian di Kuwait meningkat lebih 50 peratus dan ia terus bertambah. -- Agensi.

Dunia
Presiden Honduras Resmi Dilantik
Presiden terpilih, Porfirio Lobo Sosa bersama istrinya, Rosa stelah dilantik di Stadion Tiburcio Carias Andino Tokoh Konservatif, Porfirio Lobo hari Rabu resmi dilantik sebagai presiden baru. Ia dikukuhkan sebagai pemimpin baru menggantikan Manuel Zelaya yang telah digulingkan melalui kudeta yang didukung kelompok militer.
"Aku berjanji untuk setia kepada Republik dan memastikan hukum ditegakkan," kata Lobo dala upacara pelantikan yang dihadiri beberapa pejabat asing.
Lobo (62), menggantikan pemerintah sementara yang konservatif yang tidak diakui oleh negara-negara lain setelah kudeta 28 Juni tahun lalu yang menggulingkan presiden terpilih kiri Manuel Zelaya.
Amerika Serikat dan Prancis kini mengakui kemenangan Lobo dan pemerintahannya. Namun pemerintahan kiri di seluruh wilayah itu, seperti Argentina, Brasil dan Venezuela masih menolak mengakui Lobo sebagai presiden. Mereka mengatakan Zelaya telah dikudeta.
"Kami belum berubah. Untuk saat ini, Brasil tidak mengakui pemerintahan Lobo, " kata seorang pejabat di kementerian luar negeri Brasil kepada AFP.
Arab Mulai Khawatirkan Nuklir Israel
Komisi Arab urusan aktivitas nuklir militer rezim Zionis Israel pada penutupan sidangnya ke-27 di Markas Besar Liga Arab, Kairo, Mesir menegaskan bahwa aktivitas nuklir Zionis merupakan ancaman bagi perdamaian dunia dan keamanan Timur Tengah. Dalam sidangnya komisi tersebut juga membahas pernyataan baru-baru ini Presiden AS Barack Obama soal komitmen Washington untuk mendukung program nuklir militer Tel Aviv.Masalah lain yang dibahas komisi ini adalah penggunaan senjata uranium oleh Israel dan penimbunan sampah-sampah nuklir Zionis di wilayah negara-negara Arab khususnya wilayah Arab yang diduduki Israel.
Laporan terbaru menyebutkan bahwa Israel menggunakan jenis senjata terlarang seperti peluru-peluru mengandung uranium untuk menembak warga Palestina khususnya anak-anak. Peluru ini akan menghancurkan organ-organ tubuh mereka.
Aktivitas nuklir Israel untuk kepentingan militer terus berlanjut meski masyarakat di kawasan dan dunia sejak lama mengkhawatirkan bahaya luas senjata nuklir rezim ini. Langkah Israel memproduksi dan menimbun senjata atom dan kimia di Palestina pendudukan mengubah Timur Tengah menjadi gudang senjata pembunuh massal.
Rezim arogan ini tengah berupaya meningkatkan produksi senjata atom lewat bantuan negara-negara Barat. Dampak bahaya aktivitas nuklir Israel tidak hanya terletak pada produksi dan penggunaan senjata tersebut, tapi juga radiasi unsur radioaktif yang berasal dari reaktor-reaktor nuklir Israel khususnya reaktor Dimona di gurun Negev mengancam keselamatan warga Palestina. Selain itu, penyebaran gas-gas beracun menciptakan kekhawatiran besar di tengah bangsa Palestina dan negara-negara di kawasan.
Program nuklir militer Israel membawa dampak mematikan bagi Timur Tengah dan dunia. Karena itu, negara-negara di kawasan termasuk negara-negara Arab dan mayoritas negara dunia mendesak masyarakat internasional dan Badan Tenaga Atom Internasional (IAEA) segera mengambil langkah serius menangani nuklir Zionis. Namun sikap licik negara-negara Barat selalu menggagalkan upaya masyarakat internasional. Setiap keputusan yang menyudutkan Israel selalu mengundang reaksi Barat.
Rezim Zionis semakin menistakan undang-undang internasional menyusul dukungan Barat khususnya AS terhadap program nuklir militernya.
10 Pengganas Ditahan ISA
PUTRAJAYA: Sepuluh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan pengganas antarabangsa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sembilan daripada mereka ialah warga asing dan seorang lagi merupakan rakyat tempatan.
"Kesemua mereka terlibat dengan pengganas yang mempunyai hubungan kait di peringkat antarabangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan pihaknya telah menahan seramai 50 orang di bawah akta berkenaan.
Sebelum ini peguam hak asasi manusia, Edmund Bon melalui laman twitter miliknya mendakwa terdapat seramai 50 orang rakyat pelbagai negara termasuk pelajar universiti tempatan telah ditahan di bawah ISA pada Khamis minggu lalu.
"Jumlah itu (50 orang) tidak betul, saya hanya sahkan seramai sepuluh orang sahaja ditahan baru-baru ini," katanya.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata majoriti ahli kumpulan yang ditahan itu baru memasuki ke negara ini.
"Majoriti daripada sepuluh mereka itu baru sahaja tiba di negara ini, mereka tidak bertapak di negara ini dalam tempoh masa yang lama.
"Kalau kita tidak mengambil tindakan cepat saya bimbang ianya akan dapat mempengaruhi pihak lain... ini juga menunjukkan bahawa dalam konteks keganasan kita cukup serius," tegasnya.
Ditanya sama ada kumpulan pengganas terbabit tersenarai sebagai pengganas paling dikehendaki di peringkat antarabangsa, Hishammuddin berkata: "Ya, mereka ada dalam senarai yang dikehendaki, tapi sama ada paling dikehendaki atau tidak saya tak pasti."
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak keselamatan antarabangsa untuk tindakan selanjutnya.
Katanya lagi, pada tahap ini pihaknya tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung tangkapan berkenaan termasuk negara asal, tempat penahanan dan bila penahanan itu dibuat.
"Ini merupakan kes yang serius, ia melibatkan kerjasama dengan agensi antarabangasa di seluruh dunia.
"Saya kena berhati-hati dengan apa yang saya katakan, perkara ini sedang di siasat," katanya.

ISA
Wednesday, January 27, 2010
JANGAN JADI MANGSA KEPADA AGEN PROVOKATOR!
Serangan terbaru yang berupa kepala khinzir di dalam kawasan Masjid At-Tirmizi, Sri Sentosa merupakan satu lagi cubaan terbaru golongan tertentu dalam mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama di Negara kita.
Tindakan yang jijik ini, yang merupakan satu lagi siri provokasi berniat jahat perlu dikecam dan ditolak oleh semua pihak demi perpaduan ummah dan keharmonian antara kaum di Malaysia.
Baca kenyataan penuh Nurul Izzah Anwar. Ahli Parlimen Lembah Pantai di sini

Tan Sri Musa Hassan minta orang ramai membantu siasatan
KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi.
Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumkuriah Taman Dato' Haron di Petaling Jaya.
Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. - Berita Harian

Korea berperang lagi
SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan berbalas tembakan meriam berhampiran sempadan laut yang dipertikaikan, sekali gus meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua negara.
Pasukan meriam Korea Utara yang berpangkalan di darat melepaskan tembakan di perairan itu sejurus selepas 9 pagi (8 pagi waktu Malaysia).
“Tentera kami segera membalas tembakan itu," kata seorang pegawai presiden Korea Selatan yang enggan dikenali.
Insiden itu berlaku sehari selepas Pyongyang mengisytihar "larangan belayar" di kawasan sempadan itu yang menjadi lokasi pertempuran maut antara kedua-dua tentera laut pada 1999 dan 2002. - AFP

Kepala Babi
Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.
Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.
Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.
Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.
Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.
Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.
Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.
Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.
Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.

Giliran Pakatan bincang isu Zul, Khalid Ahad ini?
KUALA LUMPUR, Jan 27 — Kehangatan isu penggunaan kalimah “Allah” yang membawa kepada ‘permusuhan’ dua ahli Parlimen parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dijangka berterusan sehingga mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden PR, Ahad ini.
Semalam Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk merujuk Ahli Parliman Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin kepada lembaga disiplinnya kerana bertindak membelakangi dasar parti.
Ahad lalu, beliau membuat laporan polis agar rakan sejawatannya dari Shah Alam, Khalid Samad, wakil PAS disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengesyorkan enakmen agama Islam Selangor dikaji semula.
Walaupun tiada agenda khusus setakat ini mengenai isu kontroversi kalimah “Allah”, The Malaysian Insider difahamkan perkara itu akan turut menjadi perhatian kepimpinan PR.
Malah PR pernah berhadapan dengan kes seumpama itu sebelum ini tetapi akhirnya diserahkan kepada parti terbabit untuk mengambil tindakan disiplin.
Sejak pertengahan tahun lalu aspek disiplin juga menjadi perhatian kepimpinan PR untuk mengelak ia dijadikan modal serangan Barisan Nasional (BN).
Tahun lalu kenyataan-kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali menjadi perhatian khususnya berkaitan dengan isu jualan minuman keras di Shah Alam dan perjalanan Selcat di negeri itu.
Ia berakhir dengan langkah jawatankuasa pusat PAS merujuknya kepada jawatankuasa disiplin. Keputusan jawatankuasa itu akan diumumkan Jumaat ini.
Agenda utama pertemuan Majlis Pimpinan Presiden kali ini ialah membincangkan hasil konvensyen sulung PR bulan lalu.
“Tetapi jika ada mana-mana pihak yang membawa isu ini (kalimah Allah dan tindakan Zulkifli) tiada halangan,” kata Saifuddin Nasution yang akan mengambil alih jawatan setiausaha agung PKR pada keesokan hari.
Saifuddin menambah amalan PR pada masa sekarang ialah apa-apa isu disiplin ahli atau pemimpin sesebuah parti komponen akan diselesaikan oleh parti masing-masing.
“Buat masa sekarang Pakatan tiada mekanisme untuk menangani kes-kes disiplin. Jika ada kes kami akan salurkan kepada parti masing-masing,” katanya.
Jelas beliau, kes Zulkifli membabitkan perkara sama ada beliau telah membelakangi dasar PKR apabila bertindak sedemikian iaitu membuat laporan polis ke atas seorang rakan dari PR.
“Sebab, kita ada saluran untuk menyelesaikan masalah, apa jua perkara berbangkit,” kata beliau lagi.
Dalam reaksi segera semalam Zulkifli juga mahu Khalid dikenakan tindakan serupa oleh PAS atas alasan PR tiada mekanisme.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak kemungkinan isu kalimah “Allah” dan perkara-perkara berkaitan akan menjadi fokus perbincangan mesyuarat Ahad ini.
“Saya rasa perkara ini akan disentuh untuk mencapai kata sepakat, pendirian bersama dalam soal,” kata beliau yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin PAS ketika dihubungi.
PKR semalam membuat keputusan merujuk kes Zulkifli kepada Lembaga Disiplin parti untuk menyiasat serta membuat keputusan terhadap beliau dalam masa 30 hari. Parti juga mengeluarkan “gag order” atau larangan supaya beliau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan parti serta merosakkan perpaduan PR.
Sementara itu anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam blognya berkata, keputusan semalam tidak mencerminkan keseriusan parti itu menyelesaikan isu disiplin di kalangan ahlinya.
“Hebat bunyi keputusan PKR. Nak ikut “due process “atau proses keadilan dalam undang undang.
“Sebenarnya ramai orang merasakan PKR tidak serius untok mengambil tindakan.
“Malah ada yang mengagak tidak akan ada satu keputusan yang tegas akan diambil dalam tempoh tersebut,” katanya.
Zaid berkata beliau yakin PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangannya.
“Hanya yang mudah dan expedient. PKR hari ini tak jauh bezanya dengan Umno; cuma ia hanya seperti acuan atau “a poor man’s version of” Umno.
“Ada pihak amat takut untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli, walaupun jelas tindakannya yang mahu menghancurkan parti dari dalam kerana bimbang dengan persepsi bahawa orang Melayu dan Islam sayang kapada Zulkifli.
“Dia kononnya popular dengan ‘isu Islamnya’. Tapi Zulkifli bukan wira Islam. Bukan wira Melayu,” katanya.
Tambah beliau sikap, perbuatan dan kata-katanya sama dengan jaguh-jaguh Umno.
“Lagi pula Zulkifli terang-terang membuat kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti dan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.
Kata Zaid, nampaknya PAS lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan kepada Hassan tetapi PKR takut kapada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Latih 500 calon potensi antara formula PKR hadapi PRU-13
PETALING JAYA, Jan 27 — Pengarah pilihan raya baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh yakin mempunyai pendekatan ‘ajaib’ untuk menepis tanggapan kebanyakan pihak bahawa parti itu tidak mungkin dapat mengulangi prestasi Mac 2008.
Sambil mengakui beliau menyedari wujudnya cakap-cakap sedemikian, termasuk sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR) sudah mula merosot, Fuziah berkata isu-isu nasional semasa seperti kalimah penggunaan “Allah” hanya akan memberi kesan kecil ke atas paten sokongan.
Pada akhirnya semasa hari pengundian, kata beliau, pengundi akan membuat keputusan berdasarkan isu-isu dan faktor-faktor tempatan, bukannya dipengaruhi sangat oleh isu nasional.
“Berdasarkan pengalaman saya, pengundi tidak akan memberi tumpuan kepada isu-isu seperti ini (isu nasional) semata-mata.
“Kemungkinan sebahagian kecil (bergantung pada isu nasional) tetapi pada akhirnya isu tempatan yang lebih penting dan memberi kesan ke atas kehidupan mereka secara langsung (kira-kira 40 peratus),” kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider.
Oleh itu kata Ahli Parlimen Kuantan ini, fokus beliau selaku pengarah pilihan raya PKR yang baru ialah ke atas Sarawak yang akan mengadakan pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Kata Fuziah, pada masa yang sama beliau perlu menggerakkan usaha rapi bagi menjayakan sasaran PR menuju Putrajaya.
“Ini amanah besar, satu tanggungjawab berat... fokus saya ialah mempertahankan prestasi semasa dan memperbaiki pencapaian dengan matlamat kami hendak menuju ke Putrajaya selepas memerintah empat negeri,” katanya.
PKR bertanding dalam pilihan raya umum kali pertama pada 1999. Bagaimanapun ia gagal mempamerkan prestasi yang sama pada tahun 2004.
Ia kembali kukuh dalam pilihan raya umum lalu. Mengambil kira corak pengundian dan sokongan ketika Mac 2008 dan usaha-usaha diambil oleh Umno-BN, ramai beranggapan bahawa PKR dan dua komponen yang lain dalam PR tidak mampu mengulangi prestasi 2008.
Ini termasuk pandangan salah seorang wakil rakyat yang keluar PR awal tahun lalu, yang menjangkakan PAS dan PKR tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka menang Mac 2008.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan menjangkakan jika Umno-BN “bekerja kuat”, kedua-dua komponen PR itu hanya boleh mempertahankan kira-kira 50 peratus kerusi dikuasai ketika pilihan raya umum ke-12.
Jangkaan itu dikongsi oleh Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, yang keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan PR awal Februari 2009.
Justeru kata Jamaluddin, beliau menjangkakan DAP boleh mengekalkan 18 kerusi yang dimenangi mereka.
Jamaluddin, bekas timbalan pengerusi PKR Perak dan Tanjung Malim membuat perkiraan jika Umno dapat mengekalkan kesemua 34 kerusi yang ditandinginya bermakna PKR hanya boleh berkongsi baki tujuh kawasan yang ada dengan PAS.
Minggu lalu, Nizar mengakui sokongan orang Melayu terhadap DAP, PAS dan PKR di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.
Mengulas lanjut, Fuziah yang pernah memikul tanggungjawab sebagai timbalan pengarah pilihan raya PKR berkata “perkhidmatan kreatif” akan menjadi kunci utama pihaknya menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga mengakui parti itu berada di belakang BN dari segi kedudukan kewangan tetapi percaya paten pengundian telah berubah dan kini ia berdasarkan keupayaan parti yang memintah untuk menyampaikan perkhidmatan.
“Ya, kami mengakui bahawa ada kekangan kewangan dan tidak boleh berlawan dengan BN dalam aspek ini tetapi ada pendekatan kreatif untuk melalui halangan-halangan ini,” kata beliau.
“Anda boleh berikan pengundi, katakan ikan, tetapi berapa kali yang anda boleh berikan mereka ikan? Apa yang kami lakukan ialah memberi pengundi hak mereka dengan menyediakan perkhidmatan yang berkesan untuk mereka,” kata ibu kepada enam anak ini.
Kata Fuziah, pihaknya juga akan memperkenalkan sistem pemilihan calon yang baru dalam pilihan raya umum akan datang seiring dengan hasrat penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memperbaiki dan menyediakan pengundi dengan pemimpin-pemimpin berkualiti.
PKR merancang untuk melatih 500 bakal calon menjelang pilihan raya umum akan datang, kata Fuziah lagi.
Dalam temu bual ini Fuziah juga mengakui PKR pernah berhadapan dengan masalah wakil-wakil rakyat yang mencetuskan situasi kurang senang.
Ia membawa kepada tindakan beberapa wakil rakyat menghadapi masalah rasuah dan ada yang keluar parti atau berhenti iaitu dua di Perak dan Kedah dan masing-masing satu di Selangor dan Pulau Pinang.
Oleh itu kata beliau, PKR akan menggunakan model penapisan pemilihan calon untuk memilih calon-calon yang benar-benar berkualiti.
Berlatarbelakangkan pengalaman sebagai pakar kaunseling, Fuziah yang dikenali kerana kemahiran motivasi dalam mengendalikan latihan kepimpinan di PKR menambah, beliau secara peribadi akan menyediakan calon-calon berpotensi untuk mengadapi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, latihan itu akan berdasarkan lima tunjang iaitu kualiti personaliti, kepimpinan, komunikasi, politik dan kemahiran tambahan.
“Saya yakin bahawa pendekatan ini akan menjadi satu kelebihan kepada kami,” katanya.
Ahli Parlimen Kuantan ini juga berhasrat untuk memperkenalkan panduan pilihan raya yang komprehensif, yang akan menyeragamkan strategi pilihan raya parti pada masa depan.
“Manual ini juga adalah berdasarkan amalan terbaik modul kempen pemilihan di negara-negara lain, yang pernah digunakan oleh mereka seperti Obama (Presiden Amerika Syarikat) yang berupaya menuju kemenangan dengan wang yang sedikit,” kata bekas pengarah latihan parti.
Fuziah mengambil alih jawatan pengarah pilihan raya daripada Saifudin Nasution Ismail yang menggantikan Datuk Salehuddin Hashim sebagai setiausaha agung yang baru.
Pelantikan beliau yang akan berkuat kuasa 1 Feb ini dilihat sebagai sangat kritikal ketika anggota PR berhadapan dengan serangan bertubi-tubi BN.

Kes Enjin F-5E: AJK PAC Sanggah Azmi
Pengumuman pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid bahawa tiada pegawai tertinggi Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) terbabit dalam kehilangan enjin jet F-5E disanggah oleh Ahli Jawatankuasa itu.
AJK yang enggan disiarkan namanya berkata, tiada rumusan mengenainya dibuat. Ia hanya rumusan peribadi Azmi dan yang penting tiada perbincangan langsung mengenai pembabitan pegawai tinggi," katanya.
"Mereka yang dipanggil dan hadir hanya pegawai kanan, jadi macam mana kita boleh terima bahan bukti mereka," katanya.
Beliau juga berkata, jawatankuasa PAC hanya akan membuat rumusan hari ini.
Selain itu ahli AJK itu juga mempertikaian kenyataan Azmi yang mengatakan harga enjin berkenaan hanya RM300,000.
"Ia dibeli pada 70-an, dengan harga kira-kira RM300,000. Tapi kini enjin jenis berkenaan sudah tiada lagi, pasti kini ia mempunayi nilai yang tinggi di pasaran," katanya. - Malaysian Insider

Ibrahim Mahu Bawa Tuntutan Royalti Minyak Ke Mahkamah
KOTA BAHARU: Kecewa dengan sikap kerajaan Kelantan yang enggan membawa isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah, Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian.
Bagi Ibrahim tujuannya berbuat demikian hanyalah untuk membuktikan sikap sebenar kerajaan Kelantan yang takut membawa isu itu ke mahkamah kerana tahu isu itu tidak berpihak kepada mereka dan ia sebenarnya hanya dijadikan modal politik PAS semata-mata. "Saya bagi tempoh sebulan mulai hari ini kepada kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk membawa isu tuntutan ini ke mahkamah dan jika tidak, saya sebagai rakyat Kelantan pula yang akan berbuat demikian. "Tujuan saya untuk membuktikan PAS sebenarnya takut untuk berhadapan di mahkamah dan isu ini sengaja direka hanya untuk kepentingan politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di sini, malam tadi.
Forum itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan anggota panel terdiri Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai seorang lagi panel manakala Pengarah Universiti Teknologi Mara Datuk Profesor Dr Hussin.

ekonomi
Pemuda Umno Sasar 50,000 Anggota Baru
ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda Umno akan melipatgandakan usaha bagi memperkuatkan keanggotaan sayap itu, dengan mensasarkan lebih 50,000 keahlian baru sepanjang 2010.
Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Megat Firdouz Megat Junid berkata pergerakan itu akan melancarkan Program Kempen Pendaftaran Ahli dan Daftar Pemilih peringkat nasional di Kedah untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai Umno pada awal bulan depan.
Katanya Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, akan melancarkan program itu dengan gerak kerja dilakukan serentak di seluruh negara pada 5 Febuari ini. "Pemuda sasar dua kali ganda penambahan anggota berbanding tahun lepas dan bagi Kedah sahaja kita sasarkan antara 5,000 hingga 6,000 anggota Pemuda baru," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pergerakan Pemuda Umno Kedah, di sini.
Megat Firdouz berkata Pemuda Umno akan mengadakan kempen di setiap kawasan bagi memastikan golongan muda sedar bahawa perjuangan Pemuda masih utuh serta relevan.-BERNAMA

Tuesday, January 26, 2010
"Saya Tidak Akan Tunduk" - Zulkifili Noordin
PETALING JAYA: Walaupun Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan Zulkifli Noordin supaya 'tutup mulut' atau berhenti daripada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi beliau bertegas tidak akan tunduk pada keputusan itu.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu tetap bertegas bahawa sebagai umat Islam beliau mempunyai hak untuk menyampaikan sebarang pandangan atau pendapat selagi tidak bertentangan dengan agama.
"Saya akan terus bercakap mengenainya, tidak ada siapa boleh halang saya untuk menegakkan Islam," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Zulkifli berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan Biro Politik PKR hari ini yang mengarahkannya supaya tidak mengeluarkan kenyataan media sehingga siasatan oleh lembaga disiplin selesai.
Biro Politik parti itu juga memutuskan supaya kes berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dirujuk kepada lembaga disiplin dalam tempoh sebulan.
Menjelas lanjut, Zulkifli berkata mengikut fahamannya, beliau hanya tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Khalid.
"Apa yang saya diberitahu oleh pihak media, Biro Politik hanya tak benarkan saya bercakap mengenai kes saman saya terhadap Khalid.
"Bagi saya isu saman dan isu kalimah Allah adalah dua perkara yang berbeza... jadi sepatutnya tak ada masalah untuk saya terus bercakap (tentang isu Allah)," katanya yang mengakui masih belum menerima maklumat rasmi mengenai keputusan oleh Biro Politik parti itu.
Dalam pada itu, beliau menerima dengan hati terbuka keputusan supaya kesnya dirujuk untuk siasatan lanjut oleh lembaga disiplin.
Malah beliau akan memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi melancarkan siasatan.
"Saya tak ada masalah dengan keputusan Biro Politik, saya terima dengan hati terbuka.
"Saya akan beri kerjasasama sepenuhnya kerana saya juga ada hak untuk membela diri dan menjelaskan pendirian saya mengenai perkara ini," katanya.
Sabtu lalu Zulkifli membuat laporan polis terhadap Khalid kerana didakwa mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam termasuk mengatakan Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988 sebagai ketinggalan zaman.
Laporan polis berkenaan merujuk kepada kenyataan Khalid dalam satu artikel disiarkan portal berita bertajuk ‘Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan.’
Berikutan itu, Zulkifli menggesa polis supaya menjalankan siasatan terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah.

SPRM Tubuh Pasukan Khas
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji sistem dan prosedur pengeluaran permit pasir yang diamalkan di seluruh negara pada masa ini.
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM di sini hari ini, penubuhan pasukan di bawah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM itu juga akan mengenal pasti dan mengkaji kaedah penguatkuasaan peraturan berkaitan bahan itu dikeluarkan.
"SPRM amat komited dalam membanteras sindiket ini daripada terus berleluasa memberi kesan kepada ekonomi dan alam sekitar.
"SPRM juga percaya usaha membanteras jenayah rasuah tidak hanya terletak kepada suruhanjaya ini semata-mata tetapi memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak supaya semua aset serta harta negara sentiasa terpelihara sampai bila-bila," kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat SPRM itu.
Dalam pada itu mengenai operasi khas SPRM bagi membanteras sindiket mencuri dan menyeludup pasir ke luar negara yang dijalankan sejak April lalu, kenyataan itu memberitahu, seramai 10 orang masih direman daripada 38 orang yang ditangkap di seluruh negara melibatkan nilai rasuah lebih RM280,000.
"28 orang daripada jumlah itu terdiri daripada pegawai penguat kuasa atau pegawai kerajaan, pegawai khas dan setiausaha sulit (2), orang awam (5) dan pekerja swasta (3).
"Kesemua tahanan adalah dari empat buah negeri iaitu Johor, Perak, Pahang dan Selangor," menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini hari ini.
Dari segi pecahan tangkapan mengikut negeri terbabit, Johor (kakitangan kerajaan - 6), Perak (kakitangan kerajaan - 5, orang awam - 1), Pahang (kakitangan kerajaan - 12) dan Selangor (kakitangan kerajaan - 4, orang awam - 5, kakitangan swasta - 3, pegawai kepada ahli politik - 2).
Dalam pada itu, kenyataan SPRM itu menyebut, sehingga 25 Januari lalu, seramai 28 orang dilepaskan dengan jaminan SPRM melibatkan nilai antara RM1,000 hingga RM10,000 seorang dengan seorang penjamin.
Kenyataan itu menambah, operasi khas SPRM dilancarkan hasil daripada 410 maklumat yang diterima dari seluruh negara.
Berdasarkan statistik, pecahan maklumat adalah seperti berikut, Ibu pejabat SPRM menerima 159 maklumat diikuti Kelantan (88), Kedah (31), Negeri Sembilan (24), Perak (24), Selangor (16), Johor (14), Sabah (9) Sarawak (9), Pahang (8), Pulau Pinang (8), Melaka (7) dan Kuala Lumpur (6).
Antara tujuan suapan rasuah dibayar adalah untuk mempercepatkan proses permohonan pasir, meluluskan permohonan permit pasir, membenarkan aktiviti mencuri dan menyeludup pasir serta supaya tindakan penguatkuasaan tidak diambil kepada mereka yang berkaitan.

Tengku Abdullah sedia temui Kartika
KUANTAN, 26 Jan — Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersedia menerima menghadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor berhubung isu penangguhan pelaksanaan hukuman sebatnya.
Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagaimanapun bertitah, baginda belum menerima permohonan secara rasmi daripada model itu setakat ini.
“Kita tidak mahu isu ini berpanjangan...mungkin ada hikmah bagi kita mencari penyelesaiannya,” titahnya selepas menyampaikan pengurniaan insentif Sukan Sea di sini, hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika mengulas mengenai perlaksanaan hukuman ke atas Kartika, 32, yang belum dilaksanakan selepas dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai tahun lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.
Tengku Abdullah bertitah, isu tersebut perlu ditangani secara bijaksana serta dengan penuh keinsafan berikutan ia satu isu yang sensitif.
Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah bertitah satu kajian secara menyeluruh akan dibuat sebelum cadangan hukum mengharamkan rokok diwartakan di negeri Pahang.
Titahnya, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang sebelum ini telah mengeluarkan fatwa pengharaman tabiat merokok berikutan ia memudaratkan kesihatan.
“Kita perlu terlebih dahulu memberi pengajaran kepada pihak yang merokok dari segi baik buruknya sebelum digazetkan yang pasti memberi banyak implikasinya, namun kita tidak boleh lari dari hukum itu, kita kena terima hakikat (fatwa yang dikeluarkan),” titahnya.
Baginda bertitah, Muip juga perlu mencari kaedah terbaik dari segi penguatkuasaan jika perkara itu digazetkan. — Bernama

Pesawat terhempas sejurus berlepas
PERIKSA SERPIHAN: Seorang askar Lebanon memeriksa serpihan daripada bangkai pesawat Boeing 737 Ethiopian Airlines yang terhempas di perairan Lebanon, ke selatan ibu kota Beirut, semalam. -- Foto AFPBEIRUT: Sebuah pesawat Ethiopian Airlines membawa 90 orang yang menuju Addis Ababa terbakar dan terhempas di Laut Mediterranean sejurus berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Beirut awal pagi semalam, kata Menteri Pengangkutan Encik Ghazi al-Aridi.
'Tapak nahas telah dikenal pasti kira-kira 3.5 kilometer ke barat kampung Na'ameh,' demikian Encik Aridi memberitahu pemberita di lapangan terbang.
Pasukan petugas antarabangsa dari Lebanon, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Cyprus dan askar pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil), yang dibantu pesawat, helikopter dan kapal berkejar ke perairan Lebanon untuk mencari mangsa yang terselamat, sewaktu hujan lebat dan ombak besar menghanyut serpihan ke pantai, kata para pegawai.
Sejauh ini sekurang-kurangnya 34 mayat sudah ditemui.
Punca nahas belum diketahui. Tetapi Lebanon dilanda hujan lebat dan ribut petir sejak Ahad.
Presiden Lebanon, Encik Michel Suleiman, menolak serangan pengganas sebagai punca nahas pesawat Penerbangan 409, yang menuju ke Addis Ababa, ibu kota Habsyah.
'Buat masa ini sabotaj bukan penyebab nahas,' tegas beliau.
Perdana Menteri Lebanon, Encik Saad Hariri, berkata pasukan penyelamat kini bekerja keras untuk mencari mangsa yang terselamat.
'Yang paling penting ialah mencari mangsa yang terselamat,' tegas beliau.
Pesawat Boeing 737-800 Penerbangan 409 itu hilang daripada skrin radar lima minit selepas berlepas pada 2.37 pagi dalam cuaca ribut petir dan hujan lebat, kata pegawai lapangan terbang.
Penduduk di kawasan pantai nampak 'bebola api' terhempas di perairan Na'ameh.
Pesawat itu membawa 90 orang, termasuk 83 penumpang dan tujuh kru pesawat. Encik Aridi mengenal pasti penumpang pesawat sebagai 54 warga Lebanon, 22 Habsyah, seorang warga Iraq, seorang warga Syria, seorang warga Canada, seorang warga Russia, seorang wanita Perancis dan dua warga Britain.
Cik Marla Pietton, isteri duta besar Perancis ke Lebanon, Encik Denis Pietton, adalah antara penumpang pesawat, menurut kedutaan Perancis.
Askar Lebanon berhasil mengutip serpihan bangkai pesawat termasuk tempat duduk dan bagasi yang dihanyutkan ombak ke pantai.
Para pegawai Kementerian Pertahanan berkata pesawat berkecai di udara sebelum terhempas dan tenggelam di perairan sedalam 50 meter. -- AP, AFP, Reuters.
Sekilas - Dunia
Pendatang mungkin letupkan bot
SYDNEY: Pendatang dari Afghanistan yang menyangka mereka akan dibawa ke Indonesia mungkin meletupkan bot mereka semasa dibawa tentera laut Australia menuju ke Pulau Christmas.
Peguam Stephen Walsh, yang membantu koroner, memberitahu satu siasatan semalam bahawa pendatang itu menjadi gelisah sebelum letupan berlaku, mengakibatkan lima terbunuh dan ramai lagi cedera. -- AFP.
Isteri PM Israel disaman lagi
BATIULMAKDIS: Cik Sara Netanyahu, isteri Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berdepan satu lagi saman oleh pembantu rumahnya, Cik Lillian Peretz, 44 tahun.
Menurut akhbar Yediot Aharonot semalam, kes itu difailkan dua bulan dulu, tetapi tidak disiarkan kerana mahkamah mengenakan larangan berita. Cik Peretz mendakwa beliau dibayar kurang daripada gaji minimum, tidak dibayar manfaat sosial semasa bekerja di rumah hujung minggu keluarga Netanyahu di bandar Caesarea antara 2004 dan 2009. -- AFP.
Pesawat AS terhempas di Pakistan
PESHAWAR: Sebuah pesawat tanpa pemandu Amerika Syarikat terhempas di Waziristan Utara, barat laut Pakistan Ahad lalu.
Suku kaum setempat mengucap tahniah satu sama lain kerana berhasil menembak jatuh pesawat itu, kata seorang penduduk Encik Saudur Rehman. Namun tentera Pakistan menolak dakwaan pesawat ditembak jatuh, tetapi berkata ia akibat masalah teknikal. -- AP.

Tender Terbuka Bukti Selangor Telus
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu tindakan kerajaan negeri mengagihkan projek kepada rakyat melalui tender terbuka membuktikan ketelusan pentadbiran negeri itu.
Beliau berkata semua tender akan dipantau oleh jawatankuasa sebelum diagihkan kepada rakyat.
"Jadi saya ingatkan seluruh projek kita tidak boleh bagi kepada pemaju sahaja, kita perlu pantau dan perlu tender, dan ada jawatankuasa bebas yang menilainya dan jangan bagi dia cakap percayalah saya."
Dalam pada itu, beliau berkata akan memastikan semua projek dapat dijalankan dengan baik.
"Jadi oleh sebab itu, kalau saya tengok projek ini, kita mesti tentukan projek ini dilakukan dengan baik dan dengan tertib dan tidak hanya boleh menjanjikan sahaja tetapi memantau setiap langkah yang dijanjikan."
Selain itu, beliau turut berharap rakyat bijak membuat penilaian apabila menyentuh isu peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Yayasan Basmi Kemiskinan.
"Satu contoh tanah diberi oleh kerajaan negeri kepada YBK berjumlah 1,300 ekar dengan harga kurang dari RM600 satu ekar, RM600 satu ekar dan kurang dari 20 sen satu kaki, nilainya boleh pergi RM70 juta.
"YBK datang kepada kerajaan negeri dan tidak bayar apa-apa lagi disuruhnya menjadi kawasan perumahan dan juga kawasan pembangunan."
Beliau berkata YBK seharusnya memikirkan kepentingan rakyat dengan membantu mereka yang berpendapatan rendah.
"Jadi, dia memekik-mekik di luar atau dia marah sekali pun, ini nampaknya bukan kes hendak membantu orang miskin, ini nampaknya sudah kes hendak tolong orang jadi broker tanah."

Kerajaan Pakatan Rakyat
Polis bawa Aduka Taruna dari Kelantan ke Johor
Penulis blog Aduka Taruna yang didakwa menyiarkan tulisan yang menghina Almarhum Sultan Johor dilaporkan telah menyerahkan diri kepada polis petang semalam di Kota Bharu.
Penulis berusia 28 tahun itu ditahan di Kota Baru, Kelantan petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis itu, yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia.
Penulis dari Seremban itu dikatakan menyembunyikan diri di Kota Baru selepas butiran peribadinya tersebar dalam internet.
Sebelum ini, pelbagai pihak telah membuat bantahan dan laporan polis terhadap tulisan dalam blog berkenaan yang dianggap menghina.
Turut membantah adalah Pemuda PAS Johor dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

blog
Wartawan Buat Laporan Polis Berhubung Hina Sultan
KUALA LUMPUR: Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam semalam.
Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk "Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu lepas.
"(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali."
"Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 November 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu. - BERNAMA

Raja
Subscribe to:
Posts (Atom)