Pages

Saturday, October 31, 2009

Badrul Boleh Saman Jika Mahu

Shah Alam,31Oktober-Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan menghalang tindakan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdulllah untuk menfailkan saman malu terhap beliau.

Menurutnya jika mahu, Badrul juga boleh menfailkan saman terhadap beliau menggunakan wang Umno-Barisan Nasional.

“Dia boleh saman kalau dia nak,boleh pakai duit UMNO juga”,katanya berhubung isu ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu ini dalam satu sidang media selepas menghadiri Konvokesyen Universiti industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya pagi tadi.

Terdahulu,Badrul dalam kenyataannya berkata, beliau akan menfailkan saman terhadap Khalid yang kononnya menfitnahnya mengalami masalah mental.

Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas menyokong Barisan Nasional, Badrul dilihat cuba menunding jari menyalahkan kerajaan negeri dan parti di atas keputusan yang diambil.

Bagaimanapun, rakyat khususnya di Pelabuhan Klang sedia maklum dengan perilaku Adun berkenaan yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Tindakan keluar parti itu diambil selepas Khalid mengutarakan usul kepada PKR meminta Badrul meletakaan jawatan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap masyarakat Pelabuhan Klang.

Walaupun dikecam hebat penduduk Pelabuhan Klang, badrul masih enggan melepaskan jawatannya.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

Penduduk Pelabuhan Klang Gesa Badrul Hisham Letak Jawatan

PELABUHAN KLANG - Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat.

Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Klang terhadap Badrul Hisham Abdullah, Adun kawasan itu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Umno-Barisan Nasional.

Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

Namun Badrul enggan melepaskan kerusi ADUN itu dan kini mencari sokongan daripada Umno untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Semua akhbar dan media elektronik arus perdana memuatkan tindakan Badrul keluar dari PKR sebagai tajuk utama.

Malah mereka cuba memaparkan tindakan itu sebagai tanda PKR tengah bergolak.

Media kawalan Umno-BN tidak pun cuba menyiasat prestasi Badrul sebagai ADUN Pelabuhan Klang.

Malah mereka memperkecilkan rasional Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di sebalik tindakan kerajaan negeri mengusulkan Badrul meletak jawatan.

Tindakan berani itu diambil kerana penduduk Pelabuhan Klang hilang kepercayaan terhadap Adun yang dipilih mereka pada Pilihanraya Umum 2008.

Susulan keluhan penduduk Pelabuhan Klang, Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat mengambil pendirian tidak akan melindungi Adun yang gagal membela rakyat Badrul enggan berjumpa dengan kepimpinan parti mahupun kerajaan negeri untuk membincangkan prestasinya.

Susulan itu Tan Sri Khalid mengambil inisiatif mengusulkan supaya Badrul meletak jawatan supaya memberi laluan kepada pihak yang lebih ikhlas tampil membela penduduk Pelabuhan Kelang. - SHAKIRA BUANG

Inilah 10 Khasiat Seks

Melakukan seks dengan istri atau suami Anda secara rutin ternyata banyak untungnya lho, enggak percaya? Lihat deh keuntungan melakukan hubungan seks yang sudah dibuktikan oleh berbagai macam penelitian ini!

1. Seks meredam stres
Ya, melakukan seks memang dapat meredakan stres Anda. Penelitian di Skotlandia yang dimuat jurnal Biological Psychology membuktikannya. Riset ini mempelajari 24 wanita dan 22 pria yang aktif secara seksual dan diberikan tekanan stres pada situasi tertentu. Dari studi terungkap bahwa pada pasangan yang melakukan hubungan seks sebelumnya menunjukkan respons tubuh yang lebih baik dalam mengatasi stres dibanding mereka yang tak melakukan seks sebelum menghadapi stres.

2. Seks tingkatkan imunitas
Kualitas hidup seksual yang baik dapat meningkatkan kualitas fisik kesehatan Anda. Berhubungan seks sekali atau dua kali seminggu terbukti meningkatkan sejenis antibodi yang disebut Imunoglobulin A atau IgA, yang bisa melindungi Anda dari flu dan infeksi lainnya. Penelitian ini dilakukan oleh Wilkes University di Wilkes-Barre dengan cara pengambilan sampel ludah yang mengandung IgA dari 112 orang yang aktif secara seksual dengan rutin selama sekali atau dua kali seminggu atau bahkan lebih.

3. Seks membakar kalori
Tahukah Anda jika 30 menit melakukan hubungan seks bisa membakar 85 kalori bahkan lebih. Yah, kelihatannya memang sedikit, tapi kalo dijumlahkan, jika Anda melakukan 42 kali hubungan seks, maka ada 3.570 kalori terbakar!

4. Seks tingkatkan kemampuan jantung
Banyak mereka yang lanjut usia khawatir bahwa melakukan hubungan seks bisa memicu stroke. Namun menurut riset di Inggris yang dimuat Journal of Epidemiology and Community Health, sebanyak 914 pria yang melakukan hubungan seks rutin dari muda ternyata terbukti tidak mengalami stroke setelah dipantau sampai 20 tahun. Bukan cuma itu. Jantung juga ternyata diuntungkan dengan frekuensi seks sekali atau dua kali seminggu karena risiko serangan jantung berkurang separuhnya untuk para pria, dibanding mereka yang melakukan hubungan seks kurang dari sekali dalam sebulan.

5. Seks bikin jadi lebih "pede"
Penelitian di University of Texas terhadap 237 orang yang aktif secara seksual dan dipublikasikan di Archives of Sexual Behaviour menemukan, mereka yang melakukan hubungan seks cukup sering mempunyai kepercayaan diri yang lebih baik. Bahkan, untuk yang sudah percaya diri akan lebih meningkatkan kepercayaan dirinya.

6. Seks tingkatkan keintiman
Seks dan orgasme meningkatkan kadar hormon oksitoksin yang juga disebut love-hormone, sejenis hormon yang membantu kita untuk lebih percaya dan merasa dekat dengan pasangan. Peneliti dari University of Pittsburgh dan University of North Carolina mengevaluasi 59 wanita premenopause dan menemukan bahwa semakin banyak mereka dipeluk dan kontak dengan pasangan hingga orgasme, semakin tinggi kadar oksitoksin dalam tubuh mereka. Sekadar tambahan, oksitoksin membuat Anda menjadi lebih banyak memberi dan baik hati. Jadi, jika Anda tiba-tiba menghadiahi pasangan dengan banyak hal dan Anda dipenuhi kadar cinta tinggi, salahkan si oksitoksin!

7. Seks redakan rasa sakit
Saat hormon oksitoksin meningkat, kadar hormon endorfin meningkat pula dan menyebabkan penurunan rasa sakit. Jadi, jika rasa nyeri kepala atau sendi Anda mereda setelah berhubungan seks, maka berterimakasihlah kepada oksitoksin.

8. Seks tekan risiko kanker prostat
Ejakulasi yang cukup sering pada pria berusia sekitar 20 tahun ternyata mengurangi risiko kanker prostat pada saat mereka lanjut usia. Sebuah penelitian dari British Journal of Urology International menunjukkan bahwa angka kejadian kanker prostat berkurang sampai sepertiganya jika para pria ejakulasi rutin sebanyak lebih dari lima kali seminggu.

9. Seks kuatkan otot panggul
Para wanita yang melakukan gerakan otot panggul yang dikenal dengan kegel sewaktu berhubungan seks ternyata memberi beberapa keuntungan. Selain Anda jadi lebih nikmat, ternyata area panggul akan lebih kuat dan bisa mengurangi risiko terjadinya ngompol karena kelemahan otot panggul saat usia lanjut.

10. Seks bantu tidur lebih nyenyak
Oksitoksin yang dilepaskan saat Anda mencapai orgasme ternyata membantu Anda untuk tidur lebih lelap, dan Anda tentunya tahu bahwa tidur lebih lelap membawa banyak hal baik, termasuk kestabilan tekanan darah dan berat badan. Ini juga membantu Anda mengetahui kenapa sih para pria itu langsung tidur sehabis berhubungan seks? Ternyata oksitoksin-lah penyebabnya.

dr.Intan Airlina Febiliawanti

Gereja Ortodoks Ajak Umat Kristiani Sokong Masjidil Aqsa

Uskup Agung Gereja Ortodoks Yunani di Baitul Maqdis mengajak para pemimpin Kristen dunia turut melindungi Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis. Sebagaimandi dikutip Pusat Informasi Palestina, Kepala keuskupan Sebastia, Uskup Agung Attallah Hanna, meminta negara-negara Arab untuk bekerja dengan cepat melindungi Kota Yerusalem (al Quds) dari yahudisasi yang sudah sampai pada tahap akhir. Uskup Agung Hanna menyatakan orang-orang Yahudi mengambil alih tempat-tempat suci Islam dan Kristen secara bersama-sama. Mereka ingin membangun sebuah museum perdamaian di atas pemakaman Muslim.

Hanna juga mengatakan bahwa Israel berusaha untuk menghancurkan semua tempat suci, kecuali tempat suci umat yahudi. Ia mengingatkan pula bahwa Israel sebelumnya juga pernah menyerang gereja Ortodoks Yunani.

Pemimpin Gereja Ortodoks Yunani itu juga menekankan perlunya persatuan antara umat Islam dan Kristen dalam menghadapi upaya destruktif rezim zionis yang ingin menghancurkan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis. Hanna menyatakan, "Kegiatan Front Islam-Kristen dalam membela Al-Quds dan tempat-tempat suci Palestina yang telah dibentuk sejak dua tahun lalu merupakan pondasi persatuan tersebut". Ditegaskannya, "Kami menyerukan semua gereja Kristen di dunia untuk berdiri menentang tindakan Israel terhadap Al Aqsha dan kebijakan diskriminatif terhadap saudara-saudara Muslim kami di Palestina."

Front Islam-Kristen untuk Pembelaan Al-Quds dan Tempat-Tempat Suci Palestina didirikan pada tahun 2007. Organisasi ini didirikan untuk mendukung dan mengkoordinasi pelbagai institusi yang berkaitan dengan Al-Quds.

Sejak sebulan terakhir ini, kelompok-kelompok yahudi radikal dengan dukungan tentara rezim zionis Israel sudah tiga kali menyerang Masjidil Aqsha.

Friday, October 30, 2009

Sampel spesimen bontot Saiful

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunggu sehingga 6 Nov bagi keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan berhubung dokumen dan sampel spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim-hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, selepas mendengar penghujahan dari kedua-dua pihak, berkata mahkamah memerlukan masa untuk menimbangkan perkara itu. - Bernama


Gempa bumi kuat berlaku di selatan Jepun

TOKYO 30 Okt. - Agensi meteorologi Jepun berkata gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter telah berlaku di bahagian pantai selatan negara itu.

Agensi itu berkata, tiada amaran tsunami berbahaya dari gempa bumi itu. Laporan kemalangan jiwa dan kerosakan sehingga kini juga belum dilaporkan.

Gempa itu melanda kawasan pantai pulau Amami Oshima di selatan jepun pada kedalaman 60 kilometer. - AP


MCA Paya Besar gesa jawatankuasa Pusat dibubarkan

KUANTAN 30 Okt. — MCA Bahagian Paya Besar menggesa Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu dibubarkan bagi membolehkan pemilihan kepimpinan baru parti dilakukan sekali gus menyelesaikan kemelut dalaman parti berkenaan.

Ketuanya, Senator Ng Fook Heng berkata pembubaran CC itu membolehkan mereka yang layak bertanding berpeluang menerajui kepimpinan parti selepas mendapat sokongan daripada anggota.

Beliau berkata, masalah dalaman MCA sepatutnya selesai selepas parti itu mengadakan Mesyuarat Luar Biasa (EGM) pada 10 Okt lepas, namun masalah itu masih berterusan walaupun setelah lebih 20 hari EGM berlalu.

"Dulu musuh, sekarang jadi kawan pula manakala ada yang dulu kawan sekarang sudah jadi musuh, nampaknya ahli akar umbi sangat sedih keadaan parti sekarang dan apa yang penting bagi ahli akar umbi ialah MCA bersatu padu untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya cadangan itu turut mendapat persetujuan daripada semua 12 ketua cawangan dan 4,000 anggotanya dan bukan dilakukan secara paksaan dan gesaan daripada mana-mana pihak.

- BERNAMA

Mahkamah benarkan Speaker Kedah semak keputusan SPR

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi kebenaran kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, memutuskan permohonan semakan kehakiman itu tidak bercanggah dan terdapat isu serius yang perlu dibicarakan.

Beliau juga memerintahkan Dr Abdul Isa, yang hadir di mahkamah dan diwakili peguam Sulaiman Abdullah, memfailkan permohonan itu dalam tempoh tiga hari bagi membolehkan kes didengar sebelum 17 November.

Terdahulu, Sulaiman meminta mahkamah mendengar permohonan itu sebelum sidang DUN akan datang, dijadualkan selama tiga hari bermula 17 November.

Sulaiman, dalam hujahnya hari ini, berkata Abu Hassan telah gagal menghadiri dua persidangan DUN Kedah secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini.

"Perkara 51, Perlembagaan Negeri Kedah menetapkan jika mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker bagi dua mesyuarat berturut-turut, kerusinya akan menjadi kosong.

"Prima facie, mengikut Perkara 51 dalam kes ini adalah memuaskan," katanya.

Dr Abdul Isa memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pada 1 Oktober, menamakan Abu Hassan dari Barisan Nasional dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kerusi Kota Siputeh ekoran kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih wakil rakyatnya.

Kes itu akan disebut semula pada 6 November depan.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili SPR manakala Dr Abu Hassan tidak diwakili. - Bernama

Penjual Tebu Didakwa. Pembunuh Altantuya Terselamat

KLANG: Seorang penjual tebu, A Murugan dihadapkan ke Mahkahmah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh pembantu rumah Indonesia, Muntik Bani.


Serangan bom: Dua rakyat Malaysia selamat

SEPANG: Dua rakyat Malaysia yang terselamat dalam serangan bom dan roket ke atas Hotel Serena, Kabul, Afghanistan, Rabu lalu, Jagdish Singh dan S.Sivanathan hari ini menceritakan saat-saat cemas yang mereka lalui di negara yang bergolak itu.

Ketika menceritakan detik cemas itu, Jagdish, 40, berkata beliau dan rakan setugas Sivanathan, 29, kebetulan sedang bersarapan di tempat lain semasa serangan itu berlaku jam 8.25 pagi (waktu tempatan).

"Kami sangat bertuah tidak berada di lobi hotel kerana sedang menikmati sarapan di restoran berdekatan yang jaraknya hanya 30 meter dari tempat kejadian.

"Kami sepatutnya berada di lobi hotel itu pada 8.30 pagi bagi menunggu seorang Menteri Komunikasi Teknologi Maklumat Afganistan untuk menghadiri satu mesyuarat tetapi tidak berbuat demikian," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Jagdish dan Sivanathan adalah kakitangan International Multilateral Partnership Against Cyber Threats (IMPACT) tiba di KLIA 7.05 minit pagi tadi dengan pesawat MH191.

Mereka berdua sepatutnya berada di Kabul sehingga 3 November ini, namun disebabkan kejadian itu, mereka terpaksa meninggalkan negara berkenaan dengan kadar segera.

Jagdish berkata semasa di restoran mereka dapat melihat dengan jelas sebuah roket menghentam lobi hotel kediaman mereka menyebabkan seluruh kawasan itu bergegar dan suasana menjadi kelam kabut ditambah dengan asap tebal.

Katanya mereka termasuk orang awam lain kemudian diarah pihak keselamatan hotel supaya berlindung di satu ruang khas bawah tanah hotel tersebut.

"Nasib baik laluan ke bawah tanah itu dekat dengan restoran jadi kami mudah untuk sampai ke situ. Walaupun berada di bawah tanah, gegaran masih terasa dan kedengaran empat lagi letupan di luar," katanya yang terpaksa berlindung di bawah tanah itu selama dua jam sebelum dibenarkan pulang ke hotel.

Sivanathan dan Jagdish berada di Kabul bermula 18 Oktober lalu dalam projek usaha sama antara IMPACT dan Kesatuan Telekomunkasi Antarabangsa (I-T-U) bagi mengendalikan penilaian keselamatan siber dan latihan kepada pegawai kerajaan Agfhanistan.

Mereka memuji kecekapan dan kepantasan bahagian keselamatan hotel yang pantas bertindak menyelamatkan mereka.

Dalam serangan yang mensasar pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, seramai 12 orang terkorban termasuk enam petugas PBB, dua pengawal keselamatan dan seorang orang awam. - Bernama

Mahkamah Tinggi perintah kes saman bapa Nurin dibicarakan

KUALA LUMPUR: Kes saman kecuaian yang difailkan oleh Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin kanak-kanak yang diculik dan dibunuh dua tahun lalu, berhubung penyebaran gambar bedah siasat anaknya melalui internet, mesti ditentukan menerusi perbicaraan penuh, Mahkamah Tinggi memutuskan hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Mohd Yusof, menolak permohonan Jazimin untuk penghakiman ringkas mengikut Aturan 14A Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Zabariah membuat keputusan itu dalam kamar selepas selesai mendengar hujah daripada peguam Jazimin, Akbardin Abdul Kader, dan Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin.

Beliau menerima hujah Noorin yang menyatakan kes itu tidak sesuai untuk diberi penghakiman terus.

Jazimin memohon penghakiman terus dengan alasan pihak polis telah mengaku dalam pernyataan pembelaan bahawa pihaknya membawa keluar gambar bedah siasat itu.

Mahkamah menetapkan 17 Disember ini untuk pengurusan kes berhubung permohonan itu termasuk permohonan pihak polis untuk membatalkan saman tersebut.

Akbardin memberitahu pemberita beliau akan memanggil tiga atau empat saksi daripada ahli keluarga dan saudara Nurin untuk memberi keterangan.

Pada 21 Ogos 2008, Jazimin pekerja di syarikat keselamatan, menyaman Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia kerana didakwa cuai menyebabkan gambar itu tersebar di internet.

Dalam pernyataan tuntutannya, Jazimin berkata, penyebaran gambar bedah siasat itu telah memalukan keluarganya dan mengganggu emosi mereka.

Dalam saman kecuaian itu, Jazimin tidak menyatakan jumlah ganti rugi tetapi memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, faedah terhadap ganti rugi am, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Nurin, 8 tahun, ditemui mati selepas 27 hari dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007, ketika keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Mayat pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak itu ditemui dalam sebuah beg pakaian sukan yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya dan hasil bedah siasat mendapati Nurin juga didera secara seksual. - Bernama

Pengiraan merit ke IPTA guna gred baru mulai tahun depan

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini .

"Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14, katanya.

Beliau berkata, gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D(empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Bagaimanapun, Dr Radin Umar, berkata kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah.

"Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009," katanya.

Beliau berkata, ia bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas.

Katanya, pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara.

"Kementerian juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web kementerian (Pengajian Tinggi) dan Kementerian Pelajaran," katanya. - Bernama

Pasport suspek serangan 11 September ditemui

Sherwangei, Pakistan - Tentera Pakistan menemui pasport yang milik Said Bahaji salah seorang suspek yang dikaitkan dengan serangan 11 September di New York dan Washington ketika menyerang kubu kuat Taliban berhampiran sempadan Afghanistan.

Pasport yang ditemui di Selatan Waziristan, mengandungi Visa yang menunjukkan suspek berkenaan memasuki Pakistan pada 4 September 2001.

Bahaji, rakyat Jerman keturunan Maghribi dikatakan turut dikehendaki di Jerman dan Sepanyol kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas.


Wakil Yang Pemalas

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Klang hari ini mendedahkan ‘perwatakan’ sebenar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang mengumumkan keluar dari PKR semalam dan menjadi Adun bebas semalam.

Ketua AMK, Cabang Klang, Irwan Ismail dalam satu kenyataan memberitahu alasan perletakan jawatan yang diberikan Badrul itu sebagai menutup pekongnya yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai masalah.

“Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di Dun Pelabuhan Klang dan sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor,” kenyataannya dipetik.

Irwan ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan dakwaan tersebut.

Badrul tegasnya tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.

Beliau didakwa jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang deberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.

Tegasnya lagi, tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.

“Beliau tidak turun padang dan kurang mesra dgn rakyat, peruntukan beliau utk tahun 2008 sehingga pertengahan 2009 dihabiskan secara meragukan, dengan tiada program & sumbangan kepada mereka yg layak menerimanya,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.

Sifat Badrul yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan dutemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.

AMK Cabang Klang ketanya telah berusaha membantu beliau dalam urusan pentadbiran Dun Klang selain memaklumkan program-program terkini parti, namun usaha menghubungi Badrul tetap gagal.

Sehubungan itu AMK katanya menyeru agar seluruh rakyat di Pelabuhan Klang bertenang dan tidak terpedaya dengan putar belit Badrul.

Mereka juga akan terus menjalankan program biarpun tanpa kehadiran Badrul demi memastikan hak dan kepentingan rakyat khususnya di Pelabuhan Klang terus dibela.

Badrul Hisham pada satu sidang media semalam mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Adun bebas yang ‘mesra BN’.

Beliau memberi alasan kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau berbuat demikian.

Tiga lagi turut didakwa beliau sebagai punca adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya kepada Khalid, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK Klang juga bagaimanapun yakin tindakan Badrul itu akibat telah ‘dipengaruhi’ oleh ‘orang ezam’

Ia kerana Badrul dilihat banyak dipandu bekas setiausaha PKR Selangor, Nizam Rosli sewaktu menjawab soalan para wartawan.

Nizam juga dikenali sebagai rakan karib bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor meninggal PKR dan menyertai Umno selepas tidak sehaluan lagi dengan Anwar.

Sumber: Blog DSAI

Mahkamah Kuwait: AP tak perlu pakai tudung

KUWAIT: Sebuah mahkamah tinggi Kuwait kelmarin memutuskan dua penggubal dasar wanita tidak perlu pakai tudung.

Kes itu dibawa ke mahkamah oleh seorang pengundi yang mahu Anggota Parlimen (AP), Cik Aseel al-Awadhi dan Cik Rola Dashti, dipaksa pakai tudung.

Ini satu kemenangan bukan saja bagi diri saya dan rakan seperjuangan saya, Cik Rola, bahkan bagi perlembagaan negara. Pakai tudung atau tidak, ini tidak akan menjejas kelakonan kami dan dedikasi kami untuk berkhidmat kepada rakyat yang mengundi kami,' kata Cik Aseel.

Dua AP itu antara empat wanita pertama menjadi AP di Kuwait dalam satu pilihan raya Mei lalu.

Di bawah undang-undang Kuwait, wanita tidak diwajibkan pakai tudung. Kes dua AP wanita itu dibawa ke mahkamah berdasarkan undang-undang pilihan raya yang menetapkan calon dan pengundi dikehendaki mematuhi undang-undang Syariah, termasuk memakai tudung.

Pengerusi mahkamah, Encik Yussef Ghanam Al-Rashid, berkata di bawah perlembagaan Kuwait seseorang itu mempunyai kebebasan peribadi dan kebebasan memilih agama.

Perlembagaan Kuwait turut menetapkan seseorang itu tidak akan didiskriminasi berdasarkan agama atau jantina.

Awal bulan ini, jabatan fatwa Kuwait memutuskan wanita Islam harus memakai tudung.

Beberapa AP mahu fatwa itu dikuatkuasa, namun ada AP menegaskan undang-undang negeri dan perlembagaan yang patut dijadikan panduan. -- AFP, Reuters.

Sekilas Dunia

Ditahan dek sebar khabar angin

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand akan mendakwa empat orang kerana menyebarkan khabar angin mengenai kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej yang menyebabkan pasaran saham negara itu menjunam awal bulan ini.

Raja Bhumibol, 81 tahun, berada di hospital sejak pertengahan bulan lalu kerana jangkitan paru-paru.

Pasaran saham Thai menjunam 8.22 peratus pada 15 Oktober ekoran khabar angin itu. -- AFP

Somalia jadi 'syurga' Al-Qaeda

LONDON: Kumpulan pengganas Al-Qaeda kini menggunakan Somalia bagi melatih anggotanya, menyusun semula kumpulan dan merancang serangan, kata Perdana Menteri negara itu, Encik Omar Abdirashid Sharmarke.

'Somalia kini jelas menjadi syurga buat kumpulan terkutuk ini, iaitu Al-Qaeda,' kata Encik Omar dalam satu ucapan di London, kelmarin.

Beliau berkata Al-Qaeda menguasai sebahagian besar selatan dan kawasan tengah Somalia dan usaha menumpaskan mereka amat penting bukan saja untuk negaranya bahkan kemakmuran dunia sejagat. -- AFP.

Pilihan raya tidak akan tergugat

WASHINGTON: Hasrat kumpulan Taleban mengucar-ngacirkan proses pilihan raya presiden Aghanistan tidak akan berhasil walaupun beberapa serangan telah dilakukan ke atas para petugas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kabul.

Jurucakap Rumah Putih, Encik Robert Gibbs, dalam satu kenyataannya berkata:

'Di Kabul ternyata ada cubaan oleh sesetengah pihak untuk menggugat kemahuan rakyat Afghanistan dalam memilih pemerintah baru mereka, namun kami percaya ia tidak akan berhasil.' - AFP.

Fokus kepada Nasharudin dan Hasan

OKT 29 — Agak menarik apa yang berlaku dalam mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam tadi apabila dua perkara ini dilihat berlaku.

Pertama, ahli mesyuarat yang paling awal keluar sebaik sahaja mesyuarat selesai adalah Datuk Dr Hasan Ali, AJK yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor. Perkara ini disahkan oleh beberapa saksi kepada The Malaysian Insider.

Yang kedua, Nasharudin Mat Isa, timbalan presiden PAS, sebagai pemimpin paling kanan selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat khas itu.

Ini kerana, semua yang lain hadir di samping Abdul Hadi. Mereka adalah ketiga-tiga naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Turut kelihatan adalah Setiuasaha Agung Datuk Mustafa, Ketua Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi dan juga Ketua Penerangan Idris Ahmad.

Apakah yang berlaku kepada mereka berdua dalam mesyuarat malam tadi tidak diketahui. Yang pasti, mesyuarat itu telah mengambil keputusan agar Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin Tuan Ibrahim diarahkan agar membuat penyiasatan terhadap PAS Selangor.

"Adakah Datuk Hassan akan disiasat," tanya seorang wartawan. Abdul Hadi menjawab, "PAS Selangor akan disiasat."

Apa yang hendak disiasat oleh Lembaga Disiplin ini tidak dinyatakan dalam sidang media itu. Namun, gelagat kedua-duanya sangat mencurigakan lebih 50 wartawan dan jurugambar yang memenuhi tingkat 4 bangunan PAS malam tadi.

Dalam pada itu, kecoh dalam blog sekarang tentang pertemuan antara kedua-duanya (Nasharudin dan Hassan) dengan sembilan blogger termasuk yang dikira pro Umno.

Antara yang dibincangkan adalah tentang cadangan kerajaan perpaduan dan juga serangan ke atas bekas seorang naib presiden PAS.

Menurut satu blog, rakaman perbincangan di rumah Hassan Ali itu akan diserahkan beliau kepada Tuan Ibrahim, sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PAS.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, antara punca Nik Aziz melenting adalah kerana karenah Hassan Ali di Selangor dan sikap para pemimpin kanan PAS dalam menanganinya.

Kini, masing-masing tertumpu kepada Lembaga Disiplin yang diketuai Tuan Ibrahim. Bilakah sidang pertama mereka akan berjalan, siapa yang akan disiasat dan sebagainya akan menjadi sorotan media. Ramai bimbang kerana Tuan Ibrahim seorang pemimpin yang low profile dan perlahan.

Yang pasti, segala masalah dalaman PAS telah dibincangkan secara terbuka malam tadi dan langkah mengadakan seminar khas 7 November ini adalah antara yang terbaik pernah dibuat oleh pimpinan parti itu dalam menentukan halatuju PAS dengan mantap. Malaysian Insider

Thursday, October 29, 2009

Pilihan raya kecil Perlabuhan Kelang

Menteri Besar Selangor, melalui setiausaha politiknya, YB Nik Nazmi telah secara resminya mencadangkan ADUN perlabuhan Kelang, YB Badrul Hisham Abdullah untuk melepaskan jawatannya. Cadangan tersubut telah disampaikan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Sekiranya Badrul melepaskan jawatan, ini bermakna satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.


Taleban serang asrama PBB di Kabul, 10 maut

KABUL: Gerila Taleban yang memakai jaket peledak, bom tangan dan mesingan, menyerang sebuah asrama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kabul semalam, menyebabkan 10 orang terkorban, termasuk enam pekerja PBB, kata para pegawai.

Pegawai polis Afghanistan, Encik Abdul Ghafar Sayedzada, berkata 10 orang terkorban, termasuk tiga penyerang. Menurutnya, polis sudah menguasai semula bangunan itu.

Mereka yang terkorban termasuk seorang pegawai polis dan seorang pegawai perisikan, kata seorang askar Afghan di tapak serangan.

Seorang jurucakap PBB, Encik Adrian Edwards, berkata enam pekerja PBB terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam serangan itu, yang bermula subuh semalam di kejiranan Shar-e-Naw di Kabul.

'Ini satu insiden yang amat serius bagi kami. Kami tak pernah mengalami insiden serupa ini pada masa lalu,' kata Encik Edwards.

Penginap bertempiaran lari dari bangunan itu semasa ia diserang, sedang api kelihatan di bumbung dan asap berkepul ke udara.

Seorang pengawal keselamatan, Encik Noor Allah, berkata beliau nampak beberapa penginap terjun dari tingkap tingkat dua.

Polis Afghanistan menggunakan tangga untuk menyelamatkan seorang rakyat asing yang cedera.

Pasukan keselamatan Afghanistan berbalas tembakan beberapa jam dengan militan, kata polis.

Mayat tiga penyerang, yang berkecai, sudah dibawa keluar dari asrama untuk dibedah siasat, kata Encik Gul Mohammad, seorang lagi pegawai polis di tempat kejadian.

Encik Abdul Ghaim, seorang pegawai polis di tempat kejadian, memberitahu Reuters: 'Kami rasa mereka (militan) itu rakyat Pakistan.'

Hotel Serena, yang popular di kalangan rakyat asing, turut dibedil dengan roket semalam, tetapi tiada siapa terkorban atau cedera.

Namun serangan itu memaksa 100 penginap dan pekerja hotel mencari perlindungan dalam sebuah kubu bawah tanah.

Jurucakap Taleban, Encik Zabiullah Mujahid, mengaku bertanggungjawab di atas serangan ke atas asrama itu dan ke atas Hotel Serena.

'Ini serangan pertama. Kami sudah beri amaran akan menggagalkan pilihan raya presiden pusingan kedua (pada 7 November),' tegas beliau. -- AP, AFP, Reuters.

Pesawat terlajak destinasi, juruterbang dibatal lesen

WASHINGTON: Gara-gara terlalu asyik berbincang dan menggunakan komputer riba, dua juruterbang Amerika Syarikat terlajak dan melepasi destinasi mereka sejauh 240 kilometer minggu lepas.

Akibatnya, Pentadbiran Penerbangan Federal (FAA) telah membatalkan lesen dua juruterbang Northwest Airlines itu.

Mereka terlajak dan melepasi lapangan terbang destinasi mereka pada 21 Oktober 2009 sewaktu mengendalikan pesawat Penerbangan 188 dari San Diego ke Minneapolis, menurut kenyataan FAA.

Juruterbang berkenaan, Encik Richard Cole, 54 tahun, dan Kapten Timothy Cheney, 53 tahun, menafikan mereka tertidur seperti yang disangka oleh pakar-pakar.

Kedua-dua juruterbang memberitahu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) bahawa mereka terlalu asyik dengan program penjadualan kerja baru pada komputer riba mereka sehingga mereka tidak sedar telah terlajak daripada destinasi mereka.

Mereka hanya tersedar apabila seorang pembantu penerbangan bertanya bila pesawat akan mendarat.

Ketika itu, pesawat Airbus A320 yang membawa 144 penumpang dan lima kru sudah melepasi Minneapolis dan berada di negeri berjiran, Wisconsin, pada ketinggian 11,300 meter.

Para penyiasat FAA mendapati dua juruterbang itu berbincang mengenai jadual kerja baru menyusuli penggabungan syarikat itu dengan Delta, yang kini memiliki Northwest Airlines.

Mereka juga tidak mengendahkan panggilan daripada syarikat penerbangan dan menara kawalan lalu lintas udara.

Meskipun kedua-dua juruterbang berhasil berpatah balik dan mendaratkan pesawat di Minneapolis, espisod itu mungkin mendorong NTSB dan FAA mengambil perhatian berat berhubung penggunaan komputer riba dan peralatan elektronik dalam ruang pandu pesawat. -- AP, AFP.

Sekilas - Dunia

PAS tutup pintu perpaduan pada Umno

KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) membuat keputusan untuk menutup pintu perbincangan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengelak pemimpin parti itu terus bertelagah sesama sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memberi alasan bahawa keputusan itu dibuat kerana faktor keadaan yang sudah berubah dan PAS belum mengetahui sikap sebenar pemimpin Umno yang baru. -- BHM.

Ikrar tidak sasar orang awam jika bertempur

MANILA: Pemerintah Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani satu ikrar untuk tidak menyasarkan orang awam dan melindungi sekolah serta hospital, jika pertempuran berlaku di selatan Filipina.

Jurucakap MILF, Eid Kabalu, berkata langkah selanjutnya kini ialah menyambung semula rundingan damai yang telah gagal tahun lalu. -- AP.

Letupan di pasar ketika Clinton tiba di Pakistan

ISLAMABAD: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, tiba di Pakistan semalam, sedang satu bom kereta meletupkan sebuah pasar di Peshawar, menyebabkan lebih 50 orang mati.

Cik Clinton akur hubungan itu dibelenggu dengan perselisihan faham.

Beliau kini berjanji akan menumpukan perhatian kepada keperluan rakyat Pakistan termasuk memberi bantuan ekonomi dan membangunkan institusi demokratik. -- Reuters.

Wednesday, October 28, 2009

Hukum rejam hingga mati di Aceh

BANDA ACEH: Satu undang-undang Islam di wilayah Aceh yang membolehkan pasangan curang dan peliwat direjam hingga mati akan disemak.

Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Majlis Perundangan Aceh mulai 14 September lalu itu akan dipertimbangkan semula oleh majlis baru yang bakal dilantik.

'Gabenor (Aceh) enggan menandatangani undang-undang itu ekoran adanya peruntukan rejam, yang serupa dengan hukuman mati.

'Dari mula lagi pemerintah Aceh tidak bersetuju dengan undang-undang merejam. Kami berharap Parlimen akan membincangkan semula undangundang ini,' kata jurucakap Aceh, Encik Abdul Hamid Zein.

Undang-undang itu membolehkan hukuman sebat sehingga 400 kali dikenakan ke atas sesiapa yang merogol kanak-kanak, 100 kali ke atas peliwat dan 60 kali bagi kesalahan berjudi.

Awal bulan ini, pemerintah Aceh mengecam pemenang pertandingan ratu cantik Miss Indonesia, Qori Sandioriva, 18 tahun, yang berasal dari wilayah itu, kerana tidak memakai tudung semasa pertandingan.

Badan hak asasi kemanusiaan Human Rights Watch, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, telah menggesa pemerintah pusat dan pemerintah Aceh supaya menarik balik undang-undang rejam itu sambil berkata 'rejam dan sebat merupakan satu penderaan'.

Gabenor Aceh, Encik Irwandi Yusuf, sebelum ini telah melahirkan bantahan beliau terhadap undang-undang itu.

Speaker parlimen wilayah, Encik Hasbi Abdullah, berkata parlimen yang dilantik pada 30 September lalu 'secara dasarnya' menentang undang-undang rejam dan satu semakan adalah antara keutamaan para penggubal dasar baru.

Parti Aceh, yang dianggotai oleh Encik Irwandi, menguasai 33 daripada 69 kerusi parlimen baru.

Tetapi Encik Moharriadi Syafari daripada Parti Keadilan Sejahtera (PKS) berkata undang-undang itu telah berkuatkuasa secara automatik pada pertengahan bulan ini, atau 30 hari selepas ia diluluskan oleh parlimen lama.

'Undang-undang itu telah berkuatkuasa selang 30 hari selepas ia diluluskan walaupun gabenor tidak menandatangannya.

'Mereka yang tidak bersetuju dengannya boleh mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Agung. Jika parlimen ingin menyemaknya , ia perlu menunggu setahun kerana itu syaratnya,' kata beliau.

Encik Moharriadi selanjutnya menarik perhatian bahawa ramai orang mempunyai salah tanggapan berkaitan undang-undang itu.

'Walaupun undang-undang ini telah diluluskan, ini tidak bermakna ramai orang di Aceh akan direjam. Adalah sukar untuk membuktikan penzinaan. Walaupun mereka mengaku berzina, mereka tidak akan direjam secara automatik,' katanya.

'Tujuan utama undang-undang ini ialah untuk menyelamatkan penduduk Aceh daripada melakukan perbuatan yang dilarang agama agar mereka dibebaskan daripada seksa api neraka,' tambah beliau. -- AFP.

Sekilas - Dunia

Mungkin pindah dari pantai

SYDNEY: Australia mungkin terpaksa memindahkan penduduk di pesisiran pantai kerana paras air laut meningkat.

Paras air laut di Australia dijangka meningkat lebih 80 sentimeter dalam kurun ini.

Sekitar 80 peratus rakyat Australia tinggal di kawasan pantai, dengan sekitar 711,000 rumah terletak dalam lingkungan tiga kilometer dari laut. -- AFP.

Tidak bantu remaja dirogol

RICHMOND (California): Polis percaya lebih sedozen orang melihat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol beramai-ramai di luar sekolahnya, dan tidak melaporkan kejadian itu.

Seorang suspek ditahan tetapi enam lagi sedang diburu.

Remaja itu dikatakan dirogol, dipukul dan dirompak. -- AP.

Bebaskan pegawai Iran

QUETTA (Pakistan): Pakistan semalam membebaskan 11 pegawai keselamatan Iran yang ditahan atas tuduhan menyeludup masuk menerusi sempadan negara itu, kata polis Pakistan.

Mereka ditahan Isnin lalu selepas memasuki sempadan Pakistan secara tidak sengaja.

Ketika itu mereka dikatakan sedang memburu penyeludup minyak. -- Reuters.

Si kudung curi sebelah kasut

BRUSSELS: Seorang lelaki berkaki satu ditangkap polis selepas mencuri sebelah kasut dari sebuah kedai di Belgium.

Lelaki itu, yang kakinya dipotong, menjadi suspek apabila jurujual mendapati hanya sebelah kasut hilang dari kedai di pekan Maldegem, barat Belgium.

Suspek telah diserah kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. -- AP.

Suntikan bagi disiplin murid

BEIJING: Seorang guru tadika wanita ditahan di wilayah Yunnan selepas didakwa menyuntik lebih 20 kanak-kanak dengan jarum suntikan untuk mendisiplin mereka.

Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dikatakan mempunyai lapan kesan suntikan semata-mata kerana enggan tidur.

Ujian bagi jangkitan HIV ke atas kanak-kanak terjejas didapati negatif. -- AFP.

Bekas KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hadapi 10 pertuduhan rasuah

SHAH ALAM: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abdul Hanan Alang Endut hari ini mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah yang melibatkan nilai suapan berjumlah RM59,390.60 di Mahkamah Sesyen di sini.

Abdul Hanan, 57, dituduh menerima suapansuapan itu di alamat No 25, Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1 hingga 15 Disember 2008 dalam bentuk cekcek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan Techno-Fund daripada Global Goodway (M) Sdn Bhd.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cekcek kosong yang diterimanya dari 15 Disember 2008 hingga 27 Februari 2009 bagi tujuan antaranya untuk pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun milik isterinya.

Abdul Hanan didakwa di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut manamana yang lebih tinggi.

Beliau juga tidak mengaku salah terhadap 10 tuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Abdul Hanan selaku Ketua Setiausaha MOSTI dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kelulusan Dana dituduh telah menerima cekcek kosong milik Adam, pemilik Global Goodway (M) Sdn Bhd, dari 1 hingga 15 Disember 2008 di alamat dan tempoh yang sama sebagai balasan kerana meluluskan permohonan TechnoFund daripada syarikat itu.

Tertuduh kemudiannya didapati telah menunaikan cekcek kosong yang diterimanya dari 15 Dis tahun lepas sehingga 27 Februari 2009 bagi tujuan antaranya bagi pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran, cukai tanah berjumlah RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun milik isterinya.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan beliau boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau didenda atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais meminta supaya kesemua pertuduhan dibicarakan serentak dengan jaminan RM10,000.

Syafeera kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes itu pada 2 Disember ini.

Abdul Hanan yang dilaporkan bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam pada April lepas diwakili oleh peguambela Badrul Munir.BERNAMA

Tuesday, October 27, 2009

BAGHDAD dalam keadaan berjaga-jaga

BAGHDAD: Pasukan keselamatan Iraq diletakkan dalam keadaan berwaspada semalam selepas kejadian letupan bom di kawasan tengah Baghdad menjadikan bandar itu bermandikan darah.

Ini sedang para pemimpin politik Iraq berusaha mencapai persetujuan mengenai penggubalan satu undang-undang pilihan raya utama di negara itu.

Letupan bom hampir serentak yang disasarkan ke arah bangunan pejabat pemerintah Iraq kelmarin mengorbankan lebih 100 orang, mencederakan 500 lagi dan meninggalkan serpihan tubuh manusia yang rentung di serata kawasan kejadian di ibu kota Iraq itu.

Serangan paling buruk di negara yang bergolak dengan keganasan sejak lebih dua tahun lalu itu didakwa oleh para pegawai pemerintah Iraq sebagai perbuatan kumpulan Al-Qaeda dan para penyokong Parti Baath, yang pernah dipimpin oleh bekas diktator Iraq, Saddam Hussein, dan kini diharamkan di negara itu.

Para pegawai hospital dan polis Iraq berkata perangkaan kematian akibat kejadian tersebut meningkat kepada 155 orang - termasuk puluhan kakitangan perkhidmatan awam.

Lebih 500 orang pula cedera dalam dua kejadian letupan yang berlaku serentak dan disasarkan ke arah bangunan Kementerian Keadilan dan pemerintah wilayah Baghdad.

Para pegawai itu bercakap atas syarat nama mereka tidak didedahkan kerana tidak diberi kuasa bercakap dengan pihak media.

Perdana Menteri Iraq, Encik Nuri al-Maliki, mempengerusikan satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara (NSC) Iraq lewat kelmarin untuk membincangkan mengenai serangan-serangan itu dengan ketua tentera dan polisnya, kata jurucakap beliau, Encik Ali al-Dabbagh, dalam satu kenyataan.

Perdana menteri itu berikrar erangan-serangan itu tidak akan menjejas proses politik atau pilihan raya parlimen beliau menjelang Januari depan.

'Kami berjanji akan membawa musuh- musuh rakyat Iraq ke muka pengadilan, mereka yang mahu mencetuskan huru-hara dan menghalang proses pilihan raya,' kata beliau.

Beberapa jalan raya di kawasan tengah Baghdad masih ditutup semalam, dengan pasukan keselamatan Iraq masih lagi dilihat di serata jalan raya ibu kota negara itu.

Ini menyebabkan ramai penduduk terpaksa berjalan, sebahagiannya ke tempat kerja.

Puluhan kenderaan jenis humvee tentera Iraq ditempatkan di jalan-jalan raya manakala pusat-pusat pemeriksaaan baru didirikan.

Laluan trafik juga terjejas di luar lingkaran kawasan kejadian pengeboman itu, berdekatan dengan bangunan kementerian keadilan dan pemerintah wilayah di bandar itu. Hanya beberapa kenderaan dibenarkan masuk.

Kelmarin, salah seorang penyerang meletupkan sebuah trak yang berisikan bom di tengah-tengah kawasan persimpangan dekat bangunan kementerian tersebut, manakala seorang lagi meletupkan sebuah kereta di depan bangunan pemerintah wilayah. -- AFP, AP.

'Iran mungkin perlukan 18 bulan untuk bangunkan senjata nuklear'

NEW YORK: Agensi-agensi risikan menganggarkan bahawa Iran mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk membangunkan satu senjata nuklear jika ia memilih untuk membangunkannya, kata para diplomat dan pegawai risikan Barat.

Sudah bertahun-tahun lamanya, Agensi Risikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), M16 dari Britain, Mossad dari Israel, rakan sejawatan mereka dari Perancis dan Jerman, serta agensi-agensi risikan lain bertungkus lumus untuk menembusi benteng rahsia program nuklear Iran, dengan mereka sering bercanggah pendapat antara satu sama lain mengenai bila Iran mampu mempunyai sebuah senjata nuklear.

Teheran, yang mendesak bahawa program nuklearnya adalah bagi tujuan keamanan, berkata para perisik Barat berbohong apabila mereka mengatakan Iran sedang membangunkan senjata nuklear.

Beberapa pegawai dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna memberi amaran supaya jangan membesar-besarkan dakwaan mereka terhadap Iran, seperti apa yang terjadi sebelum Perang Iraq.

Namun, beberapa diplomat Barat memberitahu agensi berita Reuters bahawa agensi-agensi risikan utama umumnya bersetuju bahawa Tehran memerlukan sekurang-kurangnya 18 bulan untuk membangunkan senjata atom jika ia memutuskan untuk berbuat demikian - satu jadual waktu lebih singkat berbanding daripada penilaian beberapa agensi yang dikeluarkan untuk umum mengenai rancangan nuklear Iran.

'Ia bukan satu penilaian rasmi atau persetujuan rasmi tetapi ia lebih kurang satu anggaran yang dipersetujui,' kata seorang diplomat Barat kepada Reuters atas syarat namanya tidak didedahkan.

Beliau berkata ia satu 'senario kes paling teruk', bukan yang berkemungkinan terjadi.

Satu lagi diplomat Barat mengesahkan persetujuan itu, sambil menambah bahawa penilaian itu berdasarkan anggapan bahawa Teheran memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk menulenkan bekalan uraniumnya ke tahap gred senjata dan tambahan 12 bulan lagi untuk pembangunan senjata nuklear sebenar.

Jadual waktu minimum itu penting kerana ia memberikan isyarat tentang sejauh mana masa yang perlu diambil oleh enam negara - Amerika, Britain, Perancis, Jerman, Russia dan China - untuk memujuk Iran supaya menghentikan program memperkayakan nuklearnya itu, sebelum Teheran berupaya memiliki senjata atomnya sendiri. -- Reuters.

Sekilas - Dunia

Lelaki dijatuhi 80 hukuman jel seumur hidup

SAN ANTONIO: Seorang lelaki Texas yang mengaku menganiayai secara seksual seorang kanak-kanak selama tiga tahun, telah dijatuhi 80 hukuman penjara seumur hidup.

Scott Lee Zulfer Jumaat lalu mengaku bersalah atas 69 pertuduhan, termasuk serangan seksual dan 11 dakwaan penaniayaan seks dari 2006 hingga 2008, kata akhbar The San Antonio Express-News. -- AP.

Empat korban dalam serangan Taleban

KHAR (Pakistan): Kumpulan militan Taleban yang bersenjatakan roket dan senjata api lain telah menyerang sebuah pusat pemeriksaan tentera di kawasan puak Pakistan dan mengorbankan empat askar, kata pegawai keselamatan dan pemerintah, semalam.

Serangan ke atas pusat Matak di Charmang di daerah Bajaur, dekat kawasan sempadan Afghanistan dilakukan oleh kira-kira 20 militan, kata mereka. -- AFP.

Raja Saudi batalkan hukuman

RIYADH: Raja Arab Saudi telah membatalkan hukuman ke atas wartawan wanita negara itu yang didakwa terbabit dalam rancangan yang membincangkan isu seks di televisyen.

Jurucakap Kementerian Maklumat Arab Saudi berkata Raja Abdullah memerintahkan agar hukuman 60 sebatan ke atas Rozanna al-Yami itu dimansuhkan. -- AP.

Pakar klon didakwa pula gelapkan wang

SEOUL: Seorang pakar pengklonan yang pernah membuat dakwaan palsu mengenai dapatan terbaru dalam kajian sel induknya semalam didakwa melakukan penggelapan wang dan beberapa tuduhan lain berkaitan skandal itu, tetapi dia tidak akan dipenjarakan.

Saintis itu, Hwang Woo-suk, 56 tahun, yang pada satu ketika dianggap wira Korea Selatan, telah dibebaskan daripada tuduhan penipuan tetapi dituduh menggelapkan pula dana kajian dan membeli telur- telur manusia secara haram bagi kajiannya.

Pihak pendakwaan telah meminta Hwang dipenjarakan selama empat tahun, tetapi Hakim Bae Ki-yeol berkata Hwang telah menunjukkan bahawa dia kesal dan memutuskan untuk menggantung hukumannya.

Hwang tidak akan dipenjarakan jika dia tidak melakukan sebarang kesalahan untuk tiga tahun mendatang.

Pada 2004, Hwang dan bekas rakannya di Universiti Nasional Seoul (SNU), mendakwa dalam satu laporan yang dikeluarkan mereka bahawa mereka telah menghasilkan pengklonan embrio manusia pertama di dunia melalui sel induk. -- AP.

Seorang maut, 2 hilang, 19 selamat

KAMPAR- 19 dijumpai masih hidup, 2 hilang manakala seorang maut apabila 22 murid dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir di sini bagi melawat mangsa yang terselamat

Monday, October 26, 2009

Kebakaran dekat pekarangan Masjid Al-Aqsa

Seorang rakyat Palestin cuba memadamkan kebakaran yang berlaku selepas belia setempat melempar bom botol ke arah polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis semalam.

Seramai 12 orang ditahan menyusuli kejadian itu. Para penduduk Palestin berkumpul di situ menyusuli khabar bahawa kumpulan tegar Yahudi merancang mengadakan perhimpunan di kawasan yang sama.



Sekilas - Dunia

130 terbunuh dalam letupan di Baghdad

BAGHDAD: Dua serangan bom kereta di Baghdad semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang dan lebih 600 cedera.

Salah satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Keadilan dan Buruh.

Satu lagi letupan berlaku di kejiranan Salhiyeh, berdekatan ibu pejabat pentadbiran daerah Baghdad. -- AFP, AP.

Minta cerai gara-agara 'Guantanamo'

RIYADH: Seorang wanita memohon cerai selepas mendapati senarai nama dalam telefon bimbit mendedahkan suami menamakannya 'Guantanamo', lapor akhbar Al-Watan.

Wanita itu meneliti senarai nama dalam telefon bimbit itu selepas suaminya terlupa membawanya ketika keluar rumah.

Selepas terbaca gelaran yang menyamakannya dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Cuba itu, wanita tersebut, yang sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga, meminta cerai. -- Agensi.

Bantah penubuhan kelab poligami

JAKARTA: Rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan 'Kelab Poligami' di Indonesia telah mencetuskan bantahan di kalangan kumpulan wanita dan pemimpin agama.

Kelab yang asalnya di Malaysia dipelopori Cik Hatijah Am, yang merupakan isteri Ashaari Muhammad, pemimpin kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan di Malaysia pada 1994.

Cawangan pertama kelab itu di Indonesia dibuka di Bandung, minggu lalu. -- AP.

Artis terbabit dadah ingin kembali berlakon

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Shereen, yang pernah menggemparkan industri hiburan tanah air apabila dituduh terbabit dengan dadah, merayu agar diberi peluang kedua untuk kembali berlakon.

'Saya minta jasa baik penerbit dan pengarah, beri saya peluang.

'Jangan takut ambil saya berlakon. Kepada yang mengenali saya, mereka tahu siapa saya,' kata Shereen, atau nama sebenarnya Noor Shereen Mohamad Hadzim, 38 tahun.

'Keinginan untuk berlakon membuak-buak sehingga apabila melihat orang berlakon... lihat watak yang pernah dilakonkan, tak dapat saya gambarkan betapa saya rindu untuk kembali berlakon,' tambahnya.

Shereen sebelum ini didakwa mengambil dadah jenis Syabu pada 15 Mac 2005.

Selepas dibicarakan selama empat tahun, mahkamah melepas tanpa membebaskannya daripada pertuduhan itu pada Mei lalu.

'Saya tidak salahkan masyarakat jika mereka terus mempercayai musibah yang pernah berlaku pada saya. Yang saya minta, jangan terus menghukum.

'Saya tiada kemampuan untuk menerangkan kepada seorang demi seorang apa sebenarnya berlaku. Cukup saya katakan saya puas menderita gara-gara musibah itu.

'Bukan mudah untuk saya menempuhnya. Walaupun selepas dilepas tanpa bebas, saya malu berdepan masyarakat.

'Bayangkan, selama seminggu saya berharap apabila bangun daripada tidur, peristiwa hitam yang berlaku itu hanya mimpi. Namun lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu dan saya belajar menerima hakikat,' katanya, yang popular menerusi drama seperti Menantu Mami dan filem Putera serta pernah merakam album solo berjudul Rahsia Cinta pada 1992.

'Pada mulanya memang saya tak berani keluar rumah, namun lama kelamaan saya beranikan diri. Ketika itu saya dapat rasakan saya dipandang sinis.

'Ketika itu terdetik di fikiran, tiada siapa mahu berkawan dengan saya dan tiada siapa mahukan saya. Saya pasrah,' katanya.

Dalam pertemuan itu, Shereen mengakui beliau sudah berumah tangga dengan duda beranak empat dari Singapura, Encik Sha'ari Abdul Rahman, 48 tahun. -- Metro Ahad.

Kolej enggan terima pelajar berpurdah

LONDON: Sebuah kolej di Britain melarang seorang wanita Islam berpurdah daripada menjadi pelajar institusi pendidikan itu.

Cik Shawana Bilqes, 18 tahun, tidak diterima menjadi pelajar Kolej Burnley selepas beliau mendaftar untuk menghadiri satu kursus.

Larangan itu berpunca daripada tindakan pengurusan kolej meminta Cik Shawana membuka purdah yang menutup muka dan hanya menampakkan matanya.

Namun, Cik Shawana enggan mematuhi permintaan itu atas sebab-sebab agama.

Masalah itu menyebabkan Cik Shawana terpaksa membatalkan rancangan mendaftarkan dirinya untuk satu kursus peringkat diploma.

'Saya memilih untuk memakai purdah. Saya tinggal di kawasan dekat kolej itu yang mempunyai ramai penduduk Islam,' kata Cik Shawana.

'Saya pernah memasuki kadet polis sebelum ini dan memakai purdah tanpa mengalami masalah,' katanya.

Pengetua kolej, Encik John Smith, mempertahankan tindakan pengurusannya dengan menyatakan proses pembelajaran itu memerlukan komunikasi tanpa halangan dengan pelajar.

Menurutnya, pihak kolej juga meminta semua petugas dan pelajar memakai lencana yang menunjukkan wajah mereka atas sebab-sebab keselamatan. -- Agensi.

Adun pakatan mungkin tidak hadir sidang DUN Perak

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak daripada pakatan pembangkang mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini, jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC), Khalil Idham Lim, berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang media di pejabat Pas Perak di sini, hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain, berkata Adun pakatan pembangkang akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap Adun pakatan pembangkang sebelum dan ketika sidang.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, ketika dihubungi hari ini berkata, polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk Adun Barisan Nasional atau pakatan pembangkang. - Bernama

13 tahun defisit, BN lemah urus ekonomi

Masalah defisit sebenarnya berpunca dari kegagalan BN yang mengurus ekonomi untuk menganjakkan negara dan rakyat ke arah ekonomi tambah nilai sehingga menjejaskan pendapatan negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai langkah dan peruntukkan diumumkan oleh kerajaan untuk memacu ekonomi mencapai tahap maju seperti Singapura, Korea Selatan namun malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi banyak lagi belajwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan �off-budget� dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010 menyebabkan defisit akan terus meningkat.

"Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana �kebajikan rakyat didahulukan� atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang.

"13 tahun berturut-turut kerajaan membentang belanjawan deficit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambung tinggi, ekonomi mengalami pertumbuhan pesat apatah lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi," katanya sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 tengah hari tadi di Dewan Rakyat.

Akibatnya kata Anwar hutang negara meningkat 18.3 peratus daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009.

Katanya lagi keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh tersimpang di mana kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam dan mengabaikan keperluan infrastruktur sosial dan teknikal seperti peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

"Rasional ekonomi kerajaan BN berlandaskan Ekonomi Naungan (Patronage Economy).

"Pembinaan projek-projek dan infrastruktur awam mega merupakan jalan paling mudah dan cepat mengagih habuan kepada konco-konco politik dan kontraktor-kontraktor Umno-BN. Ini membantut penyediaan iklim persaingan yang sihat dalam ekonomi," katanya.

Selain itu, Anwar turut menyentuh kelemahan yang menjejas daya saing Negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Sebelum itu, beliau turut merujuk laporan �World Competitiveness Report 2009/2010� yang dikeluarkan oleh �The World Economic Forum (WEF)� di mana Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam perundangan manakala pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

" Selain itu peningkatan kadar jenayah, saiz belanjawan defisit dan kelemahan dalam sistem penyampaian yang sudah ketinggalan menjadi kebimbangan juga.

"Pelabur menjadikan laporan ini sebagai panduan dalam menentu tempat mereka melabur. Lebih baik ranking Negara lebih menarik kita kepada pelabur," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam perbahasannya juga, Anwar turut membangkit persoalan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di bandar yang bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara.

Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan sosial berlaku untuk semua kaum, katanya.

Katanya lagi ekonomi yang berkembang pesat mengundang amalan kecurian dan penipuan seperti yang disaksikan dalam skandal WorlddotCom, Enron dan sebagainya hasil pertumbuhan pesat ekonomi Amerika Syarikat.

"Tidak kurang juga dengan apa yang berlaku dalam Negara seperti skandal Timedotcom, PKFZ, Perwaja dan banyak lagi yang masih dilindungi dan ditutup oleh pihak berkuasa.

"Tidak ada bezanya kecurian dan penipuan yang berlaku disini cuma penguatkuasa sibuk dengan bagaimana dokumen kerajaan boleh terdedah daripada menyiasat penyelewengan yang berlaku atau bagaimana bendera dibeli dengan harga RM2800 daripada menyiasat perbelanjaan peruntukan setahun dalam masa 2 bulan oleh YB-YB dulu, " katanya secara sinis. - Harakah

PAS: Mesyuarat khas JK Rabu ini

PAS akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam, Rabu ini di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.

"Mesyuarat insyaAllah akan diadakan pada 28 haribulan ini, hari Rabu malam," katanya.

Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.

"Beliau (presiden) telah mengarahkan saya supaya mencari satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa pusat dalam waktu terdekat," katanya lagi.

ImageMesyuarat ini yang akan dihadiri oleh pimpinan pas pusat dan pesuruhjaya setiap negeri itu katanya, akan membuat keputusan tindakan yang akan dibuat selepas ini.

"Jadi apa-apa yang berkait kita akan bincang dalam mesyuarat pusat nanti," katanya.

Nik Aziz akan hadir sebagai pesuruhjaya Kelantan dan jemputan khas bagi membolehkan ahli mesyuarat mendengar sendiri penjelasan beliau berhubung cadangan dalam blognya agar diadakan satu muktamar agung khas.

Menjawab soalan pemberita mengenai cadangan mengadakan muktamar khas, beliau berkata mengikut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa hanya boleh diadakan mengikut tiga cara.

Ia boleh dilakukan apabila ada arahan daripada presiden parti, ada permintaan bersurat satu pertiga daripada ahli jawatankuasa pusat, atau permintaan bertulis satu pertiga daripada PAS kawasan-kawasan.

Semalam, Naib Presiden, Salahuddin Ayub selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu memberitahu, mesyuarat agung luar biasa tidak akan diadakan kerana Nik Aziz sendiri mencadangkan ianya ditukar kepada mesyuarat khas.

MB Selangor sokong bedahsiasat semula Teoh Beng Hock

SUNGAI BULOH, 26 Okt: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong penuh permintaan keluarga Teoh Beng Hock agar bedahsiasat dilakukan semula ke atas mayat simati dengan penyeliaan pakar patologi antarabangsa, Dr Pornthip Rojanasunand.

Beliau yakin, ia akan membongkar rahsia di sebalik kematian Teoh Beng Hock.

Berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian cemerlang dalam bidang autopsi, Khalid berkata bedah siasat baru di bawah seliaan Dr Pornthip adalah langkah yang sewajarnya diambil.

"Saya rasa ini perlu kerana dia memberikan ketelusan kepada usaha yang dibuat sebab Dr Pornthip yang telah membuat andaian 80 peratus Teoh Beng Hock ialah diseksa dan menyebabkan terjadinya kematian Teoh Beng Hock.

"Kemudian dia juga telah mengatakan beberapa retak tulang itu adalah bukan sebab dia jatuh tetapi oleh sebab ada perkara-perkara yang lain," kata Tan Sri Abdul Khalid.

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mahu bedah siasat dijalankan buat kali kedua bagi merungkai misteri kematian mangsa.

Peguam Gobind Singh Deo berkata pihak keluarga mahu patologis terkenal Dr Pornthip Rojanasunand dari Kementerian Undang-Undang Thailand menguruskan bedah siasat itu.

Langkah ini perlu bagi melihat apakah ada unsur pembunuhan disebalik kematian mangsa. Gobind menambah pihaknya akan memfailkan permohonan untuk bedah siasat kehadapan Koroner Azmil Muntapha Abas selewat-lewatnya Selasa depan.

"Kita tak mahu tunding jadi pada mana-mana pihak. Kita hanya mahu keadilan kepada mendiang. Keluarga mangsa bersetuju untuk menggali kubur mendiang dan kita akan hantar permohonan pada Mahkamah Majistret Shah Alam esok," katanya.

Mangsa ditemui mati pada 16 Julai lalu di bumbung tingkat 5 Plaza Masalam dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Dr Pornthip dari Kementerian Undang-undang Thailand dilantik Kerajaan Selangor bagi membantu inkues menyiasat punca kematian pembantu kepada Exco Selangor itu.

Dr Pornthip menempa nama dalam pembabitannya membedah siasat mangsa tragedi Tsunami 2007 dan membongkar kes-kes rumit di Thailand. Sepanjang keriernya sebagai ahli patologi, dia telah membedah lebih 10,000 mayat.

Sunday, October 25, 2009

Changi No. 1

SYDNEY: Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sekali lagi dipilih sebagai lapangan terbang terbaik dalam satu tinjauan yang dijalankan di kalangan 14,500 penumpang kerap.

Heathrow di London pula dipilih sebagai lapangan terbang yang paling teruk buat dua tahun berturut-turut, diikuti oleh Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris dan Lapangan Terbang Los Angeles.

Tinjauan itu dijalankan pada September lalu di kalangan para penumpang daripada 160 negeri yang telah menaiki pesawat secara purata 17 kali dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi mendahului senarai dengan diikuti oleh Lapangan Terbang Chek Kap Kok di Hongkong. -- Reuters.

Raja Petra digesa hadapi saman fitnah

PETALING JAYA: Teman rapat Raja Petra Kamaruddin sewaktu zaman persekolahan hari ini menggesanya pulang dan berhadapan dengan tiga saman fitnah yang sedang dihadapinya serta membiarkan undang-undang untuk memutuskan siapa yang bersalah dalam kes tersebut.

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas yang juga Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beliau bimbang akan keselamatan Raja Petra namun beliau tidak faham mengapa pengendali laman blog Malaysia Today itu perlu melarikan diri kerana dia pernah berkata dia seorang yang berani menegakkan kebenaran.

Menurut Megat Najimuddin, ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar beliau ibarat seorang abang kepada Raja Petra namun pada ketika ini beliau bingung siapa yang membiayai perbelanjaan kehidupan sahabatnya itu di luar negera lebih-lebih lagi setelah dia diisytiharkan muflis. “Jika dia (Raja Petra) tinggal di Australia atau Eropah, kos hidup di sana lebih mahal,” katanya.

Beliau turut mendengar mengenai pihak tertentu yang didakwa membiayai sumber kewangan Raja Petra tinggal di sana.

Beliau turut menyoal apakah kepentingan pihak tersebut berbuat demikian dan jika mereka tidak mempunyai kepentingan mengapa mereka perlu membiayai sumber kewangan Raja Petra di sana?

Baru-baru ini, dalam laman web Malaysia Today beberapa keping gambar Raja Petra dan isterinya sedang bercuti disiarkan namun lokasi tempat tersebut dirahsiakan.

Megat Najmuddin yang juga Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia dan ahli Lembaga Disiplin Umno berkata, tidak mustahil Raja Petra tinggal di luar negara dengan menggunakan pembiayaiaan sendiri kerana dia hanya mengendalikan laman web Malaysia Today yang jumlah pendapatannya tidak seberapa.

“Mungkin juga dia dibantu oleh derma yang diberikan oleh orang awam,” tambahnya.

Beliau mendakwa ada dua sebab mengapa orang yang membiayai Raja Petra tinggal di luar negara tidak mahu dia kembali ke Malaysia.

“Mungkin mereka ini tidak mahu dia membocorkan rahsia, atau mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Jika tidak mengapa mereka ini mahu dia melarikan diri ke luar negara,” katanya.

Mengenai dakwaan Raja Petra bahawa dia perlu tinggal di luar negara untuk mengelak daripada ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Megat Najmuddin berkata kebimbangannya itu sudah tidak relevan.

“Dia pernah ditahan di bawah Akta ISA sebelum ini dan dia telah dibebaskan dan kini telah menjadi hero. Pada ketika ini, masyarakat sudah semakin bijak untuk menilai dan kerajaan tidak lagi menggunakan akta tersebut dengan sesuka hati.

“Berita akan tersebar dengan cepat sekarang, jika wujud ketidakadilan rakyat akan marah. Kepentingan awam dijaga dan dia pasti (Raja Petra) dibicarakan dengan adil,” ujarnya.

PAS: Mesyuarat Khas bukan lagi EGM

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampaknya telah mengendur sikit tekanannya supaya PAS segera mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) tetapi kini hanya meminta diadakan Mesyuarat Khas sahaja.

Pendirian tok guru PAS ini berubah selepas Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu semalam.

Oleh itu, katanya isu supaya diadakan EGM sudah tidak berbangkit lagi.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS.

“Jadi kita akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat ini. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang dilihat sebagai bermasalah iaitu sama ada masih bercakap soal kerajaan perpaduan ataupun bercakaran dengan rakan dalam Pakatan Rakyat. Kedua-duanya tidak digemari oleh Nik Aziz. Dan tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" itu ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkannya (mengenai EGM)," kata Salahuddin.

Kenapa Nik Aziz melenting?

KUALA LUMPUR, Okt 23 — Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk menentukan hala tuju kepimpinan PAS dipercayai ekoran kekesalan pemimpin veteran PAS itu terhadap apa yang berlaku di Selangor.

"Saya percaya Nik Aziz sangat kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Yang lebih dikesalinya adalah beliau tidak nampak ada sebarang kenyataan apatah lagi tindakan dari pemimpin PAS terhadap Hasan Ali yang menggoncang kerajaan Selangor dari dalam itu. Padahal muktamar PAS telah memutuskan untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat.

"Ia menjadi semakin parah apabila PAS kalah di Bagan Pinang. Salah satu puncanya dikatakan kerana kekurangan sokongan orang bukan Islam. Salah satu puncanya pula dikatakan kerana mereka tidak berpuashati dengan apa yang berlaku di Selangor," kata seorang penganalisa politik PAS.

Beliau mengulas tulisan Nik Aziz dalam blognya semalam. Nik Aziz dalam tulisan itu mencadangkan agar diadakan satu mesyuarat agung khas untuk memilih kepimpinan PAS yang baru.

Tulisan Nik Aziz dipercayai dibuat bagi mengulas tulisan Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam sebuah akhbar harian yang melebelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai pro Umno.

Ekoran itu, Aziz mencadangkan agar PAS membuat perubahan pimpinan dan mencadangkan nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebagai ganti Abdul Hadi kerana bagi beliau Azizan lebih terbuka dan PAS Kedah pula lebih tersusun berbanding PAS Terengganu.

Tulisan Aziz diserang hebat oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam web PAS, Harakahdaily. Harakahdaily juga menyiarkan tulisan sebuah badan PAS dari Terengganu yang juga menyerang Aziz.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan pula tulisan yang pro kepada Aziz yang dibuat oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin. Tulisan Hanipa mengambil sikap terbuka dengan tulisan Aziz sebagai satu kritikan untuk mematang dan membetulkan PAS.

"Saya yakin Nik Aziz kesal dengan apa berlaku di Selangor dan dia tidak lihat apa pemimpin PAS yang ada buat untuk membetulkannya," kata penganalisa itu.

Sementara itu, menurut sumber, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar sepucuk surat kepada Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pakatan Rakyat untuk memperbetulkan apa yang berlaku di Selangor.

Beliau dikatakan merujuk kepada kes Hasan Ali dan meminta PAS khasnya membuat satu Standard Operating Procedure (SOP) dalam kes membuat kenyataan akhbar di kalangan pimpinan parti untuk mengelakkan pertembungan berlaku lagi di kalangan pimpinan Pakatan.

Namun, The Malaysian Insider difahamkan, Abdul Hadi belum menjawab surat itu dan pejabat MB Selangor dikatakan ternanti-nanti apakah reaksi PAS terhadap surat itu.

Namun begitu, The Malaysian Insider di fahamkan, tindakan telah diambil oleh PAS melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang telah memberikan amaran agar para pimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati dalam membuat kenyataan media.

Beliau meminta agar semua masalah sesama mereka diselesaikan menerusi mekanisma Pakatan.

Menurut sumber, Pakatan Rakyat telah menubuhkan Majlis Bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh 33 anggota iaitu 11 dari setiap parti.

Ia juga akan ditubuhkan di peringkat negeri untuk menjadi platform antara mereka. - Malaysian Insider

Bogelkan dan petik gambar

KUALA LUMPUR: Para penjenayah kini menggunakan taktik baru merompak mangsa - dengan membogelkan mereka, mengambil gambar mereka dan memaksa mangsa menelan dadah yang mengakibatkan mereka khayal sebelum melarikan diri, lapor akhbar Sin Chew Daily dan China Press.

Akhbar-akhbar itu berkata apabila mangsa sedar - biasanya dalam masa 10 jam kemudian - para perompak itu sudah pun menggunakan kad-kad kredit atau ATM mangsa dan mengeluarkan wang mangsa daripada akaun banknya.

Laporan-laporan itu berkata kes terbaru membabitkan tiga perompak yag memecah masuk bilik tidur seorang kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi di Petaling Jaya, dan mengejutkan beliau daripada tidurnya sebelum menutup muka mangsa itu dengan kain.

Mereka mengikat tangan mangsa dengan wayar telefon sebelum menanggalkan pakaian tidurnya dan mengambil gambar mangsa dalam keadaan bogel dengan menggunakan telefon bimbit mereka.

Mereka malah mengancam untuk menyiarkan gambar-gambar itu di Internet jika mangsa berkenaan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Para perompak itu kemudian memaksa mangsa itu mendedahkan nombor pengenalan peribadi (PIN) kad ATM beliau dan memaksanya meminum cecair yang melemahkan mangsa dan membuatnya berasa mengantuk.

Apabila mangsa sedar pada keesokan harinya, beliau terus menelefon banknya tetapi mendapati para perompak itu telah mengeluarkan wangnya berjumlah RM15,000 ($6,180) daripada akaunnya. -- The Star.

Restoran mewah dengan sijil halal palsu

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mewah di sini, yang mempamerkan logo halal besar di hadapan premisnya, dikesan menggunakan sejenis kicap beralkohol buatan Jepun bagi menyedapkan masakan selain turut menggunakan bahan tersebut bagi memerap ayam sebelum dimasak dan dihidangkan.

Penggunaan kicap mengandungi alkohol itu terdedah apabila lima pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menyerbu restoran berkenaan di Wangsa Maju di sini kira-kira 11 pagi Rabu lalu.

Ketika pemeriksaan dilakukan pemilik restoran itu mendakwa dia membeli sijil halal yang tidak diiktiraf Jakim itu pada harga RM3,000 ($1,236) daripada sebuah syarikat.

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Encik Mohd Amri Abdullah, berkata sijil halal palsu itu sebelum ini turut dikesan dijual oleh syarikat terbabit secara berleluasa terutama kepada pengusaha syarikat pengeluar makanan bukan Islam.

'Pegawai Jakim turut melakukan pemeriksaan di dapur restoran berkenaan bagi mengenal pasti ayam dan bahan mentah lain yang digunakan selain sumber ia diperoleh.

'Seorang tukang masak beragama Islam yang ditemui mengakui diarahkan agar menggunakan kicap khas yang diimport dari luar negara untuk memasak hidangan yang dipesan pelanggan,' katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui empat botol kicap yang mengandungi alkohol dan digunakan sebagai bahan wajib dalam kebanyakan hidangan.

Encik Mohd Amri berkata pemilik restoran terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 kerana memalsukan logo sijil halal Jakim yang boleh membawa denda maksimum RM250,000 jika sabit kesalahan. -- Harian Metro.

Sekilas Dunia

Betulkan bahasa papan tanda

SHANGHAI: Pihak berkuasa bandar ini kini berusaha membetulkan papan tanda yang terjemahan Inggerisnya kurang tepat.

Kumpulan media International Channel Shanghai (ICS) melancarkan kempen 'Tulis Dengan Betul' minggu lepas sebagai persiapan menyambut empat juta pelawat ke World Expo tahun depan.

Pelajar sekolah tinggi akan mengambil gambar papan tanda dan poster yang silap bahasa Inggerisnya. Pakar-pakar akan membetulkannya kemudian. -- Agensi.

Pekerja Yayasan Gaddafi diculik

TRIPOLI: Dua pekerja Yayasan Gaddafi yang dikendalikan Encik Seif al-Islam, anak pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi, diculik di wilayah Darfur, Sudan.

Ketua projek bagi yayasan itu diculik Rabu lalu dekat El-Fasher, ibu kota wilayah Darfur Utara, kata jurucakap Persatuan Persaudaraan Selatan (ABS), Encik Mashaallah Zaoui, semalam. - AFP.

Kemboja tawar Thaksin jawatan

HUA HIN: Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, semalam menawarkan mantan perdana menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, jawatan penasihat kewangan, jika beliau mencari suaka di Kemboja.

Encik Hun Sen menolak permintaan Thailand agar Phnom Penh mengektradisi jutawan itu ke Thailand.

Menurutnya, langkah itu bagi menolong seorang kawan dan bukan campur tangan dalam politik Thailand. -- AFP.

Presiden Somalia diserang

JADI MANGSA: Seorang wanita dibawa ke sebuah hospital selepas cedera dalam bedilan roket di Mogadishu, ibu kota Somalia, kelmarin. -- Foto REUTERS

MOGADISHU (Somalia): Kumpulan militan Al-Shabaab kelmarin melancarkan serangan mortar ke atas pesawat presiden Somalia, Sheikh Sharif Ahmed, sewaktu beliau berlepas dari lapangan terbang Mogadishu untuk menghadiri satu sidang puncak di Uganda.

Serangan itu mencetuskan pertempuran dengan askar pengaman Kesatuan Afrika (AU) dari Uganda dan Burundi, yang melepaskan 35 bedilan roket ke kawasan pasar Bakara di Mogadishu menyebabkan 30 orang awam terkorban.

Presiden Sharif tidak cedera dan pesawatnya dapat berlepas dengan selamat, kata polis.

Beliau pergi ke Uganda untuk menghadiri satu sidang puncak AU mengenai pelarian, kata pegawai polis, Kolonel Ali Abdullahi.

Namun kematian orang awam itu mencetuskan kemarahan yang semakin meningkat terhadap askar pengaman AU yang ditempatkan di Mogadishu bagi melindungi pemerintah Somalia yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seorang pemimpin pemberontak Al-Shabaab memberi amaran akan menyerang ibu kota Burundi dan Uganda sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang mengorbankan 30 orang di Mogadishu.

'Askar dari Uganda dan Burundi musuh kami. Mereka sering membunuh rakyat negara ini. Kami tidak akan biarkan mereka tanpa dihukum,' kata Sheikh Ali Mohamed Hussein, panglima kanan Al-Shabaab, kepada pemberita di Mogadishu lewat kelmarin.

'Kami akan membuat rakyat mereka menangis. Kami akan serang Bujumbura dan Kampala. Kami akan pindahkan pertempuran ke dua bandar itu dan musnahkan mereka,' katanya.

Sheikh Ali menuduh askar Uganda dan Burundi melepaskan tembakan membabi buta ke kawasan penduduk awam setiap kali mereka membalas serangan Al-Shabaab.

Namun Mejar Barigye Ba-hoku, jurucakap pasukan Misi AU di Somalia (Amisom) yang mempunyai 2,500 askar di Mogadishu, semalam menafikan yang askar AU melepaskan sebarang bedilan meriam dan mempersalahkan pemberontak di atas kematian orang awam.

'Kami tidak membedil sebarang tempat. Kami sedang menyiasat dan pemerintah Somalia juga sedang menyiasat,' kata Mejar Ba-hoku kepada Reuters.

'Al-Shabaab mahu menyeret kami ke dalam peperangan. Mereka membedil kami dan membedil Bakara, kemudian memberitahu penduduk di sana bahawa Amisom yang membunuh orang awam. Kami tahu taktik mereka,' tegasnya.

Namun, beliau memandang serius ancaman militan Al-Shabaab itu.

'Sebarang percubaan menyerang Burundi atau Uganda akan ditangkis dengan tindakan jitu dan mereka akan dikalahkan,' tegasnya.

'Jika kami mendapat cukup askar di sini, kami boleh bergerak ke wilayah lain dan membawa keamanan ke seluruh Somalia,' tambahnya. -- AP, AFP, Reuters.

Wartawan wanita dihukum sebat kerana rancangan TV

RIYADH: Mahkamah Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman 60 sebatan ke atas wartawan wanita selepas beliau dituduh terbabit dalam rancangan televisyen yang mana seorang lelaki Arab Saudi membincang seks secara terbuka.

Rozanna al-Yami, 22, dipercayai menjadi wartawan wanita pertama Arab Saudi yang dijatuhi hukuman sedemikian tetapi terdapat percanggahan mengenai bagaimana mahkamah mencapai keputusan itu.

Al-Yami yang bekerja sebagai penyelaras untuk program berkenaan tetapi menafikan bertugas untuk episod rancangan seks itu berkata beliau difahamkan hakim di mahkamah Jeddah sudah menggugurkan dakwaan terhadap beliau.

Ia termasuk pembabitan dalam penyediaan rancangan itu dan segmen iklan dalam internet.

Namun beliau masih dijatuhi hukuman itu sebagai “pengajaran".

"Saya terlalu hampa dan kecewa untuk merayu hukuman itu," kata al-Yami.

Abdul-Rahman al-Hazza, jurucakap Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, memberitahu AP beliau tidak mempunyai butiran hukuman itu dan tidak dapat mengulas.

Dalam program yang disiarkan pada Julai lalu menerusi saluran satelit LBC Lubnan, lelaki berkenaan, Mazen Abdul-Jawad, menceritakan aktiviti seks beliau dan menunjukkan peralatan seks yang digelapkan rangkaian itu.

Mahkamah sama menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan 1,000 sebatan ke atas Abdul-Jawad awal bulan ini. - AP

Pameran Raja Kita di Istana lama Seri Menanti

KUALA PILAH: Rakyat Negeri Sembilan berpeluang mengenali dengan lebih dekat institusi diraja dan keluarga diraja negeri itu dengan mengunjungi "Pameran Raja Kita" di Istana Lama Seri Menanti dekat sini.

Pameran itu diadakan sempena pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 esok.

Tuanku Muhriz telah berkenan merasmikan pameran itu semalam.

Pameran secara percuma itu diadakan bertujuan menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai peranan dan sumbangan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah, meliputi pelbagai aspek yang tinggi nilai warisan sejarah dan estetikanya.

Pameran itu adalah usaha murni untuk mengumpul, memelihara dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkaitan sejarah institusi diraja Negeri Sembilan sejak dari zaman pemerintahan Raja Melewar yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera.

Antara yang dipamerkan ialah potret baginda dan keluarga, persalinan diraja, salasilah diraja dan replika alat kebesaran diraja seperti payung kuning, tombak berambu, keris panjang, pedang panjang dan tonggol.

Pameran yang memaparkan institusi diraja Negeri Sembilan, biografi, peranan dan sumbangan baginda kepada rakyat Negeri Sembilan, terbuka kepada semua termasuk pengkaji artifak.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata pameran itu yang bermula semalam akan kekal untuk tempoh yang belum diputuskan.

"Pameran Raja Kita adalah suatu medium yang memberi pendedahan serta merapatkan jurang antara institusi diraja negeri ini dengan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa induk pameran itu berkata inisiatif seperti itu diambil bagi memelihara dan memartabatkan lagi warisan sejarah yang tinggi nilainya.

Beliau berharap pameran itu akan dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Sembilan. - Bernama

Bola: Liga Perdana Inggeris

Lampard bawa Chelsea kembali ke puncak

LONDON: Frank Lampard menjaringkan dua gol ketika Chelsea melompat mengatasi juara bertahan Manchester United di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 5-0 ke atas Blackburn Rovers di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Gol sendiri pada minit ke-20 oleh pertahanan dari Perancis, Gael Givet, yang menolak masuk hantaran silang Nicolas Anelka melepasi penjaga gol Paul Robinson ketika diasak Didier Drogba, meletakkan the Blues di depan.

Pemain tengah England, Lampard, menjaringkan gol pertama liga sejak April apabila merembat masuk umpanan Drogba sebelum Michael Essien menemui gawang dengan rembatan jauh pada minit ke-52.

Lampard menjaringkn gol kedua beliau daripada sepakan penalti apabila Drogba dijatuhkan tujuh minit kemudian oeh kapten Rovers, Ryan Nelsen.

Drogba pula menambah satu lagi gol pada minit ke-64 untuk Chelsea menang besar. - AFP

Bordeaux di puncak liga Perancis

PARIS: Juara bertahan Bordeaux kembali ke puncak liga Perancis dengan menewaskan Le Mans 3-0 manakala Lyon tewas untuk kali kedua berturut-turut dalam saingan liga apabila tewas mengejut 4-1 kepada Nice.

Bordeaux yang tewas dua perlawanan liga sebelum ini meraih 22 mata, satu mengatasi Monaco yang memastian kemenangan ketujuh musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Boulogne.

Montpellier pula gagal ke puncak apabila tewas 3-0 dengan Rennes yang naik ke tangga ketujuh dengan 16 mata. Montpellier kini memiliki 20 mata.

Empat hari selepas menang ke atas Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara, Lyon jatuh ke tempat ketiga dengan 20 mata selepas dibelasah Nice. - AP

Sampdoria terus kejar Inter

ROME: Inter Milan mengekalkan kelebihan dua mata ke atas Sampdoria di puncak Serie A ketika kedua-dua pasukan teratas itu memenangi perlawanan masing-masing.

Inter menang 2-1 di tempat sendiri ke atas Catania manakala Antonio Cassano memacu Sampdoria untuk kemenangan 4-1 ke atas Bologna.

Ini bermakna Inter mendahului dengan 22 mata selepas sembilan perlawanan dengan Sampdoria membuka kelebihan lima mata di antara mereka dan pasukan lain. - AFP

Real Madrid sekadar seri dengan Gijon

MADRID: Real Madrid gagal untuk bangkit daripada kekalahan kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu apabila seri dengan Sporting Gijon 0-0 dalam liga Sepanyol manakala Mallorca yang bermain dengan 9 orang mengikat Atletico Madrid 1-1.

Sevilla pula seri 0-0 dengan Espanyol yang bermain dengan 10 orang dalam hampir keseluruhan separuh masa kedua.

Tanpa Cristiano Ronaldo, Gonzalo Higuain, Karim Benzema dan Ruud van Nistelrooy di bahagian serangan, Madrid ditekan Gijon dalam separuh masa pertama dan hanya mencabar pada separuh masa kedua.

Kaka hampir menjaringkan gol pada minit ke-68 daripada sepakan percuma tetapi penjaga gol, Juan Pablo Colinas, menyelamatkan keadaan.

Pada minith ke-78 pula, pemain tengah Madrid, Xabi Alonso menerima lorongan cantik tetapi merembat bola melepasi palang.

Sementera itu, Borja Valero menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk Mallorca seri dengan Atletico Madrid.

Diego Forlan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-52 untuk meletakkan Atletico di depan dengan 1-0.

Madrid masih di puncak liga dengan 19 mata bersama Barcelona yang berpeluang memintas apabila bertemu Zaragoza hari ini.

Sevilla di tempat ketiga dengan 16 mata, dua mata mengatasi Gijon dan Espanyol. Atletico di tangga ketujuh. - AP


Keputusan Ligue 1 Perancis

Saint-Etienne 0 - Valenciennes 2 (Audel 17, Ducourtioux 90+2)

Nice 4 (Bagayoko 17, Cissokho 40-gs, Hellebuyck 69, Remy 75) - Lyon 1 (Ederson 84)

Sochaux 1 (Perquis 8) - Lorient 0

Bordeaux 3 (Ovono 4-og, Chamakh 67, Bellion 83) - Le Mans 0

Grenoble 1 (Ljuboja 52) - Nancy 2 (Jemmali 74-og, Hadji 88-pen)

Boulogne 1 (Blayac 66) - Monaco 3 (Park Chu-young 36, Nene 87, 90+4)


Keputusan La Liga Sepanyol

Atletico Madrid 1 (Forlan 53-pen) - Real Mallorca 1 (Valero 90)

Sporting Gijon 0 - Real Madrid 0


Keputusan Liga Serie A Itali

Inter Milan 2 (Muntari 13, Sneijder 31) - Catania 1 (Mascara 84-pen)

Sampdoria 4 (Pazzini 7, Mannini 16, 33, Ziegler 26) - Bologna 1 (Osvaldo 62)


Keputusan Liga Perdana Inggeris



Birmingham 2 (Ridgewell 37, McFadden 48) - Sunderland 1 (Dann 82-gs)

Burnley 1 (Fletcher 4) - Wigan 3 (Rodallega 11, 51, Boyce 76)

Chelsea 5 (Givet 20-og, Lampard 48, 59-pen, Essien 52, Drogba 64) - Blackburn 0

Hull 0 - Portsmouth 0

Tottenham 0 - Stoke 1 (Whelan 86)

Wolverhampton 1 (Ebanks-Blake 83-pen) - Aston Villa 1 (Agbonlahor 79)