BANDARAYA GAZA: Tentera laut Israel membedil nelayan dari Semenanjung Gaza yang dikepung, menyebabkkan sebuat bot terbakar, kata pihak tentera.
Saksi, bagaimanapun, tidak melaporkan sebarang kemalangan jiwa.
Bot itu dibedil di luar Beit Lahia di utara Gaza oleh tentera laut Israel yang menguatkuasa kepungan terhadap wilayah Palestin itu dan menghalang nelayan daripada keluar melebihi lima kilometer dari pantai.
Jurucakap tentera mengesahkan tentera laut negara itu membedil bot nelayan selepas mereka tidak mengendahkan arahan berpatah balik.
Kira-kira 3,500 nelayan bertungkus lumus mencari rezeki di perairan Gaza sejauh 40 kilometer itu walaupun Israel mengenakan kepungan. - AFP
Monday, August 31, 2009
Lelaki mati ditetak 3 penyerang di ambang merdeka
OHOR BAHARU: Seorang lelaki mati ditetak selepas gagal melarikan diri daripada tiga penyerangnya dalam satu pergaduhan di Jalan Harimau di Taman Century di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Chia Kah Wai, 25, dari Jemaluang, Mersing dipercayai cuba melarikan diri dengan memasuki sebuah restoran di Jalan Beruang, 200 meter dari tempat bermulanya pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob, berkata seorang pelanggan restoran berusia 47 tahun turut cedera selepas ditetak di belakang kepala.
"Di dalam premis berkenaan mangsa telah ditetak beberapa kali di kepala, badan dan tangan," katanya.
Chia yang cedera parah terus cuba melarikan diri sebelum terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter kira-kira 50 meter dari restoran itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat manakala pelanggan restoran yang cedera dihantar ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.
Siasatan awal polis mendapati tiga suspek berusia dalam lingkungan 20-an di mana dua daripadanya memakai jaket hitam dan bertopi manakala seorang lagi memakai baju T berwarna putih.
Semua suspek yang bersenjatakan parang melarikan diri menggunakan sebuah kereta Toyota Vios berwarna biru.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Zainuddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan supaya menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan di talian 07-2218999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Pengebom dibebas kerana perjanjian teroka minyak
LONDON: Kerajaan Britain memutuskan dua tahun yang lalu bahawa adalah 'dalam kepentingan besar United Kingdom' untuk membenarkan pengebom Lockerbie pulang ke Libya, menurut laporan sebuah akhbar setempat, The Sunday Times, semalam.
Setiausaha Keadilannya, Encik Jack Straw, membatalkan percubaannya mengecualikan Abdelbaset Ali Mohmet al-Megrahi daripada satu perjanjian pemindahan banduan selepas satu rundingan antara Libya dengan syarikat minyak British Petroleum (BP) berhubung dengan perjanjian penerokaan minyak yang besar hampir gagal, kata laporan itu.
Perjanjian minyak itu, bagaimanapun, dihuraikan sejurus selepas itu, menurut akhbar tersebut, sambil memetik kandungan surat-surat Encik Straw kepada rakan sejawatannya di Scotland, yang dibocorkan.
Sejajar dengan itu, Megrahi dibebaskan dari penjara di Scotland bulan ini atas alasan belas kasihan kerana dia menghidap penyakit barah yang membawa maut.
Setiausaha Keadilan Scotland, Encik Kenny MacAskill, yang membuat keputusan itu, menolak pemindahan banduan itu. -- AFP.

Sekilas - Dunia
Ted Kennedy disemadi
WASHINGTON: Mendiang Senator Edward M. Kennedy dikebumikan bersebelahan kubur saudaranya yang mati dibunuh, mendiang John dan Robert Kennedy, di tanah Perkuburan Negara Arlington, semalam.
Orang ramai beratur di sepanjang jalan dua bandar semalam bagi menandakan berakhirnya satu era politik Amerika Syarikat - di luar upacara pengebumian senator itu di Boston, yang mana beliau dipuji oleh Presiden Barack Obama, dan kemudian di Washington. -- AP.
Putera Alwaleed terkaya di Saudi
RIYADH: Putera Alwaleed bin Talal, pelabur terbesar Citigroup Inc, adalah orang paling kaya di Arab Saudi, menurut majalah Arabian Business semalam, walaupun kekayaan peribadinya terhakis sebanyak 4.6 peratus pada tahun lalu.
Aset-aset Putera Alwaleed dianggarkan berjumlah AS$16.3 bilion ($23.6 bilion), berbanding dengan AS$17.1 bilion tahun lalu, kata majalah Dubai itu, dalam Senarai Terkaya Saudi 2009, sambil memetik nilai akaun dalam syarikat pelaburan putera itu, Kingdom Holding Co. -- Bloomberg.
Taufan Krovanth menuju ke Jepun
TOKYO: Taufan Krovanth sedang menuju ke arah Tokyo sedang negara itu menghadapi pilihan rayanya semalam.
Taufan yang dinamakan berdasarkan pada sebatang pokok di Kemboja itu berada di Lautan Pasifik, lebih 600 kilometer ke tenggara ibu kota Jepun itu, awal semalam. -- AFP.

Sekilas - Malaysia
Gara-gara kereta ditunda, wanita cuba serang polis
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi semalam.
Dia bertindak demikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletak di kawasan menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.
Wanita berusia 30-an tahun itu berjaya ditenangkan oleh rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit serta mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis. -- Bernama.
Ibu maut dalam nahas kereta dipandu anak
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita maut manakala anak lelakinya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di KM 34 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Felda Belara, Setiu, pagi semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Terengganu, Superintenden Alias Hashim, berkata mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Raja Zah Raja Omar, 56 tahun, manakala anaknya yang memandu kereta itu, Encik Nik Mohd Abdul Hanif Yaakob, 18 tahun, cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. -- Bernama.
Drebar bawa 256 kotak mercun, bunga api ditahan
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori ditahan dekat sini kerana membawa 256 kotak besar mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM200,000 ($81,860) yang dipercayai diseludup masuk ke negara itu.
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan pada 5.45 pagi kelmarin di Lebuhraya Besraya dekat Serdang Lama ketika memandu sebuah lori bermuatan tiga tan, dipercayai dalam perjalanan menuju ke Melaka. -- Bernama.

Parti Demokratik Jepun sedia ambil alih kuasa
TOKYO: Parti Demokratik Jepun (DPJ) kini bersedia menguasai tampuk pimpinan politik Jepun selepas undian awal menunjukkan ia mendahului pesaingnya dalam pilihan raya negara itu semalam.
Ini sekali gus mengakhiri tempoh setengah abad pemerintahan satu parti dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu, menurut beberapa laporan media.
DPJ dijangka menguasai lebih 300 daripada 480 kerusi Dewan Rendah Parlimen Jepun, kata stesen televisyen NHK dan Fuji Television yang memetik pengiraan undian awal.
Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Perdana Menteri Jepun, Encik Taro Aso, akan memenangi kira- kira 100 kerusi, kata NHK.
Pemimpin DPJ, Enci Yukio Hatoyama, 62 tahun, dijangka menjadi Perdana Menteri Jepun yang baru.
Kemenangan parti beliau itu diraih sedang Jepun mulai keluar daripada kemelesetan ekonomi paling teruk yang pernah dialaminya sejak Perang Dunia Kedua.
Pentadbiran baru Jepun harus menangani kadar pengangguran, kenaikan kos khidmat kebajikan dan masalah jumlah penduduk yang semakin berkurang dan meningkat tua.
DPJ berikrar menambah perbelanjaan ke atas penjagaan kanak-kanak, mengurangkan kadar cukai korporat dan membataskan kuasa birokrat Jepun bagi memulihkan genangan ekonominya sejak hampir 20 tahun lalu.
'Kami sudah pasti mengambil alih kuasa. Terima kasih kepada sokongan daripada ramai orang,' kata Timbalan Setiausaha Agung DPJ, Encik Yoshiko Noda, kepada NHK.
'Kami mempunyai semangat bertanggungjawab dan akan melaksanakan manifesto kami.'
Menteri Pertanian Jepun, Encik Shigeru Ishiba, dipetik NHK sebagai berkata bahawa 'satu perubahan dalam pemerintah sudah pasti'.
Sesetengah ahli parlimen LDP sedang menghadapi cabaran serius mengekalkan kerusi masing-masing.
Bekas Perdana Menteri Jepun, Encik Toshiki Kaifu, diramal kehilangan kawasan undinya, kata NHK.
Menteri Kewangan Jepun, Encik Kaoru Yosano, berkata bulan ini bahawa beliau menghadapi persaingan paling sukar dalam pilihan raya dalam kerjayanya.
Penyokong lama LDP, Encik Shoji Tamura, 69 tahun, kali ini mengundi DPJ 'untuk menghukum' ahli politik yang, menurutnya, membawa negara itu ke ambang bencana ekonomi. -- Bloomberg.

Lebih 380 Penunggang Motosikal Ditahan
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos-- Lebih 380 penunggang motosikal ditahan di sekitar bandar raya Kuala Terengganu dalam operasi membanteras lumba motor haram yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi Isnin.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Mohammad berkata daripada jumlah itu sebanyak 146 saman dikeluarkan dengan 180 pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai lesen dan insurans motor yang sah.
"Operasi dijalankan oleh lebih 60 anggota dan pegawai dengan mengadakan rondaan dan sekatan jalan raya di sekitar lokasi strategik di kawasan bandar raya yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan penunggang motosikal," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Bahagian Trafik Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan dan penunggang termasuk ujian air kencing.
Hasil pemeriksaan itu sebanyak lapan buah motosikal disita manakala daripada ujian rambang air kencing yang dijalankan terhadap 44 orang penunggang dan pembonceng motosikal mendapati enam daripadanya positif pil kuda.
-- BERNAMA

Lim Cabar Koh Berdebat Dan Bukan Proksinya
BUKIT MERTAJAM, 31 Ogos-- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bersemuka dan berdebat dengannya bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan negeri ini.
Lim berkata Koh yang merupakan bekas ketua menteri tidak perlu menghantar pemimpin atau anggota partinya bagi merealisasikan cabaran debat berkenaan.
"Kalau dia (Koh) berani berdepanlah dengan saya, jangan hanya menghantar proksi untuk berdebat.
"Saya mengalu-alukan sekiranya beliau mahu berdebat dan memberi jawapan ke atas segala persoalan yang dibangkitkan sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang Mac tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas hadir pada perarakan Hari Kebangsaan peringkat negeri di sini pada Isnin.
Turut hadir menyaksikan perarakan berkenaan ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan Exco kerajaan negeri.
Koh, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilaporkan berkata Gerakan bersedia berdebat dengan kerajaan Pulau Pinang berhubung pelbagai isu berikutan tindakan kepimpinan negeri itu yang sering menyalahkan kerajaan terdahulu apabila timbul sesuatu masalah.
Koh berkata pihaknya akan menghantar pemimpin dan anggota parti terutama di peringkat Pemuda Gerakan yang sentiasa bersedia untuk berdebat dan memberikan fakta jelas.
Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, turut menetapkan syarat supaya debat yang dicadangkan Koh itu disiarkan secara langsung di televisyen bagi mengelak ia diputar belit media.
"Saya bersedia hadir sekiranya debat berkenaan disiarkan secara langsung. Kalau tiada, tidak guna kerana akan ada media memutar belit kenyataan serta fakta diberi," katanya.

Tee Keat arah adakan EGM MCA
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat telah mengarahkan supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti, seminggu selepas parti itu memecat Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Ong mengeluarkan arahan itu kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Wong Foon Ming pada pagi ini, kata setiausaha politik Ong, Simon Lim.
Wong, semasa dihubungi mengesahkan yang beliau telah menerima arahan daripada Ong supaya diadakan EGM dalam tempoh 30 hari dan beliau sedang dalam proses menetapkan tarikh itu.
"Kami sedang dalam proses menetapkan tarikh, masa dan venue bagi EGM. Saya berharap kami dapat menetapkan semua itu pada hari ini juga dan notis boleh dikeluarkan esok," katanya kepada Bernama.
Agenda EGM masih belum ditetapkan lagi tetapi Bernama difahamkan antara yang utama ialah usaha mendapatkan sokongan perwakilan terhadap keputusan Majlis Presiden memecat Dr. Chua dan undi percaya terhadap kepimpinan Ong.
Keputusan Ong untuk mengadakan EGM itu dibuat ekoran bantahan oleh penyokong Dr. Chua yang telah melancarkan kempen mengumpulkan tandatangan di kalangan perwakilan parti supaya diadakan EGM.
Mengikut perlembagaan parti, EGM boleh diadakan melalui tiga kaedah persetujuan satu pertiga perwakilan, arahan daripada presiden parti, atau persetujuan satu pertiga anggota jawatankuasa pusat parti.
Orang dalaman parti berkata EGM itu kemungkinan besar diadakan selepas Aidilfitri dan tarikhnya mungkin 27 September kerana presiden parti telah menyusun siri taklimat kepada pemimpin, perwakilan dan anggota parti sehingga pertengahan bulan depan.
EGM yang bakal diadakan itu adalah yang ketiga sejak parti itu mengadakan EGM "terkenal" pada 24 Jun 2001 bagi menyokong pembelian Nanyang Press Holdings Bhd oleh cabang pelaburan parti, Huaren Holdings Sdn Bhd.
Parti itu telah mengadakan EGM pada 27 Mei, 2007 untuk meminda perlembagaan parti bagi menangguhkan pemilihan parti sebelum pilihan raya umum tahun lepas dan pada 19 November 2004 untuk meluluskan pindaan perlembagaan untuk mengehadkan jumlah perwakilan pusat ke perhimpunan agung kepada 2,400.
Dr, Chua dalam reaksi segeranya memberitahu Bernama yang beliau akan menunggu sehingga parti menetapkan agenda sebelum memutuskan sama ada penyokongnya akan menghadiri EGM itu.
Pemerhati parti berkata terdapat dua kemungkinan selepas ini iaitu penyokong Dr Chua mungkin menghadiri EGM yang diarah diadakan oleh presiden atau mengadakan EGM mereka sendiri jika mereka tidak berpuas hati dengan agenda yang ditetapkan setiausaha agung parti.
"Jika mereka menghadirinya, dengan itu kita akan menyaksikan satu EGM sahaja. Jika mereka mengadakan dua EGM, dengan itu kita akan menyaksikan berulangnya apa yang berlaku dalam PPP (Parti Progresif Penduduk) baru-baru ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata EGM yang akan diadakan adalah satu pendekatan yang baik untuk memberi peluang kepada semua perwakilan menyuarakan pandangan mereka berhubung pemecatan Dr Chua.
Beliau berkata keperluan mengadakan EGM itu adalah penting dalam sebuah parti yang mempamerkan demokrasi berperlembagaan.
Keputusan yang diperolehi dari EGM itu akan dirujuk kepada peguam untuk melihat sama ada ia mengikut ketetapan perlembagaan parti, katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis "88 Taiwan Typhoon Memorial" di Chempaka Buddhist Lodge (CBL) di sini hari ini. BERNAMA

We should respect all religions
I READ with disgust the act of so-called Muslims protesting against the proposed relocation of a temple near their neighbourhood.
Don’t get me wrong. I believe they have a right to protest against something they do not agree with, in this case the relocation of the temple.
But what disgusted me was their act, which was disrespectful to the Hindu religion.
For me, insulting another person’s religion is totally inappropriate.
The protesters could have just marched to the State Secretariat building and handed over a memorandum like civilised men.
I have many friends who are non-Muslim and I am rather comfortable with it.
I respect what they believe in and, in return, they respect the things that I believe in.
People, no matter what their belief, feel hurt, happy, sadness and joy. So I make it a point to always treat people of other religions the way I want them to treat me.
Islam has always taught its followers to do good things and not the opposite. For me, there is no such thing as bad religions, only bad followers.
MSR,
Seremban.

Bush daughter now reporter
Jenna Bush poses for a portrait Thursday, July 23, 2009 in New York. -- PHOTO: APNEW YORK - NBC's 'Today' show has hired someone with White House experience as a new correspondent - Jenna Hager, the daughter of former President George W. Bush.
Ms Hager will contribute stories about once a month on issues like education to television's top-rated morning news show, said Jim Bell, its executive producer.
Ms Hager, a 27-year-old teacher in Baltimore, said she has always wanted to be a teacher and a writer, and has already authored two books. But she was intrigued by the idea of getting into television when Mr Bell contacted her.
'It wasn't something I'd always dreamed to do,' she said. 'But I think one of the most important things in life is to be open-minded and to be open-minded for change.' She'll essentially work two part-time jobs as a correspondent and in her school, where she will be a reading coordinator this year.
Mr Bell said he got the idea after seeing Ms Hager in two 'Today' appearances. She was on the program two years ago to promote her book about an HIV-infected single mother, 'Ana's Story: A Journey of Hope,' and it went so well that a short interview was stretched to nearly a half hour. She and her mother, Laura Bush, also co-hosted an hour of 'Today' around the time their picture book came out.
She 'just sort of popped to us as a natural presence, comfortable' on the air, Mr Bell said. Ms Hager will work out of NBC's Washington bureau. He expects her first story, most likely concerning education, to be on sometime next month.
A first television job on 'Today' is, in her father's world, sort of like a run for president as a first attempt at elective office. Ms Hager said that people on the show 'have always made me, whenever I've been there, feel very comfortable.'
Mr Bell said Ms Hager won't be covering politics. He said he didn't consider the job as a down payment for a future interview with her father, who has been living quietly in Texas since leaving office earlier this year. Attacks on NBC News by conservatives for the liberal bent of MSNBC also had nothing to do with it, he said.
'I hope to focus on what I'm passionate about because I think I'd do the best job on them - education, urban education, women and children's issues and literacy,' said Ms Hager.
Married to Henry Hager in May 2008 at her family's ranch in Texas, she doesn't plan to do is talk about her experiences as the daughter of a president. 'I don't think it's that interesting,' she said. 'I'm pretty normal.' -- AP
Projek air Pahang ke Selangor bermula
KUALA LUMPUR: Kerja awal pembinaan terowong pemindahan air terbesar di Asia Tenggara sepanjang 45 kilometer dari Karak di Bentong, Pahang ke Hulu Langat, Selangor membabitkan kos RM1.3 bilion, sudah bermula dua minggu lalu.
Setakat ini kerja awal bagi pembinaan terowong berukuran 5.5 meter yang berupaya menyalurkan 1,890 juta liter air sehari ke Selangor itu membabitkan kerja pembinaan jalan masuk ke pintu terowong dan tapak pembinaannya.
Pengarah Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS), Datuk Ismail Mat Noor, berkata terowong air yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun itu, saiznya kecil sedikit daripada Terowong Pengurusan Air Banjir dan Lalu Lintas (Smart) di sini.
Katanya, punca air mentah dari Sungai Semantan di Kampung Jambu Rias, Karak akan dipam menerusi paip sepanjang kira-kira 12 kilometer ke Karak sebelum dialirkan terus ke terowong berkenaan untuk membekalkan air ke Lembah Klang.
“Projek pembinaan PPAMPS membabitkan empat pakej dengan kos keseluruhan RM3.9 bilion dan pembinaan terowong adalah yang paling utama hingga mengambil masa lima tahun.
“Kita akan membina muka sauk dan rumah pam di Kampung Jambu Rias dan dari situ, bekalan air mentah akan disalurkan terus ke Loji Rawatan Air Skim Langat 2 di Hulu Langat, sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk di Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada 22 November 2007, Selangor dan Pahang memeterai perjanjian pemindahan air mentah dari Pahang ke Selangor dengan kadar harga air mentah 10 sen bagi setiap liter padu.
Anak syarikat IJM Corporation Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, bersama rakan usaha samanya, Shimizu Corporation dan Nishimatsu Construction Co Ltd dari Jepun dan syarikat Malaysia, UEM Builders menerima kontrak kerajaan Malaysia bagi melaksanakan projek pemindahan air mentah di Pahang dan Selangor.
Bagaimanapun, kontraktor terbabit dalam projek berkenaan akan ditentukan konsortium mengendalikan projek ini.
Ismail berkata, projek berkenaan bakal memberi pendapatan dianggarkan berjumlah RM80 juta setahun kepada Pahang, berdasarkan nilai jualan air yang ditetapkan itu, tetapi jumlah pendapatan akan meningkat jika harga berkenaan dikaji semula kelak.
“Sebenarnya, harga jualan air yang dipersetujui antara dua negeri itu boleh dikaji semula bagi tempoh setiap lima tahun sekali,” katanya.

Dua bengkel terbakar, 25 kereta hangus
AMPANG: Sebanyak 25 kereta hangus dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkel membaik pulih kenderaan serta dipercayai menyebabkan kerugian hampir RM1 juta di Jalan Hulu Klang, di sini kira-kira jam 6 pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Che Shaari Abdullah, berkata tiga jentera bomba dari Ampang, Pandan Indah dan Wangsa Maju bersama 18 pegawai dan anggota mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran sebelum berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 9 pagi.
"Ketika pasukan bomba tiba, api sedang marak di dua bengkel yang beroperasi di bangunan rumah kedai satu tingkat itu, tetapi kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis bersebelahan. Setakat ini, punca kejadian dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan," katanya.

SEKILAS DUNIA
Feri Indonesia karam, 5 maut 18 hilang
JAKARTA: Sebuah feri yang sesak dengan penumpang karam di kawasan luar pantai Indonesia, menyebabkan lima orang mati dan sekurang-kurangnya 18 lagi hilang, kata polis dan laporan media semalam.
Feri bernama 'Sari Mulia' itu karam lewat malam kelmarin sedang ia dalam pelayaran dari Negara ke Banjarmasin di Kalimantan yang dikuasai Indonesia, kata jurucakap polis, Sarjan Edy, sambil menambah bahawa lebih 100 orang diselamatkan manakala lima ditemui mati. -- AP.
Perhimpunan pro-Thaksin ditangguh
BANGKOK: Perhimpunan oleh para penyokong mantan perdana menteri Thai yang sedang diburu polis, Encik Thaksin Shinawatra, yang dirancang mereka hari ini telah ditangguhkan selepas kerajaan Thai mengerahkan ribuan kakitangan keselamatan ke tempat perhimpunan.
Para pembantah yang digelar 'Baju Merah' itu sebelum ini merancang untuk berkumpul di kawasan tengah Bangkok tengah hari ini. -- AFP.
Perenang Muslimah diizinkan pakai 'burqini'
OSLO (Norway): Pihak berkuasa bandar Oslo telah memberi kebenaran khusus kepada para wanita Islam yang mahu memakai 'burqini', baju renang khas yang menutup aurat, apabila menggunakan kolam renangnya, kata seorang pegawai setempat kepada stesen radio NRK semalam.
'Sesetengah orang berkata mereka perlu menutup (aurat),' kata Encik Jan Zander, yang bertanggungjawab ke atas kegiatan sukan dan riadah. 'Kami fikir adalah penting bahawa mereka yang tinggal di bandar ini boleh bermandi-manda dan menggunakan kolam-kolam renang.' - AFP.
DPJ akhirnya akan perintah Jepun?
TOKYO: Para pemimpin politik Jepun giat berkempen untuk menarik undi buat kali terakhirnya semalam, menjelang hari pengundian pilihan raya umum Jepun hari ini, yang mungkin memecahkan pengaruh pemerintahan pihak konservatif dan mengalihkan kuasanya kepada sebuah parti berfahaman kiri yang sederhana.
Tinjauan undi meramalklan parti pembangkang, Parti Demokratik Jepun (DPJ), akan mengalahkan Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Encik Taro Aso, Perdana Menteri Jepun sekarang. -- AFP.

Sunday, August 30, 2009
H1N1: Lelaki 49 tahun mangsa terbaru,
KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkat kepada 72 apabila seorang lagi mangsa lelaki berusia 49 tahun didaftarkan mati hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata mangsa mendapat rawatan di Hospital Melaka pada 13 Ogos lalu selepas mempunyai simptom demam dan batuk selama dua hari serta muntah.
Beliau berkata, pesakit berkenaan sebelum ini dimasukkan ke wad dan mendapat rawatan antiviral influenza dan antibiotik serta merta tenat kerana masalah paru-paru.
Katanya, beliau yang kemudian dipindahkan ke ICU meninggal dunia pada 19 Ogos lalu disebabkan pneumonia teruk dan H1N1.
Laporan biopsi bedah siasat yang diterima mendapati sampel paru-paru mangsa positif Influenza A (H1N1) pada 24 Ogos lalu, tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang disiarkan di laman web http://h1n1.moh.gov.my di sini, hari ini.
Sementara itu, sehingga jam 9 pagi tadi, 202 pesakit baru dengan tanda-tanda influenza-like illness (ILI) sudah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Bagaimanapun, 285 kes sudah didiscaj keluar, menjadikan baki 1,515 pesakit ILI sedangan dirawat di 97 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, hanya 280 pesakit (19 peratus) yang disahkan positif H1N1, di mana 44 kes berada di ICU iaitu lima kes adalah kemasukan, tujuh lagi kes keluar dari ICU.
Bagi 44 kes yang masih dirawat di ICU, 36 (82 peratus) mempunyai faktor risiko.
Pecahan mengikut faktor risiko adalah penyakit kronik (3), obesiti (12), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (3), kegagalan ginjal (4), asthma (3) dan imuniti rendah (2).

Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini
PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Sidang DUN Perak akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.
Jelas Nizar, sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar "selaku Speaker yang sah" dalam notisnya.
"Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.
Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.
Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.
"YB Sivakumar sudah memohon kepada mahkamah agar dikeluarkan satu perintah bagi menghalang mana-mana pihak eksekutif daripada mengadakan halangan," katanya.
Permohonan itu telah dibuat baru-baru ini dan diharap keputusan akan diperoleh Selasa ini, katanya lagi.
Semalam, Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Ganesan menegaskan, tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.
Menurut Nizar, notis untuk mengadakan sidang DUN perlu dikeluarkan 14 hari sebelum persidangan dan ia "telah diterima lebih awal daripada itu."
Pada Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan notis sidang DUN tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).
Bagaimanapun ia dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok berhampiran DUN.

UMNO Semakin Diterima Di Kelantan. Apa betul?
MACHANG, 29 Ogos-- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai pada 14 Julai lalu telah memberi kesan berikutan semakin ramai anggota dan penyokong PAS di Kelantan kini menyokong Umno, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.
"Apa yang berlaku di pilihan raya (kecil) Manik Urai baru-baru ini adalah petanda yang jelas bahawa rakyat Kelantan semakin menerima Umno.
"Kita dapati bahawa ramai ahli-ahli PAS sudah berpaling tadah dan mereka inginkan perpaduan dan mereka melihat Umno sebagai ejen perpaduan untuk membawa orang Melayu dan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung yang harmoni," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan penyertaan 27 anggota dan penyokong PAS ke dalam Umno, yang diketuai bekas ketua PAS cawangan Kampung Chekak Dua Mokhtar Che Harun di kampung itu di sini, pada Sabtu.
"Memang kita alami kekalahan dalam pilihan raya (kecil) lalu tapi kita telah bekerja keras untuk membuktikan kemampuan kita dan saya bersyukur kerana sudah pun ada tanda-tanda perubahan itu," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Sementara itu Mokhtar, 63, berkata keputusannya untuk meninggalkan PAS yang disertainya lebih 40 tahun itu kerana memikirkan masa depan generasinya jika PAS terus menolak perpaduan sesama bangsa dan agama.
"Ini demi masa depan cucu cicit saya dan saya rasakan berada dalam PAS tidak memberikan sebarang faedah kepada masa depan bangsa dan agama yang saya cintai ini," katanya.
Norperidah Haman, 42, pula berkata keputusannya untuk menyertai Umno kerana sudah jemu dengan perjuangan PAS yang retorik semata-mata.
"PAS nak buat apa? Nak bangunkan apa? Saya tidak mahu anak-anak saya menjadi mangsa kejumudan pemimpin," katanya.

Malaysia Gagal Ke Piala Dunia Di China
PETALING JAYA, 29 Ogos-- Pemain negara Danny Chia dan Iain Steel gagal layak ke Piala Dunia Omega Mission Hills selepas menduduki tempat keempat pada pusingan kelayakan Asia di sini pada hari Sabtu.
Chia dan Steel, yang memburu tiket pertama negara pada Piala Dunia dalam masa lapan tahun, berhempas pulas pada pusingan akhir di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) di sini tetapi pukulan bogey pada lubang ke-17 memusnahkan impian negara.
Pakistan pula layak ke Piala Dunia di China selepas menduduki tempat ketiga.
"Seperti semalam, kami perlu bermain dengan lebih baik hari ini tetapi malangnya gagal khususnya pada empat lubang terakhir," kata Steel.
Sementara itu, Chia berkata beliau dan Steel telah bermain agak baik hari ini tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.
"Kami bermain dengan baik kecuali pada beberapa ketika sahaja. Pakistan bermain dengan baik sekali khususnya apabila melakukan pukulan birdie pada lubang terakhir. Kami cuba yang terbaik. Harap tahun depan kita cuba layak," kata Chia.
Pakistan, yang diwakili oleh Muhammad Shabbir dan Muhammad Munir, membuat kejutan apabila mencipta sejarah dengan menamatkan saingan di tiga tempat teratas sekaligus layal ke Piala Dunia buat pertama kali.
Gandingan pemain Pakistan itu melakukan pukulan tiga bawah par 68 pada pusingan akhir untuk menduduki di belakang juara Singapura (Lam Chih Bing dan Mardan Mamat) dan pemain Filipina Mars Pucay dan Angelo Que.
"Saya tidak dapat bayangkan perasaan saya ketika ini. Saya pasti semua orang di Pakistan tentu bangga sekali," kata Munir, yang beraksi pada Jelajah Asia.
Dalam pada itu, Lam dan Mardan berjaya membantu Singapura layak ke Piala Dunia buat kali keempat selepas menjuarai pusingan kelayakan Asia dengan kelebihan satu pukulan dengan jumlah 15 bawah par 269 pada saingan empat hari itu.
Filipina menduduki tempat kedua dengan ketinggalan satu pukulan di belakang Singapura.
Piala Dunia akan diadakan di Kelab Golf Mission Hills di Shenzen, China pada November ini.

Peguam tak amanah kena 5 tahun, sebat
AMPANG: Selepas 14 tahun dibicarakan, seorang peguam akhirnya dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM100,000.
Hakim Noradidah Ahmad membuat keputusan berkenaan ke atas R Chandrasekaran, 48, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melampaui keraguan munasabah.
Bagaimanapun, Noradidah membenarkan hukuman penjara dan sebatan itu ditangguhkan sementara bagi memberi laluan Chandrasekar memfailkan rayuannya.
Chandrasekar dituduh melakukan pecah amanah membabitkan RM99,969.52 yang diamanahkan kepadanya selaku pemegang amanah bagi pembelian tanah seluas 59 hektar (147 ekar) yang bernilai RM10 juta di Ulu Yam, Selangor.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat sebuah firma guaman di No 48-3, Jalan Memanda, Ampang Point, antara 23 Disember 1995 hingga 10 Jun 1996.

Keputusan Liga Perdana Inggeris
Chelsea 3 (Anelka 45+2, Ballack 47, Cole 52) - Burnley 0
Bolton 2 (Davies 33, Cohen 47) - Liverpool 3 (Johnson 41, Torres 56, Gerrard 83)
Stoke 1 (Kitson 43)- Sunderland 0
Tottenham 2 (Crouch 72, Lennon 90+5) - Birmingham 1 (Bowyer 75)
Wolverhampton 1 (Stearman 46) - Hull 1 (Geovanni 3)

Jalan Parlimen ditutup pagi Isnin
KUALA LUMPUR: Jalan menghala ke bangunan Parlimen (Jalan Parlimen) akan ditutup sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 Isnin ini.
Pegawai Gerakan Trafik Kuala Lumpur, Cif Inspektor Mohd Irwan Abdul Rahim, berkata jalan itu akan ditutup mulai 7.30 pagi hingga 9 pagi dan akan dibuka semula selepas selesai upacara berkenaan.
Sambutan Hari Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Parlimen, dijangka selama 40 minit dengan kehadiran peserta terhad kira-kira 8,600 orang sahaja.
Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen. - Bernama

Gobind Bakal Dedah SPRM Dera Saksi
SHAH ALAM-28Ogos, Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo pada prosiding Inkues hari ini, memberitahu bahawa terdapat aduan berhubung saksi didera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) .
Beliau berkata, saksi didera dan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi dan di tendang akan didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.
Gobind akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.
Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19 hari ini, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.
Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.
Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah. KEMALIA OTHMAN (TVSELANGOR)

Mendoakan Keamanan dan Keadilan Sejagat
Umrah dan i’tikaf di Baitullah adalah kegiatan keruhanian unggul. Jemaah tidak sering terganggu dengan perihal luar, kemelut politik, perniagaan atau urusan keluarga.
Namun ketika saya dan Azizah di perkarangan Masjidil Haram, seorang kenalan Arab Makkah menyapa saya dan memaklumkan serangan nekad pengganas di ruang Majlis Kerajaan Saudi di Jeddah yang turut mencederakan Putera Muhammah Bin Naif, Timbalan Menteri Keselamatan Arab Saudi.
Gerombolan pengganas sademikian, betapa sekalipun slogan “jihad” yang dijeritkan lebih mencedera malah merusak imej murni Islam dan penganutnya.
Manakala berlakunya serangan gerombolan pengebom di Jakarta bulan lalu, korban nyawa rakyat dan harta, pastinya memberikan kesan negatif terhadap imej umat dan ekonomi negara.
Namun kita perhatikan tekad memuncak di kalangan rakyat terbanyak bukan sekadar mengutuk serangan malah mendukung langkah keselamatan menjamin kesejahteraan rakyat.
Saya mengesan perasaan yang sama di kalangan jamaah yang berkumpul di Mekah dari seluruh pelusuk dunia – mengutuk pengganas, melahirkan simpati kepada mangsa, dan lebih berani serta tegas menolak keganasan.
Kita mendoakan kehazrat Allah SWT agar dikurniakan keamanan dan keadilan sejagat.
ANWAR IBRAHIM

Kerajaan Negeri Selangor Kecam Tindakan Hina Agama
KENYATAAN MEDIA
—29 OGOS 2009—SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal terhadap tindakan menghina, menghasut dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan penganut agama lain yang diapi-apikan oleh segelintir kumpulan pembantah yang berarak membawa kepala lembu sebagai tindakan membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, di sini.
Pada ketika rakyat Selangor sedang bersiap-sedia untuk menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-52, sikap tidak bertolak ansur terhadap agama orang lain yang masih wujud dalam kalangan segelintir warganegara Malaysia itu, sangatlah dikesali.
Kejadian dan tindakan menghina agama orang lain itu menyebabkan seluruh negara ini dilihat undur kebelakang dalam usaha mewujudkan rasa hormat terhadap kepelbagaian agama dan adat resam dalam kalangan penduduk pelbagai keturunan. Walhal usaha tersebut, sebenarnya sudah dilakukan sejak kemerdekaan tahun 1957 lagi, demi pembinaan satu negara bangsa yang memperlihatkan persamaan visi dan identiti.
Seterusnya, Kerajaan Negeri berharap semua rakyat supaya bersikap matang dan tidak mudah terpengaruh dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pembantah tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mewujudkan ketegangan antara kaum. Dalam hal ini, walaupun kita wajar mengecam tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun kita lebih baik menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.
Sehubungan ini, Kerajaan Negeri meminta supaya pihak polis segera mengambil tindakan secara adil dan melakukan penyiasatan termasuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang mengugut para pemimpin Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengadakan perbincangan terbuka pada Sabtu, 5 September 2009, yang dihadiri oleh penduduk sebenar Seksyen 23, pegawai-pegawai MBSA dan pegawai-pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Perbincangan itu nanti bukan sahaja mendengar luahan pendapat masyarakat setempat tetapi juga memberikan peluang kepada pihak Kerajaan Negeri untuk menjelaskan fakta sebenar dan alasan yang menyebabkan keputusan menempatkan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Sementara menunggu tarikh perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri menggesa supaya penduduk Seksyen 23 bertenang dan tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh fakta-fakta yang tidak benar yang sengaja diapi-apikan oleh kumpulan yang memang berniat jahat terhadap keharmonian rakyat dan kestabilan politik Kerajaan Negeri Selangor.
Sekali lagi, marilah kita sama-sama memelihara sikap bertimbang rasa, rasional dan saling hormat menghormati kerana inilah cara terbaik bagi menyelesaikan hal ini.
TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Sewa kediaman 5 juta pound di Singapura
Beyonce Knowles (kiri) dan suaminya Jay-Z (kanan)akan menginap di sebuah kediaman mewah bernilai 5 juta pound di Singapura. Beyonce dijadualkan membuat persembahan sempena pembukaan litar Formula 1 di negara itu. foto-APPENYANYI dan aktress Hollywood Beyonce Knowles akan menyewa sebuah kediaman mewah di Singapura bernilai 5 juta pound.
Penanyi yang terkenal dengan lagu 'Crazy in Love' itu akan membuat persembahan sempena pembukaan litar Formula 1 di Singapura bulan depan.
Beyonce dan suaminya Jay-z dikatakan mahu tinggal di sebuah pangsupuri mewah.
Kedua pasangan tersebut dikatakan akan tinggal di sebuah pangsapuri mewah di bandaraya Marina Bay kerana kediaman itu membolehkan mereka melihat 360 darjah bandar singapura dan lautan.
"Beyonce dan Jay-z sangat suka datang ke Singapura dan mereka tidak mahu tinggal di hotel ketika berada disana. Antara tempat-tempat kediaman yang mereka sudah lihat semua hebat tetapi mereka memilih untuk tinggal di sebuah pangsapuri mewah yang mempunyai pemandangan yang sangat indah," kata sumber.
Antara selebriti terkenal lain yang akan membuat persembahan termasuklah Black Eyed Peas, N.E.R.D, Jacky Cheung dan termasuklah kumpulan hip hop dari Taiwan, Da Mouth dan juga kumpulan Sodagreen.
Persembahan tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 24 hingga 26 September.
Perlumbaan julung kali Formula 1 di Singapura akan bermula pada 27 September.
Saturday, August 29, 2009
Hukuman ke atas Kartika perlu diteruskan
KUALA LUMPUR: Hukuman sebat terhadap model sambilan, Cik Kartika Sari Dewi Shukarno, yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kerana meminum arak perlu diteruskan bagi mengelak persepsi negatif terhadap Islam serta undang-undang syariah di negara ini.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Encik Mohamad Isa Abdul Ralip, berkata banyak pihak mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai perkara itu yang memberi gambaran salah terhadap pelaksanaannya.
'Dakwaan hukuman sebat itu kejam dan menindas wanita tidak benar, namun pihak tertentu mengambil kesempatan menggunakannya bagi memburuk-burukkan Islam di serata dunia.
'Hakikatnya, sebatan dalam undang-undang syariah tidak sama seperti sebatan dalam undang- undang sivil. Islam juga tidak menindas wanita kerana hukuman terhadap lelaki dan wanita sama saja.
'Jadi, hukuman itu perlu diteruskan supaya orang dapat melihat sendiri sebatan menggunakan rotan kecil itu tidak menyakitkan seperti disangka, selain orang yang disebat juga berpakaian menutup aurat,' katanya pada sidang media anjuran pertubuhan pembela Islam (Pembela) iaitu gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini, kelmarin.
Menurut beliau, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan yang berjalan seiring dan harmoni sejak sekian lama dan ia hendaklah dihormati, dikekal dan diperkasakan.
'Kami menyeru jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang- undang dan pelaksanaan undang- undang syariah.
'Sesiapa yang tidak ada kaitan dengan agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam dan sepatutnya diuruskan oleh pihak yang mempunyai bidang kuasa bagi agama Islam,' katanya.
Cik Kartika dihukum denda RM5,000 ($2,045) dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.
Sementara itu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, pula berkata Mahkamah Syariah wajar menimbangkan semula hukuman sebatan itu dengan menggantikannya dengan hukuman lebih ringan.
'Secara peribadi, saya berpendapat Kartika memang menunjukkan kekesalannya yang mendalam selain sanggup menerima hukuman itu untuk mencerminkan dia bertaubat,' katanya

Sekilas Dunia
Ramai jadi pengemis Ramadan
KARACHI: Beribu-ribu penduduk miskin di Pakistan mengambil kesempatan menjadi pengemis hanya pada bulan Ramadan ini. Pegawai pemerintah, Encik Azhar Hashmi, berkata ini menyebabkan jumlah pengemis di bandar raya ini meningkat secara mendadak.
Bagaimanapun, katanya polis berikrar akan menghapuskan amalan ini dengan melancarkan operasi ke atas beribu-ribu 'pengemis Ramadan' di bandar raya itu. -- Reuters.
4 maut dalam nahas kereta api
ANKARA: Sebuah kereta api bertembung dengan jentera tapak pembinaan di barat laut Turkey kelmarin dan membunuh sekurang-kurangnya empat penumpang dan mencederakan 17 yang lain.
Beberapa gerabak kereta api itu yang dalam perjalanan dari ibu negara, Ankara, ke Istanbul turut tergelincir, kata Timbalan Ketua Pasukan Bomba Bozuyuk, Encik Gurhan Bilgili. -- AP.

Lydiawati fail tuntutan nafkah
SHAH ALAM: Pelakon Lydiawati akan memfailkan tuntutan nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah serta pemulangan semula barang perkakas perkahwinan bernilai RM103,000 ($42,134) di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini daripada bekas suaminya selepas beliau gagal membayar tuntutan itu sehingga kini.
Lydiawati mengambil tindakan berkenaan selepas bekas suaminya, Encik Azhar Mohd Zar, 35 tahun, gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada 5 Mei lalu yang mengarahkannya membayar tuntutan itu. -- BHM.

Peguam pertikai saksi polis enggan rakam kenyataan
KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili lima peguam yang ditangkap dan ditahan dalam lokap polis memberitahu siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini, hari ini bahawa mereka ditipu dan dikelirukan oleh saksi polis berhubung rakaman kenyataan.
M Puravalen berkata, mereka terkejut selepas dimaklumkan hari ini bahawa saksi polis enggan kenyataan mereka dirakamkan sebelum mereka memberikan keterangan pada prosiding siasatan dan menurutnya perkara itu tidak adil kepada anak guam beliau.
Beliau berkata, jika saksi enggan merakamkan kenyataan masing-masing, mereka perlu memaklumkan kepada siasatan itu lebih awal.
"Dalam kes ini, saksi polis sudah diarahkan oleh panel pesuruhjaya pada 14 Ogos untuk merakamkan kenyataan mereka sebelum mereka memberikan keterangan dalam prosiding dan hari ini mereka menyatakan tidak mahu merakamkan kenyataan mereka.
“Dengan berbuat demikian, ini akan membolehkan mereka mereka-reka keterangan dan ceritanya akan diubah apabila mereka memberikan keterangan," katanya.
Puravalen berkata, ini tidak adil kepada saksinya yang sudah merakamkan kenyataan mereka dan memberikan keterangan dalam prosiding kerana para saksi polis boleh ubah kenyataan mereka.
Beliau berkata, rakaman kenyataan itu adalah penting kepada siasatan itu bagi melihat sama ada keterangan yang diberikan pada prosiding adalah sepadan dengan kenyataan yang dirakamkan.
Puravalen berhujah demikian pada siasatan itu yang bermula 14 Ogos dan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan dibantu dua pesuruhjaya, Datuk Dr Micheal Yeoh Onn Kheng dan Datuk Dr Denison Jayasooria.
Mereka yang ditahan ialah Puspawati Rosman, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Ravinder Singh Dhalliwal dan Syuhaini Safwan.
Penahanan dibuat pada 9.30 malam, 7 Mei, dan dibebaskan keesokan harinya.
Muhammad Shafee kemudian menangguhkan prosiding ke 2 September bagi pihak mengemukakan hujah mengenai sama ada Suhakam mempunyai kuasa untuk mengarahkan saksi-saksi merakamkan kenyataan dan beliau juga memberitahu siasatan itu bahawa berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa siasatan membabitkan saksi polis, gagal untuk merakamkan kenyataan mereka.
"Ketika saya mengendalikan siasatan terhadap kes kematian tahanan dalam lokap, polis enggan untuk merakamkan kenyataan, tetapi kami berjaya merakamkan kenyataan pegawai penjara," katanya.
Katanya, mengikut Seksyen 14(1)(a) Akta Suhakam 1999, panel siasatan sepatutnya mempunyai kuasa untuk memperoleh dan menerima semua keterangan sama ada secara bertulis atau lisan dan untuk memeriksa semua mereka sebagai saksi tetapi bukan mengarahkan saksi merakamkan kenyataan.
Beliau juga membenarkan permohonan penangguhan yang dikemukakan oleh Puravalen bagi memberikannya masa bagi mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guamnya berikutan keengganan saksi polis merakamkan kenyataan.
Hari ini, siasatan itu dijadual mendengar keterangan daripada beberapa saksi termasuk tiga lagi peguam.
Puspawati dan Fadiah Najwa sudah memberikan keterangan pada 15 Ogos.
Muhammad Shafee juga memaklumkan siasatan itu bahawa saksi polis seperti Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan Deputi Superintendan Judy Blacious Pereira dalam kenyataan mereka pada 14 Ogos yang tidak ditandatangani, berkata mereka akan menjawab soalan ketika prosiding tetapi enggan kenyataan mereka dirakamkan.
Superintendan R Munusamy yang bertindak sebagai pemerhati bagi pihak polis, memberitahu siasatan itu bahawa panel tidak harus menganggap keengganan saksi polis untuk merakamkan kenyataan sebagai bermaksud yang mereka akan mereka-reka keterangan mereka. - Bernama

Lelaki berpoligami 14 isteri
MUMBAI: Seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan berusia 40 tahun ditahan polis kelmarin kerana mempunyai 14 isteri.
Encik Tushar Waghmare, yang berasal dari Mumbai menipu semua isterinya dengan mendakwa beliau sentiasa sibuk kerana tugas.
Tembelang kakitangan Air India itu, yang menggunakan Internet untuk mengatur semua perkahwinannya terbongkar apabila seorang daripada isterinya bertembung dengan seorang lagi ketika meninggalkan rumah lelaki itu.
Lima daripada 14 wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis.
Sembilan lagi isterinya memilih untuk berdiam diri kerana malu.
Encik Tushar mendakwa beliau tidak boleh duduk serumah dengan setiap isterinya kerana tugasnya tidak membenarkan dia berbuat demikian.
Beliau sebaliknya menempatkan isterinya di serata negeri di seluruh India, dari Mumbai di selatan hingga ke Rajasthan di utara.
Beliau mengaku kepada polis bahawa beliau melayani setiap isterinya dengan adil tetapi menghadapi masalah kewangan kerana hanya berpendapatan 63,736 rupee ($1,882) sebulan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, Encik R. M. Vhatkar, berkata kerana tertarik dengan jawatannya tidak seorang pun isteri atau ibu bapa mereka menyelidik latar belakang lelaki itu.
Laman web mencari jodoh semakin popular di India.
Encik Tushar mendaftarkan diri dalam satu laman web itu dengan menggunakan nama samaran dan menyatakan dia baru bercerai serta ingin mencari pengganti tanpa mengira balu atau janda.
Beliau akan menghabiskan masa tiga hari dengan setiap isterinya sebelum meneruskan kegiatannya.
Sementara itu, Air India mengambil tindakan disiplin terhadap lelaki itu dengan memecatnya. -- Agensi.

Israel kerah polis ke Baitulmakdis, sekat perjalanan ke Masjid Al-Aqsa
BAITULMAKDIS: Israel merancang hendak mengerahkan ribuan tentera polisnya di Baitulmakdis dan mengehadkan jalan masuk ke Masjid Al-Aqsa di bandar itu semalam.
Pihak berkuasa Israel berkata ia satu langkah untuk mencegah berlakunya keganasan dalam Ramadan ini.
Ramai polis dikerah di sekitaran Baitulmakdis dan di Bandar Lama, tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa, kata satu kenyataan polis kelmarin.
Hanya rakyat Palestin, lelaki yang berusia ke atas 50 tahun dan wanita berumur ke atas 45 tahun, dibenarkan memasuki Tebing Barat, serta rakyat Palestin yang mempunyai permit khas, kata kenyataan itu lagi.
Di bawah sekatan Israel itu, hanya rakyat Palestin yang memegang permit dibenarkan masuk ke Baitulmakdis dari Tebing Barat.
'Polis akan bertindak tegas untuk mencegah sebarang percubaan oleh sesiapa pun yang mahu mengganggu keamanan,' kata kenyataan itu memberi amaran.
Sheik Mohammed Hussein, seorang tokoh agama utama di Baitulmakdis, mendakwa bahawa sekatan-sekatan itu adalah sebahagian daripada percubaan Israel untuk menguasai Baitulmakdis.
Beliau juga berkata langkah itu 'bertujuan mengehadkan kewujudan rakyat Palestin dan Islam di Baitulmakdis'.
Langkah keselamatan tegas itu dikerah sejak beberapa tahun lalu, apabila solat Jumaat pada Ramadan bertukar menjadi satu rusuhan terhadap Israel.
Sekatan itu tidak dikenakan ke atas rakyat Palestin di timur Baitulmakdis, yang memiliki hak kediaman penduduk Israel, atau warga Islam Israel, kata jurucakap polis, Encik Micky Rosenfeld. -- AP.

Putera Saudi cedera diserang pengebom nekad
RIYADH: Seorang pengebom nekad telah menyebabkan seorang putera raja yang sering dikaitkan dengan usaha antipengganasan Arab Saudi mengalami kecederaan ringan apabila pengebom itu meletupkan dirinya sejurus sebelum satu perhimpunan sempena menyambut Ramadan, demikian sebuah agensi berita negara itu melaporkan semalam.
Kejadian itu adalah percubaan membunuh pertama ke atas salah seorang anggota keluarga diraja Arab Saudi sejak kerajaan itu memulakan tindakan tegasnya terhadap kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda lapan tahun lalu berikutan peristiwa 11 September 2001 (9/11) di Amerika Syarikat.
Militan yang disyaki menyerang Penolong Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Muhammad bin Nayef, lewat kelmarin pada perhimpunan Ramadan di Jeddah, sebelum ini pernah melahirkan keinginannya mahu menyerah dirinya kepada pegawai berkenaan, kata laporan agensi berita Saudi Press Agency (SPA) sambil memetik sumber istana.
Memang menjadi adat bagi para anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi mengadakan perhimpunan terbuka dengan rakyat boleh menyuarakan maklum balas dan aduan, meminta pelunasan kewangan atau penyelesaian pertelingkahan lain, atau sekadar mengucapkan tahniah.
Sebaik sahaja mendengar berita serangan itu, Raja Abdullah dengan segera menuju ke hospital, menurut agensi berita itu.
Ia berkata putera berkenaan, yang juga anak Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef, telah dibenarkan keluar dari hospital dan tiada sesiapa lagi yang cedera parah.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mempimpin satu kempen agresif kerajaan itu untuk menentang pengganasan - satu usaha yang semakin intensif dijalankan sejak beberapa kumpulan militan kali pertama menyerang kerajaan itu pada Mei 2003.
Negara itu adalah tempat lahir pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, dan tanah air bagi 15 daripada 19 militan yang merampas pesawat Amerika dalam peristiwa 9/11.
Pada 19 Ogos lalu, pihak berkuasa mengumumkan penangkapan 144 suspek militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dalam satu kempen selama setahun, yang turut membongkar tempat penyimpanan bagi puluhan mesingan dan litar elektronik sebagai alat kelengkapan bom.
Bulan lalu, para pegawai Arab Saudi berkata sebuah mahkamah negara itu telah mendakwa dan mengenakan hukuman penjara, denda dan pengharaman ke luar negara ke atas 330 militan Al-Qaeda. -- AP.

Gerila etnik Kokang tempur dengan askar Myanmar
BANGKOK: Pertempuran antara askar Myanmar dengan gerila pemberontak Kokang di wilayah Shan, timur laut negara itu, memaksa 10,000 penduduk melarikan diri ke wilayah China.
Ia mencetuskan kebimbangan bahawa perang secara besar-besaran boleh meletus, menurut laporan semalam.
Menurut kumpulan Kempen Amerika bagi Burma (USCB) yang berpangkalan di Washington, pertempuran berlaku kelmarin, sekali gus mencabul buat pertama kali gencatan senjata yang berjalan selama 20 tahun.
Lebih 10,000 pelarian dilaporkan menyeberang masuk ke bandar Nansan, di wilayah Yunnan, barat daya China, selepas junta tentera Myanmar menghantar askar ke kawasan yang ramai penduduknya berketurunan Cina.
Seorang polis Myanmar dilaporan terkorban dalam pertempuran itu, kata USCB.
Menurut laman web yang dikendalikan wilayah Yunnan (http: www.yunnan.cn) di China, pertempuran berlaku kelmarin menyebabkan 10,000 penduduk melarikan diri ke wilayah China.
Pelarian kini ditempatkan di sebuah kem sementara dan diberi makanan serta rawatan perubatan oleh para pegawai China, lapor agensi berita Xinhua.
Media setempat semalam melaporkan kemasukan pelarian masih terus berlaku, tetapi bilangan mereka sukar dianggarkan.
Kini, satu lagi kumpulan etnik, Tentera Bersatu Wialayah Wa, dilaporkan menyertai gerila pemberontak Kokang menentang junta Myanmar, kata editor Shan Herald Agency for News, Encik Khuensai Jaiyen. -- AFP, Reuters.

Kedutaan Besar M'sia tegur media
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di sini menggesa semua pihak, khususnya media massa di Indonesia, lebih peka dan memahami sensitiviti rakyat kedua-dua negara supaya pemberitaan yang dibuat tidak menyinggung perasaan kedua-dua pihak.
Kedutaan Besar Malaysia menyuarakan rasa kesal kerana kekeliruan dan tuduhan yang dibuat oleh media massa tempatan.
Media massa setempat menuduh kerajaan Malaysia mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali untuk promosi pelancongan Malaysia dalam satu klip video.
'Kedutaan Besar Malaysia ingin menegaskan bahawa telah terdapat kekeliruan dan salah faham serius terhadap produksi dan penayangan klip video komersial itu dan dakwaan penglibatan kerajaan Malaysia,' kata Kedutaan Besar Malaysia di sini kelmarin menerusi satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, klip video komersial itu merupakan inisiatif kreatif Discovery Networks Asia-Pacific sendiri dan tidak sekali-kali melibatkan campur tangan mana-mana pihak di Malaysia.
'Tidak ada pihak di Malaysia yang mendakwa bahawa tarian Pendet adalah tarian dari Malaysia,' tegas kenyataan itu.
'Seharusnya pihak yang berkenaan di Republik Indonesia terlebih dahulu menyelidik hal ini sebelum membuat kesimpulan mengenainya,' kata kenyataan itu.
Beberapa penjelasan telah dibuat mengenai pembikinan klip video 30 saat itu, termasuk pengakuan oleh syarikat swasta berpejabat di Singapura itu yang membuatnya tanpa campur tangan kerajaan mahu pun pihak lain di Malaysia.
Namun, media massa setempat terus membangkitkan isu itu dan melemparkan tuduhan keras, malah mengaitkannya dengan isu-isu serupa sebelum ini yang menuding bahawa Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia.
Selasa lalu, Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, mahu Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Indonesia-Malaysia berperanan menangani permasalahan antara kedua-dua negara termasuk dalam isu-isu berkaitan hak cipta dan karya budaya.
Mengulas tuduhan terhadap Malaysia berkaitan tarian Pendet itu, Dr Yudhoyono berkata:
'Kumpulan Tokoh Terkemuka itu boleh difungsikan untuk mencegah hal-hal begini. Ini harapan saya, dengan semangat, sekali lagi, menjaga dan memelihara hubungan baik.' - Bernama.

MCA Sedar Keputusan Pecat Dr Chua Bimbangkan BN
KUALA LUMPUR, 28 Ogos-- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata parti itu amat menyedari bahawa keputusan Majlis Presiden memecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mencetuskan kebimbangan di kalangan anggota-anggota parti komponen Barisan Nasional (BN).
"Saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam bersama rakan-rakan parti saya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Kong Cho Ha bagi menjelaskan keputusan Majlis Presiden MCA.
"Pendirian Datuk Seri Najib yang membenarkan MCA menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campurtangannya adalah dihargai. Saya juga berterima kasih atas nasihat Datuk Seri Najib menyelesaikan masalah parti secepat mungkin," katanya dalam komen ringkas di blognya www.ongteekeat.net Jumaat.
Beliau berkata kepimpinan parti adalah "sekata dalam pendiriannya bagi mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang" dan fokus mereka "bukan politik yang eksesif tetapi mengutamakan khidmat kepada rakyat".
"Saya memberitahu Datuk Seri Najib dengan cara amat jelas bahawa MCA komited terhadap konsep 1Malaysia," katanya.
Malah kebanyakan pemimpin BN dalam reaksi terhadap pemecatan Dr Chua berkata ia adalah urusan dalaman MCA, namun kebanyakan mereka melahirkan kebimbangan ia akan mendatangkan implikasi kepada BN.
Najib dalam komen terbarunya hari ini menggesa parti itu menyelesaikan segera krisis dalamannya bagi mengelakkan kesan negatif terhadap parti dan BN.
Najib berharap krisis itu diselesaikan menerusi orang tengah memandangkan kedua-dua pemimpin berkenaan bertegas dengan pendirian masing-masing.

Sulaiman Mahbob Dilantik Pengerusi Baru MIDA
KUALA LUMPUR, 28 Ogos-- Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), berkuat kuasa 1 Sept.
Beliau mengambil alih tugas daripada pengerusi paling lama memegang jawatan itu, Tan Sri Zainal Abidin Sulong, yang bersara pada 31 Ogos ini.
Zainal dilantik menjadi pengerusi MIDA pada 1988.
Sulaiman, yang menghadiri perhimpunan khas MIDA hari ini sempena persaraan Zainal Abidin berkata pelantikan berkenaan memerlukan beliau perlu bekerja keras untuk mendapatkan pelaburan untuk Malaysia.
Beliau berkata tugas beliau kini semakin sukar disebabkan oleh tumpuan baru Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan ke dalam sektor perkhidmatan.
Sulaiman berkhidmat dengan kerajaan lebih 38 tahun dalam pelbagai kapasiti. Beliau bersara pada Jun tahun ini sebegai ketua pengarah unit perancang ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
Sulaiman juga pernah menajdi ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, setiausaha bahagian (Ekonomi) Kementerian Kewangan serta ketua sekretariat di Majlis Tindakan Ekonomi Negara semasa krisis kewangan 1998.
Beliau pernah bertugas sebagai pengarah eksekutif kepada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) antara pertengahan 1994 hingga pertengahan 1997.
Sulaiman juga menjadi wakil kerajaan dalam beberapa lembaga termasuk MISC Bhd, Petronas, Felda serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Muslim dilarang tonton konsert Black Eyed Peas
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dilaporkan melarang penganut Islam daripada menghadiri konsert oleh kumpulan hip hop Amerika Syarikat, Black Eyed Peas, bulan depan.
Ini kerana konsert itu dianjurkan oleh syarikat minuman keras, Guinness.
Konsert itu dijadualkan diadakan pada 25 September ini di sini bagi menyambut ulang tahun ke-250 Guinness mula dihasilkan di Dublin. -- AP.
Profesor Ismail Salleh meninggal
KUALA LUMPUR: Tokoh akademik dan ekonomi Malaysia, Senator Profesor Datuk Dr Ismail Salleh, meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur melalui Singapura pada 3.50 pagi semalam.
Jenazah beliau dibawa ke Hospital Changi Singapura dan dijadualkan dibawa pulang ke Kajang untuk disemadikan. -- BHM.
Lelaki rogol empat anak berbelas tahun
KUALA TERENGGANU: Seorang bapa berusia 47 tahun merogol dan mencabul kehormatan empat anak gadisnya sendiri sejak berbelas tahun lalu sehinggalah tembelang perbuatan kejinya itu pecah apabila seorang daripada anaknya membuat laporan polis pada Sabtu lalu.
Suspek bagaimanapun kini telah menghilangkan diri dan polis menggiatkan operasi mengesannya. -- BHM.

Ted dikebumi dekat kubur JFK
WASHINGTON: Senator Edward Kennedy akan dikebumikan di tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington, Amerika Syarikat.
Menurut laporan media, mendiang Kennedy, 77 tahun, yang meninggal Selasa lalu akan dikebumikan berhampiran dengan kubur abangnya, Presiden John F. Kennedy dan Senator Robert Kennedy.
Tarikh upacara pengebumian itu bagaimanapun belum lagi diumumkan. -- Reuters.
Pemisah bunuh tiga lelaki di selatan Thai
BANGKOK: Kumpulan pemisah membunuh tiga lelaki Islam dan mencederakan empat lain dalam beberapa serangan hendap dan bom di wilayah selatan Thailand, kata polis semalam.
Insiden keganasan dilaporkan semakin meningkat di wilayah selatan sejak kebelakangan ini. Sejauh ini, lebih 3,700 orang terkorban dalam serangan di Yala, Narathiwat dan Pattani. -- AFP.
Australia enggan beri ikat jamin
MELBOURNE: Tiga lelaki yang dituduh merancang serangan nekad ke atas sebuah pangkalan tentera Australia tidak dibenarkan ikat jamin semalam.
Pihak pendakwa raya berkata suspek mungkin melarikan diri atau cuba melancarkan serangan pengganasan jika dibebaskan.
Tiga lelaki warga Australia itu ditangkap dalam beberapa serbuan di Melbourne awal bulan ini. -- AP.

Suspek rompakan mandi darah dek ilmu kebal tidak 'menjadi'
AMPANG: Dua beradik, yang didakwa mengamalkan ilmu kebal Siam dengan bertatu di seluruh badan sebagai pendinding ketika melakukan rompakan, tidaklah segagah disangka apabila akhirnya bermandi darah selepas dibelasah orang ramai yang mengepung mereka awal pagi kelmarin.
Kedua-dua penjenayah yang kerap melakukan samun dan rompakan bersenjata itu ditumpaskan selepas dikejar lima kereta peronda polis dan enam kereta orang awam.
Kejadian cemas hampir 30 minit itu berakhir apabila dua beradik yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah itu dikepung kenderaan polis.
Seorang saksi, Encik Sulaiman Darus, 34 tahun, berkata beliau melihat polis dan orang ramai mengepung sebuah kereta dinaiki dua lelaki.
Menurutnya, penjenayah bagaimanapun enggan menyerah diri, sebaliknya bertindak ganas melanggar kereta orang awam di hadapan dan belakangnya.
'Beberapa anggota polis mengacu pistol ke arah penjenayah itu dan mengarahkan mereka agar menyerah diri.
'Tetapi amaran itu langsung tidak diendahkan penjenayah yang masih cuba menghidupkan enjin. Akibatnya, polis terpaksa memecahkan cermin kereta apabila mendapati mereka semakin agresif,' katanya.
Anggota polis yang cuba menarik suspek keluar dari kereta menghadapi kesukaran apabila penjenayah terus melawan selain turut dilihat membawa parang panjang.
'Seorang pekerja trak tunda menyembur cecair pemedih mata ke arah penjenayah berkenaan yang masih enggan menyerah diri,' tambah Encik Sulaiman.
Menurutnya, anggota polis yang cuba memberkas suspek menghadapi kesukaran apabila tangan dan tubuh penjenayah terbabit licin, dipercayai disapu minyak.
'Akibatnya puluhan orang ramai yang geram dengan keduadua penjenayah itu memukul mereka sebelum digari polis.
'Penjenayah yang berlumuran darah itu dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan sebelum dihantar ke Balai Polis Pandan Indah,' kata Encik Sulaiman.
Sementara itu, beberapa anggota polis yang melakukan siasatan terhadap kereta milik suspek menemui dua parang panjang, tukul besi, nombor kenderaan palsu dan pelbagai barang rompakan dalam but kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Abdul Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan kedua-dua suspek lelaki, yang dikehendaki polis berhubung puluhan kes pecah rumah dan rompakan bersenjata parang di daerah berkenaan. -- Harian Metro.

Indonesia mahu daftar semua pulau jelang 2012
JAKARTA: Indonesia akan mendaftar bilangan sebenar semua pulaunya dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2012 bagi pengiktirafan antarabangsa, lengkap dengan nama setiap pulau, lapor Jakarta Globe semalam.
Kami perlu mewujudkan satu rekod pulau-pulau milik kami. Ini adalah satu usaha bagi menyelamatkan Indonesia bagi masa depan,' kata Menteri Ehwal Kelautan dan Perikanan, Encik Freddy Numberi.
Menurut beliau, pulau-pulau di perbatasan akan diberi keutamaan kerana kedudukan yang terpencil dan peranannya dalam menentukan sempadan Indonesia.
Pada masa ini, perangkaan rasmi menetapkan terdapat 17,480 pulau, tetapi menurut Encik Numberi bilangan itu ditetapkan berdasarkan anggaran dan gambar satelit.
Encik Numberi menarik perhatian bahawa ada kemungkinan jumlah pulau di Indonesia lebih rendah daripada yang disangkakan, dengan kaedah yang lebih tepat yang digunakan sekarang.
Banyak daripada pulau yang didaftar sebelum ini ternyata cuma batu tongkol besar atau beting pasir yang ditumbuhi pokok bakau.
Banyak ciri geografi serupa itu telah hilang disebabkan kenaikan aras laut atau pelupusan sekitaran.
'Hanya baru-baru ini kami mendapati pulau-pulau itu sebenarnya tidak memenuhi takrif pulau,' jelas beliau.
'Bakau dan terumbu cincin bukan pulau, malah ada pulau yang kini sudah tenggelam.
'Jadi, kami tahu mungkin jumlah pulau di Indonesia lebih rendah daripada yang dianggarkan sebelum ini,' katanya. -- Agensi.

Pengantin, 10 tahun, diserah kepada suami berusia 80 tahun
AL-LAITH (Arab Saudi): Seorang pengantin perempuan berusia 10 tahun diserahkan semula kepada suaminya yang didakwa berusia 80 tahun, kelmarin.
Bapanya bertindak demikian selepas menemui anaknya di rumah ibu saudaranya, tempat dia bersembunyi sejak 10 hari lalu.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan suami tua kanak-kanak itu menafikan berusia 80 tahun tetapi beliau bagaimanapun tidak mendedahkan usia sebenarnya.
Beliau menuduh ibu saudara isterinya mencampuri urusan rumah tangga mereka.
'Perkahwinan saya tidak bertentangan dengan syarak. Semua rukun sudah dipenuhi.
'Saya bertunang dengan kakaknya tetapi kerana dia hendak meneruskan pelajaran, saya memutuskannya,' kata lelaki itu.
Menurut beliau, itu sebabnya bapa bekas tunangnya menawarkan pula si adik untuk dinikahi.
'Saya melihatnya dulu seperti yang dibenarkan syarak dan mendapati dia boleh dijadikan isteri,' kata lelaki itu. -- Agensi.

Pengganas kumpulan Noordin 'lebih besar dan canggih'
JAKARTA: Rangkaian pengganas yang mendalangi serangan bom ke atas dua buah hotel di Jakarta pada 17 Julai lalu 'lebih besar dan canggih' daripada yang difikirkan, menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang berpangkalan di Brussels, semalam.
Para penganalisis di ICG berkata kumpulan Al-Qaeda di Kepulauan Melayu yang dipimpin pengganas warga Malaysia, Noordin Mohammed Top, mendapati 'cukup senang' merekrut anggota bagi melancarkan serangan baru.
'Lebih sebulan selepas serangan bom ke atas dua hotel di Jakarta pada 17 Julai lalu, Noordin Mohammed Top masih bebas. Tetapi rangkaiannya ternyata lebih besar dan canggih daripada yang disangka,' kata ICG dalam satu laporan.
'Noordin mungkin masih menjadi ketua tetapi dia mempunyai ramai orang kanan yang cekap, yang membuat kejutan dengan pengeboman hotel berkenaan.'
Serangan bom nekad di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton yang membunuh sembilan orang, termasuk dua pengebom dan enam warga asing, sekali gus menamatkan keadaan aman di Indonesia selama empat tahun.
Noordin, 41 tahun, dikatakan menerima sokongan Al-Qaeda bagi melancarkan serangan bom ke atas Hotel Marriott, yang membunuh 12 orang pada 2003 tetapi kali ini tidak ada kaitan serupa itu.
Polis berkata mereka membunuh tiga anggota kumpulan Noordin dan menahan lima anggota lain, termasuk seorang wartawan yang dikenali sebagai 'Putera Jihad' dan disyaki menyediakan dana bagi serangan pengganas.
Pegawai-pegawai skuad antipengganas menahan wartawan Mohammad Jibril Abdurahman dekat Jakarta lewat Selasa lalu dan menyerbu pejabat laman webnya, Arrahmah.com.
Polis percaya Mohammad Jibril, yang pernah belajar di Pakistan, ialah rakan subahat lelaki warga Arab Saudi, Al-Khalil Ali, yang ditangkap awal bulan ini kerana disyaki menyeludup wang dari seberang laut untuk membiayai serangan bom nekad pada 17 Julai lalu.
Sumber dana tersebut masih belum diketahui tetapi polis berkata mereka sedang menyiasat sama ada wang itu datang daripada orang pengantara Al-Qaeda di Timur Tengah.
Mohammad Jibril ditangkap kerana disyaki ada kaitan dengan aliran dana pengganasan.
Polis masih menyiasat dari mana dana untuk mendirikan laman web Arrahmah.com diperolehi.
Penganalisis ICG, Cik Sidney Jones, berkata Mohammad Jibril bukan anggota Al-Qaeda terkenal tetapi dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda pada masa yang lalu.
Laman berita kompas.com semalam menyebut bahwa Mohamad Jibril pernah bergabung dengan pertubuhan Al-Ghurabh di Pakistan. -- AFP.

Virus H1N1 mampu jangkiti separuh penduduk Amerika
WASHINGTON: Virus Influenza A (H1N1) mampu menjangkiti separuh penduduk Amerika Syarikat, selain mengakibatkan 90,000 maut dan 1.8 juta orang dirawat di hospital.
Senario itu didedahkan oleh Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Presiden Amerika mengenai ancaman virus H1N1 pada musim luruh dan sejuk tahun ini.
Angka yang dinyatakan adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes selesema biasa, lapor akhbar The Washington Post.
'Virus itu akan menunjukkan simptom pada 60 juta hingga 120 juta penduduk dan lebih separuh daripada penghidap akan mendapatkan rawatan perubatan,' kata majlis itu.
Laporan setebal 86 muka surat itu diserahkan kepada pentadbiran Presiden Barack Obama bagi menilai tindakan menangani pandemik selesema pertama sejak 41 tahun lalu itu.
Majlis itu berkata, meskipun kebanyakan jangkitan tidak serius, sekurang-kurangnya 300,000 penduduk mungkin memerlukan rawatan intensif sehingga menyebabkan semua katil hospital penuh pada kemuncak wabak.
'Masalah ini memang serius. Jangkitan akan memberi tekanan terhadap semua aspek sistem kesihatan,' kata Encik Harold Varmus daripada Pusat Barah Memorial Sloan-Kettering New York, yang juga pengerusi majlis 21 anggota itu.
Laporan majlis itu adalah yang pertama mengulas pandangan pakar mengenai impak H1N1 di Amerika.
Encik Mark Lipsitch daripada Kajian Kesihatan Awam Harvard, yang membantu merangka laporan itu, pula berkata: 'Ia bukan ramalan tetapi satu kemungkinan.'
Laporan itu turut menarik perhatian bahawa selesema biasa sering menjadi punca kematian ramai warga tua tetapi flu H1N1 akan membunuh kanak-kanak dan orang muda.
Laporan berkenaan bertujuan membantu Washington merancang perlindungan bagi orang awam dan memperbaiki langkah menangani jangkitan. -- Agensi.

Lebih tiga juta cawan air zamzam diminum di Makkah tiap hari
MAKKAH: Umat Islam dan jemaah yang datang ke Masjidil Haram menghabiskan lebih tiga juta cawan air zamzam setiap hari pada Ramadan kali ini, kata Pengarah Pengedaran Air Zamzam, Encik Aifan Al-Juaid.
Lebih 1,800 meter padu air diminum di dalam masjid, manakala 270 meter padu lagi di halaman dan bahagian luarnya setiap hari pada Ramadan ini,' kata Encik Aifan dalam satu kenyataan.
Jemaah dibenarkan meminum air zamzam di 90 lokasi yang menyediakan 1,100 paip air di dalam masjid dan 43 lagi dengan 100 paip air di luar masjid.
Encik Aifan berkata beberapa lokasi minuman sudah dibina di tingkat bawah, tingkat pertama dan tingkat kedua dan di beberapa bahagian lain masjid.
Lebih banyak kemudahan minuman juga disediakan di halaman utaranya.
Jemaah dan pengunjung biasanya gemar meminum banyak air zamzam, antara tradisi yang juga menjadi amalan Nabi Muhammad saw.
Encik Aifan berkata bekalan air zamzam turut disalurkan ke Masjid Nabawi di Madinah dengan purata 274 meter padu sehari. -- Agensi.

Gula: Kementerian buka bilik gerakan
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang terjejas akibat kekurangan bekalan gula kini boleh menyalurkan rungutan dan aduan mereka melalui bilik gerakan yang diwujudkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di semua 14 negeri.
Bilik-bilik gerakan itu dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam bagi memudahkan pengguna membuat aduan dan mengemukakan maklum balas mengenai bekalan gula di tempat masing-masing.
Bilik Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (03-40454471) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (03-88826805), Perlis (04-9795014), Pulau Pinang (04-2616167/6168), Kedah (04-7001745), Perak (05-2403403), Selangor (03-55125485), Negeri Sembilan (06-6016509), Johor (07-2272811/2833), Pahang (09-5121234), Terengganu (09-6204700/693) dan Sarawak (082-466052).
Sementara itu bilik gerakan di Melaka (06-2883002) dibuka dari 8 pagi hingga 8.30 malam manakala di Kelantan (09-7416000) dan Sabah (088-484500) dari 8 pagi hingga 9 malam.
Ssemua bilik gerakan itu beroperasi tujuh hari seminggu. - Bernama

Lebih 60 rangka motosikal ditemui dalam Tasik Biru
PETALING JAYA: Polis hari ini menemui lebih 60 rangka motosikal curi yang dibuang ke dalam Tasik Biru, Kundang dekat Rawang selepas berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai anggota satu sindiket mencuri motosikal pada 22 Ogos lalu.
Susulan tangkapan lelaki berusia awal 20-an di Kota Damansara ketika cuba mencuri sebuah motosikal itu, polis percaya lebih 60 kes kecurian motosikal di sekitar daerah itu dapat diselesaikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Mohd Shukor Sulong, berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan memecahkan kunci motosikal lalu melarikan motosikal itu untuk dileraikan.
"Selepas meleraikan komponen motosikal, rangka motosikal yang dicuri itu dibuang ke dalam tasik bagi menghapuskan bukti," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah melakukan kegiatan itu lebih tiga tahun lalu berdasarkan keadaan rangka motosikal yang ditemui.
Mohd Shukor berkata, polis masih mencari saki-baki anggota sindiket itu, manakala tiga suspek itu ditahan reman selama seminggu.
Tinjauan Bernama di tasik itu mendapati empat anggota polis lengkap dengan peralatan menyelam masih mencari di sekitar tasik.
Operasi mencari itu bermula sejak petang semalam dan diteruskan hari ini. Difahamkan masih terdapat beberapa rangka motosikal lagi di dasar tasik itu. - Bernama

Abdullah dilantik Pengerusi Ikim
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuatkuasa 1 September ini.
Abdullah yang juga lulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya, akan menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang memutuskan untuk melepaskan jawatan berkenaan.
"IKIM di bawah kepimpinan Tun Abdullah akan terus menjadi satu institusi yang berjaya dalam merangka dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman Islam," menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri kepada Bernama hari ini.
Pelantikan Abdullah akan dapat menyemarakkan lagi usaha IKIM meningkatkan kefahaman Islam yang sebenar di kalangan umat Islam dan bukan Islam. - Bernama

Friday, August 28, 2009
Penangan 'pil palang'
PENDANG: Lebih 20 remaja termasuk pelajar sekolah menjadikan rumah kedai setingkat milik Majlis Daerah Pendang (MDP) di sini, yang terbiar untuk melakukan kegiatan tidak bermoral sejak beberapa bulan lalu.
Mereka turut mengambil pil khayal dikenali sebagai ‘pil palang’ atau Nospan, hidu gam dan minum arak murah jenis Thai Song untuk mencari keseronokan.
Dengan harga yang murah, remaja terbabit mampu membeli pil Nospan yang biasa digunakan bagi merawat penyakit batuk kering.
Pil berkenaan dikatakan boleh membuatkan seseorang yang memakannya berasa pening, khayal, keliru dan murung menyebabkan ia digemari remaja terbabit.
Tinjauan Berita Harian mendapati ada beberapa keping bekas pil Nospan dan tin gam digunakan kumpulan remaja terbabit untuk melepaskan ketagihan mereka di rumah kedai milik MDP itu.
Kumpulan remaja terbabit turut bertindak liar apabila merosakkan cermin dan kemudahan di kedai itu termasuk surau.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sabarudin, 43, berkata, pelajar sekolah menggunakan rumah kedai tinggal itu untuk ponteng sekolah dan melepak.
Katanya, remaja pula mula berkumpul pada lewat petang dan melakukan kegiatan tidak bermoral sehingga lewat malam.
"Apabila khayal, remaja terbabit akan membuat bising sambil memecahkan cermin tingkap kedai itu.
"Banyak pintu kedai yang ditinggalkan pemilik dipecahkan dan barang-barang hilang.
"Sebelum ini, semua 14 kedai itu beroperasi, namun disebabkan peningkatan kes kecurian, peniaga terpaksa berpindah ke tempat lain sehingga kedai itu terbiar," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sabarudin berkata, setiap petang remaja terbabit yang dipercayai khayal selepas meminum arak dan makan pil Nospan, akan menunggang motosikal sambil menunjukkan aksi maut di kawasan lapang di situ.
Beliau sering melihat beberapa remaja perempuan keluar masuk ke kawasan itu dipercayai untuk melakukan maksiat dengan pasangan mereka.

Pemandu Sarawak paling ramai kena saman
KUCHING: Sarawak mendahului senarai, paling ramai pemandu dan penumpang kenderaan, termasuk mereka yang duduk di bahagian belakang tidak memakai tali pinggang keledar ketika berada di atas jalan raya.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Abdul Hamed Akob, berkata dari Januari hingga Julai lalu, seramai 2,051 pengguna jalan raya di negeri ini, disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar.
Beliau berkata, mereka yang disaman bukan saja pemandu kenderaan persendirian juga pemandu dan penumpang teksi serta kereta sewa.
Katanya, jumlah mereka yang disaman JPJ setakat ini, cuma sebahagian daripada keseluruhan pengguna jalan raya di negeri ini.
“Daripada pemantauan yang dibuat jumlah sebenar pengguna jalan raya di negeri ini yang tidak memakai tali pinggang keledar ramai, bagaimana pun mereka terlepas daripada disaman kerana tidak melalui sekatan diadakan JPJ.
“Daripada 2,051 saman yang dikeluarkan setakat ini, Kuching mendahului senarai, diikuti Miri dan Sibu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Abdul Hamed berkata, jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan JPJ Sarawak setakat ini 36,840 kes, daripada jumlah itu 22,183 membabitkan pelbagai jenis kenderaan, manakala 14,657 membabitkan motosikal.
Beliau berkata, seramai 10,011 saman dikeluarkan kepada mereka yang gagal menunjukkan lesen memandu, tidak ada lesen memandu dan lesen memandu yang tamat tempoh.
Katanya, daripada jumlah itu, 5,522 penunggang motosikal dan 4,489 pemandu bukan motosikal.
“Sebanyak 4,502 saman dikeluarkan kepada mereka yang tidak mempunyai cukai jalan, tamat tempoh, gagal tunjuk cukai jalan.
“Manakala sebanyak 17,916 saman lagi kerana lain-lain kesalahan, 22, 183 membabitkan bukan motosikal, manakala 14,657 motosikal,” katanya.

Tevez jaring gol pertama di Manchester City
LONDON: Carlos Tevez menjaringkan gol pertama beliau di Manchester City untuk kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace untuk mara ke pusingan ketiga Piala Liga.
Penyerang Argentina itu meraikan gol pada minit ke-71 itu dengan isyarat tangan mahu mendengar sorakan penonton, sama ketika beliau membolosi gawang City sebagai protes terhadap pengurusan di Old Trafford sebelum meninggalkan Manchester United.
Shaun Wright-Phillips yang mengumpan sepakan sudut untuk gol Tevez sebelum itu membuka jaringan pada minit ke 50 selepas perlawanan hambar pada separuh masa pertama. - AP

Skim dermasiswa untuk bayar PTPTN
PUTRAJAYA: Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), daripada keluarga miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka melalui skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan aktif dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai melalui kriteria keluarga berpendapat rendah dan jumlah adik beradik.
"Kita akan membuat perbandingan antara mereka yang cemerlang mengikut garis panduan kemiskinan dalam negara iaitu mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.
"Wang tersebut akan terus dimasukkan dalam tabung PTPTN bagi membayar balik sebahagian daripada pinjaman yang diperolehi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat kementerian itu dan menyampaikan biasiswa YTAR kepada lima penerima di sini hari ini.
Mohamed Khaled yang juga pengerusi YTAR berkata, biasiswa YTAR diberikan kepada pelajar cemerlang tahun pertama dalam program ijazah sarjana muda IPTA dan aktif dalam kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
"Bagi tahun ini, 17 calon telah layak menerima biasiswa ini daripada 662 permohonan yang memenuhi syarat. Amaun biasiswa ini meliputi semua yuran yang dikenakan oleh universiti serta elaun sara hidup sebanyak RM1,000, elaun buku RM500 setiap semenster serta penerbangan pergi balik sekali setahun bagi penerima dari Sabah dan Sarawak," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata tahun ini seramai 1,040 pelajar IPTA dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan.
"Pembiayaan bantuan ini berbeza dengan pinjaman lain yang mereka perolehi walaupun sudah mendapat pinjaman PTPTN," katanya.
Mohamed khaled berkata, seramai 133 pelajar turut diberikan biasiswa pelajar cemerlang pada tahun ini dalam tumpuan untuk menjadi sumber tenaga akademik di IPTA pada masa hadapan.
"Program ini merupakan tambahan pada program pembiayaan pasca ijazah untuk menampung kekurangan tenaga akademik khusus dalam bidang sains dan sains tulen," katanya.
Sementara itu, Mohamed khaled berkata jumlah pensyarah yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) di IPTA telah meningkat sebanyak 20.8 peratus iaitu seramai 8,132 berbanding 6,438 pensyarah pada tahun lalu.
"Jumlah ini adalah 36.14 peratus daripada jumlah keseluruhan 22,501 pensyarah di IPTA termasuk 1,261 tenaga pelajar dari luar negara," katanya. - Bernama

Azmil ganti Idris terajui MAS
PENGGANTI... Tengku Datuk Azmil Zahruddin (kiri) dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jala (kanan) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MAS. Idris semalam dilantik sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah MAS memutuskan untuk melantik Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu, Tengku Datuk Azmil Zahruddin merajui syarikat penerbangan tersebut bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan.
Semalam Idris diumumkan sebagai menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.
-mstar
Saksi SPRM: Teoh minta air pukul 4.45 pagi
SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock pagi ini dimaklumkan bahawa mendiang masih berada di ruang tamu siasatan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sehingga pukul 4.45 pagi hari dia ditemui mati.
Perkara ini dimaklumkan oleh saksi yang ke-19, Penolong Penguasa SPRM Mohd. Ashraf Mohd. Yunus semasa memberi keterangan hari ini.
Jelas Mohd. Ashraf, beliau nampak Teoh baring di sofa kira-kira pukul 4.45 pagi hari kejadian.
Menurut Mohd. Ashraf, mendiang juga ada meminta air daripadanya semasa beliau hendak keluar pejabat.
Beliau menambah, ketika itu Ashraf kelihatan hanya baring di sofa, bukannya tidur.
Kemudian beliau turun ke lobi pada pukul 5.12 pagi.
Pada mulanya, Mohd. Ashraf berkata, beliau tidak pernah keluar dari pejabat.
Bagaimanapun rakaman CCTV menunjukkan beliau ada turun ke bawa pada pukul 2.50 pagi.
Ketika itu Mohd. Ashraf menjawab bahawa terlupa yang beliau memang ada turun untuk mengambil surat khabar.

Peguam SPRM minta mahkamah larang ahli politik sensasikan inkues
SHAH ALAM: Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mengendalikan prosiding inkues berkaitan kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock hari ini menasihati semua pihak supaya membuat ulasan berdasarkan kebenaran dan fakta.
Azmil berkata, apa yang berlaku di luar mahkamah bukan bidang kuasanya dan beliau tidak boleh menyekat sesiapa termasuk media daripada membuat ulasan tetapi beliau berharap ulasan itu dibuat berdasarkan apa yang didengar di dalam mahkamah sahaja.
"Semua percakapan dan soalan yang dikemukakan terhadap saksi telah direkodkan. Orang ramai boleh tengok. Mahkamah tidak boleh halang orang membuat komen begitu juga dengan wartawan tetapi pada saya keterangan di dalam mahkamah ini akan diambil kira.
"Apa yang terjadi di luar itu (luar mahkamah) bukan kewalan kita tetapi yang membuat komen biarlah berdasarkan fakta," katanya pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh yang masuk hari ke-17, di Mahkamah Koroner di sini.
Azmil membuat teguran itu apabila peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa memohon supaya mahkamah tidak membenarkan ahli-ahli politik mensensasikan kes itu dengan membuat sidang media di luar mahkamah.

Gempa bumi di Laut Banda
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia berpusat di latitud 7.2 Selatan dan longitud 123.5 Timur pada 9.51 pagi ini.
Jabatan Meteorologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan hari ini berkata, pusat gempa bumi itu terletak 505 kilometer dari tenggara Makassar, Indonesia dan 1,413km dari tenggara Tawau, Sabah.
Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia berikutan kejadian gempa itu. BERNAMA

Villa tersingkir dari Liga Europa
LONDON: Aston Villa dinafikan tempat dalam Liga Uefa Europa selepas Rapid Vienna walaupun tewas 2-1 layak menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Ashley Young memperoleh dua penalti pada separuh masa pertama dan walaupun percubaan pertama diselamatkan namun James Milner menyamakan kedudukan agregat dengan yang kedua.
John Carew menambah kelebihan gol Villa pada awal babak kedua tetapi selepas Nikica Jelavic terlepas peluang di depan pintu gol, pemain Croatia itu menemui gawang dari jarak 10 ela.
Villa mempunyai 15 minit untuk mendapatkan satu gol yang akan memberikan agregat 3-2 tetapi pasukan pelawat yang kelihatan akan menambah gol.
Keputusan itu bermakna pasukan Martin O'Neill yang mengalahkan Liverpool di Anfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Isnin lalu terkeluar dari saingan Liga Europa yang julung kali diadakan. - Agensi

Labels:
Sukan
Gadis Itu Diperkosa Selama 18 Tahun
Foto Jaycee Lee Dugard sebelum diculik.PLACERVILLE, KOMPAS.com — Seorang gadis California, AS, yang diculik saat berusia 11 tahun pada 1991 ditemukan dalam keadaan hidup, Kamis (27/8).
Korban bernama Jaycee Lee Dugard disekap dan diperkosa selama 18 tahun sehingga melahirkan dua anak sampai akhirnya ditemukan polisi. Dugard dan kedua anaknya (berusia 11 dan 15 tahun) diisolasi di sebuah tenda di belakang rumah pelaku bernama Phillip Garrido (58) di pinggiran Antioch, California utara.
Polisi menyebut, Garrido memperlakukan Dugard layaknya budak dan dijauhkan dari dunia luar. "Tak seorang pun dari anak-anak itu yang bersekolah. Mereka tidak pernah ke dokter. Mereka diisolasi total di tenda itu," kata Fred Koller, anggota kepolisian El Dorado County. Tenda itu hanya diterangi lampu yang disalurkan melalui kabel dan terdapat tempat mandi seadanya. "Pokoknya seperti Anda berkemah," kata Koller.
Kebejatan Garrido terkuak setelah ia diperiksa petugas yang mengawasi pembebasan bersyaratnya. Ia mengaku menculik Dugard dari tempat pemberhentian bus sekolahnya. Garrido dan istrinya, Nancy (54), akhirnya ditangkap karena dituduh terlibat konspirasi penculikan, Rabu. Garrido juga dituduh memerkosa dengan kekerasan terhadap anak di bawah umur.
Menurut juru bicara penjara Negara Bagian Nevada Suzanne Pardee, Garrido ternyata pernah divonis 50 tahun penjara dan menjalani hukuman selama 11 tahun di penjara federal. Pelaku juga pernah dibui tujuh bulan di Nevada karena tuduhan perkosaan dengan kekerasan. Namun, menurut Pardee, Garrido akhirnya dibebaskan bersyarat pada Agustus 1988.
Sementara itu, Dugard kini dalam kondisi sehat. Ia telah berkumpul kembali dengan ibunya yang menduga anaknya telah meninggal dunia.
Jaycee Dugard hilang sejak ia diculik di dekat rumahnya di South Lake Tahoe di sebelah timur San Francisco, AS, pada 10 Juni 1991 oleh dua orang yang mengemudikan sedan berwarna abu-abu. Dugard sedang berjalan ke tempat pemberhentian bus di dekat rumahnya ketika sedan berwarna abu-abu tersebut berhenti di sebelahnya dan ia ditarik ke dalam kendaraan itu.
"Sungguh kisah yang sangat spektakuler untuk menemukan seseorang seperti itu. Seseorang yang kami kira sudah tewas," kata Bill Clark, Wakil Pemimpin Kantor Kejaksaan Wilayah El Dorado County, satu daerah di sebelah timur Sacramento yang membentang ke dalam wilayah Sierra Nevada dan ke Saouth Lake Tahoe.
Kecurigaan polisi pertama kali muncul setelah Garrido berusaha memasuki University of California di kampus Berkeley untuk membagikan selebaran bersama dua putrinya.
Interaksinya dengan dua anak perempuan, yang berusia 11 dan 15 tahun, menimbulkan kecurigaan dan seorang personel polisi meneliti latar belakangnya.
Hari berikutnya, selama kunjungan bersama petugas pembebasan bersyaratnya, Garrido membawa istrinya, dua anak kecil, dan seorang perempuan yang dikatakan bernama Allissa—yang belakangan terbukti adalah Dugard— yang tak pernah dilihat petugas tersebut sebelumnya.
Carl Probyn, ayah tiri anak perempuan tersebut, mengatakan kepada televisi bahwa "kami berdua menangis selama 10 menit" setelah ia dan ibu Dugard diberi tahu oleh pihak berwenang bahwa Dugard telah ditemukan dalam keadaan hidup.
Sent from Indosat BlackBerry
Pria dengan Enam Istri Ditangkap Polisi
MUMBAI, KOMPAS.com-Polisi di kota Mumbai, India menangkap seorang pria karena menikahi sedikitnya enam wanita dalam dua tahun terakhir.Pria yang pantas dijuliki lelananging jagad itu bernama Tushar Waghmare, bekerja sebagai mekanik Air India.
Para istri Waghmare awalnya tidak tahu akal bulus suaminya. Waghmare baru ditangkap setelah istri keenamnya melapor kepada polisi karena mengetahui sang suami menikahi wanita lain. Kepada para calon istrinya, Waghmare selalu mengatakan bahwa ia telah bercerai dan menunjukkan dokumen palsu.
Sejumlah surat kabar bahkan melaporkan Waghmare telah menikahi 14 wanita sejak 2006. Namun polisi menyebut baru mendapatkan bukti bahwa pelaku beristri enam.
Sementara itu, Waghmare mengaku hanya memiliki tiga istri. Ia mengeluhkan perlakuan berbeda bagi umat Hindu dan Islam. "Muslim dibolehkan menikah beberapa kali sementara Hindu tidak boleh melakukannya," kata Waghmare kepada televisi Reuters. "Saya tidak memaksa mereka berhubungan seks dan tidak pernah menipu mereka. Saya baru menikah tiga kali hingga sekarang," tambahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)