Pages

Friday, July 31, 2009

Hanya 367 pakai purdah di Perancis

PARIS: Hanya 367 wanita di Perancis memakai purdah, menurut satu laporan akhbar setempat Rabu lalu.

Pendedahan itu sekali gus melemahkan hujah ahli politik yang sebelum ini mendesak agar purdah diharamkan di negara itu.

Satu panel penggubal dasar sedang mengkaji sama ada bilangan wanita Perancis yang memakai purdah bertambah atau tidak dan apa sebabnya.

Panel itu dijangka mengumumkan sama ada ia menyokong pengharaman pemakaian purdah di tempat-tempat awam dalam tempoh beberapa bulan mendatang.

Sebelum ini, Presiden Nicolas Sarkozy mengisytiharkan bahawa purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di Perancis.

Beliau, bagaimanapun, belum mengharamkan pemakaian purdah.

Akhbar Le Monde berkata memandangkan bilangan wanita yang memakai purdah kecil, idea mengharamkannya harus dibatalkan.

'Adakah kita perlu satu undang- undang khusus untuk kurang 400 orang... berdasarkan risikonya, termasuk menyebabkan Islam distigma... jawapannya tidak perlu,' kata akhbar berpengaruh itu.

Akhbar Le Monde berkata ia telah melihat dua laporan berasingan oleh dua agensi risikan setempat yang menunjukkan hanya sekumpulan kecil wanita Islam yang memakai purdah.

Salah satu laporan itu berkata bilangan wanita yang memakai purdah hanya 367 orang di seluruh Perancis.

Laporan tersebut berkata sebahagian besar golongan itu berusia di bawah 30 tahun.

Perancis mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di Eropah dengan sekitar lima juta orang. -- Reuters.

Pakai seluar: Wanita Sudan minta dibicara

KHARTOUM: Seorang wartawan wanita Sudan, yang mungkin menghadapi hukuman 40 sebatan kerana memakai seluar di tempat awam, semalam memberitahu mahkamah bahawa beliau sanggup meninggalkan tugas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang memberikannya imuniti, bagi mencabar pelaksanaan undang-undang Islam yang ketat di negara itu berhubung pakaian wanita di khalayak ramai.

Lubna Ahmed al-Hussein adalah antara 12 wanita yang ditahan di sebuah kafe di Khartoum pada 3 Julai lalu kerana memakai seluar semasa serbuan oleh anggota polis yang mengawasi aturan awam.

Memakai seluar dianggap tidak sopan di bawah undang-undang Islam rejim Sudan. Kesemua wanita berkenaan, kecuali tiga orang, telah disebat di balai polis dua hari kemudian.

Namun, Lubna dan dua lagi wanita mahu dibicarakan dan beliau mengundang kakitangan hak asasi, diplomat Barat dan rakan wartawan hadir pada perbicaraan itu.

Beberapa rakan wanitanya yang hadir di mahkamah semalam memakai seluar bagi menunjukkan sokongan mereka.

'Ini bukan kes mengenai saya memakai seluar,' kata Lubna yang bertugas di jabatan media misi PBB di Sudan dan sering menyumbangkan rencana pandangannya di akhbar berhaluan kiri di Khartoum.

'Ini kes tentang pemansuhan rencana kod pakaian wanita bertajuk 'Tindakan tidak senonoh'.

'Ini perjuangan saya. Rencana itu bertentangan dengan perlembagaan, dan menentang undangundang Islam itu sendiri,' katanya selepas perbicaraan tersebut.

Hakim Mudathir Rashid menunda perbicaraan itu ke 4 Ogos ini bagi memberi masa kepada Lubna berhenti kerja.

Lubna berkata beliau akan berhenti kerja secepat mungkin dan mengucapkan terima kasih kepada PBB kerana ingin campur tangan bagi mengelakkannya dikenakan hukuman itu.

Ditanya mengenai kes itu, Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, berkata beliau 'amat bimbang', manakala hukuman sebatan itu bertentangan dengan piawaian hak asasi antarabangsa. -- AP.

Sekilas - Dunia

Tolak permintaan mulakan kes Musharraf

ISLAMABAD: Sebuah mahkamah tertinggi Pakistan semalam menolak permintaan agar dimulakan kes pengkhianatan ke atas bekas pemimpin tentera Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf, sedang bekas presiden itu gagal hadir di mahkamah bagi menjelaskan pelaksanaan perintah darurat pada 2007 buat hari kedua perbicaraannya.

Keputusan mahkamah itu memeranjatkan institusi politik di Pakistan, yang ketika ini berada dalam keadaan agak aman dan sebaik-baik sahaja Amerika Syarikat mahu memberi tumpuan terhadap usaha membasmi kumpulan militan di negara itu. -- AP.

Pelajar India jauhi Australia selepas serangan

SYDNEY: Pelajar India kini menjauhi Australia selepas berlaku beberapa serangan ganas terhadap mereka dan tindakan keras pihak berkuasa ke atas komplot penipuan migrasi, yang mengancam industri bernilai AS$13 bilion ($18.7 bilion), kata para pegawai semalam.

IDP Education, syarikat pengambilan pelajar paling besar Australia di India, berkata pertanyaan yang diterima oleh 14 pejabatnya di sana menunjukkan jumlahnya jatuh 80 peratus di tengah-tengah publisiti negatif berhubung keganasan dan eksploitasi kaum di Australia. -- AFP.

Peguam negara AS bimbang ramai rakyat jadi radikal

WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat, Encik Eric Holder, kelmarin memberi amaran mengenai meningkatnya bilangan rakyat negara itu yang menjadi golongan radikal sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata demikian dua hari selepas tujuh orang diberkas di North Carolina kerana disyaki cuba berkomplot melancar serangan di luar negara.

Encik Holder menyuarakan kebimbangan mengenai rakyat Amerika yang pergi keluar negara kemudian pulang dengan 'tujuan hendak membahayakan rakyat negara itu'.

'Amaran ancaman yang berterusan, soal sebahagian rakyat menjadi radikal lebih menakutkan sekarang berbanding beberapa bulan dulu,' kata Encik Holder kepada ABC News.

Pegawai-pegawai pendakwa Isnin lalu mendedahkan bahawa tujuh orang di North Carolina dituduh berkomplot hendak melancarkan serangan di seberang laut.

Pemimpin kumpulan itu, Daniel Patrick Boyd, menjalani latihan di Afghanistan dan Pakistan dari 1989 hingga 1992 dan menggunakan pengalaman itu untuk menubuhkan kumpulan bagi melatih pejuang jihad, mengumpul dana dan melancarkan serangan di luar negara, menurut dokumen mahkamah.

Boyd juga dituduh mengajak dua anak lelakinya menyertai kumpulan tersebut.

Dokumen pertuduhan yang didedahkan minggu ini berkata Boyd, 39 tahun, ialah seorang mualaf radikal yang memakai gelaran 'Saifullah' (Pedang Allah). Dia mengumpul sejumlah pelampau bagi melancarkan jihad di seberang laut.

Dia ditahan Isnin lalu bersama dua orang anaknya - Zakariya, 20 tahun, dan Dylan, 22 tahun - dan empat lelaki lain.

Boyd dan dua anaknya dituduh pergi ke Israel pada Julai 2007 untuk bertemu dua lagi defendan tetapi kembali ke Amerika selepas 'gagal dalam percubaan hendak melancarkan serangan jihad'.

Isteri Boyd, Sabrina, bagaimanapun, berkata ia satu lawatan biasa dan menafikan suami atau dua anaknya terlibat dalam kegiatan pengganas.

Encik Holder juga bimbang mengenai sekumpulan lelaki berketurunan Somali yang menetap di Minneapolis dan telah pergi ke Somalia untuk berperang bersama militia Al-Shabaab bagi menggulingkan pemerintah yang disokong negara Barat.

'Apa yang anda saksikan di Somalia dengan Al-Shabaab ada kaitan dengan rakyat kita di Midwest amat membimbangkan,' kata Encik Holder. -- Reuters.

Permatang Pasir - Antara Calon Pilihan UMNO

Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan bahawa parti itu akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Perkara itu diumumkan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebentar tadi.

Antara Calon Pilihan UMNO ialah:










Siasatan DVD seks Soi Lek

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin MCA akan tetap meneruskan siasatan kes DVD seks Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek seperti dijadualkan Selasa depan.

Setiausaha jawatankuasa itu, Ivan Chen berkata pengerusi Ng Cheng Kiat telah mengarahkan siasatan itu diteruskan seperti dijadualkan pada 4 Ogos, tanpa keterangan daripada pengadu yang juga pengerusi MCA Bahagian Simpang Renggam Eng Cheng Guan.

"Pengerusi jawatankuasa disiplin amat tegas dengan perkara ini dan beliau tidak mungkin akan menukar fikiran. Satu-satunya perubahan ialah siasatan itu akan bermula 2.30 petang daripada 10.30 pagi ditetapkan sebelum ini.

"Dr Chua telah memaklumkan kepada jawatankuasa itu yang beliau akan membawa empat saksi ke siasatan itu," katanya di sini hari ini.

Semalam, Eng menyatakan yang beliau telah menarik balik aduannya itu dan beliau tidak mahu meneruskan kes itu lagi.

Bagaimanapun, sumber parti menjelaskan keputusan untuk meneruskan siasatan itu adalah kerana aduan itu telah diterima oleh Majlis Presiden sebelum dirujuk kepada jawatankuasa, selepas ia memutuskan terdapat kes prima facie.

"Malah jika Majlis Presiden mahu menarik balik kes itu, ia perlu dengan kebenaran JD (jawatankuasa disiplin). Itulah prosedurnya. Arif dengan ketegasan pengerusi baru JD, beliau kemungkinan besar tidak akan mengubah fikirannya.

"Beliau seorang yang amat tegas dan mempunyai prinsip tersendiri. Tiada siapa boleh mendesak beliau untuk berbuat sesuatu," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, semasa jawatankuasa disiplin memutuskan untuk meneruskan penyiasatan terhadap 40 kes tertunggak yang ditangguhkan sebelum pemilihan parti pada Oktober tahun lalu, malah presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu kerana jawatankuasa itu bertindak secara bebas.

Sumber itu berkata presiden parti hanya mengetahui mengenainya empat hari selepas notis dikeluarkan terhadap Dr Chua.

"Terdapat usaha dari dalam dan luar parti untuk mendesak pengerusi jawatankuasa untuk menggugurkan kes tersebut selepas itu tetapi beliau enggan berbuat demikian."

Sumber itu berkata Ng, yang juga seorang peguam dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan bekas Menteri Kesihatan, dikenali dengan pendirian tegasnya di dalam dan di luar parti.

Ng malah menguna pakai pendirian tegas ketika bersama-sama presiden parti ketika itu Tun Dr Ling Liong Sik semasa beliau menjadi setiausaha agung parti.

Beliau meletak jawatan sebagai setiausaha agung MCA pada Julai 1990 dan tidak bertanding dalam pilihan raya umum berikutnya. Sebaliknya beliau menyambung semula kerjaya sebagai peguam. - Bernama

Lontaran suara hati rakyat

Nik Aziz menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.

Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?

Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.

Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka, ujarnya pada majlis kuliah mingguan di dataran ilmu dekat sini pagi tadi.

Nik Aziz berhujah kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui proses pengundian menerusi pilihan raya yang memerintah lebih daripada 50 tahun sepatutnya lebih matang dalam memahami aspirasi rakyat dalam pelbagai aspek.

Seseorang menteri ataupun kerajaan dilantik oleh rakyat. Kalau rakyat tidak undi dia tak boleh jadi kerajaan ataupun menteri. Jadi kenapa dinafikan hak rakyat yang inginkan hak mereka, ujarnya.

Sehubungan itu beliau memberitahu undang-undang negara menggambarkan seolah-olah ingin meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu rakyat sambil menegaskan demikianlah yang dinamakan undang-undang sekular.

Kuala Lumpur di kepong

Polis telah mula mengadakan sekatan jalanraya yang menghala ke Kuala Lumpur. Sehingga jam 12.00 tengahari tadi sebanyak 4 sekatan jalanraya telah diadakan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua lagi di jalan Puchong menghala ke Stadium Bukit Jalil dan jalan Kajang. Dari sumber yang diyakini, menjelang jam 12 malam ini sebanyak 6 sekatan jalanraya akan diadakan disemua laluan menuju ke ibu kota.

Polis adakan sekatan jalanraya bagi menghalang orang ramai menghadiri perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok. Tindakan polis ini menjadikan seolah-olah ibu kota Kuala Lumpur akan dikepong.

Perdana Menteri Buat Kerja Syirik. Apa Komen Mufti?

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Turut meletak kalungan bunga dalam istiadat pagi ini ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

Thursday, July 30, 2009

Pengarah unit di Jabatan Ketua Menteri Melaka dituduh kemuka tuntutan palsu

MELAKA: Seorang pengarah unit di Jabatan Ketua Menteri dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, petang ini atas tuduhan mengemukakan tuduhan palsu sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dua tahun lalu.

Johari Yusof, Pengarah Rumahku Syurgaku didakwa mengemukakan satu invois bernombor 0054 atas nama AR Karisma Enterprise, yang beliau mempunyai kepentingan dan mengandungi butiran matan palsu pada 8 Mei 2007

Invois berkenaan adalah untuk kerja penyediaan pakej persembahan dan peralatan teknikal Malam Sinar Maulidurrasul pada 1 April 2007 sempena Ekspo Perdagangan Islam 1428H di pekarangan Masjid Al-Azim di Bukit Palah, dekat sini.

Ia diserahkan tertuduh kepada Penolong Akauntan JAIM, Rosnita Ramli antara jam 8 pagi hingga 5 petang di Bahagian Kewangan, untuk mengelirukan prinsipal atas pembekalan yang tidak dibuat.

Johari, 35, dari Taman Bukit Beruang Bestari yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Hakim Elesabet Paya Wan yang mendengar kes berkenaan menetapkan 2 September depan untuk sebutan semula kes manakala tertuduh dikenakan ikat jamin RM10,000 dan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohtar Sani.

Terdahulu, Johari ditahan di pejabat SPRM negeri di Jalan Taming Sari kira-kira jam 10 pagi selepas dipanggil memberi keterangan.

11 kem PLKN ditutup tujuh hari

PULAU PINANG: Sebelas kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di semenjung diarah tutup setakat ini berikutan pelatihnya menunjukkan tandatanda jangkitan influenza A (H1N1).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penutupan kem itu melibatkan 4,500 pelatih dan kirakira 200 petugas dan mereka diminta berada di rumah selama seminggu.

Beliau berkata semua aktiviti PLKN akan diadakan semua mengikut modul yang ditetapkan selepas semua pelatih dibenar kembali ke kem.

"Kami akan ambil tindakan sama ke atas kem PLKN yang lain jika keadaan yang sama berlaku di kem-kem itu. Terdapat 87 kem di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas kem tentera Tun Razak di Bayan Lepas, di sini.

Ditanya jumlah pelatih yang disahkan positif virus itu, Ahmad Zahid berkata: "Kami tidak pasti berapa ramai yang dijangkiti tapi daripada maklumat yang saya dapat, tiada yang pulang dari dari luar negara, termasuk petugas kami".

Beliau meminta ibu bapa pelatih terlibat supaya tidak panik kerana kementerian akan mengambil tindakan drastik bagi mengatasi masalah itu.

Ahmad Zahid juga berkata pertandingan akhir kem PLKN terbaik seluruh negara yang dijadual 19 Ogos telah ditunda. BERNAMA

Himpunan ISA: Magaran yakin dapat kumpul 70,000

PETALING JAYA: Kurang 48 jam sebelum perhimpunan dua puak yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yakin seramai 70,000 penunjuk perasaan akan bersama mereka.

Magaran merupakan kumpulan yang mahu ISA dikekalkan.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, maklum balas yang diperolehi sehingga hari ini, kira-kira 50,000 penyokong kumpulan itu dari Lembah Klang akan turut serta pada Sabtu ini.

"Kawasan Lembah Klang sahaja kita dah ada kira-kira 50,000 penyokong dan kita juga anggarkan kira-kira 20,000 penyokong dari luar iaitu dari seluruh negara akan bersama-sama dengan kita," katanya

Sabtu ini Magaran merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOgo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Dua firma guaman wakili Manohara

KUALA LUMPUR: Manohara Odelia Pinot, yang terbabit dalam krisis dengan suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, melantik dua firma guaman untuk mewakilinya dalam dua kes Mahkamah Syariah dan satu kes saman di Mahkamah Tinggi.

Bagi kes di Mahkamah Syariah, Manohara akan diwakili Tetuan Faiz Adnan & Associates dengan tiga barisan peguam syarie diketuai Mohd Faiz Adnan manakala Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates akan mewakili Manohara serta ibunya Daisy Fajarina dalam kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guaman terbabit di sini hari ini menyebut peguam dan wakil dari kedua-dua firma guaman telah bertemu dan berbincang dengan anak guam mereka (Manohara dan Daisy) di Jakarta pada 28 dan 29 Julai lepas bagi mendapatkan arahan seterusnya daripada mereka.

"Justeru itu, semua penyampaian saman, notis, dokumen pliding dan surat-menyurat kepada anak-anak guam boleh diserahkan ke pejabat peguam-peguam yang dinyatakan di atas," menurut kenyataan akhbar itu.

Pada 5 Julai lepas, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu terhadap Manohara bagi menuntut isterinya kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Dua minggu kemudian, Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan pula saman fitnah RM105 juta terhadap isteri dan ibu mertuanya kerana didakwa memfitnahnya dalam sidang media, antara April dan Jun lepas. BERNAMA

Bangunan Tertinggi Dunia Burj Dubai Dibuka 2 Disember Ini

DUBAI, 30 Julai -- Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai, dijangka akan dibuka dengan rasminya pada 2 Disember ini, menurut satu laporan berita.

Arabian Business dalam satu laporannya memetik seorang arkitek kanan projek itu sebagai berkata tarikh tersebut serentak dengan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Ini merupakan satu pencapaian yang besar, dan sambutan yang cukup gemilang untuk UAE dan juga pemaju Emaar Properties, terutama sebagai majlis sambutan Hari Kebangsaan UAE," menurut arkitek itu yang tidak mahu namanya didedahkan.

Tarikh pembukaan bangunan pencakar langit itu dan ketinggiannya yang sebenar sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Projek mega Emaar Properties bernilai US$20 bilion Burj Dubai itu akan menampilkan ruang kediaman dan komersil di samping unsur hospitaliti.

-- BERNAMA

Himpunan Anti ISA Tetap Diadakan

Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan masing-masing - pro dan anti-ISA - Sabtu ini walaupun polis memberi amaran keras agar membatalkannya. Sila patuhi peraturan Himpunan

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini dan bersedia menerima sebarang tindakan termasuk ditahan polis.

"Kami akan teruskan juga hasrat mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kami tak kisah walaupun akan ditahan pihak polis.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong ISA merupakan perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun Mohd Khairul berkata pendirian mereka itu bergantung kepada GMI kerana jika pihak berkenaan membatalkan hasrat untuk berhimpun, mereka juga akan mengambil langkah yang sama.

"Buat masa ini kita akan teruskan juga apa yang telah dirancang, tapi jika GMI batalkan niat mereka, kita juga akan batalkan...ia bergantung kepada mereka.

"Kita beri mereka tempoh sehingga pukul 5 petang esok untuk nyatakan pendirian mereka, kalau mereka tarik diri, kita sedia tarik diri," katanya.

Mendiang suami ada simpanan RM160 bilion

PORT DICKSON: Siasatan awal oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) mendapati dakwaan seorang wanita bahawa mendiang suaminya meninggalkan wang sebanyak RM160 bilion ($65.3 bilion) dalam akaun bank tempatan mempunyai asas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah, berkata wanita Cina berusia 48 tahun itu telah mengemukakan bukti termasuk slip cek dan dokumen perniagaan bertaraf antarabangsa yang diusahakan oleh mendiang suaminya yang berumur 52 tahun.

Saya sudah mengadakan mesyuarat pertama dengan wakil bank berkenaan. Mereka berjanji akan menjalankan siasatan dalaman serta memberi maklum balas dalam tempoh dua minggu,' kata Datuk Murugiah, seperti ditukil akhbar Berita Harian Malaysia semalam.

'Siasatan awal mendapati dakwaan itu mempunyai asas. Tetapi kami tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Jika terbukti benar, kami akan membantu beliau mendapatkan haknya, termasuk menuntutnya di Amanah Raya Berhad,' katanya.

Datuk Murugiah berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Motivasi Pembantu Am Pejabat Gred N1/N4 anjuran Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam semalam.

Jumaat lalu, Datuk Murugiah, yang bertanggungjawab bagi BPA, mendedahkan pihaknya sedang menyiasat laporan seorang balu yang mengadu suaminya ada meninggalkan wang sebanyak RM160 bilion dalam akaun sebuah bank tempatan.

Beliau terkejut dengan aduan berkenaan kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar. Tambahan pula, ia dimiliki seorang rakyat Malaysia. Jika benar, suami wanita itu adalah lelaki terkaya di Malaysia.

Mengikut laporan Forbes Asia pada Mei lalu, lelaki terkaya di Malaysia adalah peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok, yang memiliki nilai aset terkumpul sebanyak AS$10 bilion ($14.42 bilion), manakala ahli perniagaan Ananda Krishnan berada di tempat kedua dengan AS$9 bilion. -- BHM.

Russia lancar enam satelit milik asing serentak

MOSCOW: Russia melancarkan enam satelit milik negara asing secara serentak semalam dari Pusat Angkasa Lepas Baikonur, di Kazakhstan.

Jurucakap tentera Russia, Alexander Vovk yang dipetik agensi berita Interfax berkata, keenam-enam satelit itu ialah

DubaiSat-1, Deimos 1, UK-DMC 2, Nanosat 1B, AprizeSat 3, AprizeSat 4.

Ia dilancarkan ke orbit melalui roket pelancar angkasa lepas Russia, Dnepr jam 10:46 malam waktu Moscow (1846 GMT).

Satelit milik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) - DubaiSat-1 direka bentuk untuk menjalankan misi penyelidikan mengenai kandungan tanah.

Satelit Nanosta 1B milik Sepanyol pula berfungsi menjalankan ujikaji berkaitan teknologi nano.

Satelit Britain - Deimos-1 dan DMC 2 milik United Kingdom pula adalah bagi melengkapkan satelit sedia ada untuk mengawasi bencana yang dibangunakn syarikat British, SSTL.

Satelit Deimos milik Sepanyol pula akan digunakan untuk menjalankan penyelidikan pertanian dan alam sekitar.

Satelit milik Argentina - AprizeSat 3 dan Aprizesat 4 pula adalah satelit telekomunikasi. - AFP

Wednesday, July 29, 2009

ISA: Magaran, GMI tetap mahu adakan himpunan di KL

PETALING JAYA: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian untuk mengadakan himpunan masing-masing - pro dan anti-ISA - Sabtu ini walaupun polis memberi amaran keras agar membatalkannya.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Abdul Aziz berkata, pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini dan bersedia menerima sebarang tindakan termasuk ditahan polis.

"Kami akan teruskan juga hasrat mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kami tak kisah walaupun akan ditahan pihak polis.

"Demi mahu tegakkan pendirian agar ISA terus dikekalkan, kami sanggup teruskan misi kami ini," katanya kepada mStar Online.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong ISA merupakan perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.

Malah beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun Mohd Khairul berkata pendirian mereka itu bergantung kepada GMI kerana jika pihak berkenaan membatalkan hasrat untuk berhimpun, mereka juga akan mengambil langkah yang sama.

"Buat masa ini kita akan teruskan juga apa yang telah dirancang, tapi jika GMI batalkan niat mereka, kita juga akan batalkan...ia bergantung kepada mereka.

"Kita beri mereka tempoh sehingga pukul 5 petang esok untuk nyatakan pendirian mereka, kalau mereka tarik diri, kita sedia tarik diri," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka akan teruskan juga perancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah penggunaan ISA.

Beliau berkata perhimpunan yang bakal diadakan tersebut merupakan kemuncak kepada bantahan mereka sebelum ini mengenai akta berkenaan."Kita akan teruskan juga, perhimpunan ini telah kita rancang begitu lama.

"Malah ini adalah kemuncak kepada apa yang kita bantah sebelum ini kerana kita sudah menggunakan pelbagai cara termasuk menghantar memorandum, dialog, referendum dan mengumpul tandatangan rakyat yang membantah penggunaan ISA.

"Pelbagai kaedah diplomasi telah kita gunakan, jadi inilah kemuncaknya," katanya.

Beliau berkata, walaupun GMI tidak mendapat permit daripada pihak polis, namun beliau yakin perhimpuan berkenaan tidak akan mencetuskan masalah kerana ia adalah perhimpunan aman.

"Kita minta polis hormati hak kita untuk berhimpun secara aman, malah kita kita minta polis membantu kita mengawal keadaan lalulintas agar perhimpunan itu nanti berjalan dengan aman dan teratur," katanya.

Mengenai permintaan Magaran yang memberi tempoh kepada GMI sehingga pukul 5 petang esok bagi membuat pendirian sama untuk membatalkan atau meneruskan misi mereka, Kamaruzaman berkata keputusan GMI adalah muktamad.

"Kita tegas dengan pendirian kita sebelum ini, Magaran tak perlu tunggu hingga pukul 5 petang esok kerana sekarang juga saya ingin tegaskan kami tetap akan teruskan.

"Jadi kita minta mereka hormati hak kita untuk berhimpun sepertimana kami menghormati hak mereka untuk mengadakan perhimpunan," katanya.

UPSI dan USM ditutup

KUALA LUMPUR: Dua buah institusi pengajian tinggi (IPT), sebuah kampus pengajian dan sebuah sekolah ditutup hari ini dan semalam selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan terkena jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak, kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam diarahkan ditutup selama tujuh hari bermula hari ini manakala Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan diarahkan tutup seminggu bermula semalam.

Kementerian Kesihatan mengarahkan kampus UPSI ditutup sehingga 3 Ogos dan 14,000 pelajar UPSI diarahkan pulang ke rumah masing-masing selepas 435 pelajar dilaporkan dijangkiti ILI sejak petang semalam.

Hanya kira-kira 4,000 pelajar mendiami asrama di kampus UPSI manakala selebihnya tinggal di luar.

Di IPOH, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Kesihatan Negeri Perak berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh dari Pejabat Kesihatan Daerah bagi mendapatkan maklumat bilangan penuntut UPSI yang terlibat dan pertambahan kes jika ada.

"Sehingga kini, kita masih menyiasat sampel darah yang diambil daripada penuntut terbabit bagi mengesahkan sama ada positif influenza A (H1N1)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kesem,ua penuntut yang dijangkiti ILI sebelum ini telah dikuarantin di sebuah blok sebelum arahan penutupan kampus dikeluarkan.

Minggu lepas, semua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seri Iskandar telah diarah tutup selama seminggu selepas 10 sampel darah pelajar yang dijangkiti ILI disah H1N1.

Di PULAU PINANG, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Pooh berkata arahan penutupan sertamerta Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) dan kampus kejuruteraan USM itu adalah bagi mengelak berlaku penularan virus ILI kepada pelajar lain.

"Langkah segera diambil selepas sejumlah pelajar di sekolah berkenaan dan USM dikesan dijangkiti virus seperti influenza atau ILI kerana Kementerian Kesihatan tidak mahu penyakit itu merebak kepada pelajarpelajar lain," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan perkara ini kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diambil.

"Walaupun semakin banyak sekolah dan pusat pengajian di negeri ini ditutup ekoran wabak itu, keadaan penularan penyakit berkenaan terkawal kerana Jabatan Kesihatan telah mengambil pelbagai langkah segera," katanya.

Phee turut menasihatkan mereka yang dijangkiti penyakit berkenaan supaya berdisplin dan mematuhi arahan kuarantin yang ditetapkan Jabatan Kesihatan.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini berkata USM terpaksa menutup pusat pengajian kejuruteraan berkenaan selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit ILI.

Katanya hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti.

"Aktiviti lain akan berjalan seperti biasa," katanya.

Di KUANTAN pula, KYPM Pahang ditutup selama seminggu bermula semalam selepas empat pelajarnya disahkan positif influenza A (H1N1).

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar KYPM Naimah Abdul Muttalib berkata pihak pengurusan kolej juga telah mengarahkan supaya semua 1,043 pelajarnya pulang ke kediaman masing-masing.

"Seramai 91 pelajar dikuarantin bermula Jumaat lepas atas arahan Jabatan Kesihatan selepas mengadu demam dan tidak sihat. Selepas melakukan pemeriksaan, seramai 10 orang disyaki H1N1 sebelum mendapati empat orang daripada mereka sah positif H1N1 semalam.

"Semua pelajar juga diarahkan supaya tidak pulang ke rumah dengan menaiki kenderaan awam dan mereka mesti dijemput keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita hari ini.

Mereka juga perlu mengikut arahan keselamatan yang ditetapkan supaya tidak menjangkiti ahli keluarga mereka ketika di rumah, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Naibnaib Canselor/Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak pula menasihatkan ibu bapa yang anak-anak mereka menghadapi masalah kesihatan terutamanya berkaitan dengan virus influenza A (H1N1) di kampuskampus IPTA digalakkan mengambil sendiri anakanak mereka.

Ini kerana dengan membiarkan pelajar menggunakan pengangkutan awam akan mendedahkan mereka kepada orang lain serta meningkatkan penularan dan risiko jangkinan wabak berkenaan, katanya.

"Jawatankuasa NaibNaib Canselor dan Rektor IPTA yang bersidang di Universiti Malaysia Kelantan pagi ini menyeru ibu bapa yang anakanak mereka menghadapi masalah kesihatan terutamanya berkaitan dengan jangkitan selesema H1N1 supaya dapat mengambil sendiri anak mereka.

"Bagi pelajar yang menuntut di Sabah dan Sarawak, mereka akan dibantu oleh pihak IPTA masingmasing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkifli yang juga Naib Canselor USM berkata mereka yang terpaksa berada di dalam kampus akan dibantu dengan sewajarnya oleh pihak universiti.

"Semua universiti dengan kerjasama agensi-agensi yang terlibat khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkahlangkah yang perlu untuk menangani hal tersebut," katanya.

Dzulkifli berkata para pelajar pula perlu bekerjasama membuat pemeriksaan di klinik-klinik universiti atau pusat kesihatan berhampiran jika mempunyai simptom terutamanya apabila demam yang tinggi dan berterusan.

Katanya universiti akan melakukan apa sahaja untuk menanganinya namun perlu ditegaskan, bagi kampus-kampus yang terlibat hanya aktiviti akademik yang ditangguhkan seketika manakala urusanurusan lain universiti berjalan seperti biasa.

"Ibu bapa dan pelajar dinasihatkan untuk menghubungi universiti jika perlu dan jangan mempercayai khabar angin," katanya.

Sementara itu, di JOHOR BAHARU, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai berkata enam institusi pengajian tinggi dan satu kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri itu ditutup seminggu sejak semalam bagi mencegah penularan H1N1.

Dr Robia berkata institusi yang ditutup itu adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang, ILP Mersing, ILP Pasir Gudang, Kolej Radiografi Johor Baharu, Institut Kemahiran Mara (IKM) Larkin dan Politeknik Johor Baharu serta PLKN Sekakap, Mersing.

"Prosedur menutup sementara semua institusi dan kem PLKN sehingga 4 Ogos ini adalah prosedur biasa sebagai langkah berjagajaga," katanya.

Katanya notis mengenai penutupan semua institusi itu sudah ditampal dan diedarkan manakala semua pelatih institut itu juga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di KUCHING, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bako Kuching diarahkan ditutup selama seminggu bermula hari ini selepas beberapa pelajar di keduadua tempat disyaki dijangkiti influenza A (H1N1) hari ini.

Semalam, Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hua Miri menjadi sekolah pertama di bahagian itu yang diarahkan ditutup selama seminggu selepas seorang pelajar lelaki dimasukkan ke Hospital Miri berikutan simptom seperti selesema. BERNAMA

Anggota JI Indonesia dikata latih militan selatan Thailand buat bom

BANGKOK: Militan di selatan Thailand dipercayai mendapat latihan membuat bom daripada kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) yang aktif di Indonesia, kata sumber keselamatan.

Sumber itu berkata seorang anggota utama JI yang dipercayai ada kaitan dengan pengeboman hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta pada 17 Julai lalu memberi latihan kepada militan selatan Thailand.

Beliau berkata isyarat radio sekarang digunakan bagi meletupkan bom, berbanding telefon bimbit sebelum ini, untuk mengelak isyarat dikesan pihak berkuasa.

Pemisah di selatan Thailand juga sudah mula menggunakan teknologi transceiver, teknik yang didapati biasa digunakan dalam perang Iraq, dalam serangan bom mereka.

Teknologi itu dikenal pasti digunakan dalam pengeboman terbaru di wilayah selatan Thailand.

Ia lebih berkesan sebagai pencetus letupan berbanding telefon bimbit kerana pihak berkuasa tidak dapat mengganggu isyarat yang dihantar.

Satu serangan bom di Yala, yang mengorbankan dua anggota tentera dan mencederakan lima orang, pada 17 Julai lalu dipercayai diletupkan oleh alat transceiver, kata pengarah Institut Sains Forensik Pusat Thailand, Encik Porntip Rojanasunan.

Sementara itu, polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang bekas renjer yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan di masjid Al-Furquan di daerah Chaairong, Narathiwat, pada 8 Jun lalu.

Lelaki berumur 34 tahun itu berasal dari Ban Bangpho, daerah Muang, tidak jauh dari Kampung Air Tempayan, iaitu tempat beberapa lelaki bersenjata api membunuh 10 orang Islam dan mencederakan 12 yang lain.

Polis dijangka mengeluarkan waran serupa terhadap lima lagi lelaki, dipercayai pengawal sukarela dari kawasan sama.

'Kami percaya serangan itu dilancarkan kerana dendam selepas seorang daripada saudara bekas renjer itu dibunuh,' kata jurucakap polis.

Serangan oleh sekitar enam lelaki itu dikritik hebat kerana dijalankan ketika 24 orang sedang solat.

Kerajaan Thailand dan tentera menafikan dakwaan ia didalangi angkatan keselamatan, sebaliknya menyalahkan anggota kumpulan pemisah. -- Agensi.

Sekilas - Dunia

Kembar Siam meninggal

PEKANBARU (Riau): Bayi kembar Siam yang dilahirkan dengan satu tubuh dan dua kepala di sini lima hari lalu telah meninggal dunia, menurut laporan semalam.

Dr Tubagus Odhi berkata kembar itu meninggal dunia semalam di Hospital Arifin Achmad di sini selang beberapa minit antara satu sama lain. -- AP.

Megawati cabar kejayaan SBY

JAKARTA: Pemimpin pembangkang, Cik Megawati Sukarnoputri, semalam mencabar di Mahkamah Perlembagaan kemenangan Dr Susilo Bambang Yudhoyono dalam pilihan raya presiden Indonesia pada 8 Julai lalu.

Penasihat guaman beliau, Encik Arteria Dahlan, berkata pihaknya mahu pilihan raya presiden pusingan kedua diadakan dan jika tidak, undi dikira semula di seluruh Indonesia.

Beliau juga mendakwa pihaknya ada bukti terdapat masalah di 25 wilayah dan mahu pilihan raya diadakan semula di wilayah itu. -- AFP.

Bayi dan budak di tong sampah

DAYTON (Ohio): Seorang bayi lelaki lapan bulan dan budak perempuan dua tahun dijumpai dalam sebuah tong sampah, 13 jam selepas dilaporkan hilang oleh ibu mereka Ahad lalu, kata polis.

Wanita itu melaporkan anaknya dilarikan teman lelakinya selepas mereka bergaduh. Kanak-kanak itu dijumpai pekerja yang mendengar tangisan dari dalam tong sampah. -- AP.

Akui anggotai komplot bom

MELBOURNE: Seorang mualaf rakyat Australia semalam mengaku menjadi anggota komplot hendak mengebom satu acara sukan sejurus sebelum perbicaraan.

Shane Kent, 33 tahun, mengaku bersalah menyertai kumpulan yang diketuai ulama radikal, Abdul Nacer Benbrika.

Dia mengaku terlibat dalam komplot hendak melancar serangan bom termasuk di pertandingan akhir liga bola sepak Australia 2005.

Hukuman akan dijatuhkan bulan depan. -- AFP.

Inkues Teoh ditangguh hingga Rabu

SHAH ALAM: Inkues kes kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi tadi ditangguhkan sehingga Rabu depan.

Penangguhan diputuskan koroner setelah mendengar permohonan dan hujah dari peguam keluarga Teoh, peguam mewakili kerajaan Selangor dan Majlis Peguam supaya diberikan masa untuk mengkaji dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh pihak pendakwaraya hari ini termasuk laporan DNA, bedah siasat dan forensik.

Menurut peguam bagi pihak pendakwaraya, seramai 80 orang telah disapina bagi inkues ini.


Empat korban virus H1N1

Seorang wanita berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican juga berkata kes tempatan itu dimasukkan ke hospital Ahad lalu, 10 hari selepas dijangkiti virus tersebut.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1) Khamis lalu.

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.

Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Sampel DNA manusia di pakaian Teoh

Dua sampel DNA manusia dikesan di pakaian Teoh Beng Hock tetapi belum dapat dikenal pasti pemiliknya, kata peguam yang dilantik peguam negara untuk membantu inkues kematiannya.

Satu sampel DNA "manusia" dikesan di baju kot bekas setiausaha politik Ean Yong Hian Wah, dan sampel DNA "lelaki" ditemui di tali pinggangnya.

Polis menjalankan ujian DNA terhadap 90 orang untuk menjejak pemilik sampel DNA.

Pihak berwajib sedang berusaha mendapatkan ujian DNA daripada 12 lagi individu.

BN mampu tawan semula Kedah

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang dengan syarat jenteranya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mustafa Ishak berkata pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memastikan kemenangan calon BN.

"Harapan untuk BN di negeri ini masih ada, yang penting rapatkan barisan sayap, kerana kalau tidak kuat, susah untuk lakukan gerak kerja.

"Umno pula kena bangkit sebagai parti yang paling aktif untuk memberi motivasi kepada jentera dan memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa bezanya BN dengan pakatan pembangkang," katanya selepas memberi taklimat tertutup tentang Hala Tuju Umno Kedah bagi Menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini malam tadi.

Mustafa berkata sekiranya BN benarbenar ingin menarik generasi muda menyokongnya, satu usaha untuk memberi nafas baru dan membangkitkan semangat berjuang dalam kalangan Pemuda dan Puteri perlu dilakukan.

Mustafa, yang juga Penasihat Strategik Umno Kedah berkata, sudah ada perubahan dalam kepimpinan tertinggi BN, tetapi itu mungkin tidak disedari dan kini terpulang kepada jentera parti itu untuk berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN khususnya Umno.

Beliau berkata, pada masa ini BN mempunyai kelebihan kerana tahap penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dan keadaan itu merisaukan pakatan pembangkang.

"Saya tidak fikir pembangkang mampu kekalkan momentum kerana mereka sendiri berada dalam keadaan tertekan dan sudah ada perbalahan pendirian antara pemimpin Pas sehingga kita tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa dalam parti itu," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Umno negeri akan mengadakan program berbentuk muhasabah diri untuk membangkitkan keyakinan rakyat di samping menguatkan jentera parti itu.

"Taklimat seperti hari ini merupakan langkah pertama dan selepas ini kita akan turun ke semua petipeti undi untuk memberikan penerangan tentang hala tuju Umno," katanya. BERNAMA

Perjalanan sesi inkues kematian Teoh

BARISAN PEGUAM..Barisan peguam yang mewakili Teoh Beng Hock, dari kiri Gobind Singh Deo, M. Manohara, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Sankaran Nair. Foto THE STAR Oleh: NORAFIFI EHSAN.

BERIKUT adalah perjalanan sesi inkues kematian Setiusaha Politik salah seorang ahli exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

11.40 pagi: Prosiding inkues bersambung.

10.30 pagi: Ketika ditemui media, Gobind berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya 10 hari untuk meneliti semua dokumen itu.

10.20 pagi: Pihak peguam yang mewakili kerajaan tidak membantah permohonan Gobind dan Koroner Azmin Mustapha bersetuju dengan permohonan itu. Mahkamah berhenti seketika selama setengah jam bermula 10. 20 pagi bagi koroner membuat pemeriksaan dengan pihak pendaftar mahkamah sama ada mereka ada mengeluarkan notis berhubung inkues ini.

10 pagi: Peguam Gobind yang wakili keluarga Teoh minta siasatan ditangguh kerana tidak terima dokumen, antaranya bedah siasat.

9.15 pagi: Prosiding inkues bermula.

8.50 pagi: Peguam Gobind Singh Deo, M. Manoharan dan Sankaran Nair serta Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah.

8.30 pagi: Kira-kira 50 wartawan dibenarkan memasuki Mahkamah Majistret 5 untuk mengikuti inkues.

8 pagi: Keluarga Teoh terdiri daripada bapa, abang, adik perempuan dan tunangnya tiba di mahkamah.

7.50 pagi: Pihak polis mula mengedarkan pas kebenaran mendengar inkues kepada wakil-wakil media.

7 pagi: Wakil-wakil media mula berkumpul di hadapan Mahkamah Majistret 5 seawal pukul 7 pagi.

-- mstar

Tuesday, July 28, 2009

Perbicaraan permohonan kebenaran Sivakumar didengar 4 September

KUALA LUMPUR: Permohonan kebenaran bekas Speaker Dewan Undangan (DUN) Perak, V Sivakumar untuk semakan kehakiman bagi meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan tiga kawasan pilihan raya itu kosong dan mengadakan pilihan raya di kawasan berkenaan akan didengar Mahkamah Tinggi, 4 September ini.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu apabila kes berkenaan dikemukakan untuk sebutan di kamar beliau hari ini.

Permohonan kebenaran Sivakumar akan didengar bersama dengan permohonan yang sama yang dikemukakan oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang, Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A Sivanesan dan tiga orang pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai(Jelapang).

Mereka mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap SPR, yang meminta untuk memaksa suruhanjaya itu mengisytiharkan bahawa kerusi di tiga kawasan pilihan raya berkenaan kosong berikutan peletakan jawatan tiga Adun, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Mereka juga mahukan mahkamah mengeluarkan satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiganya daripada bertindak dan menjalankan fungsi dan tugas sebagai Adun.

Mereka juga meminta satu writ "quo warranto" untuk memaksa ketiga-tiga Adun itu menunjukkan sebab mereka masih lagi mewakili kawasan pilihan rayanya dan menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai ADUN.

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Hee daripada DAP pada pilihan raya umum tahun lalu.

Mereka kemudian keluar parti masing-masing dan berjanji menyokong Barisan Nasional (BN), yang membawa kejatuhan kerajaan campuran Pas-DAP-PKR di Perak yang ketika itu diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada 3 Februari lalu, Sivakumar memberikan notis kepada SPR bahawa ketiga-tiga kerusi DUN itu kosong setelah menerima surat kononnya peletakan jawatan Adun berkenaan.

SPR bagaimanapun meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil di kawasan DUN berkenaan.

Peguam Sivakumar Razlan Hadri berkata beliau dimaklumkan hakim itu di kamar hari ini bahawa ada lagi afidavit difailkan semalam untuk menyokong pertikaian mereka bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersejarah itu pada 9 April lalu, mengisytiharkan SPR badan yang sah untuk mengisytiharkan kerusi itu kosong dan bukan Sivakumar, yang pada ketika itu ialah Speaker DUN, tidak menjejaskan permohonan Sivakumar.

Keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutan dalam kes ini yang dikemukakan oleh ketiga-tiganya terhadap Sivakumar, untuk meminta satu pengisytiharan bahawa mereka adalah wakil yang dipilih dengan sah bagi tiga kawasan pilihan raya berkenaan sungguhpun Sivakumar telah mengumumkan bahawa kerusi berkenaan telah kosong.

Ketiga-tiga Adun itu memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi tetapi kemudian memohon untuk merujuk perkara itu terus ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan isu perlembagaan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata mereka akan membangkitkan bantahan permulaan bahawa permohonan Sivakumar telah menjadi akademik berikutan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu. - Bernama

RM3.2 juta akan dideposit dengan peguam MIC: Samy Vellu

KUALA LUMPUR: MIC akan mendepositkan bayaran premium RM3.2 juta dengan peguam parti itu bagi menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, kata Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, hari ini.

Katanya apabila kerajaan Pulau Pinang bersedia menyerahkan tanah berkenaan kepada penduduk Kampung Buah Pala, maka peguam parti akan membuat bayaran kepada kerajaan negeri itu.

"Saya telah mengarahkan peguam MIC supaya menulis kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah berkenaan. Peguam akan mengirim wang tersebut apabila kelulusan tanah diberikan," katanya dalam kenyataan di sini.

Samy Vellu berkata dalam mana-mana urusan tanah, bayaran akan hanya dibuat selepas transaksi atau dokumen transaksi siap.

"Di sini, kita mempunyai seorang Ketua Menteri memberitahu kita supaya membayar terlebih dahulu sebelum berbincang," katanya, sambil menegaskan bahawa MIC akan berpegang kepada janji dan menggesa Lim supaya turut berbuat demikian.

Samy Vellu berkata beliau terkejut dengan kenyataan Lim bahawa MIC "berbohong" apabila menyatakan bahawa parti itu akan membayar premium sebanyak RM3.2 juta.

"Saya menghormatinya sebagai pemimpin muda yang dinamik. Tetapi malangnya dia boleh berkata apa jua mengikut kesesuaiannya untuk ketika itu dan dia akan berpusing apabila terdesak.

"Kami perlu melihat apa Lim nak cakapkan mengenai isu Bukit Cina di Melaka dan banding dengan apa yang dia lakukan dengan Kampung Buah Pala," katanya.

DAP, di mana Lim menjadi setiausaha agungnya, telah menyelesaikan isu Bukit Cina pada 1984 dan Lim dipetik sebagai berkata bahawa ia menunjukkan keutamaan DAP dalam memulihara budaya dan warisan penting berbanding projek pembangunan untuk keuntungan pihak swasta.

Samy Vellu berkata MIC juga ingin menyelamatkan Kampung Buah Pala demi memulihara warisan dan kebudayaan India.

Beliau menggesa kerajaan negeri itu supaya tidak mengaburi mata rakyat kerana tanah berkenaan dipindahkan semasa Lim menjadi Ketua Menteri dan bukan oleh kerajaan negeri sebelum ini. - Bernama

Guan Eng yakin PR masih utuh

Oleh
Suhana A. Samat


KETUA Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, berkata Pakatan Rakyat (PR) masih kekal utuh dan tidak berdepan dengan kemungkinan berpecah-belah.

Walaupun wujud perselisihan awal antara parti anggota PR, Encik Lim menegaskan bahawa ia perkara biasa tetapi pada akhirnya setiap parti tetap komited memperjuangkan nasib rakyat bersama.

'Apa yang unik tentang Pakatan Rakyat ialah kami boleh menyuarakan pandangan yang berbeza dengan penuh bersemangat dan lantang. Bagaimanapun ini tidak bermakna kami akan berpecah,' kata Setiausaha Agung DAP itu dalam sesi soal jawab dengan wartawan Singapore Press Holdings (SPH), di News Centre, semalam.

Encik Lim telah diundang menyampaikan ceramah 'Angin perubahan politik di Malaysia: Mampukah pakatan pembangkang bertahan?'.

Sehubungan dengan itu, Encik Lim berkata PR tidak bimbang dengan langkah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang melahirkan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan pusat, baru-baru ini.

Menurut Encik Lim, PAS hanya berbuat demikian bagi memenuhi hasrat sekumpulan anggota parti itu yang lebih condong kepada usaha memperjuangkan hak Melayu.

Namun, pada akhirnya, kumpulan itu diharapkan akan sedar jika mereka mahukan perubahan, ia tidak akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Encik Lim turut menyuarakan keyakinannya bahawa PR mampu bertahan jika pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lagi dapat bersama pakatan itu.

'Pakatan Rakyat akan tetap wujud tanpa beliau. Ia akan menjadi legasi Datuk Seri Anwar,' tegas Encik Lim.

Ditanya apa yang akan dilakukan oleh PR bagi mengurangkan kebimbangan orang Melayu bahawa hak mereka akan tetap diperjuangkan oleh pakatan itu, Encik Lim berkata konsep 'Ketuanan Melayu' hanya satu alat yang digunakan oleh Umno bagi mengekalkan kuasa dan mengumpulkan kekayaan.

'Jika anda tanya orang Melayu biasa di jalan raya, 'Abang ada saham tak? Dia akan jawab: Mana ada, semua ada kat Rafidah Aziz (Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri),' kata Encik Lim secara spontan.

Lantas, Encik Lim berkata kerajaan Pulau Pinang berusaha membantu penduduk Melayu biasa melalui program kebajikan dan sosial bagi memastikan keadaan mereka lebih baik berbanding jika negeri itu berada di bawah pentadbiran BN.

Menurut beliau, buat pertama kalinya, negerinya telah meraikan ahli tahfiz Al-Quran dengan memberi mereka habuan.

'Cabaran saya ialah untuk membuktikan di Pulau Pinang atau mana-mana negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, pemimpin Melayu boleh menjaga kebajikan orang Cina, pemimpin Cina boleh menjaga kebajikan orang Melayu dan pemimpin India boleh menjaga kebajikan semua kaum,' kata Encik Lim.




Berikan pandangan anda mengenai laporan di atas

Amerika dan China mula rundingan kerjasama

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan China semalam memulakan rundingan mereka yang paling mendalam sejak pelantikan Presiden Barack Obama, dengan Amerika cuba mendapatkan kerjasama daripada negara Asia Timur itu berhubung krisis ekonomi sejagat dan isu-isu lain.

Encik Obama dijangka mengadakan dialog dua hari sebagai sebahagian daripada usaha pemimpin Amerika itu menjalin hubungan antara ekonomi paling besar di dunia dan ekonomi-ekonomi membangun.

Dengan China semakin kurang senang dengan pendedahan besarnya kepada ekonomi Amerika, Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, dan Setiausaha Perbendaharaannya, Encik Timothy Geithner, telah membuat rayuan bersama kepada Beijing agar bekerjasama bagi merangsang pertumbuhan global.

'Cakap mudahnya, tidak banyak masalah global yang boleh diselesaikan oleh Amerika atau China secara sendirian.

'Dan tidak banyak yang boleh dihuraikan tanpa Amerika dan China bekerjasama,' kata Encik Geithner dan Cik Clinton, dalam tulisan mereka yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal, semalam.

Kedua-dua ahli politik itu, yang akan memimpin pihak Amerika dalam rundingan tersebut, memberi hujah bahawa langkah-langkah yang diambil Washington dan Beijing untuk menghasilkan dan menyelamatkan pekerjaaan akan membantu dunia mengharungi cabaran pergolakan ekonomi yang paling teruk sejak Kemelesetan Besar pada 1930-an.

'Kejayaan ekonomi-ekonomi utama dunia dalam mengurangkan tekanan kemelesetan global dan membuat persiapan bagi satu pemulihan adalah disebabkan, sebahagian besarnya, oleh langkah besar yang diambil oleh kedua-dua negara kita,' kata mereka dalam tulisan itu.

'Sedang kita menuju ke arah pemulihan, kita mesti mengambil langkah tambahan untuk meletakkan asas bagi pertumbuhan seimbang dan boleh dikekalkan dalam tahun-tahun akan datang.'

Tiada pengumuman besar dijangka dibuat mengenai rundingan Washington itu tetapi satu siri taklimat akhbar mungkin memberikan sedikit gambaran mengenai hubungan kedua-dua ekonomi itu.

Ahli majlis perbandaran China, Encik Dai Bingguo, dan Naib Perdana Menteri, Encik Wang Qishan, akan mengetuai rombongan China ke 'Dialog Strategik dan Ekonomi' itu. -- AFP.

Sekilas - Dunia

Korban H1N1 pertama di Saudi

RIYADH: Seorang rakyat Arab Saudi meninggal dunia akibat virus flu H1N1, kata kementerian kesihatan kerajaan itu semalam, kematian pertama di negara tersebut yang sedang bersiap sedia bagi musim haji September ini.

Kementerian tersebut berkata lelaki yang tinggal di wilayah timur Arab Saudi itu meninggal dunia pada Sabtu lalu. -- Reuters.

Sarkozy baik saja di hospital

PARIS: Presiden Perancis, Encik Nicolas Sarkozy, berada dalam 'keadaan baik' di hospital selepas rebah semasa berlari-lari anak pada hujung minggu lalu, kata pembantu beliau, sedang pemimpin negara itu digesa mengurangkan jadual kerjanya yang sibuk.

Encik Sarkozy, 54 tahun, rebah kelmarin semasa berlari-lari anak dekat kawasan istana Versailles, di barat Paris. Beliau dikejarkan ke sebuah hospital tentera di Paris dengan helikopter selepas insiden itu. -- AFP.

Tasik di China mungkin hilang

XI'AN: Tasik gurun terbesar di China, Hongjiannao, semakin mengecil akibat perubahan cuaca dan kegiatan manusia, dan mungkin hilang dalam beberapa dekad akan datang, kata pakar-pakar.

'Hampir 10 tahun lalu, anda tidak boleh melihat dasar Hongjiannao, walaupun dengan menggunakan teleskop. Hari ini, ia dapat dilihat hanya dengan mata kasar,' kata Encik He Fenqi, seorang pengkaji dengan Akademi Sains China. -- Agensi.

"Sex Toy" untuk Lindsay Lohan

LOS ANGELES-- Boleh jadi, inilah kado termanis yang diterima Lindsay Lohan yang akan merayakan ulang tahunnya yang ke-23 pada 2 Juli mendatang. Ya, menjelang hari ulang tahunnya itu, kekasih lesbinya, Samantha Ronson, dikabarkan telah memberi kado berupa alat bantu seks alias sex toy. Hmm...

Apa reaksi Lohan atas kado spesialnya itu? Menurut sebuah sumber, bintang film The Mean Girls itu, tampak gembira dan puas luar biasa atas pemberian kado, yang langsung diberikan Samantha.

Kepada Majalah National Enquirer, seorang sumber mengatakan, "Samantha sempat menjelaskan kepadanya, mengenai hadiah yang dijamin bisa memberikan sensasi yang luar biasa itu. Dia (Samantha) memberinya satu boks alat bantu seks yang dipilihnya sendiri. Dia menghabiskan waktu berjam-jam untuk berbelanja barang-barang itu di pusat perbelanjaan alat seks di kawasan Hollywood," ujar si sumber. (news.com/EH)

Bintang Porno Miyabi Berjilbab

JAKARTA — Kalau artis Zaskia Adya Mecca berjilbab mungkin bukan suatu hal yang mengejutkan. Namun lain halnya kalau yang berjilbab adalah Maria Ozawa alias Miyabi, bintang porno terkenal asal Jepang.

Beberapa waktu lalu di internet beredar foto-foto mirip Miyabi yang mengenakan jilbab layaknya seorang Muslimah. Memang, tak sedikit yang meragukan keaslian foto-foto tersebut. Beberapa anggota sejumlah mailing list yakin bahwa perempuan berkerudung itu adalah benar Miyabi. Namun, tak sedikit pula yang meragukannya.

Tak ada informasi jelas mengenai foto-foto tersebut, apakah itu hasil dari olah/rekayasa foto belaka ataukah memang foto asli, ataukah foto orang berjilbab yang wajahnya mirip Miyabi. Yang jelas, jika dibandingkan orang di foto tersebut dengan foto asli Miyabi, terlihat sangat mirip wajahnya.

Maria Ozawa lahir di Hokkaido, Jepang, pada 8 Januari 1986. Dengan tinggi badan 162 cm dan berat 48 kg menjadikannya molek dan terlihat innocent.

Wajah cantik Maria Ozawa diwarisi dari perpaduan kemolekan sang bunda yang asli Jepang dengan ayahnya yang berasal dari Perancis dan keturunan Kanada.

Maria Ozawa mengecap pendidikan di sekolah internasional yang membuat pergaulannya menjadi luas dan kemampuan bahasa Inggrisnya menjadi lebih baik.

Perjalanan karier Maria Ozawa di dunia film porno dimulai dari perkenalannya dengan seorang pekerja AV (rumah produksi film di Jepang). Kariernya pun dimulai dari B-Open, sebuah agen artis terkenal di Jepang. Ozawa kemudian menjadi model di situs www.shirouto-teien.com pada bulan Juni 2005. Di situs ini, Maria membintangi beberapa set foto dan dua buah blue film.

Di bulan Oktober 2005, Maria dikontrak oleh S1, sebuah production house film dewasa Jepang. Di perusahaan inilah, Maria Ozawa pertama kali membintangi New Face, video porno yang membuat namanya melesat dan terkenal seperti sekarang ini.

Di S1, Maria Ozawa membintangi satu judul setiap bulannya sampai Februari 2007. Judul-judul video Maria Ozawa sempat menjuarai kompetisi penjualan terbanyak film-film porno se-Jepang.

Di tahun yang sama bulan April, Maria pindah dari S1 ke Dasdas. Di rumah produksi ini, Maria Ozawa banyak membintangi film-film yang bertemakan kekerasan, perkosaan, dan penyiksaan fisik. Di akhir tahun 2007, Ozawa pindah lagi ke Attackers, rumah produksi video porno spesialis tema perkosaan. (Warta Kota/luc/)

Monday, July 27, 2009

Kit Siang Buat Laporan Polis

PETALING JAYA, 27 Julai-- Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang Isnin membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat di ibu pejabat polis Petaling Jaya di sini.

"Ong yang sepatutnya membuat laporan polis tetapi oleh kerana beliau tidak berani berbuat demikian, saya menjalankan tanggungjawab awam saya untuk membuat laporan bagi pihaknya demi keselamatannya.

"Walaupun pandangan politik kami berbeza, saya tidak mahu sebarang keburukan berlaku pada Ong," katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis itu pada 12.30 tengah hari.

Lim juga berkata beliau turut melampirkan laporan dalam akhbar berbahasa Cina dan Inggeris mengenai dakwaan ancaman bunuh yang diterima Ong dalam laporan polisnya.

"Kini terpulang kepadanya untuk bekerjasama dengan polis dan biarkan mereka menyiasat," katanya dan berharap presiden MCA itu akan memberikan fakta dan keterangan kepada polis bagi membantu siasatan.

Semalam, akhbar Sunday Star melaporan ancaman bunuh itu yang berbunyi: "If you're wiped out from this world some day, you should know why this has happened." (Jika anda dilenyapkan dari dunia ini pada satu hari, anda patut tahu kenapa ini berlaku).



-- BERNAMA

UMNO Jadikan Katak Sebagai Barua

”Saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara (Dato’) Ibrahim Ali,

”(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300,”kata Ustaz Kassim ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan DUN Manek Urai di Kampung Merang, dekat sini, semalam.

ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang menjadi tetamu dalam majlis diatas, mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Dato’ Ibrahim Ali.

Menurutnya Ibrahim telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh.

“Di Manek Urai baru ni, memanglah dari segi cula kita menang hampir 2,000 (undi) dua hari sebelum itu (hari mengundi), apabila dia (UMNO) nampak cula dia sudah kalah 2,000, dia mula bergerak dengan pitih (wang),
”di kawasan (Peti Undi) Laloh, (Dato’) Ibrahim Ali lah yang jaga di Laloh, membawa dua butir bag (berisi wang) untuk diagih-agihkan,”jelasnya.

Beliau berkata, nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada ‘kepala-kepala’.

Katanya cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Ibrahim akan mencari seorang ‘kepala’ (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

”Trend (kaedah) dia kali ini, bukan ‘style’ (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam ‘rok’ getah, kut dalam ‘rok’, pergi jumpa dengan dia (Ibrahim),

”dia (Ibrahim) cari seorang kepala, dia tunggu didalam rok mana-mana, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000,”tegasnya.

Oleh sebab itulah, kata Abe Uji, majoriti undi yang diperolehi PAS dalam pilihanraya kecil itu menurun.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz mohd Pauzi Muda dan Timbalannya, Tengku Ahmad Hussin.

Sumber: Buletin Online

H1N1: IPSM diarah tutup seminggu

BESUT: Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di sini, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini apabila tujuh kes yang mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, berkata kesemua tujuh mereka yang menunjukkan simptom H1N1, dirawat sebagai pesakit luar dan sampel darah mereka dihantar ke makmal.

"Sehubungan itu, kesemua pelajar termasuk kakitangan IPSM diminta meninggalkan institut itu yang akan dibuka semula pada 2 Ogos," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penutupan IPSM itu juga adalah bagi membolehkan tindakan kawalan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri.

Sebelum ini, beberapa premis ditutup di negeri ini akibat H1N1 iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Marang. - Bernama

Sivakumar bertegas mahu adakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Tronoh, V Sivakumar masih bertegas mahu mendapatkan penjelasan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan melalui mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyelesaikan dua isu utama yang timbul selepas persidangan DUN 7 Mei lalu.

Sivakumar yang masih mengaku dirinya sebagai Speaker DUN Perak menetapkan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu pada jam 10 pagi Khamis ini di Kamar Yang Dipertua DUN selepas mendapat halangan polis bagi mengadakan mesyuarat sama, hari ini.

Sebelum ini, katanya, beliau sudah menghantar notis saman supaya Ganesan hadir mesyuarat itu mengikut Perintah-Perintah Tetap DUN.

"Saya dan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk seorang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow (DAP) tidak dibenarkan memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan mesyuarat itu (hari ini).

"Kami dihalang sekumpulan polis walaupun sudah menghantar notis serta memaklumkan kehadiran kami untuk mengadakan mesyuarat (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan) pagi ini," katanya selepas “mempengerusikan” mesyuarat berkenaan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sivakumar berkata, mesyuarat itu perlu diadakan bagi membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN, 7 Mei lalu yang didakwanya dilakukan melalui “sub-dewan” di dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya dari dewan persidangan.

Terdahulu, Sivakumar dan beberapa Adun pembangkang termasuk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berusaha menimbulkan kekecohan apabila cuba memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan alasan mahu mengadakan mesyuarat terbabit.

Kumpulan itu yang mendakwa masih “berkuasa” di Perak juga menunggu lebih sejam bermula jam 9.50 pagi, sebelum bersurai selepas mendapat surat rasmi memaklumkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan kerana pihaknya tidak menerima sebarang notis berhubung hal itu.

Surat itu ditandatangani Ketua Penolong SUK (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman, mewakili SUK. - Bernama

H1N1: Perlis catatkan kes pertama, empat pelajar Unimap sah ada simptom

KANGAR: Perlis mencatatkan kes Influenza A (H1N1) pertama apabila empat pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) disahkan menghidapi simptom selsema itu.

Empat pelajar terbabit dikesan memiliki tanda-tanda H1N1 selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Jumaat lalu dan kini dikuarantin di rumah khas di kolej kediaman Kampung Wai, Kuala Perlis.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mahani Yusof, berkata selain empat pelajar terbabit, satu lagi kes dikesan Sabtu lalu membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu.

Beliau berkata, ia dikesan mempunyai simptom H1N1 selepas pulang daripada aktiviti perkhemahan di Melaka.

Sekilas - Dunia

Kes mati H1N1 pertama di Indon

JAKARTA: Indonesia semalam mengesahkan kematian pertama akibat virus flu H1N1 selepas seorang budak perempuan berusia enam tahun yang menghidap radang paru-paru meninggal dunia di Jakarta, kata Kementerian Kesihatan.

Budak itu, yang dimasukkan ke hospital selepas demam, batuk dan mengalami masalah pernafasan, meninggal dunia pada 22 Julai lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata H1N1 telah meragut 800 jiwa dan telah merebak ke 160 negara. -- Reuters.

Beli loteri guna wang pelabur

SEOUL: Polis Korea Selatan telah menahan seorang pegawai bank kerana disyaki menipu para pelabur berjuta dolar dan menggunakan lebih AS$3 juta ($4.3 juta) untuk membeli loteri, kata polis semalam.

Tertuduh, dikenali hanya sebagai Kim, 45 tahun, yang menjadi pengarah cawangan Community Credit Cooperative di Seoul, menjanjikan kadar faedah yang tinggi dan mengumpulkan 8.7 bilion won (AS$7 juta) daripada sembilan pelabur sejak 2000, kata pegawai polis, Encik Kim Kyung-man.

Tertuduh memasukkan wang ke dalam akaun banknya sendiri tetapi memulangkan semula AS$2.8 juta kepada pelabur sebagai faedah, dan menggunakan bakinya, termasuk AS$3.2 juta, untuk membeli loteri. -- AP.

Peguam wanita diarah bertudung

BANDAR GAZA: Hakim Mahkamah Agung di Gaza, Encik Abdul Raouf Halabi, semalam berkata beliau telah mengarahkan para peguam wanita memakai tudung apabila tampil di mahkamah.

Menurut beliau, semua peguam wanita diminta memakai tudung dan pakaian berwarna gelap di bawah jubah hitam mereka mulai September ini.

Ini bagi memastikan mereka menutup aurat, kata beliau.

'Menunjukkan rambut wanita adalah haram menurut agama Islam,' kata Encik Halabi, yang dilantik kumpulan Hamas. -- AP.

Penggodam china sabotaj laman web festival filem Australia

MELBOURNE: Penggodam warga China telah melakukan sabotaj ke atas laman web festival filem terbesar di Australia disebabkan rancangan mereka hendak menayangkan satu filem dokumentari mengenai seorang aktivis kaum Uighur yang dituduh China mencetus kekacauan di Xinjiang, menurut satu laporan semalam.

Penggodam telah menyerang laman web Melbourne International Film Festival Sabtu lalu, dan menggantikan maklumatnya dengan bendera China dan slogan yang mengkritik pemimpin kaum Uighur dalam buangan, Cik Rebiya Kadeer, lapor akhbar The Age.

Para pengarah filem dari China telah menarik balik filem-filem mereka sebagai membantah rancangan hendak menayangkan filem dokumentari mengenai Cik Kadeer pada 8 Ogos ini.

Pengarah berkenaan, Cik Tang Xiaobai dan Jia Zhangke, menarik balik filem mereka minggu lalu atas alasan filem dokumentari Cik Kadeer turut disertakan dalam festival filem itu.

Cik Tang berkata beliau memutuskan untuk memulaukan acara itu selepas menerima panggilan daripada pegawai pemerintah China.

Pengarah festival, Encik Richard Moore, menuduh para pegawai China cuba membuli beliau agar menarik balik filem dokumentari berkenaan.

The Age melaporkan bahawa kakitangan festival dibanjiri e-mel yang mengutuk Encik Moore kerana enggan menarik balik filem berkenaan dan membatalkan undangan agar Cik Kadeer menghadiri tayangan filem tersebut.

Menurut Encik Moore, polis sedang menyiasat serangan laman web itu, yang nampak datang dari satu alamat Internet di China.

Para pengawal keselamatan akan dikerah agar melindungi Cik Kadeer dan para penonton semasa tayangan filem itu bulan depan.

Cik Kadeer, ketua Kongres Uighur Sedunia (WUC) berpangkalan di Amerika, merupakan subjek dokumentari berjudul Ten Conditions of Love, karya warga Australia, Encik Jeff Daniels. -- AFP.

Sunday, July 26, 2009

Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali

Yasmin Ahmad selamat dikebumikan. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang terpilih.

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Yasmin Ahmad, 51, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 23, Subang Jaya, dekat sini sebelum solat Zuhur, jam 12.40 tengah hari tadi.

Pengarah filem dan iklan terkenal itu meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, jam 11.25 malam tadi.

Lebih 1,000 kenalan termasuk saudara mara Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir serta mengiring jenazah ke tapak perkuburan.

Hanya segelintir mencorak rentak 26 juta penduduk

Memanglah lumrah dan adat politik bahawa parti yang bertentangan ideologi jarang sekali bersetuju. Hanya apabila ada tragedi negara, barulah yang memerintah dan membangkang bersatu.

Selalunya, kedua-duanya akan cuba menunjuk kepada rakyat jelata, yang merupakan pengundi, siapakah yang lebih bagus. Oleh itu kita adakan kempen politik supaya kita boleh menilai yang mana intan yang mana kaca. Tetapi di dalam keadaan politik negara kita yang sentiasa panas, kempen tidak pernah tamat.

Kadang-kadang letih juga dibuatnya, tetapi kita perlu terima semua ini sebagai satu tabiat dan ciri masyarakat yang mengamalkan demokrasi.

Kita perlu juga terima hakikat yang semua orang mempunyai pendapat, tambah-tambah lagi dengan adanya internet di mana sesiapa yang berkecenderungan boleh menjadi pemberita, penganalisis atau penerbit.

Tidak juga dapat dielakkan di dalam demokrasi, apa saja boleh dipolitikkan. Ini sifat yang dimiliki bersama antara mereka yang memerintah dan mereka yang cuba merampas tampuk pemerintahan. Tiada bezanya di antara kedua-dua dalam mengambil kesempatan politik, kerana semua memerlukan modal yang mungkin dapat ditukar dengan undi suatu hari nanti.

Mereka juga menentukan agenda perbualan-perbualan kita di sekeliling meja ketika minum teh tarik di restoran, sewaktu masa rehat di pejabat, atau di serambi surau. Jika kita kaji, sebenarnya tidak ramai, mungkin kurang dari 100 orang, di negara kita yang mempunyai 26 juta penduduk, yang menentukan topik perbualan kita dengan keluarga atau rakan setiap hari.

Menurut teori saya, mereka yang kurang dari 100 orang ini juga akan menentukan sama ada kita marah, sedih atau gembira. Setiap hari mereka juga akan dapat memujuk, mengapi-api, melayan perasaan kita dan seterusnya.

Hanya 100 orang di kalangan 26 juta yang kadang-kadang buat kita tidak senang duduk. Memanglah mereka banyak pengikut, tetapi pembikin berita atau newsmakers ini sedikit saja.

Kita rakyat biasa cuma pengguna berita yang dibawa ke sana sini oleh arus agenda ahli politik. Media, sama ada arus perdana atau internet, memanglah boleh dipertanggungjawabkan kerana memberi ruang kepada 100 orang ini. Media bersekongkol, kita diguna dan kita juga menggunakan ahli politik.

Adakah ini yang baik untuk negara, entahlah.

Contohnya, keputusan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan inkues untuk mencari sebab kematian Teoh Boon Hock sudah menimbulkan beberapa reaksi. Sudah tentunya, dan berdasarkan lumrah politik dan demokrasi pihak pembangkang tidak akan boleh menerima keputusan kerajaan sepenuhnya.

Kalau tidak apakah peranannya sebagai pembangkang. Perkara ini sama jika terbalik. Para pengkritik kerajaan mesti ada beberapa sebab menolak keputusan kerajaan di dalam pembentukan suruhanjaya.

Yang pertama ialah kerana pembangkang percaya kerajaan tidak pandai dan cekap. Sudah tentunya bagi pihak yang mahu mengambil alih kuasa, mereka lebih bijak dan cekap di dalam menangani isu itu.

Pada peringkat Persekutuan, pembangkang akan mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak cekap, rasuah dan tidak telus. Manakala di lima negeri, pembangkang yang terdiri daripada anggota BN, akan mengatakan perkara sama mengenai kerajaan Pakatan Rakyat.

Ini perkara biasa dan kita rakyat biasa kalau boleh jangan terbawa-bawa.

Tetapi saya rasa tidak baik bagi pengkritik memberi gambaran bahawa hanya mereka yang mahukan keadilan dan kebenaran berhubung kematian Teoh, semata-mata kerana kerajaan tidak mengambil cadangan mereka sepenuhnya.

Mereka mesti tahu yang bukan mereka saja yang kesal dengan kematian orang muda itu, dan bukan mereka saja yang mahukan jawapan. Jika ada kepincangan di SPRM, bukan mereka saja yang mahukan tindakan diambil ke atas agensi itu.

Yang lebih bahaya lagi ialah pengkritik yang menganggap kerajaan ada benda yang hendak disorok, atau tidak mahu perkara sebenar diketahui umum. Ini ialah teori konspirasi yang senang ditabur dan tidak perlu dibuktikan.

Rasanya ada baiknya jika semua orang cuba tidak cepat melatah. Beri peluang perkara reda dulu sebelum melompat menyinsing lengan, membuka langkah. Ada yang syak wasangka dengan keupayaan majistret untuk menjalankan inkues, kerana ia merupakan antara jawatan terendah kehakiman.

Terlalu awal untuk merumuskan suruhanjaya dan inkues tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Siapa anggota dan ketua suruhanjaya pun kita belum tahu. Siapa yang akan jalankan inkues pun kita tak tahu lagi.

Bukankah kedua-duanya akan diadakan secara terbuka dan semua orang akan dapat mengikuti mereka sama ada melalui media perdana atau alternatif.

Rasanya tiada yang boleh disorok.

Adalah penting untuk kerajaan menentukan suruhanjaya dan inkues berjalan lancar, telus dan berintegriti, kerana seluruh negara memerhatikan tindakannya. Ia akan menjadi salah satu KPInya. Begitu juga rakyat akan memerhati teliti tindakan para pengkritik kerajaan. - Berita Minggu

Apa yang tidak gagal di Pahang?

KUANTAN, — Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang melahirkan kekecewaannya kerana kegagalan hub industri halal yang direncanakan di Gambang dekat sini. Gagasan hub industri halal ini terkandung dalam cetak biru Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Kekecewaan Adnan ini dinyatakan beliau dalam sidang akhbar sempena Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional anjuran Kerajaan Negeri, Standards Malaysia dan Biro Korporat Dewan Perdagangan Islam Malaysia di sini semalam.

Menurut beliau, syarikat yang diberi kepercayaan untuk memulakan projek hub halal tersebut telah gagal memajukan kawasan Gambang sepertimana diharapkan, walaupun Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama.

Kegagalan ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia bukan projek pembangunan pertama di negeri ini yang berakhir dengan nasib yang sama. Di kawasan yang sama, Gambang, pernah dirancang untuk dibangunkan apa yang dipanggil sebagai “MEC City” namun ia terbengkalai begitu sahaja sehinggalah bangunan-bangunan yang dibina di situ diambil-alih oleh UMP (Universiti Malaysia Pahang) sebagai kampus sementara mereka sementara menunggu kampus tetap di Pekan siap.

Kerajaan negeri Pahang sendiri, melalui anak-anak syarikatnya banyak menghasilkan buah tangan yang gagal, yang terus wujud sebagai bukti di tengah bandar Kuantan sekarang adalah bangunan Samudera Riverview Hotel yang sedang memburuk.

Penyitaan Astana Golf and Country Club juga satu lagi bukti kegagalan projek perniagaan Kerajaan Negeri, setelah tidak berupaya melangsaikan tuntutan hutang selepas diskaun berjumlah RM40 juta.

Selain projek-projek pembangunan, Kerajaan Negeri Pahang turut dilihat seringkali berhadapan dengan kegagalan bila menjalankan urusan dengan syarikat-syarikat swasta.

Natijah dari kegagalan ini membuatkan Pahang sentiasa disaman. Yang terbaru adalah dari Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta RM24 juta. Sebelum itu dengan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) yang jumlahnya adalah RM63 juta.

Banyak sudah projek pembangunan, aktiviti perniagaan dan urusan Kerajaan Negeri Pahang yang gagal tetapi Adnan belum pernah menyatakan kekecewaannya sebelum ini.

Berkenaan dengan hub industri halal ini, Kerajaan Negeri menurut Adnan lagi, bersungguh-mahu mahu membantu syarikat yang memulakannya itu sehingga ke tahap menjadi pemudah cara dan memberi sokongan bagi syarikat tersebut mendapatkan pinjaman bank, namun syarikat tersebut ternyata sebuah syarikat yang bermasalah.

Yang menghairankan, dalam kenyataannya, Adnan tidak pula mendedahkan apakah nama syarikat tersebut dan siapakah pemiliknya.

Projek hub industri halal ini sememangnya sesuatu yang bagus, seperti kata Adnan, selain untuk ekonomi, ia juga sebagai menyahut tuntutan syariat Islam.

Tetapi sesuatu yang bagus tidak semestinya berkesudahan bagus juga bila ia berada di tangan Kerajaan Negeri yang sentiasa gagal. - Malaysian Insider

Perarakan ISA

ALOR SETAR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan anggota pergerakan itu supaya tidak menyertai mana-mana demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara bagi menyokong atau pun membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1 Ogos.

Beliau berkata, pergerakan itu ada menerima jemputan untuk menyertai demonstrasi berkenaan, namun memilih untuk mengambil sikap berkecuali dan mengarahkan semua anggotanya berbuat perkara yang sama.

Khairy berkata, pendirian itu diambil kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah memulakan proses kajian semula akta berkenaan, justeru itu tidak wajar diadakan demonstrasi untuk membantah atau menyokong pelaksanaan akta itu.

"Sebagai ketua, saya arahkan berkecuali. Janganlah kita mendahului proses (kajian semula) itu, tidak perlu ada demonstrasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama pimpinan Pemuda Umno Kedah di Bangunan Tunku di sini semalam.

Dua kumpulan satu menyokong dan satu lagi membantah akta itu dilaporkan akan mengadakan demonstrasi dan berarak ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum masingmasing kepada Yang diPertuan Agong pada 1 Ogos ini.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang merupakan gabungan badan-badan bukan kerajaan dan parti pembangkang akan mengadakan perarakan ke Istana Negara pada pukul 2 petang Sabtu depan dari beberapa lokasi bagi menyampaikan memorandum itu.

Begitu juga dengan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris), yang terdiri daripada gabungan 10 badan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Graduan Melayu Malaysia (GGMM) akan mengadakan perarakan yang sama ke Istana Negara bagi menyokong pelaksanaan Akta ISA pada hari yang sama.

Kedua-dua kumpulan yang berbeza pandangan itu dijangka bertembung di jalanan kerana mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke Istana Negara.

Khairy turut mengingatkan pergerakan Pemuda Umno peringkat bahagian supaya peka tentang cadangan pindaan Perlembagaan parti dan segera memberi maklum balas mengenai perkara itu sebelum Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober ini.

Beliau juga menggesa anggotanya bergerak lebih aktif untuk menarik lebih ramai golongan berpengaruh seperti guru, ulama, cendekiawan dan penulis untuk menyertai pergerakan itu bagi menguatkan lagi barisan Pemuda Umno yang kini mempunyai kira-kira 750,000 anggota. BERNAMA

Liu dedah butiran perbelanjaan DUN Sg. Pelek

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu petang tadi mendedahkan butiran perbelanjaan awam bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek, sekali gus menafikan wujudnya elemen penyalahgunaan dana kerajaan.

Sambil mendakwa dokumen-dokumen yang dimuatkan dalam blog http://t4tbh.blogspot.com yang muncul sejak kelmarin, sebagai maklumat palsu, pemimpin DAP itu memberitahu, beliau mempunyai rekod butiran perbelanjaan dan bukti dalam bentuk foto.

"Kami menggunakan prosedur yang telah digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (sebelum ini).

"Dan, kami melakukan lebih daripada itu dengan mempunyai bukti foto," kata beliau sambil menambah, kesemua program yang dianjurkan memerlukan kelulusan pegawai-pegawai daerah terbabit sebelum dilaksanakan.

Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran mendakwa pengendali blog berkenaan telah memalsukan butiran yang diperoleh daripada blognya (www.colour-blind.org) bagi menggambarkan pemimpin-pemimpin DAP sebagai korup.

"Blog itu mendakwa lima hingga 10 peratus peruntukan disalurkan kepada ADUN ataupun Ibu Pejabat DAP (sebagai komisyen).

"Ia satu pembohongan. Jika St. John's (Ambulans) memperoleh RM30,000 daripada saya, mereka akan menerima RM30,000. Tidak satu sen pun kurang," kata beliau kepada pemberita di sini.

Sambil menolak beberapa perkara yang ditunjukkan oleh blog berkenaan, Liu berkata, wujud kesilapan yang cukup ketara termasuk perbelanjaan bagi program yang dijalankan pada Januari dan Februari tahun lalu.

Pilihan raya umum diadakan Mac 2008.

Banyak aspek yang digambarkan oleh blog berkenaan adalah sesuatu yang sengaja "dibuat", antaranya pembelian hamper bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seberang Perai, Pulau Pinang.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil berat soal peruntukan kerajaan untuk bahagian DUN Sungai Pelek, Liu berkata, ada ADUN yang dikhaskan untuk menyedia kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional.

"Ini diputuskan oleh Exco Kerajaan Negeri kerana kami tidak percayai ADUN Barisan Nasional," katanya.

Liu juga menjelaskan sebab ahli Majlis Perbandaran Sepang, Wong Chuan How merupakan penerima kebanyakan bayaran di DUN Sg. Pelek.

"Wong bukan merupakan kontraktor. Kadangkala cek dihantar kepada pusat khidmat saya terlebih dahulu dan Wong merupakan pemilik akaun bagi pusat khidmat saya.

"Ini berlaku apabila kami tidak boleh mengeluarkan cek secara langsung seperti bayaran bagi makanan, kanopi dan sistem PA," katanya.

Wong yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau juga merupakan pembantu khas kepada Liu bagi kawasan Sungai Pelek dan Setiausaha DAP Cawangan Sungai Pelek.

Sahabat baik Teoh dipanggil beri keterangan semula

SHAH ALAM: Woo Chuan Sing, saksi dalam siasatan kes kematian Teoh Beng Hock, dipanggil semula oleh polis untuk dirakamkan kenyataannya berhubung percanggahan dalam laporan sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia.

Peguam Lim Lip Eng, yang mewakili Woo, berkata anak guamnya memberitahu media pada Khamis lepas bahawa kali terakhir beliau bercakap dengan Teoh ialah pada pagi 15 Julai, apabila setiausaha politik itu menerusi perbualan telefon meminta beliau supaya menjadi pengapit pada hari perkahwinannya.

"Bagaimanapun, laporan sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia memetik Woo sebagai berkata beliau bercakap dengan Teoh pada 16 Julai, iaitu hari dia ditemui mati di Plaza Masalam," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Woo memberi semula keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dekat sini semalam.

Lim berkata polis sepatutnya mendapatkan penjelasan berhubung sebarang keraguan menerusi telefon dan bukannya meminta anak guamnya datang semula memberi keterangan. "Polis tidak memanggil wartawan dari akhbar terbabit untuk memperjelaskan fakta berita itu," katanya.

Woo, sahabat karib Teoh ketika mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaaan Malaysia, merupakan antara lapan orang lagi yang dipanggil polis untuk dirakamkan kenyataan mereka bagi membantu siasatan berhubung kematian Teoh, yang mayatnya ditemui di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai.

Mereka dipercayai antara orang terakhir yang telah menghubungi, sama ada menerusi SMS atau panggilan telefon, kepada Teoh sebelum mayatnya dijumpai kira-kira 1.30 tengah hari pada 16 Julai, beberapa jam selepas beliau disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyalahgunaan dana negeri Selangor. BERNAMA

Bekas naib presiden MIC serta PKR

Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.

Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 72, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 12 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.

Beliau mendakwa pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 2,500 ahli MIC yang melompat menyertai PKR.

"Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Subramaniam menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.
- Malaysiakini

Saturday, July 25, 2009

Kiraan terakhir sahkan Yudhoyono kekal presiden

JAKARTA: Pengiraan terakhir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) mengesahkan Dr Susilo Bambang Yudhoyono kekal sebagai Presiden Indonesia.

Keputusan pilihan raya presiden yang diumumkan semalam melalui laman web suruhanjaya itu menunjukkan Dr Yudhoyono memperoleh 60.8 peratus undi, dua kali ganda berbanding saingan terdekatnya.

Keputusan akhir yang dikeluarkan itu adalah sama dengan pengiraan segera awal bulan ini.

Dr Yudhoyono akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober ini dan akan berkhidmat selama lima tahun lagi sehingga 2014.

Mantan Presiden, Cik Megawati Sukarnoputri, menduduki tempat kedua dengan memperoleh 26.7 peratus undi, diikuti oleh Naib Presiden, Encik Jusuf Kalla, yang mengetuai parti Golkar, dengan 12.4 peratus undi.

Sebanyak 121 juta undi dikira berdasarkan pilihan raya presiden yang diadakan pada 8 Julai lalu.

Namun, calon yang kalah membantah keputusan rasmi itu.

Kenyataan KPU turut menyebut pemerhati dari kem Encik Kalla meninggalkan bilik penjumlahan selepas tengah hari kelmarin sambil mengadu senarai pemilih yang tidak sempurna akan menjejaskan keputusan.

Mereka kemudian menghantar nota kepada ketua KPU menggesa penjumlahan undi dihentikan.

Wakil Cik Megawati pula enggan memasuki bilik pengiraan untuk menyaksikan keputusan ketika ia dijumlahkan.

Akhbar The Jakarta Globe melaporkan Dr Yudhoyono memenangi 28 daripada 33 wilayah manakala Encik Kalla memenangi empat dan Cik Megawati satu.

Pentadbiran Dr Yudhoyono bagaimanapun berdepan dengan krisis rasuah apabila Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) menyoal siasat Menteri Dalam Negeri, Encik Mardiyanto, semalam.

Encik Mardiyanto disoal siasat berhubung kes rasuah pembekalan kereta bomba bagi pentadbiran wilayah beberapa tahun lalu.

Jurucakap KPK, Encik Johan Budi, berkata Encik Mardiyanto akan disoal siasat dalam kapasitinya semasa menjadi gabenor Jawa Tengah dulu.

'Kumpulan penyiasat KPK akan menyoalnya sebagai saksi kes rasuah dan cuba mendapatkan maklumat bagi melengkapkan fail kes Encik Oentarto Sindung Mawardi, bekas pengarah besar autonomi wilayah di Kementerian Dalam Negeri yang dinamakan sebagai suspek kes tersebut,' katanya.

Menurutnya, KPK turut akan menyiasat Encik Hadi Purnomo, atas kapasitinya sebagai setiausaha wilayah Jawa Tengah dan Encik Warsono, ketua pejabat kebajikan rakyat Jawa Tengah.

Encik Oentarto telah dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah pembekalan kereta bomba di beberapa wilayah di negara itu.

Menurut Encik Oentarto, mantan Menteri Dalam Negeri, Encik Hari Sabarno, turut terlibat. -- Agensi.