Pages

Tuesday, June 30, 2009

KLIP VIDEO INTIM TERSEBAR

KALAU dah namanya era canggih, apa-apa pun boleh tersebar sekelip mata.

Di Indonesia kini, heboh tentang klip video intim sepasang kekasih yang dikatakan mirip penyanyi, Pasha (Ungu) dan pelakon sinetron, Alyssa Soebandono. Mereka kelihatan bercumbu mesra.

Sewaktu dihubungi laman KapanLagi, Alyssa menolak bahawa wanita dalam video itu adalah dirinya. Begitu juga Pasha yang kuat membantah dengan menyatakan orang yang menyebar klip itu hanyalah 'orang gila'.

'Saya belum tahu dan belum lihat videonya seperti apa. Jadi belum bisa beri komentar,' kata Pasha ketika ditemui di Studio Penta, selepas menjayakan program Metal.

'Enggak benar semua itu. Saya enggak pernah berciuman dengan wanita lain selain mantan isteri saya.

'Keluarga saya pastinya sudah mendengar khabar ini dan mereka sangat resah sekali kerana semua ini enggak benar. Tapi saya yakin mereka menyokong saya. Mereka tahu siapa saya dan percaya kepada saya,' tambah penyanyi popular itu.

Secara umum, beliau akui terganggu dengan perkembangan terkini itu kerana khuatir hubungan baiknya dengan Alyssa juga terganggu.

'Saya sangat terganggu sekali. Ini hanya pekerjaan orang gila. Saya belum ngomong dengan Alyssa atau ibunya kerana belum lihat videonya. Tapi dengan isu ini, tentunya hubungan saya dengan dia jadi enggak enak,' jelasnya.

Lalu, apakah Pasha akan mengambil tindakan lanjut?

'Saya belum tahu. Kita lihat saja nanti. Yang pasti saya merasa dirugikan sekali dengan isu seperti ini. Lagi pun, lelaki dalam klip itu bukan saya,' ujarnya lagi.

SEKILAS - DUNIA

Saudi ada terlalu ramai ulama

RIYADH: Pasaran buruh Arab Saudi tidak memerlukan lebih banyak siswazah pengajian Islam kerana negara itu sudah terlalu ramai ulama, kata Encik Mohammed Ali al-Hazaa, seorang ketua di Universiti Jazan di selatan Arab Saudi.

Kenyataannya dijangka mencetuskan tengkarah di kalangan institusi agama negara itu yang menentang usaha pembaharuan bagi mewujudkan sebuah negara moden dan memerangi ideologi militan. -- Reuters.

Penghulu, guru ditemui mati

BANGKOK: Polis Thai berkata beberapa suspek dipercayai daripada kumpulan pemisah telah menembak mati seorang ketua kampung dan seorang guru wanita di wilayah selatan Thailand yang sedang bergolak.

Sarjan Polis Sarawut Suwanmanee berkata Encik Mayuso A-dae, ketua kampung di wilayah Yala, ditembak pagi semalam, manakala mayat Cik Sunee Kaewkongtham ditemui di Narathiwat beberapa jam kemudian. -- AP.

Ganjaran berkas ketua Taleban

ISLAMABAD: Pemerintah Pakistan semalam mengumumkan ganjaran bagi maklumat sehingga tertangkap atau terbunuhnya 11 pemimpin kumpulan Taleban di Pakistan, termasuk ketuanya, Baitullah Mehsod.

Ganjaran 50 juta rupee itu diumumkan dalam iklan sebuah akhbar semalam. -- Agensi.

Iraq batalkan cuti polis

BAGHDAD: Iraq telah membatalkan cuti kesemua anggota polisnya dan meletakkan mereka dalam keadaan berwaspada menjelang penarikan semula askar-askar Amerika Syarikat dari Iraq pada akhir bulan ini.

Pengunduran itu dianggap penting bagi Iraq memulihkan kedaulatannya sejak serangan Amerika bagi menggulingkan bekas presiden Saddam Hussein sekitar enam tahun lalu. -- Reuters.

BARANG PENINGGALAN RAJA POP SIAP DILELONG

WASHINGTON: Seperti mendiang Elvis Presley sebelumnya, Michael Jackson juga kini mendapat tempat paling atas dalam carta sejurus selepas kematiannya, sama seperti ketika beliau masih hidup.

Malah, 'Raja Pop' itu kini menyaingi 'Raja Rock n Roll' itu dalam satu lagi kategori - jumlah penjualan barang-barang peninggalan dan kenangan yang dikaitkan dengan beliau.

Lebih 45,000 barangan yang dikaitkan dengan Michael Jackson ditawarkan untuk dijual dalam talian semalam di laman web, eBay.com, selang dua hari selepas kematian penyanyi itu pada usia 50 tahun di rumahnya di Beverly Hills.

Tawaran itu termasuk nama-nama domain laman web seperti michaeljacksonmemorial.com pada harga sehingga AS$1 juta ($1.5 juta) atau lebih, hinggalah kepada salinan akhbar-akhbar Amerika Syarikat yang memaparkan laporan muka pertama berhubung kematian beliau dengan harga serendah AS$0.99.

Daripada barangan yang ditawarkan untuk dijual, hampir 17,500 adalah rakaman muzik bintang pop itu dan 17,000 lagi adalah pelbagai barangan peninggalan dan kenangan beliau.

Laman utama eBay mempamerkan satu kategori khas, 'Memperingati Raja Pop', yang menawarkan barangan kenangan, muzik, autograf dan rakaman rekod penyanyi itu.

Barang-barang yang dijual secara langsung atau dilelong, termasuk poster-poster Michael Jackson, anak patung, bekas tiket, program konsert, akhbar, majalah, beg, pin, lencana, pelekat, kemeja-T, dan beberapa jenis pakaian lain.

Dan sudah pasti lelong itu merangkumi ribuan album Michael Jackson.

Malah, sarung tangan putihnya, yang juga merupakan undangan ke 'temasya Michael Jackson', turut ditawarkan pada harga AS$50,000.

Hasil lelongan itu wang itu dikatakan bakal disalurkan kepada sebuah rumah anak-anak yatim di Kyrgyzstan. -- AFP.

IRAN TAHAN 8 KAKITANGAN DI KEDUTAAN BRITAIN

TEHERAN: Iran menahan lapan kakitangan tempatan di kedutaan Britain di Teheran atas dakwaan memainkan peranan dalam rusuhan selepas pilihan raya, kata satu laporan agensi berita Fars semalam.

Iran telah berulang kali mendakwa bahawa Britain sengaja mencetuskan pergolakan dan memporak-perandakan negara itu di tengah-tengah tengkarah keputusan pilihan rayanya 12 Jun lalu.

Pada pilihan raya itu, Presiden Mahmoud Ahmadinejad kembali berkuasa.

Satu sumber yang rapat dengan kedutaan Britain memberitahu agensi berita AFP bahawa penahanan itu berlaku kelmarin.

Sementara itu, calon presiden Iran yang kalah, Encik Mehdi Karroubi, semalam meminta satu panel bebas menyiasat beberapa perkara yang tidak kena dalam pilihan raya yang dipertikaikan itu.

'Jika satu panel bebas dibentuk oleh Majlis Penjaga dengan tanggung jawab penuh untuk menyiasat semua aspek pilihan raya, saya akan mengalu-alukannya dan mencalonkan wakil saya,' kata Encik Karroubi dalam suratnya kepada majlis itu yang disiarkan akhbar Etemad Melli.

Majlis Penjaga itu, sebuah badan pengawas pilihan raya Iran, telah membentuk satu panel untuk menjalankan pengiraan semula sebahagian kotak undi pilihan raya itu. -- AFP.

Monday, June 29, 2009

Najib Berhelah

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata, jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan.

"Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain.

"Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelawaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan supaya beliau berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Pelatih PLKN Kem Guar Chenderai ditemui mati

KANGAR: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati di tempat tidurnya di Kem Guar Chenderai, Padang Besar awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Che Man Md Deros, yang ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini berkata, Abdul Malik Ishak, 18, disedari telah mati pada jam 5.45 pagi ketika rakan sebiliknya cuba mengejutkannya untuk solat Subuh.

Pelatih berasal dari Kampung Kampung Relong, Sik, Kedah mendaftar memasuki kem itu kira-kira dua minggu lalu. Katanya, mayat Abdul Malik telah dibawa ke HTF dan hasil bedah siasat menunjukkan kematiannya bukan disebabkan perbuatan khianat.

"Selain bedah siasat oleh HTF, anggota forensik Hospital Tuanku Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah juga turut menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Che Man berkata, pada masa ini kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada tanda wujudkan perbuatan jenayah.

Katanya, mangsa belum lagi menjalani kegiatan lasak sejak menyertai kem kerana dalam tempoh dua minggu lalu, kem itu hanya menjalankan kerja-kerja pentadbiran.

Bapa mangsa, Ishak Sudin, 59, berkata, anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu amat gembira untuk menyertai latihan itu selepas menerima surat tawaran beberapa minggu lalu.

"Saya tidak menggalakkannya kerana dia tidak begitu sihat dan menghidap lelah," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berharap orang ramai dan media massa tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian pelatih itu.

Beliau yang turut menziarahi jenazah Abdul Malik berkata, pelatih berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan berdasarkan borang deklarasi kesihatannya yang diisi sendiri oleh pelatih.

"Ini adalah kes pertama tahun ini bagi siri ketiga PLKN. Kita memahami apa sahaja pampasan ia tidak akan sama nilainya dengan kepergian Allahyarham," katanya.

Dr Abdul Latiff turut menunaikan solat jenazah di HTF bersama-sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mengenai prosedur deklarasi kesihatan pelatih PLKN, beliau berkata ia akan diteruskan seperti biasa dan tiada cadangan untuk diganti.

Melalui prosedur itu, setiap pelatih PLKN perlu mengisi borang deklarasi kesihatan dan jika mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai pengidap penyakit berbahaya termasuk epilepsi, mereka boleh memohon pengecualian daripada mengikuti latihan. - Bernama

Sunday, June 28, 2009

PKR ulangi pendirian mansuhkan PPSMI

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Kita sekali lagi ulangi desakan ini. Kita tuntut Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin, jangan lengah-lengahkan lagi dan laksanakan segera dasar pendidikan kebangsaan dengan mengembalikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mendaulatkannya sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan kita.

"Kita minta mereka (kerajaan BN) kembali mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dalam Bahasa Melayu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata parti itu turut menggesa kerajaan BN, mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil dalam bahasa ibunda masing-masing.

Menurutnya, perkara tersebut telah menjadi satu kontroversi sejak memberi kesan negatif apabila berlakunya kemerosotan serius dalam penguasaan Sains dan Matematik di kalangan pelajar yang di luar bandar.

"Ini kami anggap pengkhianatan terhadap dasar bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini," katanya.

Mingglu lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan mengenai PPSMI akan diumumkan awal bulan depan selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada Kabinet.

Menurut Muhyiddin, analisis menyeluruh dan kertas mengenai hala tuju PPSMI sudah siap dan akan dibentangkan kepada Kabinet untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Anwar yang Ketua Pembangkang di Parlimen berkata PKR bersetuju dengan cadangan kerajaan BN untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah terutamanya di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi.

"Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan penguasaan guru-guru Bahasa Inggeris terutamanya di kawasan pendalaman.

"Tapi kita ingin beri amaran kepada BN jangan melakukan kesilapan besar untuk mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris di peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) secara terburu-buru kerana ini akan membebankan pelajar di sekolah luar bandar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata berharap kerajaan telus dalam melaksanakan dasar memberikan biasiswa nasional yang berdasarkan sepenuhnya kepada merit.

"Mereka (kerajaan BN) harus ada program yang mengambil kira hak semua rakyat mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing. Di samping itu, kita harus membantu rakyat miskin yang terpinggir, golongan seperti ini harus dibantu," katanya ketika diminta mengulas mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu pemberian biasiswa berasaskan kepada merit mulai tahun depan.

Semalam, Najib berkata biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.

H1N1: Johor catat kes ketiga

JOHOR BAHARU: Johor merekodkan kes ketiga Influenza A (H1N1) yang dialami pelajar perempuan berumur 20 tahun yang baru kembali dari Melbourne, Australia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohd Khairi Yaakub berkata pelajar tersebut menaiki pesawat AirAsia penerbangan D2723 yang mendarat di Terminal Tambang Murah di Sepang pada Rabu lepas.

"Dia kemudian ke rumah bapa saudaranya di Shah Alam, Selangor dan pulang ke Johor Baharu dengan bas ekpres dua hari lalu, sebelum dijemput bapanya ke rumah mereka di Kota Tinggi," katanya.

Dr Mohd Khairi berkata pelajar tersebut mengalami demam dan batukbatuk pada hari yang sama sebelum dibawa untuk mendapat rawatan dan seterusnya dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah.

Ujian H1N1 ke atasnya didapati positif hari ini.

Beliau berkata ahli keluarga pelajar tersebut turut dikuarantin di rumah mereka sementara Jabatan Kesihatan Selangor telah dihubungi tentang kontak pesakit dengan bapa saudaranya di Shah Alam.

Dr Mohd Khairi berkata dua lagi pengidap H1N1 di Johor dilaporlan stabil dan sedang sembuh. BERNAMA

Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kemelut politik kedua-dua parti.

"Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz)," katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang ingin mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut.

"Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.

"Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai," katanya. Kelmarin, pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai yang juga Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah dinamakan sebagai calon parti itu.

Manek Urai: Tuan Aziz Tuan Mat calon BN

KUALA KRAI: Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, pada satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di sini.


Pindaan perlembagan Umno sia-sia jika ahli rasuah

BENTONG: Cadangan meminda perlembagaan Umno yang bertujuan mewujudkan sistem pemilihan lebih telus dan terbuka tidak akan memberi makna jika ahli Umno masih mengamalkan rasuah ketika pemilihan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyambut baik cadangan itu, beliau berkata, perubahan positif yang diharapkan berlaku dalam pemilihan parti bergantung kepada sikap ahli Umno.

“Ia cadangan yang baik tetapi pasti akan ada orang yang cuba beli (undi) juga. Maka, akhirnya, sikap ahli Umno lebih penting. Ini adalah kali ketiga perlembagaan Umno akan dipinda untuk mengelak rasuah ketika pemilihan.

“Sekiranya ahli Umno masih bersikap mengutamakan wang berbanding kepentingan parti, bangsa, agama dan negara, apa pindaan pun tidak akan mendatangkan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada 300 ahli Umno Bahagian Pandan yang mengikuti Kursus Percambahan Minda dan Jatidiri di Janda Baik, semalam.

Biasiswa nasional terbuka pada semua

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pemberian biasiswa kerajaan yang akan dikenali sebagai biasiswa nasional ditawarkan berdasarkan 100 peratus merit tanpa mengira kaum, kata Datuk Seri Najib Razak.

“Sekiranya pelajar benar-benar layak berdasarkan keputusan terbaik, maka tanpa mengira kaum atau keturunan, mereka akan dapat biasiswa dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kerajaan akan umum pada tahun depan dan kita akan buat pada tahun depan kerana Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan had jumlah subjek bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini adalah hasrat kerajaan untuk mendahulukan kepentingan rakyat dengan mengambil kira pertimbangan rakyat,” katanya berucap pada majlis makan malam anjuran MCA dan persatuan komuniti Cina sempena pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Muhyiddin; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Timbalannya, Datuk Dr Chua Soi Lek dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sementara itu, Najib yakin masyarakat Cina akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya keperluan mereka dipertimbangkan dan dipenuhi seperti dalam aspek Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan pengiktirafan kepada empat ijazah dari universiti terkemuka di China.

Keluarga Jackson mahu bedah siasat kedua

LOS ANGELES: Keluarga Michael Jackson berkumpul di rumah ibu bapa mereka di Los Angeles untuk mengurus pengkebumian Raja Pop itu ketika mereka dilaporkan mahukan bedah siasat kedua yang bebas.

Bapa penghibur itu, Joseph, mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kematian anaknya itu “satu daripada detik hitam dalam hidup kami" dan menggesa peminat tidak bersedih.

Mayat Jackson dipulangkan kepada keluarga pada malam Jumaat selepas pemeriksaan oleh pejabat koroner Los Angeles County gagal menentukan punca kematian penghibur berusia 50 tahun itu sementara menunggu hasil ujian toksikologi yang mengambil masa berminggu-minggu.

Sementara itu, peguam Dr Conrad Murray berkata ahli perubatan itu bersetuju menjawab soalan detektif polis.

Bill Stradley berkata, andaian bahawa Dr Murray cuba menyembunyikan diri daripada polis adalah tidak benar.

“Dr Murray bermaksud untuk bekerja sama dengan penyiasat ketika mereka cuba merongkai apa yang berlaku," katanya. - Reuters

Apartmen 13 tingkat di Shanghai rebah, seorang maut

BEIJING: Media kebangsaan China, berkata bangunan apartmen 13 tingkat yang masih dalam pembinaan di Shanghai tumbang dalam keadaan dan meragut nyawa seorang pekerja binaan.

Siaran video yang disiarkan CCTV, menunjukkan keseluruhan bangunan itu rebah di sebelah tepinya.

Agensi berita rasmi Xinhua, berkata pekerja binaan berusia 28 tahun yang dikenali dengan nama keluarga Xiao, memasuki bangunan itu untuk mengambil peralatannya dan cuba keluar dari tingkap apabila bangunan itu tumbang.

Mangsa berasal dari wilayah Anhui di timur China.

Ia berlaku awal pagi tadi di komuniti kediaman “Lotus Riverside” di daerah Minxing.

Xinhua berkata, punca kemalangan masih disiasat. - AP

Wisma Putra buka pejabat cawangan di Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Wisma Putra akan membuka dua pejabat cawangannya di Sabah dan Sarawak bagi menyediakan khidmat konsul.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata pejabat di Kota Kinabalu serta Kuching diwujudkan bagi kemudahan penduduk Sabah dan Sarawak yang pada masa ini terpaksa melakukan perjalanan ke Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan khidmat Wisma Putra.

Katanya, beliau sudah pun memaklumkan kepada kedua-dua Ketua Menteri (Sabah dan Sarawak) mengenai rancangan untuk membuka pejabat cawangan itu dan kedua-dua pemimpin itu gembira dengan perkembangan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas menganjurkan jamuan tengah hari bagi meraikan 105 diplomat Malaysia yang menghadiri Persidangan Ketua-ketua Perwakilan yang bermula di Kuala Lumpur pada 18 Jun dan berakhir di Kota Kinabalu, semalam.

Anifah berkata, pejabat cawangan itu akan menghulurkan bantuan kepada pejabat protokol yang berkenaan dalam perkara berkaitan lawatan kenamaan asing ke kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata, ruang pejabat yang bersesuaian sudah pun dikenal pasti untuk penubuhan pejabat cawangan di kedua-dua ibu negeri itu dan di Sabah, pertimbangan dibuat bagi menempatkannya di pejabat pentadbiran persekutuan di Likas.

Kepada soalan mengenai tarikh pelantikan duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Anifah berkata, kerajaan menjangkakan Washington memberi kelulusan dalam masa tiga hingga empat minggu lagi.

Ditanya sama ada ketiadaan seorang duta menjadi penghalang kepada hubungan dua hala, terutamanya dalam rundingan kedua-dua negara untuk menyerahkan kembali dua rakyat Malaysia yang ditahan di Teluk Guantanamo, Anifah berkata, ia bukan satu masalah memandangkan perkara itu sudah pun dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Barack Obama.

"Saya fikir jika mereka (Amerika Syarikat) menyelesaikan perkara itu, mereka akan memaklumkan kepada kita. Kita akan berhubungan dengan Jabatan Negara (AS) untuk melihat kemajuannya," katanya sambil menambah Malaysia bersedia menerima kedua-dua tahanan itu, dan jika perlu, akan mengadakan siasatan lanjut, atas apa jua dakwaan yang dikenakan. - Bernama

MB Cadang KUIS Wujudkan Pengajian Diploma Pengurusan Masjid

SHAH ALAM, 27 Jun - Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyarankan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) mewujudkan pengajian peringkat Diploma Pengurusan Masjid kepada pelajarnya.

Beliau berkata, saranan mewujudkan kursus itu bertujuan memantapkan institusi ibadah tersebut dengan pengurusan yang lebih profesional.

Katanya, antara modul yang boleh diberi perhatian seperti aspek kerohanian dan jasmani, pengurusan hartanah masjid, perakaunan dan pemasaran masjid.

“Dengan itu Kuis akan dapat melahirkan lulusan yang cekap dalam menguruskan masjid sebagai sebuah institusi yang menjadi pusat merancang, mengurus dan mentadbir kariah setempat”,katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid Negeri Selangor 2009 di Dewan Jubli Perak di sini, pagi tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Ali, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato’ Setia Mohammed Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Mohammed Khusrin Munawi.

Bersempena dengan konvesyen dua hari itu, Abdul Khalid turut menyampaikan watikah pegawai dan jawatankuasa masjid kepada Orang Besar Daerah seluruh Selangor.

Turut dilancarkan hari ini, portal E-Masjid yang membolehkan penyaluran maklumat atau interaksi maya antara Jabatan Agama Islam Selangor dengan semua masjid di negeri ini.

“Maklumat -maklumat yang boleh dicapai terus melalui E-Masjid termasuklah khutbah Jumaat, penghantaran laporan kewangan masjid,program-program pengimrahan masjid dan lain-lain”,kata Dato’ Mohammed Khusrin ketika berucap pagi tadi.

160 Kilang di Telok Gong Masih Berstatus Tanpa Kebenaran

SHAH ALAM, 26 Jun - Kerajaan negeri masih meneruskan Dasar Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran di beberapa kawasan di Selangor dengan mengarahkan setiap premis atau kilang terlibat memutihkan segera operasi mereka.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama persatuan pengusaha kilang Telok Gong, wakil Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Menurutnya, sehingga hari ini terdapat 160 buah kilang di kawasan Teluk Gong masih beroperasi secara haram atau tanpa kebenaran.

“Pembinaan kilang dikawasan Telok Gong sudah bermula sejak 1980 namun sehingga ke hari ini masalah tersebut belum selesai”,katanya kerajaan negeri memandang serius isu tersebut.

Ean berkata daripada 180 kilang yang beroperasi dikawasan itu disitu hanya 20 kilang sahaja mempunyai sijil layak menduduki (CF).

“Oleh sebab itu kita menggesa semua kilang terbabit segera membuat permohonan pertukaran kategori dan syarat nyata tanah pertanian kepada industri”, katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut meminta kilang berkenaan mendaftar di bawah program pemutihan kilang haram.

“Apabila ingin memutihkan kawasan tersebut, kita mahu mereka bekerjasama dengan kita menerusi Sumbangan Infrastruktur atau Sumbangan Infra”,katanya sumbangan tersebut akan digunakan untuk membina infrastruktur seperti longkang dan jalan.

Tambah Ean, sumbangan akan dikira berdasarkan kaki persegi kilang.

“Pihak persatuan mencadangkan 75 sen untuk per kaki persegi”, katanya kira-kira 3,000 kilang di Selangor masih berstatus haram(tanpa kebenaran).

Jejak Noordin M Top Terendus

Buron nomor wahid Noordin Moh Top terendus di Cilacap, Jawa Tengah. Anggota Detasemen Khusus 88 Mabes Polri sudah dua minggu berada di kabupaten sekitar gunung Slamet itu. Mereka sekarang sedang mencari seseorang bernama Bahrudin Latif alias Baridin (55), warga Desa Pasuruhan, Kecamatan Binangun, Cilacap, Jawa Tengah.

Baridin adalah paman ipar Saefudin Zuhri alias ustad Jahuri yang diringkus Ahad (21/06) di Danasri Lor, Nusawungu, Cilacap. Sejak penangkapan Saefudin itu Baridin menghilang.

Densus sempat memburu sampai Yogyakarta karena Baridin juga punya rumah di daerah Kumendaman, Yogyakarta, namun nihil. Karena itu, personel kesatuan elit berlambang kepala burung hantu itu kini kembali menyusur Cilacap sampai Purbalingga.

Tim dipimpin langsung Wakil Kepala Densus 88 Mabes Polri Kombes M. Syafii. Mantan Kapolresta Tangerang itu mengendalikan tiga kelompok pemburu yang dibekali senjata lengkap.


Baridin sehari-hari berprofesi sebagai pengasuh pondok pesantren Al Muaddib, Binangun, Cilacap, Jawa Tengah. Pondok pesantren putri itu dikelola oleh keluarga Baridin sejak tiga tahun yang lalu. Baridin dinilai menjadi kunci pokok menuju Noordin Moh Top. Kolega Azhari Husein itu sudah diburu polisi selama tujuh tahun. Pada 29 April 2006, jejak Noordin sempat terendus di Wonosobo.


Empat orang teroris di Wonosobo itu adalah Abdul Hadi alias Bambang alias Bahrudin Saleh. Dia tangan kanan Noordin M Top dan Dr Azhari yang mampu merakit bom dan terlibat pengeboman di berbagai lokasi. Kemudian Jabir alias Mujabir yang terlibat pengeboman di Kedubes Australia. Keduanya tewas dalam penggerebekan.


Selanjutnya Solahudin alias Supri yang terlibat dalam peledakan bom Atrium Senen, dan Muhtafirin yang merupakan kurir kepercayaan Noordin. Dua orang itu yang dipercaya sebagai pintu Densus untuk mencokok Saefudin Zuhri.


Baridin diduga kuat mengetahui jaringan Noordin. Bahkan, dia mempunyai menantu laki-laki misterius yang tidak pernah bersosialisasi dengan masyarakat setempat suami Arina, putrinya itu juga menghilang sejak penangkapan Saefuddin.


Warga sekitar ponpes Al Muaddib menyebut, keluarga Baridin agak ekslusif. Mereka tidak bersosialisasi secara wajar dengan warga sekitar. Jika benar Noordin adalah menantu Baridin, langkah Densus 88 itu akan mengakhiri pelarian warga Malaysia yang pintar merayu pengikut itu.
Noordin memang lihai berkelit. Dia pernah lolos dalam penyergapan Bandung 2003. Saat itu, Noordin sempat lari dari plafon atas rumah kontrakannya. Saat penggerebegan Azahari Husein 9 November 2005 di Malang, Noordin juga tak ada.


Pada Minggu 21 Juni 2009 lalu Densus 88 juga menangkap SZ warga Kecamatan Nusawungu, Cilacap, Jawa Tengah dan dua orang yang diduga warga negara Singapura, Husaini Ismail dan Samad.


Husaini Ismail diketahui sebagai kawan tersangka terorisme, Mas Selamat Kastari, yang ditangkap Kepolisian Malaysia pada 1 April 2009. Kastari adalah salah satu pimpinan Kelompok Jemaah Islamiyah berkebangsaan Singapura. Ia dituding terlibat dalam berbagai kasus teror terhadap sejumlah gedung pemerintah di Singapura pada 2001.


Belum ada konfirmasi resmi dari Mabes Polri soal pengejaran ini. Tapi, Kapolri Jenderal Bambang Hendarso Danuri memberi sinyal akan ada tangkapan besar terkait terorisme.


Kepala Badan Reserse Kriminal Mabes Polri Komjen Susno Duadji tak ingin media berspekulasi. ”Kalau yang diperiksa mereka (Densus 88), ada laki-laki, ada perempuan,” kata Susno.


Mantan Kapolda Jawa Barat itu meminta masyarakat tak serta-merta mencap orang-orang yang dibawa dan diperiksa Densus 88 sebagai teroris. ”Mereka belum tentu teroris,” tambah dia. Sebelumnya, Susno mengatakan bisa jadi orang-orang yang diperiksa Densus 88 di tempat rahasia adalah saksi atau yang mengetahui di mana keberadaan teroris.


Ditemui di Hotel Mulia, Senayan, Kapolri Jenderal Bambang Hendarso Danuri juga meminta media bersabar. Dia meminta media tidak terlalu banyak mencari tahu soal teroris, untuk mengantisipasi hilangnya jejak komplotan ”Tolong jangan tanya, takutnya nanti buyar. Terorisme dengan kriminal biasa itu beda,” ujarnya.


Jenderal asal Bogor itu menjelaskan, untuk mengatasi kasus teroris, kepolisian juga memiliki strategi khusus. Karakter pidana teroris itu yakni bila ada satu kasus mencuat, maka akan ada aksi susulan untuk menghadapi yang lain. ”Insya Allah doakan akan ada yang spektakuler kita dapatkan. Kami tidak pernah berhenti untuk masalah teror,” ujarnya.

MIC - Palanivel Bidas Subramaniam

PUTRAJAYA, 27 Jun -- Timbalan presiden MIC, Datuk G. Palanivel membidas bekas timbalan presiden parti itu Datuk S. Subramaniam yang melabel beliau hanya berupa bayang-bayang dengan berkata Subramaniam perlu membuktikan pula kejayaan yang dilakukannya semasa memegang jawatan itu.

Palanivel, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempertahankan dirinya dengan berkata ahli politik yang memainkan peranan sebagai bayang-bayang akhirnya akan muncul untuk membayangi yang lain.

"Beliau (Subramaniam) menggelar saya sebagai bayang apabila saya memegang jawatan timbalan presiden, baru hanya tiga tahun. Apa pula yang beliau lakukan apabila memegang jawatan timbalan presiden sejak 1981, lebih daripada dua dekad.

"Beliau tidak pun mempunyai keberanian seperti Datuk M. Muthupalaniappan yang mahu mencabar jawatan presiden," kata Palanivel dalam satu kenyataan Sabtu.

Semalam Subramaniam dilaporkan sebagai berkata, seseorang timbalan parti itu perlu memainkan peranan yang positif kepada parti, masyarakat dan negara dan timbalan tidak boleh berlindung di bawah tempat berteduh (presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu).

Subramaniam dikatakan membuat kenyataan itu semasa merasmikan mesyuarat agung ke-24 Persatuan Kooperatif Pelbagaiguna Nesa di Kuala Lumpur.

Subramaniam ditewaskan oleh Palanivel untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan tahun 2006, selepas Samy Vellu secara terbuka menyokong Palanivel.

Kini timbul lagi spekulasi bahawa Samy Vellu akan terus menyokong Palanivel pada pemilihan parti September tahun ini, walaupun beliau berkata beliau tidak akan menyokong mana-mana calon.

Anggota perwakilan bahagian MIC memang diketahui akan sentiasa mengundi mana-mana calon yang disokong presiden parti.

Selain daripada Subramaniam, seorang lagi calon yang dikatakan berminat untuk merebut jawatan timbalan presiden ialah Datuk S. Sothinathan yang kini menyandang jawatan naib presiden.

"Dengan menyifatkan saya sebagai hanya bayang, adakah beliau (Subramaniam) menganggap diri beliau sebagai bukan bayang. Jika tidak, mengapa beliau tidak bertanding merebut jawatan presiden pada pemilihan presiden Mac ini," kata Palanivel.

Mereka yang cuba menikam dari belakang akan ditolak oleh perwakilan, tambahnya.

"Inilah apa yang berlaku semasa pemilihan jawatan timbalan presiden pada 2006 di mana bayang-bayang seperti saya mampu menewaskan beliau apabila penyokong presiden menolak beliau (Subramaniam).

Palanivel berkata Subramaniam perlu buktikan apa yang beliau telah lakukan semasa memegang jawatan timbalan presiden parti selama lebih 20 tahun, daripada melahirkan kekecewaan dan melabel orang lain.

"Saya mempunyai perjalanan yang baik selama dua dekad dalam MIC dan telah menggunakannya untuk memahami dan berhubung rapat dengan akar umbi menerusi pelbagai program yang melibatkan mereka yang kurang bernasib baik di kalangan masyarakat India.

"Kedudukan saya hingga menjadi salah orang pemimpin tertinggi MIC bukan diberi tetapi sesuatu yang saya capai hasil kerja kuat saya. Kejayaan saya hari ini merupakan hasil sokongan akar umbi di samping sokongan presiden parti," kata Palanivel.

-- BERNAMA

Macau Punyai Pusat Sejarah Unik

MACAU, 25 Jun-- Macau, yang terletak di Wilayah Guangdong, China, bukan sahaja terkenal dengan kasino malahan tarikan sejarah khususnya peninggalan Portugis.

Dan tidak hairanlah, kota ini memiliki sebuah Pusat Sejarah Macau yang tersenarai dalam Tapak Warisan Dunia ke-31 di China dan menjadi daya tarikan kepada pelancong.

Keunikan yang terdapat di pusat sejarah ini ialah sebuah kota kuno yang mengandungi antaranya bangunan gereja lama, gedung bersejarah, kuil dan tembok kota lama.

Elemen bersejarah ini menjadikan adunan kota lama dan pembangunan pesat dalam perindustrian terutama kemunculan pusat peranginan serta bangunan kasino memeriahkan lagi tarikan pelancongan di Macau.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai Macau ketika penulis menyertai kumpulan media dari Sabah dan Sarawak menerokai kota Macau atas jemputan Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau baru-baru ini.

TEROKA SEJARAH KOTA MACAU

Lawatan ke sebahagian bangunan lama yang terdapat di Pusat Sejarah Macau antaranya Ruins of St.Paul, Kuil Na Tcha, Tembok Kota Lama, Senado Square, Bangunan Leal Senado, Gereja St. Lawrance (dibina pada 1858) dan Gereja St. Joseph (1758), memberi peluang untuk menerokai sejarah Macau.

Ruins of St.Paul merupakan peninggalan halaman depan berbatu dan tangga dari sisa bangunan gereja St.Paul yang dibina pada 1602 dan turut menempatkan Kolej Jesuit St.Paul yang menjadi universiti Barat pertama di Asia untuk ahli astronomi dan matematik.

Bagaimanapun, pada 1835, kebakaran melanda gereja dan universiti ini yang meninggalkan hanya halaman depan dengan baris empat tiang dilengkapi dengan ukiran dan patung.

Lokasi ini menjadi tarikan utama kepada pelancongan Macau dan turut dijadikan lokasi pertunjukan muzik dan persembahan kebudayaan masyarakat Macau dan komuniti kecil Portugis.

Macau mempunyai populasi penduduk dianggarkan berjumlah 549,200 dengan 90 peratus adalah etnik Cina dari wilayah berbeza dikenali sebagai Guangdong dan Fujian. Enam peratus lagi adalah rakyat asing Portugis, Eropah dan lain negara.

Kunjungan ke Macau tidak lengkap jika tidak ke Senado Square yang merupakan kawasan membeli-belah yang dilengkapi dengan butik pakaian jenama tempatan dan luar negara, kafe dan kedai cendera hati.

Laluan pejalan kaki yang unik dibuat menggunakan batu mozek corak berombak inspirasi oleh gaya dan bahan dari Portugal menjadi penarik kepada kawasan membeli-belah ini, yang turut terkenal sebagai tempat mengadakan acara kebudayaan.

MUZIUM YANG UNIK

Muzium Macau merupakan lokasi yang perlu dikunjungi kerana di sini terdapatnya pameran sejarah mengenai Macau sejak empat abad lepas dan replika rumah lama yang terdapat di Macau.

Bagi peminat lumba kereta dan motosikal, kunjungan ke Muzium Grand Prix Macau pasti berbaloi kerana di sini terdapat pameran mengenai sejarah perlumbaan dan replika kereta serta motosikal yang digunakan dalam beberapa siri perlumbaan di dunia.

Macau memang terkenal dengan penganjuran siri beberapa perlumbaan kereta atau motosikal dengan mempunyai litar lumba yang dikenali sebagai Sirkit Grand Prix Macau.

Setiap tahun siri perlumbaan Formula 3 yang melahirkan pemandu muda berbakat ke Formula 1 seperti Luis Hamilton dianjurkan di sirkit ini pada setiap bulan November yang menggunakan jalan raya di sekitar kota Macau.

Terdapat 17 lagi muzium di sekitar Macau dengan tema yang berbeza antaranya kesenian, wain, maritim, komunikasi, alat muzik dan perkhidmatan bomba.

Seperti bandaraya besar lain di dunia yang mempunyai menara tertinggi, Macau juga mempunyai menaranya sendiri yang mempunyai ketinggian 338 meter dan tersenarai dalam 10 menara tertinggi di dunia.

Selain dapat menikmati pemandangan yang menarik sekitar kota Macau, pengunjung boleh mencuba juadah makanan di restoran berpusing yang terdapat di atas menara ini atau mencuba aktiviti riadah lain iaitu Sky Jump serta Mast Climb.

Macau mempunyai keluasan keseluruhan berjumlah 29.2 kilometer persegi merangkumi kawasan semenanjung Macau berkeluasan 9.3 kilometer persegi yang menghubungkan kepada tanah besar China, Pulau Taipa (6.7 km persegi), Coloane (7.6 km persegi) dan Cotai (5.6 km persegi).

Bagi menghubungkan Macau dengan Pulau Taipa, tiga jambatan utama dibina yang masing-masing sepanjang 4.5 kilometer, 2.5 km dan 2.2 km.

Macau mempunyai Pentadbiran Khas Wilayah Republik Rakyat China (subs: Special Administrative Region of the People's Republic of China) dan seperti Hong Kong, Macau juga menerima kelebihan dari segi pentadbiran sendiri berlandaskan 'satu negara, dua sistem'.

Pada masa sekarang industri Macau juga pesat membangun seperti tekstil, elektronik dan kewujudan pusat peranginan bertaraf lima bintang memeriahkan lagi industri pelancongan di wilayah ini.

KASINO

Industri pelancongan di Macau tidak dapat dipisahkan dengan kasinonya yang turut mewujudkan hotel bertaraf lima bintang, pusat peranginan dan pusat membeli-belah.

Beberapa syarikat kasino besar antaranya dari Hong Kong dan Las Vegas Amerika Syarikat membuka cawangan masing-masing di Macau, sekaligus memeriahkan lagi industri perhotelan di Macau.

Apa yang menariknya, terdapat antara kasino ini menyediakan pusat membeli-belah di dalamnya dengan seni bina dan suasana yang menarik seperti di Macau Fisherman's Wharf dan di Venetian.

Menjelang malam, Kota Macau dilihat lebih meriah dengan sinaran dan kerlipan lampu berwarna-warni dari beberapa bangunan kasino yang dibina dengan unik dan moden.

Macau sememangnya menjadi lokasi terkenal kepada pelancong dari Malaysia berdasarkan peningkatan yang mendadak dengan hanya 48,391 orang dicatatkan melawat Macau pada 2004 dan meningkat kepada 428,603 orang pada tahun lepas.

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, 136,142 rakyat Malaysia telah berkunjung ke Macau dan perkhidmatan penerbangan syarikat tambang murah AirAsia memudahkan pelancong Malaysia berkunjung ke Macau.

AirAsia menyediakan penerbangan terus Macau-Kota Kinabalu, Macau-Kuching dan Macau-Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Saturday, June 27, 2009

SEKILAS - DUNIA

Cap jari bagi pemohon visa

JEDDAH: Arab Saudi akan mengambil cap jari dan gambar digital sepenuhnya pemohon visa mulai tahun depan sebagai sebahagian usaha mengukuhkan keselamatan, menghalang kecurian identiti dan memerangi keganasan.

Kementerian Luar Negara mengumumkan ia membuka tender kepada firma antarabangsa untuk menubuhkan pejabat operasi yang menyediakan perkhidmatan biometrik kepada pemohon visa. -- Agensi.

Monyet kencingkan Pres Zambia

LUSAKA: Presiden Zambia, Encik Rupiah Banda, dikencing monyet ketika bercakap kepada wartawan di satu sidang akhbar di luar pejabatnya, kelmarin.

Encik Banda bagaimanapun tidak mengambil serius kejadian tidak diduga itu sebaliknya menjadikan ia satu jenaka.

'Mungkin ini satu rahmat,' katanya, disambut gelak ketawa wartawan dan diplomat yang hadir pada majlis berkenaan. -- Reuters.

Benarkan 60,000 perwakilan mengundi

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyambut baik cadangan tersebut, beliau mengingatkan bahawa akhirnya anggota Umnolah yang perlu mengubah sikap mereka dengan tidak meneruskan amalan menerima dan memberi rasuah.

"Ini merupakan pindaan perlembagaan Umno untuk kali ketiga bagi mengelak amalan rasuah di kalangan ahliahli Umno tetapi kalau ahliahli Umno masih mengutamakan menerima rasuah sebanyak RM200, RM300 daripada mengutamakan parti, bangsa dan negara, apa pindaan pun tidak akan mendatangkan hasil," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Percambahan Minda dan Jati Diri anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Pandan, Selangor di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU), Janda Baik, Pahang, hari ini.

"Walaupun membenarkan sebanyak 60,000 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan Umno, (memboleh) kita bebas daripada rasuah, akhirnya sikap kita itu yang lebih penting," tegas beliau.

"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi," katanya.

Dr Mahathir menegaskan perkara ini ketika mengulas mengenai sistem kuota yang diamalkan Umno sekarang yang dikatakan menjadi punca kepada amalan rasuah yang berleluasa.

Draf pindaan perlembagaan Umno itu dijangka siap sebelum perhimpunan Agung Umno khas yang dijadual dari 13 hingga 16 Okt ini. Ditanya mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan Dr Mahathir berkata beliau lebih suka berusaha untuk memulihkan semula kredibiliti Umno di kalangan anggota dan juga penyokong parti yang bukan ahli parti Umno kerana mereka ini akan menentukan sama ada Umno akan menang atau kalah pada masa akan datang.

Sementara itu, Dr Mahathir turut meluahkan perasaan gembiranya kerana inilah kali pertama selama enam tahun sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, diberi peluang untuk bercakap terus dengan anggota Umno.

"Saya lebih senang cakap dengan orang Umno (di peringkat akar umbi) daripada orang atasan, akhirnya orang di peringkat akar umbi yang akan menentukan menang atau kalah," katanya. BERNAMA

Bdr Tun Razak. Khalid Ibrahim beri laluan kepada Zaid?

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau berkemungkinan akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dipegangnya bagi memberi laluan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim bertanding di kerusi tersebut.

"Isu besar seperti ini biasanya dibincangkan di peringkat Biro Politik PKR (Parti Keadilan Rakyat) tetapi perkara ini tidak pernah langsung dibincangkan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan bahawa beliau berkemungkinan mengosongkan kerusi itu selepas pilihan raya kecik Manik Urai Julai ini, bagi memberi laluan kepada Zaid bertanding sekali gus membantu memperkukuhkan PKR.

Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor berkata, pihaknya berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya atas apa sebab sekali pun.

"Masanya belum sesuai. Ada sesetengah rakyat berasa tidak selesa kerana terlalu banyak diadakan pilihan raya. Kita perlu fokus kepada kerja yang dilakukan.

"Apa pun keputusan di peringkat biro politik, ia adalah keputusan bersama bagi memantapkan parti," katanya di sini hari ini.

Zaid turut dilaporkan terkejut dan menyangkal spekulasi terbabit serta mendakwa perkara itu adalah khabar angin yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh pihak tertentu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dipecat daripada Umno pada Disember lalu menyertai PKR pada 13 Jun lalu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan perkara itu berkata, keanggotaan Zaid ke dalam parti itu adalah sebagai satu penghormatan dan lonjakan terhadap perjuangan PKR. BERNAMA

Fauzi miliki ciri-ciri Pak Su Wei

MANEK URAI - Calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah telah mendapat pencalonan terbanyak apabila nama beliau dicadangkan oleh sebahagian besar cawangan-cawangan dalam Kawasan Kuala Kerai.

Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemilihan Mohd Fauzi dibuat peringkat akar umbi dan mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi PAS negeri dan Pusat.

"Pemilihan beliau berdasarkan cadangan tiga nama yang dibuat PAS cawangan Manik Urai. Daripada tiga nama yang diserah setiap cawangan, beliau mendapat pencalonan paling tinggi. Ia bukan keputusan sebulat suara, tetapi beliaulah yang mendapat pencalonan tertinggi," katanya.

Beliau berkata kriteria utama pemilihan Fauzi sebagai calon PAS adalah kerana Fauzi diterima oleh para pengundi Manek Urai.

”Nombor satu sekali adalah penerimaan pengundi. Oleh kerana Allahyarham Pak Su Wei sebagai wakil rakyat yang bagi saya sebagai lagenda,

”kita tidak ada lagi orang seumpama itu, saudara Fauzi ni orang Kelantan kata mempunyai ‘ciri-ciri Pak Su Wei”, tak serupa (tapi) diyakini pimpinan beliau InsyaAllah akan dapat menarik imnat pengundi-pengundi dan meneruskan perkhidmatan (arwah) Pak Su Wei,” katanya pada sidang akhbar sejurus selepas pengumuman dibuat, semalam.

Beliau turut yakin PAS akan menang dengan selesa dengan mendapat undi melebihi majoriti yang diperolehi pada pilihanraya umum Mac, 2008.

”Menang dengan selesa dan InsyaAllah majority melebihi 1300 undi,”tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Fauzi Abdullah telah diisytiharkan sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat semalam.

(Gambar - Presiden dan Mursyidul Am PAS menjulang tangan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.)

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Haji Ismail Yaakob atau Pak Su Wei meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu setelah mengalami pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Paksu Wei @ Ismail menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
--Buletin Online

Obama akan timbang penyerahan dua tahanan Malaysia di Guantanamo

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, untuk diserah kepada Malaysia serta menjalani hukuman di negara ini.

Isu tahanan Guantanamo serta beberapa isu lain seperti ekonomi, Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Iran dan Korea Utara adalah antara perkara yang disentuh dalam perbualan telefon antara Obama ketika menghubungi Najib malam ini.

Panggilan selama 20 minit itu bermula 9.10 malam, merupakan perbualan melalui telefon pertama antara Obama dan Najib, sejak berkedua-dua pemimpin itu memegang tampuk pemerintahan negara masing-masing.

Bercakap kepada Bernama selepas menerima panggilan itu, Najib berkata beliau telah menawarkan hasrat Malaysia untuk menerima kedua-dua tahanan itu bagi menjalani hukuman di negara ini.

Katanya Obama telah menyatakan akan merujuk permintaan Malaysia itu kepada pihak keselamatan Amerika yang berkaitan.

"Saya telah nyatakan (bahawa) kita akan tahan (jalani hukuman di Malaysia) tapi (akan) melayan mengikut norma-norma antarabangsa dan (secara) perikemanusiaan.

Dia (Obama kata) dia akan timbang. Dia alu-alukan (permintaan saya) dan (akan) rujuk perkara ini pada pihak keselamatan (di Amerika Syarikat)," kata Najib.

Kedua-dua mereka , Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashir Lep (Lillie), ditahan di Teluk Guantanamo atas dakwaan terbabit dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan AlQaeda sejak 2003, dan adalah antara 250 tahanan di penjara Amerika itu.

Banyak pihak telah mendesak pentadbiran Obama agar menutup terus kem tahanan itu berikutan pelanggaran hak asasi kemanusiaan serta layanan buruk termasuk penyeksaan yang telah mendapat kecaman keras pelbagai pihak.

Dalam perbualan telefon itu, Najib berkata Obama dan beliau turut bertukar pendapat berkenaan situasi ekonomi semasa dunia di mana Obama telah bertanyakan mengenai keadaan ekonomi Malaysia yang mengalami kelembapan pada suku pertama tahun ini.

Najib berkata beliau telah menerangkan kepada pemimpin Amerika itu bahawa ekonomi Malaysia turut menghadapi masalah akibat krisis ekonomi dunia sekarang.

Namun kata Perdana Menteri, beliau turut menyatakan bahawa ada kemungkinan ekonomi Malaysia akan menyaksikan tanda-tanda pemulihan lebih positif pada suku keempat tahun ini.

Najib berkata isu Perjanjian FTA antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga turut dibincangkan dengan pemimpin Amerika itu.

Menurut Najib, beliau telah menyatakan bahawa perbincangan mengenainya perlu diteruskan dan sekarang bukan masanya untuk dimuktamadkan.

"Saya kata mungkin bukan sekarang (masanya untuk dimuktamadkan), perbincangan masih boleh diteruskan," katanya.

Najib berkara Obama turut memuji kerajaan Malaysia kerana kejayaannya menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang moden, progresif dan maju.

Katanya Malaysia turut dipuji kerana pada masa yang sama sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kerajaan berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.

Najib berkata Obama turut menzahirkan hasrat untuk melawat Malaysia pada satu masa yang sesuai dan juga melahirkan harapan untuk berjumpa beliau di Washington mahupun di sini. Pada perbualan itu, Najib berkata Obama turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

"Beliau (Obama) berharap dapat bekerjasama dengan baik dengan saya dan dapat meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Amerika. Saya juga telah membalas balik dan menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat," kata Najib.

Obama telah menyatakan beliau yakin dengan latarbelakang saya untuk menjalankan tugas Perdana Menteri dengan baik, kata Najib. BERNAMA

DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS

KUALA KRAI: PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hadir.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

BN akan mengumumkan calonnya esok.

Friday, June 26, 2009

Lelaki Membayangkan Seks Setiap 7 Detik?

Banyak mitos seputar seks yang beredar di masyarakat. Ada yang benar, ada yang tidak. Tak ada salahnya untuk mengetahui mana yang secara ilmiah benar, dan mana yang tak bisa diterangkan, untuk menambah pengetahuan kita. Apakah pengetahuan Anda mengenai mitos-mitos tersebut sudah cukup baik?

1. Tidak dapat hamil jika berhubungan badan di dalam air.
Jika seorang wanita sehat dan seorang pria sehat berhubungan badan tanpa alat kontrasepsi, maka si wanita bisa hamil. Begitu pula jika hubungan badan tersebut dilakukan di dalam air. Jika ada sperma yang hidup dan sehat bertemu dengan sel telur bertemu di dalam rahim wanita, maka si wanita tetap berpotensi hamil. Mitos ini bisa dinilai salah.

2. Pria tak bisa berpura-pura orgasme
“Mereka bisa, dan mereka melakukannya. Dalam sebuah studi yang dilakukan di University of Kansas, sebanyak 35 persen pria mengakui mereka berpura-pura orgasme. Bahkan ada yang melakukannya saat oral seks. Tentu saja para pria tak bisa memalsukan ejakulasi, namun mereka bisa berpura-pura ketika melenguh dan melakukan gerakan tertentu. Mengapa? Seperti wanita, mereka pun bisa lelah, stres, juga karena sulit mencapai klimaks, namun tetap ingin membuat pasangannya merasa senang.

3. Seks oral 100 persen aman
“Transmisi virus HIV melalui seks oral memang jarang, tapi Anda akan tetap bisa tertular penyakit seksual, seperti gonorea (penyakit kencing nanah) dan herpes. Dalam sebuah laporan studi terbaru menemukan bahwa wanita yang pernah melakukan seks oral dengan 6 orang pria atau lebih memiliki risiko tinggi terkena kanker oral. Kemungkinan ini diakibatkan oleh infeksi dari virus human papillomavirus, yakni virus penyebab kanker rahim. Jika memang akan melakukannya, cobalah untuk menggunakan kondom yang memiliki rasa.

4. Pria memikirkan tentang seks tiap 7 detik
Asumsikan bahwa pria memiliki waktu 16 jam dalam keadaan terjaga dalam sehari. Jika ia memikirkan seks setiap 7 detik, maka ini berarti ia memikirkan tentang seks sebanyak 57.000 kali sehari. Jumlah ini kurang lebih sebanyak jumlah seorang manusia bernapas kala ia terjaga (tidak sedang tidur). Faktanya, jika seseorang memikirkan tentang seks sesering itu dalam sehari, ia tak akan mampu melakukan hal apa pun (dan tentunya akan membuat orang tersebut gila).

5. Wanita tak bisa berhubungan badan saat sedang hamil besar
“Kecuali dokter kandungan melarangnya, wanita yang hamil pun masih bisa melakukan seks. Faktanya, riset membuktikan bahwa wanita hamil yang melakukan hubungan badan bisa mencegah kelahiran dini. Bahkan ada sebagian wanita yang merasakan orgasme pertama mereka ketika sedang hamil, mungkin karena adanya perubahan tingkat hormone. Posisi adalah kuncinya. Kebanyakan wanita hamil menyatakan bahwa posisi sendok dan woman-on-top adalah yang terbaik.

6. Wanita hanya masturbasi ketika mereka masih single
Tak benar! Dalam riset terkini dilaporkan, bahwa lebih dari 40 persen wanita bersuami pun sering melakukan masturbasi. Bonusnya, wanita yang masturbasi saat sudah memiliki suami dilaporkan lebih puas dalam berhubungan badan. Mungkin karena mereka jadi lebih paham titik-titik sensitif mereka sendiri, sehingga bisa mengarahkan suaminya.

Apakah ada mitos lain seputar seks yang pernah Anda dengar dan belum menemukan penjelasannya?

-- Sumber: Kompas

Mufti Perak bercakap dengan lidah politik !

KUALA NERUS – Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru dilantik, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mufti Perak mengambil isu kerajaan perpaduan di tengah jalan.

Sebab itulah, katanya, Tan Sri Datuk Harussani Zakaria telah menuding jari kepada PAS seolah-olah PAS yang menolak perpaduan.

Beliau berkata sebenarnya UMNO yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam isu kerajaan perpaduan, sedangkan PAS benar-benar ikhlas.

”Sekiranya UMNO jujur dan ikhlas, di (UMNO) tidak gunakan isu ini untuk melagakan dalaman PAS,

”sepatutnya UMNO berbincang dengan pimpinan PAS, tapi bila benda ini disebarkan (melalui) media menyebabakan salah tanggapan berlaku dikalangan masyarakat,”katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Mahaad Tahfidz Wal Tarbiyah semalam.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS, sebab itulah ada kemunasabahan Presiden PAS menarik balik perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata PAS tidak bergabung dengan Cina ataupun DAP kerana ia adalah hanya ‘tahaluf siyasi’ atau sebuah kerjasama politik.

”Dengan DAP kita hanya adakan tahaluf iaitu kerjasama politik, termasuk juga dengan Parti Keadilan (Rakyat),

”dan dia (ia) bukan satu gabungan, mereka kekal dengan ideologi mereka dan kita (PAS) kekal dengan ideologi dan prinsip kita,”tegasnya.

Katanya, dengan kerjasama diantara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, satu persefahaman politik dapat dicapai dalam menghadapi isu-isu yang disepakati bersama.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata Mufti Perak mestilah menjadi seorang Mufti dan bercakap dengan lidah alim ulama’ bukannya bercakap dengan lidah politik.

”Mufti Perak kena jadi Mufti, maknanya dia kena bercakap untuk kepentingan Islam, dalam kes kerajaan perpaduan, mufti kena hurai apa makna kerajaan perpaduan, dia jangan (bagi) kata kesal ke, tak patut ke,

”mufti mesti memberikan gambaran apa juga yang dia faham untuk membantu menyelesaikan maslah umat Islam,”tambahnya.

Katanya mufti tidak perlu bercakap dengan lidah politik tetapi mestilah bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’.

”Dalam aspek ekonomi ke, dalam aspek politik ke, dalam aspek hukum fekah ke, jangan mufti bercakap dengan lidah politik,

”mufti mesti bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’ yang tinggi yang memperjuangkan Islam,”jelasnya.

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dijemput menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah sempena sambutan Hari Guru sekolah tersebut.
- Buletin Online

Pencuri kena 'tangkap basah'

BERLIN: Seorang pencuri di Jerman ditangkap selepas cuba menjual sebuah mesin rumput menerusi laman web eBay di Internet kepada pemilik mesin curian itu.

'Pemiliknya datang untuk memeriksa mesin rumput tersebut dan mengenali bahawa ia miliknya. Beliau kemudian membuat laporan polis,' kata jurucakap polis bandar Tuebingen, selatan Jerman.

Suspek berusia 46 tahun itu mengaku mencuri mesin rumput itu Februari lalu. -- Reuters.

Habuan tangkap penyerang

YALA: Polis Thailand semalam menawarkan hadiah 200,000 baht ($8,590) bagi menangkap penyerang sebuah masjid di daerah Cho Ai Rong, Narathiwat, yang menyebabkan 11 orang terkorban, awal bulan ini.

'Sesiapa yang memberi maklumat ... akan mendapat 200,000 baht,' kata timbalan ketua polis wilayah, Mejar Jeneral Dejnarong Suthicharnbancha. -- AFP.

AS AKAN HANTAR SEMULA DUTA BESAR KE SYRIA

WASHINGTON: Pemerintah Amerika Syarikat kelmarin berkata ia akan menghantar semula seorang duta besar ke Syria, selepas hubungan kedua-dua negara terhenti selama empat tahun.

Langkah itu diambil Presiden Barack Obama untuk membaiki hubungan dengan Damsyik semasa Washington berusaha memulihkan rundingan damai Arab-Israel.

'Kami bersedia menjalin hubungan dengan Syria bagi kepentingan kami menerusi dialog secara langsung dan berterusan,' kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ian Kelly.

'Namun, kami masih bimbang dengan peranan Syria di rantau ini. Satu cara bagi menangani kebimbangan ini ialah dengan meletak seorang duta besar di Damsyik,' tegas beliau.

Langkah itu mencerminkan pengiktirafan Washington mengenai peranan penting yang dimainkan Syria di rantau itu, kata Encik Kelly kepada pemberita.

Menurut beliau, Washington sudah memberitahu kedutaan Syria di sini dan Kementerian Luar di Damsyik mengenai 'keputusan pentadbiran Obama hendak menghantar semula seorang duta besar ke Syria'.

Seorang lagi pegawai Jabatan Negara berkata Washington belum memilih siapa yang bakal men jadi duta besar ke Syria.

Mantan presiden George Bush menggantung hubungan dengan Syria dan memanggil pulang duta besarnya dari Damsyik pada 2005, menyusuli pembunuhan mantan perdana menteri Lebanon, Encik Rafiq Hariri.

Jurucakap kedutaan Syria di Washington, Encik Ahmed Salkini, menyifatkan perkembangan itu sebagai 'satu langkah pada haluan yang betul, dan sudah pasti satu isyarat keikhlasan pentadbiran Obama hendak menjalin hubungan dengan Syria.' - AFP, Reuters.

KOREA U KUTUK IKRAR AS LINDUNGI KOREA S

SEOUL: Korea Utara semalam mengutuk ikrar Amerika Syarikat baru-baru ini hendak memberi perlindungan nuklear kepada Korea Selatan.

Pyongyang berkata langkah itu memperkuat alasan baginya untuk memiliki senjata nuklar.

Akhbar Parti Komunis Korea Utara, Rodong Sinmun, menuduh Amerika dan sekutunya Korea Selatan cuba memprovokasi satu peperangan baru dengan memberi 'payung nuklear' kepada Seoul.

Ia menyatakan satu peperangan baru boleh meletus bila-bila masa saja, dan Korea Utara akan terus mempertingkat senjata nuklear.

'Selagi dasar permusuhan Amerika berterusan, kami tidak akan melupuskan, malah memperkuat senjata nuklear kami,' kata Rodong Sinmun.

Kenyataan itu merupakan reaksi terbaru Korea Utara terhadap pertemuan antara Presiden Amerika, Encik Barack Obama, dan Presiden Korea Selatan, Encik Lee Myung-bak, minggu lalu.

Dalam satu kenyataan bersama, Amerika memberi jaminan akan mempertahan Korea Selatan dengan senjata nuklear.

Perkembangan itu berlaku sewaktu kapal pemusnah tentera laut Amerika mengekori kapal Korea Utara, Kang Nam 1, yang disyaki membawa senjata sedang menuju Myanmar.

Rodong Shinmun berkata ikrar Amerika hendak mempertahankan Korea Selatan dengan 'payung nuklear' bermakna besar kemungkinan Amerika hendak melancarkan serangan nuklear ke atas Korea Utara.

Pyongyang memberi amaran, jika konflik berlaku, ia akan menghujani Korea Selatan dengan serangan senjata nuklear.

Akhbar itu menyifatkan Encik Lee sebagai 'anjing' kepada 'tuannya' Amerika.

Korea Utara berkata ia akan menganggap sebarang pemintasan ke atas kapal-kapalnya, termasuk Kang Nam 1, sebagai satu perisytiharan perang. -- AP, AFP.

IKAN PARI TERBANG

AUCKLAND: Seekor ikan pari melompat keluar dari permukaan laut sewaktu ia diburu oleh seekor paus pembunuh, yang siripnya kelihatan timbul di bawah pari yang seakan-akan terbang itu.

Kejadian itu dirakam dekat pantai St. Heliers di Auckland, New Zealand, oleh jurugambar akhbar New Zealand Herald, Encik Brett Phibbs, kelmarin.

Menurut akhbar berkenaan, sekumpulan paus pembunuh berenang menghampiri pantai untuk memburu ikan pari, sehingga menarik perhatian orang ramai dan pekelah di pantai itu.

Sesetengah pemerhati bimbang paus-paus itu akan terkandas di air cetek. -- AP.

Michael Jackson meninggal dunia

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.AP

Thursday, June 25, 2009

Duit. Wang. Fulus. Money

KADAR SEWA DI S'PURA TERJEJAS TERUK: PERUNDINGCARA hartanah DTZ meramalkan Singapura akan terjejas teruk dengan kemerosotan sewa di rantau ini dalam kegawatan ekonomi, diikuti dengan Hongkong.

Dalam laporan Dana dalam Hartanah, firma itu berkata kadar sewa di Singapura akan merosot sebanyak 60 peratus daripada paras tertinggi dalam 2007,sebelum pemulihan dilihat dalam 2011.

Sementara Hong Kong pula akan mengalami kemerosotan sehingga 50 peratus daripada paras tertinggi.

Ketua Kajian Asia Tenggara, DTZ, Encik Chua Chor Hoon, berkata bekalan ruang pejabat baru di sini sepanjang beberapa tahun akan datang akan terus meletakkkan tekanan terhadap sewa dan nilai hartanah.

JPMORGAN BANK PALING KUKUH: BANK Amerika Syarikat, JPMorgan, menduduki tempat pertama dalam senarai bank paling kukuh di dunia.

Ia mengetuai senarai tahunan penerbitan kewangan antarabangsa The Banker, yang menyenaraikan 1,000 bank sejagat paling kukuh, melompat daripada tempat ke empat tahun lalu.

Penyenaraian itu, yang dibuat sejak 1970-an, mengambil kira aspek seperti kekuatan modal, atau permodalan Tahap 1, bank itu.

JPMorgan menjadi kukuh selepas diambil alih oleh Bear Stearns dan Washington Mutual.

Bank of America mendapat tempat kedua dan ketiga pula adalah Citigroup.

CITIGROUP INC RANCANG NAIKKAN GAJI: CITIGROUP Inc merancang meningkatkan asas gaji para pekerjanya sebanyak 50 peratus tahun ini bagi mengimbangi bonus tahunan lebih kecil, menurut akhbar New York Times, yang memetik sumber terdekat dengan rancangan itu.

Pegawai Citigroup enggan mengulas mengenai laporan itu tetapi memberitahu bahawa ia sebahagian rancangan bagi mengekalkan para pekerja.

Citi juga merancang menawarkan berjuta saham baru kepada pekerjanya, menurut sumber tersebut.

EKSPORT JEPUN MEROSOT TERPANTAS: EKSPORT Jepun merosot lebih pantas pada Mei, melanjutkan lagi kemelesetan dagangan terburuk di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Perangkaan terbaru negara itu menunjukkan bahawa kiriman merosot 40.9 peratus berbanding tempoh sama setahun lalu, lebih teruk berbanding kemerosotan 39.1 peratus pada April lalu.

Sebahagian besar pengamat ekonomi telah meramalkan kemerosotan 39.3 peratus.

SEKILAS - DUNIA

Perbuatan Israel dituduh kejam

BAITULMAKDIS: Tindakan merantai tahanan rakyat Palestin oleh pasukan keselamatan Israel sering kali kejam, memalukan dan berupa penderaan, kata badan hak asasi, Jawatankuasa Awam Menentang Penderaan di Israel (PCATI), semalam.

Laporan yang disiarkan kumpulan itu didasarkan kepada 547 kes penahanan dan soal siasat sepanjang tahun lepas.

Tentera Israel dan agensi perisikan Shin Beth menafikan mereka mendera tahanan. Shin Beth berkata ia hanya menggari para tahanan untuk mencegah mereka daripada melarikan diri. -- AFP.

20-30 maut dalam serangan di Pak

ISLAMABAD: Antara 20 dan 30 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan pesawat Predator Amerika Syarikat di Waziristan Selatan, barat laut Pakistan, kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Athar Abbasihak, semalam.

Dalam serangan pertama di Shubi Khel, 65 kilometer ke utara bandar Wana, enam militan terkorban kelmarin.

Ketika beratus militan berkumpul bagi upacara pengebumian, sebuah pesawat melepaskan tiga peluru berpandu lagi. -- AFP.

Kematian ketiga di Aust akibat H1N1

SYDNEY: Australia mengumumkan kematian ketiga akibat flu H1N1 semalam.

Mangsa ialah seorang wanita Orang Asli berusia 50 tahun yang menghidap barah tulang.

Jumaat lalu seorang lelaki Orang Asli berusia 26 tahuh menjadi korban pertama H1N1 diikuti seorang lelaki lain berusia 35 tahun sehari kemudian.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Indonesia, Cik Siti Fadilah Supari, menyuarakan rasa bimbang mengenai rakyat Australia yang melawat Bali selepas dua kes pertama H1N1 disahkan di sana. - AP, AFP.

Wednesday, June 24, 2009

Pemimpin Politik Perlu Berdisiplin

KUALA LUMPUR, 23 Jun -- Seseorang pemimpin politik perlu berdisiplin dan sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dalam usahanya membina negara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dalam hal berfikir, anda perlu cukup berdisiplin kerana fikiran berdisiplin berkemungkinan membawa hasil yang diharapkan".

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya berjudul "Asian Political Leadership: Disciplined Thinking For Change" di Persidangan Antarabangsa ke-14 mengenai Pemikiran (ICOT) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini Selasa.

Sidang lima hari itu, yang bermula Isnin, dihadiri oleh kira-kira 500 peserta dari 42 negara termasuk Malaysia.

Dr Mahathir juga berkata kebolehan Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 adalah hasil dari proses pemikiran berdisiplin oleh kerajaan ketika itu.

Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.

Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".

Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.

"Contoh baik dapat dilihat pada negara Jepun yang moden dan cukup maju selepas pemimpin-pemimpin politiknya memutuskan untuk mencontohi negara-negara Eropah. Begitu juga China, bagaimana di bawah Deng Xiao Ping negara itu telah bergerak ke arah permodenan.

"Kini, China sebuah negara pembuat terbesar di dunia dan mereka boleh menghasilkan hampir apa saja. Walaupun sesetengah pihak berkata produknya bermutu rendah, saya percaya ini boleh ditambah baik akhirnya," kata beliau.

Ia telah dapat menghasilkan satu kaedah bagi menyelamatkan negara dari krisis itu, tidak seperti mereka yang menerima penyelesaian alternatif yang ditawarkan oleh badan kewangan dunia, katanya.

Dr Mahathir berkata adalah baik "untuk meragui penyelesaian yang ditawarkan oleh pihak lain".

Katanya, keputusan pemimpin politik juga memain peranan penting, terutama dalam menentukan sama negara maju atau mundur.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mengingatkan, bila seseorang memegang kuasa, adalah sukar untuk menyingkirkannya walaupun ia bukan seorang pemimpin yang baik dan telah membawa kemusnahan kepada negaranya.

"Di bawah sistem demokrasi, rakyat perlu menunggu sehingga pilihan raya seterusnya untuk menyingkir atau menukar pemimpin yang tidak baik, dan dalam pada itu rakyat akan menderita," katanya.

Dr Mahathir berpendapat kualiti kepimpinan yang diperlukan di negara-negara Asia adalah berbeza dengan di Eropah kerana perbezaan budaya.

"Di Eropah, idea mereka hampir serupa dan situasi yang wujud membolehkan mereka mencontohi satu sama lain, tetapi ini berbeza dengan negara-negara Asia di mana sistem nilai dan budaya mereka berbeza. Akibatnya, pembangunan di Asia tidak seimbang," katanya.

Kepada satu soalan daripada hadirin mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia perlu mempelajari bahasa ilmu supaya mendapat akses kepada penemuan-penemuan dan teori terbaru dalam Sains dan Teknologi yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa utamanya.

"Walaupunpun kita belajar terbaik dengan bahasa ibunda kita, kita tidak boleh mengharapkan orang lain terus atau sentiasa membantu menterjemah maklumat atau penemuan dalam bahasa lain semata-mata untuk faedah kita," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, June 23, 2009

Nasharudin masih 'menyepi'?

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi tumpuan di sebalik isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, masih belum muncul di Parlimen. Nasharudin tidak hadir sidang Dewan Rakyat semalam dan hari ini.

Malah, beliau juga tidak kelihatan di bangunan Khamis lalu.

Ahli Parlimen Bachok itu bukan sahaja dinanti-nantikan kehadiran oleh penyokong Barisan Nasional, tetapi juga Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Nasharudin yang mempertahankan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut awal bulan ini hanya menghadiri pertemuan pemimpin kanan PAS dengan Murysidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibu negara petang semalam.

Bagaimanapun beliau tidak hadir mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS yang dipengerusikan oleh Hadi malam tadi.

Usaha menghubungi beliau menerusi panggilan telefon dan SMS juga tidak menemui hasil.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Nasharudin di Parlimen berkata, mungkin beliau memerlukan masa untuk berehat dan menenangkan suasana.

"Ya, beliau tidak hadir semalam dan hari ini. Jika tidak esok atau lusa, pada pandangan saya, saya berharap beliau akan kembali ke Parlimen minggu depan," katanya.

Ketika ditanya adakah Nasharudin masih tertekan dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak timbul soal tekanan.

Jelas beliau, keputusan Nik Aziz untuk "turun ke bawah menarik balik segala kenyataannya" mengecam Nasharudin harus diterima dengan baik.

"Ia menunjukkan kemuliaan beliau," katanya.

Ekoran isu kerajaan perpaduan, minggu lalu Nik Aziz menggesa Nasharudin supaya keluar PAS dan menyertai Umno.

Pertemuan petang semalam berkisar kenyataan Nik Aziz itu.

Ketika ditanya sama ada perkembangan semalam boleh dilihat sebagai usaha kompromi dalam PAS, Mahfuz dan seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub menafikan tanggapan sedemikian.

"Ini bukan soal berkompromi," kata Mahfuz.

Salahuddin pula berkata, pihaknya menyelesaikan masalah yang wujud dalam semangat kekeluargaan PAS.

"Tidak wujud soal siapa menang, siapa kalah tetapi menyelesaikan isu ini dalam semangat kekeluargaan," katanya.

H1N1: Dua sekolah lagi ditutup

PUTRAJAYA: Dua buah sekolah lagi ditutup hari ini menjadikan kesemuanya empat sekolah dengan jumlah kes meningkat kepada 68 berikutan penularan tempatan Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini berkata Seri Cempaka International School di Cheras ditutup sehingga Sabtu ini manakala Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 1 di Petaling Jaya ditutup selama seminggu.

Dua hari lepas, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya ditutup seminggu kerana penularan tempatan selesema babi.

Tiga sekolah lain iaitu SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SM Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur kekal dengan penutupan satu kelas bagi tempoh tujuh hari.

"Kes 62, seorang pelajar lelaki warganegara Malaysia berumur 16 tahun, kontak kepada kes ke-42 adalah pelajar Sekolah Seri Cempaka International School.

"Beliau mengalami demam, batuk dan sakit tekak pada 20 Jun dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun dan disahkan positif semalam.

Beliau merupakan kes jangkitan tempatan kelapan dan sehubungan itu, telah terdapat dua kes positif di kalangan pelajar di sekolah tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Ismail berkata 10 kes baru H1N1 yang dilaporkan, membabitkan pelajar sekolah Seri Cempaka International School itu, dengan dua kes tempatan, dan lapan kes import.

Katanya jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 68 kes, iaitu 59 kes import dan sembilan kes jangkitan tempatan.

Kes-kes import terdiri daripada lima kes import warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara iaitu masing-masing seorang warga Yaman, Switzerland dan Itali.

Berikutan penularan wabak itu di sekolah, beliau berkata setiap sekolah mungkin perlu mengadakan "imbasan dalaman" di sekolah dengan menggalakkan guru-guru memeriksa pelajar mereka yang demam.

Katanya keputusan berhubung cadangan itu dan kaedah mengenainya akan diketahui selepas mesyuarat jawatankuasa teknikal menangani wabak itu yang akan membincangkan lebih lanjut mengenai langkahlangkah yang perlu diambil di sekolah agar terkawal, bersidang esok.

Dr Mohd Ismail berkata pelajar yang berkunjung ke negara-negara seperti Filipina, United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat juga akan dinasihatkan "selfquarantine" dan tidak pergi ke sekolah selama tujuh hari.

"Selepas balik daripada negara-negara berkenaan, mereka dinasihatkan "selfquarantine" bermakna tidak pergi ke mana-mana selama tujuh hari bagi mengelak berlakunya penularan tempatan wabak itu," katanya.

Mohd Ismail turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyembunyikan maklumat berhubung kontak yang dibuat oleh mereka yang positif wabak itu kerana mereka boleh dikenakan tindakan jika tidak memberi maklumat yang lengkap.

Katanya ini penting bagi memastikan tidak ada penularan tempatan H1N1 yang begitu banyak.

Sementara itu, beliau berkata 10 kes baru itu, iaitu kes ke-59 membabitkan kanak-kanak perempuan warga Malaysia, berumur lima tahun 9 bulan, balik ke Malaysia dari San Francisco, Amerika Syarikat tiba di KLIA pada 19 Jun lalu tanpa sebarang simptom.

Katanya beliau mengalami demam, sakit tekak dan batuk pada 21 Jun, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama, dan keesokan harinya, telah disahkan positif H1N1 sebagai kes import.

Mohd Ismail berkata kes ke-60 dan ke-61, membabitkan warga Malaysia, seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dan seorang lelaki berumur 23 tahun.

Katanya pelajar itu tiba di Malaysia dari Melbourne pada 18 Jun lalu, mula mengalami simptom pada 20 Jun dan telah mendapatkan rawatan awal di Sime Darby Medical Centre Subang pada 21 Jun lalu.

Katanya beliau telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 21 Jun dan disahkan positif pada keesokan harinya manakala lelaki itu yang tiba di Malaysia pada 19 Jun dan meneruskan perjalanan ke Kuching pada hari yang sama, mula sakit pada 20 Jun dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 21 Jun dan disahkan positif pada keesokan harinya sebagai kes import.

Beliau berkata kes ke-63, seorang lelaki warganegara Yaman berumur 24 tahun, bertolak dari Bangkok ke Malaysia pada 19 Jun, mula mengalami demam dan batuk pada 20 Jun, mendapatkan rawatan awal di Damansara Specialist Hospital pada 21 Jun dan esoknya, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif pada hari yang sama.

Katanya kes ke-64 pula, seorang lelaki berumur 54 tahun warganegara Switzerland, ke Malaysia bersama isteri, tiba di KLIA pada 21 Jun, mula mengalami demam dan batuk mulai 18 Jun dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 22 Jun dan disahkan positif pada hari yang sama.

Mohd Ismail berkata kes ke-65, seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun warganegara Itali, tamat belajar di Melbourne selama tiga bulan, tiba di KLIA pada 21 Jun, mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 21 Jun, dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada 22 Jun dan disahkan positif pada hari yang sama.

Katanya kes ke-66, seorang pelajar lelaki warganegara Malaysia berumur 11 tahun, merupakan kontak kepada kes ke-36 iaitu pelajar SRJK (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur, iaitu pada 20 Jun mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 22 Jun dan disahkan positif pada hari yang sama dan beliau merupakan kes jangkitan tempatan ke-9.

Beliau berkata kes ke-67 dan ke-68, membabitkan seorang budak perempuan berumur lima tahun lapan bulan, menetap di Manila dan kembali ke Malaysia, dan seorang lelaki, berumur 42 tahun, telah pergi ke Manila. Kedua-duanya adalah warganegara Malaysia.

Katanya budak itu bersama ibunya kembali ke Malaysia pada 20 Jun, menyambung perjalanan ke Pulau Pinang, mula mengalami simptom mulai 21 Jun, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 22 Jun dan disahkan positif pada hari yang sama.

Katanya lelaki itu pula, tiba di Malaysia pada 18 Jun, pulang ke Pulau Pinang dengan memandu kereta, mula sakit pada 21 Jun dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 22 Jun, disahkan positif pada hari yang sama sebagai kes import.

Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sehingga jam 8 pagi ini, jumlah terkumpul kes H1N1 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,687 kes dengan 231 kematian daripada 99 negara, iaitu pertambahan 7,709 kes.

Katanya negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah USA (3,594), Chile (1,190), Kanada (805), United Kingdom (754) dan Australia (297).

DI KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya masih dapat mengawal keadaan kerana dapat mengesan kontak dalam keskes yang dilaporkan.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai supaya memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi membasmi wabak itu.

Kerajaan tidak dapat menangani wabak tersebut secara bersendirian dan orang ramai boleh memainkan peranan dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah diuar-uarkan kerajaan selama ini, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

"Harap rakyat dapat memberi respons dan kerjasama kepada seruan-seruan dan langkah-langkah yang dijalankan Kementerian Kesihatan, untuk memastikan kita dapat tangani wabak ini secara bersama," katanya.

Liow berkata kementerian juga akan memperkenal langkah-langkah baru dalam menangani wabak tersebut termasuk mengadakan 'saringan dalaman' di sekolah-sekolah dan melihat semula bagaimana 'kuarantin di rumah' dapat dijalankan dengan lebih efektif. BERNAMA

EKONOMI DUNIA MASIH TIDAK MENENTU

BANK Dunia semalam memberi amaran bahawa prospek ekonomi dunia kekal 'tidak menentu' walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan di beberapa bahagian dunia.

Bank itu menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi bagi kebanyakan negara tahun ini.

Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) bagi Eropah dan Asia Tengah dijangka susut sebanyak 4.7 peratus tahun ini sebelum pemulihan kecil sebanyak 1.6 peratus tahun depan.

Bank Dunia menurunkan ramalan bagi ekonomi sejagat kepada -2.9 peratus daripada -1.7 peratus pada Mac lalu.

Ia juga meminta pemerintah di seluruh dunia supaya berjaga-jaga dalam melakarkan 'strategi keluar' ketika menukar dasar fiskal dan kewangan berkembang apabila ekonomi menunjukkan pemulihan.

Dalam laporan Perkembangan Kewangan Sejagat yang dikeluarkan pada sidang antarabangsa di Seoul semalam, Bank Dunia berkata dasar berkembang akan mempunyai kesan negatif terhadap dasar hadapan jika dasar berkembang itu dikekalkan selepas pemulihan.

Bank Dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun ialah sebanyak 1.2 peratus tahun ini tetapi tanpa China dan India, keluaran GDP dijangka mencerut sebanyak 1.6 peratus.

Dalam tinjauan Mac lalu, Bank Dunia meramalkan pertumbuhan tahunan sebanyak 2.1 peratus bagi negara-negara membangun dan sifar jika China dan India dikecualikan.

Pada tahun depan, ekonomi sejagat dijangka tumbuh sebanyak 2 peratus dan negara-negara membangun pula diramal meningkat sebanyak 4.4 peratus.

Tanpa mengambil kira China dan India, negara-negara membangun dijangka tumbuh sebanyak 2.5 peratus.

Ekonomi China dijangka tumbuh sebanyak 7.2 peratus tahun ini dan 7.7 peratus tahun depan, manakala ekonomi India dijangka tumbuh sebanyak 5.1 peratus tahun ini dan 8 peratus tahun depan.

Sementara itu, Bank Dunia melahirkan kebimbangan mengenai kurangnya aliran modal swasta ke dalam negaranegara membangun yang merosot sebanyak 49 peratus kepada AS$363 bilion ($529 bilion) tahun ini, daripada AS$707 bilion tahun lalu dan AS$1.2 trilion pada 2007.

Bank Dunia juga menjangkakan jumlah dagangan dunia susut sebanyak 9.7 peratus sebelum tumbuh sebanyak 3.8 peratus tahun depan.

'Keperluan menyusun semula sistem perbankan dan had terhadap dasar berkembang di negara-negara pendapatan tinggi akan menghalang pemulihan sejagat,' kata Pakar Ekonomi Bank Dunia, Encik Justin Lin, dalam kenyataannya semalam.

SEKILAS - DUNIA. - Israel jual tanah rakyat Palestin

Israel jual tanah rakyat Palestin

BAITULMAKDIS: Israel telah meningkatkan penjualan hartanah milik rakyat Palestin yang melarikan diri atau diusir keluar pada 1948, kata sebuah kumpulan hak asasi semalam.

Langkah itu melanggar undang-undang Israel dan antarabangsa, kata pusat guaman Adalah.

Pentadbiran Tanah Israel (ILA) melakukan 80 acara lelong tahun ini, berbanding 106 tahun lalu dan 96 pada 2007, kata kumpulan tersebut. -- AFP.

Lima korban bom nekad

KHOST: Lima orang awam terkorban, manakala lebih 30 cedera dalam satu serangan bom nekad di bandar Khost, timur Afghanistan, kata para pegawai.

Pengebom meletupkan bahan letupan dalam motosikal di depan bangunan pemerintah, kata timbalan ketua polis, Encik Yaqoub.

Serangan berlaku menyusuli satu lagi serangan bom mootosikal yang membunuh tiga askar di Kandahar awal semalam. -- AFP.

Gesa usah lalai di Mindanao

MANILA: Pemerintah Filipina semalam menggesa pekerja bantuan antarabangsa memberitahu pihak berkuasa di mana mereka berada di Mindanao, untuk mencegah penculikan.

Setiausaha Eksekutif, Encik Eduardo Ermita, mengingatkan mereka agar tidak lalai semasa berada di Mindanao, kerana 'pengganasan boleh berlaku bila-bila masa'. -- Agensi.

Tebusan masih hidup

SANAA: Enam tebusan rakyat asing yang diculik bulan ini di utara Yaman masih hidup dan ditahan pemberontak Syiah, menurut laporan semalam.

Mereka telah diserahkan kepada panglima (pemberontak) Abdullah al-Rizani, kata satu sumber suku kaum kepada AFP. -- AFP.

TUJUH CEDERA APABILA PESAWAT QANTAS ALAMI KEADAAN BERGELORA

PERTH: Sebuah pesawat Qantas menghadapi gelora dan tiba-tiba hilang paras ketinggiannya di ruang udara Malaysia, mencetuskan ketakutan di kalangan penumpang dan kakitangan serta tujuh orang cedera.

Pesawat Airbus A330 dengan 219 penumpang dan kakitangan itu dalam penerbangan dari Hongkong ke Perth, Australia, apabila kejadian 'bergelora teruk' berlaku di kawasan Borneo Malaysia, kata Qantas dalam satu kenyataan semalam.

Para penumpang mencerita tentang keadaan panik dan gelap dalam pesawat apabila sesetengah penumpang yang tidak memakai tali keledar tercampak dari tempat duduk.

'Seolah-olah kami jatuh dari sebuah bangunan 30 tingkat,' kata seorang penumpang, Encik Keith Huxtable.

Seorang lagi penumpang, Cik Michelle Knight, berkata kakitangan pesawat memberitahu beliau pesawat itu telah menjunam sejauh 30 meter.

Enam penumpang dan seorang kakitangan kabin terpaksa dirawat dalam pesawat itu kerana cedera ringan.

Kapten pesawat melaporkan hanya kerosakan kecil dalam kabin, kata pengurus ehwal korporat Qantas, Encik David Epstein, kepada stesen Fairfax Radio.

Pegawai keselamatan Australia sedang menyiasat punca kejadian. Tiga minggu lalu, sebuah pesawat Air France jenis Airbus A330 terhempas di Lautan Atlantik di timur laut Brazil, menyebabkan 228 orang mati. -- AP.

OBAMA: AS CUKUP BERSEDIA JIKA PYONGYANG LANCAR PELURU BERPANDU SERANG WILAYAH

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, memberi jaminan semalam bahawa Washington 'sudah cukup bersedia' bagi menghadapi kemungkinan Korea Utara melancar peluru berpandu ke arah wilayahnya.

'Pentadbiran ini dan tentera kita sudah cukup bersedia bagi menghadapi semua kemungkinan,' tegas Encik Obama kepada CBS, apabila ditanya mengenai kemungkinan Korea Utara melancarkan peluru berpandu menuju Hawaii sekitar 4 Julai, iaitu Hari Kemerdekaan Amerika.

Beliau membuat kenyataan itu selepas satu tinjauan pendapat oleh Gallup yang disiar Khamis lalu menunjukkan 51 peratus penduduk Amerika percaya Korea Utara ancaman paling besar kepada keselamatan Amerika, mengatasi Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan.

Pyongyang semalam memberi amaran kepada Amerika bahawa ia mempunyai senjata nuklear dan akan melancar serangan balas jika diserang.

Amaran itu dibuat sedang kapal pemusnah tentera laut Amerika, USS John S. McCain, terus mengekori kapal kargo seberat 2,000 tan Korea Utara, Kang Nam 1, yang disyaki membawa senjata terlarang dan sedang menuju ke Myanmar dari Singapura.

Pemerintah Myanmar, yang menghadapi sekatan senjata oleh Amerika dan Kesatuan Eropah (EU), dilaporkan membeli senjata dari Korea Utara pada masa lalu.

Semalam akhbar utama Korea Utara, Rodong Sinmun, menyifatkan sebagai 'mengarut' dakwaan bahawa negara komunis itu menimbulkan ancaman kepada Amerika, tetapi memberi amaran ia akan bertindak balas jika ia diserang.

'Adalah satu kesilapan besar jika Amerika Syarikat berfikir ia tidak akan terjejas jika ia mencetus peperangan di Semenanjung Korea,' kata akhbar itu.

Ia mengutuk ikrar Encik Obama baru-baru ini hendak melindungi dan mempertahan Korea Selatan, dan meletak Seoul 'di bawah payung nukleaar Amerika.'

Tentera Amerika telah meningkatkan pertahanan di Hawaii ekoran bimbang Pyongyang melancar peluru berpandu ke wilayah itu, kata Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Robert Gates, Khamis lalu. -- AP, AFP.

Sunday, June 21, 2009

Hajat UMNO/BN Gunakan ‘Kerajaan Perpaduan’ Hampa

KUALA TERENGGANU – Hajat UMNO untuk mengeksploitasi isu ‘Kerajaan Perpaduan’ sebagai ‘tali hayat’ yang menyelamatkan sisa-sisa umurnya tidak kesampaian, apabila pelbagai pihak yang berkata PAS ‘dalam kecelaruan dan krisis’ sebaliknya kini semakin tenang.


Malah tali hayat yang diharapkan itu mungkin bertukar menjadi ‘tali gantung’ apabila semua pihak dalam PAS dan Pakatan Rakyat kini sudah berpakat menolak terus apa-apa perbincangan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkaitan kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS tidak berminat sama sekali untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO termasuk berkaitan dengan idea pembentukan kerajaan perpaduan.

"Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kuala Krai, Kelantan semalam, saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan UMNO termasuklah atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," kata Mustafa dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan kepada media pagi semalam.

Di Kota Bharu, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan agensi Bernama, akan bertemu Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pimpinan lain, Isnin ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Dato’ Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau berharap pertemuan untuk mesyuarat itu dapat menjernihkan keadaan.

"Kita tunggu tok guru (Nik Aziz) selesaikan sebab mereka pun akan berjumpa selepas Ustaz Hadi balik hari Ahad. Mereka akan mesyuarat pada hari Isnin, jadi pada Selasa atau Rabu perkara ini akan jelas.

"Biarlah orang tua-tua selesaikan. Takkanlah mak dan ayah geger (bising) kita nak masuk campur. Dua-dua tu mak dan ayah kita juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sumbangan Imam Abu Hasan Al-Ash'ari Dalam Pembangunan Ummah di Dewan Johor, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) Nilam Puri, semalam.

Sementara itu, PAS sedang bersiap sedia mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan rakan Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya empat mesyuarat telah dijadualkan, bermula dengan mesyuarat pertama yang akan di bangunan Parlimen pada tengah hari Isnin.

Mesyuarat itu, merupakan pertemuan kali pertama pemimpin Pakatan Rakyat selepas Muktamar PAS awal bulan ini.

Dato’ Mustafa Ali turut memberitahu Bernama, selain beliau sendiri, PAS akan diwakili oleh Presiden parti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan dua naib presidennya.

Selepas itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS akan diadakan di ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut pada pukul 8.30 malam.

"Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata Mustafa.

Manakala di Alor Setar, petang semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa konsep Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan pimpinan UMNO dan Pas tidak perlu mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pendiriannya tetap menolak konsep kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN.

"Kerajaan pakatan jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan... nak buka lembaran baru kerana apa, yang lama tutup kenapa.

"Ya... tetap (menentang kerajaan perpaduan)... kami dah kenal UMNO," katanya ketika ditemui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim untuk program bersama PAS Kedah di sini hari ini. - Buletin

Cerita pelantikan pengerusi baru Petronas

IPOH: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita bahawa jawatan Pengerusi Petronas yang kini disandang Tan Sri Hassan Merican akan diganti oleh individu lain namun menegaskan beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita berkenaan.

Katanya beliau hanyalah seorang penasihat tanpa kuasa eksekutif dan oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan jawatan di syarikat itu bergantung kepada keputusan Datuk Seri Najib Razak.

"Barangkali orang lain ini lebih cekap daripada Hassan Merican... boleh dapat untung lebih besar kot, mana kita tahu," katanya ketika ditanya sama ada menggantikan Hassan yang telah terbukti keupayaannya di Petronas sebagai satu tindakan yang betul.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung penubuhan Gagsan Melayu Perak di sini hari ini.

Desas-desus sejak beberapa bulan lalu menyatakan bahawa bekas Pegawai Khas Najib ketika beliau Timbalan Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah manakala bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar dilantik sebagai Pengerusi Petronas bagi menggantikan Hassan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya beliau semakin hampir hilang sabar terhadap Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai gaya kepimpinan lemah dan menegaskan beliau tidak pernah beranggapan sedemikian terhadap Najib.

"Saya tak kata saya puas hati, saya tak kata saya tak puas hati tapi saya buat teguran tentang pemilihan orang yang terlibat dalam rasuah masih ada dalam kepimpinan parti. Yang itu saya rasa tak setuju," katanya ketika ditanya sama ada ini bermakna beliau berpuas hati dengan kepimpinan Najib setakat ini.

Sementara itu ketika mengulas tulisan dalam blognya www.chedet.cc yang menyamakan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sebagai 'Maharaja Kecil', Dr Mahathir berkata Lee adalah seorang pemimpin sombong yang cuba mengajar pemimpin di negara-negara jirannya.

"Orang ini dia cukup sombong. Dia pergi ke negara jiran untuk nak bagi tahu kepada negara jiran apa yang patut mereka buat dan dia mengutamakan negeri dia dan memberitahu kepada kita, kita hanya pedalaman. Saya dari dulupun saya tak berapa serasi dengan dia," katanya.

Mengenai lawatan lapan hari Lee ke beberapa negeri baru-baru ini, Dr Mahathir berkata bekas pemimpin Malaysia belum tentu akan mendapat layanan serupa di republik itu seperti mana sambutan yang telah diberikan oleh para pemimpin negara ini terhadap Menteri Mentor Singapura itu.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Mahathir berkata masa depan orang Melayu akan menjadi gelap sekiranya pemimpin Umno terus dengan sikap lebih mengutamakan kepentingan diri daripada agama, bangsa dan negara.

"Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu tapi menjadi landasan untuk orang mendapat tempat dan gelaran. Sebab itu pada pilihan raya umum ke-12, orang Melayu tidak lagi mengundi Umno sebab mereka kecewa dengan keadaan sedemikian," katanya. - Bernama

Posting Terkini