Sebuah badan pemantau pilihanraya National Iinstitute Electoral Integeraity (NIEI) membantah kehadiran polis yang terlalu ramai di pusat pengundian dan boleh ditafsirkan sebagai menggangu proses pengundian dan terhadap pengundi sendiri.
Menurut Pengerusi Yunus Ali, kehadiran polis ini turut ditafsirkan sebagai mengundang ketakutan kepada pengundi.
”Saya melihat ini sebagai satu itimiditasi kepada pengundi. Berdasarkan peratusan mengundi yang masih rendah, kemungkinan kehadiran polis menakutkan pengundi,” katanya yang ditemui Suara Keadilan di SRJK Jit Sin di Berapit pagi ini.
Jumlah anggota polis, wartawan, jurugambar serta pekerja pilihanraya keliahtan lebih ramai daripada jumlah pemilih yang datang mengundi di Berapit, Kubang Ulu, Tanah Liat, Guar Perahu dan Mengkuang.
Pengarah pilihanraya KeADILan Saifuddin Nasution berkata, pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini.
KeADILan Dr. Mansor Othman akan memperolehi 7,000 undi dari penyokong untuk menang dengan majoriti lebih 5,000 undi.
Saifuddin juga mengakui bahawa proses pengundian hari ini agak lembap.
Sementara itu, pekerja pilihanraya menjangka lebih ramai pemilih akan keluar mengundi mulai tengahari ini.
Setakat jam 11 pagi, tinjauan kami di sini mendapati tidak sampai 100 pengundi menunaikan tanggungjawab disini.
Sunday, May 31, 2009
Saturday, May 30, 2009
23 MAUT DALAM LETUPAN DI MASJID IRAN
TEHERAN: Satu letupan bom di sebuah masjid puak Syiah di bandar Zahedan, Iran, telah menyebabkan 23 jemaah terkorban dan lagi 125 lain cedera.
Letupan itu dilaporkan berlaku di Masjid Amir al-Momenin yang merupakan masjid Syiah kedua terbesar di ibu kota wilayah Sistan-Baluchestan itu.
Menurut gabenor wilayah itu, Encik Ali Mohammad Azad, letupan itu berlaku sekitar 7.45 malam (waktu tempatan).
Bom itu meletup semasa waktu solat dan mengorbankan sebilangan jemaah. Ia merupakan satu serangan pengganas dan bom itu diletupkan oleh seorang anggota kumpulan pengganas,' katanya.
Menurut beliau, sejurus letupan itu, 'beberapa anggota kumpulan pengganas yang bergegas melarikan diri dari bandar Zahedan telah ditangkap'.
'Anggota kumpulan itu bertujuan meletupkan bom di beberapa kawasan lain di Zahedan tetapi mereka telah ditangkap ekoran usaha yang dijalankan oleh jabatan risikan wilayah,' kata Encik Ali.
Sejauh ini tiada kumpulan pengganas yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu.
Kelmarin merupakan hari cuti umum di Iran sebagai memperingati kematian anak perempuan Fatima Zahra, anak perempuan Nabi Muhammad saw.
Serangan itu berlaku kurang seminggu selepas Presiden Iran, Afghanistan dan Pakistan bertemu di Teheran dan mengulangi komitmen mereka untuk bekerjasama bagi menentang pengganasan dan penyeludupan dadah di rantau itu.
Ia juga berlaku menjelang pilihan raya Presiden Iran yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun ini.
Encik Ali berkata penjenayah dan anggota pengganas lantas bertujuan mencetuskan kekacauan di wilayah itu menjelang pilihan raya tersebut.
Bulan lalu, Iran telah menggantung tiga lelaki atas penglibatan mereka dalam pengeboman sebuah masjid Syiah pada April tahun lalu yang menyebabkan 14 orang terbunuh di bandar barat daya Shiraz, yang terletak 885 kilometer ke selatan Teheran.
Mahkamah Revolusi Iran berkata ketiga-tiga lelaki itu merupakan anggota Pertubuhan Diraja Iran, yang mahu mengguling pemerintah Islam negara itu.
Kumpulan itu berkata mereka mempunyai talian dengan Amerika.
Teheran telah beberapa kali menuduh Amerika dan Britain menyokong kumpulan militan dan kumpulan pembangkang.
Kedua-dua negara itu bagaimanapun telah menafikan tuduhan tersebut. -- AFP, AP.

Amerika tak rasa perlu tambah askar di Korea S
SEOUL: Korea Utara semalam berkata ia akan mengambil lebih banyak langkah 'mempertahan diri' jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan berhubung ujian bom nuklearnya minggu ini.
'Jika Majlis Keselamatan PBB memprovokasi kami, langkah tambahan kami untuk mempertahan diri tidak dapat dielakkan,' kata satu kenyataan Kementerian Luar Korea Utara.
Sebarang tindakan permusuhan oleh Majlis Keselamatan PBB bermakna pembatalan gencatan senjata,' tambah kenyataan itu, merujuk kepada gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea 1950-53.
'Dunia tidak lama lagi akan menyaksikan bagaimana askar dan rakyat kami mempertahan maruah dan kemerdekaan semasa berdepan dengan penindasan dan tindakan kuku besi Majlis Keselamatan PBB,' kata kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) itu.
Menurut Pyongyang, ujian nuklearnya merupakan ujian yang ke 2,054 dalam sejarah dunia.
Hampir kesemua ujian lain dilakukan oleh lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Robert Gates, semalam berkata ujian nuklear Korea Utara memberi peluang kepada China untuk menyokong tindakan tegas masyarakat antarabangsa.
'Berdasarkan apa yang dinyatakan secara terbuka oleh pemerintah China, jelas mereka tidak senang (dengan ujian nuklear),' kata Encik Gates kepada pemberita yang mengiringi beliau ke Singapura bagi persidangan tahunan keselamatan Asia yang dikenali sebagai Dialog Shangri-La.
'Adalah penting China menyertai usaha bagi menangani isu tersebut,' tegasnya.
Menurut Encik Gates, beliau tidak nampak perlunya tindakan ketenteraan 'kecuali mereka (Korea Utara) berbuat sesuatu yang memerlukannya'.
Amerika, kata beliau, tidak perlu menambah askarnya yang berjumlah 28,500 orang di Korea Selatan kerana beliau tidak 'melihat' ada pergerakan luar biasa askar Korea Utara yang berjumlah 1.1 juta orang itu.
'Saya tidak fikir kami perlu meningkatkan kehadiran tentera kami di Korea Selatan. Saya tidak melihat sebarang pergerakan luar biasa askar Korea Utara,' tegasnya.
Semalam bot-bot nelayan China mula meninggalkan perairan dekat sempadan dua Korea di Laut Kuning menyusuli amaran Pyongyang akan menyerang kapal-kapal yang cuba memintas kapal-kapal Korea Utara yang disyaki membawa senjata pemusnah, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan. -- Agensi.

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul
Oleh: Dato' Husam Musa
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.
Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.
Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.
Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.
c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.
Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.
Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.
Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.
Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!
Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.
Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.
Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.
Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.
Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".
Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.
Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.
Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.
Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.
Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. -

Labels:
Islam
Thursday, May 28, 2009
Gelagat Musa Hassan dan Gani Patail
Justeru dihambat masa dan dalam kegentingan waktu saya tidak mampu untuk menitipkan secara terperinci. Cukup sekadar memaklumkan bahawa apa yang berlaku terhadap Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas pengawai penyiasat kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibelasah oleh bekas ketua samseng negara, Rahim Nor seakan satu plot konspirasi pihak tertinggi yang terancang.
Satu kumpulan yang terkait cuba mengaibkan peribadi Datuk Mat Zain Ibrahim kerana kebimbangan mereka lantaran pekong dan tembelang mereka akan terbongkar.
Datuk Mat Zain Ibrahim dilaporkan mempunyai bukti kukuh dan lengkap yang menunjukkan Gani Patail dan Musa Hassan secara segaja mengubah fakta sebenar dalam kes ‘mata lebam’ melibatkan Dato; Seri Anwar Ibrahim dalam tahun 1998. Penipuan dan pendustaan dua makhluk bernama Gani dan Musa ini pasti akan dibongkar dalam perbicaraan DSAI kelak.
Dikesempatan ini saya memohon kepada semua sahabat, pengunjung dan penitip bicara minda untuk mendoakan agar Datuk Mat Zain Ibrahim, seorang yang jujur, berani dan ikhlas dalam menjalankan siasatannya terlepas daripada perangkap dan konspirasi jahat Gani dan Musa Hassan.

Dakwa isteri tidak cantik satu kesalahan
KOTA KINABALU: Seorang suami yang memberitahu isterinya tidak lagi cantik kerana mahu memalukan si isteri boleh dikategorikan sebagai kesalahan keganasan emosi jika pindaan dibuat terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Perancangan untuk meminda akta tersebut kini sedang dirangka dengan memasukkan fasal berhubung keganasan emosi terhadap wanita.
Ketika ini, golongan itu hanya dilindungi daripada penderaan fizikal di bawah akta tersebut, kata Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.
Katanya, tujuan cadangan pindaan itu adalah bagi memastikan keselamatan wanita dari segi fizikal dan emosi.
Dr Noorul berkata, keganasan emosi adalah satu bentuk penderaan yang memberi kesan mendalam terhadap wanita yang boleh merendahkan harga diri, maruah serta keyakinan diri.
"Ia boleh menjadi kes apabila seorang suami memberitahu isterinya yang dia hodoh atau memalukannya sehingga membawa kepada tekanan emosi," katanya pada penghujung seminar tentang bagaimana untuk mengawal keganasan terhadap wanita di Wisma Wanita, di sini.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses membawa cadangan pindaan itu ke Parlimen.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd Dun hari ini menutup seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah itu.
Azizah dalam ucapannya berkata, wujud keperluan undang-undang untuk melindungi wanita daripada keganasan emosi.
Beliau berkata, terdapat 99 kes keganasan terhadap wanita di Sabah pada suku tahun pertama 2009 berbanding 220 kes pada tempoh yang sama tahun lalu yang dilaporkan kepada pihak polis.

Wednesday, May 27, 2009
AKIM umum bertanding di Manek Urai
KOTA BAHARU: Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai yang kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.
Presiden AKIM, Hanafi Hamat berkata beliau sekali lagi mempertaruhkan nasibnya untuk bertanding di Manek Urai selepas kecundang pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, Ogos tahun lalu.
Hanafi hanya meraih 92 dalam pilihan raya itu yang dimenangi Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dengan ini sekali lagi akan bertanding mewakili AKIM pada pilihan raya kecil Manek Urai bagi memberi pilihan kepada pengundi untuk membuat pemilihan siapa wakil mereka di kawasan ini," kata Hanafi kepada Bernama di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya dilapor akan bermesyuarat esok untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian di Manek Urai.
Ismail, 60, meninggal akibat sakit jantung.PAS menguasai kerusi Manek Urai selama lima penggal berturut-turut sejak pilihan raya umum 1986. BERNAMA

Anwar saman Anifah RM100 juta
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Anifah Aman berhubung pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika sertai Pakatan tahun lalu.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini.
Dalam satu sidang media bersama Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton baru-baru ini, Anifah mendakwa Anwar telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai ganjaran jika beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 September tahun lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.
Mengulas lanjut mengenai isu itu Anifah menegaskan bahawa Anwar perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan keputusan pilihan raya lalu.

Tuesday, May 26, 2009
SEKILAS - DUNIA
Jadikan NY kawasan bermutu
NEW YORK: Broadway kini membuka sebuah kawasan pejalan kaki di Times Square dan Herald Square sebagai sebahagian daripada rancangan jabatan pengangkutan Amerika Syarikat untuk menjadikan bandar New York tempat penginapan lebih bermutu.
Kenderaan kini diharamkan di kawasan-kawasan Broadway di Times Square dan Herald Square, dekat gedung utama Macy's, kata pihak berkuasa bandar itu semalam, sambil menambah bahawa langkah itu bertujuan mengurangkan pencemaran udara dan kemalangan di kalangan pejalan kaki, serta melicinkan lagi aliran trafik. -- AP.
Kutuk Iran sebab larang Facebook
TEHERAN: Seorang penentang Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang berpendirian sederhana semalam mengutuk pihak berkuasa Iran kerana menghalang akses kepada Facebook, sebuah laman web jaringan sosial yang popular, menjelang pilihan raya presidennya pada 12 Jun ini.
Dengan wadah Internet memainkan peranan penting dalam perdebatan politik, pihak berkuasa Iran terpaksa menghalang akses kepada laman web politik, hak asasi dan berita, serta menghalang akses kepada Facebook Sabtu lalu. -- Reuters.

Waran tangkap kedua ke atas Raja Petra
KUALA LUMPUR: Makhamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap kali kedua terhadap Editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin kerana tidak hadir pada perbicaraan kes fitnah ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hakim, Mohamad Sekeri Mamat mengeluarkan waran tangkap itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis mengemukakan permohonan tersebut.
Pada 23 April lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan notis kepada Raja Petra serta isterinya kerana gagal hadir perbicaraan kes penerbitan artikel berunsur hasutan yang dihadapinya.
Mahkamah pada prosiding yang lalu sepatutnya mendengar sambungan perbicaraan kes Raja Petra yang dituduh menerbitkan satu artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://www.MalaysiaToday.com.
Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan seumpama itu dituduh melakukannya di alamat No. 5, Jalan BPR5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini pada 25 April tahun lalu.
Alasan yang diberikan oleh tertuduh kerana tidak menghadirkan diri ialah dia telah meletakkan dirinya dalam buangan dan tidak boleh menjejakkan kaki di Selangor kerana mendakwa telah menderhaka kepada keturunan diraja Selangor.
Alasan itu bagaimanapun disampaikan melalui laman webnya.

Lima ditahan di Wisma DAP
IPOH: Lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.
Mereka ditahan kira-kira 7 pagi. Acara itu sepatutnya dijadual dirasmikan pukul 10 pagi ini.

Monday, May 25, 2009
Husam tanding Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa sahkan akan mencabar Nasharuddin Isa merebut jawatan Timbalan Presiden parti awal bulan depan.
Labels:
PAS
Copenhagen juara liga Denmark
COPENHAGEN: FC Copenhagen memenangi kejuaraan liga Denmark untuk kali ketujuh dengan kemenangan 1-0 ke atas Esbjerg.
Copenhagen menang menerusi jaringan penalti Cesar Santin pada lewat separuh masa pertama untuk mencatatkan 73 mata dengan baki satu perlawanan.
Naib juara, Brondby, pula tewas 1-0 kepada Aarhus untuk kekal dengan 68 mata sebelum perlawanan terakhir minggu depan.
Copenhagen akan menyertai kelayakan Liga Juara-Juara musim depan pada pusingan kedua.
Kemenangan itu melengkapkan kejayaan berganda kedua dalam tempoh lima tahun selepas meraih Piala Denmark pada Khamis lalu apabila mengalahkan Aalborg 1-0 di final. - Reuters

Sukan
Keputusan Liga Perdana Inggeris
Keputusan Liga Perdana Inggeris
Aston Villa 1-0 Newcastle
Hull 0-1 Man Utd
West Ham 2-1 Middlesbrough
Sunderland 2-3 Chelsea
Arsenal 4-1 Stoke
Liverpool 3-1 Tottenham
Fulham 0-2 Everton
Man City 1-0 Bolton
Blackburn 0-0 West Brom
Wigan 1-0 Portsmouth
Aston Villa 1-0 Newcastle
Hull 0-1 Man Utd
West Ham 2-1 Middlesbrough
Sunderland 2-3 Chelsea
Arsenal 4-1 Stoke
Liverpool 3-1 Tottenham
Fulham 0-2 Everton
Man City 1-0 Bolton
Blackburn 0-0 West Brom
Wigan 1-0 Portsmouth
Labels:
Sukan
BN makin parah
"Terima kasih Barisan Nasional (BN) kerana tidak bertanding di Penanti kerana ia memberi laluan mudah untuk Parti keadilan Rakyat (KeADILan) mempertahankan kerusi di situ, " ujar Ketua Perhubungan KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim.
Beliau ketika ditemui di hari penamaan calon pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBM), Penanti menambah, pengunduran diri Barisan Nasional (BN) bukan sahaja memudahkan kempen bahkan terbukti kegawatan BN makin parah.
Jelasnya lagi, namun walaupun laluan agak mudah tetapi penerangan kepada rakyat tetap di teruskan ke kampung-kampung atau taman bagi tujuan menyedarkan mereka tentang kepentingan pilihan raya yang diadakan.
Katanya,Pakatan Rakyat mahukan rakyat dilatih dengan sistem demokrasi yang sah maka kemasukan dalam pilihanraya boleh meningkatkan lagi pengaruh parti yang menyertainya.
"Insya-Allah bila menang nanti kita akan teruskan kerja kerajaan yang kian banyak maklumlah kita mempunyai kerajaan yang seimbang dan telus, " jelasnya.
Tambahnya, untuk mencapai hasrat itu bukan sahaja memerlukan gabungan tenaga bersama bahkan memerlukan kesatuan fikiran. - Harakah

piliharan raya
Timbalan Presiden: Nasharuddin umum pertahan jawatan
PETALING JAYA: Nasharuddin Mat Isa akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PAS yang disandangnya pada pemilihan parti yang akan berlansung pada awal bulan Jun ini.
“Saya akan tetap bertanding jawatan itu (Timbalan Presiden). Saya tak akan tarik diri,” katanya kepada mStar Online hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian beliau sama ada bertanding atau sebaliknya jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar PAS yang ke-55 pada 2 hingga 6 Jun ini.
“Saya sudah lama menghantar surat jawapan untuk bertanding kepada jawatankuasa pemilihan. Kenapa perlu tarik diri bila saya sudah cukup pencalonan ?,” katanya.
Nasharuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendiriannya itu.
“Saya akan beri kenyataan lanjut mengenainya dua atau tiga hari lagi. Tunggu lah selepas jawatankuasa pemilihan umumkan calon-calon yang layak bertanding esok,” katanya.
Hari ini merupakan tarikh tutup bagi setiap calon menghantar surat jawapan untuk bertanding kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding, mereka ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS semakin menarik apabila, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan penarikan diri masing-masing daripada bertanding jawatan tersebut minggu lalu.
Ia sekali gus membuka ruang kepada pertarungan tiga penjuru antara penyandang, Nasharuddin, Husam Musa dan Mat Sabu.
Persaingan antara calon-calon yang layak bertanding pada pemilihan PAS kal i ini sering dikaitkan dengan pertembungan antara ulama yang pro kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 'puak Erdogan' yang pro-Anwar.
Penarikan diri Haron dan Azizan itu membolehkan Nasharudin muncul sebagai calon tunggal mewakili aspirasi kepimpinan ulama.

Sunday, May 24, 2009
MAS SELAMAT DIPERCAYAI GUNAKAN LONGKANG UNTUK LARIKAN DIRI
KUALA LUMPUR: Pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari (gambar), yang ditangkap di Johor baru-baru ini dipercayai menggunakan longkang sebagai laluan utama pergerakannya selepas melarikan diri dari pusat tahanan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa republik itu lebih setahun lalu.
Dia yang menggemparkan Singapura kerana melarikan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road melalui tingkap tandas juga beberapa kali menukar pakaiannya, termasuk memakai pakaian wanita ketika dalam buruan.
Sumber berkata, Mas Selamat membuat perancangan melarikan diri selama setahun ketika melarikan diri pada 27 Ogos tahun lalu.
Menurut sumber, perancangan yang memakan masa selama setahun itu dilakukan dengan menguji selama mana pengawal pusat tahanan itu dapat membiarkannya di dalam tandas.
'Mas Selamat akan menguji selama mana pengawal ditugaskan membiarkan dia berada dalam tandas, berikutan semakin lama dia dibiarkan dalam tandas maka lebih cerah kejayaannya melarikan diri,' kata sumber itu.
Sumber itu berkata, selepas lari, dia yang memakai beberapa lapis pakaian sering menukarnya bagi mengelak dicam.
'Menyedari gerakan memburunya semakin hebat, dia bergerak dalam longkang sehingga tiba di tepi pantai Woodlands pada hari keempat selepas lari dari pusat tahanan,' kata sumber itu lagi.
Ditanya bagaimana Mas Selamat mampu berenang menyeberangi Selat Tebrau ke Stulang Laut, Johor Bharu tanpa dikesan, sumber itu berkata dia menggunakan pelampung lengan seperti yang digunakan kanak-kanak untuk berenang.
Selain menggunakan kegelapan malam, usahanya itu tidak mengalami kesukaran berikutan keadaan arus laut yang tidak kuat serta jarak ke pantai sebelah negara ini hanya sejauh dua kilometer.
Sumber itu berkata, ketika pasukan polis menyerbu rumah persembunyiannya di Kampung Tawakal, Skudai, 1 April lalu, Mas Selamat hanya sembunyi dalam almari.
'Polis percaya dia bersedia untuk ditahan kerana tidak mampu lagi hidup dalam buruan,' tambah sumber itu. -- BHM, Harian Metro.

PERTANDINGAN TIGA PENJURU MENARIK
Oleh
Suhana A. Samat
PILIHAN Raya Presiden Indonesia pada 8 Julai ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan dijangka membentangkan senario yang menarik.
Gandingan pertama ialah di antara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, 60 tahun, dengan calon naib presidennya, Encik Boediono, 66 tahun, mantan Gabenor Bank Indonesia.
Gandingan kedua ialah di antara Pengerusi Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) pimpinan Cik Megawati Sukarnoputri, 62 tahun, yang bertanding dengan Encik Prabowo Subianto, 58 tahun, daripada Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra).
Gandingan ketiga pula ialah Naib Presiden Indonesia ketika ini, Encik Jusuf Kalla, 67 tahun, daripada Parti Golkar, yang bergandingan dengan mantan jeneral, Encik Wiranto, 62 tahun, daripada Parti Hanura.
Apakah peluang setiap gandingan itu dan apa yang dijanjikan mereka kepada pengundi?
SBY
Dr Yudhoyono, yang lebih dikenali dengan panggilan SBY, menghadapi kegenjotan awal apabila terdapat parti pakatannya mengancam untuk berundur selepas beliau memilih Encik Boediono sebagai calon naib presiden.
Namun, pilihan itu dilihat sebagai satu langkah strategik.
Ini kerana jika Dr Yudhoyono memilih salah seorang daripada calon yang diajukan empat parti besar yang ingin menyertai pakatannya seperti Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Parti Amanat Nasional (PAN) dan Parti Persatuan Pembangunan (PPP), dikhuatiri akan ada rasa cemburu daripada pihak-pihak lain.
Selain itu, jika Dr Yudhoyono memilih Encik Hatta Rajasa daripada PAN sebagai calon naib presiden dan mereka menang, terdapat kebimbangan sepanjang penggalnya selama lima tahun mendatang, Dr Yudhoyono akan berada di bawah telunjuk Dr Amien Rais.
Dr Amien Rais ialah pemimpin PAN dan pernah bertanding sebagai calon presiden pada pilihan raya 2004.
Pemilihan Encik Boediono, yang bukan anggota sebarang parti politik, menunjukkan bahawa Dr Yudhoyono tidak takut memilih orang terbaik dan paling layak membantunya menghurai masalah negara.
Encik Boediono ialah teknokrat dihormati yang memegang beberapa jawatan berprofil tinggi dalam kabinet dan bank pusat.
Apakah kelebihan Dr Yudhoyono apabila bertanding semula kali ini?
Ketika dipilih rakyat secara langsung buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara itu pada September 2004, mantan jeneral empat bintang itu meraih 62 peratus undi.
Di bawah pentadbirannya, ekonomi Indonesia berkembang sebanyak 6.3 peratus pada 2007 - kadar paling rancak dalam tempoh sedekad.
Rizab tukaran asing juga meningkat 74 peratus kepada AS$60.5 bilion ($87.5 bilion), lapor agensi berita Bloomberg.
Beliau juga memperkenalkan undang-undang bagi menarik pelabur.
Dalam kempen kali ini, Dr Yudhoyono berikrar akan memastikan ekonomi Indonesia dapat mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7 peratus menjelang 2014 berbanding dengan 4.5 peratus sekarang.
Dalam satu tinjauan yang dijalankan antara 27 April dengan 3 Mei lalu oleh Institut Tinjauan Indonesia, 70 peratus daripada 2,014 responden memilih gandingan Dr Yudhoyono dengan Encik Boediono untuk menang.
Imej Dr Yudhoyono sekarang berbeza daripada imejnya apabila mula-mula menjadi presiden.
Dari segi kepimpinan, beliau pada mulanya dikatakan menghadapi masalah dengan kabinetnya yang terdiri daripada wakil pelbagai parti.
Ini kerana Parti Demokrat pimpinannya meraih peratusan undi yang kecil di Parlimen.
Encik Kalla, malah, ketika itu dikatakan lebih cekap dalam bertugas dan hampir kebanyakan urusan dalam negeri yang sukar diserahkan kepadanya.
Semasa mula menjadi presiden, Dr Yudhoyono juga berjanji akan menangani dwicabaran utama iaitu pengganasan dan rasuah.
Dalam aspek ini, rakyat Indonesia tidak dapat menolak hakikat bahawa negara itu bebas daripada serangan pengganas sejak tiga setengah tahun yang lalu.
Di bawah pentadbiran Dr Yudhoyono juga, Indonesia menamatkan konflik dengan kumpulan pemisah Aceh yang sudah berlarutan selama 30 tahun.
Rasuah juga dilihat rancak dibasmi dengan beberapa pegawai tinggi dan orang ternama ditahan.
Ini termasuk mantan Timbalan Gabenor Bank Pusat, Aulia Pohan, dan bapa mentua anak Dr Yudhoyono sendiri.
MEGAWATI
Dapatan Institut Tinjauan Indonesia menunjukkan bahawa 21 peratus responden menyokong gandingan Cik Megawati dengan Encik Prabowo.
Cik Megawati, anak perempuan presiden pertama Indonesia, Sukarno, memimpin Indonesia selama tiga tahun dari 2001 sehingga 2004.
Beliau menjadi presiden kelima Indonesia dan presiden wanita pertama negara itu selepas mengambil tampuk kepimpinan daripada Encik Abdurrahman Wahid, yang dilihat sebagai tidak cekap memimpin negara.
Namun, sepanjang pemerintahannya, Cik Megawati gagal mengatasi rasuah, silap tadbir dan pengganasan.
Beliau, malah, pernah dicabar agar berundur daripada kepimpinan PDI-P setelah parti itu meraih hanya 19 peratus undi dan kalah kepada Parti Golkar, yang mendapat undi terbanyak 22 peratus dalam pilihan raya parlimen pada 2004.
Meskipun demikian, ternyata Cik Megawati masih mampu bertahan untuk sekali lagi bertanding merebut jawatan presiden pada Julai ini.
Jika pada 2004 beliau memilih mantan Ketua nahdatul Ulama (NU), Encik Hasyim Muzadi, sebagai gandingan calon naib presidennya, kali ini, beliau memilih menantu mantan Presiden Suharto, Encik Prabowo, yang pada mulanya ingin bertanding jawatan presiden.
Gandingan itu memerlukan satu sama lain - Cik Megawati mempunyai sokongan parti serta rakyat, sementara Encik Prabowo mempunyai wang selain karisma.
Encik Prabowo berkata saudara lelakinya, Encik Hashim Djojohadikusumo, seorang usahawan, akan menampung perbelanjaan kempen pilihan rayanya kelak.
Ini termasuk menaja iklan-iklan di televisyen pada waktu perdana.
Encik Hashim dikatakan menjual syarikat Nations Energy, yang berpangkalan di Indonesia dengan harga AS$1.9 bilion ($2.7 bilion) kepada Citic Group dari China pada 1996.
Apa yang mereka janjikan kepada rakyat?
Gandingan ini akan memberi tumpuan pada sektor pertanian dalam usaha merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Indonesia.
Mereka juga bercadang menjadikan aset-aset strategik sebagai milik negara.
Kelemahan gandingan ini ialah rakyat mungkin masih belum dapat melupakan ketidakupayaan Cik Megawati mentadbir negara dengan baik sebelum ini.
Encik Prabowo pula mempunyai rekod hitam semasa berkhidmat sebagai ketua pasukan khas tentera Indonesia.
Pada 1998, beliau dipecat daripada angkatan tentera kerana terlibat dalam penculikan aktivis prodemokrasi.
JUSUF KALLA
Encik Kalla menyuarakan hasrat untuk bertanding sebagai calon presiden seawal Oktober 2005.
Sejak menjadi Pengerusi Parti Golkar pada Disember 2004, Encik Kalla memang dikatakan mempunyai pengaruh politik lebih luas dan kuat berbanding Dr Yudhoyono.
Ini memandangkan Parti Demokrat pimpinan Dr Yudhoyono hanya mendapat tempat kelima dalam pilihan raya parlimen pada tahun itu.
Namun, senario sekarang telah banyak berubah. Dalam pilihan raya parlimen April lalu, Parti Demokrat mendahului parti lain dengan meraih 20.85 peratus undi.
Parti Golkar, yang dipimpin Encik Kalla, menduduki tempat kedua dengan meraih 14.45 peratus undi.
PDI-P pimpinan Cik Megawati meraih 14.03 peratus
Gandingan Encik Kalla dengan Encik Wiranto dilihat sebagai gandingan paling lemah di kalangan pengamat.
Institut Tinjauan Indonesia meramalkan gandingan itu hanya mampu meraih 3 peratus undi.
Encik Wiranto pernah bertanding sebagai calon presiden pada 2004 tetapi gagal.
Pada 2003, Suruhanjaya Nasional Indonesia berkaitan Hak Asasi Kemanusiaan pernah menuduh Encik Wiranto, yang menjadi Menteri Pertahanan dan Keamanan pada 1998-1999, gagal menangani rusuhan yang berlaku pada Mei 1998 sehingga menyebabkan lebih 1,200 orang terkorban.
Beliau turut dituduh melanggar hak asasi kemanusiaan semasa keganasan tercetus di Timor Timur pada 1999, yang menyebabkan sekurang- kurangnya 1,000 orang terkorban.
Latar belakang Encik Wiranto mungkin akan menjejas peluang gandingan ini.
Dari segi pengalaman mentadbir negara, Encik Kalla mungkin tidak kurang pengalaman berbanding Dr Yudhoyono.
Sebagai naib presiden, Encik Kalla turut membantu memeterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah Aceh.
Beliau juga merupakan Menteri Perusahaan dan Perdagangan selama enam bulan pada 1999 sebelum dipecat oleh presiden ketika itu, Encik Abdurrahman Wahid.
Pada 2001, beliau dinamakan sebagai Menteri Penyelaras Kebajikan oleh presiden ketika itu, Cik Megawati.
Di bawah kapasiti itu, Encik Kalla membantu memeterai perjanjian damai untuk mengakhiri keganasan sektarian di Sulawesi.
Dalam kempen kali ini, Encik Kalla menjanjikan pertumbuhan ekonomi sebanyak 8 peratus dengan menangani masalah prasarana negara yang teruk.
Beliau turut membidas kebergantungan Indonesia ke atas pinjaman asing yang didakwa tidak dirunding dengan baik kerana memberi hanya sedikit manfaat kepada negara.
Sejauh ini, Encik Kalla dan Encik Wiranto cuba mendapatkan sokongan daripada Gabenor Yogyakarta, Sultan Hamengkubuwono X, dan beberapa ulama berpengaruh di Magelang, Jawa Tengah dan Jawa Timur.
Strategi itu sudah menampakkan kesannya apabila Pengerusi Nahdlatul Ulama (NU) dan Persatuan Muhammadiyah melahirkan sokongan mereka.
Imej kedua-dua calon itu, yang dilihat lebih menonjolkan ciri-ciri Islam, turut membantu. Isteri masing- masing juga bertudung.
RUMUSAN
Sejauh ini, Dr Yudhoyono dilihat sebagai calon favorit untuk mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua.
Beliau, bagaimanapun, perlu mendapatkan lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruhan undi dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di separuh daripada 33 wilayah Indonesia.
Jika tidak ada gandingan yang berjaya mendapatkan peratusan undi serupa itu, pusingan kedua akan diadakan pada September ini di antara dua calon yang meraih peratusan undi tertinggi.
Berdasarkan kemenangan besar yang diraih oleh Parti Demokrat dalam pilihan raya parlimen bulan lalu, Dr Yudhoyono tidak mempunyai masalah menang dalam pilihan raya presiden pada Julai ini untuk berkhidmat sepenggal lagi.

'BARAT DAN ISLAM PERLU BERSAMA TANGANI CABARAN SEJAGAT'
LONDON: Pengganasan dan konflik masa lalu telah 'memburukkan' hubungan antara negara Barat dengan Dunia Islam. Tetapi kedua-dua pihak mesti bekerjasama menangani cabaran sejagat, kata Setiausaha Luar Britain, Encik David Miliband, kelmarin.
Beliau mengakui bahawa campur tangan London sejak Perang Salib dan zaman penjajahan hinggalah kepada serangan ke atas Iraq telah mewujudkan kecurigaan bagi banyak negara, dengan Perang Iraq mencetuskan 'kegetiran, kecurigaan dan kebencian'.
Namun, menurut beliau cabaran perubahan iklim, pengganasan dan krisis kewangan memerlukan usaha bersama hasil persefahaman yang lebih baik antara kedua-dua pihak, di samping satu huraian bagi konflik seperti di Timur Tengah.
Dalam satu ucapan di Pusat Oxford bagi Pengajian Islam (OCIS), Encik Miliband berkata sejarah hubungan antara Eropah dengan Dunia Islam 'ditandai dengan penaklukan, konflik dan penjajahan'.
'Dan yang terbaru, serangan ke atas Iraq dan akibatnya mencetus kegetiran, kecurigaan dan kebencian,' tegas beliau.
Sejak serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika fokus hubungan antara negara Barat dengan Dunia Islam semakin sempit, kata beliau.
'Pengganasan telah memburukkan pandangan kita terhadap satu sama lain dan memesongkan hubungan,' tambah beliau.
Tetapi menurut Encik Miliband keselamatan sejagat tidak dapat lagi dijamin oleh satu-satunya kuasa terunggul di dunia, atau kelompok kuasa besar.
'Ancaman perubahan iklim, pengganasan, wabak penyakit dan krisis kewangan adalah terlalu besar dan meluas. Oleh itu, kita perlukan seberapa luas yang mungkin gabungan negara-negara dan pergerakan politik,' kata beliau.
Meskipun kuasa Barat 'perlu berpegang teguh kepada nilai-nilai sendiri' sebarang gabungan kadangkala terpaksa menyertakan 'kumpulan yang matlamat mereka tidak kita kongsi bersama, yang nilai mereka tidak kita senangi dan kaedah mereka kita anggap meragukan,' kata Encik Miliband.
Kecurigaan mengenai konflik seperti Perang Iraq membayangi usaha menggunakan diplomasi dan bantuan bagi tujuan kemanusiaan, kata beliau.
'Kita perlu pulihkan semua gagasan asal (campur tangan liberal) yang merupakan gagasan yang bagus, baik dulu mahupun sekarang,' tambah beliau. Diplomasi secara aktif sangat diperlukan di Timur Tengah, tegas beliau. -- AFP.

JEPUN LONGGARKAN LANGKAH CEGAH FLU H1N1
TOKYO: Jepun semalam mengikuti jejak Mexico City melonggarkan langkah pencegahan penularan flu H1N1 atas alasan virus H1N1 tidak begitu berbahaya seperti yang dikhuatiri.
Sebaliknya Australia pula menaikkan tahap amaran selepas kes flu H1N1 yang disahkan meningkat kepada 11 orang.
Perkembangan itu berlaku sehari selepas Mexico City menurunkan tahap amaran flu H1N1 daripada kuning kepada hijau kelmarin setelah seminggu tiada jangkitan baru.
Datuk bandar Mexico City, Encik Marcelo Ebrard, berkata perubahan itu bermakna risiko jangkitan adalah rendah dan situasi dapat dikawal.
'Anda tidak perlu lagi memakai pelitup. Sekarang anda boleh pergi ke bandar tanpa sebarang risiko,' tegas Encik Ebrard.
Setiausaha Kesihatan Mexico City, Encik Armando Ahued, berkata tiada sesiapa yang dimasukkan ke hospital akibat flu sepanjang tiga hari yang lalu dan tiada kes H1N1 yang disahkan sejak 14 Mei.
'Kami nampak penurunan kes sebanyak 96.1 peratus. Sebab itulah kami menurunkan tahap amaran ke hijau hari ini,' kata Encik Ahued.
Sementara itu, kerajaan Jepun semalam menurunkan amaran lawatan tidak perlu ke Mexico.
Tokyo hanya menasihati rakyatnya supaya berwaspada semasa melawat Mexico kerana bimbang virus H1N1 bermutasi kepada bentuk yang lebih bahaya.
Meskipun jangkitan flu H1N1 di Jepun meningkat kepada 299 orang, tiada sebarang kematian, kata para pegawai.
'Flu baru (H1N1) ada persamaan besar dengan flu musiman,' kata Menteri Kesihatan Jepun, Encik Yoichi Masuzoe, kepada pemberita.
Oleh itu Jepun akan menamatkan pemeriksaan kuarantin bagi pesawat yang tiba dari Mexico dan Amerika Utara kecuali ada penumpang yang jatuh sakit. Mereka yang duduk dekat penumpang dijangkiti flu juga tidak akan dikuarantin.
Bagaimanapun, lebih 4,800 sekolah dan tadika akan terus ditutup, kata Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Australia, Cik Nicola Roxon, berkata langkah menaikkan tahap amaran flu di negara itu bertujuan membolehkan kerajaan mengawal penularan flu H1N1 dengan lebih berkesan.
'Ia membolehkan kami mengambil langkah mencegah penularan seperti menutup sekolah, seperti yang sudah dilakukan di Australia Selatan dan Victoria,' kata Cik Roxon.
Sementara itu, Amiriah Arab Bersatu (UAE) semalam mengkuarantin seorang penumpang pesawat dari Canada yang disyaki menghidap flu H1N1. Ini kes pertama di negara itu, kata Kementerian Kesihatan.
Akhbar Gulf News berkata seorang doktor rakyat Canada keturunan Pakistan dimasukkan ke hospital di Al-Ain, Abu Dhabi, selepas menunjukkan simptom flu H1N1. -- Agensi.

JUNTA MYANMAR TUDUH 'LAWATAN' WARGA AS DIATUR
YANGON: Junta tentera Myanmar semalam menuduh anasir antipemerintah mengatur lawatan lelaki warga Amerika Syarikat, Encik John W. Yettaw (gambar), ke rumah pemimpin pembangkang, Cik Aung San Suu Kyi, untuk memalukan pemerintah Myanmar dan memburukkan hubungannya dengan negara Barat.
Sementara itu, Konsul Besar Myanmar di Hongkong, Encik Ye Myint Aung, telah menyiarkan sepucuk surat di Internet mengandaikan bahawa Encik Yettaw, 53 tahun, mungkin 'seorang perisik atau teman lelaki' Cik Suu Kyi.
Menurut akhbar New Light of Myanmar, Menteri Luar Jepun, Encik Hirofumi Nakasone, menghubungi Menteri luar Myanmar, Encik U Nyan Win, pada Isnin lalu menyuarakan kebimbangan mengenai perbicaraan Cik Suu Kyi.
Akhbar itu melaporkan bahawa Encik Nyan Win memberitahu Encik Nakasone bahawa junta tentera percaya lawatan Encik Yettaw diatur kumpulan antipemerintah untuk mencetuskan ketegangan antara pemerintah Myanmar dengan pengkritik dari negara Barat.
'Encik U Nyan Win menyatakan pandangan beliau bahawa ada kemungkinan insiden itu diatur tepat pada masanya oleh anasir antipemerintah di dalam dan luar negara bagi meningkatkan tekanan antarabangsa ke atas Myanmar,' lapor akhbar berkenaan.
Para pengkritik sebaliknya menuduh junta tentera sengaja menggunakan insiden lawatan Encik Yettaw sebagai alasan melanjutkan tahanan ke atas Cik Suu Kyi sehingga pilihan raya yang dijadualkan bagi tahun depan.
Sementara itu, dalam suratnya di Internet semalam, Encik Ye Myint Aung, menulis:
'Segelintir sahabat kami bertanya mengenai lelaki Amerika yang berenang menyeberangi Tasik Inya untuk melawat Cik Aung San Suu Kyi secara sulit.
'Kemusykilan mereka ialah kenapa dia berenang ke rumahnya dan apa yang mereka bincangkan di sana?' kata surat itu.
'Sebenarnya, kami sendiri pada saat ini tidak tahu sama ada dia seorang perisik atau teman lelakinya,' jelas Encik Myint Aung.
Penyokong Cik Suu Kyi mengesyaki ada muslihat yang membabitkan pihak junta di sebalik lawatan Encik Yettaw tetapi keluarganya berkata Encik Yettaw hanya hendak menemu bual Cik Suu Kyi dan tidak sedar akan akibatnya. -- AP, AFP.

HARGA EMAS DI PARAS TERTINGGI
HARGA emas telah meningkat ke paras paling tinggi sejak Mac lalu apabila pasaran ekuiti sejagat menjunam semula dan meningkatkan minat pelabur kepada logam berharga itu sebagai pelaburan alternatif.
Saham-saham di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menjunam selepas Lembaga Federal meramalkan kemelesetan lebih buruk daripada ramalan, dan sebahagian pegawai Fed berkata lebih banyak pembelian aset diperlukan bagi melihat pemulihan yang lebih kukuh.
Emas telah meningkat ke paras dua bulan paling tinggi mengatasi paras AS$950 ($1,415 ) satu aun kelmarin, ekoran pasaran ekuiti yang lemah.
Dolar Amerika Syarikat juga merosot ke paras empat bulan terendah berbanding dolar Singapura dan mata wang lain di dunia ekoran sentimen positif dalam pasaran kewangan telah meningkatkan minat pelabur.
Sebahagian pelabur telah membeli emas sebagai pelaburan semasa saham merosot.
'Hakikat pasaran ekuiti kelihatan mendak dan kebimbangan inflasi mula dirasakan akan memberikan emas momentum peningkatan,' kata Encik James Moore, pengamat di TheBullionDesk.com di London, dalam laporannya yang dikirim menerusi e-mel.
Awal dari itu, harga mencapai AS$951.80 - paling tinggi pernah dicatatkan sejak 23 Mac lalu.
'Harga emas dijangka terus meningkat dalam masa jangka terdekat, dengan paras bertahan baru pada AS$979 berbanding paras tertinggi Mac itu,' kata Encik Tom Pawlicki, pengamat di MF Global in Chicago, dalam laporannya, lapor agensi Bloomberg.
Para pengamat berkata, harga emas akan meningkat ekoran spekulasi oleh individu kaya yang menambah pelaburan emas selain ekuiti.
Syarikat Paulson & Co, yang dikendalikan hartawan terkaya, Encik John Paulson, menjadi pelabur emas terbesar sejak 31 Mac lalu.
'Kami dapat lebih banyak klien dengan aset bernilai tinggi yang membeli emas bulan lalu,' kata Encik Mark O'Byrne, pengarah urusan firma broker Dublin Gold.
Pembelian emas pelaburan meningkat tiga kali ganda dalam suku pertama tahun ini kepada 595.9 metrik tan ontric, menurut Majlis Emas Sedunia, minggu ini.
Indeks 500 saham Standard & Poor's 500 menjunam, memaparkan kemerosotan ekuiti dan 'pelabur bergerak semula kepada emas,' lapor pengamat.

PBB rayu AS$543j bantu pelarian
ISLAMABAD: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam merayu dana sebanyak AS$543 juta ($785 juta) bagi membantu 1.7 juta penduduk yang menjadi pelarian akibat operasi tentera ke atas militan di barat laut Pakistan.
Menurut PBB jumlah tersebut termasuk AS$88.5 juta yang sudah diberi atau diikrarkan negara penderma.
Tetapi agensi bantuan memerlukan AS$454.6 juta lagi membantu penduduk yang menjadi pelarian, termasuk 550,000 orang yang melarikan diri sejak Ogos tahun lepas. -- AFP.
Kemboja nafi beri Thaksin pasport
BANGKOK: Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, menafikan negaranya mengeluarkan pasport bagi mantan perdana menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra.
'Saya diberitahu Perdana Menteri Kemboja Encik Hun Sen bahawa tidak ada pasport dikeluarkan bagi Encik Thaksin,' kata Timbalan Perdana Menteri Thai, Encik Suthep Thuagsuban, kepada pemberita semalam.
Beliau berkata begitu semasa mengulas kenyataan pemimpin Parti Pheu Thai, Encik Chalerm Yoobamrung, yang mendakwa Encik Thaksin menunjukkan pasport Kemboja selain enam pasport lain semasa mereka bertemu di Dubai minggu lepas. -- Agensi.
China larang merokok di hospital
BEIJING: China akan mengenakan larangan merokok di semua hospital dan kemudahan perubatan mulai 2011, kata Kementerian Kesihatan, semalam.
China merupakan pengeluar rokok terbesar di dunia dan orang Cina merupakan perokok paling giat di dunia. Dengan pasaran sekitar 320 juta perokok ia menjadi daya tarikan bagi syarikat berbilang negara dan fokus kebimbangan badan kesihatan dunia.
Rokok China termasuk yang termurah di dunia, dengan sebungkus harganya hanya beberapa sen. Malah separuh daripada doktor lelaki China juga merokok. -- Reuters.

Hidup dengan Lima Limpa dan Organ Terbalik
BIRMINGHAM - Sungguh suatu keajaiban, Bethany Jordan, 6, penderita sindrom Ivemark, bertahan hidup hingga sekarang. Gadis asal Stourbridge, Inggris, itu terlahir dengan sistem kardiovaskuler yang kurang baik. Organ badannya pun berada di tempat yang salah.
''Di dalam kulitnya, segalanya berbalik dari belakang ke depan dan bercampur aduk. Kami harus sangat mengawasinya. Dia bisa cepat lelah karena kondisinya itu,'' tutur Lisa, ibu Bethany, kepada Daily Mail.
Jigsaw Kid -begitu sebutannya- terlahir dengan lima limpa kecil yang seharusnya hanya berjumlah satu. Dia memiliki paru-paru bagian kanan dengan sistem peredaran darah seperti paru-paru bagian kiri. Posisi jantungnya yang berlubang berada di belakang, di samping paru-paru. Selain itu, posisi dan bentuk hatinya berlawanan dengan posisi normal. Terakhir, perut yang seharusnya di kiri berada di kanan.
Kondisi yang amat jarang terjadi itu membuat dokter memvonis usia Bethany tidak akan lama. Walau bisa bertahan, dia tidak akan bisa menghadapi ketegangan seperti anak-anak normal lain. Hal itu berarti, jika dia beraktivitas terlalu berat, orang lain bisa melihat detak jantung dari punggungnya.
Bentuk limpanya yang kecil dan banyak tidak bisa bekerja efektif untuk menyaring seluruh darah di tubuh gadis mungil itu. Putri keempat dari pasangan Lisa dan Robert tersebut juga berisiko terkena infeksi.
''Jika dia sakit, akan butuh waktu lebih lama untuk sembuh. Sebab, sistem kekebalan dia amat rendah,'' kata Lisa.
Menurut tim dokter, hanya satu di antara 150.000 orang dengan kondisi seperti Bethany bisa bertahan. Kondisi Bethany itu bisa disebabkan faktor genetik. Dokter mengetahui kondisinya sebelum dia dilahirkan dari pemeriksaan scan rutin. Otaknya juga diperkirakan mengalami kelainan. Untuk itu, orang tuanya pernah berpikir untuk menggugurkannya.
Namun, keputusan itu batal setelah tes selanjutnya menyatakan bahwa otak Bethany terlihat normal. Bethany pun lahir di Rumah Sakit Wordsley. Sebelum dibawa pulang, dia harus berada di inkubator selama sepuluh hari. Sebulan kemudian, dia dibawa ke rumah sakit karena mengalami gagal jantung.
Bethany harus menghadapi operasi hati selama berbulan-bulan. Operasi juga harus dilakukan karena paru-parunya rusak dan lubang di jantungnya. (war/ttg)

Saturday, May 23, 2009
Promosikan Produk dan Perkhidmatan Anda
Seramai 370 tetamu undangan dikalangan wanita berkerjaya akan menghadiri Hi-Tea dan Pertunjukan Fesyen ini. Sempena majlis ini juga sejumlah 5,000 nashkah ‘Buku Cenderahati’ akan diedarkan kepada ketua-ketua jabatan di Komplex Kerajaan Putrajaya, Kajang, Nilai, Sepang, Subang dan Shah Alam.
Usahawan dijemput untuk promosikan produk dan perkhidmatan mereka sempena majlis berpretij ini. Berbagai kaedah pengiklanan termasuk memperagakan pakaian dari butik akan dipersembahkan. Pengiklanan dibuku cenderahati berjumlah 5,000 nashkah pastinya amat terkesan.
Hubungi 013-268 8589 atau email: malaysianfashionshow@gmail.com untuk pengiklanan sebelum 31 May 2009.

blog
Dr Mansor ada harapan cerah menang besar
Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu menjangkakan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman akan menang besar mengalahkan tiga calon bebas lain bagi pilihan raya kecil Dun Penanti.
"Saya jangkakan Pakatan Rakyat akan menang, calon bebas mungkin akan hilang deposit dengan keadaan ini apabila sokongan kepada PR amat baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyatakan pandangan terhadap peluang calon Pakatan Rakyat Dr Mansor bagi pilihan raya kecil Dun Penanti yang telahpun selesai proses penamaan calonya pagi tadi.
Mohammad Sabu turut meluangkan masa pagi tadi bagi menyertai perarakan calon yang berlansung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Penanti dekat sini.
Mengulas mengenai keenganan Umno/BN meletakkan calon di Penanti beliau menyatakan, Umno takut akan kebangkitan rakyat menolak idealisme parti itu.
Sambil menyatakan hari penamaan calon hanya didominasi penyokong Pakatan Rakyat, beliau menyifatkan ia sebagai 'satu hari yang suram'.
Namun beliau yakin kemenangan akan bersama dengan calon Pakatan Rakyat yang hanya akan menjadikan calon bebas hilang deposit.
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Penanti yang bermula sejak jam 8.00 pagi agak suram berikutan calon Pakatan Rakyat hanya ditentang tiga calon bebas.
Meskipun kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dalam jumlah yang ramai, namun suasana tidak pun menggambarkan satu pertempuran hebat bakal berlaku sepertimana penamaan calon beberapa prk yang lalu.
Hanya kedengaran laungan reformasi dan takbir di satu sudut, di sebelah kiri hadapan bangunan IKBN Penanti, sementara sudut kanan yang disediakan bagi pihak bertentangan Pakatan Rakyat tiada kedengaran.
Suruhanjaya Pilihan Raya SPR akhirnya mengesahkan bahawa PRK Dun Penanti Penanti akan ditandingi oleh 4 calon.
Calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman akan menentang calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.
Semua calon kini boleh berkempen sehingga jam 12 tengah malam, 30 Mei nanti.
Sementara itu, calon-calon Bebas akan menggunakan simbol 'Kunci' untuk Aminah, Nai (Wau) dan Kamarul (Payung) sepanjang pilihan raya ini.- Harakah

Friday, May 22, 2009
Zambry Menteri Besar
PUTRAJAYA, 22 Mei-- Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.
Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
"Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah," kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.
Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.
Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.
"Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.
"Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu," kata Hakim Md Raus bagi membenarkan rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Mahkamah juga mendapati Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.
Hakim Md Raus berkata hakikat bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.
"Tidak ada syarat mandatori dalam Perlembagaan Perak bahawa usul undi tidak percaya perlu dibentangkan terhadap responden sebelum keputusan dibuat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri," katanya.
Bernama

lompat
BN wajar bertanding di DUN Manik Urai
ALOR SETAR: Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata secara peribadi beliau berpendapat Barisan Nasional (BN) wajar bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai di Kelantan nanti.
Beliau berkata ini kerana pilihan raya kecil itu bakal diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya.
"Secara peribadi atas jawatan Ketua Penerangan Umno, saya akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar BN bertanding pada pilihan raya kecil di Manik Urai kerana ia diadakan atas faktor kematian wakil rakyat dan bukannya faktor rekaan seperti di DUN Penanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai dari PAS, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi ini kerana sakit jantung.
Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang.
Ahmad sebelum ini menggesa semua pengundi BN memboikot pilihan raya kecil yang mungkin diadakan lagi pada masa depan jika didapati telah 'diatur' oleh pembangkang dan bukannya disebabkan faktor kematian wakil rakyat atau kerana perintah mahkamah.
Katanya, BN perlu berpolitik mengikut caranya tersendiri dan tidak harus terpedaya dengan perangkap pembangkang yang menjadikan siri pilihan raya kecil sebagai medan membina imej mereka.
Pada Isnin lepas, BN mengumumkan keputusan tidak bertanding pada pilihan raya DUN Penanti di Pulau Pinang 31 Mei ini.
Kerusi DUN Penanti kosong selepas penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan atas alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah. BERNAMA

Kawalan keselamatan ketat, menanti keputusan Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini bakal memberi keputusan berhubung rayuan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Ketika ini, kawalan keselamatan mula diperketatkan bilamana, orang ramai dan penyokong dilarang untuk menghampiri sekitar ruang depan kamar 3 Mahkamah Rayuan, tempat berlangsungnya perbicaraan.
Berlaku kekecohan apabila beberapa media daripada daripada dalam dan luar negara dilarang masuk. Malah Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim dan Adun BN, Dato' Ahmad Pakeh yang hadir tidak dapat memasuki mahkamah.
Kelihatan orang ramai dan penyokong kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) hampir 200 orang mula memenuhi ruang mahkamah manakala dua buah stesen televisyen Malaysia sedang dalam persiapan membuat lintas langsung, berhubung keputusan yang bakal didengar jam 3.30 petang ini.
Keputusan itu bakal dibacakan oleh Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop berhubung keputusan perintah Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS adalah Menteri Besar yang sah.
Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak. - Harakah

Malu kalah PRK, BN dinasihat tidak letak calon
Bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) dari terus malu dengan siri kekalahan pilihan raya kecil, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali mencadangkan parti itu tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manik Urai nanti.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Agung tengah hari tadi berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Ismail Yaacob pagi tadi.
Mustafa juga berkata, sekalipun BN menyertai pilihan raya kecil itu dan ditakdirkan menang ianya tidak boleh mengubah kerajaan PAS Kelantan.
" Oleh kerana senario BN yang kini berfikir soal duit yang tidak ada dan membazir (jika buat pilihan raya). Saya cadangkan Umno tak payah masuk dalam pilihan raya kecil. Saya yakin BN akan kalah. Duit habis, malu lagi," katanya.
Jelasnya, PAS akan mengikut perlembagaan yang ditetapkan, dengan meletakkan calon dalam pilihan raya Dun Manik Urai nanti.
Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Mail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas dirawat sejak 26 April.
Seminggu selepas dimasukkan ke wad beliau dipotong sebelah kakinya memandangkan keadaan penyakitnya semakin menular.
Beliau menderita penyakit gaot sejak kembali dari Makkah setahun lalu. - Harakah

Pilihan raya Penanti saksi pertandingan empat penjuru?
GEORGETOWN: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu satu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga calon Bebas.
Proses penamaan calon akan berlangsung esok di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam dan hari pengundian pada 31 Mei.
Kehangatan dan kemeriahan pilihan raya kecil kali ini kurang dirasakan memandangkan Barisan Nasional (BN) pada Isnin lalu mengumumkan tidak bertanding bagi merebut kerusi itu.
Calon PKR yang akan bertanding merebut kerusi itu ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, manakala ahli perniagaan Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang Aminah Abdullah, 56, telah menyatakan hasrat bertanding sebagai calon Bebas.
Pengurus syarikat Nai Khan Ari, 41, yang telah mengambil borang pencalonan dijangka mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu, hari ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin mengosongkan kerusi itu atas alasan mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pasca ijazah.
Pada pilihan raya umum 2008, Mansor bertanding di DUN Pulau Betong menentang Muhamad Farid Saad dari BN tetapi tewas dengan majoriti 294 undi.
DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar - 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa. - Bernama

Speaker Kelantan maklum SPR kekosongan DUN Manik Urai, Isnin ini
KUALA KRAI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi DUN Manik Urai, Isnin ini.
Beliau berkata laporan itu hanya dapat dibuat Isnin ini kerana hari ini dan esok merupakan cuti umum bagi negeri Kelantan manakala hari Ahad adalah cuti hujung minggu di Kuala Lumpur.
Mohd Nassuruddin berkata demikian kepada pemberita ketika menziarahi jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, yang meninggal dunia hari ini.
Jenazah Ismail telah dibawa ke rumahnya di Manik Urai Lama dan jenazahnya disembahyangkan di Masjid Manik Urai Lama dengan diimamkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kira-kira 2,000 orang yang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Allahyarham Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manik Urai Lama selepas solat Jumaat.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kirakira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung dan beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.
Beliau, yang mewakii PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, Allahyarham tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.
Namun Allahyarham Ismail dipilih semula bertanding kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
Allahyarham merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.
Manik Urai terletak dalam kawasanParlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. BERNAMA

Malaysia - Singapura setuju bina jambatan ketiga
SINGAPURA: Malaysia telah mencadangkan kepada Singapura bahawa sebuah jambatan baru dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke negara pulau itu.
Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara keduadua negara, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di sini hari ini.Najib, yang berada di sini sejak semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke republik ini, berkata jambatan baru itu juga akan membantu membangunkan bahagian timur Johor seperti di kawasan di Pengerang, termasuk Desaru, yang masih kurang membangun tetapi mempunyai potensi ekonomi yang besar.
Beliau berkata jalan penghubung sedia ada seperti Tambak Johor, sudah mempunyai jumlah trafik yang banyak dan telah menjejaskan kelancaran pergerakan orang ramai dan barangan antara keduadua negara berjiran.
Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk meneliti cadangan itu daripada segi jangka sederhana dan jangka panjang dan juga bersetuju untuk menjalankan kajian terhadap daya maju jambatan itu, kata Najib dan menurutnya cadangan jambatan baru itu merupakan satu daripada hasil mesyuarat dua hala mereka untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara Malaysia dan Singapura. BERNAMA

Thursday, May 21, 2009
Malaysian Fashion Show
Grandball Room, Empress Hotel. Sepang
18 hb Julai 2009 + Jam 2.30 – 6.00 petang
Dunia fesyen adalah sesuatu yang hidup dan aktif. Pada 18 Julai 2009 di Grandball Room, Hotel Empress. Sepang, Malaysia Fashion Show membawa kepada anda majlis “Hi-Tea dan Pertunjukan Fesyen”.
Seramai 370 tetamu undangan dikalangan wanita berkerjaya akan menghadiri Hi-Tea dan Pertunjukan Fesyen ini. Sempena majlis ini juga sejumlah 5,000 nashkah ‘Buku Cenderahati’ akan diedarkan.
Usahawan dijemput untuk promosikan produk dan perkhidmatan mereka sempena majlis berpretij ini. Berbagai kaedah pengiklanan termasuk memperagakan pakaian dari butik akan dipersembahkan. Hubungi 013-268 8589 atau email: malaysianfashionshow@gmail.com untuk pengiklanan sebelum 31 May 2009.

Keputusan rayuan Zambry esok
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan memutuskan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop menetapkan pukul 3.30 petang esok untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Dr Zambry daripada Barisan Nasional terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.
Panel tiga hakim itu hari ini mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Mohammad Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.
Ekoran keputusan itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.
"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.
Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.
"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.
Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.
"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.
Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.
Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.
"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.
Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.
"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.
"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang. Sehingga 5 petang, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.
Sementara itu, Abdul Gani berkata Mohammad Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).
"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Mohammad Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.
Abdul Gani juga berkata apabila Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.
"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Mohammad Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.
Pada perbicaran sebelah petang, peguam Sulaiman Abdullah, yang mewakili Mohammad Nizar, dalam hujahnya berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan, tetapi berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.
Oleh yang demikian, Mohammad Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Mohammad Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri, katanya.
Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satusatunya cara bagi memecat Mohammad Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.
"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.
"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.
Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang tadi.
Ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan itu, Mohammad Nizar berkata: "Tak kiralah apa keputusannya esok, tapi apa yang paling penting ialah sokongan rakyat Perak terhadap saya.
"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.
Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.
Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.

Individu berkempen pada hari mengundi boleh dipenjara
BUTTERWORTH Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan berkempen pada hari mengundi.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Ngah Senik berkata individu yang melanggar larangan berkempen menurut Sub Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh ditahan polis dan dikenakan tindakan penjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau berkata selama ini larangan itu tidak dipatuhi sepenuhnya oleh parti yang bertanding kerana mereka masih melobi undi di kawasan pondok panas melalui pemakaian lambang, logo, bendera parti atau pemujukan.
"Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil Penanti ini, pondok panas tidak lagi dibenar kerana kita tidak mahu aktiviti meraih atau merayu undi berlaku pada saat akhir sebelum pengundi masuk ke pusat pengundian," katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Beliau berkata pemakaian lencana, topi atau apa sahaja yang mempunyai lambang parti terutama di kawasan 100 meter daripada pusat pengundian juga tidak dibenarkan. Ngah berkata semua pihak yang bertanding diberi masa yang mencukupi untuk berkempen iaitu bermula daripada selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) membuat pengumuman mengenai calon yang akan bertanding pada hari penamaan calon pada 23 Mei sehingga pukul 12 tengah malam 30 Mei ini.
"Saya benar-benar berharap semua pihak sama ada parti politik atau calon bebas yang bertanding mematuhi larangan ini dan tidak menggunakan meja semakan yang dibenarkan di kawasan 100 meter dari pusat pengundian untuk merayu undi lagi.
"Biarlah Penanti menjadi permulaan kepada pilihan raya yang aman, tenang dan pengundi tidak menghadapi tekanan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.
Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Ngah berkata SPR melantik 450 petugas dan memperuntukkan RM500,000 untuk mengendalikan pilihan raya kecil Penanti itu.
Beberapa pembaharuan dibuat untuk pilihan raya kecil kali ini, antaranya mewujudkan barung SPR di kawasan 50 meter dari pusat pengundian dan menambah bilangan pemandu arah untuk membantu pengundi menuju ke saluran masing-masing, katanya. BERNAMA

Keputusan MB Perak esok jam 3.30 petang
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan mengumumkan petang esok keputusannya mengenai siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop, menetapkan jam 3.30 petang esok untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir daripada Barisan Nasional (BN) terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.
Panel tiga hakim itu hari ini mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.
Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.
Pada 11 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Mohammad Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.
Ekoran keputusan itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.
"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkeaan telah terkhilaf," katanya.
Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.
"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya," katanya.
Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (BDUN) atau sama ada Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.
"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," kata Abraham.
Beliau berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan. - Bernama

Sistem kuota pemilihan Umno dijangka mansuh
PUTRAJAYA: Sistem kuota pencalonan bagi semua jawatan dalam Umno dijangka dimansuhkan menjelang pemilihan parti 2011, dan pada masa sama, proses pengundian akan diperluaskan ke peringkat akar umbi sama ada membabitkan keseluruhan 3.4 juta ahlinya atau 60,000 ahli di peringkat bahagian.
Setakat ini, Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan parti yang bermesyuarat hari ini bersetuju untuk meneliti cadangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Agung Umno lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Teknikal Perlembagaan Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pindaan itu akan dibentangkan kepada 2,554 perwakilan pada Perhimpunan Agung Khas parti yang akan diadakan tahun ini.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno, berkata kelulusan dan persetujuan perwakilan akan membolehkan pindaan itu dilaksanakan serta merta bagi membolehkan ia dikuatkuasa pada pemilihan parti akan datang.
“Sehubungan itu, ahli parti di peringkat cawangan dan bahagian yang akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini diminta mengemukakan pandangan berhubung kedua-dua perkara ini untuk dipertimbangkan bagi memastikan proses ke arah perubahan dan petanda bermulanya era baru politik negara menjadi kenyataan,” katanya.

Penanti: Seorang lagi calon dijangka tanding
GEORGETOWN: Seorang pengurus syarikat dijangka mengumumkan esok keputusannya sama ada akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Nai Khan Ari, 41, berkata ada beberapa perkara yang perlu beliau selesaikan sebelum membuat keputusan menjelang hari penamaan calon Sabtu ini.
Nai memberitahu walaupun memiliki rumah di Lunas, Kedah, beliau sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Telok Wang.
Lelaki berketurunan Siam ini berkata beliau telah membeli borang pencalonan daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar.
Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman, 56, sebagai calonnya manakala bekas anggota tentera Mohd Saberi Othman, 49, dan bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, masing-masing mengumumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.
Isnin lepas, Barisan Nasional membuat keputusan tidak akan bertanding kerana mendapati kerusi itu dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR hanya kerana mahu menyelesaikan isu dalaman parti itu. - Bernama

PAS jangka PRU Ke-13 awal
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.
"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.
Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.
Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.
"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.
"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.
Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Kes saman Anwar terhadap Dr Mahathir
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff.
Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok.
Mahkamah Persekutuan pada 6 Jun membenarkan permohonan Anwar untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Dr Mahathir adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.
Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 September 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.
Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said mewakili Dr Mahathir. BERNAMA

Haron Din tarik diri tanding Timbalan Presiden PAS
PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Haron Din hari ini mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut pada pemilihan muktamar parti itu bulan depan.
Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, beliau telah pun membuat keputusan itu sejak sebelum pencalonan bermula lagi, namun beliau tetap dicalonkan.
"Sebenarnya, daripada sebelum penamaaan calon lagi, saya sudah menarik diri.
"Pada saya, tidak ada keperluan untuk saya bertanding," katanya.
Justeru katanya, beliau tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.
Katanya, kesemua calon jawatan itu telah pun mengetahui pendirian beliau itu sejak awal lagi.
Keputusan Dr Haron sekaligus mengikut jejak langkah seorang lagi calon jawatan itu iaitu Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abd Razak yang mengumumkan untuk menarik diri Selasa lalu kerana mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.
Selain Dr Haron dan Azizan, tiga lagi yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua itu adalah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Tiada tindakan dikenakan terhadap Uthayakumar
PUTRAJAYA: Tiada tindakan akan dikenakan terhadap bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar yang tidak menghadiri perjumpaan dengan Lembaga Penasihat ISA.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dimaklumkan bahawa kehadiran Uthayakumar di hadapan Lembaga Penasihat tersebut bukan merupakan syarat kepada pembebasan beliau.
"Lembaga Penasihat ini memanggil mereka bukan untuk melihat tahap pemulihan setiap mereka yang ditahan di bawah ISA. Kalau dia tidak hadir ianya hanya akan berkisar kepada laporan lembaga dan tidak melanggar mana-mana syarat yang boleh diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca Kabinet kementerian di sini Rabu.
Hishammuddin diminta mengulas tindakan pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang diharamkan itu, yang tidak menghadiri perjumpaan yang dijadualkan pada 10.30 pagi semalam, walaupun empat pemimpin lain pertubuhan itu yang turut dibebaskan baru-baru ini menghadirkan diri.
Ditanya mengenai keengganan Uthayakumar untuk menandatangani syarat pembebasan ketika dibenarkan keluar daripada tahanan tersebut, beliau berkata "sebenarnya ia tidak menyalahi undang-undang dan tidak menjejaskan pembebasan jika dia tidak menandatanganinya".
Hishammuddin berkata bagaimanapun beliau memandang serius tentang kenyataan-kenyataan Uthayakumar, berhubung demonstrasi jalanan, tuduhan-tuduhan dan ugutan-ugutan terhadap kerajaan terutama kementerian itu sendiri.
"Kita dalam hal ini tak pernah kompromi dan kalau melanggar undang-undang sedia ada kita tetap akan ambil tindakan," katanya.
Mengenai semakan semula beberapa undang-undang di bawah kementerian itu, Hishammuddin berkata selain mendapatkan pandangan mereka yang pakar dalam bidang tersebut, beliau juga akan turun ke peringkat akar umbi bagi mendapatkan pandangan mereka mengenainya.
Semua penahanan yang bersifat pencegahan, mereka yang terbabit dalam perhimpunan dan isu-isu berhubung kebebasan bersuara akan dikaji semula dan kemungkinan ia akan lebih longgar, katanya.
Ketika ditanya mengenai tindakan polis mengawal beberapa siri perhimpunan termasuk yang kecil dan yang membawa lilin dan dakwaan bahawa tindakan yang dilakukan seolah-olah jika berpakaian hitam itu merupakan satu kesalahan, Hishammuddin berkata "ia bukan semudah seperti yang dilihat."
"Itu sebenarnya yang berlaku tetapi banyak perkara yang tidak diketahui atau disedari umum termasuk mereka yang terbabit (dalam perhimpunan). Hanya dengan memakai pakaian hitam sudah tentu bukan satu kesalahan. Jangan fikir saya terlalu naif untuk mengatakan kami akan memenjara sesiapa sahaja yang berpakaian hitam.
"Tapi ia sebenarnya lebih daripada itu. Dan jika mereka mahu menyaman saya dan Ketua Polis Negara untuk itu, kedua-dua kami bersedia pergi ke mahkamah dan menjelaskan berhubung apa jua tindakan yang telah diambil," katanya. BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)