Pages

Saturday, February 28, 2009

Warga Cemas Bahaya Limbah

Tak Berani Pakai Air Sumur Lagi

Warga yang tinggal di belakang areal PT Jace Octavia Mandiri (JOM), Sagulung, Batam meminta agar 3.800 ton ferrosand yang diduga mengandung limbah bahan berbahaya dan beracun (B3) bisa dipindahkan secepatnya. Apalagi saat ini ada satu keluarga yang terkena penyakit gatal-gatal.

Kementerian Lingkungan Hidup (KLH) sendiri telah menyatakan 3.800 ton ferrosand dari produk LS-Nikko asal Busan, Korea Selatan merupakan limbah B3.

”Kami sangat takut dengan dampak dari limbah tersebut. Kami mohon pemerintah untuk memindahkan secepatnya,” kata Murwasih, 30, yang tinggal di pabrik percetakan Batako dekat limbah itu ditimbun, kepada Batam Pos, kemarin.

Selama limbah itu berada di sana, Murwasih dan tetangganya sangat takut kena dampat buruknya. Untuk mengantisipasi hal itu, warga pun tak mau lagi menggunakan air sumur yang selama ini merejka gunakan.

”Sejak tahu ada limbah, mulai dari cuci baju, masak, mandi dan yang berkaitan dengan air, kita menggunakan air dari ATB,” akunya.

Ketika ditanya mengenai kondisi ketiga anaknya Ilham, 4, Sovi, 12, dan Ida, 8, yang sempat mengalami penyakit gatal-gatal secara tiba-tiba, Murwasih mengaku, ketiganya sudah sembuh. Namun yang masih mengalami gatal-gatal hingga saat ini, hanya suaminya.

Camat Sagulung Zulkifli mengatakan, jika pasir hitam itu sudah dipastikan sebagai limbah B3, sebaiknya limbah itu jangan terlalu lama dibiarkan dekat dengan lingkungan perumahan. ”Kalau terlalu lama di sana, bisa berbahaya dan warga menjadi resah,” kata Zulkifli.

Menteri Kementerian Lingkungan Hidup (KLH) Rachmat Witoelar, akhirnya memerintahkan kepada PT JOM untuk melakukan re-ekspor 3.800 ton ferrosand ke negara asalnya Korea Selatan.

Hal ini disampaikan Rachmat Witoelar saat melakukan sidak bersama Kepala Bapedal Batam Dendi Purnomo, di PT JOM di Sagulung, Batam, Jumat (27/2). Selain re-ekspor, KLH juga melakukan penyelidikan bersama penyidik dari Batam soal limbah tersebut.

Dendi menjelaskan, pihaknya juga sudah menyarankan kepada PT JOM yang mendatangkan ferrosand untuk memasukan ke dalam tempat dan jangan dibiarkan menumpuk di lapangan terbuka. Lalu kapan re-ekspor? Dendi mengaku menunggu perintah dari pusat.

Dendi juga menyebutkan, pihak Bapedalda Batam tidak mengetahui proses impor limbah karena soal perizinan impor dari KLH. Tapi pihak KLH merasa tidak sesuai izin yang semula disampai ke KLH.

Data yang diperoleh Batam Pos menyebutkan, izin impor yang diperoleh PT JOM mendapat restu dari semua instansi yang berwenang. Izin rekomendasi dari impor ferrosand perindustrian nomor:995/ILMTA/XII/2008, izin dari rekomendasi dari Bapedalda Batam No 575/Bapedal/PLH/IX/2008.

Kemudian PT JOM juga mendapatkan pemberitahuan dari Bea dan Cukai nomor S-18925/R/BC.1/2009. Kemudian surat izin pengeluaran barang dari BC dengan Nomor 001608/KPU.02/BD.03/2009. Lalu surat pemeriksaan Pabean No.Peng :020401-000124-20090202-00244.

Selain itu, PT JOM juga mendapatkan izin dari sebuah lembaga surveyor terkenal Sucofindo untuk mendatangkan limbah tersebut. Sucofindo juga menerbitkan sertifikat pemeriksaan Nomor 00529/ABAPAC, lalu laporan analisis dari Sucofindo Nomor 00531/EEAPAC.

Kemudian PT JOM mendapatkan sertifikat dari pabrik LS-Nikko bahwasanya limbah tersebut tidak mengandung limbah B3. Nomor sertifikatnya No:2008-04-14-02 dan telah disahkan oleh Kedutaan Korea Selatan di Jakarta.

Selain itu, ada juga sertifkat dari Pabrik Nikko sebagai agen penjualan di Indonesia NO 2008-04-14 dan telah disahkan Kedutaan Koera Selatan di Jakarta. Hasil tes laboratorium uji materil dari Badan Atom Nasional (Batan) nomor Sertifikat 14/05/SHU/II/2009. Perusahaan pengimpor juga mendapatkan izin persetujuan dari Penanaman Modal Asing No 39/KI/1/PMA No Proyek 2694-20256.

Anehnya setelah limbah tersebut masuk ke Batam dan dilakukan uji laboratorium KLH, ferrosand tersebut mengandung bahan berbahaya dan beracun (B3). ”Itu jenis cooper sludge. Sudah diperiksa dan hasilnya terbukti mengandung B3. Dan jelas masuk daftar barang big no-no,” tegas Rachmat.

Lalu mengapa pihak KLH bisa memberikan izin impornya? Menurut Rachmat, kemungkinan, pihak importir telah memalsukan dokumen atau memasok barang yang tidak sesuai dengan izin. ”Bisa saja, izinnya pesan jambu, tapi yang datang kelereng,” canda Rachmat.

Mengenai sanksi, jelas Dendi, tergantung dari hasil penyelidikan pusat dan daerah. Semua sudah diatur dengan undang-undang yang berlaku saat ini. Menurut dia, Bapedal sudah melakukan pengawasan yang ketat di Batam. Jika dibandingkan tahun 2006, jumlah pengawasan limbah jauh lebih banyak saat ini. Tahun 2006, Bapedalda melakukan pengawasan sebanyak 2.469 sedangkan tahun 2008, Bapelda sudah melakukan 4.027 limbah yang masuk ke Batam.

”Kita sudah efektif melakukan pengawasan terhadap masuk ke Batam,” kata Dendi. (mat/rob/cr1)

Nenek mati dibunuh selepas pulang toreh getah

KUANTAN: Seorang nenek berusia 77 tahun ditemui mati

dengan terdapat kesan hentakan benda tajam di kepala, di rumahnya di Kampung Salong, Chini dekat Pekan, semalam.

Berikutan itu, seorang bekas banduan berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kamariah Mat Min dipercayai mati dibunuh tidak lama selepas

pulang dari menoreh getah.

Ketua Polis Daerah Pekan, DSP Yahaya Othman, berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruang dapur rumahnya kira-kira 6 petang.

"Mayat mangsa ditemui seorang cucunya yang datang untuk melawatnya dan mendapati mangsa terbaring dengan berlumuran darah di ruang dapur rumah itu.

"Polis mendapati mangsa masih memakai pakaian menoreh getah

dan terdapat hentakan benda tajam di kepala mangsa.

"Polis turut menemui menemui parang dan pisau di tempat kejadian tetapi masih menyiasat sama ada ia milik suspek atau mangsa," katanya. - Bernama

Pakatan mahukan Batang Ai tawan Sarawak

SHAH ALAM: Dalam amanat kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dilihat sebaga penyuntik semangat menjelang setahun selepas pilihan raya umum ke-12, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menggunakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai untuk menawan Sarawak.

Dalam masa terdekat ini, Penasihat PKR itu berkata, parti tersebut perlu memfokus Sarawak yang akan menyaksikan pilihan raya negeri.

Justeru katanya, strategi menawan negeri itu akan dimulakan dengar 'menggempur' Batang Ai pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Saya yakin, kita mampu lakukannya kerana pada pilihan raya umum 8 Mac lalu... kita berjaya menawan Selangor, negeri yang begitu dihargai dan diserang Umno dan dalam masa setahun, kita telah buat pelbagai program yang lebih besar daripada Umno," katanya ketika menyampaikan amanat dalam majlis Amanat Harapan Rakyat di sini, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 200 pemimpin PKR dari seluruh negara.

Anwar berkata, ini bukan masanya PKR serta dua lagi parti komponen Pakatan iaitu DAP dan PAS untuk berbulan madu.

Sebaliknya, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, mereka harus lebih fokus untuk mengukuhkan parti dan merealisasikan pendekatan inklusif dalam PKR bagi memastikan parti itu terdiri daripada semua kaum.

"Kita bulatkan tekad kita untuk berbakti kepada rakyat bersama PAS dan DAP.

"Kita punya iltizam yang teguh untuk pastikan perubahan dan menunaikan janji untuk membawa harapan baru kepada rakyat," katanya.

Anwar berkata, asakan daripada BN dan Umno perlu dihadapi PKR dengan semangat dan keyakinan walaupun parti itu bukanlah sebuah parti yang kukuh dari segi kewangan.

"Kita telah buktikan sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kita tidak mempunyai dana yang banyak seperti Umno dengan jenteranya yang begitu besar.

"Bagaimanapun, kita tetap memperoleh kemenangan dan saya percaya, itu akan meneruskan semangat kita untuk berjaya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," katanya.

Katanya, Umno memainkan isu kaum, agama dan institusi beraja dalam propaganda politiknya yang sememangnya akan menyentuh sensitiviti kaum terutamanya Melayu.

"Umno menggunakan 3R iaitu race, religion dan royalty (kaum, agama dan istana) dan ini mudah mencungkil perasaan rakyat dan meresap ke dalam psikologi terutamanya kaum Melayu.

"Kalau rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat, mereka akan terperangkap dalam mainan politik ini dan pemikiran menjadi sempit dan kembali mundur," katanya.

CEO MIED ancam saman, dedah rahsia politik Samy Vellu

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIED, sayap pendidikan MIC, hari ini memberi kata dua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri S. Samy Vellu selain membongkar rahsia urus niaga dan politik Presiden MIC itu.

MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

P. Chitrakala Vasu, 38, yang kini bercuti daripada jawatan itu memberitahu, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung tuduhan yang beliau menyelweng dana MIED dan projek pembinaan AIMST.

"Saya bersih... Samy Vellu yang perlu menjawab tuduhan-tuduhan ini. Beliau adalah Pengerusi MIED dan beliau perlu menjawabnya," kata Chitrakala pada sidang media di sini hari ini.

Ia merupakan sidang media pertama beliau sejak isu tersebut muncul kira-kira tiga bulan lalu.

Chitrakala mengetuai MIED sejak 15 tahun lalu. Beliau bercuti daripada jawatan itu bermula awal bulan lalu.

"MIED telah berkembang maju dengan baik di bawah pengurusan saya dan kini bernilai RM1 bilion... ia adalah milik MIC dan masyarakat India," kata beliau sambil menambah, ia bukan badan bebas sebagaimana dikatakan oleh Samy Vellu baru-baru ini.

Hari ini beliau membuat dua laporan polis di Balai Polis Subang, antara lain mendakwa beberapa trak telah digunakan untuk mengangkut fail selepas beliau mula bercuti pada 2 Januari lalu.

Samy Vellu baru-baru ini berkata, sejumlah fail dan kira-kira RM5 juta hilang daripada akaun MIED.

Malah beliau juga mendakwa wujdu penyelewengan dalam menawarkan kontrak pembinaan AIMST.

Laporan minggu lalu menyebut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat MIED.

Keduad-au pihak berkeaan telah memulakan siasatan ke atas pembinaan dan penyelenggaran AIMST selepas anggaran kos awal universiti itu melonjak dari RM230 juta kepada RM500 juta di akhir tempoh pembinaan awal tahun lalu.

AIMST, yang terletak di Semeling, Kedah, mula dibuka 18 bulan lalu sebagai hasrat MIC memiliki dan menguruskan sebuah universiti.

Penubuhan AIMST, yang diilhamkan oleh Samy Vellu, dibina atas sumbangan ikhlas orang ramai, derma dan pungutan dari setiap cawangan MIC di negara ini.

Pada Disember lalu, Tan Sri M. Mahalingam, salah seorang penandatangan cek MIED, disingkirkan sebagai Bendahari Agung MIC oleh Samy Velu, yang memberi alasan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula parti.

Sejak kontroversi itu timbul, Samy Vellu juga telah meminta Chitrakala mengambil cuti dan diberi beberapa surat tunjuk sebab.

Laporan media juga menyebut berlaku beberapa penyalahgunaan dalam pemberian kontrak khususnya membabitkan kerja-kerja landskap dan perkhidmatan keselamatan di AIMST.

Bulan lepas, Naib Presiden MIC dan Pengarah MIED, Datuk S. Sothinathan membuat dua laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul di sini mengenai kehilangan fail MIED.

Lporan itu mendakwa fail berkaitan kontrak AIMST telah didapati hilang dari ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat, off Jalan Ipoh di sini.

Minggu lepas, seorang bekas ahli MIC telah membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan menyatakan beliau telah menyerahkan bukti mengenai dakwaan salah urus dalam pemberian kontrak pembinaan AIMST.

Beliau juga mendakwa beberapa ahli politik telah memberi kontrak kepada rakan mereka tanpa melalui proses tender.

Pelajar di Mukah siar aksi buli di YouTube

KUCHING: Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah bertindak berani apabila merakam dan memasukkan aksi buli mereka ke atas seorang pelajar lain ke dalam YouTube.

Perbuatan itu mendapat liputan meluas media tempatan hari ini.

Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat, dilihat disepak, diterajang dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah, di dalam sebuah bilik asrama.

Walaupun mangsa kelihatan cuba merayu tidak diapa-apakan, beliau terus dibelasah tanpa belas kasihan.

Satu laporan menyebut keluarga mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, sudah membuat laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Dalat.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata kes itu turut dimaklumkan kepadanya oleh Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mohmad Salleh.

"Ia teruk dan serius. Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Saya sudah diberi kebenaran untuk bertindak tegas," kata Julaihi.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Dalat turut terkejut dengan kejadian itu dan mahu laporan lengkap mengenainya.

"Saya akan mendapat maklumat lebih lanjut daripada sekolah berkenaan," katanya.

Dua tahun lalu, masyarakat di Sarawak turut gempar dengan berita kematian seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Bintulu, yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan 18 pelajar sekolah terbabit di sebuah blok asrama. - Bernama

Kerajaan tarik balik kebenaran guna kalimah Allah

KOTA KINABALU: Kerajaan akan menarik balik pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly kerana penggubalan peritah itu yang diwartakan pada 16 Februari lalu, silap.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, menegaskan akibat kesilapan itu, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan itu sedangkan kementerian sudah membuat keputusan melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Sambil mengakui kesilapan yang dibuat kementerian itu ketika membuat perintah itu, Syed Hamid menjelaskan tiada pihak bukan Islam yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

Pekerja diberhenti boleh mohon pinjaman mikro

PEKAN: Pekerja yang diberhentikan akibat krisis ekonomi

global berpeluang memohon pinjaman mikro kredit bagi menceburi bidang pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kementerian sudah memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan untuk disalur kepada mereka yang berminat.

Beliau berkata peruntukan itu, jika diluluskan akan disalur melalui Agrobank pada kadar faedah yang rendah.

Mustafa berkata, peruntukan berjumlah RM400 juta sedia ada pada masa ini hampir keseluruhannya sudah diagihkan kepada pemohon yang layak.

"Kita galakkan mereka terutama mereka yang hilang pekerjaan untuk menceburi bidang pertanian tetapi dengan syarat mereka perlu ada tanah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Masyarakat Nelayan, Petani dan Penternak Peringkat negeri Pahang di Kuala Pahang di sini, hari ini.

Pesawat Romania mendarat cemas

TIMISOARA, Romania: Pesawat Romania dengan 51 penumpang dan anak kapal membuat pendaratan cemas dengan menggunakan bahagian badan hari ini dan semua mereka dilaporkan selamat.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Timisoara, Sindia Vlaia, berkata pesawat berkenaan mengelilingi lapangan terbang selama hampir dua jam selepas roda pendaratannya tersangkut.

Pesawat itu mendarat di atas lapisan buih yang disediakan pihak bomba.

“Pesawat mendarat di atas buih yang sembur anggota bomba di atas landasan. Semua penumpang selamat," katanya.

Pesawat milik syarikat Romania, Carpatair, itu dalam perjalanan dari ibu negara Moldova, Chisinau. - AP

Najib: Sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan

KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh memanggil sidang tergempar kerana mahkamah masih belum membuat keputusan berhubung status kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang keputusan untuk mengadakan sidang DUN Perak bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.

"Tak boleh (adakan sidang DUN), sebab ada tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar semalam yang berkata sidang tergempar DUN Perak akan diadakan pada 3 Mac ini.

Ditanya sama ada sidang DUN itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuhkan, Najib berkata: "Apa apa pun kita tunggu keputusan mahkamah dulu, kita kena 'establish' dulu kerajaan Perak dari segi perlembagaan."

Pada 13 Februari lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

Walau apapun, Najib berkata yang penting ketika ini ialah kerajaan negeri Perak yang baru ditubuhkan itu memberi perhatian dan tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Yang mustahak kita beri tumpuan kepada kerja, untuk berkhidmat kepada rakyat, dalam konteks Perak ini, kita kena turun padang, kena tunjukkan kerajaan baru di Perak ini, kerajaan mesra rakyat dan berkhidmat untuk rakyat," katanya. BERNAMA


Polis GAGAL jalankan tugas !!!

PULAU PINANG: Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng mempersoalkan kegagalan pihak polis melindungi Karpal Singh ketika Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dikerumuni oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno di perkarangan Parlimen Khamis lalu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, kumpulan itu telah menghalang pengerusi DAP itu dari memasuki Dewan Rakyat dan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.

"Insiden itu berlaku di luar Parlimen dan polis harus mengambil tindakan bagi menghalang kumpulan Umno itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk memasuki atau campur tangan di Parlimen.

"Dalam kes ini, polis telah gagal dalam tugas mereka untuk melindungi rakyat," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Beliau menghargai Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing yang meminta maaf atas kejadian itu dan berpendapat Pemuda Umno juga harus berbuat demikian.

Dalam kejadian kirakira pukul 2.45 petang itu, perkarangan Bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan individu berhimpun dan menuntut Karpal memohon maaf atas kenyataannya yang memaki Permuda Umno sebagai celaka dalam sidang Dewan Rakyat. BERNAMA

PACC siasat MB Perak

IPOH: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PACC) Perak dijadual menyoal kedua-dua bekas Menteri Besar dan Menteri Besar yang baru serta Exco masing-masing untuk menentukan pihak yang benar-benar layak menikmati gaji dan elaun-elaun berkaitan.

Sesi siasatan itu akan berlangsung Khamis ini iaitu dua hari selepas sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual diadakan Selasa ini.

Selain itu, jawatankuasa tersebut juga menyiasat 'kesahihan' mewujudkan jawatan bertaraf Exco kepada tiga penasihat Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir iaitu Menteri Besar yang baru dan seorang ketua penerangan.

Pemuda UMNO buat Surat Layang?

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Pergerakan Pemuda Umno perlu lebih profesional dalam berhadapan dengan isu surat layang yang mendakwa berlaku penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Mungkin dia (Pemuda) yang buat surat itu sendiri dan lagipun ramai pihak dah terima surat layang, tapi saya tak faham kenapa yang di Kedah nih yang depa (mereka) heboh sangat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Dialog Industri dan Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional, peringkat negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Mesyuarat Kerajaan negeri Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar kira-kira pukul 9 malam tadi berhubung isu berkenaan.

Amiruddin yang bertindak sebagai wakil kerajaan negeri berkata, tindakan itu diambil supaya siasatan dilakukan terhadap kenyataan Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat yang mendakwa menerima surat layang mengandungi dialog antara seorang Exco dan pegawai kanan kerajaan menghina Sultan yang telah dipos ke rumahya 23 Februari lalu. BERNAMA

Polis suraikan penyokong tahanan ISA di IPD Brickfields

KUALA LUMPUR: Polis terpaksa bertindak "tegas" menyuraikan sekumpulan individu, yang berhimpun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini pagi tadi untuk membuat laporan secara beramai-ramai berhubung layanan tidak adil kepada salah seorang tahanan ISA, P. Uthayakumar.

Kumpulan tersebut enggan bersurai walaupun diarahkan oleh polis beberapa kali.

Kira-kira 200 orang itu terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen.

Pihak polis membenarkan kira-kira 50 orang yang terdiri daripada lima anggota keluarga Uthayakumar dan 45 wakil iaitu lima orang bagi setiap negeri termasuk ahli-ahli Parlimen memasuki IPD untuk membuat laporan masing-masing.

Bagaimanapun mereka yang menunggu di luar IPD pula diminta meninggalkan pekarangan premis tersebut.

Ramai yang mematuhi arahan tersebut tetapi kira-kira 30 orang enggan berbuat demikian.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga mula melepaskan air ke arah kumpulan tersebut.

Pada awalnya mereka meninggalkan kawasan itu tetapi kembali semula, menyebabkan FRU terpaksa meneruskan tindakan mereka.

Kumpulan itu berhimpun semula buat kali ketiga lalu berhadapan dengan tindakan FRU, tetapi akhirnya meninggalkan kawasan IPD.

Beberapa orang turut ditahan polis.

Sehubungan itu, polis menetapkan ruang lingkup kawasan larangan demi keselamatan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman berkata, rancangan 500 individu untuk membuat laporan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini dianggap sebagai perhimpunan haram dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertainya.

Kata beliau, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan dan melibatkan diri di dalam perhimpunan tanpa permit yang jelas boleh menggugat ketenteraman awam, tegas beliau.

Sekumpulan 500 individu yang merupakan penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) P.Uthayakumar merancang untuk membuat laporan polis beramai-ramai di IPD Brickfields esok kerana mendakwa pihak berkuasa mengabaikan kesihatan Uthayakumar yang berada dalam tahanan.

Beliau berkata tindakan membuat laporan polis beramai-ramai dilihat sebagai satu cara untuk mempersendakan tugas pihak polis kerana menurutnya walaupun hanya satu sahaja laporan dibuat, ia tetap akan disiasat seadil-adilnya.

Katanya, polis tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membuat laporan polis tetapi bukan secara beramai-ramai.

Polis akan mempertimbangkan untuk membenarkan mereka membuat laporan polis dengan minimum tiga orang.

BN Perak persoal Speaker panggil sidang DUN

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mempersoalkan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak , V. Sivakumar telah memperoleh perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang tergempar Selasa ini.

Petang semalam, Sivakumar berkata, beliau akan memanggil satu sidang tergempar DUN pada 3 Mac bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang baru dilantik serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Dalam reaksi segera daripada para Exco, Ramly yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri berkata, ramai ADUN BN yang tidak digantung juga masih belum memperoleh notis tersebut.

"Setakat ini, saya masih belum terima apa-apa notis tentang sidang DUN itu. Jika terima notis itu sekali pun saya tidak boleh buat keputusan untuk hadir atau tidak.

"Kita akan buat keputusan bersama, setelah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Dr Zambry," katanya kepada mStar Online.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Jelas Ramly, tindakan Speaker hari ini adalah bertentangan dengan undang-undang kerana Speaker sepatutnya perlu memberi notis selama 14 hari kepada ADUN sebelum memanggil sidang DUN.

Sementara itu, Dr Mah menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak.

"Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?

"Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan mengenepikan sentimen politik dalam hal perlembagaan," ujarnya.

Beliau turut mengesahkan belum menerima sebarang notis berhubung sidang DUN terbabit.

Sampai Bila RAKYAT harus menunggu?

Biarpun ini adalah kes dan isu lama, tetapi apakah hanya kerana mereka dalam kelompok gerombolan umno maka semua kes-kes rasuah mereka bolih dilupakan? Di manakah Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda? Saudara mesti bertindak lebih pro-aktif jika saudara ingin diingati sebagai pemimpin Angkatan Muda yang berwibawa.

Kes rasuah Rafidah Aziz.

Laporan yang dibuat oleh Anwar pada 9.7.1999 [Jumaat] di Balai Polis Tun H.S Lee berkaitan kenduri saham oleh Rafidah Aziz yang ketika itu beliau sebagai Pengerusi Pembahagian saham Bumiputra di MITI. Dalam laporan polisnya itu, Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara yang bertarikh 14.3.1995 yang ditandatangani oleh Abdul Ghani Patail [kini sebagai Peguam Negara] yang jelas menyatakan bahawa wujudnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah atas tuduhan rasuah di bawah seksyen 2(2), Ordinan 22, 1970 sepertimana yang dikenakan tuduhan terhadap Anwar yang tidak melibatkan wang sesen pun, tetapi dikenakan hukuman penjara 6 tahun, iaitu:

1. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputra di MITI. Menteri yang paling malas hadir ke Parlimen. Beliau hanya hadir 31 hari dalam tempoh enam tahun atau 400 kali Parlimen bersidang.Rafidah adalah Pengerusi Jawatankuasa yang mengagihkan saham-saham kepada bumiputra Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, beliau telah meluluskan 1.5 juta saham Syarikat Leader Universal Holding Berhad kepada anak menantunya yang bernama Fazrin Azwar bin Mohd. Nor

2. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 450,000 unit saham berkenaan.

3. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 315,000 unit saham berkenaan.

4. Beliau meluluskan satu permohonan dari Fazrin Azwar untuk menjualkan 335,000 unit saham berkenaan.

5. Beliau meluluskan pengagihan 4,173,190 unit saham FACB kepada Fazrin Azwar.

Pendedahan kes ini mengakibatkan Ezam Mohd. Noor, mantan Ketua Pemuda Keadilan [Bekas Pengerusi GERAK,sekarang jurucakap UMNO] didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi [OSA ] dan didapati bersalah dan dihukum penjara dua tahun, merengkok dalam penjara Kajang dan beliau kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

KOREA U BERTEGAS LANCAR SATELIT

SEOUL: Korea Utara membidas para pengkritik yang memberi amaran supaya ia tidak melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauhnya dan berkata ia akan menghukum mereka yang cuba menggagalkan pelancaran satelitnya ke angkasa lepas.

Kenyataan tegar itu dibuat kelmarin sewaktu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, mengumumkan rancangan menghantar duta khas baru mengenai Korea Utara, Encik Stephen Bosworth, bagi meyakinkan Pyongyang membatalkan rancangan hendak menguji peluru berpandu jarak jauh dan menyambung rundingan perlucutan senjata nuklear.

Akhbar Chosun Ilbo, yang menukil sumber pemerintah, berkata Korea Utara telah menguji radar, peralatan pemantau dan kawalan di tapak pelancaran roket Musudan-ri.

'Korea Utara nampaknya sudah memulakan persiapan bagi satu pelancaran,' lapor akhbar itu.

Korea Utara mengumumkan awal minggu ini ia sedang bersiap melancarkan satelit komunikasi sebagai sebahagian program angkasa lepasnya.

Seoul dan Washington berkata pelancaran satelit itu mungkin helah Pyongyang menguji peluru berpandu Taepodong-2 yang boleh mengena sasaran di Alaska. Menurut mereka, pelancaran roket bagi sebarang tujuan melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengundang sekatan antarabangsa.

Pyongyang tidak mengendahkan amaran antarabangsa, malah bertekad meneruskan pelancaran satelit itu, tetapi tidak memberi sebarang tarikh.

'Kami akan lancarkan sebuah satelit seperti yang dirancang,' kata Encik Kim Myong-Gil, duta Korea Utara ke PBB, kepada para pemberita di Atlanta.

'Melancar satelit adalah sebahagian hak kedaulatan kami dan ia tidak boleh digugat,' tegas Encik Kim. -- AP, AFP, Reuters.

CLINTON LAWAT TIMUR TENGAH MINGGU DEPAN

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, akan melawat Mesir, Israel dan Tebing Barat minggu depan untuk menilai keadaan di Timur Tengah.

Cik Clinton juga dijadualkan menghadiri mesyuarat di Brussels dengan negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan pegawai Kesatuan Eropah (EU).

Ini selain mengadakan rundingan di Geneva dengan Menteri Luar Russia, Encik Sergey Lavrov, mengenai isu sekatan senjata dan Afghanistan.

Beliau dijadualkan juga bertemu dengan pemimpin kanan Turkey di Ankara.

Cik Clinton akan berlepas dari Washington esok, selang seminggu beliau kembali daripada lawatannya ke empat negara Asia.

Semasa menghadiri persidangan antarabangsa di Sharm el-Sheik di Mesir, Isnin ini, beliau dijangka mengumumkan ikrar sumbangan Amerika bernilai AS$900 juta ($1.3 bilion) kepada usaha membangunkan semula Jaluran Gaza.

Persidangan peringkat tinggi itu akan dihadiri wakil dari 80 negara.

Hamas menganggarkan nilai kerosakan di Jaluran Gaza ialah AS$2.73 bilion.

Di Tebing Barat, Cik Clinton akan bertemu dengan Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas.

Menurut jurucakap Jabatan Negara, Encik Robert A. Wood, lawatan Cik Clinton ke Israel bertujuan meninjau kemungkinan memulakan semula rundingan damai bersama Palestin dan mengukuhkan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

'Objektif Setiausaha Negara ialah cuba melihat, untuk meninjau pendirian pelbagai pemimpin di rantau itu,' kata Encik Wood.

Beliau mendedahkan Cik Clinton tidak mempunyai rancangan bertemu dengan pemimpin Syria.

Hubungan antara Amerika dengan Syria telah lama tegang.

'Kami mahu mengambil pendekatan baru di Timur Tengah. Kami mahu berunding dengan Syria tetapi Syria harus mengambil beberapa langkah dan tunjukkan bahawa ia berminat berunding dengan Amerika Syarikat dan menangani beberapa isu yang menjadi keprihatinan kami,' kata Encik Wood. -- AP.

PENYOKONG THAKSIN TAMATKAN BANTAHAN

BANGKOK: Para penyokong mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, semalam menamatkan bantahan mereka di luar Bangunan Kerajaan.

Namun, mereka berikrar terus berjuang menggulingkan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva.

Beratus-ratus penunjuk perasaan pro-Thaksin yang melabelkan diri mereka kumpulan 'Baju Merah' telah berhimpun di luar pejabat Encik Abhisit sejak Selasa lalu bagi menuntut agar satu pilihan raya baru diadakan.

Bilangan kumpulan itu telah mencapai sekitar 10,000 orang pada Selasa lalu tetapi semakin berkurangan dari hari ke hari.

'Bagi pihak rakyat yang cintakan demokrasi, kumpulan Baju Merah mempunyai hak untuk menggiatkan lagi perjuangan kami menentang kerajaan diktator bagi mengembalikan demokrasi.

'Tetapi adalah sia-sia bagi kami meneruskan bantahan di Bangunan Kerajaan. Untuk mencapai matlamat, kami akan meneruskan perjuangan di kawasan dalam dan luar bandar; di luar dan dalam Parlimen,' kata pemimpin penunjuk perasaan, Encik Veera Musikapong.

Kumpulan itu bersurai semalam sedang para pemimpin Asean mula berhimpun di bandar peranginan Hua Hin bagi menghadiri sidang puncak tahunan mereka.

Polis berkata penunjuk perasaan itu telah meninggalkan Bangunan Kerajaan pada awal pagi.

Encik Veera berkata kumpulan itu akan berhimpun lagi di lokasi itu dalam tempoh sebulan, kecuali kerajaan memenuhi tuntutan mereka.

Para penunjuk perasaan antara lain turut menuntut agar perlembagaan negara dipinda sementara Menteri Luar, Encik Kasit Piromya, digesa meletak jawatan ekoran hubungannya dengan kumpulan penunjuk perasaan anti-Thaksin, Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD).

Mereka juga mahu pemimpin PAD dikenakan tindakan undang-undang ekoran tindakan mereka mengepung dan mengambil alih dua lapangan terbang di Bangkok selama seminggu pada akhir tahun lalu.

Bantahan PAD hanya berakhir apabila mahkamah membubarkan parti kerajaan yang didakwa mempunyai kaitan dengan Encik Thaksin.

Ini membolehkan Parti Demokrat pimpinan Encik Abhisit mengambil alih kuasa dan sekaligus menimbulkan kemarahan ramai penyokong Encik Thaksin yang merasakan hak demokratik mereka telah dirampas. -- AP.

'RAJA ECSTASY' DITANGKAP

KUALA LUMPUR: Dua pakar memproses dadah terbesar di Kuala Lumpur dengan julukan 'Raja Ecstasy' dikesan mencipta peralatan seakanakan mesin pemerah tebu dan santan untuk menghasilkan ribuan pil khayal itu.

Kedua-dua mereka yang berusia 25 dan 45 tahun itu turut menggunakan pelbagai campuran kimia berbahaya seperti peluntur cat, serbuk kimia industri dan serbuk pewarna lukisan sebagai ramuan pil Ecstasy yang dibuat.

Mereka yang amat dikehendaki polis itu diberkas dalam serbuan di Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini, sebelum merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM2 juta ($833,700).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata sindiket yang dipercayai bergiat aktif sejak setahun lalu dikesan menjadi pembekal pil Ecstasy dan Eramin 5 di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

'Dalam serbuan 5 petang itu, polis menahan dua kenderaan mewah, Toyota Harrier dan Honda CRV, milik kedua-dua suspek. Hasil pemeriksaan, polis menemui satu beg plastik putih mengandungi ketamine dianggarkan 4,975 gram.

'Susulan penemuan itu, polis menyerbu satu kondominium di Taman Desa yang disewa suspek. Rumah itu didapati digunakan sebagai markas dan makmal untuk memproses pil Ecstasy serta stor simpanan pelbagai jenis dadah,' katanya.

Antara dadah ditemui ialah 19 kilogram ketamine, serbuk oren dipercayai Ecstasy seberat tujuh kilogram, 1,571 pil Ecstasy yang sudah diproses, 4,080 pil Eramin 5, lima kilogram heroin, 0.5 kilogram syabu, 280 pil WY dan 0.2 kilogram dadah yang belum dipastikan jenisnya.

Pelbagai jenis peralatan buatan sendiri dijumpai termasuk mesin menyerupai pemerah tebu dan santan untuk menghasilkan pil Ecstasy dalam kuantiti besar dan penimbang dadah.

Selain itu, dua alat pemampat hidraulik dipercayai digunakan untuk menghasilkan pil Ecstasy dalam pelbagai saiz serta cecair dan serbuk kimia industri sebagai ramuan pil khayal itu.

Datuk Abdul Samah berkata polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah seorang suspek berusia 45 tahun di Klang dan menemui jaket kalis peluru serta wang RM212,445 dipercayai hasil penjualan dadah berkenaan. Tiga kenderaan jenis Toyota Unser, Honda Civic dan Perodua Kancil juga ditemui. -- Harian Metro.

JUTAAN BEKERJA LEMBUR DI BRITAIN TANPA BAYARAN

LONDON: Berjuta pekerja di Britain bekerja lembur tujuh jam seminggu tanpa bayaran sejak kemelesetan ekonomi bermula, menurut laporan semalam.

Kongres Kesatuan Sekerja (TUC) berkata satu kajian tenaga kerja mendapati para pekerja yang bimbang dibuang kerja dalam sektor kewangan, kerajaan, penyelidikan dan pembangunan sanggup bekerja lembur lebih panjang tanpa bayaran.

Para pekerja pertanian bekerja lembur lebih 13 hari tanpa bayaran berbanding musim gugur 2007, kata kajian itu. Peningkatan kerja sukarela juga disaksikan pada pekerja pertukangan dan bengkel.

Namun jumlah kerja lembur tanpa bayaran berkurang bagi kerjaya guru, ejen hartanah, insurans dan perusahaan berpencen kerana tidak banyak kerja kosong.

'Kemelesetan mengenakan tekanan kepada pekerja untuk bekerja lembur tanpa gaji. Para pekerja di sesetengah perusahaan menambah masa bekerja untuk menyiapkan tugas lebih cepat,' kata Setiausaha Agung TUC, Encik Brendan Barber.

'Tetapi di tempat lain peluang kerja semakin berkurang. Para pekerja tidak mempunyai cukup tugas untuk mengisi waktu bekerja yang lazim, apatah lagi untuk bekerja lembur,' kata Encik Barber.

Pada Januari lalu, jumlah kerja lembur merupakan yang paling tinggi sejak 1992 dan nilai kerja mereka dianggarkan £pounds;26.9 bilion ($62.6 bilion) atau secara purata £pounds;5,140 setiap seorang setahun. -- Reuters.

Ringkas Berita Dunia dan Malaysiakini

Enjin rosak mungkin punca nahas

AMSTERDAM: Kerosakan enjin mungkin punca yang menyebabkan pesawat Turkish Airlines terhempas dan menyebabkan sembilan penumpang terkorban pada Rabu lalu.

Pesawat itu patah tiga apabila terhempas dalam cuaca kabus sekitar 1.5 kilometer dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam. -- AP.

Jaga rambut, jaga pakaian

BEIJING: Kakitangan awam di bandar raya Zhengzhou tidak dibenarkan menggayakan 'fesyen rambut luar daripada kebiasaan' atau memakai pakaian yang berwarna-warni, menurut arahan terbaru majlis bandar raya tersebut.

'Jangan berpakaian sesuka hati,' menurut pekeliling perintah berkenaan yang menekankan etika berpakaian rapi dan kemas serta teratur. -- Reuters.

Lagi harimau Sumatera dibunuh

JAKARTA: Penduduk kampung di Simpang Gaung di wilayah Riau telah membunuh harimau Sumatera yang keempat dalam tempoh sebulan selepas binatang itu menyerang dua petani Ahad lalu.

Sejauh ini, harimau yang semakin pupus itu telah membunuh enam penduduk kampung di Sumatera.

Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) melahirkan keprihatinan kerana harimau merupakan binatang terlindung dan kini hanya terdapat 400 harimau Sumatera yang masih hidup. -- AFP.

Askar AS undur dari Iraq 2010

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, merancang mengundurkan askar negaranya dari Iraq menjelang Ogos 2010.

Ini bermakna askar Amerika akan berundur 19 bulan selepas Encik Obama menjadi Presiden - lama sedikit berbanding tempoh 16 bulan yang telah dijanjikan beliau semasa kempen Pilihan Raya.

Encik Obama bagaimanapun akan mengekalkan antara 35,000 dengan 50,000 askar untuk memberi sokongan kepada pasukan keselamatan Iraq.

Kini, sekitar 142,000 askar berada di Iraq. -- AFP.

Penyamar polis ditahan

KUANTAN (Pahang): Seorang nelayan berasal dari Setiu, Terengganu, yang menyamar sebagai anggota polis ditahan di Jalan Bukit Ubi, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Pahang, Superintenden Nordin Mustapha, berkata polis percaya lelaki berusia 34 tahun itu terbabit dalam beberapa kes menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut di sekitar Kuantan sejak beberapa minggu lalu. -- Bernama.

Nizar enggan pulangkan kereta

IPOH: Setelah mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar Ahad lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bagaimanapun enggan menyerahkan kereta rasmi jenis Toyota Camry dengan alasan kereta itu adalah simbol 'kerajaan negeri yang sah'.

'Beliau bersedia memulangkannya jika mahkamah mengisytihar Zambry (Datuk Dr Zambry Abdul Kadir) adalah menteri besar yang sah selepas ini,' kata Encik Amran Harun, pegawai khas mantan menteri besar Perak itu. -- Bernama.

PERKATAAN 'ALLAH' BOLEH DIGUNA DALAM PENERBITAN KRISTIAN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan berkaitan agama Kristian tidak lagi dilarang seperti terkandung dalam warta baru yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia awal tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan, Encik Nizam Zakaria, yang mewakili Pejabat Peguam Negara, memaklumkan mahkamah bahawa Menteri Dalam Negeri, selaku responden pertama dalam prosiding semakan kehakiman itu yang difailkan oleh Ketua Paderi Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur, telah mewartakan perintah bertarikh 21 Januari 2009 bertajuk Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009.

Warta itu menyebut 'Percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apaapa dokumen dan penerbitan berhubungan agama Kristian yang mengandungi perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan, 'Untuk Agama Kristian'.

Perintah itu diwartakan pada 16 Febuari lalu dan berkuatkuasa pada tarikh itu.

Berikutan perkembangan itu, peguam, Encik Porres P. Royan, yang mewakili pemohon, Ketua Paderi Datuk Murphy Pakiam, memaklumkan Hakim Lau Bee Lan bahawa mereka akan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara berhubung implikasi perintah tersebut.

'Jika selepas perbincangan kami rasa selesa, dengan itu jelas perkara ini mungkin tidak perlu diteruskan dan didengar. Kami akan maklumkan kepada mahkamah jika kami mencapai penyelesaian.

'Masih terlalu awal untuk kami membuat keputusan,' katanya sambil memohon kepada mahkamah untuk memberikan masa dua hingga tiga bulan bagi kedua-dua pihak, sebelum menetapkan tarikh perbicaraan bagi permohonan semakan penghakiman itu. -- BHS

Umat Islam Singapura Berdikari Membangun Ummah

SINGAPURA, 27 Feb-- Pada setiap waktu sembahyang Jumaat, khatib di Masjid Al-Falah, yang terletak berhampiran Jalan Orchard, tidak jemu membuat pengumuman di hujung khutbahnya bahawa masjid itu memerlukan sumbangan orang ramai untuk menjayakan projek pengubahsuaiannya.

Diumumkan kira-kira S$686,000 diperlukan untuk tabung projek pengubahsuaian bagi menaikkan taraf kemudahan masjid itu untuk keselesaan dan manfaat para pengunjung yang semakin ramai terutama dari kalangan masyarakat antarabangsa Islam yang melawat Singapura.

Projek pengubahsuaian itu melibatkan penukaran permaidani di ruang sembahyang, membesarkan ruang wuduk, pusat sumber, bilik mesyuarat, koridor masjid dan pelbagai lagi.

Sejak seruan itu dibuat oleh khatib masjid Al-Falah dari April hingga Disember tahun lepas, hasilnya kira-kira S$600,000 berjaya dikutip hasil sumbangan para jemaah sehingga hari ini.

Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Falah, Yahya Hashim berkata masjid itu kini memerlukan kira-kira S$100,000 lagi untuk menyiapkan kesemua kerja pengubahsuaian yang telah dijalankan secara berperingkat.

BERGANTUNG SUMBANGAN RAMAI

Beliau berkata, walaupun kutipan wang belum mencukupi, kerja-kerja pengubahsuaian perlu dijalankan untuk membuktikan kepada jemaah masjid itu bahawa sumbangan mereka memang dibelanjakan untuk tujuan yang betul.

Setakat ini, masjid Al-Falah dapat mempertingkatkan kemudahan dan perkhidmatannya, menaikkan taraf dan membesarkan ruang wuduk, menambah bilik darjah, pusat sumber baru serta bilik kaunseling.

Menurutnya, dengan ternampak projek pengubahsuaian dilakukan ke atas masjid, orang ramai akan lebih yakin untuk memberi sumbangan derma ikhlas mereka.

Masjid Al-Falah dan masjid lain di Singapura memang menghadapi situasi yang sama iaitu terpaksa berdikari dalam mencari dana untuk memperbaiki atau menaikkan taraf kemudahan masjid masing-masing.

Masjid-masjid di Singapura yang kini berjumlah 69 buah kesemuanya juga terpaksa bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk bukan sahaja menyelenggarakan masjid malah menjalankan aktiviti keagamaan seharian.

KOS BINA MASJID DITANGGUNG SENDIRI

Kerajaan Singapura pada dasarnya memang tidak menyediakan peruntukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan masjid kecuali dalam beberapa hal sahaja seperti penyediaan tapak tanah untuk pembinaan masjid di kawasan terpilih.

Kos pembinaan masjid di Singapura sejak dari dulu lagi dan hingga kini memang ditanggung oleh umat Islam melalui sumbangan derma mereka.

Hanya pada 1975, Kerajaan menubuhkan satu tabung iaitu Dana Pembinaan Masjid (DPM) di mana umat Islam Singapura memberi sumbangan mereka secara teratur dan tetap dengan menyalurkannya melalui Central Provident Fund (CPF).

Melalui dana itu, yang diuruskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), sebanyak 23 masjid generasi baru iaitu yang mengandungi pelbagai kemudahan seperti madrasah dan pusat kegiatan masyarakat, selain tempat ibadat telah dibina sejak itu dengan kos melebihi S$100 juta.

Tetapi dana ini tidak menyediakan peruntukan untuk pembaikian, penyelenggaraan atau pengubahsuaian serta operasi masjid.

MASJID BERLUMBA MENCARI DANA

Atas sebab itu, telah menjadi lumrah untuk melihat masjid di Singapura sering berlumba-lumba sesama mereka untuk menarik orang ramai khususnya umat Islam memberi sumbangan wang ringgit bagi mengisi pelbagai tabung mereka.

Dalam persaingan mencari dana ini, masjid-masjid ini menggunakan pelbagai kaedah termasuk pendekatan yang kreatif seperti mengadakan perlawanan golf amal, iklan dalam akhbar, jualan bazaar, jualan barangan seperti buku dan kalendar Islam, dan makanan seperti nasi briyani dam dan murtabak.

Ada juga masjid seperti Masjid En-Naeem di Tampines semasa mencari S$300,000 untuk dana pembangunannya mempelawa umat Islam memberi infaq dalam bentuk tunai dari S$250 hingga S$1,000 dan Masjid Al Abdul Razak di Jalan Ismail pula pernah menawarkan wakaf bumbung S$250 dan wakaf bangunan S$200.

Masjid Muhajirin di Toa Payoh, yang merupakan antara yang awal dibina melalui DPM, telah mengajak orang ramai berkongsi wakaf dengan menyumbang S$5 untuk seketul batu bata, S$12 untuk sekaki persegi permaidani, S$100 untuk sekaki persegi bagi bilik darjah, selain bersedekah barang perhiasan emas untuk dana pembangunan semulanya yang menelan belanja S$7 juta.

Selain masjid, madrasah di Singapura juga terpaksa berharap kepada sumbangan orang ramai untuk mengadakan kemudahan prasarana, tenaga pengajar dan menjalankan kelas-kelas dan program agama mereka.

Tetapi mulai tahun ini, masjid generasi pertama dan madrasah tertentu tidak lagi akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan dana untuk membaikpulih masjid atau kegiatan pendidikan agama mereka.

AKTA PENTADBIRAN HUKUM ISLAM DIPINDA

Parlimen Singapura pada November lepas telah meminda Akta Pentadbiran Hukum Islam supaya DPM melebarkan peranannya iaitu dana yang dikutipnya boleh digunakan untuk membaikpulih masjid dan diagihkan untuk kegunaan madrasah.

Melalui pindaan akta itu juga, umat Islam Singapura yang berpendapatan tetap bulanan diminta menambah sumbangan wajib mereka kepada tabung DPM.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa mencadangkan akta itu dipinda berkata sudah sampai masanya dana itu digunakan untuk program peningkatan masjid memandangkan pembinaan masjid baru di Singapura sudah selesai.

Beliau berkata, banyak masjid generasi pertama yang dibangunkan kira-kira 30 tahun lepas di bawah DPM telah menunjukkan tanda-tanda usang seperti Masjid An-Nur di Woodlands yang dibina pada 1980.

Lee berkata masjid-masjid lama itu memerlukan nafas baru dengan membaik-pulih dan menambahkan kemudahannya seperti bilik kegiatan untuk remaja serta membina lif dan tanjakan untuk jemaah warga emas.

Beliau juga mencadangkan dana itu disalurkan kepada Yayasan Mendaki, sebuah pertubuhan sukarela yang membantu orang Melayu dan umat Islam, untuk digunakan menolong keluarga Melayu Islam yang pincang.

Dengan berkuatkuasanya pindaan Akta itu kini, mulai bulan depan (Mac 09) umat Islam di Singapura diwajibkan menambah sumbangan sekurang-kurangnya satu dolar kepada dana ini iaitu dari S$2 sebulan sehinggalah S$16 sebulan bergantung kepada pendapatan tetap bulanan masing-masing.

LEBIH DANA DAPAT DIKUTIP

Dengan pindaan akta itu, DPM dijangka dapat mengumpul kira-kira S$13 juta setahun, yang sebelum ini hanya kira-kira S$10 juta setahun daripada kira-kira 200,000 penduduk Islam Singapura yang layak menyumbang.

Dengan itu juga, masjid lama yang dibangunkan di bawah DPM seperti Masjid Al-Ansar di Bedok yang dibina pada 1981 dan masjid yang disebut oleh Perdana Menteri Lee iaitu Masjid An-nur di Admiralty Road, yang mengalami kebocoran dan usang, sudah pasti akan dibaikpulih tidak lama lagi.

Tetapi masjid wakaf atau yang dibina lama dulu oleh masyarakat Islam setempat akan terus terpaksa berdikari dalam mencari dana sendiri.

Manakala madrasah yang akan mendapat faedah secara langsung daripada pindaan akta itu ialah Madrasah Al-Junied Al-Islamiah, Al-Arabiah Al-Islamiah dan Al-Irsyad Al-Islamiah yang dananya akan diuruskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura.

Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim, yang telah membentangkan pindaan akta itu, berharap dana itu dapat dibelanjakan dengan cermat dan telus serta sebahagian daripada dana itu juga masih perlu disimpan untuk pembinaan masjid baru di Singapura pada masa depan.

Jelas sekali, umat Islam di Singapura walaupun adalah penduduk minoriti dilihat amat berdikari dan begitu aktif dalam memainkan peranan mengembangkan syiar Islam dan membangunkan ummah di Republik ini.

-- BERNAMA

Rohingya: Asean Tangani Isu Secara Berperingkat

HUA HIN, Thailand, 27 Feb -- Asean telah mengambil keputusan untuk menangani isu pelarian Rohingya secara berperingkat dengan mula mengumpul data dan meneliti asal usul mereka dengan bantuan kerajaan Myanmar.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Sekretariat Asean telah diberi tanggungjawab mengumpul data berkenaan dan membuat cadangan sebelum Julai ini.

"Isu asal usul golongan Rohingya itu hanya boleh diselesaikan selepas semua maklumat dan data diperolehi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean menjelang Sidang kemuncak Asean ke-14 di sini, Jumaat.

Katanya kemungkinan soal asal usul Rohingya boleh ditentukan selepas pengumpulan data dan maklumat tetapi timbul banyak perkara berkaitan kebudayaan, sejarah dan politik.

Rais berkata sudah tiba masa penduduk Rohingya memerlukan perhatian dan tindakan Asean ini merupakan langkah positif berbanding sebelum ini.

Selain itu, katanya Asean juga mahu Myanmar memainkan peranan positif dalam mematuhi tuntutan hak asasi manusia dan Malaysia mencadangkan supaya usaha itu dilaksanakan menerusi Asean.

Malaysia sudah menerima pelarian Rohingya atas perikemanusiaan dan tidak sanggup menerima mereka lagi, katanya ketika ditanya sama ada kerajaan sanggup menerima pelarian Rohingya yang kini berjumlah 14,000 di Malaysia.

-- BERNAMA

MB Selangor dedah Dr Khir terima Harrier dari PNSB

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kesalahan Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Menurutnya, Dr Khir didakwa mendapat faedah dan imbuhan selaku Pengerusi PNSB termasuk kemudahan kereta berjenama Toyota Harrier, bersama pemandu tetapi perkara itu didakwa gagal diisytiharkan kepada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).

Beliau berkata, turut dikesan adalah penyelenggaraan dan kemudahan petrol untuk kenderaan tersebut telah ditanggung oleh PNSB tetapi tidak menyatakan kemudahan yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu dalam borang taksiran (EA) yang diserahkan anak syarikat kerajaan negeri itu sebelum ini.

“Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada pekerjanya termasuk pengerusinya, ahli lembaga pengarah dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut.

“Antaranya, kereta dan pemandu untuk ketua eksekutif, pengarah, pengurus kanan dan pengurus manakala faedah melancong di dalam dan luar negara diberikan kepada semua kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkara tersebut katanya, antara dikesan sekumpulan penasihat lantikan MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB.

Abdul Khalid berkata, PNSB juga dikesan tidak mengisi borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Sehubungan itu, MBI semalam telah mengarahkan PNSB supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada pekerjanya pada tahun lepas kepada LHDN,” katanya.

Abdul Khalid meminta kakitangan PNSB agar bersabar dan menunggu LHDN menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan berikutan pengurusan PNSB yang tidak mengisytiharkan pendapatan dalam borang EA sebelum ini.

Sebelum ini Abdul Khalid mendedahkan Lembaga Pengarah PNSB sekarang mendapati terdapat kepincangan dalam pembelian hartanah ‘Al Marwa Tower Makkah’ di bawah nama menteri besar ketika itu, Dr Khir - yang dibangkitkan oleh auditor luar.

Abdul Khalid juga mendakwa pembelian 12 unit pangsapuri itu melibatkan transaksi RM25 juta, sedangkan lembaga pengarah didakwa meluluskan RM8 juta untuk membeli lima unit tersebut.

Amerika tidak berhasrat kekal lama di Afghanistan: Obama

WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak berhasrat menempatkan tentera untuk "jangka panjang" di Afghanistan walaupun ada rancangan untuk menghantar lebih ramai askar ke negara itu, kata Presiden Barack Obama. - AFP


Gempa bumi 5.7 richter gegar Hokkaido

WASHINGTON: Gempa bumi cetek dan kuat pada skala 5.7 richter mengegarkan Hokkaido pagi ini, kata Pusat Kaji Geologikal Amerika Syarikat.

Pusat gempa ialah 79 kilometer (km) di tenggara Sapporo dan kedalamanya cuma 5.8 km.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dan Agensi Meterologikal Jepun menyatakan tiada amaran tsunami dikeluarkan. - Reuters

Umno-BN tadbir negara dengan hasil judi

KUALA LUMPUR, 28 Feb- PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.

Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.

Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.

"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.

"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.

PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.

Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.

"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.

Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.

Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.

Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- Harakah

Friday, February 27, 2009

Sekilas Berita Dunia dan Malaysiakini

Siap awal bagi pilihan raya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah mengarahkan Ketua Perhubungan Umno Perak dan Kedah supaya membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan negeri Bukit Selambau yang akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Ini kerana kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan sebaik sahaja selesai perhimpunan agung Umno bulan depan, kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di sini malam kelmarin. -- Bernama.

Jel, rotan bagi pendatang haram

TAWAU (Sabah): Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan setiap seorang ke atas lapan warga Indonesia selepas mereka mengaku bersalah tinggal di negara ini tanpa dokumen sah.

Mahkamah juga memerintahkan setiap seorang daripada lelaki- lelaki yang berumur antara 20 dengan 35 tahun itu dikenakan dua kali sebatan bagi kesalahan itu. -- Bernama.

Bicara kes Anwar 5 Mac

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan memutuskan Khamis depan permohonan semakan pihak pendakwa untuk memindahkan kes liwat yang dihadapi Ahli Parlimen (AP) Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah menetapkan 5 Mac ini bagi keputusannya selepas mendengar hujah para peguam. -- Utusan Malaysia.

China bidas AS perihal hak asasi

BEIJING: China semalam memberitahu Amerika Syarikat supaya berhenti berlagak seperti pengawal hak asasi selepas Washington menuduh Beijing memburukkan rekod hak asasinya.

'Kami menggesa Amerika supaya melihat masalah hak asasinya sendiri, dan berhenti daripada jadi pengawal hak asasi,' kata jurucakap Kementerian Luar, Encik Ma Zhaoxu. -- AFP.

Askar AS didapati tidak bersalah

WASHINGTON: Seorang bekas askar komando Amerika yang dituduh membunuh seorang lelaki rakyat Afghanistan dan mengerat telinganya didapati tidak bersalah oleh mahkamah tentera di Fort Bragg, North Carolina, kelmarin.

Sarjan Joseph Newell, 39 tahun, dituduh membunuh lelaki dari Hyderabad, di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, pada 5 Mac tahun lepas, kemudian memotong telinganya. -- Agensi.

Taktik guna 'Predator' dikekal

WASHINGTON: Pengarah baru Agensi Risik Pusat Amerika (CIA), Encik Leon Panetta, kelmarin berkata serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu Predator ke atas kubu kuat Al-Qaeda dan militan lain di Pakistan akan diteruskan walau dikritik pemimpin Pakistan.

'Tidak ada yang berubah dalam kempen terhadap pengganas,' tegas beliau. -- AP.

PERSIAPAN PELANCARAN ROKET KOREA UTARA TIDAK DAPAT DIKESAN

SEOUL: Korea Utara sudah membina stesen bahan api bawah tanah di tapak pelancaran peluru berpandu jarak jauhnya.

Ini sekali gus menyukarkan satelit pengintip Amerika Syarikat menjangkakan tarikh pelancarannya.

Tanpa menghiraukan amaran masyarakat antarabangsa, negara komunis itu menyatakan persediaan melancarkan satelit berjalan lancar tetapi tidak menyatakan tarikhnya.

Seoul dan Washington melihat pelancaran itu sebagai alasan menguji peluru berpandu Taepodong-2 yang pada teorinya mampu menjangkau ke Alaska.

Akhbar Dong-a Ilbo yang memetik sumber perisikan berkata, Pyongyang menyiapkan kemudahan itu di Musudan-ri antara akhir 2008 dengan awal tahun ini.

Korea Utara sebelum ini menggunakan trak dan kemudahan di permukaan yang boleh dilihat satelit pengintip.

'Jika bahan api cecair dipam ke dalam pelancar peluru berpandu di kemudahan bawah tanah, Korea Utara dapat mengelak intipan satelit Amerika. Korea Utara kini mempunyai keupayaan menjalankan aktiviti paling penting dalam persiapan melancarkan peluru berpandu di belakang tabir,' kata sumber itu.

Seorang lagi sumber risikan berkata kemudahan baru itu akan memendekkan tempoh mengepam bahan api itu kepada satu atau dua hari saja. Sebelum ini ia mengambil masa antara empat dengan lima hari.

Perkhidmatan Risikan Kebangsaan Korea Selatan enggan mengulas laporan itu.

Korea Utara telah menguji peluru berpandu Taepodong-1 pada 1998 dari tapak pelancaran di Musudan-ri dan melancarkan Taepodong-2 pada 2006 dari tapak yang sama.

Walaupun Taepodong-2 terjunam di lautan selang 40 saat dilancarkan, ia mencetuskan keprihatinan antarabangsa dan sekatan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kelmarin, Korea Utara berkata pelancaran satelit oleh Iran pada 3 Februari lalu mempamerkan 'kekuasaan' negara itu dan membuktikan tiada lagi monopoli dalam projek pembangunan angkasa lepas. -- AFP.

ACEH DIGUGAT BIMBANG MENJELANG PILIHAN RAYA

BANDA ACEH: Dengan pilihan raya parlimen hanya enam minggu saja lagi, perdamaian di wilayah Aceh kini digugat kebimbangan sewaktu puak-puak bertentangan cuba merebut kuasa menggunakan ancaman, gertakan dan pembunuhan.

Kebimbangan semakin meningkat bahawa keganasan mungkin meletus menjadi konflik lebih besar berhubung soal kuasa dan hak milik sumber galian di wilayah itu.

Ini kali pertama penduduk Aceh akan membuang undi sejak perjanjian damai ditandatangani antara gerila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Jakarta di Helsinki, ibu kota Finland, pada 2005, sekali gus menamatkan pertempuran selama 30 tahun.

Sejak tahun lepas wilayah Aceh dilanda pergolakan politik dan keganasan jenayah. Tiada yang tahu siapa mendalangi insiden yang termasuk penculikan, pembunuhan, tembakan dan serangan bom tangan ke atas pejabat parti dan tokoh politik. Tiga bekas gerila terbunuh manakala seorang cedera dalam insiden berasingan bulan ini.

'Kita mesti lupakan kepentingan peribadi demi kepentingan penduduk Aceh dan rakyat Indonesia,' kata Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semasa melawat Banda Aceh Isnin lalu.

'Jangan pandang ke belakang. Jangan hentikan proses yang telah menamatkan konflik berdarah yang begitu lama,' kata beliau tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Dr Yudhoyono berkata begitu selepas mengadakan rundingan dengan pemenang Hadiah Nobel Keamanan, mantan presiden Finland, Encik Martti Ahtisaari, salah seorang arkitek perjanjian damai Aceh, yang kini melawat Indonesia.

Encik Ahtisaari memberi amaran bahawa perdamaian di Aceh masih baru dan menggesa parti-parti politik agar mengawal keadaan menjelang pilihan raya 9 April ini.

Beliau menggesa pertubuhan rakyat asing agar memantau pilihan raya itu nanti.

'Terdapat keperluan bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan mencegah konflik atau jenayah daripada merebak,' kata beliau.

'Dengan proses damai baru bermula, sudah pasti terdapat bahaya bahawa sebarang kesilapan oleh mana-mana pihak bertujuan menggagalkan atau mengganggu proses pilihan raya akan merosakkan usaha mencapai perdamaian yang berkekalan,' tegas beliau.

Encik Ibrahim Syamsuddin, seorang jurucakap Jawatankuasa Peralihan Aceh (KPA) yang mewakili bekas gerila, berkata mereka menyokong perdamaian tetapi ada pihak yang cuba mencetuskan konflik baru.

'Jangan cuba mencabar kami untuk bertindak balas kerana kami tahu mereka memang menunggu hal serupa itu,' kata beliau tanpa menjelas siapa dalang provokasi itu. -- AFP.

Dua maut, wanita parah bom mortar meletup

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut dan seorang wanita parah apabila bom mortar meletup berhampiran sebuah markas tentera di Ulu Tiram, jam 4 petang tadi.

Ketiga-tiga mereka dipercayai pencari besi buruk yang dikatakan cuba mengambil satu objek besi sebelum ia tiba-tiba meletup berhampiran kawasan tentera itu.


MB Selangor minta Gerak, ketua SPRM beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, hari ini menghantar Surat Tuntutan (LOD) kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana dikatakan membuat dua kenyataan fitnah berhubung rasuahdan salah guna kuasa terhadapnya.

Khalid, menerusi peguamnya, Sankara Nair, juga menghantar salinan surat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan meminta penjelasan daripada beliau kerana membuat ''kenyataan meragukan'' pada 21 Februari.

Ahmad Said merujuk kepada Khalid berhubung penyenggaraan kereta peribadinya dan pengagihan 46 ekor lembu untuk korban.

Sankara memberitahu sidang akbhar di sini bahawa Khalid berpendapat Ahmad Said tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk membuat kenyataan meragukan itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Gerak dan Ahmad Said diberi tempoh tujuh hari untuk menjawabnya. - Bernama

Karpal serah rakaman audio kepada Istana Negara

KUALA LUMPUR Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini menyerahkan satu salinan pita rakaman audio kepada Istana Negara, dimana beliau mendakwa mengandungi suara Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi mengenai ucapan hakim tersebut mengenai rasuah.

Setibanya di Istana Negara beliau menyerahkan salinan rakaman itu kepada kakitangan istana untuk disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Karpal Singh mendakwa salinan pita itu adalah rakaman ucapan Zaki dalam satu konvensyen di Kuching, Sarawak pada November lalu. BERNAMA

Sivakumar putus sidang DUN tergempar 3 Mac

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar memutuskan untuk mengadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac ini.

Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Menteri bahalol main politik monyet

Kabinet hari ini menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuhraya yang sepatutnya berkuatkuasa Ahad ini kepada akhir tahun, umum Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed di Kuala Lumpur.

Semalam Mohd Zin mengumumkan bahawa kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat, Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).BERNAMA

UMNO main politik monyet. Ini tektik lama beb. Sudah basi punya mainan politik ni.


Nizar serah kediaman rasmi MB Perak tetapi simpan kereta rasmi

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini, hari ini, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai.

Penyerahan kunci kediaman dilakukan oleh Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 1.20 pagi tadi.

Nak buat camana, dah memang 'Pemuda UMNO' CELAKA

Pemuda gerombolan yang dok sibuk marahkan Karpal kerana mengatakan mereka 'celaka' ni apahal?

Dah memang Pemuda UMNO dan UMNO seluruhnya parti yang celaka. Kamu nak marah apapasal pulak?.

Hey umno!!! cuba cermin diri tu sikit. Kalau kalian tidak celaka, mana mungkin orang lain berani mengatakan kamu 'celaka'.

Sudahlah celaka, bodoh dan bahalol pulak tu. "Celaka maksudnya malang, bukankah UMNO tu parti yang malang".

Celaka punya 'celaka' Pemuda UMNO. Kecil-kecil tak nak mampos, dah tua menyusahkan orang.

Golkar-PKS Merapat

JAKARTA (BP)- Embrio koalisi mulai muncul. Jusuf Kalla yang telah menyatakan berpisah dengan SBY kini mendapat pelabuhan koalisi yang baru. Kemarin calon presiden dari partai beringin itu memenuhi undangan PKS menghadiri diskusi di Kantor DPP PKS di Jakarta Selatan.

Diskusi ”Ke Mana Arah Koalisi Pasca Pemilu” itu tampaknya hanya bungkus dari balik pendekatan koalisi. Kedua pihak pun tanpa ragu-ragu menyatakan hasrat membangun ikatan.

Bagaikan acara pinangan, kedua pihak bertemu dengan berpantun. ”Kalau datang ke Kota Padang, mampir ke Solok untuk membeli beras. Kalau JK datang ke Mampang, maka isyarat sudah jelas,” kata Presiden PKS Tifatul Sembiring menyambut kedatangan Kalla yang disambut tepuk tangan.

Sebagai tamu, Kalla tak mau kalah. Begitu diberi kesempatan bicara, Kalla lantas berbalas pantun. ”Bukan ladang sembarang ladang. Ladang banyak jerami. Bukan datang sembarang datang. Tapi datang mempererat silaturahmi,” katanya lantas diikuti tepuk tangan hadirin.

Ketua umum Partai Golkar itu didampingi pejabat partai berlambang beringin. Mereka, antara lain, anggota Dewan Pembina Golkar Fahmi Idris, Ketua DPP Partai Golkar Priyo Budi Santoso, dan Burhanuddin Napitupulu.

Kalla duduk bersama Tifatul Sembiring dan anggota Dewan Syura PKS yang juga Ketua MPR Hidayat Nurwahid. Tifatul mengatakan, figur Kalla sesuai dengan kondisi dunia saat ini. Sekarang dunia sedang didera krisis finansial global. Namun, Kalla dengan tim ekonominya mampu menghadapi krisis dengan cerdas.
PKS, kata Tifatul, sebenarnya juga sudah punya kandidat capres. Yakni, Hidayat Nurwahid. Bahkan, nama tersebut sudah didengungkan sebagai capres dari PKS. ”Tapi, kalau kita kompromi, bisalah,” katanya lantas terkekeh.

Mendapat tawaran seperti itu, Kalla mengatakan, koalisi antara PKS dan Golkar sebenarnya sudah lama terbangun. Dia ingat saat mengajak PKS untuk berkoalisi mendukung pemerintahan. Ketika itu dia melihat PKS memiliki visi membangun bangsa. ”Saya katakan kepada mereka, kalau membangun bangsa, kenapa dari luar. Membangun bangsa lebih baik dari dalam,” katanya.

Akhirnya, kata Kalla, hingga kini PKS dan Golkar mampu terus bersinergi membangun bangsa. ”Meski memang, sebelumnya satu, kita berdebat. Memang begitu, tapi kalau sudah keputusan kita satu lagi,” katanya.

Dia lantas mencontohkan swasembada beras yang sudah terbangun. Dia mengatakan, swasembada beras terwujud karena ada instruksi presiden, kemudian dilakukan oleh menteri pertanian yang didukung oleh anggota dewan dari Partai Golkar.

”Boleh-boleh saja itu diklaim oleh PKS. Saya katakan kepada presiden, semakin banyak yang mengklaim keberhasilan, berarti pemerintah semakin bagus. Itu justru menunjukkan keberhasilan pemerintah saat ini,” katanya.

Kalla menuturkan, sejarah politik kepartaian di Indonesia selalu berulang. Dia mencontohkan sistem kepartaian. Awalnya, sistem multipartai berjalan. Namun, lambat laun sistem itu berubah menjadi hanya tiga partai. ”Kemudian, sekarang kembali lagi menjadi multipartai. Nah, nanti pun bisa jadi kembali hanya beberapa partai,” katanya.

Kata Kalla, dengan sistem multipartai seperti sekarang ini, satu partai tak mungkin mendapatkan suara hingga 50 persen. ”Kalau zaman tiga partai mudah sekali. Kalau sekarang susah. Koalisi saat ini adalah kemutlakan,” katanya.

Mau tidak mau, kata dia, partai harus berkoalisi agar memperoleh persentase suara yang signifikan. Namun, koalisi yang dijalankan tidak semata koalisi. Harus ada kesepakatan prinsip dan tujuan antarpartai yang berkoalisi. Nah, Kalla menilai, PKS dan Golkar secara fundamental memiliki kesamaan satu sama lain.

”Golkar dan PKS memiliki kesepakatan mengenai kesejahteraan. Golkar memahami bahwa kesejahteraan dicapai dengan bekerja dan berkarya. Kalau PKS, ya sudah lengkap itu. Keadilan dan kesejahteraan sudah ada di situ kan. Jadi, sama-samalah kita ini. Secara fundamental sama,” katanya lantas diiringi tepuk tangan hadirin.

Kalla menambahkan, sebagai pengusaha yang berada di pemerintahan dia selalu berlaku profesional. ”Profesional itu kan artinya berurutan. Dulu, saya menjabat menteri perdagangan, tapi enam bulan kemudian dipecat oleh Gus Dur. Kemudian, jadi Menko Kesra, ya sedikit naik pangkat lah. Sekarang jadi Wapres. Saya tidak tahu setelah ini,” katanya.

Dia juga mulai menafikan mitos mengenai presiden harus berasal dari Jawa. Beberapa waktu lalu dia sempat berkunjung ke salah satu kiai di Jatim. Di sana salah seorang kiai marah kepada dirinya. Kiai itu tidak terima tuduhan bahwa orang Jawa hanya memilih presiden dari Jawa.

”Kiai mengatakan, kalau orang Jawa berpikir seperti itu, berarti kami ini (suku Jawa, red) diskriminatif,” katanya.

Isyarat senada diungkapkan Hidayat Nurwahid. Mantan presiden PKS itu mengatakan, polemik yang mengatakan bahwa Partai Golkar dan PKS berbeda secara ideologi sudah bukan zamannya lagi. Karena itu, koalisi dengan Golkar bagi PKS sangat mungkin dijalin.

Namun, Tifatul mengatakan, pertemuan tersebut belum final. Sebab, masih akan ada lagi pembicaraan berikutnya. Apalagi, menurut Tifatul, Golkar belum memutuskan secara definitif siapa capres mereka. ”Hari ini masih ada dua suara di Golkar,” katanya.

PKS sendiri, kata Tifatul, menargetkan dukungan di parlemen sebesar 40 persen. Sebab, itu angka aman bagi stabilitas pemerintahan. Karena itu, koalisi dengan partai lain masih terus dijajaki. Begitu pula dengan capres lain. ”Pekan depan kita mengundang SBY. Pekan depannya lagi Megawati yang kita undang,” katanya.(jpnn)

Obama akan umum pelan pengunduran Iraq

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, akan mengumumkan pelan pengunduran tentera negara itu dari Iraq apabila beliau melawat pangkalan tentera di North Carolina hari ini.

Obama, antara penentang awal peperangan itu, mengarahkan panglima tentera menyediakan pelan untuk pengunduran sebilangan besar askar Amerika sebaik saja beliau mengambil alih kuasa Januari lalu dan dijangka mengumumkan butirannya tengahari ini.

Bagiamanapun, beberapa ahli parti Demokrat mengkritik pelan Presiden itu dengan menyatakan bilangan kira-kira 50,000 askar yang akan dikekalkan di Iraq adalah terlalu ramai. - AFP

Juruteknik telekomunikasi dihukum gantung

SHAH ALAM: Seorang juruteknik syarikat telekomunikasi hari ini dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.8 kilogram, tiga tahun lalu.

M Saravanan Muthu, 35, disabitkan kesalahan itu selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.


Polis cari wanita dalam DVD seks Dr Chua

KUALA LUMPUR: Pihak polis ingin menyoal siasat wanita yang dirakam melakukan seks oral dengan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pilis sedang mencari wanita terbabit berikutan dua laporan yang dibuat di Ampang dan Petaling Jaya, baru-baru ini.

"Kita sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 377A kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan jasmani luar di luar tabii mengikut laporan yang mendakwa berlakunya seks oral dalam rakaman DVD itu.

"Kita harap dia akan tampil dan membantu siasatan supaya kita dapat selesaikan kes ini," katanya.

Dr Chua yang mengaku beliau merupakan individu yang dirakam dalam klip video seks itu telah meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2 Januari tahun lalu berikutan pendedahan dan penyebaran DVD tersebut.

Beliau bagaimanapun kembali semula ke arena politik dan berjaya menjawat jawatan Timbalan Presiden MCA.

Difahamkan wanita yang dirakam bersama beliau dalam dalam video tersebut kini barada di negara jiran dan polis kini sedang menyoal siasat saksi-saksi yang mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Musa berkata, selain Seksyen 377A, polis turut menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan pengedaran klip video itu.

Katanya, pihak polis ingin mengetahui pihak di sebalik pengedaran DVD yang mula timbul pada penghujung tahun 2007.

Pada 11 Februari lalu, seorang lelaki berusia 51 tahun dari Kelana Jaya menemui salinan DVD itu dalam sekeping sampul surat di dalam peti surat rumahnya.

Lelaki itu terkejut setelah mendapati kandungan perlakuan lucah dalam DVD tersebut dan membuat laporan di balai polis Kelana Jaya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam melahirkan rasa kecewa kerana timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terus menerus menyalahkan beliau berhubung pembabitannya dalam skandal seks.

"Tahun lepas, dia menyalahkan bekas presiden (Datuk Seri Ong Ka Ting) dan sekarang dia menyalahkan saya," katanya.

Sebaliknya, Dr Chua juga terus menerus menafikan apabila skandal itu dibangkitkan dalam mesyuarat parti.

"Dia (Dr Chua) kata itu media punya kerja. Kalau tak buat, segala-galanya tidak akan timbul," katanya yang juga Menteri Pengangkutan kepada para pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina kementeriannya di Putrajaya.

Ong berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan ke atas Dr Chua berhubung aksi seks itu bermotifkan politik.

Dr Chua, bekas menteri kesihatan, meletakkan semua jawatan politik apabila isu itu pertama kali timbul pada Januari tahun lepas dan sekarang dia disiasat polis kerana didakwa terbabit dalam seks oral selepas polis menerima salinan seks DVD itu.

Dr Chua kembali berpolitik selepas memenangi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu Oktober tahun lepas.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Dr Chua sekarang, beliau berkata:

"Saya berpendapat ia bukan soal hubungan peribadi. Lagipun bila kita menguruskan parti, yang penting pasukan. Pasukan kita dan semangat berpasukan."

Ong percaya masalah itu tidak akan menimbulkan keretakan di dalam parti itu kerana beliau gembira dengan hubungan kerja bersama anggota pasukan yang lain.

Bagaimanapun, katanya, apabila anggota pasukan lain memberikan kerjasama yang baik kepada beliau, mereka akan dilabel sebagai "orang presiden" oleh sesetengah pihak dalam parti. BERNAMA


Werder Bremen singkir AC Milan

LONDON: Werder Bremen mempamerkan semangat melawan yang hebat di San Siro untuk menyingkirkan pasukan pilihan AC Milan daripada saingan Piala UEFA.

Claudio Pizarro menjaringkan dua gol ketika Werder bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dan layak ke peringkat 16 pasukan terakhir dengan kelebihan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 3-3.

Juara bertahan, Zenit St Petersburg dan bekas juara Galatasaray, CSKA Moscow and Ajax Amsterdam turut layak.

Valencia yang memenangi trofi itu pada 2004, tunduk kepada Dynamo Kiev.

AC Milan yang dinobatkan sebagai Juara Eropah sebanyak tujuh kali, belum pernah memenangi Piala UEFA. - Reuters

Tiger Woods tersingkir

MARANA, Arizona: Juara bertahan dan pilihan utama, Tiger Woods, tersingkir dari Kejohanan WGC-Accenture Match Play apabila kalah mengejut 4&2 dalam pusingan kedua kepada pemain Afrika Selatan Tim Clark.

Clark, pemain ke-33 dunia, tidak pernah layak ke pusingan ketiga dalam lima penampilan lalu tetapi menampilkan permainan sempurna enam birdie untuk membenamkan pemain nombor satu dunia itu.

Woods yang kembali beraksi dalam Jelajah PGA selepas berehat lapan bulan berikutan pembedahan lutut, menyerah kelebihan mendahului di lubang pertama sebelum tewas di green lubang ke-16.

"Saya tahu jika saya bermain dengan baik, saya mempunyai peluang," kata Clark yang dibelasah 5&4 oleh Woods pada pusingan kedua dua tahun lalu.

"Tim bermain dengan baik dan saya tidak membuat cukup birdie untuk menjawab beliau," kata pemain Amerika Syarikat berusia 33 tahun itu.

Sementara itu, Phil Mickelson juga dari Amerika melayakkan diri ke pusingan ketiga dengan kemenangan satu lubang ke atas rakan senegara Zach Johnson.

Keputusan Piala UEFA

CSKA Moscow (RUS) 2 (Zhirkov 60, Love 90+3) Aston Villa (ENG) 0 - CSKA Moscow menang agregat 3-1

Metalist Kharkiv (UKR) 2 (Valyayev 29, Jaja 41) Sampdoria (ITA) 0 - Metalist Kharkiv menang agregat 3-0

FC Twente (NED) 0 Marseille (FRA) 1 (Ben Arfa 24) selepas masa tambahan; agregat 1-1 - Marseille menang penalti 7-6

Galatasaray (TUR) 4 (Turan 43, 65, Kewell 45, Sarioglu 90) Bordeaux (FRA) 3 (Bellion 1, Chamakh 74, Cavenaghi 75) - Galatasaray menang agregat 4-3

Hamburg (GER) 1 (Olic 9) NEC Nijmegen (NED) 0 - Hamburg menang agregat 4-0

Wolfsburg (GER) 1 (Hasebe 63) PSG (FRA) 3 (Luyindula 38-pen, 73, Rothen 60) - PSG menang agregat 5-1

Isteri gagal tuntut cerai mengamuk

ABU DHABI: Seorang wanita menerkam dan memukul suaminya bertalu-talu dalam kamar mahkamah selepas lelaki berkenaan enggan menceraikannya.

Kamar mahkamah menjadi saksi kekecohan selama satu jam apabila wanita berkenaan mula menyerang suaminya walaupun orang ramai cuba meleraikan keadaan itu.

Beberapa pegawai mahkamah terpaksa masuk campur dan berjaya memisahkan wanita berkenaan dari suaminya, yang sudah koyak bajunya ketika itu.

Lelaki itu hanya cedera ringan diberikan baju lain untuk dipakai. Rayuan supaya isterinya bersabar juga tidak berkesan.

Pegawai kanan mahkamah berkata, lelaki terbabit segera membuat aduan kejadian itu dan berpuluh-puluh saksi dilaporkan sedia memberikan keterangan.

Politik Aparat Najib bersama UMNOnya

Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya - yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini - kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya hari ini.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

"Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini semalam.

Selepas ini mereka akan cakap kenaikan kadar Tol dibatalkan atau ditangguhkan demi kebajikan rakyat. Maka berbondong-bondonglah pencacai umno tampil mengatakan umno/BN perihatin terhadap masalah rakyat. Kepala hotak dia lah. Ini mainan politik murahan.

Thursday, February 26, 2009

Tee Keat kecewa Soi Lek menyalahkannya

PUTRAJAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kecewa dengan tindakan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menuding jari menyalahkannya berhubung isu cakera padat digital (DVD) rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kesihatan itu, baru-baru ini.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, tindakan menuding jari mencari kesalahan orang lain hanya akan menjejaskan parti.

"Apa kena dengan dia? Dulu dia tuding jari kepada bekas pemimpin (Datuk Seri Ong Ka Ting), sekarang tuding jari kepada saya pula...tidak habis-habis.

"Kalau dia tidak buat, segala-galanya tidak akan timbul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Dr Chua melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti MCA berkuat kuasa serta-merta selepas mengaku beliau adalah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita seperti yang dipaparkan dalam DVD yang diedarkan secara meluas di Johor, awal tahun lalu.

Isnin lalu, polis mengambil keterangan Dr Chua berhubung dua laporan orang awam mendakwa menerima DVD rakaman aksi seks membabitkan seseorang menyerupai beliau, baru-baru ini.

Gajinya RM425,000 sebulan !!!

SHAH ALAM, Feb 26 — Tan Sri Rozali Ismail, the chairman of Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) and Puncak Niaga Sdn Bhd said today the RM5.1 million salary paid to him in 2007 for running the companies were justified.

“If you want professionals to run your company, you have to pay professional fees.”

Rozali, was speaking in response to the disclosures from the State Water Review Panel.

During a media briefing earlier, today, the panel also revealed that Syabas was financially stressed due to poor management practices, among them paying Puncak Niaga RM700,000 in management fee every month.

Read more here

Isu karpal MP, Pemuda gaduh di Parlimen

Pertengkaran yang berlaku di antara Pemuda Umnno, menyebabkan ahli Parlimen, Segambut Lim Lip Eng ditarik bajunya. Foto The Star Oleh: AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR: Dua ahli Parlimen dan Pemuda Umno Selangor bergaduh di bangunan Parlimen petang ini berhubung isu Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan perkataan 'kasar' semalam.

Insiden pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi bermula apabila 13 ahli yang diketuai oleh Pemuda Umno dari Bahagian Petaling Jaya Utara dan Gombak mengepung Karpal yang baru tiba di pekarangan Parlimen.

Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Karpal bagaimanapun hanya mendiamkan diri dan meminta bantuan daripada pihak keselamatan berhampiran kawasan tersebut menolongnya.

Suasana kelam-kabut di kawasan Parlimen itu bertambah kecoh apabila dua ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun cuba mempertahankan Karpal.

Namun salah seorang daripada Ketua Pemuda terbabit, Zulkarnain menarik baju ahli Parlimen Segambut itu.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya disekat anggota polis dan pasukan keselamatan Parlimen manakala Karpal segera dibawa masuk ke menara Parlimen.

Namun, keadaan panas semula apabila ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo keluar dari bangunan Parlimen dan mencabar Pemuda Umno berdepan dengannya.

Cabar- mencabar antara kedua-dua pihak kemudian dileraikan pihak berkuasa.

Keadaan tersebut berlarutan hingga 20 minit hinggalah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Tiong King Sing dan Penyelaras BN, Datuk Zainal Abidin kemudian mententeramkan keadaan serta meminta kumpulan terbabit bersurai.

Musa: Ceroboh hak peribadi jadi trend

MELAKA: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata perbuatan menceroboh privasi seseorang individu kini menjadi satu trend.

Beliau berkata orang ramai juga perlu berwaspada supaya tidak menjadi mangsa pencerobohan peribadi dengan adanya teknologi seperti telefon bimbit berkamera.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama ketuaketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri di sini hari ini, Musa turut menasihati rakyat agar mengelak daripada melakukan perkara tidak elok yang boleh mendedahkan mereka kepada perkaraperkara yang dikategorikan sebagai lucah.

Ketika ditanya perkembangan kes Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan melalui Internet barubaru ini, Musa berkata polis masih meneruskan siasatan dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan bendabenda lucah kepada khalayak ramai.

Beliau juga berkata seorang lelaki yang disyarki mengedar gambar itu belum dapat disoal siasat kerana masih berada di luar negara. BERNAMA

PKR yakin lakukan kejutan di Batang Ai

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin dengan peluang untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada pilihan raya kecil akan datang berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot, kata Timbalan Ketua PKR negeri Nicholas Bawin Anggat hari ini.

Bawin, yang diuaruarkan bakal menjadi calon PKR bagi kerusi itu berkata pada kali ini, pertarungan bagi kerusi majoriti pengundi Iban itu pasti panas kerana keduadua parti mempunyai sokongan kewangan dan logistik, tidak seperti pada pilihan raya lepas.

"Saya akan serahkan kepada parti untuk memutuskan siapa calon PKR bagi kerusi Batang Ai dan ia merupakan satu penghormatan kepada saya jika parti menamakan saya sebagai calon," katanya kepada Bernama di sini.

Pemegang diploma Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Mara (ITM) (kini dikenali Universiti Teknologi Mara) berumur 50 tahun itu berkata masalah pemilikan tanah, khususnya tanah adat akan menjadi isu utama dalam pilihan raya kecil itu, yang tarikhnya masih belum ditetapkan olehSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) itu bertanding di kerusi itu dalam pilihan raya 2006 atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), memperoleh 2,489 undi dan tewas kepada Dublin yang mendapat 3,298 undi, dengan majoriti 806 undi.

Dublin 55, yang juga Menteri Muda Pertanian dan Sukan, meninggal dunia di Normah Specialist Medical Centre (NSMC), selepas dimasukkan ke hospital itu akibat serangan angin ahmar sejak 22 Mei tahun lepas dan berada dalam keadaan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir. BERNAMA

Christian publications can use the word “Allah"

KUALA LUMPUR: The Malaysian government has allowed Christian publications to use the word ``Allah'' to refer to God as long as they specify the material is not for the majority Muslims, a church official said Thursday.

The Feb 16 order issued by Home Minister Syed Hamid Albar is an apparent softening of its stand by the government, which had earlier banned the use of the word in all Christian texts.

The government argued that Allah is an Islamic word and its use by others might confuse Muslims, who might think Allah refers to their God.

The Herald, the Roman Catholic Church's main newspaper in Malaysia, has already started printing ``For Christianity'' on its cover, said its editor Rev. Lawrence Andrew.

The Herald publishes weekly in English, Mandarin, Tamil and Malay with an estimated readership of 50,000.

The ban on ``Allah'' concerns mainly the Malay edition, which is read mostly by indigenous Christian tribes in the eastern states of Sabah and Sarawak. The other three editions usually do not use ``Allah.''

Andrew said although the order ``makes things easier'' for the Herald, the paper will not drop its legal challenge against the ban. A court is due to hear arguments in the case on Friday.

The Herald is arguing that the Arabic word is a common reference for God that predates Islam and has been used for centuries as a translation in Malay.

Andrew said the new order is still a violation of religious freedom guaranteed by the Constitution because Christians will not be able to use any literature that does not carry the statutory warning on the cover, including a lot of imported material.

He said most Malay-language Bibles in Malaysia are imported from Indonesia, where the language is more widely spoken.

``If this (order) is enforced, it will be difficult to possess materials ... from Indonesia, and thus practicing our religion will not be easy. This goes against ... the Constitution,'' he told The Associated Press.

Andrew said the order also prohibits the use of three other Arabic words ``solat,'' or prayer, ``Kaaba,'' a holy site in Saudi Arabia, and ``baitullah,'' or house of God without the statutory warning.

Ministry officials could not immediately be reached for comments.

Home Minister Syed Hamid's aide said he would only be available for comment Monday.-AP

Kenaikan tol bebankan rakyat: Guan Eng

GEORGETOWN: Kenaikan kadar tol di lima lebuh raya menjelang 1 Mac ini adalah tidak wajar dan akan menambah beban rakyat terutama di tengah krisis ekonomi global semasa, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata sekarang ini bukan masa sesuai menaikkan kadar tol kerana rakyat semakin tersepit dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan sudah pasti kenaikan itu akan memburukkan lagi keadaan.

"Kerajaan sepatutnya menunggu keadaan ekonomi kembali stabil atau setahun dua lagi untuk menaikkannya," katanya kepada pemberita semasa mengulas kenaikan tol yang diumumkan Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad, di sini hari ini.

Mohamad Zin hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selata (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya itu.

Lim berkata sebaiknya Kerajaan Pusat membeli Plus seperti yang beliau cadangkan sebelum ini, sebagai usaha membantu rakyat. - Bernama

DARI PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

PNSB Mesti Menyerahkan Keuntungan Yang Tidak Diisytiharkan Kepada LHDN

KENYATAAN AKHBAR
26 FEBRUARI 2009


Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.

Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA. Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR