–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Ipoh, 31 Januari 2009
Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.
Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.
Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.
Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.
Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.
HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak
Saturday, January 31, 2009
32 Hafiz Malaysia Bakal Bergelar Doktor Perubatan
KUALA LUMPUR, 31 Jan-- Seramai 32 hafiz Al-Quran Malaysia sedang mengikuti kursus perubatan di Mesir dan dijangka pulang untuk berkhidmat sebagai doktor pada 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedang menaja pembelajaran pelajar terbabit dan merancang untuk menambah jumlah mereka kepada 100 orang.
Beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata program itu merupakan usaha ke arah penubuhan Sekolah Imtiaz (Sekolah Tahfiz-Sains) yang akan ditubuhkan di Wilayah Persekutuan dan diuruskan oleh Yayasan Generasi Gemilang (Y2G) di bawah MAIWP.
"Apabila mereka pulang sebagai doktor, mereka akan menjadi contoh dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar tahfiz Al-Quran yang sedang mengikuti pembelajaran di sini," katanya selepas melancarkan yayasan tersebut di sini hari ini.
Katanya kaedah pembelajaran sekolah itu hampir sama dengan Sekolah Imtiaz di Terengganu di mana para pelajarnya diwajibkan menghafal 30 juzuk Al-Quran selain mengikuti kurikulum kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata sebidang tanah seluas 8.8 hektar di Setiawangsa telah dikenalpasti untuk pembinaan Sekolah Imtiaz pertama di Kuala Lumpur.
"Pembinaan sekolah itu akan mengambil masa empat tahun mulai sekarang dan pengambilan pelajar ditumpukan kepada anak-anak kelahiran Wilayah Persekutuan," katanya pada majlis yang sama.
Beliau juga berkata sebuah Sekolah Menengah Agama MAIWP dengan kapasiti 1,000 pelajar akan turut dibina di Bandar Seri Permaisuri dan dijangka siap pada 2010.
"Sekolah tersebut akan menjadi sekolah perantara kepada Sekolah Imtiaz," katanya lagi.
-- BERNAMA

Anak Saudara Presiden Pas Maut Motosikal Rempuh Kereta Polis
KUALA TERENGGANU, 31 Jan -- Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa Abdul Qahar Mansor, 23, yang merupakan anak saudara kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dari Rusila, Marang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan serius di leher dan kepala.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi oleh mangsa merempuh Honda CRV dipandu oleh seorang anggota polis dari Bukit Aman yang ketika itu sedang keluar dari bahu kiri jalan arah Kuala Ibai menuju Kuala Terengganu.
"Mangsa yang bekerja sebagai buruh kilang batu bata dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian tepi sebelah kanan kenderaan pacuan empat roda itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius sebelum meninggal di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Berikutan kejadian itu, anggota polis berkenaan yang datang ke sini atas tugasan rasmi membawa seorang pegawai kanan polis membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekilas Berita Dunia
Hakim tolak permintaan Obama
WASHINGTON: Seorang hakim tentera di penjara Guantanamo Bay kelmarin menolak permintaan Presiden Barack Obama supaya digantung perbicaraan seorang lelaki rakyat Arab Saudi yang didakwa menyerang kapal perang USS Cole pada 2000, kata Pentagon.
Ekoran keputusan itu, pentadbiran Obama akan memutuskan sama ada hendak menarik balik pertuduhan ke atas Nashiri, 43 tahun, yang boleh dikenakan hukumaan mati jika didapati bersalah.
Kesatuan Hak Asasi Amerika (ACLU) mengutuk keputusan hakim dan berkata pegawai bekas pentadbiran Bush mahu menggugat ikrar Encik Obama hendak menutup penjara Guantanamo dan menamatkan tribunal tentera. -- AFP.
Tuntut pegawai bank dijel seumur hidup
JAKARTA: Para pendakwa Indonesia semalam menuntut agar dikenakan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang bekas pegawai bank yang juga besan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kerana menggelapkan wang Bank Indonesia.
Bekas timbalan gabenor Bank Indonesia, Aulia Pohan, 63 tahun, bersama tiga pegawai lain dituduh menggunakan 100 bilion rupiah ($13.3 juta) dana bank tersebut bagi menyogok anggota parlimen dan mengupah peguam untuk membela pegawai bank yang menghadapi pertuduhan rasuah. -- AFP, Reuters.
Gabenor Illinois dipecat kerana skandal
SPRINGFIELD (Illinois): Gabenor Illinois, Encik Rod Blagojevich, kelmarin dipecat daripada jawatan selepas tiada seorang pun anggota Senat Illinois membela beliau berhubung skandal menjual kerusi Senat yang dikosongkan Encik Barack Obama.
Selepas perbicaraan selama empat hari, Dewan Senat Illinois mengundi 59-0 untuk memecat beliau kerana menyalah guna kuasa, dan melarangnya memegang sebarang jawatan awam lagi di negeri itu. -- AP.

PKR hanya berangan-angan - Malaysiakini
TAIPING 31 Jan. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memasang angan-angan jika mengharapkan ada lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Perak yang akan menyertai parti itu mengikut jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghijrahan sekumpulan anggota UMNO di kawasan Bota untuk menyertai parti pembangkang itu juga hanya sesuatu yang bersifat sementara.
“Mereka (PKR) bercakap kedudukan semakin kukuh dan ada yang akan lompat lagi.. itu semua kenyataan politik, tetapi tidak melihat kepada hakikat dan realiti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mesra Rakyat anjuran Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Perak di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata demikian semasa diminta mengulas pembubaran lapan cawangan UMNO di Bahagian Parit ekoran penyertaan mereka ke dalam PKR.
Penyerahan borang keanggotaan menyertai PKR dilakukan oleh anggota-anggota daripada lapan cawangan itu di Bota semalam pada program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nasaruddin.
Ahmad Zahid berkata, kumpulan yang meninggalkan UMNO itu adalah penyokong Nasaruddin yang hanya mengikut tindakan beliau menyertai PKR.
“Ini semua bersifat sementara... penduduk di Bota dan Parit (kawasan Parlimen) sudah rasa dipimpin oleh pembangkang sebelum ini (pilihan raya umum 1999) dan tentunya mereka tidak mahu membayar harga yang mahal sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, bercakap pada satu majlis lain di Bagan Datoh sebelum itu, Ahmad Zahid berkata, pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri adalah amanah yang amat berat.
Katanya, ia adalah tanggungjawab besar bagi membantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri memantapkan kedudukan parti dalam menghadapi cabaran semasa.
``Ini merupakan satu tanggungjawab yang memerlukan sokongan semua pihak. UMNO Perak akan menyusun strategi bagi merampas semula kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tindakan melompat parti bukan satu perkara baru dan ia dialami semua parti politik.
“Kita jaga parti masing-masing yang ada kelemahan dan kekurangan. Pas pun bukannya 100 peratus baik, ada juga masalah dalaman jadi tak perlu hendak memperlekeh kedudukan parti lain,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa UMNO sekarang sebagai pokok yang hampir mati.
“Ramai juga ahli daripada parti pembangkang terutama Pas menyertai UMNO yang mengamalkan dasar pintu terbuka yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya. - Bernama

Hanya pengecut tanding guna sistem kuota
BALIK PULAU: Sambil menyifatkan mereka yang cuba mengelak daripada saingan sebagai "pengecut", anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman menggesa agar sistem kuota pemilihan parti itu dihapuskan secepat mungkin.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan berkata, MT Umno seharusnya mengambil keputusan segera berhubung penggunaan sistem kuota tanpa menunggu sehingga selepas perhimpunan agung tahunan dan pemilihan pusat Mac ini.
"Hanya pengecut memilih untuk bertanding di bawah sistem kuota. Puteri Umno tidak pernah mengamalkan sistem kuota ketika era saya dan malah sekarang dan sesiapapun boleh bertanding apa juga jawatan.
"Dan, begitu juga parti-parti lain seperti DAP, PKR dan PAS. Mereka tiada sistem kuota.
"Saya sedih dengan sistem ini yang tidak menggalakkan demokrasi dalam pertandingan parti," kata beliau pada sidang media selepas melancarkan "Zoom! Homestay Pulau Pinang di Pulau Betong di sini hari ini.
Azalina berkata, sistem itu mengurangkan peluang individu berkelayakan untuk bertanding.
Beliau menegaskan, sekiranya sistem itu dibubarkan maka ia akan menjadikan pemimpin yang bertanding untuk sesuatu jawatan itu lebih bertanggungjawab.
"Sistem kouta ini hanya menjadikan pemimpin menjaga orangorang tertentu mendapatkan kouta untuk membolehkannya bertanding," katanya.
Beliau mengulas laporan mStar Online dan The Star hari ini bahawa MT Umno telah membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak.
Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.
Ia merupakan antara pelbagai syor dan saranan yang disentuh oleh MT malam kelmarin, hasil sesi retreat tahun lalu - susulan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Bagaimanapun MT tidak mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai cadangan itu, sebaliknya perkara tersebut akan diteliti secara mendalam selepas perhimpunan agung dan pemilihan Mac ini.
Syor-syor itu yang dikemukakan pada mesyuarat itu, antara lain bertujuan menangani masalah gejala politik wang yang dilihat sebagai semakin serius selain mahu memperkukuhkan parti dari pelbagai sudut bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan.
Ketika dihubungi mStar Online semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan perbincangan mengenainya.
Azalina juga mengakui bahawa cadangan memansuhkan sistem kuota berusia dua dekad merupakan antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat MT kelmarin.
"Umno kena berhenti bercakap saja, perlu jujur dan berubah untuk kekal relevan," katanya lagi.
Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk Umno mula bekerja demi kestabilan dan kekuatan parti di masa hadapan.
Beliau berkata, perubahan yang dibuat oleh Umno mestilah disertakan dengan keikhlasan demi masa depan Umno sebagai sebuah parti yang disegani.
"Sebagai generasi muda dalam parti, saya melihat perlu adanya keikhlasan dalam perubahan yang dilakukan oleh Umno.
"Untuk berjaya Umno perlu berhenti bercakap dan mula bergerak," katanya. -mstar

Samy Vellu mahu MIC-IPF bergabung
PETALING JAYA Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mempelawa Barisan Progresif India (IPF), yang ditubuhkan oleh pemimpin yang beliau pecat dua dekad lalu, untuk bergabung dengan parti pimpinannya dalam usaha menyatupadukan kaum India.
"Kami akan memberikan penghormatan sewajarnya dan akan melayan mereka seperti saudara kami sendiri," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Samy Vellu berkata, beliau akan mengutus surat kepada Presiden IPF, Puan Sri Jayashree Gnanapandithan, isteri mendiang Tan Sri M.G. Pandithan yang mengetuai IPF sebelum kematiannya Mei lepas, mengenai kemungkinan keduadua parti bergabung.
Presiden MIC yang lama berkhidmat itu menambah, pihaknya turut mempelawa semua bekas anggota IPF untuk menyertai parti berkenaan.
Bekas anggota Kabinet itu melahirkan hasrat itu dua hari selepas MIC mengetepikan keputusan Jawatankuasa Disiplin untuk memecat bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang dianggap menjejaskan kepentingan parti.
Malah pada hari yang sama, Samy Vellu mengumumkan bahawa parti itu akan menerima semula penyertaan bekas anggota MIC secara berperingkat.
Antara mereka yang telah diterima masuk ialah bekas pengkritik lantang, K.P. Samy dari Selangor.
Samy Vellu berkata, MIC ikhlas dalam usahanya untuk menyatupadukan semua kaum India dan masyarakat India tidak mampu untuk berpecah belah lagi.
"Masanya sudah tiba untuk kaum India bersatu padu sebagai sebuah pasukan yang kuat," katanya.
Samy Vellu berkata senario politik telahpun berubah "dan kita perlu bergerak dan bertindak bersama dengan arus perubahan."
"Kita perlu menyusuri arus," katanya, sambil menambah kaum India di Malaysia jumlahnya kecil iaitu kirakira 1.8 juta dan kini berpecah kepada beberapa parti politik.
Beliau berkata hanya dengan bersatu padu akan membolehkan kaum India memperoleh "kuasa tawar menawar" yang kuat.
Samy Vellu berkata beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi perpaduan kaum India.

Mara tetap hantar pelajar ke luar negara
TEMERLOH 31 Jan. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan menghentikan penghantaran pelajarnya ke universiti-universiti luar negara walaupun dunia kini berdepan krisis ekonomi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana Mara tidak mahu usaha bagi melahirkan lebih ramai tenaga profesional menemui kegagalan semata-mata kerana krisis ekonomi yang bersifat sementara.
Beliau sebaliknya menegaskan, Mara akan menambah jumlah pelajarnya dalam bidang kejuruteraan, perubatan, bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D), akauntan dan lain-lain untuk menuntut di luar negara.
“Mara akan menghantar sekurang-kurang seorang pelajar melanjutkan pengajian di 10 buah universiti terbaik di dunia antaranya Universiti Harvard dan Universiti Yale di Amerika Syarikat, Universiti Oxford dan Universiti Cambridge di United Kingdom serta Universiti Tokyo di Jepun,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada 506 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dalam Daerah Temerloh di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Saifuddin berkata, kira-kira 10,000 pelajar tajaan Mara kini menuntut di universiti seluruh dunia termasuk mereka yang sedang mengikuti kursus automotif, komputer dan teknologi maklumat di Jerman, Perancis, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan.
Beliau berkata, Mara mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk menaja pelajarnya di luar negara tanpa mengira jumlah pelajar yang mendapat tempat untuk menuntut di universiti luar negara. - Bernama

Undang-undang antilompat terlalu risiko
KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup hari ini berkata, cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan undang-undang antilompat parti adalah tidak sesuai buat masa ini.
"Sememangnya saya setuju untuk dikaji dan dimuatkan dalam perlembagaan.
"Tetapi pada pendapat saya, untuk mengubah perlembagaan kita sekarang ini nampaknya tidak sesuai.
"Kerana kita tidak mahu mengambil risiko oleh kerana Barisan Nasional (BN) sekarang tidak mempunyai dua pertiga majoriti (di Dewan Rakyat) untuk memberi sokongan supaya perlembagaan itu dapat diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PBRS di sini.
Beliau menambah, sememang ada pihak pembangkang yang juga meminta supaya undang-undang ini diwujudkan, tetapi tidak ada cara memastikan sama ada mereka akan betulbetul menyokong perkara tersebut.
Sebaliknya, Kurup mencadangkan apa yang boleh diamalkan sekarang adalah kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan supaya tidak menerima mana-mana ahli yang ingin melompat ke pihak masing-masing.
Diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota, Datuk Nasarudin Hashim, keluar Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat, Kurup berkata: "Ini saya tak ada komen, mungkin oleh kerana ini telah berlaku dahulu (di Sabah dan Sarawak), ia seolah-olah menjadi satu 'budaya', sapa yang tidak puas hati, dia lompat".
Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyuarakan sokongan terhadap cadangan memperkenalkan undang-undang bagi menghalang seseorang wakil rakyat melompat parti.
Sebelum itu Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan yang juga timbalan ketua menteri, berkata sudah sampai masanya undang-undang seumpama ini diperkenalkan dan beliau akan menyokong mana-mana pihak yang mengemukakan pindaan tersebut.
Isu tersebut bangkit apabila Menteri Luar yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menggesa BN Perak supaya mengadakan gerakan besarbesaran bagi mendesak Nasarudin supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu yang dimenanginya atas tiket BN.

Betul ke Si Adnan Mansor ni?
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Seramai 809 orang di seluruh negara mendaftar sebagai ahli UMNO menerusi pendaftaran keahlian UMNO secara online pada hari pertama sistem itu dibuka hari ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah itu sangat memberangsangkan walaupun pada hari pertama iaitu sehingga pukul 8 malam tadi.
Betul ke cakap si Adnan ini???????? Ni mesti temberang ni........

TAHANAN GUANTANAMO MUNGKIN DIBICARAKAN
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditahan di pusat tahanan Guantanamo Bay di Cuba mungkin menjadi rakyat Malaysia pertama dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas tuduhan melakukan pengganasan.
Mohd Farik Amin @ Zaid @ Zubair, 34 tahun, dan Mohammed Nazir Lep @ Bashir Lep @ Lillie, 33 tahun, yang disifatkan sebagai 'merbahaya' oleh agensi risikan antarabangsa, juga mungkin dipindahkan ke pusat tahanan federal yang lain.
Mereka bagaimanapun boleh dihantar pulang ke tanah air dan ditempatkan di pusat tahanan setempat atas permintaan kerajaan Malaysia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Amerika dalam satu pertemuan tidak rasmi baru-baru ini bahawa kedua-dua suspek itu besar kemungkinan dihadapkan ke sebuah mahkamah sivil.
'Kami sedang menantikan butir lanjut daripada Amerika Syarikat,' katanya,
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernah ditukil sebagai berkata Malaysia akan mendapatkan persetujuan dari Amerika bagi membenarkan pegawai polis Malaysia bertemu dengan kedua-dua suspek ini dan agar mereka dipenjarakan di Malaysia.
Status 250 tahanan di Guantanamo Bay kini masih belum jelas selepas Presiden baru Amerika, Encik Barack Obama, mengarahkan pusat tahanan itu ditutup dalam tempoh setahun mendatang.
Mohd Farik dan Mohammed Nazir merupakan anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI). Mereka, yang menerima latihan menggunakan senjata di Afghanistan, ditangkap di Bangkok pada 2003.
Penangkapan mereka telah membawa kepada penangkapan Hambali, seorang pemimpin kanan JI.
Isteri Hambali, Noralwiza Lee Abdullah, 39 tahun, seorang rakyat Malaysia dari Sabah, turut ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2003, tetapi kemudian dibebaskan pada 2007.
Mohd Farik dan Mohammed Nazir telah disenaraikan sebagai antara 14 suspek utama pengganasan oleh Amerika.
Mereka, bersama Hambali, didakwa terlibat dalam pengeboman kelab malam di Bali pada 2002. -- The Star.

KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA DIJANGKA CAPAI 6 PERATUS
KADAR pengangguran di Malaysia mungkin meningkat kepada 6 peratus tahun ini, tahap paling tinggi dalam tempoh 20 tahun, ekoran kelembapan ekonomi negara itu.
Ramalan itu dibuat oleh pengamat ekonomi, Encik Zainal Aznam, yang mewakili Majlis Ekonomi Nasional.
Laporan dalam New Straits Times itu memetik Encik Zainal sebagai berkata pertumbuhan ekonomi mungkin akan perlahan iaitu menjadi 2 peratus tahun ini, berbanding dengan ramalan rasmi 3.5 peratus sebelum ini.
Sebanyak 7,500 pekerja telah diberhentikan antara Oktober tahun lalu dengan bulan ini, sebahagian besar adalah dalam sektor pengilangan.
Laporan itu juga berkata seramai 45,000 pekerja dijangka diberhentikan di Malaysia tahun ini, berbanding 30,000 pekerja tahun lalu.
Menurut laporan kelmarin, lebih 10,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan sejak 1 Januari lalu.
Memberikan perangkaan itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Encik Shamsuddin Bardan, berkata lebih ramai pekerja dijangka kehilangan pekerjaan dalam tempoh terdekat apabila semakin banyak syarikat, terutama dalam sektor pengilangan, menghadapi masalah beroperasi.
Malaysia merancang mengumumkan satu lagi pakej pemangkin ekonomi tahun ini setelah menawarkan pakej yang sama bernilai RM11.6 bilion ($4.9 bilion) tahun lalu, kata Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, baru-baru ini.

LEBIH 16,000 PEKERJA DIBERHENTIKAN TAHUN LALU
Singapura - LEBIH 16,000 pekerja diberhentikan tahun lalu dengan hampir separuh pemberhentian berlaku pada suku keempat tahun lalu sedang krisis kewangan sejagat terus membawa kemudaratan kepada pasaran buruh.
Daripada jumlah tersebut, 13,400 pekerja telah diberhentikan sementara 2,600 pekerja kontrak diberhentikan sebelum tamat tempoh kontrak mereka.
Para pengamat yang dihubungi semalam berkata bilangan pekerja yang akan diberhentikan tahun ini sudah pasti melebihi kadar pembuangan kerja yang mencapai 29,000 yang dicatatkan sewaktu krisis kewangan Asia 1997/1998.
Laporan pasaran buruh itu dibentangkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.
Secara keseluruhan, kadar pengangguran mencecah 2.6 peratus, paras tertinggi sejak suku pertama 2007.
Pemangku Menteri Tenaga Manusia, Encik Gan Kim Yong, yang ditemui malam tadi berkata kemelesetan yang membelenggu ekonomi sejagat menjejas hampir kesemua sektor, terutama sektor pengilangan.
'Memandang ke hadapan kita akan melihat pemberhentian kerja dan pengangguran terus melonjak.
'Namun saya fikir kita tidak perlu cepat berputus asa. Apa yang penting ialah supaya kita dapat tumpukan perhatian membantu syarikat menangani kegawatan ini,' ujar Encik Gan lagi.
Antara langkah yang telah diperkenalkan Pemerintah termasuk skim Kredit Pekerjaan dan Program Kemahiran bagi Peningkatan dan Ketahanan (Spur) untuk membantu pekerja memiliki kemahiran baru, atau menjalani latihan semula.
Kredit pekerjaan juga, menurut Encik Gan bertujuan menjadikan pekerja tempatan lebih menjimatkan daripada segi kos supaya manfaatnya dapat diraih pekerja tempatan.
Encik Gan juga ditanya pandangan pemimpin pergerakan buruh, Encik Lim Swee Say, untuk mengekalkan kadar pemberhentian supaya ia tidak melebihi 30,000 pekerja.
'Saya fikir Encik Lim telah menetapkan sasaran yang tinggi dan mencabar tetapi pendirian saya ialah kita tidak sepatutnya lari daripada berusaha ke arah itu walaupun ia sukar atau mencabar.
'Apa yang penting ialah untuk kita tumpukan usaha dan tujuan ke arah itu,' ujar Encik Gan lagi.
Ketika dihubungi semalam, Pakar Ekonomi Citibank, Encik Kit Wei Zheng, berkata bilangan pekerja yang akan diberhentikan akan melonjak kerana 'kelemahan dalam pasaran buruh masih di peringkat awal'.
'Apabila lebih banyak pemberhentian berlaku, kita boleh jangkakan bilangan pekerjaan baru yang diwujudkan adalah lebih rendah daripada bilangan pekerja yang diberhentikan.
'Sektor pengilangan akan menghadapi lebih banyak pemberhentian, serta sektor lain seperti khidmat kewangan dan hartanah,' ujarnya, yang meramalkan kadar pengangguran mencapai 4.2 peratus tahun ini.
Ditanya sama ada skim kredit pekerjaan diumumkan dalam Belanjawan lalu dapat menyelamatkan pekerjaan, Encik Kit berpendapat ia akan menyediakan sokongan kepada pekerja bergaji rendah.
'Tetapi, ia mungkin tidak dapat mengurangkan tekanan pemberhentian bagi pekerja bergaji tinggi terutama dalam khidmat kewangan,' jelas Encik Kit.
Pakar Ekonomi HSBC, Encik Robert Prior-Wandersforde, juga bersetuju sambil menambah skim itu mempunyai kesan lebih tinggi bagi 'sektor kecil yang berintensif buruh'. CB

PM Georgia letak jawatan
TBILISI 31 Jan. – Perdana Menteri Georgia, Grigol Mgaloblishvili semalam meletak jawatan ekoran menghadapi masalah kesihatan selepas baru tiga bulan memegang jawatan itu.
Mgaloblishvili, 35, merupakan Perdana Menteri yang keempat dalam kerajaan Presiden Mikheil Saakashvili yang berkuasa pada 2003.
Beliau dilantik pada 1 November lalu selepas Saakashvili yang cuba memulihkan kerajaan dikalahkan oleh Rusia dalam perang lima hari pada Ogos lalu.
“Saya meletak jawatan kerana masalah kesihatan selepas dua kali menjalani rawatan buah pinggang di Jerman.
“Menurut para doktor, saya memerlukan dua bulan rawatan intensif. Georgia tidak boleh mempunyai Perdana Menteri yang tidak sihat,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Sementara itu, Menteri Kewangan Georgia Nika Gilauri telah dinamakan sebagai Perdana Menteri baru negara itu.
Presiden Saakashvili dengan segera mengumumkan Gilauri yang juga merupakan Timbalan Predana Menteri bagi menggantikan Mgaloblishvili.
“Tidak akan ada perubahan lain dalam kabinet,” katanya. – Agensi

Samy Vellu lepas jawatan Presiden?
PETALING JAYA: Datuk Seri S. Samy Vellu, Presiden yang paling lama menerajui MIC, mengumumkan mahu melepaskan jawatan itu menjelang suku ketiga tahun ini.
Ketika membayangkan kemungkinan itu, bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, "saya hanya akan berada dalam MIC antara enam hingga tujuh bulan sahaja."
Bagaimanapun beliau tidak memberikan dengan jelas tarikh akan berundur daripada memegang jawatan itu.
Kata Samy Vellu lagi, jikapun bersara daripada politik tahun ini beliau tetap akan memantau perjalanan MIC dari dekat.
"Saya tidak akan tinggal di Australia ataupun Britain selepas melepaskan jawatan.
"Saya akan tinggal di Kuala Lumpur untuk melihat perkembangan semasa politik," kata beliau yang dipetik oleh akhbar Makkal Osai hari ini.
Dalam pada itu Samy Vellu dalam kenyataannya hari ini berkata beliau akan mengumumkan peralihan jawatan Presiden MIC pada masa yang sesuai kepada sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Timbalan Presiden yang akan datang sewaktu pemilihan parti September depan.
Kata beliau lagi matlamatnya pada waktu ini ialah bagi mengukuhkan parti.
"Apabila misi saya selesai, saya akan serahkan kepada sesiapa yang jadi Timbalan Presiden.
"Oleh itu tidak ada masa khusus yang ditetapkan sekarang untuk peralihan kuasa," katanya.
Beliau memegang jawatan itu sejak 1979.
Samy Vellu yang tewas dalam mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu telah menyatakan hasrat untuk bertanding semula jawatan Presiden MIC - buat penggal ke-10.
Pemilihan Presiden dijangka diadakan April atau Mei ini.
Samy Vellu tidak dapat dihubungi untuk pengesahan dan ulasan lanjut mengenai laporan akhbar itu.
Bagaimanapun beberapa pemimpin MIC yang menghadiri majlis perasmian bangunan pengusaha butik masyarakat India di ibu negara kelmarin mengesahkan Samy Vellu ada mengatakan demikian.
Pemimpin-pemimpin itu memberitahu Samy Vellu tidak menekankan hasrat tersebut, sebaliknya bercakap seimbas lalu.
mStar Online juga difahamkan pemilihan Presiden MIC, yang lazimnya diadakan berasingan daripada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama pusat yang lain, kemungkinan ditangguhkan sehingga September ini.
Pada 28 November ini, Samy Vellu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berundur walaupun kebanyakan parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) telah melakukan perubahan kepimpinan.
Beliau berkata, kepimpinannya dalam MIC tetap diperlukan kerana beliau masih terus berkerja untuk masyarakat India di negara ini.

Undian langsung, hapus sistem kuota
PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) Umno telah membincangkan syor bagi membolehkan lebih tiga juta ahli parti itu secara langsung memilih barisan kepimpinan termasuk peringkat pusat kelak.
Syor yang turut disentuh ialah menghapuskan sistem kuota yang diperkenalkan hampir dua dekad lalu.
Ia merupakan antara pelbagai syor dan saranan yang disentuh oleh MT malam kelmarin, hasil sesi retreat tahun lalu - susulan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Bagaimanapun MT tidak mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai cadangan itu, sebaliknya perkara tersebut akan diteliti secara mendalam selepas perhimpunan agung dan pemilihan Mac ini.
Syor-syor itu yang dikemukakan pada mesyuarat itu, antara lain bertujuan menangani masalah gejala politik wang yang dilihat sebagai semakin serius selain mahu memperkukuhkan parti dari pelbagai sudut bagi menghadapi cabaran semasa dan masa depan.
Umumnya dipercayai sistem kuota mendapatkan pencalonan dan pengundian berpusat dipercayai antara punca yang menyumbang kepada berleluasanya masalah rasuah politik semasa pemilihan.
Mesyuarat MT kelmarin yang berlangsung lebih tiga jam dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
MASIH PERINGKAT CADANGAN
Ketika dihubungi mStar Online semalam, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mengesahkan syor-syor itu ada disentuh kelmarin tetapi "ia masih di peringkat cadangan."
"Belum ada keputusan muktamad, ia hanya di peringkat cadangan... belum ada keputusan lagi," kata beliau.
Umno kini mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli termasuk empat sayap iaitu Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera.
Bagaimanapun Putera Umno tidak melibatkan pemilihan formal masa sekarang.
Sistem kuota diperkenalkan selepas pemilihan sengit tahun 1987, yang membawa kepada perpecahan dalam parti dan Umno diharamkan tahun berikutnya.
BANYAK CADANGAN
Sambil mengakui banyak cadangan telah dibangkitkan dan masih dikemukakan, Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor memberitahu, perkara tersebut akan diteliti selepas pemilihan Mac ini.
"Syor supaya sistem kuota juga dikaji semula juga dilontarkan," katanya.
"Cadangan ini tidak akan dilaksanakan Mac ini, tetapi akan dilaksanakan pada pemilihan akan datang jika diterima pakai," katanya.
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ini juga berkata, jawatankuasa pengurusan akan meneliti secara mendalam kesemua cadangan yang dikemukakan selepas pemilihan.
Muhammad menambah, MT membincangkan pendekatan baru yang menyeluruh untuk menyuntik semangat baru kepada ahli-ahli Umno bagi menghadapi masa depan.
"Syor-syor itu dikemukakan agar ahli-ahli Umno diberikan semangat baru dan parti bergerak mengikut kesesuaian semasa," katanya lagi.
KOMEN SETIAUSAHA AGUNG
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata, MT telah memutuskan untuk mempercepatkan pelaksanaan beberapa cadangan yang dikemukakan semasa retreat Umno termasuk pemansuhan sistem kuota.
Namun jelas beliau, cadangan bagi menghapuskan sistem kuota mustahil untuk dilaksanakan pada pemilihan kali ini jika pun parti bersetuju menerimanya.
Bagaimanapun beliau menambah, cadangan itu akan diperhalusi dan dipertimbangkan dari pelbagai aspek demi kebaikan parti.
"Jika parti setuju nak hapuskan, paling cepatpun (laksana) dalam pemilihan akan datang. Kalau itu (hapus kuota) yang terbaik, kita akan percepatkan," katanya.
PERUBAHAN MENYELURUH
Dalam pada itu, seorang lagi anggota MT, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, syor pemansuhan sistem kuota merupakan antara pelbagai idea yang dibincangkan untuk memperkukuhkan sistem parti dari segi pentadbiran, pengurusan dan perlembagaan.
"Ia dibincangkan... pada dasarnya kebanyakan ahli bersetuju bahawa sistem kuota ini perlu dihapuskan," kata beliau yang juga Menteri Dalam Negeri.
"Ia merupakan sebahagian daripada proses untuk berhadapan dengan peralihan kuasa dan memantapkan terus Umno... kita mengkaji semua mekanisme yang sedia ada dan mewujudkan mekanisme yang baru jika perlu bagi Umno menghadapi pemilihan dan pilihan raya umum akan datang," katanya. -mstar

Friday, January 30, 2009
Kerajaan tolak bina LCCT di Labu
KUALA LUMPUR: Cadangan AirAsia Bhd. untuk membina sebuah lapangan terbang berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan ditolak oleh kerajaan, tetapi syarikat penerbangan tambang murah itu dikatakan memperoleh beberapa konsesi.Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan diberi tanggungjawab membina sebuah terminal syarikat penerbangan kos rendah (LCCT) baru, berdekatan terminal sekarang, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, kata satu sumber yang mempunyai maklumat mengenai hasil mesyuarat itu hari ini.
Keputusan untuk membatalkan projek itu disampaikan kepada AirAsia pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan dihadiri para pegawai Kementerian Kewangan, MAHb, dan AirAsia.
Sumber itu menyatakan AirAsia berjaya mendapat jaminan mengenai caj dan cukai lapangan terbang yang lebih rendah, yang ia akan berunding dengan MAHB, dan juga akan dibenarkan memberi input mengenai spesifikasi bagi LCCT baru itu.
Katanya, syarikat penerbangan tambang murah itu diberikan masa untuk mengemukakan senarai keperluannya mengenai LCCT baru itu.
Caj itu boleh diturunkan sehingga separuh, kata sumber itu.
AirAsia sentiasa mengadu tentang caj di LCCT sekarang kerana ia berpendapat bahawa dengan penyediaan kurang kemudahan, caj dan cukai lapangan terbang itu sepatutnya lebih rendah daripada yang dikenakan di KLIA.
Pada mesyuarat itu, AirAsia diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Tony berkata, AirAsia menganggap hasil mesyuarat itu sebagai amat positif dan kini ia menunggu butiran lengkapnya.
Katanya, AirAsia komited bagi menyediakan tetamunya perkhidmatan berkelas dunia, lima bintang, melalui sebuah LCCT dibina bertujuan khas.
Menurutnya, AirAsia turut komited menjadikan Kuala Lumpur sebuah hab serantau bagi syarikat penerbangan tambang murah dan menyumbang dengan besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Di segi kewangan, ini merupakan berita baik bagi Airasia, katanya.
AirAsia yang kini telah mempunyai gearan yang tinggi, tidak perlu lagi mendapatkan pembiayaan untuk membina LCCT baru itu, katanya. BERNAMA
Kaunter Pendaftaran Pekerjaan Di Selangor
SHAH ALAM, 30 Jan -- Jawatankuasa Tindakan Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja di Selangor mencadangkan agar kaunter pendaftaran bagi mereka yang hilang pekerjaan di negeri ini diwujudkan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan.
Menurut kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor, jawatankuasa itu yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini berpendapat, pendaftaran melalui PBT sedikit sebanyak dapat merekodkan data mereka yang kehilangan pekerjaan secara sistematik dan tepat.
"Jawatankuasa ini juga turut membincangkan tentang kemungkinan mendapatkan kerjasama dan khidmat nasihat daripada syarikat atau agensi pekerjaan seperti, Jobstreet.com, dalam usaha mendapatkan data-data pekerja yang diberhentikan serta membantu mereka dalam mencari pekerjaan-pekerjaan yang difikirkan sesuai," kata kenyataan itu.
Mesyuarat jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut dihadiri oleh anggota exco kerajaan negeri dan beberapa wakil dari agensi kerajaan dan kesatuan sekerja.
Kenyataan itu turut menambah, jawatankuasa berkenaan pada mesyuaratnya minggu depan akan mendapat penerangan daripada Jabatan Tenaga Kerja berkenaan bajet RM200 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi penyediaan kursus-kursus latihan untuk membantu pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan.
"Jawatankuasa ini juga akan memanggil syarikat agensi pekerjaan, persatuan usahawan kecil dan Lembaga Zakat Negeri untuk mendapatkan pandangan mereka bagi mencari jalan terbaik untuk meringankan beban mereka yang hilang pekerjaan," jelas kenyataan itu.

Kerajaan Tolak Bina LCCT Baru Di Labu
KUALA LUMPUR, 30 Jan -- Cadangan AirAsia Bhd untuk membina sebuah lapangan terbang berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan ditolak oleh Kerajaan, tetapi syarikat penerbangan tambang murah itu dikatakan memperolehi beberapa konsesi, demikian menurut beberapa sumber.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan diberi tanggungjawab membina sebuah terminal syarikat penerbangan kos rendah (LCCT) baru, berdekatan terminal sekarang, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, kata satu sumber yang mempunyai maklumat mengenai hasil mesyuarat itu hari ini.
Keputusan untuk membatalkan projek itu disampaikan kepada AirAsia pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan dihadiri para pegawai Kementerian Kewangan, MAHB, dan AirAsia.
Sumber itu menyatakan AirAsia berjaya mendapat jaminan mengenai caj dan cukai lapangan terbang yang lebih rendah, yang ia akan berunding dengan MAHB, dan juga akan dibenarkan memberi input mengenai spesifikasi bagi LCCT baru itu.
Katanya syarikat penerbangan tambang murah itu diberikan masa untuk mengemukakan senarai keperluannya mengenai LCCT baru itu.
Caj itu boleh diturunkan sehingga separuh, kata sumber itu.
AirAsia sentiasa mengadu tentang caj di LCCT sekarang kerana ia berpendapat bahawa dengan penyediaan kurang kemudahan, caj dan cukai lapangan terbang itu sepatutnya lebih rendah daripada yang dikenakan di KLIA.
Pada mesyuarat itu, AirAsia diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Seri Tony Fernandes.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Tony berkata AirAsia menganggap hasil mesyuarat itu sebagai amat positif dan kini ia menunggu butiran lengkapnya.
Katanya AirAsia komited bagi menyediakan tetamunya perkhidmatan berkelas dunia, 5 bintang, melalui sebuah LCCT dibina bertujuan khas.
Menurutnya, AirAsia turut komited menjadikan Kuala Lumpur sebuah hab serantau bagi syarikat penerbangan tambang murah dan menyumbang dengan besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Daripada segi kewangan, ini merupakan berita baik bagi AirAsia, katanya.
AirAsia yang kini telah mempunyai gearan yang tinggi, tidak perlu lagi mendapatkan pembiayaan untuk membina LCCT baru itu, katanya.

Bayi mati dihempap tilam
NURUL ISLAM mencium jenazah anaknya, Abdul Karim yang mati akibat dihempap tilam di Taman Seri Wilayah, Jinjang semalam. KUALA LUMPUR - Naluri seorang ibu yang merasakan sesuatu yang pelik apabila tidak mendengar tangisan bayinya ternyata benar apabila mendapati anak lelakinya itu meninggal dunia akibat dihempap tilam spring.
Kejadian berlaku pukul 6.45 petang kelmarin apabila Zura Kafur Mujadi Miah, 35, seorang warganegara Myanmar, yang ketika itu sedang memasak di dapur bergegas mendapatkan anak bongsunya, Abdul Karim Nurul Islam yang berusia 34 hari di dalam bilik.
Dia bertindak demikian selepas suaminya, Nurul Islam Abdul Majid, 45, yang juga warganegara Myanmar, keluar ke tempat kerja di Pasar Borong Selayang pukul 6 petang dari rumah mereka di Taman Seri Wilayah, Jinjang di sini.
Ekoran kejadian itu, fikiran Zura Kafur menjadi tidak keruan dan pengsan selama 12 jam kerana terlalu sayangkan anak bongsunya yang masih menyusu badan.
Ketika ditemui di rumahnya, Nurul Islam memberitahu, isterinya masih pengsan kerana dipercayai belum dapat menerima kematian anak mereka lebih-lebih lagi dia terpaksa bersalin melalui pembedahan pada 24 Disember lalu di Hospital Selayang. - Kosmo
Muhyiddin, Karpal mahu undang-undang halang lompat parti
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu undang-undang digubal bagi menghalang seseorang wakil rakyat melompat parti.
"Bukannya kita takut ada lagi yang akan meninggalkan Barisan Nasional tetapi ini adalah soal prinsip," kata Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Kota Kinabalu hari ini.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di rumah terbuka Presiden Parti Liberal Demokrat, Datuk VK Liew yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Muhyiddin berkata, cadangan itu perlu dilihat secara serius dengan mengambil kira senario politik semasa.
"Secara peribadi, saya setuju tetapi terpulang kepada pemimpin-pemimpin BN untuk meminda Perlembagaan," kata beliau dipetik Bernama.
Semalam, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan melahirkan pandangan bahawa masanya sudah tiba bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memperkenalkan undangundang seperti itu agar kestabilan politik dapat diwujudkan berdasarkan keikhlasan dan kejujuran seseorang itu.
Sambil menekankan bahawa perbuatan melompat parti harus dikecam tanpa sebarang tolak ansur, Karpal berkata, pendirian DAP dalam soal itu adalah jelas.
"Kehendak rakyat tidak boleh dikompromi oleh mana-mana perwakilan yang mengkhianati pengundi mereka dengan melompat parti," katanya.
Bagi mengelakkan perbuatan melompat parti, jelas beliau, Perlembagaan Persekutuan memerlukan pindaan segera untuk mengatasi kejadian-kejadian berpindah parti lain.
"Dalam menggesa pindaan sedemikian, Pairin boleh dianggap bahawa beliau mempunyai restu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang wajar menggerakkan pindaan sepatutnya pada sesi Parlimen yang bermula 16 Februari ini," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini.
Syor berkenaan menjadi perhatian ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim dari Umno melompat Parti Keadilan Rakyat pada Ahad lalu. -mstar

Kerajaan Selangor akan saman sebuah laman web - Malaysiakini
SHAH ALAM, 29 Januari - Kerajaan negeri akan memfailkan saman ke atas pemilik dan penulis sebuah laman web yang menyiarkan fitnah kononnya seorang anggota Exco wanita Selangor ditangkap basah.Exco berkenaan, Dr Halimah Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang berkata tindakan itu diambil setelah mengadakan perbincangan dengan Dato’ Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dr Halimah yang dijangka bertemu dengan peguam beliau hari ini, tidak menolak untuk memfailkan saman sehingga RM40 juta.
“Kita hendak beri pengajaran (sama ada) kepada media elektronik atau media cetak agar tidak sebarangan membuat tuduhan terutamanya apabila melibatkan maruah orang. Kita tak mahu ‘penyakit’ seperti ini menular,” kata Dr Halimah yang ditemui di pejabatnya hari ini.
Dr Halimah berkata laman web berkenaan, My Kmu.net (Gerbang Tempur Maya Kumpulan Penyokong Umno) menyiarkan kenyataan ahli forumnya, Jamilisa yang mendakwa beliau ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.
Jamilisa atau ‘Brigade Commander Selangor’ dalam kirimannya pada 25 Jan bertajuk ‘Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah’ itu turut mendakwa Adun Selat Klang itu ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Saya sendiri telah bertanya kepada penguatkuasa Jais di Shah Alam dan Klang yang menafikan adanya serbuan dibuat dalam seminggu ini,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Sehubungan itu beliau telah membuat laporan polis dan memohon Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menggantung operasi laman web itu.
Dr Halimah berkata dakwaan itu adalah satu perkara yang sangat besar kerana membabitkan maruah beliau sebagai seorang wanita dan wakil rakyat daripada parti Pas.
“Selama ini saya berjuang untuk membanteras perkara yang mungkar dan maksiat. Takkan saya yang mendokong parti Islam yang sudah melalui segala onak dan duri dalam perjuangan sebagai pembangkang, tiba-tiba pula nak melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam,” katanya berharap pimpinan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab.
“Saya yakin dan percaya pimpinan Umno sudah pasti tahu siapa di belakang (dakwaan ini),”katanya.
Beliau tidak menolak yang dakwaan itu sengaja dibuat untuk mencemarkan imej Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
Menyifatkan ia satu taktik kotor, Dr Halimah berkata pemilik laman web itu perlu bertanggungjawab kerana menyiarkan satu dakwaan palsu.
Sementara itu, Jais melalui Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd Hidayat Abd Rani hari ini menafikan dakwaan yang jabatan itu telah membuat tangkapan berkenaan.
Beliau dalam satu kenyataan petang ini berkata tiada operasi dan tindakan tangkapan pada tempat dan masa seperti yang disebarkan laman web itu.
“Dakwaan bahawa Jais telah membuat tangkapan khalwat Adun Selat Klang adalah tidak benar sama sekali.
“Pihak Jais ingin menasihatkan agar hebahan-hebahan yang berunsur sebegini tidak berulang bahkan tidak berlaku lagi demi menjaga maruah individu tertentu terutama dalam perkara yang tidak dilakukan,” katanya. - NOOR ALLIA KASSIM (Selangor kini)
MB Perak nafi dua exco sertai BN
IPOH 30 Jan. - Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai Barisan Nasional.
“Spekulasi mengenai Jamaluddin dan Mohd Osman itu adalah tidak benar. Saya berusaha untuk berhubung dengan mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa terdapat dua wakil rakyat daripada PKR akan keluar parti dan menjadi wakil bebas sebelum menyertai UMNO. - Bernama

Nik Aziz anggap UMNO pokok hampir mati
KOTA BAHARU 30 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

JANGAN TANGKAPLAH
ALOR STAR: Puluhan pondan di Stadium Darulaman di sini lari bertempiaran apabila diserbu pegawai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), awal pagi Selasa lalu.
Mereka dipercayai lari sejauh kira-kira satu kilometer - walaupun ada memakai skirt dan kasut tumit tinggi - bagi mengelak tangkapan.
'Payah sungguh nak cari port. Nak lepak pun susah,' jerit seorang daripada mereka.
Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan dalam sebuah kereta di kawasan itu. Dia memberi alasan menunggu rakannya dan tidak terbabit dengan kumpulan pondan mencari pelanggan.
Selepas beberapa serbuan di beberapa sarang pondan, kumpulan pondan berpindah ke lokasi lain. Jaik berkata ia akan terus memantau dan menyerbu sarang pondan. -- Harian Metro.

KEMENANGAN PERTAMA BAGI OBAMA
WASHINGTON: Dewan perwakilan Amerika Syarikat yang dikuasai wakil parti Demokrat meluluskan satu rang undang-undang rangsangan ekonomi besar yang bersejarah bernilai AS$819 bilion ($1.2 trilion) semalam.
Langkah itu merupakan satu kemenangan dasar undang-undang yang pertama bagi Presiden Barack Obama, walaupun beliau gagal menambat hari perwakilan Republikan untuk menyokong usulnya itu.
Encik Obama telah beberapa kali menekankan tema ekonomi dalam ucapannya tetapi usahanya untuk menyampaikan mesej bagi menjangkau semua parti gagal mengubah pendirian pihak pembangkangnya dalam ujian pertama matlamat dwipartisannya.
Dewan memberikan 244 undi menyokong berbanding 188 undi menentang, dengan perwakilan Republikan sebulat suara membangkangnya.
Dengan kadar pengangguran berada di paras tertingginya sejak suku abad lalu serta kerapuhan industri perbankan walaupun telah disuntik wang yang banyak untuk menyelamatkannya serta wilayah-wilayah yang menghadapi krisis belanjawan, anggota Demokrat berkata rang undang-undang itu amat diperlukan.
Anggota Republikan pula memberi alasan bahawa rang undang-undang itu tidak menyentuh potongan cukai dan mengandungi terlalu banyak perbelanjaan.
'Pelan pemulihan ini akan menyelamatkan atau menghasilkan lebih daripada tiga juta pekerjaan baru sepanjang beberapa tahun akan datang,' kata Encik Obama dalam kenyataan bertulis yang dikeluarkan selepas Dewan Perwakilan mengundi.
Beliau kemudian mengalu-alukan pemimpin kongres kedua-dua parti ke Rumah Putih bagi satu majlis ringan sedang beliau terus melobi untuk rang undang-undang itu.
Awal daripada itu, Encik Obama mengisytiharkan 'kami tidak mempunyai masa untuk diluangkan' sedang sekutu-sekutu kongresnya berhempas-pulas mempercepatkan tawarannya itu di tengah-tengah krisis ekonomi paling teruk sejak Zaman Meleset 1930.
Suasana ekonomi yang semakin bermasalah menjadi ujian getir pertama pentadbiran Encik Obama.
Bagaimana beliau menangani keadaan tidak menentu itu, dan kesan pakej rangsangannya ke atas ekonomi Amerika, mungkin menentukan suasana tahun pertamanya memegang jawatan, jika tidak untuk sepanjang tempohnya.
Undian itu akan membawa rang undang-undang tersebut ke Senat, di mana perbahasan akan dimulakan seawal Isnin ini menyentuh satu langkah tambahan yang sudah pun dibentuk. -- AP.

Jual diri di laman web
KUALA LUMPUR: Perbuatan segelintir anggota masyarakat ‘melelong’ diri laman web rangkaian sosial dipercayai berpunca sikap mahu mencari keseronokan serta kebebasan daripada kongkongan keluarga.Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis, berkata perkara itu perlu dikawal kerana mereka berada di peringkat hilang rasa malu sehingga boleh mengundang masalah moral lebih teruk.
“Pengaruh rakan juga menjadi punca kerosakan moral seseorang kerana di peringkat usia remaja, biasanya seseorang individu itu menganggap rakan sebagai ikutan serta pemberi nasihat.
“Ditambah pula kongkongan ibu bapa, seseorang individu itu mula menjauhkan diri daripada keluarga kerana inginkan kebebasan sehingga terjebak gejala moral,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai laman web rangkaian sosial yang sebelum ini popular di kalangan remaja untuk mencari kenalan kini menjadi satu medan mencari pasangan seks.
Pemerhatian mendapati selain lelaki, terdapat segelintir wanita ‘melelong’ diri untuk mencari pasangan seks dengan menyiarkan gambar mereka dalam keadaan mengghairahkan dan separuh bogel termasuk kata-kata berahi untuk menarik perhatian lelaki.
Dr Mastura berkata, pendekatan Saidina Ali Abi Talib dalam mendidik anak wajar dijadikan panduan kepada semua ibu bapa.
“Saidina Ali berpesan supaya ibu bapa menjadikan anak mereka yang berusia 14 hingga 21 tahun sebagai rakan. Wujudkan sentuhan mesra dengan mereka dan dengar pergolakan jiwa mereka,” katanya.
ADUN Negeri Sembilan lompat parti?
SEREMBAN 30 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan khabar angin kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menyertai pembangkang.
“Kalau ada dakwaan, suruh dia bagi nama. Yang DAP Perak risau sangat pasal apa, jagalah negeri Perak itu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai dakwaan DAP Perak yang tersiar dalam akhbar berbahasa Cina kononnya ada ADUN dari Negeri Sembilan akan melompat parti. - Bernama

Tanah runtuh, enam rumah di Miri ranap
MIRI 30 Jan. - Enam buah rumah ranap dalam dua kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini, hari ini.
Seorang penduduk kampung itu memberitahu Bernama kejadian pertama berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi manakala kejadian kedua pada pukul 12.30 tengahari.
Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata seramai 74 orang dari lapan keluarga yang terlibat berjaya menyelamatkan diri. - Bernama

MAS tawarkan tiket serendah RM39 mulai esok
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Jualan hujung minggu Malaysia Airlines (MAS) kembali dengan penawaran 150,000 tiket, berharga mulai RM39 dan ke atas.
Tiket-tiket berkenaan bagaimanapun hanya boleh dibeli menerusi tempahan dalam talian selama dua hari — esok dan Ahad.
Penerbangan di seluruh Semenanjung Malaysia berharga RM39 manakala penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak dan Johor Baharu ke Kuching mulai RM69.
“Kami sudah memansuhkan surcaj bahan api domestik dan pelanggan akan dapat menikmati tambang rendah sebenar tanpa caj tersembunyi.
“Ia adalah tambahan kepada perkhidmatan premium yang ditawarkan, termasuk minuman dalam penerbangan, jadual yang lebih mudah, pelepasan mengikut masa yang ditetapkan serta peruntukan bagasi 20kg,” kata Dr. Amin Khan, Pengurus Besar Kanan Pengurusan dan Perolehan Rangkaian MAS. - Bernama

Linda Jasmine Malaysiakini
"Saya tahu, perjalanan hidup yang bakal ditempuhi oleh setiap pasangan suami dan isteri bukanlah sentiasa ‘perfect’."Setiap hubungan itu mesti ada pasang surutnya. Saya bukan sahaja mengingatkan kepada diri-sendiri malah turut berpesan kepada Que.
"Sebagai manusia, Tuhan selalu menduga kehidupan kita dengan bermacam-macam perkara agar kita dapat menilai diri-sendiri.
"Dari situ, kita dapat mempelajari tentang cara kita mengawal situasi tersebut sama ada dengan baik atau tidak.
"Jadi, saya selalu mengingatkan diri-sendiri agar jangan terlalu cepat mengikut perasaan.
"Saya akan berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap tentang sesuatu perkara itu mahupun kalau saya terlepas cakap," luah Linda dalam temubual sejurus selepas memilih aksesori perkahwinan di Habib Jewels (Habib), Ampang Point semalam.
Dianggarkan lebih RM3 juta set aksesori dari Habib yang bakal digayakan oleh Linda semasa majlis perkahwinannya di Bora Ombak pada 14 Februari depan.Majlis pernikahan dijangka akan berlangsung pada pukul 5 petang manakala upacara bersanding dan memotong kek akan dilakukan pada sebelah malamnya di tempat yang sama.
Linda juga akan mengenakan pakaian pengantin rekaan tiga pereka iaitu Datin Kirana, Saiful Bahrin dan Calvin Thoo di mana ketiga-tiga persalinannya itu menggunakan fabrik Jakel manakala pakaian Que pula direka oleh Lord’s Tailor.
Que, seorang pelakon popular dan berbakat yang pastinya sentiasa menjadi perhatian umum.
Sambil memperhalusi pengalaman yang bakal dilalui oleh setiap pasangan artis yang mendirikan rumah tangga, Linda juga cuba membuang jauh-jauh perasaan cemburu buta terhadap Que.
"Saya rasa buang masa sahaja kalau nak terlalu cemburu buta. Setakat ini, saya masih dapat mengawal situasi tersebut.
"Tipulah kalau katakan yang saya tidak mempunyai perasaan cemburu tetapi tidaklah sampai tahap cemburu buta.
"Katakanlah jika suatu hari nanti saya betul-betul serius cemburu dan meragui sikap Que, sikap itu datang dari gerak hati saya.
"Kita akan dapat rasa sama ada melalui perlakuan dia terhadap kita. Kalau dia bersalah, kita dapat rasa yang perasaannya terhadap kita sudah hilang.

"Saya pernah mendengar melalui Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 di mana salah seorang penceramah itu berkata seseorang wanita itu mesti mempunyai naluri," ujar guru tari dalam program realiti Akademi Fantasi ini.
"Saya rasa perkahwinan kami ini bukanlah suatu perkara asing yang timbul dalam senario masyarakat sekarang sebab di luar sana terdapat juga pasangan yang membuat keputusan seperti kami.
"Saya pernah berkahwin dulu. Sekarang, saya semakin matang dan belajar daripada pengalaman lalu.
"Dulu, saya tidak mempunyai sikap timbang rasa, terlalu ‘control’ dan cerewet tetapi sekarang saya sudah berubah.
"Saya selalu banyak sabar dan tidak terlalu mengikut perasaan," jelasnya yang berubah bukan disebabkan Que tetapi diri-sendiri yang ingin mengubahnya demi mengeratkan perhubungan masing-masing.
Tambah Linda, untuk berubah, beliau tidak boleh bergantung kepada pasangannya semata-mata tetapi perubahan itu perlu berlandaskan usaha murni antara satu sama lain.
Yang jelas disebalik usia bakal suaminya yang lebih muda tujuh tahun daripadanya itu, Linda berkata sikap matang Que menyenangi dirinya.
"Que bukan jenis malas. Dia terima diri saya seadanya. Walaupun dia lebih muda, tetapi dia lebih matang daripada saya.
"Saya akui yang saya ini mempunyai perangai ‘kebudak-budakan’. Jadi, hubungan kami boleh dianggap saling melengkapi antara satu sama lain."Apa yang pasti, semua ini adalah takdir Allah. Dalam perjalanan hidup kami, memang sudah tertulis kami diciptakan untuk hidup bersama.
"Hanya Tuhan yang tahu tentang apa yang bakal terjadi selepas ini," tutur Linda yang berharap semoga orang lain mendoakan yang terbaik dalam perkahwinan mereka dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Labels:
Linda Jasmine
Saya terbuka untuk disiasat
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu hari ini menegaskan beliau terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Niat saya (keluar Umno dan BN) adalah bersih dan pendirian saya menyertai (Parti Keadilan Rakyat) adalah untuk mencari platform baru untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya dapat platform itu.
"Tidak lebih daripada... saya boleh siasat, saya terbuka untuk siasatan," kata beliau ketika dihubungi mStar Online pagi ini.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan menyiasat Nasarudin jika wujud elemen rasuah dalam keputusannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat awal minggu ini.
Ketika ditemui di Melaka semalam, Ahmad Said memberitahu, beliau tidak pasti sama ada sudah terhadapat aduan mengenai soal itu.
"Kami akan menyiasat mereka yang melompat parti jika ada elemen rasuah janji (jawatan dan ganjaran)," katanya.
Nasarudin, pemimpin dari Umno, menyertai PKR berkuat kuasa Ahad lalu.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
Ketika menjelaskan keputusannya menyertai PKR, Nasarudin berkata, beliau tidak dijanjikan ataupun ditawarkan sebarang jawatan dan ganjaran oleh PKR dan kerajaan Perak yang dipimpin Pakatan Rakyat.
"Apa yang saya minta pada Menteri Perak (Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin) adalah agar membantu menyelesaikan masalah rakyat dan program pembangunan di kawasan saya.
"Saya tidak minta lebih daripada itu dan Menteri Besar berkata bahawa insya-Allah akan membantu saya," katanya.
Nasarudin mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar kelmarin - tiga hari selepas mengumumkan keluar Umno dan BN.

Zulkifli pula ajak MP Umno sertai PAS bentuk kerajaan pusat
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini disebut-sebut menyertai Umno atau PAS, menggesa ahli-ahli Parlimen dari Umno agar menyertai PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Zulkifli, yang menjadi perhatian ekoran kontroversi dalam isu membantah forum anjuran Majlis Peguam Ogos lalu berkata, cara terbaik menyelesaikan masalah penyakit kronik Umno ialah dengan membubarkan parti itu.
"Apa yang menyedihkan, kelemahan pimpinan dan parti Umno hari ini menyebabkan bukan sahaja hak istimewa bangsa mula dipertikaikan, malah agama Islam sendiri turut diserang dan diperlekehkan.
"Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan Umno, sekali gus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai PAS," kata beliau dalam blognya.
Zulkifli memenangi kerusi itu atas tiket PKR, yang Jawatankuasa Disiplinnya pernah memangil beliau berhubung isu tersebut.
Kata beliau, jika cadangan itu diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen, akan menambah kedudukannya sebanyak 89 anggota Dewan Rakyat.
"Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekali gus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112).
"Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti yang selesa.
"Insya-Allah dengan menjadikan peristiwa Gaza sebagai pengajaran, saya berharap dan berdoa agar pimpinan dan ahli Umno akan dapat berlapang dada dan memikirkan serta menimbang cadangan saya ini," katanya lagi.
Kelmarin, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin mencadangkan pembubaran kesemua sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri Umno sebagai salah satu cara membendung masalah politik wang, rasuah dan salah guna kuasa dalam Umno.
PKR merupakan salah satu komponen Pakatan Rakyat, yang Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan sasaran mahu membentuk kerajaan pusat yang baru dengan menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai pihaknya menjelang 16 September lalu.
Tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim menyertai PKR.

Jawatankuasa Disiplin umno akan diperkuatka
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin Umno akan diperkuatkan bagi menangani isu-isu yang bersangkut paut dengan parti termasuk gejala politik wang yang serius diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Kita ambil kesempatan untuk terus ingatkan bahawa amalan politik wang ini tidak baik.
"Kita juga akan besarkan jawatankuasa ini (Disiplin) dengan menambah lagi pembantu-pembantu supaya kes-kes yang dilaporkan dapat dipertimbangkan dan diputuskan dengan cepat," kata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini awal pagi ini.
Mesyuarat MT lebih tiga jam berakhir pukul 12.30 tengah malam tadi.
Isu gejala politik wang kini ditangani bersama oleh Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, mesyuarat MT turut menyentuh kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu.
Jelas beliau, laporan mengenai keputusan pilihan raya itu akan dihalusi oleh jawatankuasa pengurusan.
"Kita belum dapat dedahkan laporan post-mortem, jawatankuasa pengurusan perlu perhalusi dulu," katanya.
"Tebal juga laporan itu... nanti baru kita boleh beritahu," jelas beliau.
Mengenai hasil retreat Umno tahun lalu, Abdullah menambah, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk mempercepatkan pelaksanaan beberapa perkara yang telah diputuskan.
Tindakan-tindakan itu antaranya yang ada kaitan dengan proses pemilihan, sistem kuota dan proses pengundian.

Perak umum 3 Februari cuti umum
IPOH 29 Jan. — Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Selasa depan sebagai cuti umum sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Menteri Besar Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata cuti ini juga bagi membolehkan rakyat Perak dan seluruh negara merayakan serta meraikan sambutan hari bersejarah yang menandakan genapnya 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah.
“Rakyat boleh menggunakan peluang ini untuk menyaksikan penganugerahan Darjah Dato’ Seri Azlanii (DSA) yang dikeluarkan kepada 25 individu yang telah banyak berjasa dan memberikan khidmat setia kepada baginda,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
— BERNAMA

Potret Mona Lisa cadang dipamer di Malaysia
KUALA LUMPUR 29 Jan. — Rakyat Malaysia berpeluang melihat secara lebih dekat lukisan potret agung abad ke-16 Mona Lisa, karya pelukis terkemuka Leonardo da Vinci, jika rancangan membawa lukisan itu bersama koleksi lukisan antarabangsa lain ke negara ini mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak swasta.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata rancangan itu adalah antara usaha kementerian itu tahun ini untuk menarik minat rakyat di samping pelancong luar untuk datang menyertai pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian termasuk melawat pameran koleksi lukisan antarabangsa dan karya seni lukis tempatan.
“Lukisan Mona Lisa akan dibawa ke Malaysia jika mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya pihak swasta.
“Kita sedang usahakan perkara itu sekarang dan diharap ia boleh dilaksanakan pada tahun ini malah kita boleh lakukannya sama seperti kita bawa persembahan muzikal Mamma Mia untuk dipertontonkan di sini, sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di sini hari ini.
Katanya semasa mengadakan lawatan ke Paris baru-baru ini, beliau ada berbincang mengenai cara untuk membawa masuk koleksi seni di kota itu ke negara ini dan menghubungi pihak yang menguruskan hal berkenaan.
“Kita mahu bukan saja potret Mona Lisa, tapi koleksi pelukis lain juga untuk dipaparkan kepada masyarakat Malaysia,” katanya.
Mohd Shafie berkata mengenai tempoh masa pameran, ia bergantung kepada perjanjian yang akan dilakukan kelak.
“Harapan saya ia bukan saja dapat memberi manfaat kepada rakyat tempatan tapi rakyat dari negara jiran juga. Ini kerana bukan semua orang mampu ke negara Eropah seperti Perancis tetapi mereka boleh datang ke Kuala Lumpur untuk tujuan itu,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu adalah adalah Timbalan Menterinya Teng Boon Soon, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Muzahet Masruri dan Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Nor Azmal Mohd Nazir.
Antara tokoh yang dijemput sempena pengkisahan ini ialah Tan Sri Kamarul Ariffin, Datuk Syed Ahmad Jamal dan Tan Sri Abdul Aziz Tapa.
Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata BSLN akan memulakan pembinaan bangunan tambahan baru bernilai RM20 juta pada tahun ini bagi menyediakan ruang kepada pelukis jalanan di negara ini mempamerkan hasil karya seni mereka.
Katanya bangunan yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan itu adalah antara usaha kementerian untuk memberi sokongan kepada pelukis yang kurang mampu dari aspek fizikal dan kewangan.
“Mereka boleh memapar dan menjual hasil seni mereka di bangunan ini dan kita akan mempromosikan bangunan ini sebagai galakan untuk mereka yang sering merungut mengenai kewangan dan lokasi yang tidak strategik.
“Saya yakin kalau lokasi ini kita promosikan setiap minggu sebagai ruang untuk mempamerkan dan menjual lukisan ia akan dikenali ramai bukan sahaja dari penduduk tempatan malah pelancong asing,” katanya.
Katanya melalui landasan itu, pelukis jalanan terbabit boleh mula menyertai jualan mingguan yang akan dikelolakan kementerian atau mana-mana pihak di tempat tertentu.
“Kita bercadang memulakan pameran mingguan kecil-kecilan terlebih dulu dan mengambil pendekatan yang dilakukan balai seni lukis di London dan Paris,” katanya.

Thursday, January 29, 2009
RM3 juta aksesori kahwin Linda Jasmine
Set persandingan (safir biru dan berlian)berupa rantai berharga RM2.35 juta, anting-anting: RM629,000, gelang: RM74,800, cincin: RM21,000 digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine. -foto The StarAMPANG: Dianggarkan lebih RM3 juta harga barang kemas tajaan Habib Jewels yang akan digayakan oleh jurutari profesional Linda Jasmine, 37 semasa majlis perkahwinannya dengan aktor Que Haidar, 30 pada 14 Februari depan di Bora Ombak, di sini.
Antara aksesori tersebut untuk tiga persalinan dan upacara berbeza adalah:
Kejelitaan Linda Jasmine bagaikan puteri raja ketika mengenakan taira dan anting-anting tajaan Habib Jewels.Akad nikah
Anting-anting: RM127, 830
Gelang: RM165,000
Persandingan (Set safir biru dan berlian)
Rantai: RM2.35 juta
Anting-anting: RM629,000
Gelang: RM74,800
Cincin: RM21,000
Keunikan tiara berharga RM156,395 yang diperbuat dari South Sea Pearls akan digayakan oleh Linda Jasmine ketika acara memotong kek.Memotong kek (Set ‘white south sea pearl’)
Tiara: RM156,395
Anting-anting: RM88,325
Menurut Linda, Habib Jewels menjadi pilihan kerana pelbagai pilihan koleksi aksesori yang terdapat di situ.

Setakat ini, cincin nikah untuk kedua bakal mempelai ini telah dibeli, dan pakaian pengantin perempuan yang dijahit menggunakan khidmat tiga pereka iaitu Datin Kirana (baju nikah), Saiful Bahrin (Sanding) dan Calvin Thoo (potong kek) juga telah disiapkan.
Selain itu, antara pihak yang turut terlibat di dalam majlis perkahwinan pasangan berbeza usia tujuh tahun ini adalah Lord’s Tailor (pakaian Que), AZ Saloon and Bridal House (mengurus resepsi di Johor), Jakel (fabrik), Polkadotted Creative Solutions oleh Jeslina Hashim (dekorasi)dan The Blooming Cake.
"Saya dimaklumkan ketiga-tiga pakaian yang akan saya pakai nanti telah disiapkan tetapi setakat ini saya belum tengok dan cuba lagi.
"Kad jemputan juga telah siap dicetak tetapi belum diedarkan kesemuanya. Saya anggarkan dalam 400 tetamu yang dijemput ke majlis nikah kami nanti.
"Kalau boleh saya nak jemput semua tetapi tak dapat buat. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada mereka yang kami tidak dapat jemput," beritahu Linda yang akan membawa turun ahli keluarganya dari Amerika Syarikat semasa majlis itu nanti.
Resepsi perkahwinan sebelah Que pula akan diadakan di Felda Taib Andak, Johor pada 15 Mac.
Majlis resepsi di Bora Ombak sempena Hari Valentine akan diserikan oleh anak didik Linda dari Akademi Fantasia iaitu penyanyi Amylea, Farhan dan Riz. - mstar
Labels:
Linda Jasmine
"Marah nyamuk, kenapa kelambu dibakar?"
KUALA LUMPUR: Wanita Umno tidak bersetuju terhadap cadangan supaya pergerakan itu serta Pemuda dan Puteri dan juga Biro Putera Umno dibubarkan dengan alasan bagi membanteras amalan politik wang.
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kewujudan sayap parti tidak harus dikaitkan dengan amalan politik wang, kerana mereka yang terbabit adakalanya bukan dalam kalangan anggota sayap parti Umno.
"Marah nyamuk (kenapa) kelambu harus dibakar... hanya segelintir anggota Umno terlibat dalam gejala politik wang, jadi mengapa 'kelambu' yang berusia lebih 50 tahun menjadi tonggak kekuatan Umno mahu dibakar?" katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sekiranya cadangan itu diterima oleh pucuk pimpinan Umno, tidak mustahil pada masa akan datang akan muncul pula gesaan agar parti Umno dibubarkan.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kenyataannya berkata, politik wang bukan amalan Wanita Umno.
"Setiap anggota terutama pemimpin seharusnya berpegang teguh serta menghormati etika parti serta menunjukkan teladan yang baik," katanya.
Shahrizat mengesyorkan agar Umno mengkaji semula kaedah untuk pemilihan di semua peringkat seperti sistem kuota, jumlah perwakilan dan bilangan jawatan yang dipertandingkan.
Pengerusi Lembaga Displin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail semalam menyarankan agar Umno disusun semula dengan membubarkan kesemua sayap parti bagi membanteras gejala politik wang. - mstar

Pemuda, Putera 'demo' di Menara Dato Onn
KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno mula bermesyuarat dengan sekumpulan ahli Pergerakan Pemuda dan Putera mengadakan 'demonstrasi' membantah syor agar kesemua sayap parti itu dibubarkan bagi mengatasi masalah gejala politik wang.
Kira-kira 50 orang berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Disiplin Disiplin sudah nyanyuk, jangan halang hak parti".
Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir kira-kira pukul 8.40 malam untuk mempengerusikan mesyuarat.
Sebelum mempengerusikan mesyuarat MT beliau melancarkan sistem pendaftaran keahlian Umno atas talian di lobi Menara Dato Onn.
Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak turut hadir. Mesyuarat MT kali ini dijangka memberi tumpuan terhadap beberapa isu 'panas' semasa - antara lain perkembangan di Perak ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Barisan Nasional (BN).
Selain itu, ia juga dijangka membincangkan perkembangan kes politik wang.
Malah, mesyuarat kali ini juga dijangka membincangkan persiapan menjelang perhimpunan tahunan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat Mac ini.
Selain itu, mesyuarat malam ini merupakan yang pertama sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu, yang menyaksikan Umno dan BN gagal mempertahankan kerusi tersebut.
Dalam pada itu, salah satu bahagian dalam Terengganu, Besut pula mencadangkan agar calon bagi jawatan Timbalan dan Naib Presiden Umno berkompromi bagi mengelak pertandingan.
Bahagian itu mahu pendekatan tersebut diambil bagi memberi keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan kekuatan parti.
Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail mengesyorkan agar Umno disusun semula struktur organisasinya dengan memansuhkan sayap-sayap parti, jika ia benar-benar serius hendak menghapuskan gejala politik wang.
Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mesyuarat bulanan MT Umno kali ini akan membincangkan mengenai pelbagai isu mengenai keadaan politik semasa.
Bagaimanapun beliau menafikan mesyuarat tersebut khusus bagi membincangkan mengenai tindakan Nasarudin menyertai Pakatan Rakyat berkuat kuasa Ahad lalu.
"MT adakan mesyuarat bulanan seperti biasa, bukan ada sebab-sebab tertentu atau kerana perkara-perkara tertentu.
"Tak ada apa yang boleh dibuat dengan ADUN Bota itu, mesyuarat ini bukan khusus bincangkan mengenai beliau," katanya kepada mStar Online.
Namun jelas Tengku Adnan, salah satu agenda pada mesyuarat tersebut akan turut membincangkan mengenai tindakan Nasarudin itu.
"Kita akan bincang juga hal itu sebagai isu-isu berbangkit," katanya.
Tambah beliau lagi isu politik wang yang melibatkan beberapa pemimpin Umno yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut dibincangkan. - mstar

Kugan, Palestin dan dhamir kemanusiaan
JAN 29 — Pada Ahad 25 Januari yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya menganjurkan Malam Prihatin Palestin. Antara yang turut berucap termasuklah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor; Dr Che Rosli Mamat, Ahli Parlimen Hulu Langat merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor; dan Dr Abdul Rani Osman, ADUN Meru merangkap Ketua Delegasi Yayasan Amal ke Gaza. Artis Yassin dan Rabbani turut memberikan persembahan bagi menghiburkan sambil menyedarkan kira-kira 1,500 orang ramai yang hadir ke program tersebut.Namun apa yang menarik saya ialah ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada penghujung majlis tersebut. Beliau menegaskan bahawa Palestin jangan dilihat isu umat Islam sahaja, tetapi isu keadilan yang seharusnya mengetuk dhamir kemanusiaan setiap individu tanpa mengira kaum. Kehadiran ramai orang Tiong Hua pada malam tersebut di ambang Tahun Baru mereka yang lazimnya diisi makan malam keluarga menjadi bukti bagaimana isu tersebut boleh dilihat isu semua.
Maka Anwar memperluaskan ruang lingkup wacana malam tersebut sehingga turut meliputi isu-isu sejagat yang lain: hipokrasi Barat dalam menerima demokrasi apabila melibatkan umat Islam seperti di Algeria sehinggalah ke Indonesia pada zaman Suharto. Beliau menyentuh kecamuk prinsip pimpinan kita yang mengalu-alukan penutupan Guantanamo Bay oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama tapi terus menerus mengurung rakyat Malaysia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting. Akhirnya, Anwar menyentuh isu yang cuba ditonjolkan sesetengah pihak sebagai isu kaum India semata-mata: kematian A. Kugan dalam tahanan polis.
Kugan ditahan kerana disyaki terlibat dalam jenayah kecurian kereta. Beliau mati di dalam tahanan, menurut polis, selepas meminum air dan disyaki adanya air dalam paru-paru, tetapi keluarga beliau mendakwa beliau mati akibat kecederaan di badannya. Gambar jenazah mendiang Kugan tersebar di Internet menunjukkan apa yang nampak seperti kecederaan serius di seluruh badannya.
Sebagai seorang Muslim dan Melayu, saya melihat isu Kugan sebagai isu prinsip. Benar, beliau seorang beragama Hindu dari kaum India. Benar, beliau merupakan seorang yang disyaki terlibat dalam jenayah. Justeru, ada pihak-pihak tertentu menyoal, mengapa penting sangat hak asasi Kugan kepada kita semua selaku rakyat Malaysia? Adakah, seperti kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar saya ingin meraikan penjenayah?
Dalam ayat al-Maidah, Allah s.w.t. berfirman:
"…Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa."
Ini bukan kali pertama saya merujuk ayat al-Quran tersebut. Namun ada beberapa pihak di kalangan umat Islam yang terlalu cenderung menjadikan rasa benci sebagai dorongan mereka melupakan prinsip.
Adakah mereka terlupa, kisah Saidina Ali r.a. ketika bertempur dengan seorang Yahudi? Di dalam pertempuran tersebut, tiba-tiba musuh Ali tersebut meludahnya. Seraya itu, Ali meletak pedangnya ke tanah, memeranjatkan musuhnya yang menyangka Ali akan membunuhnya.
"Mengapa engkau berbuat demikian?" tanya Yahudi itu.
"Sekiranya aku membunuh engkau tadi, aku membunuh engkau kerana Allah s.w.t. Tetapi selepas engkau meludah aku, sekiranya aku membunuh engkau, aku membunuh engkau kerana rasa marahku."
Terus Yahudi tersebut tersungkur di kaki Ali, mengucapkan dua kalimah syahadah.
Maka kita seharusnya bertanya kepada diri kita, ketika kita marah, adakah kerana dendam kesumat dan kebencian menguasai kita? Jika demikian, apa bezanya kita dengan umat lain? Rasulullah s.a.w. telah diutuskan bagi menyempurnakan akhlak kita, sesuai sebagai sebaik-baik makhluk sehingga umat Islam dihormati semua kerana prinsip ini.
Bagi penjenayah sekalipun, mereka tetap punyai hak dan mestilah diadili dengan baik. Sebab itu, kita menentang penahanan Kem Guantanamo Bay dan penderaan di Penjara Abu Ghraib. Hari ini kita mungkin memandang ini isu melibatkan penjenayah, tetapi bagaimanakah perasaan kita sekiranya sanak-saudara kita pula dituduh terlibat dalam jenayah? Sudah tentu kita mahu mereka dilayan seperti manusia.
Ini bukan sekali-kali bermaksud saya mahukan kita boleh bertolak-ansur dalam jenayah. Saya menyokong anggota polis ditambah, dan hukuman bagi jenayah-jenayah berat dikaji sesuai dengan kesalahan mereka. Tetapi ini bukan bermakna kita boleh mengabaikan prosedur dan proses keadilan. Jika tidak, kewibawaan polis akan tercalar, sekaligus menyukarkan usaha mereka membanteras jenayah.
Saya turut serta singgah di pengebumian mendiang Kugan pada 28 Januari di Puchong. Yang cukup istimewa orang Melayu, Cina dan India turut hadir termasuk pimpinan Pakatan Rakyat seperti Gobind Singh Deo, Teresa Kok, Yaakob Sapari, Rodziah Ismail, Manikavasagam, Dr Xavier Jayakumar dan Sivarasa Rasiah. Apabila ditanya wartawan, saya menegaskan ini bukan isu perkauman tetapi isu kemanusiaan. Beberapa orang India yang hadir mengangguk bersetuju.
Tiba masanya, kita bertanya kepada dhamir kemanusiaan kita. Jangan lagi bersandarkan prejudis dan kebencian, tetapi berpegang kepada prinsip. Itu yang diajar agama kita.
NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan ADUN Seri Setia, Selangor dan turut menjawat Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor serta Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Beliau menulis blog di www.niknazmi.com. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi.
Laporan polis terhadap Ketua Polis
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa dua Timbalan Menteri serta keluarga suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan telah menceroboh bilik mayat Hospital Serdang pada 20 Januari lepas.
Manikavasagam dan peguam, N. Surendran membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada pukul 2.10 petang ini.
"Kami bukan sahaja membuat laporan polis, tetapi kami juga menyerahkan sekeping rakaman cakera padat video (VCD) kepada polis bagi membuktikan dakwaan pencerobohan bilik mayat oleh keluarga dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah dan Datuk S.K. Devamany di hospital berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Manikavasam berkata, rakaman VCD itu jelas menunjukkan keduadua timbalan menteri tersebut tidak berada di tempat kejadian sewaktu orang ramai memasuki bilik mayat itu, sebaliknya hanya hadir beberapa jam kemudian.
"Dakwaan polis terhadap keluarga mangsa menceroboh bilik mayat juga tidak benar kerana rakaman itu menunjukkan penjaga bilik mayat itu sendiri yang membenarkan kesemua anggota keluarga Kugan memasukinya," katanya.
Manikavasagam berkata, oleh itu tindakan perlu diambil ke atas Ketua Polis Selangor kerana mengeluarkan kenyataan palsu.
Kugan, 23, yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang ditemui mati ketika ditahan dalam lokap di Balai Polis USJ Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan tersebut pukul 2.20 petang.
Khalid yang dihubungi Bernama enggan mengulas laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Keris umno makan tuan - Malaysiakini
JAN 29 — Isu wakil rakyat melompat parti agak melucukan bagi penonton politik, menggembirakan bagi parti yang menerima anggota baru itu dan amat memilukan bagi parti yang ditinggalkan wakil berkenaan.Penonton politik sering melihat drama di mana jika yang melompat itu dari parti A, maka parti itu akan bising dengan soal maruah, kesetiaan dan pengkhianatan terhadap mandat rakyat. Malah mahu digubal undang-undang anti lompat. Sebaliknya, parti B yang menerima wakil rakyat melompat itu menganggapnya sebagai hak dan kebebasan dalam amalan demokrasi.
Suatu ketika dahulu, yang menentang undang-undang anti-lompat adalah Umno dan Barisan Nasional. Kini yang menjadi juara anti-lompat adalah Umno dan BN, khususnya selepas pilihan raya umum Mac 8 tahun lalu kerana ada ura-ura beberapa Ahli Parlimen BN mahu menyeberang ke sebelah Pakatan Rakyat.
Tetapi adakah mereka ini jujur mahu menjamin dan mempertahankan mandat rakyat?
Sedangkan 25 tahun lalu sudah ada usaha serius untuk melaksanakan undang-undang anti-lompat. Malah ada kerajaan negeri yang telah pun meluluskan rang undang-undang anti-lompat hampir suku abad yang lalu.
Parti Bersatu Sabah pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan telah berjaya menewaskan Berjaya yang menerajui BN Sabah dalam pilihan raya negeri pada April 1985 dengan memenangi 25 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Namun gangguan dan demonstrasi jalanan dari penyokong BN menyebabkan Pairin terpaksa mengadakan pilihan raya negeri sekali lagi pada Mei 1986.
Kali ini PBS menang besar di 34 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. PBS kemudian menyertai BN tetapi sepanjang tempoh penyertaannya, ramai pemimpin kanannya merasakan mereka dianaktirikan oleh pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.
Dalam pilihan raya umum 1990, PBS membuat keputusan mengejut apabila ia keluar dari BN sewaktu kempen pilihan raya. Parti itu kekal memerintah Sabah tetapi keputusannya untuk meninggalkan BN membuka ruang bagi Umno untuk masuk ke Sabah.
Bermulalah politik tawar-menawar dan cubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri PBS dalam usaha menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Pairin. Menyedari keadaan itu, kerajaan negeri Sabah memperkenalkan undang-undang anti-lompat tetapi telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 1992.
Pada 19 Februari 1994, pilihan raya negeri Sabah diadakan lagi, dan walaupun BN berkempen dengan rasuah pembangunan dan taburan wang yang hebat, PBS terus diberi mandat oleh rakyat Malaysia di Sabah apabila ia memang tipis dengan 25 kerusi berbanding BN 23.
Apa yang berlaku selepas keputusan diumumkan adalah satu sejarah baru dalam politik negara pada masa itu. Pairin terpaksa menunggu di luar pagar Yang Dipertua Negeri selama tiga hari siang dan malam semata-mata untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
Dua minggu selepas melantik kabinet negeri, beberapa Adun PBS mendakwa mereka ditawarkan berjuta-juta ringgit untuk melompat menyertai BN. Pada 12 Mac pemimpin PBS Datuk Lajim Ukin, Rubin Balang dan Datuk Zaini Isa, salah seorang dari Adun dilantik (selain 25 Adun yang menang pilihana raya, perlembagaan negeri membenarkan enam Adun dilantik oleh parti yang menang) mengumumkan keluar parti.
Sewaktu kekecohan itu, Kementerian Dalam Negeri mencatatkan rekod kepantasan tugas dengan meluluskan permohonan beberapa parti politik dalam masa beberapa hari sahaja untuk membolehkan mereka menjadi parti kepada Adun-Adun yang melompat dari PBS.
Pada 17 Mac 1994, Pairin secara gentleman telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri kepada Yang Dipertua Negeri setelah hampir70 peratus barisan Adunnya melompat parti.
Dari 25 kerusi yang dimenangi serta enam Adun dilantik, iaitu 31 kesemuanya, PBS hanya tinggal lima Adun. Dengan itu, tidak sampai sebulan setelah memenangi pilihan raya negeri secara sah, PBS kehilangan kuasa apabila Umno dan BN berjaya membeli hampir kesemua Adun-Adun berkenaan.
Bekas Adun-Adun PBS itu pula telah berpecah kepada lima parti negeri di mana keadaan itu membolehkan Umno menguasai majoriti kerusi dalam DUN Sabah dengan memegang 22 kerusi.
Namun ia tidak mematahkan semangat PBS apabila mencuba nasib sekali lagi dalam pilihan raya negeri pada Mac 1999. Walaupun ia tewas kepada BN, kerusi yang diperolehinya meningkat semula kepada 17 manakala Umno juga menambah lagi kekuatan kepada 24 kerusi. Parti-parti komponen BN lain semakin mengecut kekuatan mereka.
Dalam pada itu berlaku lagi lompat parti dari PBS ke Umno. Ini menyebabkan PBS tiada pilihan lain kecuali memohon untuk menyertai semula BN pada 2002.
Apa yang ingin diperingatkan di sini adalah sewaktu episod lompat pada Mac 1994 dan kemudiannya berulang selepas Mac 1999 adalah pendirian pemimpin-pemimpin kanan Umno dan BN di Kuala Lumpur. Rata-ratanya mereka menghalalkan lompatan dari parti lain untuk menyertai mereka atas dasar kebebasan wakil rakyat membuat pilihan sendiri.
Kini fenomena lompat ini kembali menghantui Umno dan BN. Selepas kebimbangan Ahli-Ahli Parlimen BN melompat parti selepas Mac 8 tahun lalu dikendurkan berikutan tiada apa-apa yang berlaku pada tarikh 16 September sebagaimana yang diramalkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketakutan sekali lagi melanda kepimpinan BN.
Keputusan Adun BN Datuk Nasarudin Hashim yang mewakili Umno di kawasan Bota, Perak telah menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung kemungkinan beberapa Adun lain yang akan mengikut jejak langkahnya.
Buat pada masa tumpuan diberikan di Perak. Namun ada juga khabar-khabar angin mengenai Adun-Adun di beberapa negeri lain yang mula berminat untuk berpindah parti.
Sama ada mereka mahu meninggalkan Umno dan BN kerana masalah dalaman parti sendiri atau kerana yakin dengan perjuangan Pakatan Rakyat, ia bukan lagi soal perundangan kerana Malaysia memang tidak mempunyai undang-undang anti-lompat.
Malah, wakil rakyat masih dicengkam undang-undang yang melarang mereka bertanding semula dalam tempoh lima tahun jika mengosongkan kerusi.
Keadaan ini memaksa mana-mana wakil rakyat yang ingin berpindah parti terus melompat sahaja kerana sebarang usaha untuk menguji kekuatan dalam pilihan raya kecil dilarang oleh undang-undang. Yang membawakan undang-undang itu adalah Umno dan BN juga.
Bagi Umno dan BN sekarang, mungkin ini agaknya maksud pepatah Melayu "keris makan tuan". Oleh: Wan Hamidi
Subscribe to:
Posts (Atom)